KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W - Page 1

*

Author Topic: KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W  (Read 9739 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 June, 2007, 11:55:52 PM
  • Publish
  • KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W

    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
    Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".

     Kini  hampir seminggu kita meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan yang telah mencatat sejarahnya yang agung dengan kelahiran bayi bertuah yang diberi nama Muhammad di mana baginda telah diangkat oleh Allah menjadi nabi lagi Rasul kepada umat akhir zaman. Pada hari ini marilah kita sama-sama menghitung diri kita samada sambutan maulidur rasul yang kita adakan pada bulan yang lalu hanya akan berlalu begitu sahaja atau pun sudah nampak disana perubahan pada diri kita dan masyarakat dalam sama-sama menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w  dan melaksanakan setiap apa yang dibawanya. Jangan kita jadikan perayaan lalu hanya untuk menyambut dan memuja tubuh Rasulullah s.a.w sahaja sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang menyembelih 100 ekor unta kerana kegembiraan di atas kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Tetapi akhirnya dialah yang menjadi penghalang dan penentang yang utama terhadap dakwah Rasulullah s.a.w sehingga adanya surah al-Lahab dalam al-Quran yang memberitahu kita semua bagaimana kecelakaan yang besar menimpa Abu Lahab dan isterinya kerana menolak dan mencerca dakwah suci Rasulullah s.a.w. Kita juga tidak mahu segala sifat mulia Rasulullah s.a.w diketahui dan disebut oleh kita saban hari samada melalui pembacaan buku, pendengaran melalui kuliah atau pun sebutan dalam berzanji dan juga selawat tetapi sekadar menjadi pengetahuan sahaja tanpa ada di sana usaha ke arah mencontohi dan melaksanakan kewajipan yang disuruh. Kita tidak mahu menjadi seperti ahli kitab dari golongan Yahudi dan Krisitian yang mengenali keperibadian Rasulullah s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tetapi setelah kelahiran nabi Muhammad s.a.w, merekalah yang menjadi musuh utama kepada dakwahnya. Oleh itu marilah kita hendaklah menjadikan sambutan maulidur rasul ialah untuk memuji kemulian tubuh dan sifat  Rasulullah s.a.w dan juga untuk melaksanakan segala syariat yang dibawanya.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

     Dalam kita bergembira dengan mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w pada bulan Rabiul Awwal janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam. Sebagaimana maklum bahawa selepas mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w  telah memerintah tentera Islam untuk menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.

    Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu  larut malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan Baqi’ berhampiran Masjid Nabawi kerana diperintah supaya beristighfar di sana.Sekembalinya dari kawasan perkuburan Baqi’ , Rasulullah s.a.w telah mengadu  bahawa kepalanya begitu sakit dan pening kepada ummul mukminin Sayyidatina ‘Aisyah. Peristiwa ini berlaku pada akhir bulan Sofar tahun 11 hijrah. Rasulullah s.a.w pada mulanya terlantar sakit di rumah ummul mukminin Sayyidatina Maimunah di mana selepas mendapat persetujuan daripada isteri-isterinya lalu baginda dipindahkan ke rumah Sayyidatina ‘Aisyah dengan dipapah oleh al-Fadhil bin Abbas dan Ali bin Abu Talib. Rasulullah s.a.w setelah bersiap lalu memberitahu bahawa baginda ingin keluar ke masjid bagi memberi ucapan kepada para muslimin. Selepas selesai sembahyang lalu baginda s.a.w sebelum menaiki minbar bersabda agar para muslimin berdoa ke atas para syuhada’ yang mati dalam peperangan Uhud dan.setelah berdiri di atas mimbar lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya (Allah) maka memilih hamba itu apa yang ada disisi Allah. 

    Mendengar ucapan itu lalu bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan hamba itu ialah diri Rasulullah s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : Wahai Abu Bakar! Jangan engkau menangis, sesungguhnya daripada mereka yang beriman kepadaku pada menemaninya, hartanya ialah Abu Bakar. Jika aku mengambil seorang teman rapat nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar tetapi persaudaraan Islam dan kemanisannya. Tidak akan kekal dalam  masjid satu pintu melainkan ada penghadang melainkan pintu Abu Bakar. 
    Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayyidina Abu Bakar.

    Sabdanya lagi bermaksud: Sesungguhnya aku mempunyai tanggungan yang berat antara kamu, aku merupakan saksi kepadamu, sesungguhnya janji kepadamu ialah telaga kauthar, Sesungguhnya aku melihatnya sedangkan aku berada ditempatku ini. Sesungguhnya aku tidak bimbang kamu akan syirik tetapi yang paling aku bimbang ialah kamu akan berebut-rebut kemewahan dunia ketika dibentangkan kepadamu.

    Pada suatu malam ketika para muslimin menunggu-nunggu ketibaan Rasulullah s.a.w bagi menunaikan solat Isya’, baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit sehingga baginda memerintah Sayyidina Abu Bakar  menjadi imam menggantikan baginda. Setelah diberitahu tentang perintah nabi lalu Sayyidina Abu Bakar meminta Sayidina Umar untuk menjadi imam tetapi Sayyidina Umar menggesa agar Sayyidina Abu Bakar melaksanakan perintah nabi untuk menjadi imam kerana beliau merupakan orang yang paling layak. Pada hari seterusnya setelah Rasulullah s.a.w merasai lega sedikit daripada kesakitan yang ditanggung lalu baginda keluar ke masjid dengan dipimpin oleh dua orang sahabat bagi menunaikan solat Zohor. Melihat kedatangan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar ingin berundur dari tempat imam tetapi Rasulullah s.a.w meminta agar beliau terus berada ditempat itu dan baginda sendiri meminta agar dua orang sahabat yang memimpinnya supaya mendudukkannya ditepi Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina Abu Bakar bersembahyang mengikut solat nabi yang mengerjakannya sambil duduk manakala muslimin yang lain mengikut solat Sayyidina Abu Bakar.Ini merupakan solat terakhir Rasulullah s.a.w bersama para muslimin di mana para sahabat begitu gembira melihat nabi mampu bersembahyang bersama-sama mereka menandakan baginda akan sembuh dari sakit. Tetapi kegembiraan itu hanya sementara di mana kesakitan baginda semakin parah dan apabila ditanya kepadanya lalu  baginda menyatakan : Tiada daripada orang islam yang ditimpa kesakitan maka tidak selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya sebagaimana daun yang gugur dari pokok.

    Sidang Jumaat yang berbahagia

     Pada suatu hari ketika para isteri nabi berada disampingnya lalu anaknya Siti Fatimah datang menghampirinya. Para isteri nabi yang lain melihat bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan sesuatu kepada Siti fatimah di mana buat kali pertama dia menangis kesedihan dan buat kali kedua dia tersenyum gembira. Apabila ditanya maka Siti Fatimah mengatakan bahawa dia sedih pada cerita pertama kerana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa setiap tahun malaikat Jibril akan menyampaikan wahyu al-Quran sekali manakala pada tahun ini dia datang sebanyak dua kali.Dia tidak melihatku melainkan kedatangannya kerana telah tiba ajalku. Sesungguhnya engkau wahai fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan mengiringiku dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau. Maka aku menangis mendengar kata-kata itu. Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w bertanya : Adakah engkau tidak redha menjadi Penghulu bagi seluruh umat wanita yang beriman atau ketua bagi wanita umat ini maka aku merasa gembira dengan perkara ini.

    Dalam keheningan Fajar Subuh hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah ketika mana Sayyidina Abu Bakar dan para muslimin bersiap untuk solat Subuh, mereka telah terpandang wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri sedang tersenyum apabila tabir dari bilik Sayyidatina ‘Aisyah terbuka lalu Abu Bakar memberi ruang kepada baginda kerana pada sangkaannya baginda ingin solat bersama-sama mereka. Para muslimin yang berada dibelakang turut bergembira apabila melihat keadaan nabi ketika itu tetapi akhirnya nabi mengisyaratkan dengan tangan agar mereka menyempurnakan solat mereka. Selepas itu para muslimin terus berasa senang hati melihat keadaan nabi yang mana pada sangkaan mereka telah hampir pulih. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah dan Rasulullah s.a.w kembali berbaring ditempatnya maka kesakitannya bertambah tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang rasul dan pemimpin yang agung buat muslimin dan itulah juga senyuman perpisahan daripada nabi dan ketua yang penyayang buat muslimin sebelum Rasulullah s.a.w menemui Allah.

    Pada saat-saat akhir, Usamah bin Zaid telah masuk menemui Rasulullah s.a. Ketika berada disampingnya dia diam lalu melihat bagaimana nabi telah meletakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudiaannya mengangkat kedua tangannya di mana dia tahu bahawa nabi telah berdoa untuknya.

    Antara ucapan atau wasiat yang terakhir sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir ialah : Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia melihatnya. Ada pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud. Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan.

    Selepas itu baginda menghembuskan nafas yang terakhir untuk pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang akan terus dilaksana dan disampaikan oleh umatnya sehingga hari qiamat.

    Kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas sehinggalah Sayyidina Abu Bakar mendapat berita sedih ketika berada di atas kuda dalam perjalanan pulang kerana pada sangkaannya baginda telah beransur pulih. Sayyidina Abu Bakar bergegas menuju ke Masjid Nabawi lalu memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah dimana terletaknya jasad Rasulullah s.a.w. Beliau duduk berhampiran jasad nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang menutupi bahagian muka nabi di mana beliau terus mengucupnya dan menutup kembali seterusnya keluar menemui para muslimin yang masih sedih dan terkejut menerima berita yang sedih ini. Suasana ketika itu hampir tidak terkawal kerana masing-masing bagaikan tidak percaya apabila menerima berita kewafatan rasul yang begitu dikasihi, ketua yang disegani, pemimpin yang telah memimpin umat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan islam. Sayyidina Umar sendiri tidak mempercayai berita kewafatan nabi malah memberi amaran keras akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima hakikat kewafatan nabi ini.

    Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
    " Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".

    Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran yang bermaksud : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

    Firman Allah dalam ayat 31 dan 32 surah Ali Imran yang bermaksud : Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah : "Taatilah Allah dan rasulNya jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

    Oleh itu kita semua sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mestilah sentiasa mengikut landasan dan syariat yang telah dibawa oleh nabi tanpa mempertikaikannya. Diwaktu sunnah nabi dihina dan dicerca marilah kita sama-sama mempertahan dan menghidupkannya walau pun apa yang berlaku dan sunnah yang terbesar ialah terdirinya khilafah islamiah itu sendiri. Jika nabi dan para sahabat serta pejuang selepas mereka bersusah payah sehingga mengorbankan harta dan nyawa dalam memastikan Islam tersebar maka kita yang merasai kemanisan dan keadilan Islam hasil perjuangan suci mereka itu janganlah merasa mudah dan tidak menghiraukan walau pun Islam diserang di setiap penjuru

    web: darululum
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    Reply #1 21 April, 2009, 06:29:39 PM
  • Publish

  • Peristiwa Kewafatan Rasulullah s.a.w. dan Keadaan Sahabat Dalam Pemilihan Khalifah
    Darulkauthar.net

    NOTA: KERAP KALI DIGAMBARKAN BAHAWA SAHABAT-SAHABAT ANSAR DAN MUHAJIRIN BEREBUT JAWATAN UNTUK MENJADI KHALIFAH SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SEOLAH-OLAH MEREKA GILA KUASA, KEADAAN SEBENAR ADALAH SEBALIKNYA

    Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w., para sahabat merasa bimbang berlalunya satu malam tanpa ada pemerintahan, kepimpinan atau khilafah. Orang-orang Islam, Ansar dan Muhajirin, semua mempunyai sikap yang positif. Mereka mengetahui bahawa pemerintahan itu sebahagian daripada Islam dan syariat dan peraturan Allah wajib ditegakkan. Ini tidak dapat disempurnakan melainkan apabila adanya khalifah. Oleh kerana itu, setiap kekuatan masyarakat Islam mesti bergerak bagi menjaga kewujudan negara Islam. Pemerintahan mesti diatur dan ditadbir bagi mengelakkan berlakunya fitnah-fitnah kerana faktor ketiadaan khalifah. Sahabat Ansar mendahului dalam hal ini kerana mereka yang mula-mula mendiami bumi Madinah, sokongan mereka dalam mendirikan negara Islam yang pertama di situ selepas Rasulullah s.a.w. dipilih menjadi rasul.

    Yang menyebabkan mereka bertindak demikian bukanlah kerana dorongan sifat assabiah, kepuakan dan ketamakan terhadap pemerintahan atau suka berebut-rebut, tetapi kesungguhan mereka agar kesatuan orang-orang Islam berkekalan bagi memastikan negara Islam yang pertama itu terus berdiri teguh. Bertitik tolak dari sini, mereka memilih seorang yang layak untuk jawatan itu. Di kalangan mereka itu adalah sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu Sa’ad bin ‘Ubadah yang merupakan salah seorang naqib ketika peristiwa perjanjian ‘Aqabah yang pertama.

    Sesungguhnya yang mendorong mereka bertindak ialah rasa kehambaan kepada Allah. Para sahabat amat khuatir melalui walaupun satu malam tanpa berada di bawah pemerintahan seorang imam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.. Mereka meninggalkan kain selimut di tempat tidur masing-masing dan berkumpul untuk melantik salah seorang daripada mereka menjadi imam. Ketika itu, kapal tanpa nahkoda, umat tanpa imam sedangkan imamah itu salah satu bahagian daripada Islam dan menegakkannya adalah ketaatan kepada Allah. Umat Islam sudah terdidik dengan sifat berlumba-lumba dan bersegera ke arah kebaikan, ‘Bersegeralah melakukan amalan-amalan soleh’.

    Mereka semua bergerak ke arah matlamat yang sama iaitu menegakkan pemerintahan. Tegasnya, faktor yang mendorong Ansar keluar ialah perasaan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh mereka dan yang mendorong Abu Bakar keluar menuju ke Saqifah ialah kesungguhan beliau terhadap kesatuan umat Islam. Ketika sampai berita kewafatan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Bakar, beliau terus pulang ke rumah ‘Aishah di mana Rasulullah s.a.w. diselimuti lalu beliau menyingkap wajah Baginda seraya berkata, "Aku tebus tuan dengan ayah dan ibuku, wahai Rasulullah s.a.w. Tuan berbahagia sungguh, baik masa hidup dan selepas wafat. Demi Allah, Dia tidak menghimpunkan tuan dengan dua kematian. Kematian yang Allah tentukan kepada tuan telahpun tuan rasai." Kemudian Abu Bakar keluar ke masjid, orang ramai ada di situ dan Umar mengeluarkan kata-katanya. Lalu Abu Bakar naik ke mimbar dan memuji Allah dan membesarkan-Nya kemudian berucap, "Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah meninggal dunia. Sesiapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah hidup tidak mati. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu), (QS Ali ‘Imran: 144).”

    Kemudian orang ramai keluar dari masjid sambil membaca ayat tersebut di jalan-jalan seolah-olah ayat itu tidak pernah diturunkan kecuali pada hari itu. Para Ansar berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah bermesyuarat dalam keadaan mereka tidak sedari apa yang sedang mereka lakukan. Hal itu sampai kepada pengetahuan Muhajirin lalu mereka berkata, "Kita hantar utusan supaya membawa mereka kepada kami. Abu Bakar berkata, "Bahkan kita akan ke sana. Lalu Muhajirin berjalan ke arah mereka termasuklah Abu Bakar, Umar dan Abu ‘Ubaidah. Lalu mereka saling memberikan ucapan. Sebahagian Ansar berkata, "Di kalangan kami seorang ketua dan di kalangan kamu seorang ketua.” Abu Bakar berucap panjang dan tepat, antaranya ialah, "Kamilah pemimpin dan kamulah menteri, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Pemimpin-pemimpin itu dari kalangan Quraisy,’ dan baginda bersabda, ‘Aku berpesan kepada kamu tentang kedudukan Ansar, supaya kamu menerima orang yang melakukan kebaikan dari kalangan mereka dan memaafkan orang yang melakukan kesilapan dari kalangan mereka. Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menamakan kami as-sadiqin dan Dia memerintahkan kamu supaya bersama kami di mana saja kami berada, Dia berfirman, ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. (al-Tawbah: 119)’” Abu Bakar berucap panjang dengan ucapan yang tepat dan mengemukakan dalil-dalil yang kuat. Para sahabat Ansar menyedari hal itu dan patuh kepada Abu Bakar dan memberi bai‘ah kepadanya.

    Tindakan Abu Bakar, Umar dan Abu ‘Ubaidah bergegas menuju ke Saqifah Bani Sa’idah adalah dorongan ketaatan kepada Allah, kewajipan yang dipikul oleh mereka yang mesti dilaksanakan. Kewajipan itu ialah melantik seorang imam bagi umat Islam setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. terutamanya kebimbangan mereka berlalunya satu malam tanpa ada imamah. Demikianlah jelas kepada kita perlantikan jawatan khalifah kepada Abu Bakar yang tidak memakan masa melainkan satu pertemuan di Saqifah dan itu berlaku dengan ijmak atau kesepakatan sahabat dan tidak tertumpah walau setitik darah malah tidak berlaku sebarang pergaduhan pun.
    Pada hari berikutnya Umar berada di atas mimbar menyampaikan ucapan dan Abu Bakar diam tidak bercakap apa-apa. Umar berkata, "Saya mengharapkan Rasulullah s.a.w. masih lagi hidup kemudian barulah baginda meninggalkan kita. Jika Muhammad telah meninggal dunia, maka Allah telah meletakkan di hadapan kamu cahaya yang menjadi petunjuk kepada kamu, petunjuk Allah itu adalah Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar, sahabat baginda dan teman baginda di dalam gua. Sesungguhnya beliau adalah orang yang paling utama berkenaan dengan urusan-urusan kamu. Maka dahulukanlah dan berilah bai’ah kepadanya." Sekumpulan daripada sahabat telahpun memberi bai’ah sebelum itu ketika di Saqifah. Sementara bai’ah kedua ini bai’ah umum yang dilakukan atas mimbar.

    Al-Zuhri meriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa beliau mendengar Umar berkata pada hari itu kepada Abu Bakar, "Naiklah ke atas mimbar,” Umar terus meminta Abu Bakar berbuat demikian sehingga Abu Bakar naik lalu orang ramai memberikan sumpah setia mereka kepada Abu Bakar.

    Kemudian Abu Bakar berucap lalu beliau memuji–muji Allah dengan sifat-sifat-Nya kemudian berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya saya telah diserahkan dengan urusan kamu sedangkan saya bukanlah yang terbaik untuk kamu. Sekiranya saya bertindak baik maka bantulah saya, jika saya tidak betul maka luruskanlah saya. Kebenaran itu amanah, pendustaan itu khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi saya sehingga saya hilangkan puncanya, Insya-Allah. Orang yang kuat di kalangan kamu adalah lemah di sisi saya sehinggalah saya mengambil daripadanya hak, Insya-Allah. Tidak ada satu kaum yang meninggalkan jihad di jalan Allah melainkan Allah campakkan kehinaan pada mereka. Tidak tersebar kekejian pada satu kaum melainkan Allah mengenakan bala kepada kesemua mereka. Taatilah saya selama mana saya mentaati Allah dan Rasul-Nya, kerana jika saya derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka kamu tidak lagi wajib taat kepadaku. Bangunlah menuju kepada sembahyang kamu, semoga Allah merahmati kamu."

    Komentar:

    Dalam ucapan Abu Bakar itu terserlah pedoman-pedoman yang menggariskan pergerakan dan hubungan antara pemerintah dan rakyat. Demikian juga tergambar dengan jelas prinsip-prinsip yang menjadi tonggak kepada sistem pemerintahan dalam Islam.
    Abu Bakar seorang yang sangat tawadhuk, tidak pernah menganggap dirinya sebagai yang terbaik walaupun pada kenyataannya beliau merupakan sahabat yang paling unggul. Dengan penuh rendah diri, beliau mengharapkan supaya rakyatnya memberikan kerjasama kepada beliau dalam tugas khalifah di samping memperbetulkan kesilapan seandainya ada. Beliau mensyaratkan agar mereka itu benar dan jujur kepada Allah, diri mereka sendiri dan kepada khalifah sebagaimana beliau mesti bersifat demikian. Beliau mensyaratkan supaya keadilan ditegakkan dan diberikan kepada tuannya. Beliau juga mengingatkan dirinya dan umat Islam supaya tidak meninggalkan jihad di jalan Allah, dan sentiasa meneruskan dakwah Rasulullah s.a.w. Ini adalah kerana mereka akan ditimpa kehinaan jika tidak berbuat demikian. Beliau juga mengingatkan supaya menjauhi kemungkaran yang menyebabkan bala bencana menimpa semua orang.

    Bukankah kandungan ucapan beliau itu sarat dengan prinsip-prinsip pemerintahan Islam yang berasaskan kepada syura atau pemesyuaratan. Ucapan ini merupakan manifestasi kepada perjanjian atau kontrak antara pemerintah dan rakyat.
    Peristiwa yang berlaku pada hari yang bersejarah itu merupakan ijmak umat Islam yang terdiri daripada sahabat Muhajirin dan Ansar akan penyerahan urusan khalifah itu selayaknya kepada Abu Bakar. Di situlah tergambarnya kesatuan umat dalam pemilihan ketua negara Madinah sepeninggalan Rasulullah s.a.w.

    Sebelum itu, Sa’ad bin ‘Ubadah yang mewakili Ansar berucap dengan penuh kesedaran akan tanggungjawab terhadap umat, kata beliau, "Maka kita ini adalah penolong-penolong Allah, tentera-tentera Islam, wahai Muhajirin kamu adalah keluarga nabi kami, sesungguhnya kamu benar-benar telah mendahului, mahu untuk mengambil daripada asal kami dan menghalang kami daripada urusan itu."

    Itu adalah puji-pujian kepada Allah dan juga ketakutan kepada-Nya. Ansar tidak pernah membangkitkan asal keturunan mereka dan tidak mengucapkan kata-kata yang mengusir Muhajirin dari Madinah. Malah mereka mengakui kelebihan Muhajirin itu.


    Saringan dari tulisan Dr. Jamal Abdul Hadi dan Dr. Wafa` Muhammad
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    Reply #2 23 May, 2009, 01:34:05 PM
  • Publish
  • KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W




    Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
    " Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".

    Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran yang bermaksud : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

    Firman Allah dalam ayat 31 dan 32 surah Ali Imran yang bermaksud : Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah : "Taatilah Allah dan rasulNya jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".



    Hmm.. Di sini juga sy kagum dengan keimanan abu bakar assiddiq..
    Ketika itu Umar alkhattab masih lagi terhijab dengan kecintaan kpd rasul shj..
    Bila Abu bakar berkata macam tu barulah umar alkhattab dan lain2 tersedar akan kebenaran hakikat iaitu Rasulullah hanyalah manusia biasa saja yg bersifat sementara..
    Cintakan Rasulullah kerana ALLAH..
    Cerita ni betul2 menyedihkan.. Bila terbaca trasa macam baru2 je kematian rasulullah..
    Kami betul2 rindukan Nabi Muhammad.. Iaitu Kekasih ALLAH..
    Moga2 Rasulullah dpt memberi syafaat kepada kami di hari akhirat kelak InsyaALLAH~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #3 11 November, 2009, 02:37:59 PM
  • Publish
  • Hayatilah…


    Utk Renungan Bersama ...


    Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
     
    Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

     
    Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'


    'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


    Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
     
    'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
     
    Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'


    'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
     

    Reply #4 11 November, 2009, 03:35:02 PM
  • Publish
  • barakallahu fiq ya nila....Allah TuhanKu Muhammad RasulKU...Islam AgamaKU.....Kaum Muslimin saudaraKU..Allahuakbar!

    Reply #5 11 November, 2009, 05:08:39 PM
  • Publish
  • ~menitis air mata ana..~
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    Reply #6 11 November, 2009, 08:18:40 PM
  • Publish
  • menitis air mata ana...
    sedikit terkilan kerana tidak dapat bertemu Rasulullah...
    barakallahu fik....

    Reply #7 11 November, 2009, 09:59:53 PM
  • Publish
  • Umatku.....solah......sempurnakanlah hak
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    Reply #8 12 November, 2009, 12:58:40 AM
  • Publish
  • masyaallah... Tak dapat bayangkan betapa sakitnya menghadapi malikat maut.. Sedangkan Rasullah merasakan betapa sakitnya keadaan tersebut.. Bagaimana pula dengan kita??? Tak dapat dibayang kan...
    Ubahlah diri, nescaya oran lain akan berubah hasil perubahan kita

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    13 Replies
    4408 Views
    Last post 25 April, 2009, 01:01:33 PM
    by assiddiq
    10 Replies
    2015 Views
    Last post 28 April, 2011, 12:27:45 AM
    by jaimejoothman
    0 Replies
    871 Views
    Last post 13 May, 2011, 09:15:02 AM
    by imanhilmi