Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: MAKSIAT DI BULAN RAMADHAN : Benarkah Syaitan Dibelenggu?  (Dibaca 1842 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« pada: 05 September, 2009, 07:21:10 AM »



Diantara hadis yang sering dikumandangkan setiap kali hadirnya bulan Ramadhan ialah hadis yang berbunyi :  “Apabila masuk bulan Ramadhan, dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahannam, serta dibelenggu  syaitan-syaitan”.
 
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.Ia adalah hadis yang sahih yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, Kaherah : Dar al-Hadis, jld.4, hlm.140)
 
Hadis ini menimbulkan kemusykilan di kalangan sesetengah orang, khususnya yang berkaitan dengan “pembelengguan syaitan di bulan Ramadhan”.Kemusykilan timbul apabila mereka melihat wujudnya realiti yang seolah-olah menidakkan kenyataan bahawa syaitan dibelenggu pada bulan yang mulia ini.
 
Hadis di atas memberikan gambaran bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang bersih dari segala perlakuan maksiat manusia dan dosa.Ini kerana, punca manusia membuat angkara dan terjebak ke kancah dosa, iaitu syaitan, telah dibelenggu dan diikat.

Tetapi, realiti yang berlaku adalah sebaliknya.Maksiat dan kemungkaran masih juga berlaku pada bulan Ramadhan.Situasi ini, pada sesetengah orang, adalah petanda bahawa syaitan masih bebas bergerak untuk menggoda dan menghasut manusia, sehingga mereka tergelincir ke lembah dosa.
 
Hadis Nabi s.a.w membayangkan ketidakwujudan kemungkaran dan maksiat pada bulan Ramadhan, lantaran puncanya-yakni syaitan-telah diberkas.Sementara realiti yang ada pula mempamerkan hakikat sebaliknya.Inilah yang mencetuskan kemusykilan.

Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
Penal Utama Baitul Muslim

Topic starter
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #1 pada: 05 September, 2009, 07:23:23 AM »


Untuk
merungkai kemusykilan ini, huraian para  ulama’ perlulah dirujuk.Terdapat beberapa pandangan  ulama’ yang menghuraikan makna pembelengguan syaitan ini.Ringkasnya, terdapat dua pendapat seperti berikut(lihat Ibnu Hajar, Ahmad bin Ali bin Hajar(1998), Fathul Bari, jld.4, hlm.141-142) :

   1.      Pendapat pertama mengatakan,  “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” sebenarnya hanyalah satu kiasan.Ertinya, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu ataupun diikat.Ungkapan  “syaitan  dibelenggu” digunakan hanya sebagai kiasan untuk merujuk kepada makna lain. Ia sama dengan ungkapan “pemandu yang tidak beretika digantung  lesennya”.Perkataan “digantung” disini hanyalah sekadar kiasan.Ia tidak membawa maknanya yang sebenar iaitu lesen diikat dengan tali, kemudian digantung pada tiang.Sebaliknya, ia adalah kiasan kepada pembatalan  ke“sah”an lesen tersebut.

   2.      Pendapat kedua mengatakan,  “pembelengguan syaitan pada bulan Ramadhan” membawa maksudnya yang asal.Iaitu, syaitan benar-benar dibelenggu dengan makna diikat atau diberkas.Ertinya, ia bukan satu kiasan.
Topic starter
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #2 pada: 05 September, 2009, 07:29:10 AM »


Pembelengguan syaitan hanyalah kiasan

 
Ulama’ yang mengatakan “pembelengguan  syaitan” hanyalah kiasan, berbeza pandangan dalam menentukan maksud kiasan ini.Sekurang-kurangnya terdapat dua pendapat dalam menentukan maksudnya.Ia seperti berikut :

Pendapat pertama dikemukakan oleh al-Hulaimi.Beliau mengatakan  “ada kebarangkalian bahawa maksud  “syaitan  dibelenggu” ialah  “mereka tidak dapat menggoda manusia sepenuhnya pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain, disebabkan manusia sibuk dengan berpuasa yang mengekang syahwat, membaca al-Quran dan  berzikir”.Ini boleh disamakan dengan ungkapan “dalam sistem diktator, rakyat ditutup mulut dan  digari”.Ungkapan ini membawa makna  “rakyat tidak sepenuhnya dapat bersuara dan bebas melakukan aktiviti yang dianggap menggugat  kerajaan” disebabkan sekatan undang-undang.
 

Pendapat kedua pula dikemukakan oleh al-Qadhi  ‘Iyadh.Beliau berkata :
“Ada kebarangkalian ungkapan  “pembelengguan  syaitan” adalah kiasan kepada keterbatasan kemampuan mereka untuk menggoda manusia dan memperindahkan nafsu syahwat pada pandangan  manusia”.
 
Jika diamati, kedua-dua pandangan ini adalah sama.Kesimpulannya, “pembelengguan syaitan pada bulan  Ramadhan” adalah kiasan kepada “kemampuan mereka yang terhad dan terbatas untuk menggoda dan memperdayakan manusia”.
 
Jika pendapat ini dijadikan pegangan, maka kewujudan maksiat pada bulan Ramadhan tidak lagi menjadi kemusykilan.Ini kerana, syaitan bukannya benar-benar dibelenggu. Mereka masih bebas bergerak pada bulan Ramadhan seperti pada bulan-bulan yang lain.Mereka juga masih mampu menggoda dan menghasut manusia supaya melakukan dosa, tetapi dalam serba keterbatasan dan kemampuan yang sangat terhad.
 
Kemampuan mereka untuk menggoda manusia menjadi terbatas disebabkan manusia sibuk dengan puasa, membaca al-Quran dan berzikir seperti yang dinyatakan oleh al-Hulaimi.

Justeru itu
, berasaskan pandangan ini, kewujudan segelintir manusia yang melakukan maksiat pada bulan Ramadhan, sebenarnya adalah terjemahan kepada kedhaifan iman. Ini kerana, mereka masih boleh digoda oleh syaitan meskipun langkah dan pergerakan syaitan serba terbatas dan terhad.Ini adalah pendapat  ulama’ yang mengatakan hadis di atas adalah kiasan.
 
Topic starter
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #3 pada: 05 September, 2009, 07:41:14 AM »


Syaitan benar-benar dibelenggu
 
Adapun  ulama’ yang mengatakan  “pembelengguan  syaitan” membawa makna mereka memang benar-benar diikat dan dirantai, mereka berbeza pendapat dalam menentukan syaitan-syaitan yang diikat seperti berikut :

Pendapat pertama
mengatakan, yang dibelenggu hanyalah sebahagian syaitan sahaja iaitu pencuri berita-berita dari langit ataupun “pelampau-pelampau” syaitan.

Pendapat yang kedua pula mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali.

Mereka  yang berpandangan bahawa yang diberkas hanyalah syaitan-syaitan yang mencuri perkhabaran dari langit mengatakan, meskipun syaitan-syaitan ini telah dihalang dari mendengar berita-berita dari langit sejak zaman penurunan al-Quran lagi, namun mereka masih diberkas pada setiap bulan Ramadhan sebagai langkah penjagaan yang maksimun.Ia bertujuan memastikan ke tahap yang maksimun bahawa tiada berita-berita langit yang dapat didengari oleh syaitan.
 
Berasaskan pendapat ini, tidak semua syaitan diberkas pada bulan Ramadhan.Yang diikat hanyalah syaitan-syaitan yang dinyatakan di atas.Sementara syaitan-syaitan yang lain, masih bebas berkeliaran melakukan tugas menyesatkan manusia.
 
Sementara  ulama’ yang berpendapat hanya pelampau-pelampau syaitan sahaja yang diikat, mereka berdalilkan dengan beberapa hadis yang lain.Antaranya, hadis yang dikeluarkan oleh Imam  Nasa’ie dari Abu Qilabah dari Abu Hurairah r.a yang berbunyi  “…dan dibelenggu padanya(yakni pada bulan Ramadhan) pelampau- pelampau  syaitan”.
 
Jelasnya, hadis riwayat Imam  Nasa’ie ini memperincikan hadis riwayat Abu Hurairah yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari yang dibicarakan ini.Dalam erti kata lain, hadis yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari datang secara umum.Ia hanya menyebut “dibelenggu  syaitan-syaitan” tanpa diperincikan.Manakala hadis Imam Nasa’ie ini datang dalam bentuk yang lebih detail, dimana dijelaskan jenis syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadhan.Oleh itu, hadis Imam  Nasa’ie ini-pada pandangan sebahagian  ulama’- dianggap sebagai pentafsir kepada hadis Imam Bukhari.
 
Adapun  ulama’  yang mengatakan kesemua syaitan diikat tanpa terkecuali, mereka berpegang kepada lafaz zahir hadis Imam Bukhari.Hadis tersebut dengan terang mengatakan para syaitan dibelenggu tanpa disebutkan pengecualian.Diantara ulama’ yang berpegang kepada zahir hadis ini ialah Imam Qurtubi.
 
Di sinilah timbulnya kemusykilan.Jika kesemua syaitan diberkas pada bulan Ramadhan,mengapa masih kedapatan manusia yang melakukan kemaksiatan dan kemungkaran?.
 
Kemusykilan ini dijawab oleh Imam Qurtubi dengan mengatakan  “pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jelek, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan  manusia”.
 
Pada pandangan penulis, pendapat yang rajih(kuat) ialah pendapat Imam Qurtubi, iaitu kesemua syaitan dibelenggu pada bulan Ramadhan tanpa terkecuali.Pendapat ini boleh diterima pakai biarpun realiti yang ada menunjukkan kejahatan dan maksiat-yang dikaitkan dengan godaan dan hasutan syaitan-masih berlaku pada bulan Ramadhan.
 
Ini kerana, punca kejahatan dan dosa yang dilakukan oleh manusia, bukan hanya disebabkan oleh hasutan dan godaan syaitan.Ia juga berpunca dari hawa nafsu yang kotor, adat kebiasaan yang buruk dan peranan syaitan-syaitan manusia seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi.
 
Pengajaran yang dapat diambil di sini ialah, pelaku maksiat pada bulan yang mulia ini perlu menjadikan puasa mereka sebagai alat untuk membersihkan nafsu yang jahat, adat kebiasan yang buruk dan untuk menjauhkan diri dari manusia-manusia yang jahat, yang mengajak kepada keburukan dan kemungkaran.
*
Malaysia
Offline
15.07.09 153

Syukron
Beri: 8 Terima: 4
Paparan Profil
« Jawab #4 pada: 05 September, 2009, 10:43:00 AM »

Sesungguhnya ahli syurga itu telah menempa kejayaan di dunia,apakah kejayaan itu? Itulah berjihad dengan hawa nafsu. Benarkah kita udah melawan nafsu? Benarkah kita udah berpuasa sekarang? Menahan dari lapar dan dahaga? Menahan nafsu dari membuat suatu perkara? Maha sempurna aturan ALLAH,Sesungguhnya Nafsu itu akan tewas bila ia lapar. Sama2 la memburu keredhaanNya. Jika benar kalian mencari keredhaanNya,Kalian ikhlas berpuasa keranaNya? Maka lakukan sebaik-baikNya.

p/s: Syaitan sendiri pun tewas ngan nafsu~

-Sekadar Pendapat-

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
(Surah Al-A'raf: ayat 34)
*
Sabah
Offline
31.01.09 44

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #5 pada: 05 September, 2009, 12:06:19 PM »

yg aku tahu yg tinggi pangkat ja di kurung....anak2 nya mc terlepas lgi....lgi pn e2 la uda menjdi kebiasaan orng lakukan....e2 la terbawa2 ke bulan ramadhan
*
Sabah
Offline
31.01.09 44

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #6 pada: 05 September, 2009, 12:07:08 PM »

itula manusai zaman sekarang....terbawa2 dengan perangai mereka
*
Offline
04.03.09 141

Syukron
Beri: 1 Terima: 9
Paparan Profil
« Jawab #7 pada: 05 September, 2009, 12:27:44 PM »

 assalamualaikum

kwn ingin berkongsi sdikit apa yg kwn tau..iblis dan syaitan di rantai dan di pasong di 7petala bumi,di pukul dan di seksa seazab2Nye..yg tinggal di bulan Ramadan ini hnyelah "NAFSU" nafsu ini seumpama iblis dan syaitan ia menghasut dan meyakinkan ssorg itu untk mlaksanakan sgala perkara,yg baik atau yg buruk..sebab itu di bulan ini AKAL dan NAFSU berkongsi kegembiraan..ada kala AKAL memenanggi NAFSU,dan ada kala NAFSU menggalahkan AKAL..jd bulan ini lah kte perlu beramal,kerana malaikat2....ikan2,pokok2,semut2,segala jenis2 haiwan ia mendoakan kite..jd amalkan lah doa ini..

" Allahumma al-himmni rusydii wa'ahissnii miin syarii Nafsii,Rabbana attinna fitdunia hassannah,waffil a'ahiratti hassannah,wakinah azza bannar,wassallah hu'ualla syaidina Muhammad waalaalihii wasoqbihii wassalam,waalhammdulillah hirabbill Allaminn....."
*
Offline
25.06.08 92

Syukron
Beri: 0 Terima: 8
Paparan Profil
« Jawab #8 pada: 05 September, 2009, 05:42:41 PM »

selama 11 bulan nafsu berguru dgn syaitan(bg kes yg still bermaksiat)..mana mungkin syaitan yg bertindak sbg guru tak meninggalkan amanat sebelum pergi kpd anak murid...utk lbh jelas nak tgk...pd bulan ramdhan ni la nak mngukur siapa diri kita sendiri,,,,heh...tepuk dada,,tanya iman..
*
Offline
17.05.09 172

Syukron
Beri: 0 Terima: 19
Paparan Profil
« Jawab #9 pada: 05 September, 2009, 09:56:13 PM »

BERSAMA ORANG SOLEH DI BULAN RAMADHAN

Para sahabat, tabiin dan orang-orang soleh lainnya benar-benar mengetahui hikmah dari disyariatkannya puasa Ramadhan. Mereka meyakini, Allah tidaklah mensyariatkan puasa Ramadhan dengan sia-sia. Puasa Ramadhan tidak hanya sekadar meninggalkan kebiasaan makan dan minum saja. Tapi lebih dari itu, puasa disyariatkan guna mengingatkan manusia bahawa mereka memiliki Ilah yang harus diibadahi.

Segala praktik yang dilakukan para salafus soleh adalah praktik ibadah demi menggapai redha Allah SWT. Rasulullah saw bersabda, "Seandainya umatku mengetahui apa yang terdapat pada Ramadhan, mereka berharap Ramadhan sepanjang tahun."

Pada bulan ini, Allah SWT memberikan berbagai keistimewaan yang tidak diberikan di bulan - bulan lain. Bayangkan, betapa Allah memuji bau mulut orang yang sedang shaum dengan menyatakannya lebih harum dari wewngian kasturi. Itu baru bau mulut saja, belum lagi praktik - praktik ibadah lainnya semisal membaca Al-Qur'an dan qiyaamullail.

Para sahabat menjadikan Ramadhan sebagai salah satu representasi kenikmatan terbesar yang diberikan Allah SWT kepada umat Islam. Sungguh menarik apa yang dilakukan para sahabat dalam menata kehidupannya setiap tahun.

Setiap puasa Ramadhan, Abu Hurairah ra dan para sahabat lainnya lebih banyak berdiam diri di masjid. "Kami menjaga puasa kami," begitu kata mereka. Selain itu, para salafush shalih senantiasa berhati-hati dalam berbicara. Di luar Ramadhan saja, mereka selalu berkata dengan perkataan baik, apalagi ketika Ramadhan. Pasalnya, rasulullah saw mewanti-wanti agar menjaga ucapan.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, "Semua amalan anak-anak Adam untuknya, kecuali puasa. Karena puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, 'Aku sedang berpuasa'. Demi dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangi kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Rabbnya mereka gembira karena puasa yang dilakukannya." (Bukhari 4/88, Muslim no. 1151, Lafadz ini milik Bukhari).

Dan di antara amalan-amalan ibadah yang utama dan dilakukan salafush shalih adalah qiyaamullail. Diriwayatkan, Abu Bakar ash-Shiddiq senantiasa melaksanakan shalat di malam hari dengan khusyuk dan sampai meneteskan air mata. Sementara Umar bin Khattab, setelah melakukan shalat malam, beliau membangunkan keluarganya untuk shalat malam sembari menyitir ayat al-Qur'an di surat Thaha ayat 132 yang berbunyi, "Dan perintahkanlah keluargamu untuk mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rizki kepadamu, Kamilah yang memberikan rizki kepadamu.Dan akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa."

Begitu pula halnya dengan Manshur bin al-Mu'tamir. Jika malam yang semakin larut menjelang, dia langsung mengenakan pakaian terbaiknya lalu naik ke atap rumahnya, dan shalat. Tak ketinggalan juga Sufyan ats-Tsauri. Abdul Razaq, salah seorang muridnya, menceritakan, "Suatu saat, Sufyan ats-Tsauri mendatangiku selepas Isya, lalu aku menghidangkan makanan malam yang meliputi kismis dan pisang. Setelah selesai, ia bangkit untuk berwudhu lalu mengencangkan ikat pinggangnya dan menghadap kiblat. Lalu dia berkata, "Wahai Abdul Razaq! Beri makan keledai." Selanjutnya dia meluruskan kakinya dan shalat hingga waktu subuh menjelang."

Ibnu Wahab memiliki cerita lain lagi. Dia menceritakan, "Aku melihat Sufyan ats-Tsauri di Masjidil Haram selepas Maghrib. Dia melaksanakan shalat dan bersujud. Dia tidak mengangkat kepalanya sampai menjelang waktu Shalat Isya."

Meski tidur bernilai ibadah, para ulama justru mengekang keinginannya untuk mengatupkan mata. Itulah yang dilakukan oleh wanita salafus shalih, Mu'adzah al-'Adawiyah, yang senantiasa melakukan shalat malam, mengatakan, "Aku heran dengan mata-mata yang terpejam. Selama tertidur, aku membayangkan gelapnya kuburan, aku selalu menangis."

Ibnu Qayyim al-Jauziyah malah memberikan peringatan kepada kita tentang waktu tidur yang tidak disukai Allah. "Di antara tidur yang tidak di sukai adalah tidur di antara Subuh dan matahari terbit, karena ia merupakan waktu untuk memperoleh hasil."

Dari Abu Umamah ra diriwayatkan, Rasulullah mengajarkan kepada kita, "Barangsiapa shalat Subuh berjamaah kemudian duduk berdzikir kepada Allah sampai terbitnya matahari, lalu ia mendirikan shalat dua rakaat, maka seakan-akan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna."

Lalu, kapan waktu tidur? Imam al Ghazali memiliki tips yang sangat luar biasa memanfaatkan waktu untuk tidur dan mengumpulkan tenaga. Tidur dan istirahatlah menjelang shalat dzuhur atau sesudahnya. Kurang lebih selama 15 atau 30 menit. Al-Ghazali menceritakan, "Qailullah adalah simpanan energi bagi mereka yang ingin melakukan qiyamul lail pada hari itu."

Dalam Kitab al-Muwatha, Imam Malik menuturkan, Abdullah bin Abi Bakar mengulang perkataan ayahnya yang mengatakan, "Setiap setelah melangsungkan shalat malam, kita menginstruksikan pembantu untuk menyiapakan makanan, karena dikhawatirkan fajar segera menyingsing."

Bahkan, Imam Malik memiliki kebiasaan memaksimalkan kemuliaan Ramadhan dengan sebaik-baiknya. Caranya, selama bulan Ramadhan, Imam Malik menutup rapat semua kitab, tidak berfatwa dan tidak melayani diskusi dengan orang lain. "Bulan ini adalah Ramadhan, bulannya al-Qur'an," ujar beliau sambil menunjukkan mushafnya.

Sedangkan Imam Ahmad memiliki kebiasaan tersendiri setiap kali Rmadhan datang menghampiri dengan segala kemuliaannya. Sejak hari pertama Ramadhan, beliau akan memasuki majid dan menetap didalamnya. Bertasbih dan istighfar, memuji dan memohon ampunan. Setiap kali ia berhadas, maka Imam Ahmad berwudhu dan kembali ke dalam masjid melakukan aktivitasnya. Ia tidak pernah pulang ke rumah kecuali untuk makan, minum dan tidur barang sebentar. Mereka semuanya ingin mereguk kemuliaan Ramadhan dengan sempurna, dan tak ingin memiliki penyesalan ketika bulan mulia itu berakhir masanya.

Ibnu Qayyim al-Jauziyah menggarisbawahi pentingnya berdiam diri di masjid di dalam bulan Ramadhan. "Allah mensyariatkan ibadah puasa atas mereka untuk menghilangkan kebiasaan makan dan minum secara berlebihan, serta membersihkan hati dari noda - noda syahwat yang menghalangi hamba menuju Penciptanya. Disyariatkan pula I'tikaf, dan dengan ibadah ini ditambatkan hati untuk selalu mengingat Allah, menyendiri dengan-Nya, menghentikan segala kesibukan yang berhubungan dengan makhluk-Nya dan menghabiskan waktu hanya untuk Allah semata. Sehingga kegundahan dan luka hati, terhapus dan diisi dengan dzikrullah, mencintai dan menghadap pada-Nya."

Selain shalat malam, para salafush shalih juga mengisi Ramadhan dengan aktivitas membaca al-Qur'an. Lihatlah, di bulan Ramadhan, Utsman bin 'Affan menamatkan bacaan al-Qur'an sekali setiap harinya. Sedangkan az-Zuhri, diceritakan mengurangi kegiatan mendengar hadist dan majelis ilmu untuk lebih banyak berinteraksi dengan al-Qur'an. Sementara Ibrahim an-Nakha'i, jika memasuki hari kesepuluh terakhir di bulan Ramadhan, mengkhatamkan al-Qur'an setiap malam.

Selain itu, para sahabat juga berlumba-lumba memberi makan dan menyediakan buka puasa untuk kaum Muslimin. Bahkan diriwayatkan, setiap Ramadhan, Ibnu Umar selalu berbuka bersama para dhu'afaa, orang-orang yatim dan miskin.

Dari sini dapat ditarik pelajaran, Ramadhan sejatinya disambut kaum Muslimin dengan kesadaran tinggi akan pentingnya ibadah dan keredhaan Allah SWT.
*
Malaysia
Offline
22.01.09 881

Syukron
Beri: 422 Terima: 204
Paparan Profil
« Jawab #10 pada: 05 September, 2009, 11:22:41 PM »

itula manusai zaman sekarang....terbawa2 dengan perangai mereka

Terbawa dengan perangai mereka atas dorongan nafsu diri mereka sendiri juga..

Hati telah di kawal oleh nafsu..

Mengapa tidak hati yang dikawal oleh nafsu.

Waallahualam..
Topic starter
*
Johor
Offline
28.01.09 9656

Syukron
Beri: 591 Terima: 1372
Paparan Profil
« Jawab #11 pada: 07 September, 2009, 10:59:58 AM »


"Tolong saya ustaz, apa formula dan caranya lagi untuk saya boleh berubah, tolong saya ustaz, saya benar-benar ingin berubah dan insaf, walau di bulan Ramadhan ini saya masih melakukan dosa itu"


Demikian luahan hati yang ikhlas beberapa orang pemuda dan pemudi kepada saya melalui medium internet. Pelbagai bentuk lafaznya, namun itulah juga inti maksudnya.

Kesnya apa?
ada yang berzina, onani, tonton video lucah, bercerai suami isteri, bergaduh, mengumpat, menipu, mencuri, minum arak, tidak solat dan macam-macam lagi. Berlalu sudah 15 hari Ramadhan, ia masih berlaku dan terus berlaku di kalangan umat Islam kita.

Setelah hampir 15 hari kita berada di bulan mulia Ramadhan, kesan tarbiyahnya makin terasa bagi sesetengah pihak, manakala sebahagian yang lain semakin makin larut dan menjauh dari Allah swt. Sekumpulan lagi pula masih turun naik prestasinya, seperti nilai matawang yang kerap fluctuate.

Beribu-ribu ahli agama dan pendakwah mengingatkan diri dan orang ramai agar mempergandakan ibadah di bulan mulia ini. Di samping menjauhi diri dari perkara yang pasti akan merosakkannya.

SYAHWAT SEKSUAL DI BULAN RAMADHAN

Di samping senarai panjang itu, tidak dilupakan juga bulan ini seharusnya menjadi penguji dan pendidik kepada nafsu syahwat yang asyik ingin membara. Nafsu syahwat yang menjurus kepada syahwat seksual sentiasa cuba melepaskan diri dari kekangan Ramadhan.

Bagi yang sudah berumahtangga, apa yang Allah swt minta untuk diusahakan hanyalah jangan ‘bersama' di siang  hari Ramadhan. Ia kelihatan mudah, tapi jangan pelik dan hairan, amat ramai yang gagal. Web dan email saya juga dibanjiri dengan soalan berkaitan hal ini, masing-masing bertanya cara dan kaedah membayar kaffarah dan sebagainya. Memang benar, Allah swt maha mengetahui ramai manusia akan gagal dalam ujian tahan syahwat seks ini, justeru disediakan untuk manusia kaffarah bagi mereka menebus dosa, kesalahan dan kegagalan mereka.

Bagi yang belum berumahtangga, sepatutnya isu berpuasa syahwat seks di siang Ramadhan tidak menjadi hal, kerana mereka belum berumahtangga dan belum merasa nikmat ‘bersama'. Namun, amat ramai si bujang Muslim dan Muslimah yang jatuh tewas, seburuk-buruk ketewasan itu adalah apabila mereka berzina di siang hari Ramadhan. Innalillahi wa inna ilayhi raji'un. Amat buruklah apa yang mereka kerjakan.

Yang lain pula tewas dalam ‘ringan-ringan' syahwat bersama pasangan ‘kekasih', atau juga melalui medium komunikasi elektronik dan internet. Sekumpulan lagi tewas dengan penangan ‘tangan' sendiri. Semuanya buruk, namun menjadi lebih buruk apabila dilakukan di bulan Ramadhan, di siang harinya pula. Kes seperti ini juga tidak kering dari menjengah kotak email dan web saya, memberikan satu gambaran sebenar umat Islam di tanahair tercinta.

Pada bulan yang nafsu syahwat patut dididik dan dipukul kerana degil, malangnya ia berterusan menguasai sang diri. Amat dibimbangi, jika itu berlaku, itu adalah tanda diri akan terus menjadi hamba si nafsu syahwat di bulan-bulan lain yang mana nafsu akan diperkukuh kedudukannya oleh Syaitan yang berlegar.

Allah menyebut melalui hadis qudsi :

 يترك طعامه وشرابه وشهوته من أجلي الصيام لي وأنا أجزي به
Ertinya : "Dia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana aku (ALLAH), maka puasa khas untukKU, dan aku akan memberikan ganjaran untuknya.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 1795, 2/670 )

Bagaimana mengubatin syahwat luar kawalan ini? Tiada jalan mudah wahai anak Adam! Nafsu ini perlu ditekan dan dipaksa untuk tidak dituruti. Siapa yang diharap dapat membantu?

Jawapannya adalah diri sendiri, utuhkan keazaman dalam diri, seperti ketika dirimu ingin sesuatu lalu akan kamu redah dan bijak mencari aqal demi mencapainya.

Namun pelik, mengapa ‘diri' masih ingin kepada yang ditegah dan diharamkan. Lalu timbullah rintihan ‘saya lemah', ‘saya tidak cukup kuat', mereka ingin beritahu saya, bahawa mereka insaf tapi mereka mengaku lemah untuk melawan kehendak nafsu. Akhirnya bertubi-tubi ruangan komen web saya dan email dibanjiri puluhan soalan berkenaannya. :

"Bagaimana ingin jadi kuat dan kalahkan nafsu ini?"

Jawapannya boleh jadi berjela-jela panjangnya, atau pendek mewakili seribu ayat. Biar saya pilih yang pendek, sesudah puas menghuraikan dengan panjang berjela di dalam pelbagai artikel.

"Yakinilah Allah swt dan hari akhirat"

Itulah kunci yang boleh membuka pintu yang diingini.
*
Offline
17.05.09 172

Syukron
Beri: 0 Terima: 19
Paparan Profil
« Jawab #12 pada: 07 September, 2009, 02:08:40 PM »

-Empat dosa yang tidak diampunkan Allah-

 
 PADA Lailatul Qadar Allah menyuruh Jibril turun ke bumi. Lalu turun Jibril dengan perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau.
Lalu dipacakkan di atas Kaabah, baginya 600 sayapnya, setengahnya tiada dibuka kedua-dua sayapnya, melainkan pada malam al-Qadar baru dibukakan kedua-duanya. Sayap itu hingga sampai dari timur ke barat (masyrik ke Maghrib) untuk menyelamatkan umat Muhammad.
Lalu, mereka memberi salam kepada setiap orang yang berjaga pada Lailatul Qadar beribadat kerana mencari keredaan Allah. Begitu juga kepada orang yang duduk beribadat, sembahyang, berzikir dan berjabat tangan sesama mukmin serta mengucap amin doa orang mukmin hingga terbit fajar Subuh.
Bertanya malaikat kepada Jibril: "Apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin daripada umat Muhammad pada Ramadan ini."
Jawab Jibril: "Bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadat kepada-Nya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya, iaitu:
1. Orang yang kekal minum arak
2. Derhaka kepada ibu bapanya
3. Memutuskan silaturahim
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
JIN:syaitan dirantai di bulan puasa? Bicara HQ mujahidin 2 1242 Kiriman Terakhir 06 April, 2009, 11:15:24 PM
oleh mujahid89
Doa-Doa Di Bulan Ramadhan Khas Ramadhan Azraq Zarqaziq 2 7812 Kiriman Terakhir 17 June, 2009, 08:35:21 PM
oleh Abi Naim
Peristiwa di bulan Ramadhan Khas Ramadhan Ummi Munaliza 4 812 Kiriman Terakhir 03 September, 2009, 11:40:58 AM
oleh Ummi Munaliza