Penjelasan Mengenai Tasawuf

Author Topic: Penjelasan Mengenai Tasawuf  (Read 5881 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1293
    • View Profile
03 September, 2009, 10:16:49 AM
  • Publish Di FB

  • Penjelasan mengenai tasawuf :


    Hukum Tariqat Sufiyyah


    Soalan :Adakah tariqat itu dianjurkan oleh syarak atau tidak? Adakah termasuk di dalam amalan tariqat memukul-mukul badan dengan pedang atau lembing, memegang ular-ular berbisa, mengunyah kaca dan mata pisau cukur?

    Jawapan :


    Tasawuf yang sebenar ialah berusaha untuk memilih akhlaq sepertimana akhlaq RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam di dalam amalan, percakapan dan segala tindakan serta berpegang teguh dengan apa yang disampaikan oleh syarak iaitu dengan cara mematuhi segala perintah , menjauhi segala larangan dan menyerah diri kepada ketentuan qadha' dan qadar. Ahli tasawuf yang benar ialah seorang yang tidak beramal dengan sesuatu yang bercanggah dengan aula (utama) disamping menjauhkan diri daripada perkara haram dan makruh.

    Dan ahli tasawuf juga tidak menjadikan tasawuf sebagai sumber rezeki dan kehidupan serta tidak menggunakan helah atau mengeluarkan kata-kata melebihi had yang dibenarkan oleh syarak. Dia juga tidak berhasad dengan dan membenci melainkan kerana ALLah dan menghadapi kejahatan dengan kebaikan.

    Sekiranya sesuatu tariqat bersifat seperti di atas maka ia di kira termasuk di dalam syariat kerana ia berakhlaq dengan akhlak dan adab-adab Islam. Sekiranya ia bercanggah denngan apa yang disebut tadi contohnya : ahli tariqat itu mengeluarkan kata-kata yang tidak diperakui oleh syariat atau berlebih-lebih atau menyifatkan imam-imam tasawuf dengan sifat-sifat yang berlebihan seperti menganggap mereka itu sehingga melebihi taraf sebagai seorang manusia, atau mengambil kesempatan daripada tasawuf untuk mengaut harta dan sumber pendapatan hidup atau malas untuk bekerja sehingga dia bergantung kepad aorang ramai, maka tasawuf seperti ini adalah satu kejahilan. Adakala ia membawa kepada kesesatan dan bukannya tasawuf yang digariskan oleh syarak.

    Di antara syarat-syarat yang mesti dimiliki oleh ahli tariqat adalah seperti berikut :

    a. Ahli tariqat mestilah 'alim (pakar) dengan ilmu fiqh dan syariat Islam atau sentiasa belajar dengan alim ulama.
    b. Di hendaklah beramal dengan ilmunya.
    d. Dia hendaklah melazimi adab-adab Islam
    e. Dia sentiasa mendampingi orang-orang soleh untuk mencontohi mereka.

    Sekiranya dia tidak memiliki satu sahaja daripada syarat-syarat di atas, maka dia bukanlah seorang sufi yang sebenar. Manakala pertanyaan mengenai hukum memukul-mukul badan dengan tombak atau pedang, memamah kaca dan memegang ular-ular berbisa. Sekiranya perlakuan itu berlaku daipada seorang lelaki yang bertaqwa, ahli ibadah dan soleh, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya dianggap sebagai karomah atau kemuliaan daripada ALlah ta'ala.

    Sekiranya lelaki itu tidak bertaqwa atau cuai daripada melaksanakan syariat, maka perkara itu dikira sebagai istidraj - yang mana ALLah subhanahu wa ta'ala memberinya perkara seperti itu supaya dia menjadi bertambah tertipu dengan dirinya sendiri, kerana dia merasakan sudah mencapai peringkat orang soleh sedangkan realitinya adalah sebaliknya.

    Kemungkinan juga perkara-perkara itu boleh dihasilkan melalui kebiasaan dan latihan sepertimana ia terjadi pada kebanyakan orang-orang kafir. Penghuraiannya secara detail akan didatangkan selepas ini.

    Sumber ambilan : Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi, Salah Faham Terhadap Bid'ah, al Bid'ah fi al mafhum al islami ad daqiq, Darul Nu'man, 2002, Kuala Lumpur

    Menurut pendapat Prof Dr Ali Jum'ah (Mufti Mesir) apabila ditanyakan mengenai tarekat sufi dan tasawuf. Maka beliau telah mengatakan begini :


    Jawapan :


    Tasawuf adalah kaedah pendidikan kerohanian dan perilaku yang membentuk seorang Muslim hingga mencapai tingkat ihsan, yang didefinisikan oleh Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang bererti :
    Quote
    " Bahawa kamu menyembah ALLah subahanahu wa ta'ala seakan-akan kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihat kamu."
    (Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 1m hlmn 27; Bukhari, Sohih Bukhari, vol 1, hlmn 27; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 1, hlmn 37).

    Jadi tasawuf adalah program pendidikan yang menumpukan perhatian kepada pembersihan jiwa manusia daripada seluruh penyakit-penyakitnya yang menjauhkan manusia dari ALLah subahanahu wa ta'ala dan membetulkan kelakuan dan perilaku yang menyimpang dalam segala hal yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan ALlah subahanahu wa ta'ala, hubungan sesama manusia dan dengan ego diri. Tarekat tasawuf adalah lembaga yang melaksanakan pembersihan jiwa dan pelurusan perilaku tersebut. Manakala syeikh adalah khadim atau ustaz yang bertugas melakukan hal itu bersama penuntut atau murid.

    Jiwa manusia pada tabiatnya merupakan tempat yang di dalamnya terhimpun pelbagai penyakit-penyakit seperti sombong, 'ujub (bangga diri/bongkak), angkuh, egois, kikir (kedekut), marah, riya' (menunjuk-nunjuk), dorongan maksiat dan derhaka, hasrat memuaskan diri dan membalas dendam, benci, dengki, menipu, tamak, dan loba.

    ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman dalam mengungkapkan perkataan isteri al Aziz (penguasa Mesir) yang bererti :
    Quote
    "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), sebab sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
    (Surah Yusuf:53)

    Oleh itu, orang-orang yang awal daripada para pendahulu kita bersikap arif dan cerdas memandang pentingnya pendidikan akhlaq dan membersihkan peribadi daripada penyakit-penyakit ego agar dapat berjalan selaras dengan masyarakat dan beruntung di dalam melangkah menuju Tuhannya.

    Tarekat tasawuf mesti dilengkapi dengan beberapa syarat antara lain:


    Pertama :
    Berpegang teguh dengan al Quran dan Sunnah sebab tarekat tasawuf itu adalah kaedah al Quran dan Sunnah. Setiap perkara yang menyalahi al Quran dan Sunnah, maka bukan bahagian dari tarekat, bahkan tarekat sendiri menolak perkara itu dan melarangnya.

    Kedua :
    Tarekat tidak mengajarkan ajaran-ajaran yang terpisah dari syariat, tetapi ke arah mempersiapkan manusia menuju kepada intinya. Tasawuf mempunyai tiga fenomena pokok yang seluruhnya dilandaskan di atas ajaran al Quran al Karim iaitu :

    1. Menumpukan perhatian terhadap keadaan jiwa, mengawasinya dan membersihkannya dari unsur tercela. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :

    Quote
    "Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka ALLah subahanahu wa ta'ala mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasiqan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang mneyucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya, merugilah bagi orang-orang yang mengotorinya (jiwa itu)."
    (Surah Asy Syams :7-10)

    2. Banyak-banyaklah berzikir dan mengingat ALLah subahanahu wa ta'ala. ALLah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :
    Quote
    "Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLah subahanahu wa ta'ala, zikirlah sebanyak-banyaknya".
    (Surah al Ahzab : 41)

    Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    Quote
    "Sentiasa basahkan lidahmu dalam berzikir mengingati ALlah subahanahu wa ta'ala
    (Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad vol 4, hlmn 188; Tirmidzi, Sunan Tirmidzi vol 5, hlmn 485; Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, vol 2 hlmn 1246; Ibnu Hibban, Sohih Ibnu Hibban, vol 3, hlmn 96 ; dan Hakim, al Mustadrak, vol 1, hlmn 672)

    3. Zuhud terhadap dunia dan tidak bergantung dengannya, dan cinta terhadap akhirat. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :
    Quote
    "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka (kesenangan-kesenangan duniawi yang bersifat sementara dan tidaklah kekal). Dan, sesungguhnya negeri akhirat itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka, tidakkah kamu memahaminya?"
    (Surah al An'am :32)



    « Last Edit: 03 September, 2009, 10:51:23 AM by IbnuNafis »

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #1 03 September, 2009, 10:17:24 AM
  • Publish Di FB
  • Adapun tentang syeikh yang menerangkan secara terperinci mengenai pelajaran zikir-zikir kepada para murid; membantu mereka di dalam membersihkan karenah-karenah (perilaku) jiwa dan sifat tercela dan menyembuhkan hati mereka dari penyakit-penyakit , maka dia adalah seorang 'pelayan' atau ustaz yang dapat melihat kaedah mana yang lebih sesuai dengan penyakit hati pada peribadi diri, keadaan tertentu, dengan murid atau penuntut.

    Dalil dari Hadith :


    Adalah merupakan Sunnah RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam memberikan nasihat kepada setiap manusia tentang apa yang mendekatkan dirinya kepada ALlah subahanahu wa ta'ala sesuai dengan keadaan dan konsep jiwa yang berbeza-beza. Seseorang datang kepada Baginda sallaLLahu 'alaihi wasallam bertanya :
    Quote
    "Wahai rasuluLLah, sampaikanlah kepadaku tentang perkara yang menjauhkan diriku dari kemarahan ALLah subahanahu wa ta'ala." Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam menjawab, "Janganlah marah!"
    (Hadith riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 5, hlmn 2267; dan Tirmidzi, Sunan Tirmidzi, vol 4 hlmn 371)

    Seorang lelaki yang lain lagi datang kepada RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam dan berkata :
    Quote
    "Sampaikanlah kepadaku tentang perkara yang aku jadikan pegangan; Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya, "Sentiasalah basahkan lidahmu dengan berzikir kepada ALlah subahanahu wa ta'ala."

    (Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 4, hlmn 188; Tirmidzi; Sunan Tirmidzi vol 5m hlmn 485; Ibnu Majah, vol 2, hlmn 1246; Ibnu Hibban. Sohih Ibnu Hibban, vol 3, hlm 96; dan Hakim, al Mustadrak, vol 1, hlmn 672)


    Demikian juga, kehidupan para Sahabat radiyaLLahu anhu (semoga ALlah subahanahu wa ta'ala meredhai mereka). Di antara mereka ada yang memperbanyakkan solat malam, ada yang memperbanyakkan membaca al Quran, ada yang memperbanyakkan jihad, ada yang memperbanyakkan zikir dan ada yang memperbanyakkan sedekah.

    Ini semua tidak bererti mesti meninggalkan urusan dunia. Ada ibadah tertentu, yang diperbanyakkan oleh orang yang menempuh jalan kepada ALlah subahanahu wa ta'ala. Di atas penjagaan dan dasar itu, kita juga menyaksikan pintu-pintu syurga pun banyak dan bermacam-macam. Akan tetapi, pada akhirnya semua itu hanya tempat masuk yang banyak dan berbeza-beza, sedangkan syruga itu sendiri satu :

    Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti:
    Quote
    "Bagi setiap ahli (orang yang menekuni) suatu amal ada pintu dari pintu-pintu syurga yang dinamakan dengan amal tersebut. Dan bagi orang-orang yang berpuasa ada pintunya yang mereka akan dipanggil dari sana. Pintu itu disebut ar Rayyan."


    (Hadith Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, vol 2 hlmn 449, Bukhari, Sohih BUkhari, vol 2 hlmn 671; dan Muslim, Sohih Muslim, vol 2 hlm 808. teks hadith daripada riwayat Imam Ahmad RadiyaLLahu anhu)

    Demikian juga tarekat-tarekat menjadi banyak dan bermacam-macam pintu-pintu masuk dan kaedah-kaedah sesuai dengan syeikh dan muridnya sendiri. Di antara mereka ada yang lebih mengutamakan dan memperhatikan puasa, dan ada yang mengutamakan al Quran lebih banyak dengan tanpa mengabaikan puasa. Begitulah seterusnya.

    Keterangan yang telah dikemukakan di atas menjelaskan tentang tasawuf yang sebenar, tarekat yang sohih, dan syeikh yang teguh dengan syariat dan sunnah. Kita sedia maklum mengenai tarekat itu sendiri ada bermacam-macam jenis tarekat atas beberapa faktor yang mendorong disebabkan oleh bermacam-macam corak pendidikan dan tarbiah serta berbeza-beza kaedah dalam usaha untuk sampai ke arah tujuan. Namun, semuanya adalah dalam satu tujuan, sebab ALLah subahanahu wa ta;ala yang menjadi tujuan semuanya.

    Di sini kami tekankan bahawa keterangan tersebut tidak menyesuaikan kebanyakan orang-orang yang menghukum dirinya bertasawuf. Iaitu, mereka yang mengotori wajah tasawuf dari kelompok orang-orang yang tidak ada agama dan tidak memiliki kesolehan; orang-orang yang berjoget-joget (Ada perbahasannya [color=#FF3300]DI SINI[/color]))pada acara-acara peringatan dan maulid-maulid dan mereka melakukan perbuatan orang-orang yang jadzab (hilang kesedaran) dan pengamal perkara khurafat. Ini semuanya bukan tasawuf dan sama sekali tidak tergolong daripada tarekat tasawuf.

    Sesungguhnya tasawuf yang kami ajak untuk mengikutinya adalah tidak ada hubungannya dengan fenomena-fenomena negatif fan buruk yang dilihat kebanyakan orang. Tidak boleh bagi kita mengenal tasawuf dan menarik kesimpulan tentangnya daripada sebahagian orang-orang yang bodoh (jahil mengenai tasawuf) yang mengaku-ngaku tasawuf. Akan tetapi, semestinya kita bertanya kepada para ulamak yang memberikan pujian terhadap tasawuf sehingga kita mengerti sebab pujian mereka terhadapnya (tasawuf).

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #2 03 September, 2009, 10:18:15 AM
  • Publish Di FB
  • Terakhir kami berikan jawapan kepada orang-orang yang bertanya, "Kenapa kita tidak belajar sahaja etika-etika (adab-adab) perilaku dan pembersihan jiwa itu dari Al Quran dan Sunnah secara langsung?."

    Jawapan :

    Ini adalah ungkapan yang pada zahirnya mengandungi rahmat, sedangkan di sisi batinnya mengandung azab. Sebab, sesungguhnya kita tidak mempelajari rukun-rukun solat, perkara-perkara sunatnya dan perkara-perkara makruh di dalamnya dengan membaca al Quran dan Sunnah. Akan tetapi, kita mempelajari semua itu dari bidang ilmu yang disebut ilmu feqah.

    Para ahli feqah telah mengarang buku-buku dan menyimpulkan seluruh hukum-hukum itu dari al Quran dan Sunnah. Lalu bagaimana seandainya muncul di tengah-tengah kita orang yang mengatakan bahawa kita harus mempelajari feqah dan hukum hukum agama daripada al Quran dan Sunnah secara langsung? Sedangkan kamu tidak akan menjumpai seorang alim pun yang mempelajari feqah dari al Quran dan Sunnah secara langsung.

    Demikian juga, terdapat perkara-perkara yang tidak disebutkan di dalam al Quran dan Sunnah. Perkara-perkara itu mesti dipelajari dari syeikh dengan cara bertalaqi; tidak layak dengan mencukupkan diri hanya dengan al Quran seperti ilmu Tajwid. Sedangkan, di dalam perkara-perkara itu harus kukuh mengikuti istilah-istilah khusus dengan kefahaman ilmunya.Misalnya mereka mengatakan, :"Mad Lazim itu enam harakat." Siapakah yang menjadikan mad itu sebagai Mad Lazim? Mereka adalah ulama'-ulama' dalam bidang ini. Begitu juga ilmu tasawuf adalah bidang ilmu yang diletakkan oleh para ulama' tasawuf sejak era Junaid al Baghdadi radiyaLlahu 'anhu dari abad ke 4 hingga masa kita sekarang.

    Manakala kehidupan zaman yang sudah rosak sehingga moral pun turut menjadi rosak, dengan sebahagian tarekat-tarekat tasawuf juga rosak, sehingga mereka bergantung dengan fenomena-fenomena yang bertentangan dengan agama ALlah subahanahu wa ta'ala. ALLah subhahanahu wa ta'ala akan membela tasawuf dan para pengikutnya; Dia akan memelihara mereka dengan kuasa-Nya. ALlah subahanahu wa ta'ala berfirman yang bererti :
    Quote
    "Sesungguhnya ALLah subahanahu wa ta'ala membela orang-orang yang telah beriman.Dan, ALLah subahanahu wa ta'ala tidak menyukai tiap-tiap orang yang menkhianati lagi mengingkari nikmat"
    (surah al Hajj:38)

    Semoga apa yang telah kami kemukakan cukup untuk menjelaskan tentang makna tasawuf, tarekat, syeikh dan sebab wujudnya bermacam jenis tarekat. Demikian juga, tentang persoalan kenapa kita mempelajari perilaku dan pembersihan akhlaq dari bidang ilmu yang dinamakan tasawuf itu; kenapa kita mengambilnya dari para syeikh dan tidak secara langsung mengambilnya dari Al Quran dan Sunnah. Kita memohon kepada ALLah subahanahu wa ta'ala semoga membuka mata kita terhadap perkara-perkara agama kita.. Dan ALlah subahanahu wa ta'ala Maha Tinggi dan lagi Maha Mengetahui.

    Sumber Ambilan : Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
    « Last Edit: 03 September, 2009, 10:52:06 AM by IbnuNafis »

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #3 03 September, 2009, 10:21:21 AM
  • Publish Di FB
  • Apakah Erti Tasawuf

    Berkata Imam Junaid :
    Quote
        Tasawuf ialah mensucikan hati daripada tertambat dengan makhluk, meninggalkan perangai tabi'e yang buruk, memadamkan sifar-sifat kemanusiaan (yang buruk), menjauhi dorongan nafsu, bersifat dengan sifat kerohanian, berpegang dengan hakikat segala perkataan, mengutamakan ALlah pada setiap masa, menasihati seluruh umat, menyempurnakan janji kepada ALlah dan mengikut syar'iat RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam.


    Al Tusturi radiyaLLahu 'anhu berkata :
    Quote
        Ahli sufi ialah orang-orang yang mensucikan dirinya daripada kekotoran, memenuhi fikirannya dengan bertafakur (memikirkan kebesaran ALlah) dan memutuskan hubungan (hati) dengan manusia untuk menuju kepada ALlah dan sama di sisinya antara emas dan lumpur

    - Tazkirah al Au'liya' karangan al 'Atthor (1/364)

    Sumber : Al Allamah Abu AbduLLah 'Alawi al Yamani, Intabih diinuka Fi Khatrin, Agamamu Dalam Bahaya, terjemahan Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, Cetakan Kedua, Sofa Production, Selangor.
    « Last Edit: 03 September, 2009, 10:23:11 AM by IbnuNafis »

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #4 03 September, 2009, 10:25:28 AM
  • Publish Di FB
  • Apakah Makna Perkataan Sufi

    Ketahuilah bahawa di sisi ahli bahasa, kalimah sufi mempunyai bermacam-macam makna. Di antara pendapat mereka ialah :

    1. Kalimah sufi diambil dari perkataan ahli suffah iaitu orang-orang yang tinggal di anjung Masjid Nabawi di Madinah yang disediakan oleh RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam untuk sahabat-sahabatnya yang miskin. Mereka telah memutuskan hubungan dengan dunia dan meluangkan masa untuk beribadah.

    2. Dikatakan kalimah sufi diambil dari perkataan orang yang berada di sof yang pertama.

    3. Dikatakan jua ia berasal dari perkataan mensucikan hati.

    4. Dikatakan, ia dinisbahkan kepada pakaian berbulu.

    Imam al Subki bernasyid :


    Quote
        Telah bercanggah pendapat manusia semenjak dahulu di dalam memberikan makna sufi,
        Dan mereka telah berselisih pendapat padanya, mereka menyangka ia terbit daripada perkataan suf (pakaian daripada bulu kambing),
        Dan aku tidak sekali-kali memberikan nnama ini melainkan kepada pemuda yang telah mensucikan dirinya, maka ia menjadi sufi (bersih) sehingga dinamakan sebagai sufi."

    Tasawuf bukanlah suatu mazhab kerana tasawuf merupakan suluk, adab dan jalan menuju ALlah, melalui seseorang Masyaikh Murabbi (guru pendidik).


    Sumber : Al Allamah Abu AbduLLah 'Alawi al Yamani, Intabih diinuka Fi Khatrin, Agamamu Dalam Bahaya, terjemahan Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, Cetakan Kedua, Sofa Production, Selangor.

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #5 03 September, 2009, 10:26:12 AM
  • Publish Di FB
  • Usul Tasawuf sebagaimana yang disebut oleh Sahl al Tasturi mengandungi enam perkara :

    1. Berpegang dengan Kitab ALlah.
    2. Mengikut Sunnah RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam
    3. Memakan makanan yang halal
    4. Meninggalkan kezaliman
    5. Menjauhi maksiat
    6. Bertaubat
    7. Menunaikan segala hak kewajipan

    (Al - Tobaqat al Kubra karangan Imam al Sya'rani (1/66)

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1293
      • View Profile
    Jawab #6 03 September, 2009, 10:28:44 AM
  • Publish Di FB
  • Ulama' yang berkecimpung dalam arena kesufian adalah ramai. Di antaranya, Imam al Ghazali, Imam Abu Nu'aim, al Hafiz Ibn al Solah, Imam al 'Izuddin ibn Abdul Salam, Imam Nawawi, Imam Suyuthi, Imam al Subki radiyaLlahu 'anhum dan lain-lain.

    Bahkan Abu Nu'aim menyebut dalam kitab al Hilyah, bahawa imam ahli sufi juga terdiri daripada imam mazhab yang empat iaitu ImamAbu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad ibn Hanbal.

    Cukuplah mereka sebagai qudwah (ikutan) kaum Muslimin samada di timur mahu pun di barat dan pengikut mereka pula adalah dari kalangan Ahli Sunnah wal Jama'ah.

    Pendapat Imam 4 Mazhab Tentang Tasawuf


    Imam Malik ibn Anas merupakan salah seorang dari kalangan Imam Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Beliau hidup pada kurun k 2 dan wafat pada tahun 179 Hijrah. Beliau berkata :


    Quote
        Sesiapa yang belajar ilmu feqah tetapi tidak belajar ilmu tasawwuf, maka ia adalah fasiq. Sesiapa yang belajar ilmu tasawwuf tetapi tidak belajar ilmu feqah maka ia adalah zindiq, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya, maka ia adalah ahli haqiqat.

    Qawaid al Tasawuf, karangan Syeikh al Faasi, halaman 3.

    Orang yang berilmu tetapi tidak mempunyai adab dan keikhlasan, kadang kala akan menyebabkan ia menjadi fasiq. Mempelajari adab dan banyak berzikir tanpa mengetahui ilmu, kadang kala akan menyebabkan seseorang itu menjadi kafir zindiq. Manakala orang yang menghimpunkan di antara ilmu dan adab serta zikir-zikir sahajahlah, yang mengetahui haqiqat agama ini.

    Sebagaimana yang diperkatakan oleh Imam Syafi'e :
    Quote
    Aku telah mendampingi ahli sufi, maka aku telah mendapat faedah daripada mereka dua kalimah. Mereka menyatakan :


        "Waktu itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.

        Sekiranya diri kamu tidak disibukkan dengan perkara kebenaran, maka ia akan menyibukkan kamu dengan perkara-perkara yang batil.
    Ta'yid al Haqiqah al 'Aliyyah karangan Imam Suyuti, halaman 15

    Oleh yang demikian, Syeikh Ali al Masyhur menyatakan : T
    Quote
    idak mengetahui nilai masa melainkan dua golongan; ahli sufi dan ahli fikir Barat.
    Imam Ahmad ibn Hanbal mewasiatkan kepada anaknya, AbduLlah dengan berkata :

    Quote
        "Wahai anakku! Hendaklah kamu duduk bersama kaum ini (ahli sufi) kerana mereka telah melebihi kami dengan banyaknya ilmu, muraqabah, khasyah (takut kepada ALlah), zuhud dan tinggi himmah.

    Tanwir al Qulub karangan Syeikh Amin al Kurdi, halaman 405.


    Sumber :
    Al Allamah Abu AbduLLah 'Alawi al Yamani, Intabih diinuka Fi Khatrin, Agamamu Dalam Bahaya, terjemahan Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki, Cetakan Kedua, Sofa Production, Selangor.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 13 September, 2009, 05:59:22 AM
  • Publish Di FB

  • [box title=kekeliruan terhadap ilmu dan amalan tasawuf]Masih terdapat kekeliruan di kalangan masyarakat Islam terhadap ilmu dan amalan tasawwuf.  Masih wujud perasaan sangsi dan tidak ketinggalan juga ada yang berpandangan negatif terhadap kebenaran ilmu ini sebagai dasar dan tiang seri dalam kehidupan seorang muslim bagi meneruskan perjalanan menuju Allah S.W.T.  Kekeliruan tersebut datang dari berbagai aspek,  antara yang paling pokok dan dasar dapat kita lihat adalah disebabkan oleh kecenderungan masyarakat Islam mengejar dan bergelumang dengan kehidupan dunia.  Dalam waktu yang sama lahir pula satu golongan yang menumpukan perhatian mereka terhadap ibadah dengan nama al-sufiyyah dan al-mutasawwifah di dalam masyarakat.  Situasi ini timbul akibat daripada tindakbalas ke atas golongan yang cenderung kepada keduniaan pada kurun kedua Hijri dan seterusnya.[/box]
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 13 September, 2009, 06:02:07 AM
  • Publish Di FB

  •   Memang diakui bahawa tidak terdapat satu kalimah pun di dalam al-Qur’an itu yang menyebut perkataan tasawwuf.  Namun terdapat banyak sekali ayat al-Qur’an yang membawa maksud al-tasfiyah dan tazkiyah.  Kedua-dua makna tersebut adalah dasar dan inspirasi kepada ilmu dan amalan tasawwuf itu.  Dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menggalak, mendorong dan mengajak jiwa manusia supaya bersifat takwa, bersifat siddiq dan ikhlas, tawakkal dan yakin, penyerahan diri dan pengabdian yang mutlak hanya kepada Allah S.W.T.

    Oleh yang demikian kita dapati hampir separuh daripada isi kandungan al-Qur’an itu menyentuh soal kejiwaan dan akhlak, keimanan dan keihsanan.  Ketinggian dan kesempurnaan insan di sisi Allah S.W.T.  Manakala sebahagian daripada kandungannya yang lain pula meliputi unsur ibadah, muamalah dan kisah umat terdahulu untuk menjadi peringatan dan pengajaran.

    Terdapat beberapa istilah yang secara zahir, mahupun maksud dan makna yang telah digunakan oleh al-Qur’an sebagai bukti yang nyata bahawa intipati ilmu dan ajaran tasawwuf yang sebenar itu adalah bersumberkan daripada al-Qur’an.  Di antara istilah tersebut ialah istilah taubat,  zuhud,  sabar,  syukur,  khawf,  rajā’, ridā dan istilah tawakal.   Semua istilah ini dikenali sebagai maqāmāt dalam ajaran tasawwuf.   Atau yang merujuk kepada maksud dari ayat al-Qur’an seperti ma‛rifah  dan isqāt al-tadbir.

    Hakikat bahawa al-Qur’an adalah sumber utama ilmu dan amalan tasawwuf tidak dapat dinafikan.  Al-Qur’an menyatakan dengan jelas bahawa Allah S.W.T. tidak dapat diserupakan dengan sesuatu,  dalam konteks yang lain al-Qur’an menyatakan tentang Allah S.W.T. itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar.   Semua ini merupakan suatu hikmat ketuhanan yang tertinggi yang telah dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. melalui wahyu Ilahi, iaitu al-Qur’an.  Kemudian umat Islam membaca ayat suci yang menyuruh lari mencari Tuhannya,  kerana Dialah sumber segala cahaya di langit mahupun di bumi.   Namun jika umat Islam membaca ayat  tersebut, lalu meniru gaya hidup yang telah dianjurkan dengan satu kaedah yang telah diatur susun oleh ilmu dan amalan tasawwuf, tentu bukan menjadi satu kesalahan.  Sebagai contoh, al-Qur’an menganjurkan agar hidup jangan terlalu mencintai dunia kerana hal itu menyebabkan kotor dan mencemarkan perjalanan roh yang sifatnya sedia suci,  lalu diajarkan dalam ilmu tasawwuf dengan satu metod yang dikenali sebagai zuhud.  Begitulah seterusnya.  Jika hal ini terjadi dalam kehidupan umat Islam tidak bermakna ia menganut suatu ajaran baru,  yang dimasukkan ke dalam ajaran Islam sebagai sisipan.

    Dari keterangan di atas tidak mungkin sama sekali untuk kita menyatakan bahawa keseluruhan hal tersebut adalah suatu penambahan dari ajaran orang sufi. Namun secara yakin boleh kita nyatakan di sini ia adalah suatu tafsiran yang mereka telah simpulkan dari satu keyakinan bahawa Allah S.W.T. itu bersifat dengan sifat wujud yang hakiki dan Allah S.W.T. itu diyakini terlalu hampir dengan mereka seperti yang diterangkan oleh Allah S.W.T. dalam firmanNya

    وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإنسان وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ .
    Maksudnya:

    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14510
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 13 September, 2009, 06:08:50 AM
  • Publish Di FB

  • Sebenarnya Islam merupakan agama tauhid, manakala semua aspek Islam, sama ada dari sudut ajaran serta amalannya adalah melambangkan kepada prinsip yang asasi tersebut.  Disiplin ilmu dan amalan tasawwuf  merupakan aspek yang paling mendalam dari dimensinya yang batin terhadap wahyu yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

    Tasawwuf adalah kaedah atau cara yang terbaik untuk merealisasikan prinsip tauhid yang terkandung dalam ajaran Islam tersebut.  Oleh kerana itu, sebagai seorang yang Islam dan beriman kepada Allah S.W.T. dan Rasul Nya, maka kemuncak dari keislaman dan keimanan tersebut akan dapat dilihat secara sehabis-habis universal oleh perlambangan terhadap ungkapan kalimah syahadah لا اله إلا الله محمد رسول الله   .  Namun dalam hal ini, seperti yang di catatkan oleh sejarah, hanya ahli sufi dengan disiplin ilmu dan amalan tasawwuf sahaja yang dapat merealisasikan rahsia dari tuntutan tauhid tersebut.  Merekalah yang mengetahui makna lafaz ini (tauhid) dengan pemahaman yang benar secara zahir dan batin. Atau dengan lain perkataan, dapat melihat Allah S.W.T. di mana-mana juga.

    Pada hakikatnya,
    keseluruhan dari intipati amalan yang terkandung dalam ajaran tasawwuf yang bersifat perjalanan kerohanian melalui disiplin tariqat itu sebenarnya mempunyai misi tersendiri untuk menyembuhkan manusia dari berbagai bentuk penyakit batiniah.  Dengan demikian manusia akan berada pada landasan yang benar untuk menuju ke martabat insan kāmil.  Hanya dengan cara mencapai taraf kesempurnaan diri yang sebenar, barulah seseorang yang sālik itu boleh menjadi suci dan bersih di sisi Tuhannya.  Hal ini telah diterangkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya

    وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِين
    Maksudnya:

    "Dan orang  yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya  Kami akan memimpin mereka ke jalan    Kami (yang menjadikan  mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah S.W.T. adalah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya. "


    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Jawab #10 16 October, 2009, 12:28:33 AM
  • Publish Di FB


  • Istilah-istilah Tasawwuf


    1. Nafsu Lawwamah ialah nafsu yang mengkritik diri sendiri apabila berlaku sesuatu kejahatan dosa ke atas dirinya. Nafsu ini lebih tinggi sedikit dari nafsu Ammarah. Contohnya jika tertinggal solat umpamanya timbullah rasa kecut hati kerana menyesal di atas perbuatan itu lantas segera mengqada'kannya kembali tanpa bertangguh lagi di samping memohon keampunan  kepada Allah di atas kesilapan itu.

    2. Nafsu Mutmainnah ialah nafsu yang sudahpun terkikis darinya sifat-sifat tercela. Di antara sifat orang yang mempunyai nafsu jenis ini ialah bermurah hati, tawakkal kepada Allah, bijaksana, kuat ibadat, syukur, reda, taqwa dan lain-lain.

    3. Kasyaf bermaksud Allah SWT menyingkap hijab dari mata hati seseorang sehingga ia dapat melihat sesuatu itu dalam bentuknya yang sebenar dan dapat juga melihat perkara-perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Kasyaf ini terikat dengan sejauh mana ia tidak bertentangan dengan isi ajaran Al-Quran dan juga Al-Hadith. Jika bertentangan dengan kedua sumber ini hendaklah ditolak kerana ia bukannya ilham yang datang dari Allah sebaliknya datang dari syaitan.

    4. Ilham Ladunni atau Ilmu Ladunni lebih tepatnya ialah ilham yang dianugerahkan oleh Allah SWt kepada seseorang hambanya yang bertaqwa tanpa melalaui proses pembelajaran biasa. Ia dianugerahkan semata-mata hasil daripada pengabdian diri kepada Allah, ikutan terhadap sunnah Rasulullah SAW, beramal dengan ikhlas dan berusaha bersungguh-sungguh menimba ilmu dari ajarann Rasulullah SAW. Ilham ini juga terikat dengan sejauh mana ianya tidak bercanggah dengan isi kandungan Al-Quran dan juga hadis sebagaimana juga kasyaf.

    5. Muhaqqiqin bermaksud orang yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu dengan tepat. apabila disandarkan kepada ulamak, maka ia membawa maksud ulamak yang dapat menilai dan menganalisa sesuatu hadis itu dengan tepat sama ada ianya benar ataupun tidak.

    6. Siddiqin bermaksud orang-orang yang sangat benar merangkumi benar dengan Allah, benar dengan rasul, benar dengan diri sendiri dan juga benar dalam pergaulan dengan masyarakat. Istilah-istilah ini biasanya digunakan oleh para ulamak Islam dalam penulisan mereka.

    Sila rujuk buku:
    1. Tasauf Moden DN 104

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #11 10 November, 2010, 11:40:47 AM
  • Publish Di FB


  • Definisi Tasawuf
    Istilah "tasawuf"(sufism), yang telah sangat populer digunakan selama berabad-
    abad, dan sering dengan bermacam-macam arti, berasal dari tiga huruf Arab,
    sha, waudan fa. Banyak pendapat tentang alasan atas asalnya dari sha wa fa.

    Ada yang berpendapat, kata itu berasal darishafa yang berarti kesucian. Menurut pendapat lain kata itu berasal dari kata kerja bahasa Arabsafwe yang berarti orang-orang yang terpilih. Makna ini sering dikutip dalam literatur sufi. Sebagian berpendapat bahwa kata itu berasal dari kata shafwe yang berarti baris atau deret, yang menunjukkan kaum Muslim awal yang berdiri di baris pertama dalam salat atau dalam perang suci. Sebagian lainnya lagi berpendapat bahwa kata itu berasal darishuffa, ini serambi rendah terbuat dari tanah liat dan sedikit nyembul di atas tanah di luar Mesjid Nabi di Madinah, tempat orang-orang miskin berhati baik yang mengikuti beliau sering duduk-duduk. Ada pula yang menganggap bahwa kata tasawuf berasal dari shuf yang berarti bulu domba, yang me- nunjukkan bahwa orang-orang yang tertarik pada pengetahuan batin kurang mempedulikan penampilan lahiriahnya dan sering memakai jubah sederhana yang terbuat dari bulu domba sepanjang tahun.
    Apa pun asalnya, istilahtasawuf berarti orang-orang yang tertarik kepada
    pengetahuan batin, orang-orang yang tertarik untuk menemukan suatu
    jalan atau praktik ke arah kesadaran dan pencerahan batin.

    Penting diperhatikan bahwa istilah ini hampir tak pernah digunakan pada dua abad pertama Hijriah. Banyak pengritik sufi, atau musuh-musuh mereka, mengingatkan kita bahwa istilah tersebut tak pernah terdengar di masa hidup Nabi Muhammad saw, atau orang sesudah beliau, atau yang hidup setelah mereka.

    Namun, di abad kedua dan ketiga setelah kedatangan Islam (622), ada sebagian orang yang mulai menyebut dirinya sufi, atau menggunakan istilah serupa lainnya yang berhubungan dengan tasawuf, yang berarti bahwa mereka mengikuti jalan penyucian diri, penyucian "hati", dan pembenahan kualitas watak dan perilaku mereka untuk mencapai maqam (kedudukan) orang-orang yang menyembah Allah seakan-akan mereka melihat Dia, dengan mengetahui bahwa sekalipun mereka tidak melihat Dia, Dia melihat mereka. Inilah makna istilah tasawuf sepanjang zaman dalam konteks Islam.
    Saya kutipkan di bawah ini beberapa definisi dari syekh besar sufi:
    Imam Junaid dari Baghdad (m.910) mendefinisikan tasawuf sebagai
    "mengambil setiap sifat mulia dan meninggalkan setiap sifat rendah".S yekh
    Abul Hasan asy-Syadzili (m.1258), syekh sufi besar dari Arika Utara,
    mendefinisikan tasawuf sebagai "praktik dan latihan diri melalui cinta yang dalam
    dan ibadah untuk mengembalikan diri kepada jalan Tuhan".Syekh Ahmad
    Zorruq (m.1494) dari Maroko mendefinisikan tasawuf sebagai berikut:

    Ilmu yang dengannya Anda dapat memperbaiki hati dan menjadikannya semata-mata bagi Allah, dengan menggunakan pengetahuan Anda tentang jalan Islam,khususnya fiqih dan pengetahuan yang berkaitan, untuk memperbaiki amal Anda dan menjaganya dalam batas-batas syariat Islam agar kebijaksanaan menjadi nyata.

    Ia menambahkan, "Fondasi tasawuf ialah pengetahuan tentang tauhid, dan setelah itu Anda memerlukan manisnya keyakinan dan kepastian; apabila tidak demikian maka Anda tidak akan dapat mengadakan penyembuhan 'hati'."
    Menurut Syekh Ibn Ajiba (m.1809):
    Tasawuf adalah suatu ilmu yang dengannya Anda belajar bagaimana

    berperilaku supaya berada dalam kehadiran Tuhan yang Maha ada melalui penyucian batin dan mempermanisnya dengan amal baik. Jalan tasawuf dimulai sebagai suatu ilmu, tengahnva adalah amal. dan akhirnva adalah karunia Ilahi.
    Syekh as-Suyuthi berkata, "Sufi adalah orang yang bersiteguh dalam kesucian
    kepada Allah, dan berakhlak baik kepada makhluk".

    Dari banyak ucapan yang tercatat dan tulisan tentang tasawuf seperti ini, dapatlah disimpulkan bahwa basis tasawuf ialah penyucian "hati" dan penjagaannya dari setiap cedera, dan bahwa produk akhirya ialah hubungan yang benar dan harmonis antara manusia dan Penciptanya. Jadi, sufi adalah orang yang telah dimampukan Allah untuk menyucikan "hati"-nya dan menegakkan hubungannya dengan Dia dan ciptaan-Nya dengan melangkah pada jalan yang benar, sebagaimana dicontohkan dengan sebaik-baiknya oleh Nabi Muhammad saw.

    Dalam konteks Islam tradisional tasawuf berdasarkan pada kebaikan budi ( adab) yang akhirnya mengantarkan kepada kebaikan dan kesadaran universal. Ke baikan dimulai dari adab lahiriah, dan kaum sufi yang benar akan mempraktikkan pembersihan lahiriah serta tetap berada dalam batas-batas yang diizinkan Allah, la mulai dengan mengikuti hukum Islam, yakni dengan menegakkan hukum dan ketentuan-ketentuan Islam yang tepat, yang merupakan jalan ketaatan kepada Allah. Jadi,tasawu f dimulai dengan mendapatkan pe ngetahuan tentang amal-amal lahiriah untuk membangun, mengembangkan, dan menghidupkan keadaan batin yang sudah sadar.



    Adalah keliru mengira bahwa seorang sufi dapat mencapai buah-buah tasawuf, yakni cahaya batin, kepastian dan pengetahuan tentang Allah (ma'rifah) tanpa memelihara kulit pelindung lahiriah yang berdasarkan pada ketaatan terhadap tuntutan hukum syariat. Perilaku lahiriah yang benar ini- perilaku--fisik--didasarkan pada doa dan pelaksanaan salat serta semua amal ibadah ritual yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad saw untuk mencapai kewaspadaan "hati", bersama suasana hati dan keadaan yang menyertainya. Kemudian orang dapat majupada tangga penyucian dari niat rendahnya menuju cita-cita yang lebih tinggi, dari kesadaran akan ketamakan dan kebanggaan menuju kepuasan yang rendah hati (tawadu') dan mulia. Pekerjaan batin harus diteruskan da1am situasi lahiriah yang terisi dan terpelihara baik.



    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #12 10 November, 2010, 11:42:46 AM
  • Publish Di FB
  • Definisi Tasawuf
    Istilah "tasawuf"(sufism), yang telah sangat populer digunakan selama berabad-
    abad, dan sering dengan bermacam-macam arti, berasal dari tiga huruf Arab,
    sha, waudan fa. Banyak pendapat tentang alasan atas asalnya dari sha wa fa.

    Ada yang berpendapat, kata itu berasal darishafa yang berarti kesucian. Menurut pendapat lain kata itu berasal dari kata kerja bahasa Arabsafwe yang berarti orang-orang yang terpilih. Makna ini sering dikutip dalam literatur sufi. Sebagian berpendapat bahwa kata itu berasal dari kata shafwe yang berarti baris atau deret, yang menunjukkan kaum Muslim awal yang berdiri di baris pertama dalam salat atau dalam perang suci. Sebagian lainnya lagi berpendapat bahwa kata itu berasal darishuffa, ini serambi rendah terbuat dari tanah liat dan sedikit nyembul di atas tanah di luar Mesjid Nabi di Madinah, tempat orang-orang miskin berhati baik yang mengikuti beliau sering duduk-duduk. Ada pula yang menganggap bahwa kata tasawuf berasal dari shuf yang berarti bulu domba, yang me- nunjukkan bahwa orang-orang yang tertarik pada pengetahuan batin kurang mempedulikan penampilan lahiriahnya dan sering memakai jubah sederhana yang terbuat dari bulu domba sepanjang tahun.
    Apa pun asalnya, istilahtasawuf berarti orang-orang yang tertarik kepada
    pengetahuan batin, orang-orang yang tertarik untuk menemukan suatu
    jalan atau praktik ke arah kesadaran dan pencerahan batin.

    Penting diperhatikan bahwa istilah ini hampir tak pernah digunakan pada dua abad pertama Hijriah. Banyak pengritik sufi, atau musuh-musuh mereka, mengingatkan kita bahwa istilah tersebut tak pernah terdengar di masa hidup Nabi Muhammad saw, atau orang sesudah beliau, atau yang hidup setelah mereka.

    Namun, di abad kedua dan ketiga setelah kedatangan Islam (622), ada sebagian orang yang mulai menyebut dirinya sufi, atau menggunakan istilah serupa lainnya yang berhubungan dengan tasawuf, yang berarti bahwa mereka mengikuti jalan penyucian diri, penyucian "hati", dan pembenahan kualitas watak dan perilaku mereka untuk mencapai maqam (kedudukan) orang-orang yang menyembah Allah seakan-akan mereka melihat Dia, dengan mengetahui bahwa sekalipun mereka tidak melihat Dia, Dia melihat mereka. Inilah makna istilah tasawuf sepanjang zaman dalam konteks Islam.
    Saya kutipkan di bawah ini beberapa definisi dari syekh besar sufi:
    Imam Junaid dari Baghdad (m.910) mendefinisikan tasawuf sebagai
    "mengambil setiap sifat mulia dan meninggalkan setiap sifat rendah".S yekh
    Abul Hasan asy-Syadzili (m.1258), syekh sufi besar dari Arika Utara,
    mendefinisikan tasawuf sebagai "praktik dan latihan diri melalui cinta yang dalam
    dan ibadah untuk mengembalikan diri kepada jalan Tuhan".Syekh Ahmad
    Zorruq (m.1494) dari Maroko mendefinisikan tasawuf sebagai berikut:

    Ilmu yang dengannya Anda dapat memperbaiki hati dan menjadikannya semata-mata bagi Allah, dengan menggunakan pengetahuan Anda tentang jalan Islam,khususnya fiqih dan pengetahuan yang berkaitan, untuk memperbaiki amal Anda dan menjaganya dalam batas-batas syariat Islam agar kebijaksanaan menjadi nyata.

    Ia menambahkan, "Fondasi tasawuf ialah pengetahuan tentang tauhid, dan setelah itu Anda memerlukan manisnya keyakinan dan kepastian; apabila tidak demikian maka Anda tidak akan dapat mengadakan penyembuhan 'hati'."
    Menurut Syekh Ibn Ajiba (m.1809):
    Tasawuf adalah suatu ilmu yang dengannya Anda belajar bagaimana

    berperilaku supaya berada dalam kehadiran Tuhan yang Maha ada melalui penyucian batin dan mempermanisnya dengan amal baik. Jalan tasawuf dimulai sebagai suatu ilmu, tengahnva adalah amal. dan akhirnva adalah karunia Ilahi.
    Syekh as-Suyuthi berkata, "Sufi adalah orang yang bersiteguh dalam kesucian
    kepada Allah, dan berakhlak baik kepada makhluk".

    Dari banyak ucapan yang tercatat dan tulisan tentang tasawuf seperti ini, dapatlah disimpulkan bahwa basis tasawuf ialah penyucian "hati" dan penjagaannya dari setiap cedera, dan bahwa produk akhirya ialah hubungan yang benar dan harmonis antara manusia dan Penciptanya. Jadi, sufi adalah orang yang telah dimampukan Allah untuk menyucikan "hati"-nya dan menegakkan hubungannya dengan Dia dan ciptaan-Nya dengan melangkah pada jalan yang benar, sebagaimana dicontohkan dengan sebaik-baiknya oleh Nabi Muhammad saw.

    Dalam konteks Islam tradisional tasawuf berdasarkan pada kebaikan budi ( adab) yang akhirnya mengantarkan kepada kebaikan dan kesadaran universal. Ke baikan dimulai dari adab lahiriah, dan kaum sufi yang benar akan mempraktikkan pembersihan lahiriah serta tetap berada dalam batas-batas yang diizinkan Allah, la mulai dengan mengikuti hukum Islam, yakni dengan menegakkan hukum dan ketentuan-ketentuan Islam yang tepat, yang merupakan jalan ketaatan kepada Allah. Jadi,tasawu f dimulai dengan mendapatkan pe ngetahuan tentang amal-amal lahiriah untuk membangun, mengembangkan, dan menghidupkan keadaan batin yang sudah sadar.



    Adalah keliru mengira bahwa seorang sufi dapat mencapai buah-buah tasawuf, yakni cahaya batin, kepastian dan pengetahuan tentang Allah (ma'rifah) tanpa memelihara kulit pelindung lahiriah yang berdasarkan pada ketaatan terhadap tuntutan hukum syariat. Perilaku lahiriah yang benar ini- perilaku--fisik--didasarkan pada doa dan pelaksanaan salat serta semua amal ibadah ritual yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad saw untuk mencapai kewaspadaan "hati", bersama suasana hati dan keadaan yang menyertainya. Kemudian orang dapat majupada tangga penyucian dari niat rendahnya menuju cita-cita yang lebih tinggi, dari kesadaran akan ketamakan dan kebanggaan menuju kepuasan yang rendah hati (tawadu') dan mulia. Pekerjaan batin harus diteruskan da1am situasi lahiriah yang terisi dan terpelihara baik.

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #13 05 June, 2011, 07:45:31 AM
  • Publish Di FB
  • menariknya ilmu tasawuf ialah di dalam ilmu tasawuf ada ilmu fiqh,tauhid,hadis dan sebagainya sedangkan ilmu yang lain belum tentu ada ilmu tasawuf di dalamnya,maafkan saya jika tersilap

    imanhilmi

    • *
    • Posts: 490
    • LA DIINA LIMAN LA AQLA LAH
      • View Profile
    Jawab #14 05 June, 2011, 11:01:54 AM
  • Publish Di FB
  • Mengikut Imam Al Ghazali Ilmu Tasawwuf adalah ilmu untuk menuju jalan ke akhirat
    yang wajib di pelajari oleh semua muslimin dan muslimat untuk mencapai kebahagian
    di akhirat.

    Ilmu tasawwuf adalah ilmu yang sangat penting kerana ia melengkapkan ilmu tauhid dan
    ilmu fiqh. Ilmu tasawwuf amat diperlukan untuk mencapai kesempurnaan aqidah dan syariat.

    Ia menjadi pelengkap kepada ilmu tauhid kerana ilmu ini membicarakan secara amali bagaimana
    menghayati nilai keimanan. Cara menjauhkan diri dari nifaq dan lain lain sifat yang akan mencalarkn
    nilai keimanan seseorang.

    Cara bagaimana seorang hamba itu dapat merasakan bahawa ALLAH SWT sentiasa melihat dan
    mengawasi,sentiasa mendengar atau sentiasa merasakan akan kehadiran ALLAH SWT dalam
    setiap perbuatan dan tindakannya.Pengertian seumpama ini, biasanya di kaji di dalam kitab
    kitab tauhid.

    Ilmu tasawwuf adalah pelengkap kepada ilmu fiqh kerana ia membicarakan pengertian
    pengertian batin yang berkaitan amalan syariat, seperti kyusuk, ikhlas dan sifat sifat lain
    yang berkaitan dan juga jalan atau cara juga faktor faktor yang bakal membawa atau cara
    mencapai ke arah mentauhidkan ALLAH SWT.

    Ilmu tasawwuf juga meningkatkan kesediaan manusia untuk berpegang teguh pada hukum
    hukum syariat dan cara mematuhinya yang biasanya tidak di kaji di dalam kitab kitab fiqh.

    Sumber:Kitab Ihya Ulum Din.

    /b]
    aku tak takut nerakaNYA..aku tak cari syurgaNYA..yang ku rindu adalah cintaNYA

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    4352 Views
    Last post 04 July, 2007, 09:54:58 AM
    by almadani
    16 Replies
    3800 Views
    Last post 09 January, 2010, 04:38:49 PM
    by Riot_heroes
    3 Replies
    1578 Views
    Last post 12 November, 2011, 01:07:29 PM
    by al_ahibbatu