Kepentingan Ulama Dan Ilmu Pengetahuan

*

Author Topic: Kepentingan Ulama Dan Ilmu Pengetahuan  (Read 3884 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1293
    • View Profile
04 September, 2009, 12:26:24 AM
  • Publish
  • Assamualaikum Warahmatullah.

    Alhamdulillah. Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah Taala kerana artikel saya telah disiarkan oleh akhabr Harian Metro pada 24 April 2008 (Jumaat). Artikel bertajuk Minda: Fahami Peranan Ulama telah dikeluarkan di bahagian Setempat akhbar Harian Metro. Di sini saya letakkan artikel asalnya bertajuk Kepentingan Ulama Dan Ilmu Pengetahuan untuk paparan sahabat-sahabat semua. Semoga mendapat manfaat darinya. InsyaAllah.

    KEPENTINGAN ULAMA DAN ILMU PENGETAHUAN

    Semenjak kebelakangan ini kedengaran suara-suara sumbang dari pelbagai pihak yang cuba untuk menidakkan keilmuan dan keagungan para ulama Islam. Ada di antara mereka ini berkata para ulama bukannya maksum seperti Rasulullah S.A.W. Jadi tidak perlulah untuk mengikut tunjuk ajar dari para ulama ini untuk memahami dan menjalani urusan agama Islam. Boleh sahaja untuk mengambil terus dalil-dalil daripada al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan kefahaman sendiri. Adakah tindakan dan pendapat seperti ini bertepatan dengan Islam itu sendiri?

    Firman Allah Taala bermaksud:

       
    Quote
    Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahuinya.



    (Surah al-Nahl: ayat 43).

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
    Quote
        Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna.


    (Riwayat Ahmad, Tarmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah).

    Perkataan ulama merupakan kata jamak dari kata dasar alim iaitu seseorang yang sangat berilmu pengetahuan. Secara umunya ulama Islam adalah orang yang menguasai dan mengamalkan ilmu-ilmu Allah Taala secara mendalam serta ikhlas dan mereka memiliki akhlak yang amat terpuji. Mereka mampu menyingkap dan memahami dalil-dalil dari al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. dengan sempurna. Sedangkan jika hendak dibandingkan kefahaman masyarakat awam untuk memahami dalil-dalil sudah tentulah mereka tidak berupaya sama sekali seperti keupayaan para ulama ini dalam memahami dalil-dalil. Kita juga tidak menafikan kadang-kala para ulama tetap tersalah di dalam ijtihad mereka tetapi amatlah sedikit kesalahan mereka itu. Para ulama yang sebenar tidak akan mengeluarkan sesuatu hukum agama mengikut hawa nafsu mereka semata-mata kerana mereka adalah golongan yang paling takut kepada kepada Allah Taala.

    Firman Allah Taala bermaksud:

       
    Quote
    Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulama.


    (Surah Faathir: Ayat 28).

    Adalah sangat perlu dibezakan di antara mereka yang disebutkan sebagai ulama dan di antara mereka yang digolongkan sebagai penuntut-penuntut ilmu serta orang awam. Perbuatan bermudah-mudah dalam mengeluarkan sesuatu hukum-hakam agama berdasarkan dalil-dalil mengikut kefahaman akal fikiran sendiri oleh sebahagian masyarakat awam pada masa kini amatlah membimbangkan. Jika perkara seperti ini berterusan dari semasa ke semasa dan tidak dibendung dari sekarang ini maka sudah pastilah kesucian dan kemurnian syariat Islam itu akan tercemar. Memperkatakan sesuatu hukum tanpa ilmu pengetahuan yang cukup amatlah ditegah oleh Islam.

    Firman Allah Taala bermaksud:
    Quote
        Dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak ketahui.


    (Surah al-Aaraf: Ayat 33).

    Islam sentiasa menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan bertanya sejak dari buaian hingga ke liang lahad. Bertanyakan hukum-hakam Islam dari para ulama bukanlah bermakna Islam melarang umatnya untuk terus berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Namun perihal agama mestilah diserahkan kepada ahlinya (para ulama) di atas kelayakkan yang mereka perolehi itu. Kita juga disarankan agar terus belajar dan menuntut ilmu supaya suatu hari nanti kita bakal menjadi alim dan dapat membantu masyarakat Islam dalam menyelesaikan sebarang persoalan yang timbul. Kesimpulan kecil yang boleh kita katakan di sini ialah: Masyarakat awam yang tidak mempunyai ilmu yang cukup tidaklah dibenarkan sama sekali untuk mengeluarkan sesuatu hukum-hakam Islam sebelum dirujuk terlebih dahulu kepada para ulama yang boleh dipercayaai keilmuanya.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    Quote
        Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami.


    (Riwayat Ahmad).

    Para ulama berperanan untuk membimbing dan mendidik masyarakat serta menasihati pemerintah sekiranya mereka tidak menjalankan amanah dan tugas seperti yang dikehendaki oleh Islam. Jika para ulama diam membisu dari menyampaikan ajaran Islam yang sebenar maka sudah pastilah sesebuah negara dan masyarakat Islam itu akan menjadi rosak binasa dan jauh dari rahmat Allah Taala. Mereka juga berperanan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menjadi contoh tauladan yang terbaik kepada manusia. Ilmu pengetahuan yang mereka perolehi itu mestilah disampaikan agar sekalian manusia terus terbimbing untuk melakukan kebaikkan dan sentiasa mentaati perintah Allah Taala.

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
    Quote
        Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak.


    (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).

    Masyarakat hendaklah sentiasa mendampingi para ulama untuk mengutip mutiara-mutiara ilmu dari mereka. Sekiranya timbul sebarang persoalan dan masalah yang berkaitan dengan Islam maka hendaklah terus untuk bertemu dan bertanya para ulama. Pihak pemerintah pula hendaklah memberikan kebebasan kepada para ulama untuk menyampaikan nasihat dan teguran membina berkaitan ajaran agama Islam. Pemerintah juga perlu meminta pandangan dari para ulama sekiranya mereka mempunyai sebarang masalah hukum-hakam yang tidak dapat diselesaikan. Insitusi ulama mestilah diletakkan di tempat yang sepatutnya bersesuaian dengan taraf mereka sebagai pewaris para nabi. Ulama juga mestilah bersedia untuk mendepani isu-isu globalisasi selaras dengan tuntutan semasa. Perkara ini amatlah perlu di ambil perhatian agar kehadiran dan kepentingan ulama tidak tertumpu kepada mengeluarkan hukum-hakam Islam semata-mata bahkan peranan ulama perlu diperluaskan lagi.

    Bagi para pelajar dan mahasiswa/wi yang digolongkan sebagai penuntut ilmu maka janganlah sesekali membuang masa walaupun sedikit untuk terus menuntut ilmu pengetahuan sehingga ke akhir hayat. Ilmu pengetahuan berperanan untuk membantu mengeluarkan manusia dari kegelapan menuju cahaya kebenaran. Manfaatkanlah ruang dan masa yang ada untuk mendampingi para ilmuan samada di universiti-universiti mahupun di sekolah-sekolah. Kedudukan orang berilmu adalah lebih tinggi darjatnya dari orang yang tidak berilmu. Menuntut ilmu juga adalah salah satu jihad yang dituntut oleh agama Islam.

    Firman Allah Taala bermaksud:

    Quote
        Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.


    (Surah al-Mujadilah: Ayat 11).

    Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

    Quote
        Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.


    (Riwayat Tarmizi).

    Daripada:

    MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB.

    Universiti Al-Azhar, Mesir.

    Email:
    shidi_buluh@yahoo.com.

    Blog:
    http://buluh.iluvislam.com.

    halawah

    • *
    • Posts: 2602
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #1 14 November, 2009, 05:19:08 PM
  • Publish
  • Ulamak itu pewaris para Anbiyak
    tanpa ulamak kita kehilangan wasiat Rasulillah saw.
    Kerana ulamak sahaja yang mempelajari dan mengajari Ilmu2 yang diajarkan oleh para Muhdisin diwarisi oleh Rasulillah saw dan Perintah Allah swt.
    Maka Al-Quran dan Hadis seiring sejalan pegangan Abadi hingga keakhir zaman.
    Dan AlQur'an Sebagai Pembela DiYAUMUL MAHSYAR..
    Takkan lapok dihujan  dan takkan kering dek panas kemarau.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    Zaim91

    • *
    • Posts: 23
    • Haiya biljihad
      • View Profile
    Reply #2 14 November, 2009, 06:10:23 PM
  • Publish
  • tidak akan dihilangkan ilmu kecuali dengan kematian ulama.
    ~Hamba yang hina~
    ~Mencari keredhaanNya~

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #3 14 November, 2009, 08:58:25 PM
  • Publish
  • Org berilmu ni org yg lebih tua dari kita yg da lama idup..

    So bila suatu hari nanti mereka semua dah meninggal,tinggal org2  yg tiada didikan agama dan hidup dengan hiburan melalaikan..

    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Zaim91

    • *
    • Posts: 23
    • Haiya biljihad
      • View Profile
    Reply #4 14 November, 2009, 10:24:53 PM
  • Publish
  • ya..semua ini ketentuanNya..dunia semakin menghampiri penghujungnya..

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #5 14 November, 2009, 11:04:02 PM
  • Publish
  • Ulamak perlu bergerak. Sepertimana awan yang membawa hujan. Nabi SAW pernah menyuruh sekumpulan Ulamak untuk keluar berjihad selama setahun. Orang awam hendaklah memuliakan Ulamak kerana ini adalah hak seorang Ulamak. Tetapi tiada kemuliaan yang lebih tinggi daripada kemuliaan yang datang dari Allah SWT. Muaz Bin Jabal RA adalah ulamak besar dikalangan sahabat. Di zaman Abu Bakar RA, Muaz bin Jabal RA ingin keluar berjihad di jalan Allah. Orang ramai telah menghalangnya kerana ilmunya sangat diperlukan di Madinah. Abu Bakar RA berkata bagaimana Aku hendak menghalang seseorang yang ingin mati di jalan Allah. Bukan ulamak sahaja yang kene bergerak semua orang kene bergerak untuk buat usaha agama.

    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #6 29 September, 2013, 11:42:16 AM
  • Publish
  • aku melayu, dulu aku bagero, haprak, koboi, main dgn jin, dan sebagai

    kini aku bertaubat, kembali ke jalan Allah

    semoga usaha aku di redhainya

    kini ramai kalangan paderi kristian, sedar mereka islam, dan kerana apa tah, di jaja serata alam
    kini di gelar akan merka segolongan pula habib, subhanallah

    habibah, kekasih, semoga habib itu mengasihi

    taklah sekadar menyanyi nyanyi

    alim ikut sunnah, terbaik

    habibah, yakni kekasih Allah, bermesra denganNya

    takut apa sebenarnya?

    takut mati - lakukanlah kebaikan, seolah olah akan mati besok
    takut mati - mohon maaflah dan berikan kemaafan, kerana besok akan pergi

    silakan ya, semoga nampaklah

    kejahilan di tunjukkan daripada kata kata, serta, menulis

    pastikan Ingat Allah
    dan buatlah amal kebaikan

    ZakiaAliaMedina

    • *
    • Posts: 232
      • View Profile
    Reply #7 30 September, 2013, 01:46:40 AM
  • Publish
  • Semoga bermanfaat... :ins:

    Kisah pelik tapi benar, Imam Malik rahimahullah.
    ==============================

    Seorang wanita di zaman Imam Malik telah meninggal dunia. Sudah sememangnya akan dimandikan oleh wanta juga. Ketika proses memandikan jenazah, wanita yang memandikan itu berbicara sesuatu di hatinya.

    Dia bermonolog, "berapa kali agaknya si mati ini melakukan zina." Tiba-tiba tangannya melekat pada alat sulit si mati itu. Maka gemparlah hal ini di bumi Madinah.

    Para ulama' pun berbincang mengenai hal ini sehingga ada yang menyatakan dipotong sahaja tangan wanita yang memandikan jenazah, ada yang membantah & memberikan pandangan sebaliknya. Akhirnya hal ini dibawa kepada Imam Malik.

    Imam Malik pun pergi ke tempat kejadian & bertanya kepada wanita tersebut apa yang telah dia lakukan. Wanita itu pun berterus terang tentang apa yang telah dia katakan.

    Lantas Imam Malik mengeluarkan hukum qazaf ke atas wanita tersebut dengan disebat sebanyak 80 kali. Ini adalah kerana wanita itu telah menuduh zina kepada si mati tanpa bukti. Setelah selesai hukuman itu dijalankan, tangan wanita itu dapat ditarik kembali. Subhana Allah.

    Sejak itu, nama Imam Malik tersebar luas sehingga para ulama' di zaman itu berkata selama mana keberadaan Imam Malik di sisi mereka, maka hanya beliau sahaja yang layak mengeluarkan fatwa.

    - Nota mafhum kuliah Habib Zein حفظه الله di Masjid al-Falah.
    ---------------------------------------------

    Himpunan nota di ruang komen. Moga bermanfaat... :syukur: :aamiin:

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #8 30 September, 2013, 09:09:57 AM
  • Publish
  • apakah pelajaran dapat kamu ambil dari kisah tersebut ya?

    boleh idak tolong ceritakan, maklumlah, kejahilan tak dapat nampak kebenaran serta tak dapat ambil pelajrannya

    semoga ada keberanian menunjukkan pelajaran agar dapat di ambil pakai, inshallah

    nazri0070

    • *
    • Posts: 2403
    • Aku ingin menjadi kekasihMu...Ya Allah!
      • View Profile
    Reply #9 30 September, 2013, 10:07:08 AM
  • Publish
  • Wanita yang dimandikan itu bukan calang-calang orangnya. Begitu juga Imam Malik.
    "Selagi kita lurus dengan Allah, dunia dalam genggaman."- Sayyidah Nafisah.

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #10 01 October, 2013, 01:48:01 PM
  • Publish
  • Imam Malik mengeluarkan hukum qazaf ke atas wanita tersebut dengan disebat sebanyak 80 kali. Ini adalah kerana wanita itu telah menuduh zina kepada si mati tanpa bukti. Setelah selesai hukuman itu dijalankan, tangan wanita itu dapat ditarik kembali.

    pada perkataan di atas inilah, PELAJARAN utama bagi kita
    yakni, jangan mudah menuduh orang lain tanpa ILMU
    jangan suka bersangka sangka, kerana walaupun persangkaan dalam hati, buruk akibatnya

    seterusnya, ingat idak, orang dah mati, dah meninggal TUTUP BUKU
    habis dah rejeki si mati, jadi kita hanya PATUT, mandikan, kafankan, solatkan, tanamkan

    seterusnya hendaklah amanah tatkala memandikan mayit
    jangan ada PREJUDIS memandang, ikhlaskan diri

    semoga dapatlah memahami ya

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    2787 Views
    Last post 13 December, 2010, 09:40:04 PM
    by aini zinnirah
    16 Replies
    4168 Views
    Last post 09 January, 2012, 10:58:30 PM
    by qalamsuci
    3 Replies
    523 Views
    Last post 04 January, 2014, 05:11:35 PM
    by msa