Apa Itu Selaput Dara?

*

Author Topic: Apa Itu Selaput Dara?  (Read 27856 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

05 September, 2009, 11:38:39 AM
  • Publish
  • Pengenalan:

    Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 05 September, 2009, 11:39:44 AM
  • Publish


  • APA ITU SELAPUT DARA??

    Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.

    Reply #2 05 September, 2009, 11:40:25 AM
  • Publish

  • ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?

    TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.

    Reply #3 05 September, 2009, 11:41:34 AM
  • Publish


  • APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?

    Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan.

    Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.

    Reply #4 05 September, 2009, 11:42:19 AM
  • Publish

  • APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?


    Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama.

    Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.

    Reply #5 05 September, 2009, 11:44:17 AM
  • Publish


  • APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?


    Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan jimak buat kali pertama.

    Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan jimak buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan.

    Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan jimak untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian.

    Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.

    Reply #6 05 September, 2009, 11:47:27 AM
  • Publish

  • Masalah berkaitan selaput Dara

    Soalan

    Saya berusia 31 tahun dan telah berkahwin kira-kira dua tahun. Masalah saya ialah sehingga kini saya masih lagi dara. Untuk pengetahuan doktor, suami saya berusia 32 tahun dan tidak mempunyai masalah. Beliau juga penyabar. Sebaliknya, masalahnya berpunca daripada saya.

    Pada awal hubungan, saya dapat merasakan berahi tetapi apabila suami ingin memasukkan zakar, saya menjadi seperti kaku dan berasa amat sakit seolah-olah terdapat halangan.

    Apakah yang perlu saya lakukan? Perlukah saya menjalani pembedahan membuka selaput dara? Adakah selaput dara terlalu tebal?

    RISAU

    JAWAPAN

    Persoalan ini mungkin kurang sesuai dibincangkan secara terbuka. Walau bagaimanapun, anda usah berasa rendah diri kerana sebenarnya ada ramai pasangan yang datang mendapatkan nasihat serta rawatan masalah yang sama, malah ada yang memakan tempoh lebih lama.

    Pengalaman peribadi saya pernah merawat pasangan yang sudah berkahwin melebihi sembilan tahun. Berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan panduan, seelok-eloknya bersama suami.

    Lazimnya, penerangan secara visual dan pemahaman dapat meredakan kebimbangan/ketakutan yang menjadi punca utama masalah ini dan bukannya disebabkan masalah fizikal seperti selaput dara yang terlalu tebal. Pemeriksaan doktor juga dapat mengesahkan keadaan ini serta menghilangan gambaran/bayangan yang bukan-bukan.

    Jarang pasangan yang memerlukan prosedur pembedahan mengoyakkan selaput dara. Ini juga bukanlah pilihan rawatan pertama, lebih-lebih lagi apabila memahami bahawa 'kesakitan' itu lebih berpunca daripada pengaruh psikologikal sahaja.

    Usah tunggu lebih lama, berjumpalah doktor anda.


    PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat

    Reply #7 05 September, 2009, 11:51:41 AM
  • Publish

  • Isteri dara hamil

    MEMILIKI anak memang menjadi impian bagi setiap pasangan yang berkahwin kerana anak kerap dikatakan menjadi penghubung kasih sayang antara si ibu dan bapa.

    Oleh itu, tentunya hubungan kelamin menjadi langkah pertama supaya wanita mampu hamil sebelum dapat melahirkan anak selepas matangnya tempoh kehamilan.

    Tindakan ini memang fitrah manusia, namun jangan terkejut kerana ada kes terpencil di mana wanita yang jahil mengenai seks tetap hamil walaupun zakar belum menembusi faraj. Ini kisah benar kerana saya pernah mengendalikannya.

    Apabila satu pasangan baru berkahwin berjumpa saya kerana si isteri lewat datang haid, ujian kehamilan dilakukan ke atas isteri dan keputusannya dia didapati positif mengandung, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan penetratif.

    Ini berlaku kerana wanita itu takut untuk melakukan hubungan penetratif. Jadi, mereka keliru bagaimana isteri itu boleh hamil.

    Bagaimanapun, selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim dilakukan, baru saya faham dan dapat menjelaskan keadaan yang menyebabkan wanita itu mengandung.

    Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali suami mengakhiri adegan sentuhan intim terhadap isterinya, dia melepaskan air maninya di kelangkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh.

    Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara!

    Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti seketika dan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu berpantang.

    Jangkaan pasangan itu ialah selepas bersalin secara normal, faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan.

    Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang apabila wanita itu tidak dapat menyesuaikan dirinya untuk bersetubuh.

    Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama isterinya, walaupun selepas bersalin. Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi.

    Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukan zakar.


    dijawab oleh
    DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby

    Reply #8 29 January, 2010, 12:09:59 AM
  • Publish
  • Betulkah orang kata tengok pada tumit kaki..
    Kalau merah lagi maknanya masih dara...
    Betulkah pernyataan ni??

    Reply #9 29 January, 2010, 04:38:17 AM
  • Publish
  • Betulkah orang kata tengok pada tumit kaki..
    Kalau merah lagi maknanya masih dara...
    Betulkah pernyataan ni??

    .. if not necessarily red feet that marks wilderness .. why people marry and have children still appear red on the legs .. if look at the site legs .. pity on the site virgins legs pale rihgt ..?
    bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
    selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..
    kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

    Reply #10 29 January, 2010, 07:46:45 AM
  • Publish
  • apakah selaput dara tu penting sangat sampai orang sentiasa memperkatakannya? iman setebal kulit bawang ramai pula yang diam membisu.

    Reply #11 12 February, 2011, 09:49:30 AM
  • Publish
  •  :jaz: atas perkogsian ilmunya.. amat berguna terutama kepada kaum adam juga yang kurang tahu mengenai perkara ini..

    Reply #12 24 April, 2011, 06:53:30 PM
  • Publish
  • syukran untuk ilmu yang sangat bermanfaat ini..

    apakah selaput dara tu penting sangat sampai orang sentiasa memperkatakannya? iman setebal kulit bawang ramai pula yang diam membisu.

    yang ni pun perlu di titik beratkan juga...:senyum:..
    ya Allah..jadikanlah hambamu ini seorang yang soleha dan sentiasa berpegang teguh pada tali agama Mu ya Allah...

    Reply #13 03 June, 2011, 01:50:58 AM
  • Publish
  • salam.

    Masih dara atau tidak?

    Di sini saya ada satu kemusyikan, apabila  seseorang perempuan melakukan onani dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya sehingga mengeluarkan sedikit darah.  Adakah tindakan itu boleh menghilangkan dara seseorang?

    Diharap sudi membantu~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    4254 Views
    Last post 13 November, 2010, 04:08:32 PM
    by cikfen
    19 Replies
    13233 Views
    Last post 03 December, 2013, 12:23:51 PM
    by ciklily
    0 Replies
    648 Views
    Last post 09 June, 2012, 06:33:28 PM
    by juezairi