Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

*

Author Topic: Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.  (Read 16529 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
27 August, 2009, 11:36:10 AM
  • Publish
  • Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

        Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

        Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

        Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

    Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

    “Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

    Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)."


    Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

        Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

        Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan  daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

        Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.


    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 27 August, 2009, 11:54:27 AM
  • Publish



  • Dan berikut ini adalah penjelasan yang diterima oleh beliau daripada kawannya.

        Salam..

        Saya mendapat emel berkenaan tarian poco-poco daripa saudara/i. terima kasih. emel tersebut telah saya panjangkan kepada my senior officer yang aktif terlibat dalam tarian ini. dan setakat yang saya kenal senior tersebut seorang yang alim (dari segi sivik dan pandangan mata umum).

        sy juga belum mempunyai masa yang ok utk exploere ttg benda ni. di sini sy frwd kan jawapan daripda my senior officer.

        tq. salam..

        —————————————————————-
        Penjelasan dan Komen daripada seorang jurulatih tarian Poco-Poco
        —————————————————————-

        Sesuatu yang menarik untuk diperhalusi, secara jujur sebagai Jurulatih Poco-poco(kini saya turut mengadakan latihan di hotel2 atau kumpulan dengan bayaran berpatutan) berpandangan berbeza.

        Sesuatu aktiviti yang boleh membantu mempercepatkan kardovaskular serta senaman ringan wajar dikaji semula. Poco-poco yang didakwa berasal dari Filipina juga perlu dikaji kerana ’street dancer’ merupakan nama lain pada poco-poco dan street dancer memang berasal dari Barat yang bentuknya hampir sama dengan poco-poco.

        Huraian perlulah tepat kerana pergerakan poco-poco bukan hanya berteraskan seperti salib kerana banyak lagi bentuk sama ada individu atau berpasangan yang tidak disentuh. Tiada mentera atau bacaan tertentu dalam poco-poco berbanding yoga.

        Kemungkinan kita boleh kreatif dengan mempelbagaikan gerakan poco-poco dari menafikan ia adalah aktiviti aerobik yang berkesan yang diperkenalkan oleh ATM.

        Memang wajar kita sendiri mencipta aktiviti yang lebih berfaedah dari memandang sudut yang negatif seperti tarian lain yang kontemporari ataupun moden. sekarang nie tengah menghalusi shaffer plak..

        wallahua`lam.


    Sekarang, anda fikir dan nilaikanlah sendiri. Saya tidak berani untuk mengatakan tarian ini diperbolehkan untuk diamalkan, namun saya juga tidak berhak mengatakan tarian ini haram dan tidak boleh diamalkan. Yang pasti, adalah lebih baik bagi kita untuk tinggalkan perkara yang syubhah atau perkara yang kita tidak pasti.

    Sekian.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 27 August, 2009, 12:00:39 PM
  • Publish
  • Quote
    yang pasti, kenapa negara malaysia yang sememangnya lebih maju daripada indon amik tarian diorang untuk jadi tarian rasmi. ini yang penting sebenarnya menjadi persoalan.

    Serupa tak dengan tarian yang black metal buat tu? sudahnya apa jadi? mandi guna darah kambing hitam sampai tak kenal qiblat.

    lagi satu tarian apa tu yang kat atas jalan dengan muzik rancak, budak rambut punk menari, kepala ke bawah , kaki ke atas? apa ke namanya, itu pun dari luar ,bawa masuk ke Malaysia. Apa jadi dengan remaja kita?

    Hancurrr...

    Dhia irdina

    • *
    • Posts: 90
      • View Profile
    Reply #3 27 August, 2009, 12:14:51 PM
  • Publish
  • saya setuju sangat ummi...
    mmg tarian kristian.dah lame saya perhatikan dan tahu...
    macam tulah jugak dengan lagu angguk-angguk geleng-geleng..
    bila kita buatkan menyerupai salib..
    sesuatu pekara mereka terlalu mudah untuk merimanya bulat-bulat..
    tampa memperhalusi pekara yang di terima..

    Uais

    • *
    • Posts: 16
      • View Profile
    Reply #4 27 August, 2009, 12:27:17 PM
  • Publish
  • Terlalu byk sangat unsur hiburan nie masuk ke negara kita...makin lama makin menjadi

    Tgk jer laa program2 kat TV

    Remaja memang mudah menerima, mereka amat dekat dan suka kan hiburan..tapi kalo takde kawalan..nie la jadinya

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #5 27 August, 2009, 12:48:39 PM
  • Publish
  • em hakim pun dpat gak email macam nie....tp x penah tau camana tarian nya jadi hakim nak bertanya kpd mrk yg penah menari poco2 betui ka gerakan mereka mcm salib kalo terbukti baru percaya...

    apa2 pun menari bkn dlm ajaran islam pun abis buat apa nak ikut...ish melayu2
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    nur_87

    • *
    • Posts: 699
      • View Profile
    Reply #6 27 August, 2009, 01:13:02 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...

    tarian poco2 ni jugak ada diajarkan di sekolah rendah kebangsaan.. jika utk senaman aerobik ada juga diselitkan poco2 ni..generasi muda sekarang pn dh didedahkan dengan tarian ni..moga2 dpt dihentikan segera.. semoga akidah tetap teguh.. nauzubillahi min zalik
    ~bErSuJuD KpD ALLAH ~

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #7 27 August, 2009, 01:14:04 PM
  • Publish
  • Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

        Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.

        Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.

        Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.

    Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;

    “Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.

    Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)."


    Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.

        Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?

        Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan  daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

        Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.




    AlhamduliLLah, terima kasih di atas informasi ini ummi.

    Daeng Acan

    • *
    • Posts: 141
      • View Profile
    Reply #8 27 August, 2009, 02:10:13 PM
  • Publish
  •  :)

          hmmmm....bole dgr,kwn pun ada dgr crta nie ummi,yela..kwn pasal tari xbberape tau,klau silat 2 ckit2 la,erm...npe la "tarian luar" org kte nie suke agong2N..tarian dalam "MALAYSIA" nie xhbis2 blajar lg,dh nk belajar lain..kenape?
    malu dgn asal usul k?? tah la..mkn belacan gak...ape yg penting....
                
                " HIDUP MELAYU "
                " HIDUP MELAYU "
                " HIDUP MELAYU "
                " HIDUP MELAYU "
                " HIDUP MELAYU "

    Xkan "Melayu hilang d dunia..."  ops!...." melayu Islam.. "

    stonez145

    • *
    • Posts: 453
    • Hope
      • View Profile
    Reply #9 27 August, 2009, 03:33:52 PM
  • Publish
  • lah...poco2 tu 1 bentuk senaman dan berlagu...
    sekarang ni,di PLKN,sekolah2 dan universiti jika ada aktiviti pagi,poco2 ni macam wajib...
    aerobik pun tak buat sangat dah...kita gantikan dengan poco2 sebab ia lebih menarik...
    dengan lagunya yang rancak dan pergerakan yang mudah diikuti,disamping kesannya yang hampir sama dengan buat senaman lain,ia dikira satu pilihan yang baik...

    setahu saya,poco2 langkah pertama kaki kanan,gerak ke kanan 2 tapak dahulu,baru ke kiri 2 tapak...dan seterusnya begitu...
    ia berpusing mulai depan,kiri,belakang dan kanan dan ke depan semula...membentuk bulat...(gerak ni eh namapak salibnya)jadi memandang semua arah...
    jadi tak la bosan senaman menghadap depan saja...
    pendekatan begini yang buat semua warga dari kecik sampai veteran nak amalakn senaman...
    kalau tak,tak da sapa kisah dengan senaman ni...cuma yang concern saja...

    pergerekan dia pun banyak jenis...72 steps kalau tak salah la...di malaysia ni yang terkenal cuma dalam 6 jenis gerakan saja...
    entah ler...ni pendapat saya yang tak berapa banyak ilmu ni...
    kalau perkara tu,lebih bayak baik dari buruknya,lagi pulak niatnya tak da yang tak kena,kesannya pun tak da buruknya,tak apa la...
    sebab poco-poco ni kesnya lain kalau nak banding black metal,shuffle,street dance dan hip hop tu....
    sebab ini cuma senaman mesra rakyat...semua warga pun buat...bukan suatu amalan yang cuma golongan tertentu ja ikut...

    pandangan saya sahaja...cuba la kemukakan pada pihak berwajib,biar jelas hukumnya macam kes yoga....
    mana la tahu kot2 memang tak boleh juga kan...
    sebab ni senaman yang paling best nak amal...dah jelas tak boleh,baru tinggal...

    tasniem

    • *
    • Posts: 164
      • View Profile
    Reply #10 27 August, 2009, 03:38:03 PM
  • Publish
  • untuk tahu lebih lanjut tentang poco2 nie sila baca di sini

    http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=136839.html#136839

    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Reply #11 29 August, 2009, 10:25:08 PM
  • Publish
  • MEST BACA>> Poco-poco yg tersirat.....Jangan pandang remeh bab2 keagamaan/..ade relevan nye... fakta ni...


    | "Assalammualaikum.
    |
    | Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya.Saya ingin berkongsi dgn rakan2 semua tantang tarian pocoh2 yang | sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat,umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri2 rumah dan badan2 kerajaan ketika manghadiri kursus.
    |
    | Sebenarnya tarian pocoh2 ini berasal dari Filipina bukannya dari | Indon.Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka
    | menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.Lihatlah sahaja | bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.
    |
    | Mungkin kita x perasan | kerana kita suka mengikut2 sesuatu yg baru tanpa usul periksa. | Inilah cara musuh2 islam mengenakan kita sedangkan kita tahu | apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama | maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga | yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu.Cuma | tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
    | Marilah kita sama2 fikirkan."
    |
    |
    | Masya Allah...penulis pernah terfikir dulu,kenapa tarian itu dimulakan dari kiri?dan apa jenis senaman ini? relevankah tarian ini,yang kelihatan seperti tidak siuman? Dengan emel ini 'terungkailah' persoalan itu semua. | Jadi,penulis menyeru kepada diri penulis dan anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi 'menarikan' lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar.Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
    |
    | Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah Umat islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan 'keasyikkan' menarikan tarian ini.

     

    Biasalah Bangsa Melayu ni suka ikut mengkhinzir buta tanpa usul periksa mcm la kes2 YOGA tu…….. kesian org melayu…

    Dah nasib badan L……..Renung2kanlah ……..


    | WALLAHUALAM....
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    Haneef

    • *
    • Posts: 60
      • View Profile
    Reply #12 29 August, 2009, 10:44:07 PM
  • Publish
  • :)

    Tarian poco2? oh saya igat dulu pernah jugak tgk kwn 2 buat tarian aka senaman tu time kat U dulu...
    kwn ajak jugak, tp saya x reti la nk bergerak, mcm ala2 tarian melayu terakhir pun da jugak la
    dari segi gerakannya...:senyum:...x ramai yg buat, yg terpaksa buat adalah pengarah projek, timbalan,
    n yg lain2 peserta pempuan...laki da la dua tiga org...tu pun duk kat belakang sekali, ntah kena ke x step
    tarian tu...:senyum:...

    Tp bila diperhatikan pergerakanya, agak pelik jugak..mb disebabkan lagunya yang agak menarik n kita
    x sedar yang step kita buat tu adalah salah or buat tanpa fikirkan apakah maksud dari pergerakan tersebut.
    so main bedal aja la....asalkan rakan2 x mengantuk, sbb biasa buat pada awl pagi mcm nk buat senaman pagi
    jugak la...

    Bila difikirkan balik pa yang sebenarnya disebalik pergerakan tersebut, ternyata ia telah diselewengkan
    oleh pihak tidak bertanggungjawab, semata2 untuk mengancurkan akidah umat islam semata2...nauzubillah...

    moga kita sentiasa berwaspada akan segala tindakan.... InsyaAllah...

    Wallahua'lam.....

    P/s- kalau dulu mcm sinonim jer, bila masuk U, msti da tarian poco2 ni...yang lawaknya, siap copy lagi
           lagu poco2 tu, n buat lam bilik pulak...sbb x puas hati buat time orientasi dulu...:senyum:...

    :)
    Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)-tazkirah oleh:-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

    bdk dikir

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #13 11 November, 2009, 04:05:49 PM
  • Publish
  • assalamualaikum....
    saya rasa poco2 patut diharamkan dan perlu diberi penerangan tentang tarian ini agar masyarakat x tersalah anggap bahawa tarian ini berasal filipina bukannya indonesia.wassalam.

    an-nisa

    • *
    • Posts: 505
      • View Profile
    Reply #14 11 November, 2009, 04:52:01 PM
  • Publish
  • salam..
    perlu ada penjelasan lanjut dari pihak yang bertanggungjawab perkenalkan tarian ni dalam masyarakat kita..
    ingat masa PLKN dulu kene menari bende ni tiap2 pagi..huu~~
    haram atau halal kita biar majlis fatwa tetapkan..
    tindakan yg sementara adalah tinggalkan dahulu tarian tersebut bagi yang mengamalkan..takut2 jatuh akidah nanti..
    wallahua'lam
    ~budak baru belajar~
    "keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cintaku hanya milik Allah..peliharalah daku agar sentiasa menjadi hamba yang solehah.."

    dya adriza

    • *
    • Posts: 423
      • View Profile
    Reply #15 11 November, 2009, 08:01:51 PM
  • Publish
  • assalamualaikum...
    ana tahu perkara ni dari sahabat ana...
    hmm pada pendapat ana...
    tarian tu sebenarnya satu senaman dan enjoy..
    tapi...
    bila ada pendapat mengatakan begitu..
    mesti ada yang menyatakan pendirian masing-masing..
    kepada mereka yang was-was...
    pendapat ana supaya elakkan dari tarian itu..
    sesungguhnya syubhah itu menghampiri haram..

    ana sendiri pun tak join dah tarian tu...

    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #16 11 November, 2009, 08:27:59 PM
  • Publish
  • kepada mereka yang was-was...
    pendapat ana supaya elakkan dari tarian itu..
    sesungguhnya syubhah itu menghampiri haram..
    Itu adalah sebaiknya sekiranya kita merasakan syubhah..
    Tetapi jangan pulak dah thu syubhah kita buat pulak..

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #17 11 November, 2009, 09:12:54 PM
  • Publish
  • Elaklah kalau perkara yg bertentangan akidah dan bercampur gaul ngan laki dan perempuan bukan muhrim
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    an-nisa

    • *
    • Posts: 505
      • View Profile
    Reply #18 11 November, 2009, 09:20:49 PM
  • Publish
  • Elaklah kalau perkara yg bertentangan akidah dan bercampur gaul ngan laki dan perempuan bukan muhrim
    sokong..mase manari 2 nampak sume..hui..bahaye2

    mualli

    • *
    • Posts: 462
    • PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
      • View Profile
    Reply #19 11 November, 2009, 09:33:07 PM
  • Publish
  • Terima kasih ummi...infoish2 selalu jg di sekolah dok buat nie...
    terutama time sukan...murid2 punya ler seronok...
    x boleh jadi nie mesti  kena cegah nie...

    Ummi sy copy yer...
    Senang nk explain nanti...:-)
    Berjihad Fisabilillah...
    Paksalah diri untuk melakukan ibadat...baguss gabuss
    Berilmu...Beramal...kerana ALLAH!
    PERANGI MAKSIATTTT!!!!!ayuhhhh...
    http://jomperahotakk.blogspot.com/
    http://imageshack.us/

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    28 Replies
    15406 Views
    Last post 29 November, 2011, 03:36:12 PM
    by 5zul
    10 Replies
    29607 Views
    Last post 26 November, 2012, 09:11:16 AM
    by 5zul
    2 Replies
    3790 Views
    Last post 01 March, 2009, 02:44:01 PM
    by umar@ibnu sina