Hukum berbohong dengan tujuan untuk menjaga hati

Author Topic: Hukum berbohong dengan tujuan untuk menjaga hati  (Read 3891 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

naftalena

  • *
  • Posts: 20
    • View Profile
04 September, 2009, 08:24:11 PM
  • Publish Di FB

  • saya tidak suka berbohong kerana setiap kali melakukan perbuatan tersebut saya akan merasa sangat takut dengan pembalasan ALLAH. masalahnya sekarang ialah, kadang kala saya terpaksa berbohong demi menjaga hati seseorang yang lain. cth ibu saya sendiri. sekiranya saya menyatakan kebenaran mungkin perkara buruk yang akan berlaku. apakah hukumnya berbohong dengan tujuan untuk menjaga dan melindungi aib dan hati org lain?
    « Last Edit: 09 September, 2009, 07:46:04 PM by Ummi Munaliza »

    wan_sgmt

    • *
    • Posts: 627
    • Salam ukhuwwah semua..
      • View Profile
    Jawab #1 04 September, 2009, 10:22:09 PM
  • Publish Di FB
  • apa yang saya dgr dr ceramah ustaz azhar idrus..

    jika berbohong untuk menjaga hati seseorang spt contoh..

    seorang suami memuji isterinya  " saya nampak awak ni gelap sikit je dari siti nurhaliza"(padahal isterinya hitam legam~ contoh jer :-))

    ini tak salah..

    tapi kalau berbohong spt contoh " sy belum kawen lagi" padahal anak dah 3 org.. ini berdosa..

    wallahualam, betulkan kalau sy silap..
    Bersama menyumbang ke Tabung Sehati Sejiwa..

    Raidoss

    • *
    • Posts: 103
      • View Profile
    Jawab #2 05 September, 2009, 04:20:46 AM
  • Publish Di FB
  • Salam....

    Berbohong tidak skali dibenarkan, dalam apa jua keadaan, malah dalam islam takda bohong yang di bolehkan atau bohong sunat.

    Baca link http://aidahma.multiply.com/journal, (tajuk: tiada istilah bohong sunat) yang saya jumpa untuk bacaan lanjut, harap dapat membantu yang saudari bertanya.

    Saya Hamba

    • *
    • Posts: 1283
      • View Profile
    Jawab #3 05 September, 2009, 05:11:16 AM
  • Publish Di FB
  • Sejahtera ke atas kalian

    maaf ..dah sebut bohong tu memang tak boleh la .... so kita katakan trick @ muslihat nak bagi keadaan lebih baik
    kalau gitu magic trick pun tak boleh la kan
    main bolasepak masa tackle bola pun ada trick .. tunjuk kat lain .. sepak bola pada org lain

    maaf Sekadar pendapat yg belum tentu benar .. so maaflah kalau pendapat nie jadi hanya bohongan sahaja

    SakaratulMaut

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Jawab #4 05 September, 2009, 10:52:49 AM
  • Publish Di FB
  • BOHONG SUNAT

    Soalan; Assalamu alaikum ustaz. Saya ingin mendapat penjelasan dari ustaz; Apakah hukum 'berbohong sunat'? Perbuatan berbohong tersebut adalah untuk tujuan yang baik, misalnya untuk menjaga sillaturrahim. Terima kasih

    Jawapan;

    Sabda Nabi s.a.w.; “Bukanlah dianggap pendusta/pembohong seorang yang berniat untuk memperbaiki di antara manusia dengan ia menyampaikan berita yang baik sahaja (di antara dua orang yang bergaduh/bersengketa) atau melaporkan yang baik-baik sahaja (dengan menyembunyikan yang tidak baik di antara mereka berdua)” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ummu Kalsum r.a.). Dalam riwayat Imam Muslim, terdapat tambahan; Ummu Kalsum berkata; “Aku tidak mendengar Nabi s.a.w. memberi sebarang kelonggaran (untuk berbohong/berdusta) dalam percakapan manusia kecuali dalam tiga keadaan;
    1) Ketika peperangan
    2) Untuk mendamaikan di antara manusia
    3) Percakapan seorang lelaki dengan isterinya dan percakapan seorang perempuan dengan suaminya
    (HR Imam Muslim)

    Berkata Imam an-Nawawi –mengulas hadis ini-; “Hadis ini dengan jelas telah mengharuskan beberapa bentuk pendustaan jika ada maslahah/kepentingan. Para ulamak telah membuat batasan bagi pendustaan/pembohongan yang diharuskan. Batasan yang terbaik ialah yang dikemukakan oleh Imam al-Ghazali yang menjelaskan; percakapan ialah jalan untuk mencapai maksud-maksud tertentu. Jika suatu maksud yang baik dapat dicapai dengan berkata benar, tidak harus lagi berdusta kerana pendustaan tidak diperlukan ketika itu. Namun jika maksud yang baik itu tidak ada cara untuk mencapainya melainkan dengan berbohong/berdusta, maka ketika itu berbohong/berdusta adalah harus jika maksud yang ingin dicapai itu hukumnya adalah harus. Jika maksud itu wajib, maka berdusta ketika itu juga wajib (kerana tidak ada cara lain lagi untuk mencapainya). Contohnya; ada seorang muslim bersembunyi dari seorang lelaki zalim dan kita mengetahui tempat persembunyiannya. Kemudian si zalim itu bertanya kita tempat lelaki muslim itu bersembunyi. Ketika itu wajib kita berdusta/berbohong (yakni tidak harus kita bercakap benar dengan memberitahunya). Contoh lain; kita ada menyimpan barang milik seseorang muslim, lalu ditanya tentangnya oleh seorang zalim yang ingin merampasnya, maka wajib kita berdusta untuk menyembunyikannya (bagi mengelak ia dirampas). Malah kata Imam al-Ghazali; jika kita memberitahu si zalim itu dan barang itu dirampasnya, wajib kita menggantikannya.

    Namun langkah yang lebih berhati-hati ialah dengan kita melakukan at-Tauriyah iaitu berselindung, yakni tidak secara direct berdusta/berbohong. Maksud at-Tauriyah ialah kita bercakap dengan bahasa yang zahirnya nampak macam berdusta, tetapi secara terselindung (yakni biat di hati) kita tidak berdusta. (Lihat; al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzul-Lisan. *Terjemahan dilakukan secara bebas).

    Bagi kes hubungan suami-isteri, maksud keharusan berdusta/berbohong ialah dalam menzahirkan kasih-sayang, berjanji sesuatu yang tidak lazim/mesti (ditunaikan) atau sebagainya. Sebagai contohnya; apabila isteri bertanya suami; sedap atau tidak masakannya? Suami pun menjawab; “sedap”, walhal sebenarnya tidak sedap. Jawapan itu bertujuan menjaga perasaan isteri walaupun sumai sebenarnya berbohong. Berbohong sebegitu tidaklah dicela kerana tujuannya untuk mengekalkan kasih-sayang. Adapun melakukan penipuan/pembohongan untuk mengelak dari tanggungjawab/kewajipan terhadap pasangan masing-masing atau untuk merampas haknya secara batil, maka ia adalah haram dengan ijmak para ulamak. (Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi)

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. al-Azkar, Imam an-Nawawi.
    2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 16, kitab al-Birri wa as-Silah.., Bab Tahrim al-Kazibi..
    3. Raudhatul-Muttaqien, Syeikh Abdul-Qadier ‘Irfan, jil. 1, bab al-Islah baina an-Naas

    http://anaksengat.blogspot.com/2008/11/hukum-bohong-sunnat.html
    "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
    (Surah Al-A'raf: ayat 34)

    eba

    • *
    • Posts: 85
      • View Profile
    Jawab #5 09 September, 2009, 03:34:54 PM
  • Publish Di FB
  • klu kta ckp jujur..
    tapi kesannya akan menyakitkan hati org cam ne??
    so, kena bohong ke x??
    ' sesungguhnya, setelah DIA menyiapkan seluruh makhluk-NYA, maka
     di cipta-NYA satu tulisan untuk diri-NYA sendiri yang di letakkan-NYA di atas arasy yang berbunyi, SESUNGGUHNYA KASIH-KU MELEBIHI MARAH-KU"

    fairuzz

    • *
    • Posts: 44
      • View Profile
    Jawab #6 09 September, 2009, 04:11:26 PM
  • Publish Di FB
  • jgn berbohong...tp cuba cari helah...itu dibenarkan dlm islam....contohnya...ada org minta pinjam duit...kita ada duit tp kita kata kita takde duit....dalam hati niat, aku takde duit untuk dia....bukan takde duit langsung.....tulah helah...atau satu crt...ditanya ada nampak si pulan tak sepanjang tuan disini....dialihkan tpt duduknya n berkata sepanjang sy duduk di sini saya tak nampak.... :)

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #7 09 September, 2009, 06:38:22 PM
  • Publish Di FB
  • AlhamduliLLah persoalan ini sudah panjang lebar dijelaskan oleh SakaratulMaut. Sekiranya ada persoalan lain yang bersangkutan diharap dapat berhubung dengan moderator agama yang bertugas.

    WaLlahua'lam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 09 September, 2009, 07:45:32 PM
  • Publish Di FB


  • Apabila kesimpulan telah dibuat , topik akan dikunci.

    TOPIK DIKUNCI


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    3154 Views
    Last post 14 October, 2009, 02:22:19 PM
    by zarith7
    5 Replies
    2783 Views
    Last post 28 May, 2009, 04:24:24 PM
    by alfaiz95
    3 Replies
    1377 Views
    Last post 14 June, 2012, 12:56:18 PM
    by alhaudhie