Tips Khatam Al-Quran

Poll

Sehari di Bulan Ramadhan! Purata Bacaan Al-Quran Anda...

1 Muka
10 (5.1%)
1 Helai
13 (6.6%)
Lebih 1 Helai
123 (62.4%)
Tak Tentu
44 (22.3%)
Tak Buka & Tak Baca
7 (3.6%)

Total Members Voted: 196

Author Topic: Tips Khatam Al-Quran  (Read 10056 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ramadhan

  • *
  • Posts: 17
    • View Profile
02 September, 2009, 01:30:08 AM
  • Publish Di FB
  • [box title=Tips Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan]
    RAMADAN adalah satu-satunya bulan disebut namanya dalam al-Quran dan pada bulan itu diturunkan al-Quran.
    Cara paling mudah khatam al-Quran ialah dengan membaca al-Quran secara konsisten sebanyak empat setengah muka setiap kali selepas solat lima waktu.

    Dengan izin Allah akan khatam dalam masa sebulan.

    Membaca empat setengah muka hanya mengambil masa lima minit saja.[/box]
    Halaqah In Love

    mualli

    • *
    • Posts: 462
    • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
      • View Profile
    Jawab #1 02 September, 2009, 05:01:19 AM
  • Publish Di FB
  • Salam...Betul sgt2...krg2 bc 2-4 mk surat lepas solat, insyallah sehari mesti dh dpt 1 juzuk....istiqamah confirm blh khatam dalam bulan ramadhan nie...Marilah kita bersama- sama berusaha khatam al-Quran di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini....Wassalam
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 364
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Jawab #2 02 September, 2009, 03:33:24 PM
  • Publish Di FB
  • Inilah hasil penyelidikanku selama belajar di Darul Quran...

    Pada setiap Al-Quran rasm 'Uthmani,
    1) Termuat 30 juzu' (bahagian), 240 hizib (pecahan), setiap juzu' ada 8 'ain (bertanda *)
    2) Terkandung 114 surah
    3) Tercantum 6426 ayat (menurut ahli Kufah)
    4) Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu surah Makkiyyah (ayat-ayat yang diturunkan sebelum hijrah di Makkah) dan surah Madaniyyah (ayat-ayat yang diturunkan sesudah berhijrah ke Madinah)
    5) Tersusun padanya ayat-ayat Muhkamat (ayat-ayat hukum) dan ayat-ayat Mutasyabihat (ayat-ayat 'umum yang memerlukan penelitian maksud)

    Katakan kita mahu menghafal Al-Quran secara efektif, hendaklah mengetahui "gambaran" mahupun "storyline" yang berlaku sepanjang ayat yang ada.

    Kebanyakan "storyline" berkisar berkenaan:
    1) Nabi Musa dan Bani Israail serta karenahnya juga para Nabi termasuklah Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wa sallam.
    2) Penciptaan langit (apa jua di langit) dan bumi (apa jua di bumi) serta manusia juga jin.
    3) Hukum penyembahan dan penyerahan diri serta mu'amalat makhluqNya seharian.
    4) Kebaikan sifat orang Mukmin dan keburukan sifat orang Musyrik.
    5) Hari Qiyamat yang dahsyat suasananya dan ganjaran Syurga serta 'azab seksaan Neraka yang menanti.

    Skop kemampuan hafalan seperti berikut:
    1) Satu 'ain (mampu menghafal dari 1 'ain ke 'ain seterusnya)
    2) Satu muka surat (mampu menghafal seluruh ayat sekaligus)
    2) 1/2 muka surat (mampu menghafal separuh demi separuh ayat)
    3) 1/3 muka surat (mampu menghafal sepertiga demi sepertiga ayat)
    4) 1/4 muka surat (mampu menghafal seperempat demi seperempat ayat)

    1 juzu' = 20 muka surat = 8 'ain (tanda *)

    1/2 juzu' = 10 muka surat = 4 'ain

    1/3 juzu' = hampir 7 muka surat = 2 'ain hampir kepada 3 'ain

    1/4 juzu' = 5 muka surat = 1 'ain hampir kepada 2 'ain

    * 1 'ain bergantung kepada banyak mahupun sedikit ayat yang ada.

    Jika sehari kita mampu menhafal satu 'ain = 240 hari kemudian baru khatam = 8 bulan

    Jika sehari kita mampu menghafal satu muka surat = 600 hari kemudian baru khatam = 20 bulan = 1 tahun 7 bulan

    Jika sehari kita mampu menghafal 1/2 muka surat = 1200 hari kemudian baru khatam = 40 bulan = 3 tahun 4 bulan

    Jika sehari kita mampu menghafal 1/3 muka surat = 1800 hari kemudian baru khatam = 60 bulan = 5 tahun

    Jika sehari kita mampu menghafal 1/4 muka surat = 2400 hari kemudian baru khatam = 80 bulan = 6 tahun 7 bulan


      
    « Last Edit: 02 September, 2009, 03:37:43 PM by Shohib Mirbat »
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 692
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Jawab #3 02 September, 2009, 05:55:48 PM
  • Publish Di FB
  • Malu lah nak kongsi..
    Saya kalau baca paling sikit 2 muka kira sehelai la kot...
    Tapi kalau rasa syok baca lebih. Tapi tak lebih 5 muka sekali baca.
    Oleh itu purata saya baca adalah 1 helai je kot sehari.. :sedihnya:

    bak kata ustaz, molek la tu..
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    neilofar

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #4 03 September, 2009, 09:26:37 AM
  • Publish Di FB
  • salam...sebaik-baiknya bln ramadhan ni bce al-quran beserta tafsirnya skali.
    Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. sekaligus kita dapat ilmu bru dr al-quran tu sendiri dan barulah kita dapat rse bhwa al-quran sebahagian dr diri kita...tak kisahla kita dapat bce skit ke banyak.itu lebih baik daripada kita tak bce langsung..
    INGAT..jgn sesekali kita tinggalkan al-quran...

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Jawab #5 03 September, 2009, 09:37:32 AM
  • Publish Di FB

  • Jom sambil kita berhalaqah ini, mendengar alunan ayat Allah, secara tak langsung kita boleh ikuti bacaan itu.
    Klik laman ini, boleh pilih sesiapa saja qari yang bacanya...

    http://all-quran.com/documents/al_masjid_al_nabawy.html

    anisnabila

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Jawab #6 03 September, 2009, 12:24:18 PM
  • Publish Di FB
  • salam saudara Shohib

    Jika tiada larangan dari saudara, sudi kiranya saya ingin meminta izin, untuk membuat salinan artikel yang saudara paparkan disini.
    YA ALLAH...Jadikanlah aku hamba mu yang Solehah
    Dampingi aku dengan insan-insan yang soleh dan solehah
    Jadikan aku insan yang tidak jemu untuk memcari cinta MU
    Berikan cinta hati ini hanya untuk MU
    Hidup dan mati ku hanya untuk MU

    luqiem

    • *
    • Posts: 71
    • Dunia Hanya Semantara Akhirat Kekal Selama-Lamanya
      • View Profile
    Jawab #7 03 September, 2009, 06:11:24 PM
  • Publish Di FB
  •  Insyaallah... Sama-sama kita perbanyakkan bacaan al-quran dalam bulan ramadhan ini...

    Jawab #8 03 September, 2009, 07:55:15 PM
  • Publish Di FB
  • salam sejahtera ke ats org muslim dan muslimah hrp kmo...baek d sana...wsslm..

    Sum79

    • *
    • Posts: 569
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Jawab #9 03 September, 2009, 08:01:33 PM
  • Publish Di FB
  • salam...sebaik-baiknya bln ramadhan ni bce al-quran beserta tafsirnya skali.
    Bak kata pepatah sambil menyelam minum air. sekaligus kita dapat ilmu bru dr al-quran tu sendiri dan barulah kita dapat rse bhwa al-quran sebahagian dr diri kita...tak kisahla kita dapat bce skit ke banyak.itu lebih baik daripada kita tak bce langsung..
    INGAT..jgn sesekali kita tinggalkan al-quran...
    setuju sangat2...kenapa nak terkejar2 nak khatam dlm bulan Ramadhan kalau bacaan main redah je,,,dah tu sikit pun x faham pengertian ayat tu...rasanya 1 helai sehari tetapi dgn tafsirnya sekali lebih memadai..ikut kemampuan masing2...
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    yoshitsune

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Jawab #10 03 September, 2009, 11:55:18 PM
  • Publish Di FB
  • alhamdul;illah ramadan kembali tapi beringatla agar tafsiran yang dibuat hendaklah berlandaskan sumber2 yang dipercayai... semoga allah memberkati ramadan ini buat kita semua n termasuk dalam golongan la'allakum tat taqun.. golongan bertaqwa.amin

    imya

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #11 05 September, 2009, 02:12:28 PM
  • Publish Di FB
  • sronok taw bace quran ni. ad ktengn!!

    Umi humaira

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Jawab #12 06 September, 2009, 01:35:57 PM
  • Publish Di FB
  • mmm...betul tu.kalau baca sehari satu juzu' 30 hari 30 juzu'.xlama pun nak dapatkan 1 juzu'.....Tapi jangan baca nak cepat habis je.pastikan tajwidnye betul ya..Semoga berjaya kawan2ku!
    Umi Humaira

    2ming

    • *
    • Posts: 160
    • Mencari keredhaan Allah S.W.T
      • View Profile
    Jawab #13 06 September, 2009, 01:42:10 PM
  • Publish Di FB
  • Kalau kita baca secara hadar tetapi tajwid secara rosak,sama juga bohongnya.So mari baca secara tartil atau paling bagus ada empat bacaan,so ikut la kesesuaian tetapi jagala tajwidnya.Saya pun sendiri masih lagi sangkut-sangkut.Itulah sebab saya ambi bacaan yang perlahan supaya tidak lari tajwid.Tajwid rosak maka makna pun berlainanla.Tapi itu saja,niat kena pasang yakni niat untuk belajar.

    afzam5607

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Jawab #14 06 September, 2009, 01:47:42 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...saya nak menambah dr apa yg umi umairah bagitau tu, seelok-eloknya baca quran ni kena tahu tajwid sekurang2nya hukum 5 kena tahu,kedua adabnya baca quran ni akan menambahkan lagi keberkatan kita adalah mengucap selawat 100 kali terlebih dahulu kepada rasulullah, dan secara adab orang-orang sufi dan mulia nak mula baca quran kena minta izin dengan rasulullah, tanpanya tiada guna amalan kita sebesar bukit pun.

    nisah

    • *
    • Posts: 18
      • View Profile
    Jawab #15 10 September, 2009, 03:57:11 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    elokle 2 bce Quran lbih 1 helai..smoge same2lar kite dpt khatam utk bulan yg pnoh berkat ni..
    InsyaAllah.. :aamiin:

    hasmilia

    • *
    • Posts: 3
      • View Profile
    Jawab #16 10 September, 2009, 11:48:39 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum.. bacalah dengan tajwid yg btol serta memahami tafsirnya. InsyaAllah kita akan lebih dekat dgn Al-Quran

    demi_cinta_suci

    • *
    • Posts: 82
      • View Profile
    Jawab #17 12 September, 2009, 04:12:46 PM
  • Publish Di FB
  • nak kongsi gak..

    klu bukan bulan puasa,stiap kali pas solat trutamanya solat asar dan magrib cik siti akan baca quran beserta tafsirannya. sekurang2nya 10 ayat setiap hari

    tp bulan puasa nie,niat di hati nak gak khatam quran sekurang2 sekali...alhamdulillah skang nie tinggal dua juzu' lg.

    bagi muslimah, klu nak khatam setiap hari baca lah antara 10-12 muka surat. insyaAllah boleh khatam. kira berapa muka surat keseluruhannya kemudian bahagi 23 hari...

    tp paling best baca beserta terjemahannya, memang ada kesan pada hati..insyaAllah

    nurul syazwani

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #18 14 September, 2009, 09:27:27 AM
  • Publish Di FB
  • saya tak tentu la.. tapi lebih dari 1 helai jg..
    « Last Edit: 14 September, 2009, 09:31:30 AM by nurul syazwani »

    Arozi

    • *
    • Posts: 684
      • View Profile
    Jawab #19 14 September, 2009, 09:43:18 AM
  • Publish Di FB
  • Salam...

    Haq Quran utk dikhatam ialah dua kali setahun... jadi kenapa semua org berlumba2 nak khatam pd bulan ramadhan jer?? Adalah lebih elok kalo di study bebetul akan segala mcm hukum membaca alquran, ambil laa masa 6 bulan tu utk khatam...dan 6 bulan berikutnya utk khatam kali kedua dlm masa satu tahun. Utk sekali khatam dalam masa 6 bulan, saya rasa kita mempunyai masa yang cukup utk memperbaiki mutu bacaan kita....

    Wassalam...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    62 Replies
    32638 Views
    Last post 17 January, 2013, 04:41:43 PM
    by Ct Hanifah
    2 Replies
    4639 Views
    Last post 07 August, 2011, 03:27:29 AM
    by alya iman
    5 Replies
    1360 Views
    Last post 09 November, 2013, 12:40:55 PM
    by alhaudhie