Membongkar Misteri DAJJAL

Author Topic: Membongkar Misteri DAJJAL  (Read 8418 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Sum79

  • *
  • Posts: 569
  • THE TRUTH IS OUT THERE!!
    • View Profile
01 September, 2009, 06:03:13 PM
  • Publish Di FB
  • Membongkar Misteri DAJJAL

     
    Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?
    Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

    Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

    Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

    Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

    Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.
    « Last Edit: 07 January, 2010, 11:41:52 PM by Sum79 »
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    iman mutiara

    • *
    • Posts: 99
      • View Profile
    Jawab #1 03 September, 2009, 09:30:47 PM
  • Publish Di FB
  • bagus buku ni...patut baca sesiapa yang belum baca...saya belum habis lagi baca buku ni...tapi memang terkesan jugak bila baca setiap bab yang ditulis...betapa fikiran kita tak terjangkau akan hakikat tu...n yang sedihnya betapa ramai orang yang seolah2 pandang sebelah mata je kepada buku2 yang bertajuk begini...

    Sum79

    • *
    • Posts: 569
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Jawab #2 03 September, 2009, 09:42:17 PM
  • Publish Di FB


  • Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

    Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.
    [/quote]

    Jawab #3 12 October, 2009, 01:41:56 PM
  • Publish Di FB
  • BUKU " DAJJAL AKAN MUNCUL DARI SEGITIGA BERMUDA  " TELAH SAYA BACA ...CRITA MEMANG MENJANGKAUI PEMIKIRAN MANUSIA .................. SEMUA KENA BACA.............

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #4 10 December, 2009, 08:46:01 PM
  • Publish Di FB
  • Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: "Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya." Kemudian berkata: "Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?" Kami menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu."

    Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

    Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

    Mereka bertanya kepada binatang itu: "Makhluk apa engkau ini?" Binatang itu menjawab: "Saya adalah Al-Jassasah. " Mereka tanya: "Apa itu Al-Jassasah? " Binatang itu hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

    Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: "Siapakah anda?" Orang seperti raksaksa itu menjawab: "Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: "Siapa kamu ini?"

    Mereka menjawab: "Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

    "Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: "Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu."

    Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya." Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: "Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu," nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: "Keadaan apanya yang tuan maksudkan?" Orang besar itu menjawab: "Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?" Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: "Aku takut pokok itu tidak berbuah."

    Orang besar itu bertanya lagi: "Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah." Mereka menjawab: "Tentang apanya yang tuan maksudkan?" Lelaki itu menjawab: "Maksudku airnya apakah masih ada." Mereka menjawab: "Airnya tidak susut." Lelaki itu berkata: "Air sungai itu disangsikan akan kering."

    Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: "Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?" Mereka menjawab: "Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah." Lelaki itu bertanya lagi: "Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?" Mereka menjawab: "Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab." Lelaki itu bertanya lagi: "Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?" Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

    Orang besar itu berkata lagi: "Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya." Kata orang besar itu lagi: "Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya. "

    Kata Tamim Al-Dariy lagi, "Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: "Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?" Mereka menjawab: "Ya, sudah ya Rasulullah." Rasulullah s.a.w berkata lagi: "Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur," kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

    Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Jawab #5 10 December, 2009, 10:44:35 PM
  • Publish Di FB
  • Ada perkara yang lebih bahaya dari Dajal. Iaitu seseorang yang memperbaiki solahnya ketika dilihat orang lain (syirik khofi)
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    nnurr

    • *
    • Posts: 71
    • حسبي الله ونعم الوكيل
      • View Profile
    Jawab #6 11 December, 2009, 12:03:11 AM
  • Publish Di FB
  • nnurr berharap mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam

    "Ertinya : Sesungguhnya sesudah mu nanti akan ada kaum yang mendustakan hukuman rajam, Dajjal, syafa 'at, adzab kubur, dan kaum yang dikeluarkan dari neraka setelah mereka disiksa di dalamnya." [Musnad Ahmad 1: 223 dengan tahqiq Ahmad Syakir. Beliau berkata, "Isnadnya shahih."]
    "Menyingkap sesuatu yang tersembunyi disebalik kesibukan manusia menyusun perancangan,
    kadang2 kita perlu menoleh seketika utk mencari nilai makna pengorbanan hakiki(pengorbanan pd agama).."

    aisyqis

    • *
    • Posts: 33
      • View Profile
    Jawab #7 11 December, 2009, 10:52:03 AM
  • Publish Di FB
  • salam semua....

    kat mana saya bole dapat kan buku ini.....ada di jual di kedai2 buku biasa (POPULAR, MPH) ke?

    Mohd Azizi Shah

    • *
    • Posts: 53
    • i'm just learning
      • View Profile
    Jawab #8 20 December, 2009, 04:07:52 PM
  • Publish Di FB
  • Buku ni saya dah baca habis...memang cukup tersusun dengan kupasan fakta yang disandarkan kepada hadis-hadis Rasullulah tentang dajal. Hujah-hujah penulis telah menjernihkan lagi kefahaman saya tentang dajal. Anda akan lebih cepat memahami buku ini sekiranya anda pernah didedahkan dengan karya Muhamad Isa Daud, Harun Yahya dan Sheikh Imran Hossein. Pembaca juga akan lebih jelas peranan freemason, illuminati dan lain-lain secret society yang selama ini mendukung visi dan misi dajal. Kepada peminat-peminat sejarah khususnya berkaitan tamadun purba...penulis buku ini telah menemukan fakta yang dapat membuka minda pembaca. Dapatkan buku ini segera..bacalah..fahamilah dan teruskan merungkai misteri dajal ini.

    kanjeng sunan

    • *
    • Posts: 2192
    • cintai tuhan, sayangi tuhan, takuti tuhan...
      • View Profile
    Jawab #9 20 December, 2009, 04:10:24 PM
  • Publish Di FB
  • buku "dajjal dari segitiga bermuda" ianya memang menarik..
    tetapi banyak sangat cabangnye...sebelum sampai ke masej sebenar...

    tetapi banyak fakta yang menarik...
    TuhAN cInTa aGuNg..

    beruang

    • *
    • Posts: 1354
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Jawab #10 20 December, 2009, 09:47:44 PM
  • Publish Di FB
  • buku "dajjal dari segitiga bermuda" ianya memang menarik..
    tetapi banyak sangat cabangnye...sebelum sampai ke masej sebenar...

    tetapi banyak fakta yang menarik...

    Masa ana jumpa buku ni masa tu ana masih di sekolah rendah, punya teringin nak baca tp x terdaya hnya baca suku je. Sampai sekarang x jumpa balik dah buku tu...  Mana mau cari x tau la...

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile

    hafidzalrahman

    • *
    • Posts: 263
    • لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
      • View Profile
    اَسْتَغْقِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِي لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمٌ وَاَتُوْبُ اِلَيْهِ
    Wake up Muslims!

    Sum79

    • *
    • Posts: 569
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Jawab #13 31 January, 2010, 01:46:19 PM
  • Publish Di FB
  • salam semua....

    kat mana saya bole dapat kan buku ini.....ada di jual di kedai2 buku biasa (POPULAR, MPH) ke?
    Boleh dibeli di MPH & toko2 buku agama selagi stok masih ada. Terbitan Hijjaz Records Publishing.

    MOHAMMAD AZLAN BIN SARPON

    • *
    • Posts: 18
    • halaqah alternatif memperkukuhkan ukhuwah
      • View Profile
    Jawab #14 31 January, 2010, 02:04:06 PM
  • Publish Di FB
  • salam kepada saudaraku semua,bagi saya isu dajjal adalah isu yang wajib direnungi dan diberi penekanan oleh semua umat islam.....tidak bermakna setakat hanya membaca surah al kahfi kita sudah terlepas dari fitnah dajjal......tp jauh dari tu kita kena berfikir bagaimana pemuda2 ashabul kahfi memperolehi kekuatan iman yang mantap dan berusaha memperolehinye.....kalau lah ditinggalkan disuatu tempat yg gelap seorg diri pn sudah goyah tawakal kita kpd ALLAH S.W.T....apetah lagi menghadapi fitnah paling terbesar dalam sejarah kehidupan manusia....sama2 lah kita berdoa dan berusaha agar terhindar dari fitnah dajjal...AMIN....
    SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH.AMIN........

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    70 Replies
    23208 Views
    Last post 17 March, 2014, 01:26:16 AM
    by ZakiaAliaMedina
    100 Replies
    61701 Views
    Last post 14 November, 2012, 04:11:53 PM
    by shearazi
    12 Replies
    3861 Views
    Last post 21 March, 2012, 06:33:12 PM
    by al_ahibbatu