Amalan memberikan anak kecil makan cheese

Author Topic: Amalan memberikan anak kecil makan cheese  (Read 5504 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

adeq_fauzy

  • *
  • Posts: 692
  • :: KeranaMU ya Allah ::
    • View Profile
08 June, 2007, 10:32:59 PM
  • Publish Di FB
  • "Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang

    Alhamdulillah anak saya yang paling kecil sudah berusia 9 tahun menuntut di darjah 3. Selama membesarkan enam orang anak yang diberikan Allah, berbagai pengalaman telah dapat saya kutip. Namun sekali lagi saya mengucap syukur terima kasih Ya Allah di atas segala rahmatMu termasuk mengizinkan saya dibimbing oleh arwah guru saya.

    Pelbagai pengalaman masa lalu telah menjadi ilmu yang berguna hasil dari bimbingan arwah guru. Pada tulisan kali ini saya ingin menceritakan ilmu berkenaan memberikan anak makan cheese seperti kepingan cheese chesdale.

    Saya merasakan amat perlu sekali saya mengongsikan ilmu ini kerana mungkin pada sebarang masa saya akan dipanggil menghadap Allah.

    Anak kecil apabila menonton iklan di TV sememangnya mereka mudah terpengaruh. Antara pelbagai iklan tersebut adalah iklan cheese dari pelbagai jenama. Saya pun pada satu waktu dahulu suka memakannya kerana terpengaruh dengan khasiat pemakanannya. Maka ayahnya makan cheese dan anak-anaknya juga makan cheese. Setiap bulan apabila membeli belah di pasar raya, lebih kurang 4 bungkusan besar cheese chesdale dibeli sebagai stok makanan anak-anak dan bapa untuk sebulan.

    Cheese ini akan dimakan begitu sahaja atau dimakan sebagai sandwich bersama roti. Amalan ini berlangsong untuk tempuh yang lama dan saya anggarkan lebih dari 5 tahun. Hanya selepas dapat anak 4 atau 5 barulah saya ditegur oleh arwah guru saya. Beliau menegur "itulah sebabnya anak-anak awak sembelit kerana awak memberikan mereka makan cheese". Arwah menegur setelah beliau melihat sendiri bagaimana anak saya diazab Allah ketika membuang air besar, sembelit. Hanya selepas teguran ini barulah saya faham mengapa anak-anak saya yang terdahulu sewaktu kecilnya juga menghadapi masalah yang sama iaitu masalah sembelit.

    Selepas teguran tersebut, saya memberhentikan membeli cheese untuk anak-anak saya. Alhamdulillah selepas tiada lagi cheese yang diambil oleh anak-anak saya, mereka tiada lagi menghadapi masalah sembelit.

    Kepada pembaca sekelian, elakkanlah memberikan anak-anak makan kepingan cheese terutama sekali apabila usia mereka masih kecil iaitu pada usia 2 - 5 tahun.

    Sekian wassalam wallahualam.

    sumber : http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=2124
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    durratul akhyar

    • *
    • Posts: 22
    • Mendamba kasih Illahi Menuju cinta hakiki
      • View Profile
    Jawab #1 21 February, 2008, 11:27:39 AM
  • Publish Di FB
  • kalo cheezy wedges..camne lak??

    ainun

    • *
    • Posts: 17
    • Ya Rabb.. tolong ampuni aku untuk setiap pandangan
      • View Profile
    Jawab #2 16 December, 2008, 03:12:19 PM
  • Publish Di FB
  • prsoalannya..
    adakah cheesse halal..??
    sebab ana rasa ada ingredient dlm cheese yg x halal..
    tp wallahua'lam...
    ana x pasti..
    ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah. ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah.

    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #3 16 December, 2008, 03:19:50 PM
  • Publish Di FB
  • prsoalannya..
    adakah cheesse halal..??
    sebab ana rasa ada ingredient dlm cheese yg x halal..
    tp wallahua'lam...
    ana x pasti..
    kalau x pasti itu shubhah...
    lebih baik tinggalkan perkara2 yg shubhah

    maratussolehah

    • *
    • Posts: 47
      • View Profile
    Jawab #4 17 December, 2008, 01:31:15 AM
  • Publish Di FB
  • berbalik pd posting asal-klu kerana cheese anak sembelit bukan sepatutnya jd penyebab utama.

    sbb - klu tgk corak pemakanan org arab & pakistan (yg berjiran ngan saya) byk mkn cheese & produk tenusu lain mcm laban (susu masam) tp tiada komplen pula :)

    wafie86

    • *
    • Posts: 7
    • ampunilah segala dosa-dosaku ya allah
      • View Profile
    Jawab #5 24 January, 2009, 09:31:28 PM
  • Publish Di FB
  • terima kasih di atas artikel yang bermanfaat ini,moga-moga lepas ini diharap kita semua lebih berhati-hati dalam soal pengambilan makanan ini

    Melur Desa

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #6 23 February, 2010, 10:50:29 AM
  • Publish Di FB
  • Akak pun sedang berfikir cheese yang dekat pasar raya hari ini halal ke... tak de logo halal malaysia pun. Tak sedap hati  jugak nak bagi anak makan. Ade sesiape boleh confirmkan cheese yang halal n toyyiban untuk dimakan

    adrieyana

    • *
    • Posts: 224
      • View Profile
    Jawab #7 23 February, 2010, 02:27:59 PM
  • Publish Di FB
  • ermm tapi cheese sedap :p

    sayyidahumaira

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #8 23 February, 2010, 03:42:00 PM
  • Publish Di FB
  • saya dah pon check semua cheese dekat pasaraya...nampaknya satu pon tiada yg halal...kalau ada yg bertanda halal pon cuba anda periksa E-codesnya......semakan ni saya buat 2 tahun lepas.kalau ada siapa2 yg tahu ada cheese HALAL...tolong update balik,sebab saya penggemar cheese!!!.......(dh lama tak makan PIZZA HUT,nasib baik HPA dh buka pizza house!)

    AZ^Zahra

    • *
    • Posts: 276
      • View Profile
    Jawab #9 23 February, 2010, 04:45:43 PM
  • Publish Di FB
  • keju selalu tak halal sebab guna rennet (enzim dalam perut anak lembu...kalau tak silap) dalam proses buat keju.

    kalau beli keju saya biasa beli yang import dari australia yang ada tanda halal dari jabatan agama islam kat sana. selain tu, ada jugak keju dari negara2 arab yang ada tanda halal. tapi brand yang tak glamer la selalunya.. :)

    hazryka

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Jawab #10 23 February, 2010, 09:03:04 PM
  • Publish Di FB
  • jgn beli cheese yg tulis rennet....itu tak halal...

    even jenama branded spt kraft pun ada rennet...and E codes yg tak halal...

    amik cheese yg die tulis for vegetarian....

    yg ni E-codes sy dpt dr forum ini jugak...yg ni semua tak halal...elakkan amik yg E codes spt dibwh

    MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

    1) E100      16) E 280   31) E434     46) E482
    2) E110      17) E 300   32) E435     47) E483
    3) E120      18) E301    33) E436     48) E491
    4) E140      19) E325    34) E440     49) E492
    5) E141      20) E326    35) E441     50) E493
    6) E153      21) E327    36) E470     51) E494
    7) E160      22) E334     37) E471    52) E495
    8) E161      23) E335     38) E472    53) E542
    9) E210      24) E336     39) E473    54) E570
    10) E213    25) E337     40) E474     55) E572
    11) E214    26) E422     41) E475     56) E631
    12) E216    27) E430     42) E476     57) E635
    13) E234    28) E431     43) E477     58) E904
    14) E252    29) E432     44) E478     59) E920
    15) E270    30) E433     45) E481

    fatihah88

    • *
    • Posts: 201
      • View Profile
    Jawab #11 23 February, 2010, 09:51:51 PM
  • Publish Di FB
  • jgn beli cheese yg tulis rennet....itu tak halal...

    even jenama branded spt kraft pun ada rennet...and E codes yg tak halal...

    amik cheese yg die tulis for vegetarian....

    yg ni E-codes sy dpt dr forum ini jugak...yg ni semua tak halal...elakkan amik yg E codes spt dibwh

    MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT

    1) E100      16) E 280   31) E434     46) E482
    2) E110      17) E 300   32) E435     47) E483
    3) E120      18) E301    33) E436     48) E491
    4) E140      19) E325    34) E440     49) E492
    5) E141      20) E326    35) E441     50) E493
    6) E153      21) E327    36) E470     51) E494
    7) E160      22) E334     37) E471    52) E495
    8) E161      23) E335     38) E472    53) E542
    9) E210      24) E336     39) E473    54) E570
    10) E213    25) E337     40) E474     55) E572
    11) E214    26) E422     41) E475     56) E631
    12) E216    27) E430     42) E476     57) E635
    13) E234    28) E431     43) E477     58) E904
    14) E252    29) E432     44) E478     59) E920
    15) E270    30) E433     45) E481



    terima kasih untuk info yang diberi.. lepas nie kena berhati-hati ketika hendak beli sesuatu.. keliru*
    Ubahlah diri, nescaya oran lain akan berubah hasil perubahan kita

    qiraati

    • *
    • Posts: 284
    • Ukhwah Fillah Abadan Abada
      • View Profile
    Jawab #12 23 February, 2010, 09:57:23 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum wbt

    Ana rasa,sekiranya nak kepastian. Lebih baik periksa dengan JAKIM. itu kan terbaik. Kalau rasa-rasa ni..bunyi macam susah and macam was-was. Sesiapa yang ada bukti dari JAKIM. mohon letak dekat sini.

    Berkenaan cheese kepada kanak-kanak tu, ana rasa itu bukan puncanya, terpulang kepada fizikal kanak-kanak dan cara pemakanannya. Boleh makan tapi tidak boleh berlebihan. Sebabnya, ana dan kakak-kakak ana hantu cheese. Alhamdulillah. Tiada pula ada side effect cuma walid ana yang sentiasa prihatin mengenai kesihatan anak-anaknya, sentiasa suruh kami minum air dengan banyaknya setiap kali lepas makan apa-apa atau makan buah. :)

    Maaf sekiranya ada kata2 yang mengguriskan hati sesiapa.
    Cuba berjuang menjadi muslimah terbaik

    sayyidahumaira

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #13 24 February, 2010, 09:42:23 AM
  • Publish Di FB
  • keju selalu tak halal sebab guna rennet (enzim dalam perut anak lembu...kalau tak silap) dalam proses buat keju.

    kalau beli keju saya biasa beli yang import dari australia yang ada tanda halal dari jabatan agama islam kat sana. selain tu, ada jugak keju dari negara2 arab yang ada tanda halal. tapi brand yang tak glamer la selalunya.. :)

     :) najiha....boelh bgtahu saya tak brand apa yg halal tu??teringin laa nk makan cheese...................

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    Jawab #14 24 February, 2010, 12:00:56 PM
  • Publish Di FB
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    اسلام عليكم ورحمة الله وباركة


    Menurut pengetahuan saya, di Malaysia kebanyakan keju adalah diimport dari luar negara. Di Malaysia tidak banyak syarikat pengeluar keju, atau mungkin hampir tiada. Kisah keju terjadinya begini, pernah saudara2 ingat tak iklan keju yang telah lama dulu, orang arab naik unta, letak susu dalam beg kulit unta untuk bekalan, tetiba susu tu jadi kenyal, maka diorang potong2 jadi keju. Iklan tu memang betul, itulah asas cara pembuatan keju. Kulit haiwan ada sejenis bahan yg dipanggil "renet" yang bertindak balas menyebabkan susu akan mengenyal. Renet ni diperlukan untuk membuat keju. Jadi "renet" yg syarikat2 pengeluar keju ni gunakan ialah dari kulit apa agak2nya?. Mungkin dari kulit lembu, kambing @ vavi. Jadi, jika syarikat pengeluar makanan ini berniaga dgn amanah & tanggungjawab untuk memberi kemudahan kepada manusia tanpa memikirkan keuntungan semata2, maka pasti mereka mementingkan halal & haramnya dari permulaan hingga akhir proses. Tetapi jika mereka memikirkan untuk kekenyangan perut & keuntungan periuk nasi mereka semata. Maka nasib la kulit haiwan apa yang sampai, semua mereka sapu, persoalan yang lain pula, jika kulit itu memang adalah dari kambing @ lembu, adakah disembelih mengikut hukum syarak? Semoga pekerjanya juga adalah orang Muslim. Mari bersama memikirkan. Wallahualam.
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    anasameen

    • *
    • Posts: 1053
    • free al-Quds!!!
      • View Profile
    Jawab #15 24 February, 2010, 04:59:12 PM
  • Publish Di FB
  • بسم الله الرحمن الرحيم

    اسلام عليكم ورحمة الله وباركة


    Menurut pengetahuan saya, di Malaysia kebanyakan keju adalah diimport dari luar negara. Di Malaysia tidak banyak syarikat pengeluar keju, atau mungkin hampir tiada. Kisah keju terjadinya begini, pernah saudara2 ingat tak iklan keju yang telah lama dulu, orang arab naik unta, letak susu dalam beg kulit unta untuk bekalan, tetiba susu tu jadi kenyal, maka diorang potong2 jadi keju. Iklan tu memang betul, itulah asas cara pembuatan keju. Kulit haiwan ada sejenis bahan yg dipanggil "renet" yang bertindak balas menyebabkan susu akan mengenyal. Renet ni diperlukan untuk membuat keju. Jadi "renet" yg syarikat2 pengeluar keju ni gunakan ialah dari kulit apa agak2nya?. Mungkin dari kulit lembu, kambing @ vavi. Jadi, jika syarikat pengeluar makanan ini berniaga dgn amanah & tanggungjawab untuk memberi kemudahan kepada manusia tanpa memikirkan keuntungan semata2, maka pasti mereka mementingkan halal & haramnya dari permulaan hingga akhir proses. Tetapi jika mereka memikirkan untuk kekenyangan perut & keuntungan periuk nasi mereka semata. Maka nasib la kulit haiwan apa yang sampai, semua mereka sapu, persoalan yang lain pula, jika kulit itu memang adalah dari kambing @ lembu, adakah disembelih mengikut hukum syarak? Semoga pekerjanya juga adalah orang Muslim. Mari bersama memikirkan. Wallahualam.

     :ws:

    Cuba ajar anak-anak kenal makanan Nabi SAW, mesti sihat dan kuat. Gambaran Nabi kita "tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus." Maksudnya, sederhana. Cuba selidiki apa yang diamal. Muslim sepatutnya lagi sihat darisegi pemakanan kerana kita punya contoh terbaik yang telahpun dijamin, tetapi malangnya kita sama-sama buat tak nampak apa yang ditunjukkan. Percayalah apa-apa yang Nabi ajar, kerana ALLAH dah sahkan dalam Quran. Moga kita sama-sama dapat ikut cara Nabi makan. ALLAHua'alam
    « Last Edit: 25 February, 2010, 12:21:12 PM by anasameen »
    :: berkata2 itu lebih senang dari melaksana ::

    izzah24

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #16 28 February, 2010, 11:05:09 PM
  • Publish Di FB
  • makanan yang di makan akan menjadi darah daging pemakannya...kalau dari sumber yang haram,takut2 menjadi bahan bakar api neraka.. na'uzubillah min zalik..waspadalah kita dengan agenda musuh2 Islam dalam hal2 makanan ni...

    Jawab #17 24 August, 2011, 03:31:11 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Sekarang ini jika kita nak makan rasa-rasa semua ada bahan E codes yang tidak halal. Sebab itu kita kena sokong semua jenama-jenama keluaran tempatan yang di naungi oleh Produk Muslim. InsyaAllah akan diberkati

    chantek taaj

    • *
    • Posts: 151
      • View Profile
    Jawab #18 24 August, 2011, 03:34:03 PM
  • Publish Di FB
  • pasal e code tu jakim ada banyak penerangan, tak semua e code tidak halal. e ialah emulsifier. boleh rujuk jakim

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    877 Views
    Last post 26 February, 2010, 01:12:40 AM
    by mualli
    6 Replies
    1308 Views
    Last post 29 October, 2010, 12:41:15 PM
    by norasikin84
    2 Replies
    1719 Views
    Last post 21 June, 2011, 01:18:10 AM
    by Anaconda