Hukum Menuduh Musyrik, Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak

Author Topic: Hukum Menuduh Musyrik, Kafir Sesama Umat Islam Tanpa Hak  (Read 4732 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1294
    • View Profile
28 August, 2009, 04:11:51 AM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Oleh kerana, terdapat golongan yang mengaku sebagai firqah najiah dan menisbahkan diri mereka sebagai salafi (sedangkan membawa fahaman wahhabi salafi) dan kemudian banyak fatwa-fatwa mereka menghukum dan menuduh majoriti Ulamak Islam dan Umat Islam sebagai kafir, sesat, musyrik. Maka saya membawakan peringatan tentang bahayanya perbuatan ini :

    Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat (Firqah Najiah) sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :

       
    Quote
    Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.


    Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
    Quote
        "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "



    Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :


       
    Quote
    Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.


    (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

    Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
    Quote
        "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

    Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cetakan Pertama, 2008, Mutiara Ilmu Surabaya, Surabaya

    meoris

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Jawab #1 04 November, 2010, 08:28:14 AM
  • Publish Di FB
  • Salam ! saya setuju dengan pendapat utz tu. Kita disuruh mengislamkan orang dan bukanya mengkafirkan org. Tak ada satu hadis pun yang menyuruh orang Islam mengkafirkan sesama Islam. Tuduhan kafir hanya dibenarkan jika JELAS terdapat bukti-bukti kekafiranya.itu pun mesti dihadapkan kepada pihak penguasa utk membuat ketetapan dan bukanya kerja individu. Kita boleh jadi murtad melalui tiga perkara iaitu iktiqad,lisan dan perbuatan. Hanya Allah yg tahu kedudukan sebenar dia disisi NYa. Kita sesama Islam disuruh bersangka baik. Jadi tidak boleh dgn mudah melemparkan perkataan kafir kpd pelaku maksiat spt penzina, peminum arak, dll. Ulamak ASWJ telah sepakat melakukan dosa besar tidak menjatuhkan seseorang itu menjadi kafir. Kalau nak selamat peliharalah lidah. sekian dari http://onemas-jendelailmu.blogspot.com

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #2 17 January, 2011, 06:52:15 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Firman Allah dalam surah as-Syu'araa',ayat 151-152:


    وَلَا تُطِيعُوٓاْ أَمۡرَ ٱلۡمُسۡرِفِينَ (١٥١) ٱلَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ (١٥٢)

    tafsirnya:

    "Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas.Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan."

     Allah SWTdan RasulNya s.a.w juga memberi amaran tentang golongan yang terjebak dengan fitnah dan tipu daya mereka(orang2 yang zalim).Firman Allah SWT,dalam surah al-anfaal,ayat 27:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."

     Nabi s.a.w telah mengajar kita agar memohon perlindungan Allah daripada segala fitnah dan keburukan serta bahayanya.Antara doa yang diamalkan oleh sesetengah golongan salaf ialah:

    "Ya Allah,sesungguhnya kami berlindung denganMu dari dikembalikan kepada keadaan kami dahulu (kafir) dan terpedaya."(Hadis riwayat al-Bukhari)


    *Dipetik daripada buku "Hukum Mengkafir Sesama Muslim"-Bakr Abdullah Abu Zaid..
    *Sekadar menambah pengetahuan dan berkongsi...
    « Last Edit: 17 January, 2011, 06:54:09 PM by sonidoter89 »
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    sonidoter89

    • *
    • Posts: 624
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Jawab #3 17 January, 2011, 08:38:22 PM
  • Publish Di FB
  • nak tambah lagi...(yahuu)..senyum*


    Sedikit peringatan semoga muslim sentiasa berwaspada agar tidak tergelincir daripada landasan islam.Firman Allah SWT,dalam surah Ali Imraan,ayat 102-103:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).Dan berpengan teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan jangalah kamu becerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersepadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikialan Allah telah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya supaya kamu mendapat pertunjuk dan hidayahNya."



    Firman Allah lagi dalam surah al-ahzab,ayat 58:

    "Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata. "


    .............


    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Jawab #4 17 January, 2011, 10:23:27 PM
  • Publish Di FB
  • menghukum biarlah ada landasannya iaitu al-quran dan sunnah....hanya Allah s.w.t berhak menghukum....

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    7859 Views
    Last post 30 October, 2009, 05:36:51 PM
    by aqilah89
    5 Replies
    1630 Views
    Last post 05 May, 2010, 12:56:36 AM
    by Nura`lanur
    5 Replies
    1550 Views
    Last post 22 March, 2011, 04:24:30 PM
    by hafizul_84