Resipi Serunding ikan - Page 1

*

Author Topic: Resipi Serunding ikan  (Read 11554 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

27 August, 2009, 07:20:08 AM
  • Publish

  • SERUNDING IKAN

    BAHAN-BAHAN
    •   1 kilo ikan dan asam keping
    •   2 cawan santan
    •   ½ cawan minyak
    •   Garam dan gula secukup rasa

    BAHAN A (DIKISAR SEMUA)
    •   7 batang serai
    •   2 inci halia
    •   20 tangkai cili kering
    •   20 biji bawang merah
    •   10 biji @ 1 labu bawang putih

    CARA MEMBUATNYA
    •   Rebus ikan dengan asam keping dan ½ sudu garam.
    •   Asingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan ditumbuk dan tulang ikan dikisar dan ambil airnya.
    •   Sediakan kuali dan masukkan minyak
    •   Masukkan bahan yang dikisar (A)
    Setelah itu terus masukkan ikan dan tambahkan santan serta air rebusan ikan ke dalam kuali. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau hingga kering. (Kena sabar sikit, sebab proses nak mengeringkan itu mengambil masa yang agak lama)[/center]Cubalah resipi ini...ihsan dari kawan serumah
    I'Allah jadi, saya dah cuba


    « Last Edit: 13 September, 2009, 08:25:41 AM by Ummi Munaliza »

    Reply #1 13 September, 2009, 08:17:30 AM
  • Publish

  • Serunding ikan

    Bahan-Bahan:
    1 kg ikan tenggiri
    1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil 1 ½ cawan pati santan)
    15 biji cili merah - bahan giling
    4 sm halia - bahan giling
    15 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar - bahan giling    Bahan giling :
    2 ulas bawang putih
    2 keping asam gelugur
    2 camca kecil garam
    2 camca kecil gula

    Cara:
    Kukus ikan hingga lembut. Bila sejuk, asingkan isinya kemudian dilecek sedikit. Campurkan pati santan dan bahan giling, asam gelugur, garam, gula dan ikan, masak menggunakan api yang perlahan selama 5 minit sambil dikacau selalu. Kecilkan api dan goreng terus menerus hingga betul-betul kering.
    Tak mahu kenal sapa-sapa

    Reply #2 13 September, 2009, 08:20:38 AM
  • Publish



  • Serunding ikan dari Kelantan memang terkenal dengan keenakkannya. Boleh di makan dengan nasi, ketupat , roti dan banyak lagi . Ia juga enak di makan begitu saja

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    jala ikan dan mancing ikan

    Started by fairuzniza Ad-Da'wah

    2 Replies
    3278 Views
    Last post 06 June, 2007, 07:46:49 AM
    by abu atiyah
    8 Replies
    3750 Views
    Last post 20 June, 2012, 02:46:50 PM
    by Ummu Fatimah
    0 Replies
    1134 Views
    Last post 13 August, 2011, 03:17:28 PM
    by Mat Bro