Haidh

*

Author Topic: Haidh  (Read 26943 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
31 August, 2009, 04:02:11 PM
  • Publish
  • WARNA KERUH DAN KUNING SEMASA HAID

    Soalan;
    Saya ada 1 kemusykilan berkaitan dengan kedudukan darah berwarna kuning dan keruh; Jika seseorang wanita yang kebiasanya datang haid dalam tempoh 5-6 hari. Selepas melahirkan anak beliau mendapati selepas hari ke-6 masih terdapat cecair berwarna kuning dan keruh, dan ianya berlarutan hinggalah hari ke-10. . . Persoalannya adakah warna keruh dan kuning keluar (diluar kebiasaan) itu masih dikira haid? apakah beliau boleh melaksanakan ibadah seperti wanita suci? Mohon penjelasan ustaz..Terima kasih.

    Jawapan;

    Warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid. Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab;

    لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

    “Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

    Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu
    1. Hitam
    2. Merah
    3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
    4. Kuning
    5. Keruh
    Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih dan hitam). Tanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semua warna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Saidatina Aisyah tadi) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis. Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci.

    Adapun jika warna kuning dan keruh itu dilihat setelah tempoh kemungkinan haid (iaitu dilihat setelah 15 hari), maka ia bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ini kerana tempoh paling lama seorang wanita boleh kedatangan haid ialah 15 hari. Jika selepas 15 hari darahnya masih belum berhenti, maka darah yang selepas 15 hari itu bukan lagi darah haid tetapi darah istihadhah. Ia hendaklah mandi dan melakukan ibadah sepertimana wanita suci walaupun darah masih keluar dari farajnya dengan mematuhi hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atas wanita istihadhah (sila baca di; http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/kencing-tak-lawas.html).

    Begitu juga, bukan haid jika warna kuning atau keruh itu dilihat oleh seorang wanita dalam tempoh sucinya (yakni tempoh suci setelah habis haid, iaitu sekurang-kurangnya 15 hari). Ini berdasarkan kenyataan Ummu ‘Athiyyah r.a. (salah seorang wanita sahabat Nabi); “Kami (yakni wanita-wanita sahabat Nabi) tidak menghitung warna keruh dan juga kuning ketika suci sebagai suatu tanda haid” (HR Imam Bukhari dan Abu Daud). Kesimpulannya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid atau kemungkinan haid. Adapun dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 4, kitab al-Haidh, bab al-Mustahadhah.
    2. Bidayatul-Mujtahid, Imam Ibnu Ruysd, 1/73.
    3. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 1/458.
    4. Aunul-Ma’bud, Allamah Abi at-Tayyib, 1/331.
    5. al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/387-392.
    5. Fiqh al-‘Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 77.
    6. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 34, 50-51.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 31 August, 2009, 05:06:52 PM
  • Publish

  • CARA MEMERIKSA HABIS HAID

    Soalan; ustaz, setelah diyakini haid sudah berhenti..sy trs mandi wajib..tetapi slps mandi...hari keesokannya haid msh keluar lagi...bagaimana status ibadah sy waktu itu? dan bagaimana menentukan waktu terbaik untuk mandi wajib..sebelum ini, sy memastikan selepas 2 waktu sembahyang haid tidak keluar..sy akan mandi wajib selepas itu..bantulah saya..

    Jawapan;

    Ibadah yang dilakukan ketika masih ada haid itu tidak sah. Walau bagaimanapun puan/saudari tidak lah berdosa kerana melakukan ibadah ketika haid kerana hal tersebut bukan disengajakan, tetapi kerana sangkaan bahawa haid telah habis. Jika puan/saudari berpuasa semasa masih ada darah haid itu, puasa puan/saudari terbatal dengan sendirinya sebaik menyedari darah haid masih ada.

    Adapun bagaimana caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habis; apabila puan/saudari merasakan darah haid puan/saudari habis; lakukan pemeriksaan terhadap faraj terlebih dahulu sebelum mandi, iaitu dengan memasukkan cebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesan darah haid atau tidak. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna pada kain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah puan/saudari mandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh, janganlah puan mandi lagi kerana darah haid belum habis. Kaedah ini diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimana yang diceritakan oleh Saidatina ‘Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan mereka ialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yang masih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu ‘Aisyah menjawab; “Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. al-Haidh Wa an-Nifas, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 39.


    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
    http://ilmudanulamak.blogspot.com/

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 31 August, 2009, 05:08:04 PM
  • Publish

  • HAID DATANG SEMULA SELEPAS 13 HARI

    Soalan; ustaz, saya ada satu kemusykilan; sebelum ni saya telah datang haid selama 10 hari namun selepas 13hari saya dapati ada darah berwarna hitam dan sedikit...persoalannya mgikut kitaran haid yg normal adalah 28 hari..dalam hal saya kitaran haid baru 23 hari...adakah ia dikira darah haid? saya musykil untuk meneruskan puasa..mohon penjelasan ustaz..

    Jawapan;

    Tempoh suci paling pendek ialah 15 hari. Sekiranya setelah suci dari haid datang semula darah sebelum genap tempoh suci 15 hari, maka darah yang datang itu dikira istihadhah. Puan/saudari hendaklah menunaikan solat dan berpuasa sebagaimana biasa. Adapun jika darah itu berterusan hingga melepasi hari ke 15 (yakni masuk hari ke 16 dan seterusnya), maka yang melepasi hari ke 15 itu barulah boleh dianggap haid.

    Wallahu a'lam.

    USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #3 31 August, 2009, 06:43:23 PM
  • Publish
  • kepada sesiapa yg mengalami haid yg idak teratur, cuba kaji, udah berapa lama, anda memakai, tuala wanita murahan. udah banyak kali cerita keluar di utusan pengguna, tapi siapalah yang membacanya, di utusan melayu pun ada keluar, tapi hal keluarga, utusan kena boikot dgn pas ke, hihi

    jadi jika ada masalah, mahulah hendaknya cari, tuala wanita jenama love moon, anion, anion itu dapat membantu menjaga kesiahatan, membunuh bakteria dan parasit, anion adalah caj negative, bertindakbalas dgn cecair, meningkatkan oksijan, menghilangkan bau, gatal, dan lain lain masalah sewaktu haid.

    saya bukan suka dgn MLM, tetapi, bila datang hal, anion love moon ni, saya berminat pula, memandangkan masalah kaum wanita muslim, melayu.

    tak kisahlah kalian minat nak beli dgn siapa. jika nak dengar dan lihat demo, bedah siasat kesihatan, boleh jemput kami, jumpa di tempat kalian, menerangkan.

    hari ini, hal kesihatan walaupun menyangkut kemaluan, kita kenalah hadapi dengan berani, malu tu jangan sampai segan dan tak mahu terima berita kebaikan kesihatan.

    jika mahu sila lawati, http://www.winalite.com.my, lihat products

    banyak dah org buat testimonials d internet, leh search di googles

    jika minat nak tahu, sila msg saya, atau call 0192368789, semuga kita jadi orang islam yg tolong menolong dalam perkara kebaikan

    baihaqi

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #4 04 September, 2009, 07:55:41 AM
  • Publish

  • Hubungan Ketika Haid

    SOALAN:
    Adakah suami boleh makan dan minum bersama isteri yang sedang haid?

    JAWAPAN:
    Maksud firman Allah SWT:
    “Adalah jauhilah dan jangan ‘makan’ bersama mereka sewaktu haid.”
    (Al-Baqarah: 22)

    Rasulullah saw menerangkan bahawa tidak demikian maksud ayatnya. Tetapi apa yang dimaksudkan hanyalah agar jangan melakukan persetubuhan dengan mereka yakni isteri.

    Aisyah menceritakan:
    “Saya minum ketika sedang haid, lalu minuman itu saya berikan kepada Rasulullah saw. Maka ditempelkan mulut baginda kepadaku, baru sesudah itu baginda minum. Dan pernah juga ketika saya sedang haid, saya memakan daging yang masih lekat pada tulang, lalu saya berikan daging itu kepada Rasulullah saw. Maka baginda tempelkan mulutnya pada salah satu tempat dari tubuhku.”
    (Hadis riwayat jamaah selain al-Bukhari & At-Tirmizi)

    Dan dari Abdullah bin Said, bahawa dia mengatakan: “Pernah aku tanyakan kepada Rasulullah saw tentang makan bersama isteri yang sedang haid, maka jawab baginda: “Makanlah bersamanya.”
    (Ahmad, Abu Daud & Tirmizi)


    baihaqi

    • *
    • Posts: 56
      • View Profile
    Reply #5 04 September, 2009, 07:59:38 AM
  • Publish

  • PERSOALAN

    Apakah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap isterinya ketika isterinya sedang haid?

    JAWAPAN

    Suami boleh menyentuh tubuh isterinya kecuali faraj ketika isterinya sedang didatangi haid. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT dan beberapa hadis Nabi.

    Maksud Firman Allah SWT:

    “Jika ditanya orang kepadamu (ya Muhammad) mengenai haid, katakanlah ia adalah sesuatu yang kotor, sebab itu hindarkanlah (jauhilah) isteri kamu ketika dalam haid, janganlah setubuhi/ menjimak mereka sehingga mereka suci. Apabila mereka bersuci (sudah mandi wajib), bercampurlah dengan mereka seperti yang telah disuruh Allah. Sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang bertaubat dan mengasihani orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci.” (Al-Baqarah: 222)

    Hadis-hadis yang berkaitan:

    “Dan dari Marwan bin Ajda’, katanya: “Pernah saya tanyakan kepada Aisyah ra, “Apakah yang boleh dilakukan laki-laki terhadap isterinya apabila sedang haid?” Maka jawab beliau: “Apa sahaja boleh selain farajnya.” (Riwayat Bukhari)

    “Dan dari Hizam bin Hakim, dari bapa saudaranya bahawa bapa saudaranya itu pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang halal dari isteriku ketika ia sedang haid?” Jawab baginda: “Boleh kamu lakukan apa sahaja di atas kakinya.” (Riwayat Abu Daud)

    “Dari Masruq bin Ajda’ katanya: “Aku tanyakan kepada Aisyah ra mengenai apakah yang diperkenankan bagi orang lelaki terhadap isterinya yang sedang dalam keadaan haid?” Jawab Aisyah: “Segala sesuatu selain kemaluannya.” (Riwayat Bukhari)

    ningonly

    • *
    • Posts: 202
    • yang sedang-sedang saja
      • View Profile
    Reply #6 16 September, 2009, 10:55:59 PM
  • Publish
  • kalau yang period tak teratur tu camane
    contohnye... 2 hari kuar pastu stop...2-3 hari datang lagi.. pastu stop.. 2-3 hari datang lagi..
    itulah aku...padamu

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 26 September, 2009, 08:07:31 PM
  • Publish

  • Kitar Haid

    Pada lelaki, penghasilan berjuta-juta sperma adalah secara berterusan sepanjang hayat bermula dari peringkat akil baligh. Manakala,wanita hanya menghasilkan satu ovum sahaja setiap bulan bermula dari peringkat akil baligh sehingga putus haid.Ini bermakna kitar haid penting untuk memastikan ovum dihasilkan secara berterusan sehingga putus haid.Dinding uterus akan menebal dan dibekalkan dengan banyak salur darah . Keadaan ini penting sebagai persediaan uterus untuk menerima dan membenarkan penempelan embrio sekiranya persediaan persenyawaan berlaku.Jika persenyawaan tidak berlaku,dinding uterus(endometrium)yang kaya dengan salur darah akan terurai dan dikeluarkan bersama ovum sebagai darah haid.Kitar haid akan terhenti sekiranya persenyawaan berlaku.Ini penting untuk menghalang perkembangan ovum yang baru di dalam ovari dan mengekalkan ketebalan endometrium untuk penempelan embrio.

    Bagi memastikan perjalanan kitar haid berlaku dengan sistematik,teratur dan tepat pada waktunya.Hormon tersebut juga bertanggungjawab mengkoordinasikan perubahan pada uterus dan perubahan di dalam ovari yang berlaku secara serentak.

    Hormon yang terlibat dalam kitar haid terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu hormon yang mengawal perubahan di dalam ovari dan hormon yang mengawal perubahan di dalam uterus.Hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal perubahan di dalam ovari termasuk hormon perangsang folikel(FSH)dan hormon peluteinan(LH).Kedua-dua hormon ini dirembes oleh kelenjar pituitari.FSH merangsang perkembangan folikel di dalam ovari.LH pula merangsang pengovulan dan menyebabkan folikel Graaf menjadi korpus luteum.Hormon yang bertanggungjawab untuk mengawal perubahan pada uterus pula ialah estrogen dan proesteron.Hormon estrogen dihasilkan oleh sel-sel folikel yang menyelaputi oosit primer dan oosit sekunder di dalam ovari.Hormon ini berfungsi memperbaiki dan merangsang penebalan endometrium pada uterus selepas haid.Selepas pengovulan,tisu folikel menjadi korpus luteum.Korpus luteum menghasilkan hormon pengesteron.Hormon ini merangsang penebalan endometrium.Pada masa yang sama,hormon proesteron juga berfungsi mengekalkan endometrium dalam keadaan yang sempurna untuk penempelan embrio.

    Anak_tawau

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #8 27 April, 2010, 07:00:36 PM
  • Publish
  • kalau yang period tak teratur tu camane
    contohnye... 2 hari kuar pastu stop...2-3 hari datang lagi.. pastu stop.. 2-3 hari datang lagi..

    Jika period x teratur,maka orang ini mengalami haid yang tidak normal...
    Rasanya darah yang keluar bukannya darah haid....

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 27 April, 2010, 07:07:32 PM
  • Publish
  • kalau yang period tak teratur tu camane
    contohnye... 2 hari kuar pastu stop...2-3 hari datang lagi.. pastu stop.. 2-3 hari datang lagi..

    Maaf, begitu lama soalan ini terlepas pandang.

    Selagi di dalam tempoh 15 hari 15 malam anggapkan itu darah haid.  2hari keluar, berhentilah solat, apabila kering, mandi wajib dan solat. Datang lagi, maka berhenti solat, dan kering darahnya, mandi wajib semula. Mesti di dalam tempoh 15 hari 15 malam sahaja. Jika melepasi 15 hari maka, anggap itu bukan haid lagi sebaliknya darah penyakit dan wajib solat.

    Kaedahnya, setiap kali mahu bersolat bersihkan diri, sumbat kapas di bahagian darah keluar, terus berwuduk, dan solat. wuduk ini hanya terpakai untuk sekali solat fardhu dan solat sunat waktu itu sahaja.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #10 27 April, 2010, 11:19:28 PM
  • Publish
  • ada lebih baik selepas 15 hari masih berlaku...berjumpa lah doktor...
    sah ker kalau solat , badan kita berdarah... ( darah kotor ) fikiran akan menjadi tak menentu...akan tetapi menjadi was was dalam solat...lebih baik tak payah solat si adek,.. betul kata kak ummi..darah kotor tue..
    *jumpa lah doktor...kitaran Haid kamu tak menentu.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #11 27 April, 2010, 11:38:26 PM
  • Publish
  • ada lebih baik selepas 15 hari masih berlaku...berjumpa lah doktor...
    sah ker kalau solat , badan kita berdarah... ( darah kotor ) fikiran akan menjadi tak menentu...akan tetapi menjadi was was dalam solat...lebih baik tak payah solat si adek,.. betul kata kak ummi..darah kotor tue..
    *jumpa lah doktor...kitaran Haid kamu tak menentu.

    Hukum dah jelas dalam feqah 5zul, hanya 15 hari ,15 malam sahaja. Selepas hari ke 15 dah wajib solat samada darah masih keluar atau tidak selepas mandi wajib. Jumpa doktor lain ceritanya...solat tetap kena buat walaupun darah keluar apabila tempoh telah cukup. Sebab itu ada kaedah untuk berwuduk. Islam telah sempurna syariatnya.

    5zul

    • *
    • Posts: 3023
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #12 27 April, 2010, 11:46:35 PM
  • Publish
  • ada lebih baik selepas 15 hari masih berlaku...berjumpa lah doktor...
    sah ker kalau solat , badan kita berdarah... ( darah kotor ) fikiran akan menjadi tak menentu...akan tetapi menjadi was was dalam solat...lebih baik tak payah solat si adek,.. betul kata kak ummi..darah kotor tue..
    *jumpa lah doktor...kitaran Haid kamu tak menentu.

    Hukum dah jelas dalam feqah 5zul, hanya 15 hari ,15 malam sahaja. Selepas hari ke 15 dah wajib solat samada darah masih keluar atau tidak selepas mandi wajib. Jumpa doktor lain ceritanya...solat tetap kena buat walaupun darah keluar apabila tempoh telah cukup. Sebab itu ada kaedah untuk berwuduk. Islam telah sempurna syariatnya.
    memang benar kak... akan tetapi dapat ker ia melakukan ibadah solat tue..dengan was was... dan penuh keyakinan..oleh itu jumplah doctor..untuk menyelesaikan masalah..
    solat pasti kena buat selepas 15 hari...
    soalan dan jawapan , akak dah keluarkan...pasti ada persoalannya tentang ini mengapa perlu lagi was was..
    kepada adek tadi..lakukan kelakuan Muhammad... kak ummi dah beri penjelasan di awal pertemuan tajuk.

    LadyDarling

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #13 08 June, 2010, 10:47:43 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum,

    terlanjur jumpa thread ni, akak nk tanya lg sekali meskipun jawapan ada diberikan diatas, cumanya bleh xciter lebih lanjut yg berkaitan dgnnya; misalnya:
    (1) suami mmg merancang dan dh pun memberitau siisteri ingin berjimak, oleh krn isteri xberitau yang dia sdg dtg haid, hingga membuatkan suami kecewa sgt setelah membuat persediaan cthnya membatalkan mesyuarat dan lain2 tugas  (lepas waktu pej) semata2 keinginannya yg sgt utk berjimak..... apakah hukum isteri ini tadi, adakah dia dikira menipu suaminya shingga membuat sumainya kecewa teramat sgt?padahal siisteri tidak berniat langsung  utk menipu, tp disebbkan teramat sayang dan rindu.....dia diamkan perkara ini sehinggalah jumpa suami nnti.
    (2) demi nk menebus kesalahan, siisteri memohon ampun dan maaf serta memujuk sisuami, sehingga mendatangkan berahi keduanya dan menyebabkan berlakunya jimak wpun cuma 10min saja.....mcmana tu?
    (3)apakah kesan sampingan bg kedua2 pihak?isteri maupun suami?apakah tindakan sepatutnya yg dilakukan suami/isteri tadi selepas perbuatannya ini?

    Akak harap, mrk2 yg arif dpt membantu menjelaskan huraian yg berkaitan dgnnya...

    Wassalam
    terima kasih

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #14 09 June, 2010, 02:18:42 AM
  • Publish
  • dari sudut perspektif tradisional.....kedatangan haid itu ibarat seperti selepas dari melahirkan bayi.....kembang, bengkak sakit dan berdarah akan ruang dalam rahim seseorang wanita itu.....matang dan pecah akan telur dari ovari yang melekat dan tersimpan di dinding2 rahim itu.....dan terbuka lah akan rongga persenyawaan permanian benih2 antara lelaki dan wanita.....hasil dari keadaan itu, jika berlaku aktiviti tusukan dari zakar akan menyebabkan angin dari luar mudah dan akan mampu masuk bersama ke dalam tubuh badan seseorang wanita yang disetubuhi.....angin2 yang masuk itu akan menyebabkan kebuk ruang pemecahan dan pendarahan telur2 tadi menjadi kembang dengan lebih fragile dan akan berlaku nya pendarahan yang lebih teruk lagi......angin2 itu juga akan naik dan santak ke atas ulu hati dan menyebabkan kesukaran bernafas akan berlaku.....

    selain dari darah2 haid yang kotor itu juga akan masuk kembali dalam pembuluh darah dan seterus nya menuju ke jantung......darah2 haid yang kotor dan selalu nya berbau busuk mengandungi kuman2 atau bakteria yang sangat bahaya kepada tubuh badan.....tubuh badan wanita akan menjadi pucat lesi dan lemah akibat dari penularan darah kotor tersebut.....yang lebih bahaya.....angin yang santak itu tadi boley menyebabkan kesukaran bernafas dan membawa maut.....perkara ini pernah berlaku.....lebih2 lagi jika wanita itu baru saja selepas melahirkan anak.....ketika itu, semua sistem tubuh badan menjadi lemah dan terdedah kepada kemasukan angin dan mengembangkan salur2 darah yang menyumbang kepada sembab dan menyekat urat2 saraf yang lain2......angin yang mendiami dalam tubuh badan seseorang wanita itu jika tidak dipaksa keluar dengan urutan, berdiang, bertungku dan dengan pemakanan herba2 yang panas dan sesuai dengan tubuh badan mereka sendiri akan sentiasa resah gelisah selain emosi yang tidak stabil.....

    kebiasaan bagi wanita yang selepas bersalin, rahim mereka akan sedikit turun ke bawah akan menyebabkan simptom2 sakit pada dalam tumit seperti dicucuk jarum......ini berlaku kerana adalah reflex urat2 rahim, pinggang dan seterus nye turun melalui pelipat kaki.....antara lain, labu betis juga akan selalu kekejangan apabila urat2 rahim itu tidak diselarikan dengan urat2 dibahagian keseluruhan kaki itu.....bidan2 yang mahir dan berpengalaman dapat membantu mengatasi masalah itu dengan mengurut rahim sambil mengangkat kaki wanita tersebut ke atas dan mengunci rahim itu di kedudukan asal nya.....ada rahim yang mudah teralih.....dan ada rahim yang susah teralih.....rahim jenis batu biasa nya akan bergerak apabila ditolak ke tempat nya dan tidak mudah untuk teralih lagi......jika pada rahim yang mudah turun, selalu nya ada urat2 lain dan otot2 lain yang perlu diberi perhatian untuk menguatkan nya.....

    secara mudah bagi wanita2 yang selalu berasa sakit di bahagian tumit, mereka boley melakukan regangan dan senaman sendiri di rumah untuk menghilangkan sakit seperti itu.....mula2 baring berdekatan dinding dan angkat kedua kaki ke atas sambil kedua telapak kaki mengadap ke atas syiling rumah.....rapatkan punggung ke dinding dan berehat selama selama setengah jam sambil mengurut lembut pada rahim ke arah bahagian ari2 sendiri......ini akan membantu sakit dalam tumit itu berkurangan malah hilang, insyaAllah.....sekian, wallahua'lam....

    p/s: :senyum:....malam ni jadi bidan mengurut pulak aku......
    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    LadyDarling

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #15 09 June, 2010, 12:03:20 PM
  • Publish
  • syukran.....terima kasih panglima-garang,
    ada x sape2 lg yg bleh kongsi dan tambah..........

    fairuzz

    • *
    • Posts: 42
      • View Profile
    Reply #16 09 June, 2010, 03:43:07 PM
  • Publish
  • hukum berjimak sewaktu haid atau nifas adalah haram....

    bagi yang terlanjur hendaklah bertaubat.....
    allahu a'lam

    LadyDarling

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #17 09 June, 2010, 04:05:39 PM
  • Publish
  • Terima kasih fairuzz......
    ada sape2 lg bleh tambah ?

    thanks in advance

    ann_1

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #18 09 June, 2010, 04:17:42 PM
  • Publish

  • Hubungan Ketika Haid

    SOALAN:
    Adakah suami boleh makan dan minum bersama isteri yang sedang haid?

    JAWAPAN:
    Maksud firman Allah SWT:
    “Adalah jauhilah dan jangan ‘makan’ bersama mereka sewaktu haid.”
    (Al-Baqarah: 22)

    Rasulullah saw menerangkan bahawa tidak demikian maksud ayatnya. Tetapi apa yang dimaksudkan hanyalah agar jangan melakukan persetubuhan dengan mereka yakni isteri.

    Aisyah menceritakan:
    “Saya minum ketika sedang haid, lalu minuman itu saya berikan kepada Rasulullah saw. Maka ditempelkan mulut baginda kepadaku, baru sesudah itu baginda minum. Dan pernah juga ketika saya sedang haid, saya memakan daging yang masih lekat pada tulang, lalu saya berikan daging itu kepada Rasulullah saw. Maka baginda tempelkan mulutnya pada salah satu tempat dari tubuhku.”
    (Hadis riwayat jamaah selain al-Bukhari & At-Tirmizi)

    Dan dari Abdullah bin Said, bahawa dia mengatakan: “Pernah aku tanyakan kepada Rasulullah saw tentang makan bersama isteri yang sedang haid, maka jawab baginda: “Makanlah bersamanya.”
    (Ahmad, Abu Daud & Tirmizi)


    ///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

    PERSOALAN

    Apakah yang boleh dilakukan oleh suami terhadap isterinya ketika isterinya sedang haid?

    JAWAPAN

    Suami boleh menyentuh tubuh isterinya kecuali faraj ketika isterinya sedang didatangi haid. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT dan beberapa hadis Nabi.

    Maksud Firman Allah SWT:

    “Jika ditanya orang kepadamu (ya Muhammad) mengenai haid, katakanlah ia adalah sesuatu yang kotor, sebab itu hindarkanlah (jauhilah) isteri kamu ketika dalam haid, janganlah setubuhi/ menjimak mereka sehingga mereka suci. Apabila mereka bersuci (sudah mandi wajib), bercampurlah dengan mereka seperti yang telah disuruh Allah. Sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang bertaubat dan mengasihani orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersuci.” (Al-Baqarah: 222)

    Hadis-hadis yang berkaitan:

    “Dan dari Marwan bin Ajda’, katanya: “Pernah saya tanyakan kepada Aisyah ra, “Apakah yang boleh dilakukan laki-laki terhadap isterinya apabila sedang haid?” Maka jawab beliau: “Apa sahaja boleh selain farajnya.” (Riwayat Bukhari)

    “Dan dari Hizam bin Hakim, dari bapa saudaranya bahawa bapa saudaranya itu pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah yang halal dari isteriku ketika ia sedang haid?” Jawab baginda: “Boleh kamu lakukan apa sahaja di atas kakinya.” (Riwayat Abu Daud)

    “Dari Masruq bin Ajda’ katanya: “Aku tanyakan kepada Aisyah ra mengenai apakah yang diperkenankan bagi orang lelaki terhadap isterinya yang sedang dalam keadaan haid?” Jawab Aisyah: “Segala sesuatu selain kemaluannya.” (Riwayat Bukhari)





    jelas menunjukkan hukum persetubuhan semasa isteri dalam keadaan haidh..tiada kes-kes tertentu yang menghalalkan perbuatan ini..

    LadyDarling

    • *
    • Posts: 15
      • View Profile
    Reply #19 09 June, 2010, 04:43:52 PM
  • Publish
  • thanks ann 1, selain diatas, ada x apa2 kesan sampingan bg kedua2 pihak?

    divider3
    halaqahforum4