Anak Luar Nikah/ Anak Zina

*

Author Topic: Anak Luar Nikah/ Anak Zina  (Read 51450 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
31 August, 2009, 03:20:36 PM
  • Publish


  • NASAB ANAK LUAR NIKAH

    Soalan; ustaz saya nak tanya jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dgn lelaki yang mengandungkan dia adakah anak itu masih dikira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah...

    Jawapan;


    Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

    Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

    Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu; anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu. Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

    Adapun penzina pula, Rasulullah berkata “baginya al-Hajr”. Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak;
    a) Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu.
    b) Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha’, juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh.
    2. an-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir.
    3. Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12.

    « Last Edit: 04 September, 2009, 12:09:31 PM by Ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 03 September, 2009, 03:16:22 PM
  • Publish
  • Kedudukan Anak Luar Nikah

    Soalan:

    Saya ada masalah yang menjadi pemikiran saya, begini ada pendapat yang mengatakan bahwa bila kita memegang anak haram maka kita berdosa. Apalagi bila memakan hasil masakannya ataupun bila ia lelaki kita tidak bisa menjadi makmun daripadanya. Apakah pendapat yang saya dengar itu benar? Bagaimana batas yang dimaksud anak haram, karena biasa terjadi seseorang yang misalnya telah hamil 2-3 bulan baru menikah apakah anak yang dilahirkannya kelak menjadi anak haram? Lalu katanya ia harus menikah untuk kedua kalinya dengan suaminya kembali agar anak selanjutnya bila ia melahirkan lagi tidak haram, karena nikah pertama adalah nikah untuk anak yang dihamilkan dan nikah kedua untuk anak-anak selanjutnyanya. Bila ia tidak nikah kedua kalinya maka ia berbuat zinah terus menerus. Apakah memang demikian ataukah sebaliknya? Anak pertama baik ia nikah pertama atau kedua kalinya tetap ia anak haram. mohon jawaban.
    Barlian, Universitas Hasanuddin.

    Jawapan:

    Tidak ada anak atau zuriat yang dilahirkan ke dunia berstatus haram, bahkan kedudukan setiap insan disisi Allah adalah sama tidak kurang sedikitpun. Bahkan tidaklah mengikut fitrah dan syariat jika seseorang itu disebut dengan anak haram kerana tidak ada seorangpun ingin lahir ke dunia dalam keadaan dan berkedudukan haram. Sebenarnya anak yang lahir melalui perzinaan adalah anak yang suci seperti anak-anak yang lain, cuma yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan lahirnya anak tersebut.

    Kikislah
    jauh-jauh anggapan yang keliru yang selama ini menjadi anggapan umum tentang kedudukan anak luar nikah ini. Tidak berdosa memegang anak luar nikah, bahkan mendapat pahala jika kita menyantuni anak-anak tidak kira anak luar nikah atau anak yang diperolehi melalui pernikahan yang sah. Begitu juga memakan hasil masakannya tidak salah bahkan sama kedudukannya kita memakan makanan yang dimasak oleh orang lain. Jika bacaan al Qurannya baik, maka adalah lebih baik kita mengikutinya dan melantiknya sebagai imam.

    Anak luar nikah ertinya kehamilan yang terjadi pada wanita tersebut tidak melalui pernikahan yang sah, yang hanya menyebabkan terhalangnya pembahagian harta pusaka menurut hukum faraid. Jika orang yang berzina tersebut menikah setelah kehamilan, isterinya melahirkan anak kurang dari tempoh enam bulan menurut mazhab Imam Syafei anak tersebut tidak boleh di bin kan kepada bapa terlibat sebaliknya di bin kan dengan kepada ibunya. Begitu juga  jika , melebehi  enam bulan isterinya melahirkan anaknya tadi maka anak tersebut tetap tidak boleh di bin kan kepada bapanya. Ini kerana ibu itu tahu anak dalam kandungan ujud sebelum pernikahan.

    Jadi jika pasangan ini telah menikah ketika masa hamil hasil daripada perzinaan tadi maka tidak perlulah menikah kembali setelah kelahiran anak. Dan anak yang lahir tetap anak manusia yang suci bersih dan bukan anak haram yang haram adalah pekerjaan zina yang dilakukan kedua pasangan tadi. Jika seseorang menghina orang lain dengan sebutan anak haram, maka orang yang menghinalah yang berdosa sedangkan anak tersebut tetap sebagai anak yang suci bersih di sisi Allah SWT.

    Kembalilah kepada konsep ajaran Islam yang sebenarnya dan tinggallah perkara yang bersifat khurafat dan bid'ah serta hargai insan lain tidak kira apakah mereka anak yang lahir hasil perzinaan ataupun lahir melalui pernikahan yang sah. Sesungguhnya tidak ada perbezaan antara keduanya di sisi Allah melainkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
    Wallahu A'lam.


    « Last Edit: 25 October, 2010, 08:52:48 PM by Ummi Munaliza »

    pak long

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #2 03 September, 2009, 03:31:44 PM
  • Publish
  • Kebelakangan ini berita kelahiran anak luar nikah ini kerap di paparkan. Kebanyakannya di buang begitu sahaja seolah-olah membuang sampah sarap. Bagaimanakah usaha yang perlu dilakukan oleh semua pihak bagi mengatasi perkara ini? Bolehkah perkataan persetubuhan haram itu dtukarkan kepada ZINA? Supaya masyarakat lebih gerun mendengarnya

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #3 03 September, 2009, 04:11:17 PM
  • Publish


  • Rasanyakan Pak Long, kita ubahlah sebutan pun, tapi caranya sama juga tetap mereka tak gerun, melainkan hukuman sebenar dijalankan, barulah orang tersedar, macam kes minum arak, hukum sebatannya belum dijalankan, tapi isunya jadi hebat.

    Untuk tangani masalah zina, mesti bermula dari akar umbinya, bermula dari berpakaian, pergaulan dan seterusnya berpasangan/couple. Sebab berzina hingga dapat anak ni bermula dari ber'couple' bukannya mangsa rogol. Kalau mangsa rogol , tak berkahwin akhirnya. Dan kalau mangsa rogol, jika bertindak buat laporan cepat ke Balai polis dan dibawa ke hospital, tak sempat hamil pun. Dan jarang ada yang mangsa rogol buang anak.Yang tergamak buang anak ni adalah dari pasangan zina.

    Sum79

    • *
    • Posts: 569
    • THE TRUTH IS OUT THERE!!
      • View Profile
    Reply #4 03 September, 2009, 09:03:41 PM
  • Publish


  • Rasanyakan Pak Long, kita ubahlah sebutan pun, tapi caranya sama juga tetap mereka tak gerun, melainkan hukuman sebenar dijalankan, barulah orang tersedar, macam kes minum arak, hukum sebatannya belum dijalankan, tapi isunya jadi hebat.

    Untuk tangani masalah zina, mesti bermula dari akar umbinya, bermula dari berpakaian, pergaulan dan seterusnya berpasangan/couple. Sebab berzina hingga dapat anak ni bermula dari ber'couple' bukannya mangsa rogol. Kalau mangsa rogol , tak berkahwin akhirnya. Dan kalau mangsa rogol, jika bertindak buat laporan cepat ke Balai polis dan dibawa ke hospital, tak sempat hamil pun. Dan jarang ada yang mangsa rogol buang anak.Yang tergamak buang anak ni adalah dari pasangan zina.

    setuju2
    « Last Edit: 04 September, 2009, 08:39:27 AM by Ummi Munaliza »
    "It's better to be hated for what you are, than to be loved for what you're not..." - Kurt Cobain

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #5 03 September, 2009, 10:00:59 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    Syukur ke hadrat Ilahi kerana jemari ini masih lagi menari. Isu ini hakikatnya bukan isu yang baru terjadi. Hakikatnya isu ini telah membelenggu masyarakat kita sejak dahulu lagi. Benar, anak luar nikah ini terjadi kerana rentak budaya bercinta sebelum kahwin ini terlalu rancak muziknya sehingga melalaikan anak muda kita. Cinta mendalam antara mereka sehinggakan membuahkan hasil yang tidak sewajarnya berlaku. Jika hendak mengurangkan permasalahan ini tiada cara lain lagi dah. Hanya 1 sahaja iaitu mendidik anak muda kita agar tidak hanyut dalam cinta manusia. Tanam cinta pada Allah dalam hati mereka sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih mantap dalam memperkenalkan cinta Allah kepada anak mereka. Insya Allah...
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    yoshitsune

    • *
    • Posts: 110
      • View Profile
    Reply #6 03 September, 2009, 11:17:30 PM
  • Publish
  • salam... ana nak tanya sket la... status anak tadi anak luar nikah. apakah masih boleh dibinkan dgn nama ayahnya kalo ibunya menikah setelah kehamilan anak tersebut...which means, sorg wanita dan lelaki berkahwin but at the same time, pmpn tadi da bunting benih lelaaki tue. then about 2 month pregnancy, they decide to married...hows bout that? please anyone who know tell me.. in incharge of my nephew with said situation...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 04 September, 2009, 08:41:37 AM
  • Publish
  • Kahwin selepas berzina


    Assalamualaikum,

    Soalan:
    Saya ada kemusykilan tentang sah atau tidak perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan. Mengikut buku teks agama tingkatan 5 dan hujah ustazah saya, perempuan yang sedang mengandungkan hasil perzinaan dikategorikan sebagai perempuan yang haram dikahwini sementara.

    Betulkah sekiranya mereka berkahwin, lafaz nikah tersebut adalah tidak sah dan persetubuhan di antara pasangan mereka adalah zina? Kerana perkahwinan sebegini semakin menjadi-jadi dan kisah hidup pasangan seperti ini sering dipaparkan di dada umum, tetapi tidak ada yang menegur tentang sah atau tidak ikatan perkahwinan mereka. Jadi, adakah saya terlepas sesuatu? Adakah hadis dan dalil yang boleh menerangkan dengan terperinci tentang situasi tersebut?

    – Remaja ingin tahu, Melaka.

    Jawapan: Saudara, perkahwinan adalah benih kepada wujudnya masyarakat. Dunia tersusun daripada perkahwinan dan berumah tangga. Perkahwinan penuh dengan kasih sayang dan bekerjasama untuk membina kehidupan.

    Imam al-Syaukani mengatakan, orang yang terkenal sebagai penzina sama ada lelaki atau perempuan tidak boleh berkahwin dengan pasangan yang bukan penzina. Ini berdasarkan keterangan ayat 3 surah al-Nur. Di mana diharamkan orang mukmin berkahwin dengan penzina atau musyrik. Mereka hanya layak dikahwinkan dengan sesama penzina dan musyrik.

    Namun ada satu pengecualian, bahawa jika kedua-duanya sudah bertaubat sebelum berkahwin (maksud surah al-Ma`idah ayat 5), mereka dibenarkan berkahwin. Dengan syarat taubat itu adalah taubat yang bersungguh- sungguh (nasuha). Taubat sebenar dalam maksud beristighfar, menyesal dan memang tidak lagi melakukan perbuatan keji itu.

    Pendapat ini diberikan oleh Ibnu Umar seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah Jilid 2. Pandangan begini dipersetujui sama oleh beberapa imam lain seperti Ahmad, Ibn Hazam, serta diperakui oleh Ibnu Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim.

    Imam Ahmad menambahkan satu lagi syarat iaitu boleh berkahwin apabila wanita itu habis tempoh edah. Ertinya, jika mengandung selepas dia bersalin.

    Walau bagaimanapun ada mazhab yang lebih memberi kemudahan seperti mazhab Syafii, Hanafi dan Maliki yang mengharuskan perkahwinan si penzina lelaki dengan penzina perempuan, justeru perzinaan tidak menjadi halangan kepada berlakunya akad nikah.

    Pendapat ini mentafsirkan maksud ayat dilarang berkahwin, bukan larangan pengharaman tetapi mencela perbuatan zina.

    Namun mazhab Malik mahu supaya ada edah agar tidak bercampur nasab keturunan anak haram dengan anak halal nanti. Berbeza dengan mazhab Hanafi dan Syafii yang tidak mensyaratkan soal edah itu.

    Murid Abu Hanifah bernama Abu Yusuf pula tetap mahu mensyaratkan edah, iaitu selepas bersalin atas alasan jangan bercampur benih daripada perzinaan. Ada pula pendapat mengatakan boleh berkahwin, tetapi tidak boleh bersetubuh kecuali selepas bersalin anak hasil zina itu.

    Walau apa pun, perbuatan zina adalah perbuatan terkutuk yang menjadi dosa besar. Allah mahukan orang Islam memakan makanan yang baik dan beristeri atau bersuami dengan pasangan yang suci.

    Berdasarkan soalan saudara, sah atau tidak perkahwinan mereka yang berzina dan mengandung, ia adalah sah jika menurut mazhab Syafii seperti dinukilkan oleh Syed Sabiq. Namun dengan penzina lelaki atau perempuan, tidak patut berlaku perkahwinan dengan mereka yang masih suci kerana tidak patut lelaki suci itu menjadi mangsa kepada penzina wanita dan sebaliknya wanita suci tidak patut menjadi mangsa penzina lelaki.

    Penzina sama ada lelaki atau perempuan mempunyai jiwa yang sakit dan hodoh. Tidak sepatutnya melumurkan penyakit kejinya kepada pasangan yang bersih. Di dalam Islam, hukum perkahwinan adalah ingin memberikan kebahagiaan kepada manusia. Bagaimana para penzina dapat membahagiakan orang lain justeru mereka menjadi punca penyakit berbahaya? Mereka mungkin membawa HIV dan penyakit kelamin yang kronik yang akan menjangkiti pihak pasangannya yang sihat itu.

    Lebih daripada itu mungkin mereka menurunkan kepada anaknya nanti akhlak yang jahat atau jasmani yang rosak dan cacat kerana pembawaan penyakit jasmani atau jiwanya.

    Oleh itu, lelaki atau perempuan yang beradab dan mengikut ajaran nabi Muhammad s.a.w. tidak boleh hidup senang dan bahagia bersama penzina atau mereka yang hidup menyimpang daripada ajaran murni.

    Perkahwinan sepatutnya menimbulkan kasih sayang, mawadah dan rahmat. Apakah boleh muncul kesemua itu daripada pasangan yang jahat, atau fasiq. Wallahualam.


    - Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid ialah Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. E-mel: kamilmajid50@yahoo.com.
    « Last Edit: 28 October, 2009, 11:20:42 PM by °¤Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 04 September, 2009, 11:38:50 AM
  • Publish

  • Tentang hukum berzina kemudian kahwin...


    Baru-baru ini ana(Ukhti alFaqihah) ada dapat mesej tentang hukum berzina kemudian kahwin..

    Tapi ana musykil, betul ke hukumnya memang haram??..ana sertakan sekali mesej yang ana dpt..harap ustaz boleh tolong jelaskan ..syukran..

    Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

    Perkahwinan seumpama ini pada zaman sekarang, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, maka cepat- cepat dikahwinkan.

    Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

    Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama ustaz di sini kerana ianya amat penting:


    Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

    Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

    Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

    Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

    Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

    Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

    Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

    Jawapan 4 :
    Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

    Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

    Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

    Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

    Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

    Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

    Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

    Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

    Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

    Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

    jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

    Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tuan-tuan Imam, tuan-tuan Kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .tamat

    Saya menulis...:  (Ustaz  Mohd Nazrul Abd Nasir)

    Persoalan sebegini memang sering kali ditanyakan kepada para Ustaz, Tuan Guru dan Alim Ulama. Ini bermakna memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa zaman sekarang adalah zaman yang terlalu banyak fitnah. Terima kasih kepada Saudari alFaqihah yang mengajukan soalan ini kepada saya. Sengaja saya paparkan persoalan tersebut kerana ianya menarik untuk di baca oleh semua. Terima kasih sekali lagi kepada Saudari alFaqihah kerana menyediakan soalan berbentuk begini. Padat dan menarik untuk diperhatikan.

    Saya tidaklah ingin memberikan komen berkenaan jawapan Imam tersebut. Cuma saya akan memberikan jawapan yang saya petik daripada kitab-kitab rujukan para ulama sebagai maklum balas kepada jawapan yang diberikan tersebut. Para pembaca akan menilai sendiri jawapannya. Saya memohon kepada Allah taala agar dipermudahkan bagi saya untuk menyusun jawapan yang terbaik buat tatapan semua.

    Sepakat para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama.

    Titik perselisihan dikalangan para ulama bukanlah pada permasalahan perkahwinan antara penzina lelaki dengan penzina wanita tersebut. Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

    HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA


    Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala Jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu.
    Titik perselisihan tersebut berlaku berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :

    الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

    Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
    Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

    Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

    Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:

    لا يحرم الحرام الحلال
    Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).

    Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

    Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

    Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

    Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

    Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

    Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.

    Manakala permasalahan nasab bagi anak zina, saya telah bahaskan pada masa yang lalu. Bagi sesiapa yang ingin merujuknya maka bolehlah melihat di [klik di sini   http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/04/nasab-anak-zina.html  ].

    KESIMPULAN

    Setelah kita bahaskan dengan ringkas, maka jelaslah bahawa perkahwinan tersebut sah.Tiada masalah padanya. Saya berpandangan mungkin Imam tersebut bercampur permasalahan di antara perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita dan permasalahan perkahwinan penzina wanita dengan lelaki yang suci. Ini memerlukan pengkajian yang teliti.Islam adalah agama yang mudah dan memberikan rahmat kepada umatnya.Sayugialah bagi seorang alim untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum menjawab segala persoalan. Bimbang akan menyusahkan masyarakat. Wallahu a’lam.

    Rujukan:
    1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr Syria Jilid 9 mukasurat 6648-6650

    2. Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Shabuni cetakan Darul Shabuni Jilid 2.

    3. Fatawa Darul Ifta’ Misriyah jilid 8

    4. Fatawa Syeikh Ali Jum’ah Jilid 1
    « Last Edit: 28 October, 2009, 11:21:18 PM by °¤Ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 04 September, 2009, 12:07:55 PM
  • Publish
  • Nasab Anak Zina

    Soalan:
    Adakah anak zina dinasabkan kepada lelaki yang melakukan penzinaan dengan wanita yang melahirkan anak zina tersebut?

    Jawapan:

    Terima kasih kepada yang bertanya berkenaan perkara ini.Mengikut pendapat para ulama,seperti yang disebutkan di dalam kitab Fatawa al-Islamiyah oleh Majlis Fatwa Ulama Mesir : Anak tersebut tidak akan dinasabkan kepada lelaki tersebut.Ini kerana anak tersebut tidaklah diiktiraf sebagai anaknya.Jika kita menasabkan anak tersebut kepada lelaki berkenaan maka seolah-olah kita telah mengiktiraf perbuatan kejinya tersebut.

    Nasab seseorang tersebut hanya sah jika berlaku melalui perkahwinan yang sah.Ini adalah mengikut kepada pendapat kebanyakkan ulama di dalam mazhab Maliki,Syafie dan Hanbali.

    Manakala mengikut pendapat sebahagian ulama bermazhab Hanafi rahimahumullah mengatakan bahawa jika anak tersebut lahir selepas 6 bulan perkahwinan dilangsungkan maka anak tersebut bolehlah dinasabkan kepada lelaki berkenaan(yang melakukan perbuatan keji tersebut). Tetapi jika bayi tersebut dilahirkan kurang daripada 6 bulan selepas perkahwinan dilangsungkan maka anak tersebut tidaklah dinasabkan kepada si lelaki tersebut.

    Gambaran mudah di dalam memahami permasalahan yang disebutkan oleh para ulama bermazhab Hanafi ini ialah seperti berikut:

    A telah melakukan perzinaan dengan B (na’uzubillah).Selepas 2 bulan ,dilakukan pemeriksaan doktor dan B didapati mengandung 2 bulan.Sebaik mendengar berita tersebut maka si A terus mengahwini si B tersebut.Selepas 7 bulan perkahwinan maka kandungan tersebut telah mencapai 9 bulan dan bayi tersebut dilahirkan.Maka mengikut pendapat para ulama bermazhab Hanafi bayi tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki terbabit.

    Tetapi sebaiknya kita mengikut dan berpegang dengan pendapat kebanyakkan para ulama yang tidak meletakkan nasab bayi tersebut kepada lelaki berkenaan.Ini kerana,jika kita menggunakan pendapat yang kedua,bimbang akan berlaku penyalahgunaan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.Saya cuma menyampaikan amanah ilmu.

    Sebaiknya jika berlaku sebarang permasalahan perlu dirujuk kepada pihak berwajib yang berhak untuk menentukan perkara ini dengan sebaiknya.Wallallahu a’lam.

    Rujukan:

    1. Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili jilid 9 cetakan Darul Fikr
    2. Fatawa Islamiyah oleh Darul Ifta’ Misriyyah jilid 2.

    Posted by Mohd Nazrul Abd Nasir
    « Last Edit: 25 October, 2010, 08:59:29 PM by Ummi Munaliza »

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #10 05 October, 2009, 10:17:55 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum ustaz.

    saya ada terima e-mail mengenai perkara dibawah ni:
    saya nak mintak ustaz perjelaskan permasalan ni.
    adakah ia betul atau tidak.
    dibawah ni ada soalan ngan jawapan sekali.
    adakah jawapan dibawah tu boleh diguna pakai atau tidak
    saya ada terima mail ni dah 2-3 kali.
    semoga ia boleh menjadi rujukan dan pedoman.


    Subject: FW: Info - ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL


    Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

    Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat dikahkahwinkan.

    Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .nahuzubillah

    Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

    Quote
    Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
    Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

    Quote
    Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
    Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

    Quote
    Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
    Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

    Quote
    Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
    Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

    Quote
    Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
    Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

    Quote
    Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
    Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.
    Quote
    Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
    Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

    Quote
    Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
    Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
    Quote
    Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
    Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

    Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat....

    Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.
    Mafhumnya:
    Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam".
    « Last Edit: 05 October, 2009, 10:20:36 PM by assiddiq »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #11 05 October, 2009, 10:19:24 PM
  • Publish
  • Jawapan:

    Hukum bernikah dengan wanita yang hamil dari zina adalah sah cuma ulamak2 mazhab Hanafi melarang suami tersebut melakukan jimak sehinggalah isteri zina itu telah melahirkan anak zinanya itu.

    Manakala ulamak2 mazhab Syafie hanya memakruhkan jimak isteri yg hamil dari zina itu.

    Tersebut dalam kitab Al-Fatawa Hindiyah fil Fiqhi Al-Hanafiyah :

    "Dan apabila perempuan zina itu hamil dengan sebab zinanya itu maka harus bernikah denganya sebelum ia melahirkan anak zinanya itu tetap tiadalah suami menjimaknya melainkan setelah ia melahirkan anak tersebut.."

    Juzuk 1 mukasurat 526


    Dan tersebut dalam kitab Al-Majmu' Syarah Muhazzab Imam Nawawi :

    "Pada sisi mazhab Syafi'e apabila berzina olih seorang perempuan nescaya tiada wajib atasnya beriddah samada ia hamil atau tiada. Maka jika ia hamil maka harus lelaki yg berzina dengannya atau lelaki yang lain bernikah dengan wanita zina itu. Dan jika perempuan itu hamil maka makruh suami menjimaknya sebelum ia melahirkan anak zina tersebut."

    Juzuk 15 mukasurat 398

    Kesimpulannya e-mail yg diatas hendaklah diabaikan kerana bercanggah dengan pandangan ulamak2 yang muktabar.

    Sumber http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=2092

    pedang baru 9

    • *
    • Posts: 207
    • SESAAT DAN SEDETIK TIDAK MELUPAKAN ALLAH
      • View Profile
    Reply #12 05 October, 2009, 11:14:00 PM
  • Publish
  • INSYAALLAH..YANG PALING MERISAUKAN "RAMAI" YANG KETIKA BERSETUBUH BERSAMA ISTERI...1 BISMILLAH PUN TAKDE...MASYAALLAH...SAMA MACAM BINATANG...APA AKAN JADI DENGAN ZURIAT ITU..JUSTERU...BANYAKKAN ZIKIR KETIKA BERSETUBUH DALAM HATI SUPAYA ANAK YG DIKELUARKAN ITU SOLEH DAN TAK PERLU DIBUNUH MACAM NABI KHIDHIR LAKUKAN DLAM SURAH AL KAHFI..W ALAM...

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 06 October, 2009, 12:27:19 AM
  • Publish
  • Subject: FW: Info - ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL
    Mafhumnya:
    Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam".


    Cube review post sebelum ini, kan dah ada...  Re: Anak Luar Nikah/ Anak Zina

    maaf...sila tekan butang carian...   

    Habiburrahman

    • *
    • Posts: 1983
    • Boleh Blah
      • View Profile
    Reply #14 06 October, 2009, 12:30:59 AM
  • Publish
  • YANG PALING MERISAUKAN "RAMAI" YANG KETIKA BERSETUBUH BERSAMA ISTERI...1 BISMILLAH PUN TAKDE...

    owh...mcm tu rupanya..baru pakhabib tahu..tq info!  yahooo*
    Tgh cari butang DELETE AKAUN

    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #15 06 October, 2009, 12:40:12 AM
  • Publish
  • YANG PALING MERISAUKAN "RAMAI" YANG KETIKA BERSETUBUH BERSAMA ISTERI...1 BISMILLAH PUN TAKDE...

    owh...mcm tu rupanya..baru pakhabib tahu..tq info!  yahooo*

    Mana Pak Habib nak tahu, sebab Pak Habib belum berkahwin lagi...

    p/s: dah kahwin baru tahu   okaja*

    Habiburrahman

    • *
    • Posts: 1983
    • Boleh Blah
      • View Profile
    Reply #16 06 October, 2009, 12:45:48 AM
  • Publish
  • Mana Pak Habib nak tahu, sebab Pak Habib belum berkahwin lagi...
    p/s: dah kahwin baru tahu   okaja*

    persediaan..sediakan kaspersky sebelum virus memasukinya!

    hawafirdaus13

    • *
    • Posts: 5
    • seeking for TRUE Love...
      • View Profile
    Reply #17 20 May, 2010, 04:57:33 PM
  • Publish
  •  :)
    saya ada satu pertanyaan..
    apa status anak luar nikah yang di bin kan atau di binti kan dgn nama bapak saudara atau saudara lelaki yang lain demi untuk menutup malu...
    apa statusnya andai dia bernikah...sah atau tidak???...
    « Last Edit: 20 May, 2010, 04:59:42 PM by hawafirdaus13 »
    YA ALLAH berikanlah cintaMu kepadaku.Jadikanlah orang yang mencintaiMU mencintaiku dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu(,")"[/font][/font][/font]

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #18 20 May, 2010, 07:23:38 PM
  • Publish
  • banyak yang lakukan kesilapan bin kan anak angkat dengan nama bapa angkatnya atau saudara mara yang lain.kita hanya malu di dunia,bagaimana malu di akhirat?
    anak itu hukum nya bersih,yang berdosa mak dan ayahnya yang berzina.perkahwinannya tetap sah.jika tersalah sila betulkan saya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #19 20 May, 2010, 07:34:00 PM
  • Publish
  • :)
    saya ada satu pertanyaan..
    apa status anak luar nikah yang di bin kan atau di binti kan dgn nama bapak saudara atau saudara lelaki yang lain demi untuk menutup malu...

     :ws:

    Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya atau bapa saudara atau saudara lelakiyang lain kerana ikatan nasab  tidak diiktiraf oleh Syarak  walaupun untuk menutup malu. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

    Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr" (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

    Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu; anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu. Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

    Adapun penzina pula, Rasulullah berkata “baginya al-Hajr”. Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak;
    a) Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu.
    b) Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.

    Wallahu a’lam.


    Rujukan;

    1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha’, juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh.
    2. an-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir.
    3. Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    40 Replies
    6690 Views
    Last post 14 August, 2010, 11:52:40 PM
    by dol_bendol
    6 Replies
    1910 Views
    Last post 29 September, 2012, 03:39:15 PM
    by imanhunter
    5 Replies
    1123 Views
    Last post 20 December, 2013, 04:39:15 PM
    by Ummi Munaliza