Pesakit Asthma

Author Topic: Pesakit Asthma  (Read 5250 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

embunNISA

  • *
  • Posts: 70
  • keadilan mutlak pada yang berhak
    • View Profile
30 August, 2009, 02:51:24 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    gerimis tenang hari ini begitu syahdu buat nisa. pagi tadi selepas subuh nisa bersiap seperti biasa untuk ke kelas. nisa begitu bersemangat sekali kerana hari ini juga nisa ada diskusi berkaitan tugasan family law yang akan dihantar minggu hadapan. nisa bersemangat kerana tugasan itu berkenaan sistem perkahwinan islam dimalaysia. jadi mcm2 lah yang nisa dah rakan2 rancangkan untuk tugasan itu.

    jam 11 kelas public international law, kelas selalunya menarik kerana pensyarah nisa tu memang pandai memberi penerangan. selalunya memang nisa khusyuk mendengar kuliahnya. namun nisa rasa tak sedap badan. memang dr semalam nisa batuk. tp tadi semakin menjadi-jadi. dada nisa terasa begitu pedih, dan nisa sukar bernafas. nisa jadi panik sehingga nisa pejam mata dan menangis kerana tak tahan dgn rasa dada yang bagai dihiris hiris. kwn disebelah yg perasan nisa sakit pun jadi panik. nisa bertahan sehingga kuliah tamat. selepas itu nisa bersama kwn ke pusat kesihatan universiti. sampai disana nisa terus masuk ke rawatan kecemasan. dan selepas di periksa, nisa disahkan mempunyai asma. nisa terkejut. subhanallah, nisa benar2 tak sangka yang nisa ada asma seteruk ini. disebabkan keadaan nisa agak bahaya, nisa diberikan oksigen (nebulizer kalau tak silap). buat pertama kalinya nisa rasa begitu takut. menitis nitis air mata kala menyedut oksigen yang diberi. teman kesayangan nisa, disisi menenangkan nisa . selepas hampir setengah jam ambil oksigen, doktor dtg dan bagi ubat. ketika cuba bangun, nisa hampir terjatuh.

    masyaallah.. badan nisa menggigil, paling ketara di bahagian tangan dan lutut nisa. nisa sekali lagi menangis kerana terllau takut dan panik. doktor dtg dan memeriksa tekanan darah nisa. rupanya, disebabkan ini kali pertama nisa diberikan rawatan nebulizer tu, nisa kena high blood pressure (satu lagi mungkin sebab puasa). oksigen dlm badan nisa overdose. nisa diberikan rawatan selama hampir 15 minit. doktor tu pun panik tgok keadaan nisa yang menggigil gigil .

    tak lama lepas tu nisa rasa sedikit lega. lepas dapatkan nasihat doktor dan diberi MC, nisa pun pulang kekolej. nisa dpt MC, jadi nisa tak pegi kelas petang ni. hmm.. ini dugaan allah buat nisa. dan nisa terima dgn redha. nisa taknak bgtahu ayah dan bonda nisa. nisa taknak mereka risau. nisa bersyukur juga sebab kawan2 sekelas tak henti2 hubungi nisa dan bertanya keadaan nisa. mereka sgt mengambil berat. yelah, masing2 jauh dari keluarga. jadi bila saat mcm ni masing2 mengambil berat. 

    nisa nak bertanya, apa yang perlu nisa lakukan untuk kurangkan asma nisa selain ubat yang doktor bagi. nisa dengar ada makanan yang perlu dipantang. nisa betul2 tak tahu sebab ini kali pertama. jadi nisa mohon bantuan smua yang tahu.. tolong nisa ya...

    « Last Edit: 30 August, 2009, 03:18:22 PM by Ummi Munaliza »
    Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #1 30 August, 2009, 10:21:30 PM
  • Publish Di FB
  • ooo kesian maa, dgn yg ada asma, lelah, semput

    sikit aja cara ubatinya, jika percaya, marilah ya, caj tak mahal, hanya Rm177, tetapi bukan dapat elak satu penyakit tu aja, tapi inshallah terjaga dari gangguan penyakit lain, jika berfikiran positif, ingat Allah, dan elakkan negatif thinking, bahawa Allah, maha kuasa atas setiap sesuatu, jika belun tahu, tanya lah dgn orang yg tahu

    jika berminat, datanglah bertamu, bersoal jawablah dulu, cuba telitikan, pernah ke u jumpa doktor, apa dia nasihatkan, bandingkan dgn Kami, satelah jumpa, apa kami ceritakan,

    Yakinlah dgn Allah

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Jawab #2 01 September, 2009, 12:13:06 AM
  • Publish Di FB


  • Sebenarnya tiada diet khas untuk pesakit asthma. Tiada apa- apa makanan yang diketahui dapat mengurangkan keradangan salur pernafasan .

    Walaubagaimanapun, secara umumnya pemakanan seimbang dan senaman yang cukup sangatla penting untuk kesihatan sama ada kepada orang yang normal apatah lagi yang mengahadapi masalah kesihatan.  Amat penting untuk menajaga berat badan yang ideal kerana obesity amat berbahaya bagi pesakit asthma kerana ia membebankan system pernafasan serta boleh menyebabkan asthma menjadi teruk.


    Saya nasihatkan anda mengambil banyak buah- buahan dan sayur- sayuran. Ambil juga banyak makanan yang mengandungi Omega 3 Fatty Acid seperti tuna, sardine dan salmon. Elakkan makanan yang mengandungi Omega 6 fatty acid seperti marjerin  kerana makanan tersebut akan memburukkan asthma anda selain boleh mengundang penyakit kardiovaskular.

    Oh ye,

     tentu anda pernah dengar tentang Food allergy untuk pesakit asthma.  Sebenarnya ramai orang mengalami allergic terhadap makanan tertentu (cth- lactose) tp selalunya ini bukanlah alergik yang sebenar yang boleh memburukkan kondisi asthma seseorang. Hanya 2% org dewasa sahaja yang mengala i alergik sebenar terhadap makanan seperti susu, telur, kacang, makanan laut dan sebagainya. Bagi keadaan ini, terdedah kepada makan- makanan tersebut walaupun sedikit boleh mengndang serangan asthma yang teruk.

    Ada jugak petua orang dulu- dulu yang mengatakan pesakit asthma kena elakkan mengambil produk tenusu. Sebenarnya tiada bukti yg menunjukkan mengelakkan produk tenusu dapat memperbaiki kondisi asthma seseorang, malah ia hanya akan menyebabkn kekurangan calcium dan osteoporosis.
    kelak kehidupan akan dipertontonkan

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #3 01 September, 2009, 12:40:32 AM
  • Publish Di FB
  • nak elak asthma tu, atau lelah tu, minumlah madu royal jelly
    begitu juga nak atasi jantung berlubang,

    tetapi sebenarnya kena buang dulu, gangguan yang ada dalam diri, kami boleh bantu jika anda mahu
    Ilmu kami boleh bantu anda jika mahu, nak try ka, berani kaa, :sedihnya:

    takkan la yakin dgn spital je, dgn sains je, yakin Allah pi mana tu

    selamat berpuasa ya

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Jawab #4 01 September, 2009, 01:52:19 AM
  • Publish Di FB
  • yakin pada hospital, yakin pada sains dan yakin pada Allah .. kne datang skali satu pakej ditunjangkan pada yakin dengan Allah..

    barulah ikhtiar tu berkesan disamping "keyakinan" yang mndalam tu  memberi "Placebo" efek kpd pesakit yg boleh mmulihkannya,

    insyaAllah...

    salam ramadhan..:')

    serajuddin

    • *
    • Posts: 21
      • View Profile
    Jawab #5 14 December, 2010, 09:53:21 AM
  • Publish Di FB
  •  :)
    maaf yer tuan/puan..
    elakkan minuman berkarbonat terutamanya,
     :ins:

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Jawab #6 14 December, 2010, 10:14:53 AM
  • Publish Di FB
  • kalau tak salah saya (minta maaf kalau salah) penyakit ni tak ad apa yang dilarang untuk makan cuma makan jangan terlalu banyk.. oklahtu*
    tapi penyakit ini perlu elakkan dari asap rokok,kucing,tempat-tempat yang berhabuk,jangan terlalu sejuk sebab mereka boleh mendapat asma yang teruk kalau mereka terdedah terlalu lama..

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #7 14 December, 2010, 10:29:12 AM
  • Publish Di FB
  • Saya disahkan menghidap athma semasa kecil. Tapi sangat jarang diserang. Penjagaan oleh ibubapa saya, agak telitilah. Serangan yang teruk semasa saya tingkatan 2. Lebih dari sebulan saya MC, hingga dicalonkan sebagai calon persendirian untuk PMR (pihak sekolah takutlah kononnya akan menjejaskan prestasi sekolah. Tapi arwah mak saya buat rayuan, dan berjanji untuk pastikan saya tak jejaskan prestasi sekolah-syahdu rasanya)

    amalan yang dilarang, kata mak.. 'jangan makan jeruk/asam, jangan makan nangka, jangan makan pulut, jangan buat kerja teruk-teruk, jangan fikir banyak2, jangan main habuk, jangan main kucing, jangan berendam dalam air' ... Tapi tang makan tu, amik sikit, nak rasa, ok ja.. Saya jarang sangat diserang athma.. Selepas tingkatan 2, next masa tingkatan 5 (asbab pressure nak SPM), next masa umo 22 (pressure nak final exam), next masa 1st pregnant, usia kandungan 8bulan.. Tapi yang semua ni cuma tak sampai seminggu. Saya tak bergantung pada ubat atau inhaler..

    Agaknya pesakit athma ni tiap orang tak sama kot..
    zaujah n aliah yusri.. ummu yusuf ramadhan & nur fatimah mujahidah..

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Jawab #8 14 December, 2010, 11:02:36 AM
  • Publish Di FB
  • Saya disahkan menghidap athma semasa kecil. Tapi sangat jarang diserang. Penjagaan oleh ibubapa saya, agak telitilah. Serangan yang teruk semasa saya tingkatan 2. Lebih dari sebulan saya MC, hingga dicalonkan sebagai calon persendirian untuk PMR (pihak sekolah takutlah kononnya akan menjejaskan prestasi sekolah. Tapi arwah mak saya buat rayuan, dan berjanji untuk pastikan saya tak jejaskan prestasi sekolah-syahdu rasanya)

    amalan yang dilarang, kata mak.. 'jangan makan jeruk/asam, jangan makan nangka, jangan makan pulut, jangan buat kerja teruk-teruk, jangan fikir banyak2, jangan main habuk, jangan main kucing, jangan berendam dalam air' ... Tapi tang makan tu, amik sikit, nak rasa, ok ja.. Saya jarang sangat diserang athma.. Selepas tingkatan 2, next masa tingkatan 5 (asbab pressure nak SPM), next masa umo 22 (pressure nak final exam), next masa 1st pregnant, usia kandungan 8bulan.. Tapi yang semua ni cuma tak sampai seminggu. Saya tak bergantung pada ubat atau inhaler..

    Agaknya pesakit athma ni tiap orang tak sama kot..

    tapi betul ke orang yang ada asma ni pretasi dia tinggi nak dapat penyakit paru-paru berair dan jantung???

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #9 14 December, 2010, 03:55:00 PM
  • Publish Di FB
  • Takda pulak saya dengar macamtu.. Adik saya, masa kecik ada kena paru-paru berair. Sekali tu ja seumur hidup. Dia takda kena athma..

    ana_humaira

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Jawab #10 14 December, 2010, 07:55:42 PM
  • Publish Di FB


  • Sebenarnya tiada diet khas untuk pesakit asthma. Tiada apa- apa makanan yang diketahui dapat mengurangkan keradangan salur pernafasan .

    Walaubagaimanapun, secara umumnya pemakanan seimbang dan senaman yang cukup sangatla penting untuk kesihatan sama ada kepada orang yang normal apatah lagi yang mengahadapi masalah kesihatan.  Amat penting untuk menajaga berat badan yang ideal kerana obesity amat berbahaya bagi pesakit asthma kerana ia membebankan system pernafasan serta boleh menyebabkan asthma menjadi teruk.


    Saya nasihatkan anda mengambil banyak buah- buahan dan sayur- sayuran. Ambil juga banyak makanan yang mengandungi Omega 3 Fatty Acid seperti tuna, sardine dan salmon. Elakkan makanan yang mengandungi Omega 6 fatty acid seperti marjerin  kerana makanan tersebut akan memburukkan asthma anda selain boleh mengundang penyakit kardiovaskular.

    Oh ye,

     tentu anda pernah dengar tentang Food allergy untuk pesakit asthma.  Sebenarnya ramai orang mengalami allergic terhadap makanan tertentu (cth- lactose) tp selalunya ini bukanlah alergik yang sebenar yang boleh memburukkan kondisi asthma seseorang. Hanya 2% org dewasa sahaja yang mengala i alergik sebenar terhadap makanan seperti susu, telur, kacang, makanan laut dan sebagainya. Bagi keadaan ini, terdedah kepada makan- makanan tersebut walaupun sedikit boleh mengndang serangan asthma yang teruk.

    Ada jugak petua orang dulu- dulu yang mengatakan pesakit asthma kena elakkan mengambil produk tenusu. Sebenarnya tiada bukti yg menunjukkan mengelakkan produk tenusu dapat memperbaiki kondisi asthma seseorang, malah ia hanya akan menyebabkn kekurangan calcium dan osteoporosis.


    saudara elbaihaqi ni belajar dalam bidang perubatan yer?

    mine

    • *
    • Posts: 339
      • View Profile
    Jawab #11 14 December, 2010, 08:06:40 PM
  • Publish Di FB
  • Takda pulak saya dengar macamtu.. Adik saya, masa kecik ada kena paru-paru berair. Sekali tu ja seumur hidup. Dia takda kena athma..


    yeke....baru saya tahu

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 916
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Jawab #12 14 December, 2010, 11:03:14 PM
  • Publish Di FB
  • saya dulu masa bayi ada asma...
    tapi dia behenti sendiri masa membesar.... alhamdulillah...
    pernah dengar madu elok untuk orang asma...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Ummu Fatimah

    • *
    • Posts: 2264
      • View Profile
    Jawab #13 14 December, 2010, 11:12:17 PM
  • Publish Di FB
  • Satu kali, saya ada test dengan kementerian pertanian.. Masa tu saya tak mengaku ada athma, sebab saya yakin saya cuma akan dapat athma bila 'over pressure dan perubahan cuaca yang mendadak'

    kawan saya yang sama interview, dia mengaku ada athma, dan katanya dia alergic pada bau baja dan habuk. Memang ternyata masa praktikal kat ladang, dia tak boleh tahan. Tapi, saya takda apa-apa.. 

    cimachan

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #14 12 December, 2011, 11:40:56 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum, maaf semua.. boleh x saya nk minta tolong drpd sesiapa yang menghidap asthma? saya pelajar tahun akhir di sebuah universiti swasta di shah alam dn perlu mngumpul maklumat tentang pesakit asthma.. saya minta jasa baik semua untuk email saya di ilove_akito_sohma@yahoo.com.my nama anda, dan saya akn emel borang survey utk diisi.. kalau boleh saya minta tolong beri juga borang itu kpd sesiapa yg anda kenali yg juga menghidap asthma.. sgt3 mgharapkan pertolongan drpd anda semua!! >___<

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    621 Views
    Last post 24 January, 2010, 04:35:20 AM
    by 5zul
    3 Replies
    1133 Views
    Last post 23 April, 2011, 01:21:43 PM
    by hani muslim
    10 Replies
    1192 Views
    Last post 06 November, 2012, 03:07:39 PM
    by Ummi Munaliza