Muhasabah Untuk Dr Asri Zainal Abidin

*

Author Topic: Muhasabah Untuk Dr Asri Zainal Abidin  (Read 41092 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

26 August, 2009, 07:17:45 PM
  • Publish
  •  :)

    Tujuan ruangan ini diadakan bukan untuk membongkar peribadi atau mengaibkan. Kerana ruangan ini hujjah dari Dr Asri akan dibalas dengan hujjah untuk penilaian semua.

    Begitu juga akhlaknya yang wajar diperbetulkan. Untuk pengetahuan, laman drmaza sudah saya selusuri terkadang untuk membetulkan kembali pernyataan Dr Asri yang menuduh tanpa bukti, serta pernyataan yang menghina. Namun, apabila hendak dijawab diruangan COMMENT di laman itu. Nampaknya sebenarnya ruangan itu tiada langsung.

    Oleh itu, mereka yang melawat laman webnya setiap hari hanya membaca sahaja tanpa ada sisi keadilan bagi yang tertuduh.
     Selain dari itu, dalam diam beliau juga suka mengeluarkan pernyataan mengenai isu furuk dan mudah menghukum sesat.

    Insya ALlah, thread ini akan digunakan untuk meluruskan kembali apa yang bengkok. Agar mereka yang taksub (jika ada) untuk berfikir kembali.






    Reply #1 01 September, 2009, 06:55:23 PM
  • Publish
  • Saya diajar untuk tidak bertaqlid buta dan taksub. Saya diajar untuk membuat penilaian dan menyelidik sesuatu perkara sebelum menghukum.
    Quote
       يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٍ۬ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَـٰلَةٍ۬ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَـٰدِمِينَ (٦)

        Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    (Surah al Hujaarat: Ayat 6)

    Dr Asri adalah ikon yang terkenal semenjak beliau berhujjah dengan Astora Jabat di Penang. Dan kemudian terkenal dengan gagasan tajdidnya. Malahan mengumpul seberapa ramai peminat beliau. Tambahan pula bahtera perubahan yang dibawanya menarik perhatian ramai. Kelantangan beliau dalam menyentuh beberapa isu politik tanahair amat menarik perhatian mana-mana parti sekalipun.

    Namun begitu, saya juga diajar bahawa yang bernama Dr Asri ini juga tidak maksum. Sudah lama sebenarnya ada ilmuwan agama yang ingin membetulkan Dr Asri ini. Kelantangan Dr Asri yang diberi tempat di persada media masa tidak sama dengan ilmuwan agama yang ingin menegur beliau yang tidak diberi tempat di media massa. Beliau diberikan ruang di dalam OASIS ASTRO untuk membawa agenda pemikirannya, bagaimana pula ilmuwan agama lain yang ingin membetuli fikrahnya?

    Mengapa manusia perlu ditegur ?


    Kerana manusia itu sifatnya lemah, mudah tergesa-gesa dan serba kekurangan. Saya mengimani ayat ALlah yang bererti :
    Quote
       وخلق الإنسان ضعيفا
        "Dan manusia dijadikan bersifat lemah"


    (Surah an Nisa : ayat 28)

    Quote
       Dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.

    (surah al Isra': 11)

    Dan ALlah juga menyuruh kita selalu untuk nasihat menasihati :

    Quote
       Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

    (Al-Asr: 1-3)

    Ada satu video klip yang menarik perhatian saya fatwa dari Dr Asri yang mempunyai PhD ini iaitu Dr Asri menyebutkan bahawa SELAWAT SYIFA' BERCANGGAH DENGAN AQIDAH ISLAM. Buktinya :

    S19 : Selawat Syifa' Bercanggah Dgn Aqidah Islam - Dr MAZA


    Selawat Syifa' bercanggah dengan Aqidah Islam? Maka sesatlah ulamak dan umat Islam yang mengamalkannya. Kafirlah hukumnya kerana sudah bertentangan dengan AQIDAH ISLAM. Perkara yang disentuh oleh Dr Asri ini bukan lagi menyentuh mengenai perkara furuk (cabang) Tetapi menyentuh AQIDAH.

    Tuduhan tanpa hak ini telah dijawab oleh Darussyifa' Online iaitu :

    Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

    Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini


    Sumber 1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
    Sumber 2: http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip
    Sumber 3:http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

    Sedikit Ulasan:

    Dalam buku Doa & Rawatan Penyakit yang di karang bersama oleh Y.Bhg Dato’ Dr. Haron Din & YB. Dr. Amran Kasimin menterjemahkan makna Selawat Syifa’ seperti berikut;


    Terjemahan:

     
    Quote
       “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”



    Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

    Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut;

    Quote
       di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.


    Dengan itu kalau diterjemahkan ِiaitu
    Quote
       “Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati”



    ‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

    Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

    Wallahhu ‘alam

    Sumber :
    Webmaster Darussyifa’

    Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :


    Dalam lafaz selawat tersebuti perkataan solat itu berada pada kedudukan maf'ul mutlak (kata kena buat mutlak) yang berfungsi sebagai penguat atau penentu bagi jenis kata kerja salli (selawatkanlah), disamping ia juga berada pada kedudukan mudhaf i (yang disandarkan) kepada perkataan tibb. Berdasarkan kedudukan ini, maka lafaz selawat yang diandaikan itu difahami dengan maksud:

    Quote
       "Ya Allah! selawatkanlah ke atas penghulu kami (Nabi) Muhammad, dengan suatu selawat yang boleh menjadi rawatan bagi hati dan apa yang boleh menjadi ubat baginya (hati)... sehingga akhir."


    Berdasarkan maksud ini, maka tidak berlaku lagi apa yang dikatakan sebagai penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat Allah swt, kerana yang dilihat memberi khasiat perubatan bukan lagi zat nabi Muhammad saw, tetapi selawat yang diucapkan itu. Oleh kerana membaca selawat itu adalah sejenis amal soleh, maka ia termasuk dalam jenis tawasul dengan amal salih yang disyariatkan oleh syara' dengan maksud ini. Maka penyamaan sifat yang dipersoalkan itu tidak berlaku kerana memang tidak ada penyifatan Nabi Muhammad saw dengan sifat penyembuh.

    Dan boleh ditakdirkan juga antara lafaz muhammadin dan lafaz tiib itu dengan dengan sifat yg telah dihazafkan mausufnya..

    Fataammal ya akhi.. wink

    Rujuk :
    Forum DigitalMukmin Ustaz Azhar


    Siapakah antara ulama dan tok guru yang mengamalkan SELAWAT SYIFA' ini ?


    Selain dari sekian ramai guru pondok, ulamak-ulamak nusantara, Tok Guru Nik Abdul Aziz pun mengamalkannya : BUKTI

    Zikir ( amalan setiap hari Jumaat ) oleh Tuan Guru Nik Aziz


    Lihatlah bagaimana Dr Asri telah membuat fatwanya iaitu menghukum selawat Syifa' ini bercanggah dengan aqidah. Ia sebenarnya telah membuat hukuman sesat dan mungkin juga kafir.

    Apa kata hadith mengenai mereka yang menghukum sesat, syirik dan kafir?


    Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :
    Quote
       "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "



    Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    Quote
       Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.



    (Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

    Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :
    Quote
       "Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."

    Lihatlah betapa besar implikasi orang yang menghukum kafir, musyrik tanpa hak ke atas umat Islam. Kepada mereka yang mengikut Dr Asri dan Dr Asri sendiri marilah kita islah diri. Selidikilah dan kajilah dahulu sebelum membuat apa-apa pernyataan. Kerana titik tolaknya di sini adalah PENGUASAAN BAHASA ARAB di dalam memahami Selawat Syifa' tersebut.

    Sumber : http://Http://jom-islah.blogspot.com
    « Last Edit: 01 September, 2009, 07:01:01 PM by IbnuNafis »

    Reply #2 02 September, 2009, 03:44:25 PM
  • Publish
  • Seperti yang kita tahu, bahwa memang kebanyakan solawat-solawat tidak disusun atau ditaqrir oleh nabi. Ini dikarenakan orang yang mencintai nabi tidak berhenti dari kalangan sahabat sahaja. Malah kecintaan kepada Nabi terus sampai zaman sekarang. Malahan banyak sekali solawat yang disusun oleh ulama salaf yang diclaim oleh Dr. Asri sebagai ulama pegangan beliau.

    Oleh karena itu, adalah baik beliau tahu bahwa menurut mayoritas kaum muslimin mulai dari Maghribi sampai dengan Masyriq berpandangan bahwa mengamalkan solawat-solawat yang disusun oleh para ulama dan auliya seperti solawat munjiyat, solawat mariyah, solawat al-fatih, solawat thib al-qulub etc. adalah dibolehkan dan disunahkan sesuai dengan paradigma umum yang mengakui adanya bid’ah hasanah dalam Islam. Banyak sekali dalil yang menjadi dasar dari pandangan ini. Sebagian dari dalil-dalilnya tentunya tidak perlu dibahas di bab ini, karena ia adalah dalil yang sudah dimaklumi di dalam menetapkan dalil bid’ah hasanah. Sedangkan secara spesifik menjelaskan bolehnya bersolawat yang tidak diajarkan Nabi Muhammad SAW adalah sebagai berikut:

    حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ بْنُ بَيَانٍ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ عَنْ عَوْنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي فَاخِتَةَ عَنْ الْأَسْوَدِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
    إِذَا صَلَّيْتُمْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَحْسِنُوا الصَّلَاةَ عَلَيْهِ فَإِنَّكُمْ لَا تَدْرُونَ لَعَلَّ ذَلِكَ يُعْرَضُ عَلَيْهِ قَالَ فَقَالُوا لَهُ فَعَلِّمْنَا قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ اجْعَلْ صَلَاتَكَ وَرَحْمَتَكَ وَبَرَكَاتِكَ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِينَ وَإِمَامِ الْمُتَّقِينَ وَخَاتَمِ النَّبِيِّينَ مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ إِمَامِ الْخَيْرِ وَقَائِدِ الْخَيْرِ وَرَسُولِ الرَّحْمَةِ اللَّهُمَّ ابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا يَغْبِطُهُ بِهِ الْأَوَّلُونَ وَالْآخِرُونَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
    Terjemahan: Abdullah bin Mas’ud berkata: Apabila kamu semua solawat kepada Rasulullah SAW, maka buatlah sesuatu yang bagus terhadap beliau, siapa tahu mungkin solawat kamu itu diberitahukan (disampaikan) kepada beliau. Lalu mereka bertanya: Ajarkanlah kami cara bersolawat yang bagus kepada beliau! Lalu beliau (Abdullah bin Mas’ud) menjawab: katakan, Ya Allah jadikanlah segala solawat, rahmat, berkahmu, kepada Sayyid para rasul, pemimpin orang-orang yang  bertakwa, penutup para nabi, yaitu Muhammad Hamba dan Rasul-MU, pemimpin dan pengarah kebaikan dan rasul yang membawa rahmat. Ya Allah anugerahilah beliau maqam terpuji yang menjadi harapan orang-orang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian. TERUSKAN HADIS TERSEBUT.

    Ini adalah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, yang menarik disebutkan oleh Ibn Qayyim dalam kitab Jala’ al-Afham; Cairo Dar al-Hadis (p. 36 dan 72), Abdurrazaq dalam kitab al-Mushannaf (3109), Abu Ya’la di dalam musnadnya (5267), al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir (9/115), Ismail al-Qadli di dalam kitab Fadl al-Shalat ala Nabi SAW (p. 59).

    Ada lagi:
    حدثنا يعقوب بن إسحاق بن الزبير ، ثنا عبد الله بن محمد أبو عبد الرحمن الأذرمي ، نا هشيم ، عن حميد ، عن أنس ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بأعرابي وهو يدعو في صلاته ، وهو يقول : يا من لا تراه العيون ، ولا تخالطه الظنون ، ولا يصفه الواصفون ، ولا تغيره الحوادث ، ولا يخشى الدوائر ، يعلم مثاقيل الجبال ، ومكاييل البحار ، وعدد قطر الأمطار ، وعدد ورق الأشجار ، وعدد ما أظلم عليه الليل ، وأشرق عليه النهار ، لا تواري منه سماء سماء ، ولا أرض أرضا ، ولا بحر ما في قعره ، ولا جبل ما في وعره ، اجعل خير عمري آخره ، وخير عملي خواتمه ، وخير أيامى يوم ألقاك فيه ، فوكل رسول الله صلى الله عليه وسلم بالأعرابي رجلا ، فقال : « إذا صلى فائتني به » فلما صلى أتاه ، وقد كان أهدي لرسول الله صلى الله عليه وسلم ذهب من بعض المعادن ، فلما أتاه الأعرابي وهب له الذهب ، وقال : « ممن أنت يا أعرابي ؟ » قال : من بني عامر بن صعصعة يا رسول الله قال : « هل تدري لم وهبت لك الذهب ؟ » قال : للرحم بيننا وبينك يا رسول الله ، فقال : « إن للرحم حقا ، ولكن وهبت لك الذهب لحسن ثنائك على الله عز وجل »
    Hadis ini diriwayatkan oleh al-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Ausath dengan sanad yang baik (9448); al-Hafidz al-Haitsami berkata di dalam kitab Majma’ al-Zawaid bahwa perawinya adalah perawi yang sahih, kecuali Abdullah bin Muhammad Abi Abd al-Rahman al-Adzrami yang ama ia berderajat tsiqah. (10/242).

    Dengan hadis ini, ia menujukkan bolehnya berdoa dengan doa yang belum pernah diajarkan Nabi SAW. Dalam hadis tersebut, nabi tidak menegur pun A’rabi yang berdoa dengan susunannya sendiri.

    Ada lagi yang dilakukan oleh Abdullah bin Abbas:
    عن ابن عباس رضي الله عنه أنه كان إذا صلى على النبي صلى الله عليه وسلم قال اللهم تقبل شفاعة محمد الكبرى وارفع درجته العليا وأعطه سؤله في الآخرة والأولى كما آتيت إبرهيم وموسى .
    Hadis ini diriwayatkan oleh Abd bin Humaid dalam al-Musnadnya dan Abd al-Razzaq di dalam al-Mushannaf, Ismail al-Qadli di dalam Fadl al-Solat ala al-Nabi (p. 52). Yang menarik Ibn Qayyim juga menceritakannya di dalam kitab Jala’ al-Afham (page 76). Imam al-Hafiz al-Sakhawi berkata di dalam kitab al-Qaul al-Badi’ bahwa sanadnya baik, kuat dan sahih (46).

    Sedangkan ulama salaf adalah seperti yang diceritakan dalam kitab Jala’ al-Afham page 230, dan al-Hafiz al-Sakhawi dalam kitabnya al-Qaul al-Badi’ page 254:
    وقال عبد الله بن عبد الحكم: "رأيت الشافعي في النوم، فقلت. ما فعل الله بك؟ قال: رحمني وغفر لي وزفني إلى الجنة كما تزف العروس, ونثر علي كما ينثر على العروس، فقلت: بم بلغت هذه الحال؟ فقال لي قائل: يقول لك بما في كتاب الرسالة من الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم". قلت: فكيف ذلك؟ قال: وصلى الله على محمد عدد ما ذكره الذاكرون، وعدد ما غفل عن ذكره الغافلون. قال: فلما أصبحت نظرت في الرسالة فوجدت الأمر كما رأيت: النبي صلى الله عليه وسلم"
    Abdullah bin al-Hakam berkata: Aku bermimpi bertemu al-Imam al-Syafi’I setelah beliau meninggal. Aku bertanya: Apa yang Allah lakukan padamu? Beliau menjawab: Allah mengasihiku dan mengampuniku – sampai dengan- Lalu aku (Imam Syafi’i) bertanya kepada Allah: dengan apa aku memperoleh derajat ini? Lalu ada orang yang menjawab: dengan solawat yang kau tulis di dalam kitab al-Risalah:
    صلى الله على محمد عدد ما ذكره الذاكرون وعدد ما غفل عن ذكره الغافلون .
    Abdullah bin al-Hakam berkata: Pagi harinya aku tenggok kitab al-Risalah, ternyata solawat di dalamnya sama dengan yang aku tenggok di dalam mimpiku.

    Dan banyak lagi dalil-dalil bolehnya bersolawat atau berdoa walaupun tidak diajarkan nabi. Tentunya ada ketentuan-ketentuan yang harus dilalui. Ketentuan tersebut tentunya makna dalam solawat tidak boleh bercanggah dengan akidah Islam, seperti mensyirikkan secara hakiki, secara nahwu juga haruslah betul. Dalam hal ini, semua solawat yang masyhur di kalangan umat Islam mulai dari Moroko sampai ke Indonesia seperti solawat munjiyat, dan lain-lain jelas-jelas tidak bercanggah dalam Islam. Ia boleh diamalkan, dan mendapat pahalalah orang yang mengamalkannya selagi Allah ingin memberinya.

    Satu pesan saya, bagi yang hendak mengradd hadis-hadis di atas, maupun riwayat imam Syafi’I tersebut, janganlah pakai pendapat Imam al-Albani, karena saya udah bosan untuk menjawab secara ilmiah kepada puak-puak Wahabbi yang secara licik menghujat dalil-dalil yang kita pakai. Dulu sewaktu kami belum tahu dalil, meraka bilang mana ada dalil? Ini bid’ah. Bila kita dah mengaji dan menemukan dalil, mereka pula oh itu daif menurut al-Albani? Bila kita keluarkan hujjah kekuatan hadis tersebut dan menunjukkan kebatilan al-Albani, mereka seraya berkata oh, itu hujjah kamu, dan kami punya hujjah lain. Lalu di tempat lain apabila orang Wahabbi ni jumpa orang awam lain yang tidak mengerti atau ustaz yang belum daqiq ilmunya, mereka kembali berkata seperti awal politik kotor mereka, yaitu oh mana ada dalil. Begitu seterusnya.

    Begitu jugalah dengan Dr. Maza ni. Afwan, bukan ana benci secara pribadi, tapi ana just cannot accept bila ada orang yang tidak jujur dengan ilmunya. Mereka berkata bahwa mereka hanya inginkan dalil dari al-Qur’an dan Sunnah. Bila kami sodorkan dalil dari Al-qur’an dan sunnah mereka menolak dengan alasan daif dan apalah, padahal banyak guru-guru mereka secara silsilah juga sendiri mengunakan hadis tersebut dan menetapkan sahih. Lihatlah hadis-hadis tawassul yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Katsir, atau hadis sodaqah pahala kepada mayyit seperti dalam kitab al-Ruh Karangan IBN QAYYIM sebagai generasi kedua dari awal munculnya ideologi Wahhabi.

    ليس الفتى يقول هو أبي لكن الفتى يقول هذا أنا

    Reading to live - Flaubert ..... Say No to Intellectual Barbarism!
    ---Raden Kiai Mooksy---

    Reply #3 08 September, 2009, 08:18:17 AM
  • Publish
  • Baru-baru ini Dr Asri muncul di OASIS ASTRO melalui program Bahtera Perubahan. Dan beliau menimbulkan lagi isu Hadith Musalsal yang sebenarnya sudah lama dijawab oleh Sheikh Nuruddin al Banjari. Mengapa ya?

    Sheikh Nuruddin Al Banjari tidak diberikan tempat sebagaimana yang diperolehi oleh Dr Asri sendiri. Dan tidaklah adil sekiranya mendengar sebelah pihak sahaja yang bercakap tetapi tidak mendapatkan penjelasan dari sebelah pihak yang lain.

    Oleh itu, kami sampaikan penjelasan Sheikh Nuruddin al Banjari (sudah dijawab dari tahun 2007 lagi) mengenai tuduhan Dr Asri tersebut. Silalah nilaikan dengan matahati :



    Isu Hadis Berjabat Tangan Dengan Nabi Masuk Syurga (1/2)


    Isu Hadis Berjabat Tangan Dengan Nabi Masuk Syurga (2/2)




    WaLlahua'lam.

    Reply #4 13 September, 2009, 05:56:31 PM
  • Publish
  • (1) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Mengapa Insan Mencari Agama di ruangan Pelita Ilmu, Risalah Tauhid, Majalah i, April 2003 berkata:

    Quote
    “Ada pula yang apabila menemui seseorang yang baru menganut Islam atau ingin memahami Islam maka dia mengatakan: “Engkau wajib menghafal sifat dua puluh dengan perbahasan falsafahnya jika tidak iman engkau tidak dikira sah dan solat kau juga tidak bermakna…

    Ini semua adalah contoh golongan yang menyusahkan manusia mendekati dan memahami Islam dengan cara yang jelas dan diterima.”
    Intaha.

    Sanggahan:

    1. Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas tanpa sebarang bukti yang menunjukkan kejadian yang didakwa itu benar-benar berlaku seperti dengan data-data orang yang berkata sebegitu, masa dan tarikh kejadian dan tempat kejadian. Di sini, Dr. Asri cuba secara halus dan seni untuk menjauhkan umat Islam dari pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah.

    2. Jikalah kejadian itu benar-benar berlaku, maka kata-kata itu tidak diungkapkan oleh orang alim dalam pengajian sifat dua puluh tetapi diungkapkan oleh peribadi yang jahil. Ini kerana jelas dalam kitab pengajian sifat dua puluh tidak mewajibkan ke atas setiap mukallaf untuk menghafal sifat dua puluh tersebut, bahkan mereka diwajibkan (fard ^ayn) agar mempelajari dan mengetahui sifat-sifat tersebut beserta dalil aqli. Adapun untuk mendalami dan mahir ilmu tauhid Ahlis-Sunnah al-Asha^irah al-Maturidiyyah ini dengan menguasai segala dalil naqli dan dalil aqli, maka itu hukumnya fard kifayah. Menghafal merupakan salah satu cara untuk menjadikan seseorang itu pakar dalam sesuatu bidang, termasuk bidang ilmu tauhid ini. Oleh itu, menghafal segala dalil itu bukanlah satu perkara fardu ke atas setiap mukallaf, bahkan diwajibkan ke atas sesebuah masyarakat Islam di suatu kampung atau mukim atau daerah atau negeri atau negara agar segolongan yang menghafal segala dalil dan hujah iaitu yang pakar dalam ilmu ini secara mendalam. Jelaslah di sini pengajian ilmu tauhid pada tahap fard ^ayn tidak menyusahkan dan tidak rumit. Malah, apa jua ilmu yang dituntut secara mendalam memanglah suatu yang rumit dan susah terutama kepada orang awam.


    (2) Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin dalam tulisannya Apabila Golongan Agama Melemahkan Agama dalam ruangan Fikrah, Majalah i, November 2005, hlm. 36 berkata:

    Quote
    “Jika pun dibincangkan persoalan akidah, mereka dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ini seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.

    Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya...”. Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.”
    Intaha.

    (3) Dr. Mohd Asri berkata dalam temubual wartawan Berita Harian Tuan Nazuri Tuan Ismail yang bertajuk Akidah luntur punca masyarakat Islam mundur. Ilmu tauhid cetek, pemikiran ulama dipengaruhi falsafah Greek sebabkan iman muslim celaru, dalam ruangan Soal Jawab, Berita Minggu, Ahad 14 Januari 2007 hlm. 12:
    Quote
    “Umat Islam juga mudah dipengaruhi falsafah Greek lama yang kadangkala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan membawa kepada kepenatan akal dan kecelaruan. Ia seperti sifat Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham.

    Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya”. Maka, akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah warisan Greek dan Yunan.”
    Intaha.

    Sanggahan:

    1. Dengan kesarjanaannya sepatutnya Dr. Mohd Asri mengemukakan analisa perbandingan falsafah Greek lama dengan pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah. Kemudian barulah buat kesimpulan bahawa pengajian tauhid mereka dipengaruhi falsafah Greek lama jika benarlah begitu. Oleh itu, selayaknya dakwaan Dr. Mohd Asri itu dianggap suatu fitnah ke atas al-Asha^irah al-Maturidiyyah!!

    2. Dr. Mohd Asri menyatakan di atas: “…yang kadangkala perbincangannya tidak membawa tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah…”. Oleh kerana masalah yang cuba diutarakan oleh Dr. Mohd Asri adalah masalah “kadangkala”, maka ini bukanlah suatu isu besar untuk dibahaskan sehingga seolah-olah beliau cuba secara halus dan seni untuk mengajak umat Islam meminggirkan atau membuang pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah.

    3. Adakah dengan dinyatakan bahawa Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, lalu dikatakan bahawa ini kecelaruan dan memenatkan akal? Sedangkan ini suatu yang jelas bahawa kata antonim (kata yang berlawanan makna) bagi kalimah ada ialah tiada dan selanjutnya… Jadi, siapakah yang membawa kecelaruan dalam isu ini? Sebenarnya, dalam pengajian tauhid al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak ada kata-kata Allah ada lawannya tiada dan selanjutnya, bahkan yang ada ialah Allah wajib ada dan Allah mustahil tiada dan selanjutnya kecuali dalam beberapa kitab kecil atau risalah ringkas.

    4. Sewajarnya orang yang tidak faham tidak layak menjadi guru dalam apa jua ilmu pun, apatah lagi dalam ilmu tauhid! Dakwaan Dr. Mohd Asri di atas sepatutnya beserta dengan bukti yang menunjukkan guru tersebut benar-benar wujud seperti nama guru tersebut, tempat kejadian dan tarikh dan masa kejadian supaya dia dapat dihalang dari mengajar orang lain tentang perkara yang dia sendiri tidak faham. Jika tidak, maka itu sekadar cerita rekaan Dr. Mohd Asri sebagai pendekatan halus untuk mencampakkan pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dari umat Islam. Jikalah guru yang tidak faham itu benar-benar wujud, maka kemungkinan dia bukan dari kalangan ulama al-Asha^irah al-Maturidiyyah dan mereka menyamar sebagai guru yang mengajar ilmu tauhid sebagai cara halus untuk menimbulkan kekeliruan dan keraguan terhadap ilmu tauhid tersebut.

    5. Adakah Dr. Mohd Asri mahu mengatakan bahawa ulama muktabar yang berpegang dengan pendekatan ilmu kalam tidak mengajar aqidah tauhid yang sebenar atau beliau mahu mengkafirkan mereka? Adakah Dr. Mohd Asri menganggap selama ratusan tahun aqidah tauhid yang telah pun disampaikan oleh para ulama ke seluruh kepulauan Melayu bahkan seluruh dunia bukan aqidah sebenar? Adakah Dr. Mohd. Asri menganggap bahawa umat Islam di seluruh dunia ini tidak berpegang dengan akidah sebenar kecuali mereka yang mengikut ajaran Wahhabiyyah yang diasaskan oleh Muhammad ibn ^Abdul-Wahhab?

    (4) Dalam ruangan Pena Mufti dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Mudahkan pendekatan Islam, jangan ekslusifkannya, Ahad 5 Ogos 2007 Dr. Mohd Asri menyatakan:

    Quote
    “Pendekatan yang menyukarkan ini berlarutan sehingga dalam pengajian aqidah. Sesetengah perbincangan dipengaruhi falsafah lama yang kadang-kala tidak membawa kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan.
    Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafahnya yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelak guru dipersoalkan pelajar, guru itu akan berkata: “Siapa banyak bertanya maka lemah imannya…”.
    Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada? Akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah.

    Akidah Islam adalah bersih dan mudah difahami. Bacalah al-Quran dan al-sunah, lihatlah perbincangan akidah dalam kedua sumber agung itu, sangat jelas dan tidak berbelit. Dalam hanya beberapa ayat seperti isi al-Ikhlas, al-Quran menyerlahkan konsep akidahnya, tidak perlu menyukarkan.”
    Intaha.

    Sanggahan:

    1. Sekali lagi Dr. Mohd Asri nengemukakan dakwaan tanpa sebarang bukti. “Dr. Mohd Asri hanya sekadar berprasangka buruk dengan berkata:
    Quote
    Maka tidak hairanlah jika yang baru menganut Islam kehairanan bertanya: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?. Ini sekadar “jika” bukannya benar-benar berlaku. Kemudian, kata-kata ini: Mengapa Tuhan itu ada, selepas lawan maka Dia sudah tiada?.."
    Ini mungkin suatu rekaan Dr. Mohd Asri yang mungkin juga menjadi unsur kecindan atau jenaka yang cuba diselitkan dalam tulisannya dan adalah satu pendekatan halus dan seni untuk mencemuh pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah.

    Dakwaan Dr. Mohd Asri ini dapat disangkal dengan bukti yang telah dilaporkan di ruangan Nur Ilahi, berjudul Bekas Pembantu Paderi Katolik Kagum Dengan Sifat 20 dalam majalah al-Islam Julai 2009, halaman 39:
    Quote
    “…Di ulang tahun kelahirannya, Alif menerima hadiah berupa sebuah buku yang bertajuk Sifat 20. “Saya berasa terlalu gembira menerima hadiah itu. Bagaikan orang dahaga diberikan air sememangnya saya benar-benar ingin mengetahui dan mengenali sifat-sifat Allah. Sebaik sahaja saya membaca buku tersebut, hati saya berasa begitu kagum sekali dengan Allah. Rupanya baru saya tahu Allah itu esa dan tunggal tidak seperti Kristian yang berpegang kepada konsep triniti. Saya hayati sifat-Nya dan saya bandingkan dengan Jesus dan ternyata Allah itu Maha Suci dan Maha Agung”,
    katanya.” Intaha.

    Sebenarnya sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil bagi-Nya dan sifat harus bagi-Nya yang dibicarakan dalam pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah adalah ringkasan bagi keseluruhan isi ayat-ayat al-Quran yang membicarakan sifat Allah taala. Ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah seperti al-Imam Abul-Hasan al-Ash^ari dan para pengikutnya al-Asha^irah serta al-Imam Abu Mansur al-Maturidi dan para pengikutnya al-Maturidiyyah telah membuat ringkasan ini sebagai usaha untuk memudahkan umat Islam memahami tauhid yang terkandung dalam al-Quran.

    Hanya segelintir manusia yang mampu membaca dan lebih-lebih lagi memahami keseluruhan ayat al-Quran. Pengajian aqidah secara kalam di sisi Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah al-Asha^irah al-Maturidiyyah tidak mengubah kandungan ajaran aqidah Islam, tidak menyukarkan atau mengaburkan pengajian aqidah tauhid, bahkan tidak meminggirkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahkan, pengajian tauhid Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah itu mengambil intipati atau isi al-Quran dan al-Sunnah itu sendiri. Oleh sebab bukan semua mampu menghafaz dan menguasai semua ilmu yang terkandung dalam al-Quran dan al-Hadis, maka sebahagian ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah menyusun ilmu aqidah yang ada dalam kedua-dua sumber tersebut dalam bentuk sistematik bagi memudahkan orang awam memahami aqidah dengan lebih cepat dan tepat.

    Sebagaimana ilmu hukum hakam yang telah disusun oleh ulama mujtahidin dalam bentuk sistematik berbentuk kitab bagi memudahkan orang awam memahami cara ibadah dan mualamah dengan betul seperti yang dianjurkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Hal yang sama juga berlaku kepada ilmu-ilmu Islam yang lain seperti ilmu usul fiqh contohnya adanya penyusunan perbahasan tentang ijmak dan qiyas, ilmu al-Quran contohnya adanya penyusunan ilmu tajwid dan qiraat dan ilmu al-Sunnah contohnya dengan penyusunan ilmu mustalah hadis dan al-jarh wal-ta^dil. Adakah semua ilmu yang disusun oleh para ulama muktabar ini boleh dianggap membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah? Tentu sekali tidak! Bahkan usaha penyusunan ilmu-ilmu Islam itu seperti ilmu tauhid adalah suatu usaha untuk memudahkan umat Islam memahami al-Quran dan al-Sunnah dan juga menjaga ketulenan ajaran yang terkandung dalam kedua-dua sumber utama tersebut…

    Lihatlah meskipun ilmu-ilmu yang berkaitan al-Quran misalnya seperti ilmu tajwid, ilmu qira’at, ilmu tafsir dan seumpamanya itu bukanlah ilmu fard ^ayn yang biasanya mampu dipelajari oleh segolongan manusia yang mempunyai daya akal yang kuat, ia tetap disusun oleh ulama muktabar bagi memudahkan para penuntut memahami al-Quran dan al-Sunnah. Maka apatah lagi ilmu aqidah tauhid yang bertahap fard ^ayn, sewajarnya disusun agar dapat mudah dan cepat difahami oleh semua orang yang semestinya tahap akal mereka berbeza-beza?..


    (5) Terkini, Dr. Mohd Asri mengulangi lagi fitnahnya yang sama dalam Mingguan Malaysia, Ahad 6 Jun 2009:
    Quote
    “Akidah adalah teras Islam. Akidah Islam itu mudah dan jelas. Semudah dan sejelas akidah dalam Surah al-Ikhlas. Sesiapa yang membaca al-Quran seperti Surah al-An'am akan mendapati kejelasan akidah Islam. Ia tidak berbelit-belit seperti sukatan yang mengajar sifat Allah dengan menghafal; Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, lihat lawannya buta. Ramai yang muallaf dan bukan muallaf tidak jelas mengenai akidah dan mudah 'menukar agama' walaupun menghafal sukatan ini. Ini kerana sukatan tersebut adalah ajaran falsafah yang tidak sekukuh akidah yang mudah dan jelas yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah. Kita perlukan tajdid dalam hal ini.
    ”. Intaha.

    Sanggahan:

    1. Apakah yang berbelit-belit dalam pengajian aqidah secara ilmu kalam? Kalaulah ungkapan Allah ada lawannya tiada dan seterusnya itu berbelit-belit adalah suatu pembohongan dan fitnah semata-mata! Ungkapan “Allah ada lawannya tiada” dan seterusnya itu adalah dalam bentuk bahasa yang mudah, amat jelas dan tak berbelit-belit pun. Namun, perlu diingatkan bahawa semua ilmu hendaklah diambil secara talaqqi termasuk ilmu tauhid bagi mengelak salah faham dan kekeliruan.

    2. Sepatutnya Dr. Mohd Asri membuat kajian tentang faktor muallaf dan bukan muallaf ramai yang tidak jelas mengenai aqidah dan mudah tukar agama walaupun menghafal sukatan pengajian aqidah secara ilmu kalam Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah dan kemukakan kes dan statistiknya jika benarlah mereka menghafal sifat-sifat tersebut!

    WaLlahu a^lam…

    Sumber : Al Dununiyy

    Reply #5 16 September, 2009, 01:13:52 PM
  • Publish
  • Sanggahan ini dibuat atas artikel DR MAZA yang bertajuk : Islam Antara Nas Dan Pendapat Tokoh. Sila klik : http://drmaza.com/home/?p=710

    Dijawab oleh Dr Asmadi Mohamed Naim

    Biografi beliau Dr Asmadi:

    Berasal dari Kelantan tetapi dibesarkan di Kuantan, Pahang sehingga ke peringkat Menengah kerana mengikuti keluarga yang berkhidmat dengan kerajaan. Memulakan pengajian Islam secara rasmi pada tahun 1998 di sebuah madrasah di Sungai Ular, Kuantan. Menyambung pelajaran di Jordan untuk mempelajari Bahasa Arab pada tahun 1989-1990. Menamatkan pengajian Thanawi Empat di Pakistan dari 1990-1993 dan kemudian melangkah semula ke Jordan (1993-1997) untuk menamatkan pengajian B. Shariah sehinggalah saya menamatkan pengajian MIRKH (1998-99)dan PhD di UIAM pada dari 2000 hingga 2004. Saya mempunyai seorang isteri dan 6 orang cahaya mata. Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke homepage saya di http://staf.uum.edu.my/asmadi

    Sanggahan terhadap artikel DR MAZA :


    KOMEN TERHADAP ARTIKEL ‘ISLAM: ANTARA NAS DAN PENDAPAT TOKOH’


    Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

    Saya membaca tulisan Dr Asri bertajuk: Islam: Antara Nas Dan Pendapat Tokoh. Pada saya Dr. Asri mengulas perbahasan kitab-kitab ulama tanpa mengetahui susur galur dan sebab musabab kenapa perbahasan sedemikian muncul. Ini dikeranakan latarbelakangnya pengajian ijazah pertama Bahasa Arab Jordan yang tiada subjek Syariah kecuali terlalu sedikit (seumpama pelajar sastera Melayu di Malaysia, tidak seperti Kuliah Bahasa Arab di al-Azhar), kemudiannya dia terus terjun dalam pengajian hadith di peringkat Masters (secara penyelidikian dan bukan berguru) dan hanya PhDnya sahaja ada 8 kursus yang perlu dilalui secara berguru. Hubungannya dengan ulama-ulama adalah terlalu sedikit berbanding pembacaan.

    Untuk mengkritik kitab-kitab turath, dia memilih satu huraian kitab yang ditulis oleh ulama yang tidak terkenal di kalangan ulama mutaakhirin. Dia tahu dia tidak akan berjumpa perkara sedemikian dalam kitab mutaqaddimun mazhab. Dia tahu, dia sukar untuk mengkritik syarahan Imam al-Shafie, al-Mawardi, al-Nawawi dalam aliran mazhab Shafie. Demikian sukar juga dikutuk pandangan Abu Yusuf, Muhammad dan Zufar dalam mazhab Hanafi. Sukar juga di'pandir'kan pandangan pemuka mazhab Malik seperti Ibn Rusyd al-Jad dan Ibn Rusyd al-Hafid dan al-Dasuqi sebagaimana sukar mempertikai Ibn al-Qudamah, al-Maqdisi dalam mazhab Hanbali.

    Sesiapa yang mempelajari 'madkhal al-fiqh' (Pengantar al-Fiqh) sepatutnya menyedari adanya budaya 'araaitiyyun' (kalau sekiranya... araaita) di kalangan ulama untuk membahaskan kemungkinan-kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa. Sekira sangkaan baik ada pada pelajar, ia akan merasakan bagaimana hebatnya seseorang imam itu berusaha mengembangkan perbahasan dalam sesuatu perkara. Itu ijtihad mereka dan sumbangan mereka. Kebiasaan guru-guru Shariah menerimanya sebagai satu usaha ulama-ulama silam memperhalusi setiap perbahasan dan bersangka baik dengan ulama-ulama ini.

    Tugas pelajar-pelajar Shari'ah kemudiannya menyaring dan memahami perbahasan tersebut untuk disampaikan kepada masyarakat awam. Bahkan daripada contoh-contoh yang diberi, akan terbentuk kaedah mengeluarkan hukum di kalangan pelajar Shari'ah. Bukan semua orang layak menjadi mujtahid.

    Sekali lagi 'isu kecil' berus gigi diperbesarkan utk menunjukkan dan membuktikan kebodohan ulama silam. Bukankah ada pandangan ulama silam yang tetap membenarkan bersugi selepas zohor?

    Pada saya, ulasan negatif terhadap ulama-ulama tersebut menunjukkan 'kepandiran' orang yang memperkecilkan ulama-ulama silam tersebut. Kalau dia melalui pengajian rasmi Shari'ah di University of Jordan yang saya sama universiti dengannya (dan hampir sama tahun pengajian), dia akan berjumpa dengan ramai pensyarah-pensyarah yang menyindir pelajar-pelajar supaya menjaga adab dengan ulama. Bahkan ada yang menyebut: [box title=TitleBox]'Hum rijal wa nahnu zukur' iaitu 'mereka lelaki (yang sebenar) dan kita lelaki (biasa)'[/box] sebagai sindiran kepada mereka yang merasakan setaraf atau lebih hebat dari ulama-ulama silam tersebut walaupun baru setahun dua di Kuliah Shari'ah. Bahkan pengajian saya dengan tokoh-tokoh Salafi Jordan seperti Prof. Dr Umar al-'Ashqar (yang digelar Salafi Tulen Jordan), Prof. Yasir al-Shimali dan lain-lain menunjukkan bagaimana mereka menghormati pandangan Imam-Imam mazhab tersebut dan anak-anak muridnya. Tidak pernah keluar dari mulut Prof. Umar perkataan 'banyak contoh-contoh bodoh yang dibentangkan oleh ulama Fiqh!'

    Demikian juga, malang bagi Dr. Asri apabila semua 'busuk' yang dia lihat pada ulama silam. Takut-takut 'bahtera perubahan' menjadi 'bahtera fitnah'... Pada saya ini sudah menjadi 'keterlanjuran dan fitnah melampau' Dr Asri terhadap ulama! Yang di sebaliknya dia menyeru:
    Quote
    'Jangan ikut ulama, tapi ikutlah aku kerana aku bukan Pak Pandir dan akulah paling benar'.

    Manakala ulasannya dalam Hashiah al-Bajuri, dia tidak menyatakan mukasurat. Saya lebih cenderung dia tersilap menterjemahkan. Terjemahan asal ialah memasukkan ‘keseluruhan kemaluan’. Kalau benarpun terjemahannya, ia di bawah konsep bahasa Arab yang di sebut ‘lanjutan contoh’ bukan sebagai ‘contoh utama’. Jadi, dia seharusnya lebih memahami perbahasan ulama-ulama fiqh dan seharusnya cuba bersangka baik kepada ulama-ulama tersebut sebagaimana dia boleh bersangka baik kepada Albani walaupun banyak 'tanaqudhat' (pandangan yang saling berlawanan samada dalam kitab yang sama atau kitab berbeza).

    Wallahu a’lam.

    Allahu musta'an.




    Reply #6 02 October, 2009, 07:25:22 AM
  • Publish
  • fitnah dr. asri / dr.maza


    Cuba lihat kenyataan Dr Asri yang menghina Sayyid Ja'far al Barzanji :
    Quote
    Saya bukan nak complain.BARZANJI saya complain ..ni complain kan ne.BARZANJI tu bukan dia tu satu orang yang hebat sangat.Bukan BERZANJI...BAARZANJI(intonasi suara perli loghat India/Pakistan/Afgahnistan)Jaafar Albarzanji.

    Cuba dengar intonasi suara beliau yang jelas-jelas memperlekehkan Mufti Mazhab Syafie di Madinah al Munawwarah.

    Siapakah Sayyid Ja'far al Barzanji yang diperlekehkan oleh Dr Asri ini ?


    Keturunan dan Kelahirannya :

    Nama beliau ialah Ja'afar ibn Hasan ibn Abdul Karim ibn Sayyid Muhammad ibn al Qutb al Arif Sayyid Rasul ibn Abdus Sayyid ibn Abdur Rasul ibn Qalandar ibn Abdus Sayyid ibn Isa ibn al Hussain ibn Bayazid ibn al Mursyid Abdul Karim ibn al Qutb al A'zam al Ghauth al Fard al Jami' Isa ibn Ali ibn Yusuf ibn Mansur ibn Abdul Aziz ibn AbduLlah ibn Ismail al Muhaddith ibn al Imam Musa al Kazim ibn al Imam Ja'afar al Sodiq ibn al Imam Muhammad al Baqir ibn al Imam Ali Zainal Abidin al Sajjad ibn al Imam al Syahid al Husain ibn al Imam Amirul Mukminin Ali ibn Abu Talib.

    Tarikh Kelahiran

    Pada hari Khamis awal bulan Zulhijjah 1126 Hijrah di Madinah al Munawwarah

    Perkataan 'Barzanji' yang dinisbahkan kepada namanya diambil dari nama kampung asal keturunannya.

    Latar Belakang Pendidikannya

    Beliau dibesarkan di bawah didikan dan asuhan ayahandanya. Beliau mempelajari al Quran daripada Syeikh Ismail al Yamani radiyaLlahu 'anhu. Kemudian mempelajari ilmu tajwid daripada syeikh Yusuf al Sa'idi radiyaLLahu 'anhu dan Syeikh Syams al din al Misri radiyaLlahu 'anhu. Di antara guru-gurunya di Madinah ialah :

    1. Sayyid Abdul Karim Haidar al Barzanji radiyaLlahu 'anhu

    2. Sayyid Yusuf al Kurdi radiyaLLahu 'anhu

    3. Sayyid 'AtiyyatuLlah al Hindi radiyaLlahu 'anhu

    Setelah itu, beliau mendalami ilmunya dengan ulama' yang berada di Makkah dan menetap di sana selama 5 tahun. Di antara guru-gurunya di Makkah ialah :

    1. Syeikh 'AtaiLlah ibn Ahmad al Azhari

    2. Syeikh Abdul Wahhab al Tontowi al Ahmadi

    3. Syeikh Ahmad al Asybuli dan lain-lain lagi.

    Oleh kerana kepakarannya yang tinggi di dalam persada ilmu, beliau telah diijazahkan dengan sanad-sanad ilmu oleh masyaikh pada zamannya. Di antara guru-gurunya yang pernah menganugerahkan sanad kepadanya ialah :

    1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi

    2. Sayyid Ahmad al Tobari

    3. Syeikh Muhammad ibn Hasan al 'Ujaimi

    4. Sayyid Mustafa al Bakari

    5. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri

    Beliau telah belajar daripada mereka pelbagai ilmu pengetahuan. Di antaranya ilmu saraf, nahu. mantiq, ma'ani, bayan, adab, fiqh, usul fiqh, faraidh, matematik, hadith, mustalah hadith, tafsir, dakwah, kejuruteraan, arudh, kalam, bahasa, sirah, qiraat, suluk, tasawwuf dan sebagainya.

    Apa yang berlaku pada zaman mutakhir ini, sesetengah ahli masyarakat melemparkan tuduhan bahawa beliau bukan seorang ilmuwan Islam. Anggapan yang tidak berasas ini, menyebabkan kitab maulid karangannya yang selama ini diterimapakai di dalam Majlis Sambutan Maulid Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam di kebanyakan negara Islam dituduh mengandungi banyak perkara khurafat dan bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.

    Oleh kerana itu, untuk meneutralkan tanggapan negatif ini, adalah wajar diketengahkan sanad beliau yang menghubungkan ilmunya dengan dua buah kitab hadith yang muktabar; al Bukhari dan Muslim sehingga kepada RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bagi membuka mata dan meyakinkan kita bahawa pengarang Kitab Maulid Barzanji yang kita baca selama ini bukanlah calang-calang ulama.

    Sanad Jami' Al Sahih Imam Bukhari


    Sayyid Ja'far al Barzanji belajar daripada,


    1. Syeikh Muhammad Tayyib al Fasi, belajar daripada

    2. Syeikh Ibrahim al Dir'i, belajar daripada

    3. Syeikhah Fatimah binti SyukriLLah al Uthmaniyyah, bonda nendanya Sayyid Muhammad ibn Abdur Rasul, belajar daripada

    4. Al Syams Muhammad ibn Ahmad al Ramli, belajar daripada

    5. Syeikh al Islam al Qadhi Zakaria ibn Muhammad al Ansari, belajar daripada

    6. al Hafiz Ahmad ibn Ali ibn Hajar al Asqalani, belajar daripada

    7. Syeikh Ibrahim ibn Ahmad al Tanukhi, belajar daripada

    8. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abi Talib al Hajjar al Dimasyqi, belajar daripada

    9. al Siraj al Husain al Mubarak al Zaibidi, belajar daripada

    10. Abdil awwal ibn Isa al Harawi, belajar daripada

    11. Abdir Rahman ibn Muzaffar al Dawudi, belajar daripada

    12. Abi Muhammad AbduLLah ibn Hamawih al Sarkhasi, belajar daripada

    13. Syeikh Abdi AbdiLlah Muhammad ibn Yusuf ibn Matar al Farabri, belajar daripada

    Pengumpulnya, Amirul Mukminin al Imam al Hafiz al Hujjah Abu AbdiLLah Muhammad ibn Ismail al Bukhari.

    Sanad Sohih Muslim

    Sayyid Ja'far al Barzanji, belajar daripada

    1. Syeikh AbduLlah al Syubrawi al Misri, daripada

    2. Syeikh Muhammad Zurqani ibn Abdul Baqi al Maliki al Azhari, daripada

    3. Al Hafiz Muhammad ibn 'Ala' al Babili, daripada

    4. Syeikh Abi al Naja Salim ibn Muhammad al Sanhuri, daripada

    5. Al Najm Muhammad ibn Ahmad al Ghaiti, daripada

    6. Syeikh al Islam Zakaria ibn Muhammad al Ansari, daripada

    7. Abi al Nu'aim Ridhwan ibn Muhammad, daripada

    8. Syeikh Abi Tahir Muhammad ibn Muhammad, daripada

    9. Abi al Faraj Abdur Rahman ibn Abdul Hamid al Maqdisi, daripada

    10. Syeikh Abi al Abbas Ahmad ibn Abdud Daim al Nablusi, daripada

    11. Syeikh Muhammad ibn Ali al Harani, daripada

    12. Faqih al Haram Muhammad ibn al Fadhl al Farawi, daripada

    13. Syeikh Abi al Husain Abdul Ghafir ibn Muhammad al Farisi, daripada

    14. Abi Ahmad Muhammad ibn Isa al Jaludi, daripada

    15. Syeikh Abi Ishaq Ibrahim ibn Muhammad ibn Sufyan al Zahid, daripada

    Pengumpulnya al Imam al Hujjah Muslim ibn al Hajjaj al Qusyairi al Naisaburi.

    Kepakarannya di dalam bidang keilmuwan telah menarik ramai orang datang menemuinya untuk mempelajari ilmu. Beliau mengikuti dan menyelami jalan ahli tasawwuf dan meninggalkan kerehatan dan tidur lebih dari 20 tahun sehingga beliau mempunyai kemahiran di dalam ilmu naqli (berasaskan al Quran dan Sunnah) dan aqli. Beliau pernah mengambil tariqat daripada Sayyid 'AtiyatuLlah al Hindi dan Sayyid Mustafa al Bakari.

    Beliau telah mengarang banyak kitab yang menakjubkan dan bermanfaat. Di antaranya ialah kitab Maulid Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam yang tidak pernah ditulis oleh pengarang sebelumnya yang dinamakan dengan 'Iqd al Jauhar fi Maulid al Nabi al Azhar sallaLlahu 'alaihi wasallam.

    Hubungan Sosial

    Beliau juga mempunyai kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat sehingga dilantik sebagai Mufti Mazhab Syafie radiyaLLahu 'anhu di al Madinah al Munawwarah. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kewafatannya dan dianugerahkan dengan kebesaran yang tinggi sehingga kata-katanya diperkenankan dan dilaksanakan oleh raja-raja dan pemerintah-pemerintah di Haramain (Makkah dan Madinah), Mesir, Syam, Rom dan sebagainya.

    Kata-katanya juga diterimapakai oleh Jemaah Menteri Kerajaan Uthmaniyyah dan pembesar-pembesar negara tersebut. Suaranya tersebar seperti burung yang berterbangan di seluruh pelusuk dunia hingga hampir tiada sesiapa yang tidak mengenalinya. Karyanya tersebar luas dan kelebihan kitabnya tiada tolok bandingnya pada zamannya.

    Akhlaknya

    Beliau mempunyai akhlak yang mulia, bersifat tawadhu', hati yang bersih, cepat memaafkan orang lain dan tidak mengabaikan hak orang lain. Beliau merupakan keturunan dari keluarga RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam dan di kalangan ketua yang menjadi tempat rujukan keturunan Baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam pada zamannya. Beliau juga merupakan seorang yang zuhud, wara', berpegang dengan al Quran dan Sunnah, banyak berzikir, sentiasa bertafakkur, mengorbankan harta dan jiwa untuk melakukan kebaikan serta banyak bersedekah sehingga dikenali sebagai seorang dermawan.

    Beliau juga mempunyai karamah yang dizahirkan oleh ALlah subahanahu wa Ta'ala. Di antaranya, beliau pernah dipanggil dari tempat solatnya pada Hari Jumaat menaiki mimbar RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam. Pada masa tersebut, sedang berlaku kemarau yang panjang. Maka orang bertawassul dengannya supaya diturunkan hujan. Dengan kehendak ALlah subahanahu wa Ta'ala, maka hujan pun turun dengan lebatnya dan tanah yang kering kontang menjadi subur. Ramai di kalangan ulama' yang memujinya sebagaimana yang dirakamkan di dalam syair gubahan mereka. Di antaranya :

       سقى الفاروق بالعباس قدما
        و نحن بجعفر غيثا سقينا
        فذاك وسيلة لهم وهذا
        وسيلنا إمام العارفينا

        "Dahulu sayyiduna Umar RadiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul meminta hujan dengan Sayyiduna al Abbas radiyaLLahu 'anhu, dan kini kami bertawassul dengan Ja'far radiyaLlahu 'anhu, maka diturunkan hujan kepada kami"



    Khalifah Umar ibn al Khattab radiyaLlahu 'anhu sepertimana yang diriwayatkan oleh al Bukhari dan Muslim daripada Anas radiyaLlahu 'anhu pernah bertawassul dengan bapa saudara Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam, iaitu Abbas ibn Abdul Muttalib ketika berlaku musim kemarau. Umar RadiyaLlahu 'anhu berdoa :
    Quote

        اللهم إنا كنا إذا قحطنا توسلنا إليك بنبينا فتسقنا وإنا نتوسل إليك بعم نبينا محمد صلى الله عليه وسلم فاسقنا, قال : فيسقون

        Ya ALlah! Sesungguhnya apabila kami menghadapi kemarau, kami bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami (Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam) maka Engkau menurunkan hujan kepada kami. Dan sekarang ini, kami bertawassul kepada Engkau dengan bapa saudara Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam, maka turunkanlah hujan jepada kami." Anas radiyaLlahu 'anhu menyebut, "Maka hujan pun diturunkan ke atas mereka."



    Sila lihat di dalam Kitab Syifa' al Saqqam karangan Syeikh Taqiyuddin al Subki H:171.

    Kewafatannya

    Beliau wafat pada Hari Selasa selepas Asar 4 Sya'ban 1177 Hijrah.

    Sumber Rujukan:
    Haji Muhammad Fuad Kamaluddin al Maliki, Al Bayan 8, Cet Pertama 2008, Sekretariat Menangani Isu-isu Akidah Dan Syariah, Majlis Agama Islam Negeri Johor. Malaysia.
    « Last Edit: 31 March, 2010, 12:11:53 PM by IbnuNafis »

    Reply #7 28 October, 2009, 07:18:09 AM
  • Publish
  • Sudah lama isu ini berlaku, golongan opportunis (yang suka mengambil peluang) tidak kiralah samada dari mana-mana parti politik. Begitulah juga kepada yang memusuhi intitusi ulama dan mufti di negara Malaysia ini. Pada satu masa mufti dilihat apabila menyebelahi mereka, maka akan disanjung-sanjung, dipandang tinggi. Tetapi apabila menyuarakan perkara yang penting untuk maslahah ummah dan terkena pada golongan yang lain mufti jugalah yang akan dimaki hamun, dikata kesat. Demi sebuah kebenaran, saya perlu mengulas isu ini.

    Penghinaan dan fitnah terhadap Mufti

    Lebih mengejutkan lagi apabila yang menghina dan memfitnah institusi mufti itu sendiri adalah dari kalangan mufti sendiri seperti yang pernah dilakukan oleh seorang bekas mufti di Perlis iaitu Dr Asri Zainal Abidin. Sila lihat sahaja perkataannya :
    Quote
        Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan.
    - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza: [b][bgcolor=#FF4E22]Klik Di Sini[/bgcolor][/b]

    Maaf cakap, entah berapa ramai di sana yang taksub dan taqlid membuta tuli percakapan dan fatwanya yang menyelidik tentang erti sebuah kebenaran dan akhlak yang datang dari seorang ilmuwan agama? Sudahkah membaca artikel [b][bgcolor=#FF4E22]KEMBARA ILMU KE INDIA[/bgcolor][/b] yang ditulis oleh Dr Asri di laman webnya dan kemudian telah dibuang beberapa hari selepas ditulis? (Artikelnya dipost semula : [b][bgcolor=#FF4E22]DI SINI[/bgcolor][/b]) Dan akhirnya kebenaran tetap ALlah tunjukkan dengan tulisan ini [b][color=#0000EE]Tanggapan Artikel Kembara Ilmu Ke India - Dr MAZA[/color][/b]. Tidak perlulah saya mengkhabarkan tentang sikap beliau yang lain. Ingin juga menjawab sahaja di dalam laman web DrMaza.Com tetapi saya masih tidak terjumpa lagi ruangan komen. Dimana ya?

    Saya teringat kata hikmah Ibn Sirin (w. 110H/728) mengungkapkan
    Quote

        "Sesungguhnya ilmu ini agama, dan perhatikan dari siapa yang engkau ambil agama ini".

    Alangkah apabila dilihat kalimah ini semakin terlihatlah kebenarannya kini.

    Bukan sedikit pula yang mencaci maki ulamak seperti yang terjadi kepada Mufti Perak (lihat isu politik di Perak), dan mufti lain yang dituduh sebagai hanya memanaskan punggung di tempat duduk. Bahkan ada yang mengatakan binatang yang diharamkan lebih mulia dari mufti - silalah rujuk : [b][bgcolor=#FF4E22]Babi Lebih Mulia[/bgcolor][/b].

    Dan begitulah, siapa yang ingin menyelidik akan sebuah kebenaran?

    Terkadang saya berfikir - mengapa ya sesama umat Islam bukan main lagi dimusuhi, mudahnya dihukum sesat, mudahnya dihukum musyrik. Tetapi dengan orang kafir yang ada tugasnya sebagai missionari Kristian disambut dan dibela (sila rujuk : [b][bgcolor=#FF4E22]Isu kalimah ALlah hendak digunakan oleh Kristian di Malaysia[/bgcolor][/b]). Apa kita lupa firman ALlah :
    Quote
        إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ (١٠)

        “(Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat)”

    (QS. Al Hujurat : ayat 10 )

    Bukankah telah disabdakan oleh RasuluLLah yang bererti : Dari Abi Hamzah bin Malik radiyaLLahu 'anhu, khadam RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam dari Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam sabdanya :

    Quote
        Tiada sempurna iman seorang kamu hingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya.

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Kita mengatakan telah beriman kepada al Quran dan Sunnah, bahkan ada yang mengaku ingin menjadi pendokong kedua-duanya. Apakah ucapan itu hanya pada jari jemari sahaja tanpa ada penghayatan?

    Bila Mufti dihina dan difitnah, siapakah pula yang membela mereka?

    Adakah kita sebenarnya tahu siapa mufti di negeri masing-masing? Dan mengambil tahu hal ehwalnya dan dimana mereka turun ke padang mengajar di kelas pengajian, di masjid? Jika di Johor ini, bekas Mufti Johor Dato' Noh Gadot (sekarang ini penasihat Agama Islam Johor) selalu turun padang dalam memberi ceramah dan aktivitinya dapat diikuti dari buletin Agama Kerajaan Negeri Johor, begitulah juga Mufti yang baru iaitu Dato' Haji Ta h r i r bin Kiyai Haji Shamsudin.

    Di Negeri Sembilan, bekas Mufti iaitu Dato' haji Mohd Murtadza selalu mengadakan ceramah dan kuliah hampir setiap hari dalam sebulan di 14 buah mukim. - Temubual Dengan Mufti Negeri Sembilan Demi Tugas, Milenia Muslim, Februari 2009, m/s 14-18) Begitulah... siapa pula yang hadir di setiap kuliahnya dan akhirnya menghamburkan fitnah pula kepada mufti?

    Adakah kita tahu siapakah yang mencadangkan kepada Sultan Perak agar Menteri Besar Ir Nizar dilantik selepas PRU yang lalu? Takkan kita tidak mengambil tahu tentang peranannya dalam Majlis Fatwa Kebangsaan sama-sama di dalam majlis syura mengeluarkan hukum dalam banyak perkara berkaitan feqh kontemporari yang kita sendiri pun tidak mampu hendak mengulasnya apatah lagi yang hanya pandai bercakap belakang hanya selepas fatwa diputuskan? Segalanya ada diulas di Milenia Muslim Bulan Mei 2009 muka surat 66-70. Anda akan tahu pendirian Mufti Perak ini berkenaan parti politik. Silalah beli dan baca untuk sebuah kebenaran.

    Lalu saya tertanya juga di dalam hati : Adakah kita benar-benar inginkan sebuah kebenaran? Inginkan perpaduan dan bukan perpecahan? Ataupun selepas membaca tentang sebuah kebenaran tetap dipilih kebatilan? Dan tetap memilih dan menyokong mereka yang inginkan kepada perpecahan umat Islam? Siapakah pula yang ingin membela saudara seIslamnya yang dituduh dan difitnah bermacam-macam?




    Reply #8 08 November, 2009, 10:37:22 PM
  • Publish
  • Pada tahun 2007 seorang ulamak mazhab Syafie iaitu Habib Munzir al Musawa dari Indonesia menceritakan pengalamannya ketika hendak memberikan kuliah ilmu kepada umat Islam di Perlis.

    Catatan Perjalanan Habib Munzir - November 2007


    Perlis


    Perlis adalah salah satu wilayah gerakan wahabi terbesar di Malaysia, Mufti (ketua ulama) terpilih di wilayah tersebut adalah seorang muda yang sangat menentang salafus shalih, mencaci para wali dan memusyrikkan muslimin sebagaimana wahabi lainnya, namun ia tak ingin disebut sebagai wahabi, ia mengaku bermadzab Syafii tulen, sebagian besar masyarakat muslimin setempat adalah ahlussunnah waljamaah, namun sebagaimana di negeri kita pun demikian, bahwa muslimin muslimin tidak tanggap dalam hal hal yang berbahaya yang dapat merusak akidah muslimin.

    Acara direncanakan diadakan di surau pimpinan Assyeikh Al Fadhil Adda’i ilallah Ustaz Yusaini, seorang ulama muda yang sangat gigih menentang ajaran wahabiy di Perlis, acara kami pun terdengar pada mufti, maka mufti mengeluarkan larangan dan menuduh majelis yang akan diadakan ini adalah majelis orang syiah, namun kegigihan Ustaz Yusainiy memperjelas profil kami membuat tuduhan itu tak beralasan, lalu majelis difitnah pula sebagai majelis politik, namun tuduhan itu pun berhasil disanggah oleh Ustaz Yussaine, namun ketika terlihat masyarakat muslimin menyambut hangat majelis akbar ini, maka fihak mufti mempermasalahkan izin masuk dari Imigrasi Malaysia, apakah saya mempunyai izin resmi untuk berdakwah di Malaysia dari Kerajaan Malaysia?, padahal bahwa tak pernah ada undang undang pelarangan dakwah terkecuali yang berdakwah membawa kesesatan dan menentang kerajaan Malaysia.

    Akhir keputusan adalah larangan mutlak dari fihak Perlis bagi saya untuk berbicara pada acara tersebut, dan perintah penangkapan atas saya jika Ustaz Yussaine masih bersikeras mengajukan saya untuk menyampaikan taushiyah di Majelis Tablig Akbar tersebut
    , Maka saya berbicara dengan lembut pada Ustaz Yusainiy, saya tak risau ditangkap, karena saya akan menghubungi fihak Mabes Polri di Jakarta untuk meminta fihak Mabes Polri menjamin kebersihan dakwah saya dibawah jaminan Mabes Polri, namun tampaknya para pemuda kita disana risau dan tak ingin sesuatu menimpa saya, maka majelis dibatalkan. Hadirin berdatangan sekitar seribu personil, mereka sudah siap untuk hadir dan mendengarkan, maka ketika diumumkan dengan lugas oleh Ustaz Yussaine bahwa pembicara dilarang berbicara oleh fihak perlis, hadirin kecewa dan bubar, Jumat pagi saya menuju Kualalumpur.

    - Petikan dari Majelis Rasulullah
    « Last Edit: 08 November, 2009, 10:38:57 PM by IbnuNafis »

    Reply #9 16 December, 2009, 09:18:43 PM
  • Publish
  • ULASAN TERHADAP ARTIKEL DR MAZA: SALAH GUNA NAMA IJMAK



    Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

    Saya diminta untuk mengulas artikel 'Salah Guna Nama Ijmak' oleh Dr. MAZA dalam Utusan Malaysia, 13 Disember 2009 dalam keadaan saya bukan peminat ruangannya. Di sebabkan tajuknya penting dan dalam bidang saya iaitu ijmak, saya rasa, saya perlu juga memberi komen terhadap tajuk ini. Selamat membaca.



    Salah guna nama ijmak


    Minda Dr. Maza

    Setiap kali berlaku kebangkitan pemikiran Islam menghadapi cabaran baru sesuatu zaman kita akan dapati para penentang utama kebangkitan pemikiran Islam itu kadang-kala akan terdiri dari kelompok konservatif agama itu sendiri. Mereka ini bimbang jika berlaku kebangkitan umat menghadapi cabaran baru mereka akan dianggap sudah 'tidak laku' atau menghadapi 'tarikh luput' di kerusi-kerusi empuk atas nama agama yang mereka duduk atau pengaruh agama yang mereka kuasai. Mungkin juga yang menentang itu mereka yang bimbang apabila berlaku reformasi umat dalam mengembalikan ajaran Islam kepada sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan al-Sunnah akan menyebabkan aliran anutan mereka terjejas. Mereka ini biasanya terdiri dari kelompok tarekat, juga kelompok agama yang selalu mengenakan caj atau bayaran yang berbagai-bagai atas nama agama. Mereka ini menjadikan agama sebagai sumber pendapatan. Berbagai petua agama dari kesihatan sehingga kematian dikeluar serentak dengan berbagai bayaran pun dikenakan. Sehingga masyarakat merasa soal dunia atau harta itu kerja kita, soal akhirat atau agama itu kerja golongan agama. Lalu mereka rasa mereka cari harta untuk hidup di dunia, sementara akhirat mereka serahkan kepada kelompok agama ini untuk uruskan dengan bayaran yang diberikan. Maka agama dijadikan alat untuk kuasa dan harta. Sebab itu kelompok ini akan menggunakan senjata agama dalam mempertahankan domain mereka ini.

    [Komen Dr. Asmadi: Cara biasa MAZA dalam mengkritik orang-orang Tareqat dan orang-orang agama. Dikaitkan agama sebagai sumber pendapatan. Sebenarnya, ulama-ulama terkenal di Persidangan Fiqh Antarabangsa pun membenarkan pengambilan upah terhadap urusan mengajar agama. Bahkan bila menjemput mereka membentangkan kertas kerja, kita bayar juga pada mereka saguhati. Tak tahulah pula kalau MAZA mengajar di USM, dulu jadi Mufti di Perlis, bagi ceramah dan menulis dilakukan secara FOC 'free of charge'. Kalau dia juga ambil gaji, jadi apa bezanya. Yang ini gaji tetap, yang itu tidak tetap.


    Tidak baik mengkritik orang Tareqat secara umum. Apa yang saya kenali, ramai orang-orang Tareqat jujur orangnya. Khususkan tareqat yang macam mana dikritik].


    Apabila ada yang menegur, bagi menjaga kedudukan mereka tuduh berbagai tuduhan. Antaranya, pengkritik menyanggahi 'ijmak ulamak'. Maka golongan agama ini mendapat lesen besar untuk bercakap apa sahaja mengenai agama atas alasan mereka adalah ulama, jika menentang pendapat mereka bererti menentang pendapat ulama. Jika menentang pendapat ulama bererti tidak berpegang kepada ijmak ulama. Sesiapa yang tidak berpegang dengan ijmak ulama bererti menolak sumber rujukan Islam yang ketika iaitu selepas al-Quran dan Hadis, al-Ijmak. Kesan, membawa kepada kekufuran.

    [Komen Dr Asmadi: Orang yang menyanggah MAZA tidak tuduhpun dia kufur. Cuma kata dia bertentangan dengan Ijmak ulama Nusantara].


    Sehingga kita berjumpa orang awam yang disalahfahamkan menyebut 'kita tidak boleh berpandukan al-Quran dan hadis sahaja, kita kena ikut apa kata ustaz kerana ustaz itu ulamak dan kita kenalah ikut ijmak ulama'. Bila ditanya dia apakah itu ijmak ulama? Jawabnya "Pendapat ulama-ulama kita la..". Demikianlah atas kejahilan orang awam, atau sengaja mereka dijahilkan maka sebahagian pihak menikmati lesen besar untuk menggunakan agama atas tiket ijmak ulama. Justeru, wajib kita fahamkan masyarakat apakah itu al-Ijmak atau Ijmak Ulama Mujtahidin yang dijadikan sumber ketiga dalam pengambilan hukum-hukum Islam. Ijmak sebenar itu dijunjung dan dipegang. Cumanya, apakah itu al-Ijmak yang sebenar?

    Takrif bagi perkataan al-Ijmak ini di sisi majoriti ulama ialah "Kesepakatan seluruh para mujtahidin (ahli ijtihad) dalam kalangan umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda, pada sesuatu zaman, mengenai sesuatu hukum syarak". (lihat: Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/490, Beirut: Dar al-Fikr). Inilah takrif ijmak. Kita akan temuinya atau takrif yang hampir menyamainya dalam hampir semua buku usul fekah klasik dan semasa.

    [Komen Dr Asmadi: Kitab Sheikh Wahbah al-Zuhaili itu rujukan kami ketika tahun 1 dan 2 Kuliah Syariah. Ia rujukan sekunder, bukan rujukan utama. Bila tahun 3 dan 4, penulisan guna kitab moden sebagai rujukan tak diberi markah penuh].


    kesepakatan

    Dari takrif ini beberapa perkara mesti kita faham sebelum kita menamakan sesuatu perkara itu sebagai ijmak ulama, antaranya; ijmak itu adalah kesepakatan tanpa kecuali seluruh para ahli ijtihad pada sesuatu zaman. Maksudnya, para mujtahidin tanpa mengira perbezaan mazhab fekah, tidak terbatas kepada empat mazhab sahaja, tidak kira di mana berada bersetuju dengan hukum berkenaan. Jika ada yang berbeza pendapat walaupun seorang, maka itu tidak boleh dianggap ijmak. Bayangkan para mujtahid dalam berbagai aliran fikir dan mazhab yang sering berbeza boleh bersepakat dalam perkara tersebut. Maka betapa sukarnya untuk berlakunya ijmak sebenar melainkan dalam perkara-perkara yang jelas nasnya.

    Maka sekadar kesepakatan ulama mujtahidin sesuatu mazhab, atau negara tertentu seperti Madinah, atau Mekah, atau Arab Saudi seluruhnya, atau Jordan, atau Indonesia atau Malaysia tidak dianggap ijmak kerana ia bukan kesepakatan seluruh para mujtahid (lihat: Dr 'Abd al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 180, Beirut: Muassasah al-Risalah). Maka dakwaan sesetengah kelompok agama di Malaysia bahawa 'arus perdana' atau main stream atau kebiasaan ulama Nusantara itu sebagai ijmak ulama adalah tidak tepat. Juga keputusan majlis fatwa mana-mana negara dalam perkara-perkara ijtihadiyyah (terdedah kepada pandangan yang pelbagai) tidak boleh dianggap ijmak ulama.

    [Komen Dr Asmadi: Sekiranya MAZA jumpa kitab-kitab usul fiqh silam atau baca kitab-kitab tersebut (sebaiknya mengadap guru), dia akan jumpa dengan istilah Ijmak al-ummah, ijmak ulama ahl al-sunnah, ijmak empat mazhab, ijmak ahl al-Iraq, Ijmak ulama al-Hijaz dan Ijmak ulama al-Madinah lain-lain. Tidak cukup untuk membuat kesimpulan tentang ijmak dengan hanya merujuk kitab-kitab moden.


    Untuk faedah pembaca saya perincikan: Ijmak al-ummah ialah ijmak ulama lapan (8) mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, Zahiri, Syiah Imami, Syiah Zaidi dan Ibadi (berasal dari serpihan Khawarij). Ijmak ahl al-sunnah ialah kesepakatan keseluruhan 4 mazhab dan Zahiri. Ijmak empat mazhab ialah sepakat empat mazhab yang utama tadi. Jadi kekuatan setiap ijmak tadi ialah bergantung kepada sejauh mana penghujahan setiap kumpulan tersebut.


    Oleh itu, boleh kita pakai istilah Ijmak ulama Nusantara atau ijmak ulama India. Cuma kekuatan hujjahnya tidak sekuat ijmak mutlak oleh ulama-ulama setiap tempat di dunia ini].


    Kedua, kesepakatan itu hendaklah kesepakatan para mujtahid iaitu ahli ijtihad bukan tokoh agama, atau ustaz atau tok guru atau penceramah agama semata. Mujtahid bermaksud mereka yang sampai ke peringkat mampu beristinbat (merumuskan) hukum-hukum syarak dari dalil-dalilnya. Mereka ini bukan sekadar muqallid atau hanya sekadar mengikut pendapat atau fatwa orang lain, sebaliknya mereka sendiri berkemampuan merumuskan fatwa dengan ijtihad sendiri, maka kesepakatan mereka ini yang diambil kira. Adapun kesepakatan mereka yang sekadar memakai gelaran ulama sedangkan bukan ahli ijtihad dan masih bergantung kepada fatwa mazhabnya, atau orang lain maka kesepakatan mereka tiada nilaian dalam ijmak kerana mereka bukan mujtahid. Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut: "Tiada dalil wajib mengikut mana-mana imam mazhab sama dari nas al-Quran atau sunnah atau ijmak. Pendapat golongan muqallidin (pengikut mazhab) bahawa wajib mengikut mazhab tidak diambil kira. Ini kerana al-Ijmak yang muktabar ialah kesepakatan para mujtahidin pada sesuatu zaman bukan kesepakatan para muqallidin" (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu'asir, 38, Beirut: Muassasah al-Risalah).

    [Komen Dr Asmadi: Ulama sememangnya sepakat, mazhab orang-orang awam ialah mazhab muftinya. Tidak wajib mengikut mana-mana mazhab. Cuma dalam konteks kita, ramai ustaz-ustaz yakin dengan cara penghujahan Imam Syafie dan anak-anak muridnya. Lantas, ustaz-ustaz pun mengeluarkan pandangan atas pandangan Imam Syafie, maka orang-orang awam pun mengambil pandangan Ustaz tadi yang berpegang dengan mazhab Syafie.


    Kata-kata al-Qardhawi: Ini kerana al-Ijmak yang muktabar ialah kesepakatan para mujtahidin pada sesuatu zaman bukan kesepakatan para muqallidin". Benar, kesepakatan yang diiktibarkan (diambil kira) ialah kesepakatan para Mujtahid.


    Tapi kata-kata MAZA: 'kesepakatan itu hendaklah kesepakatan para mujtahid iaitu ahli ijtihad bukan tokoh agama, atau ustaz atau tok guru atau penceramah agama semata. Mujtahid bermaksud mereka yang sampai ke peringkat mampu beristinbat (merumuskan) hukum-hukum syarak dari dalil-dalilnya'.


    Ulama tidak mensyaratkan para mujtahidin mencapai peringkat mujtahid mutlaq (boleh bina Mazhab sendiri) atau mujtahid tarjih, baru boleh diambil kira ijtihadnya. Imam al-Nawawi, mujtahid tetapi tidak keluar dari Mazhab Syafie. Imam Abu Yusof dan Imam Muhammad adalah mujtahid mazhab, namun tidak keluar dari kaedah Mazhab Hanafi. Justeru, kesepakatan para Mufti yang tahu dalil (walau masih bermazhab) masih boleh diambil kira. Sekiranya diberi kebebasan kepada sesiapa tanpa terikat dengan pandangan Majlis Fatwa, boleh menghuru-harakan masyarakat].


    Apabila kita tahu hal ini maka jelaslah bukan senang untuk mendakwa sesuatu perkara sebagai ijmak ulama. Banyak perkara yang didakwa ijmak sebenarnya tidak ijmak. Sesetengah pihak mudah benar menyebut ijmak ulama sedangkan tidak demikian. Umpamanya, dakwaan yang menyatakan ijma ulama wajib hukuman hudud ke atas peminum arak. Padahal ada dalam kalangan ulama mujtahidin yang berpendapat tiada hukuman hudud ke atas peminum arak. Juga dakwaan Ibn Munzir bahawa telah berlaku ijmak menyatakan bahawa zakat harta tidak boleh diberikan kepada bukan muslim juga bercanggah dengan riwayat daripada al-Zuhri, Ibn Sirin dan Ikrimah yang membolehkannya. Inilah apa yang zahir dari mazhab Saidina 'Umar bin al-Khattab. Banyak sentuhan penting lain yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai ijmak ini dalam bukunya Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu'asir .

    [Komen Dr.Asmadi: Ya, bukan senang mendakwa sesuatu itu ijmak. Perlu kepada banyak pemeriksaan. Hukuman sebat untuk peminum arak adalah sesuatu yang ada nasnya. Ulama hanya khilaf pada mengklasifikasikannya hudud atau takzir].


    Banyak perkara yang disebut sebagai ijmak ulama itu padahal hanya pendapat beberapa orang ulama atau ulama mazhab tertentu, atau negara tertentu, atau aliran tertentu, atau majlis fatwa tertentu bukan ijmak sebenar yang wajib kita mematuhinya. Tuduhan sesetengah pihak bahawa si fulan menyanggahi ijmak ulama itu belum tentu benar. Bahkan mungkin tuduhan palsu jika sekadar menyanggahi pendapat ulama kelompok atau aliran atau negara tertentu sahaja. Pandangan ilmuwan atau ulama itu dihormati, tetapi bukanlah sampai ke darjat ijmak yang diwajibkan kita patuh tanpa bantah. Selagi ia bukan ijmak, padangan selainnya bukan diberikan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaily: "Kerapkali kita terjumpa dalam buku-buku mazhab fekah seseorang ahli fekah berdalil dengan perkataan al-ijmak (ijmak). Kadangkala kita dapati dalam perkara yang mazhab-mazhab berbeza pendapat, tetapi setiap mazhab mendakwa ijmak menyokong pendapat imam mereka. Ini menjadikan ijmak berlaku dengan banyak. Kata al-Ustaz Abu Ishak al-Isfaraiini: "Kita tahu bahawa masalah-masalah ijmak lebih dari dua puluh ribu. Adakah dakwaan ini benar?! Adakah ini ijmak yang diiktiraf sebagai sumber ketiga syariat islam?! Inikah ijmak yang istimewa berbanding dengan ijmak dalam ilmu lain?! Bagaimanakah mungkin untuk diserasikan perkataan para ahli fekah ini dengan apa yang disebut oleh majoriti ulama Usul fekah bahawa ijmak adalah hujah yang putus menjadi kafir sesiapa yang membantahnya?! Sebenarnya, tidak boleh dipegang ijmak-ijmak fekah ini melainkan setelah dipastikan dan diselidiki. Barangkali yang dikatakan ijmak itu hanya sekadar pendapat kebanyakan, bukan semua mujtahid. Boleh jadi hanya pendapat imam-imam yang empat sahaja, bukan selain mereka. Atau boleh jadi pendapat ulama mazhab tertentu, bukan selain mereka. Atau mungkin mereka tidak tahu ada yang berbeza dengan mereka. Biasanya mereka maksudkan dengan ijmak itu kesepakatan mazhab tertentu" (Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/488-489).

    [Komen Dr Asmadi: Ya, saya setuju].

    Maka kita anda memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama, atau ustaz atau majlis agama atau tokoh ilmuwan tertentu, bukanlah bererti anda menyanggahi ijmak ulama. Dalam banyak perkara ulama berbeza pendapat, anda berhak memilihnya dengan adil dan faham. Berbeza dengan sesetengah ulama tiada salahnya jika ada alasan yang betul. Apatahlagi jika yang dikatakan ulama itu bukan ulama. Atau ulama, tetapi sekadar muqallidin sahaja. Jangan salahfaham maksud ijmak ulama dan jangan salah guna nama ijmak ulama!

    [Komen Dr Asmadi: Orang-orang agama ada dua golongan iaitu pertama yang merasakan diri bukan mujtahid, dan kedua: yang merasa diri mujtahid. Kalau tuan-puan memang yakin dengan ilmu ustaz-ustaz yang merasa diri mujtahid tu dan ketaqwaannya, silalah ikut mereka. Masalah saya ialah saya tak yakin dengan ilmu dan ketaqwaan ustaz-ustaz yang merasakan diri mujtahid tadi. Sebab itu saya masih mengeluarkan pandangan kebanyakkannya dalam Mazhab Syafie disebabkan keyakinan saya pada ilmu dan ketaqwaan (kewarakan) Imam Syafie dan anak-anak muridnya Rahimahumullah.


    Seorang ulama masih lagi ulama walaupun dia mengikut mazhab. Mereka di atas dari golongan muqallid iaitu digelar 'muhafiz' atau 'muttabi'' (istilah ini ada dalam kitab primer (utama) dan tidak ada dalam kitab moden), iaitu mengikut mazhab dengan juga melihat dalil. Sebagai contoh, batal wudu' apabila menyentuh isteri. Dia menyedari ada hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW menggerakkan kaki Aisyah yang sedang tidur ketika Rasulullah SAW hendak bersolat tahajjud. Dia berpuas hati dengan hujah Mazhab Syafie yang mengatakan Rasulullah SAW memegangnya dalam keadaan berlapik. Kenapa dia berpuas hati dengan demikian? Kerana secara umumnya adab 'tidur bersama isteri' ialah dalam keadaan berselimut. Padanya, mana mungkin Rasulullah SAW dan isteri bertelanjang. Boleh baca nas-nas lain menceritakan adab tidur bersama isteri dan sunnah memakai 'izar' ketika mandi. Apatah lagi, di Timur Tengah, malamnya suhu melampau, bila dibuka selimut kaki, terasa sejuk sampai ke tulang! Cuma bagi sesetengah orang, dia terbayangkan seolah-olah Rasulullah SAW macam dia yang tidur tak berselimut dengan isterinya! Wallahu a'lam.



    Selamat menilai artikel ini dan komen-komen saya.


    Allahu musta'an.

    Abu al-'Izz

    Sumber :
    http://Http:DrAsmadinet.Blogspot.Com
    « Last Edit: 16 December, 2009, 09:22:55 PM by IbnuNafis »

    Reply #10 28 December, 2009, 03:33:48 PM
  • Publish
  • GOLONGAN AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH

    Alhamdulillah, artikel ini akhirnya diterbitkan oleh Utusan Malaysia, 23 Disember 2009. Sila klik pada tajuk sekiranya saudara ingin membaca terus dari Utusan Malaysia dengan tajuk: 'Golongan Ahlussunnah menurut Imam al-Baghdadi'. Selamat membaca.

    Golongan Ahlusunnah wal Jamaah

    Oleh: Dr Asmadi Mohamed Naim

    Saya membaca tulisan mengenai makna atau definisi Ahlu al-sunnah wal Jamaah (ASWJ) oleh Dr MAZA pada pertengahan November 2009 lepas dalam Utusan Malaysia. Penulis mengutip definisi Ahlussunnah yang ditulis oleh Imam al-Baghdadi (wafat429H) dalam kitabnya al-Farq Baina al-Firaq. Namun malangnya perkataan 'al-turuq al-sifatiah' atau 'jalan-jalan sifat' dalam definisi tersebut diabaikan. Walhal itulah antara perkara yang penting bagi menentukan samada tauhid yang mensyarahkan sifat-sifat adalah sesuatu yang baru atau sememangnya sudah lama. Pada saya, ada sedikit masalah 'amanah ilmu' bila dia tidak menerangkan secukupnya maksud al-Baghdadi bila mensyarahkan pengertian ASWJ (atau mungkin dia tidak sengaja). Penulis juga tidak memperjelaskan penerangan Imam al-Baghdadi (selepas memetik definisi Imam itu) berkaitan dengan definisi tersebut.

    Demikian juga, ada sebuah lagi penulisan yang menceritakan aliran pemikiran tauhid di Nusantara yang merujuk bahawa aliran yang mensyarahkan Sifat 20 hanyalah muncul selepas tahun seribu Hijrah melalui Imam Sanusi dengan kitabnya Umm al-Barahin. Penulis tidak merujuk kemunculan metode tersebut kepada penyusunnya yang sebenar iaitu Abu Hassan al-Asy'ari (wafat324H) yang muncul pada akhir kurun ke 3 Hijrah (atau mungkin dia juga tidak sengaja).


    Dalam kesempatan ini, saya hanya mahu menjelaskan siapakan Ahlussunnah menurut penulisan Imam al-Baghdadi yang telah menjadi rujukan definisi ASWJ supaya pembaca dapat memahaminya secara jelas. Bagi pembaca-pembaca yang berupaya membaca bahasa Arab, boleh merujuk terus kepada kitab Imam ini. Imam al-Baghdadi Rahimahullah menyatakan (hal.19):

    "Maka golongan yang ke 73 ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu golongan ahl al-ra'y (Abu Hanifah dan murid-muridnya) dan ahlu al-hadis; bukan mereka yang mempermain-mainkan hadis; dan ulama fekah mereka, penghafal al-Quran mereka, perawi hadis dari mereka, dan ulama hadis di kalangan mereka, semuanya sepakat atas keesaan pencipta, keesaan sifat-sifatNya, keadilanNya, hikmahNya, dan nama-namaNya dan pada bab kenabian dan kepimpinan, hukum hudud, dan pada perkara usuluddin."


    Seterusnya, Imam al-Baghdadi Rahimahullah memperincikan LAPAN (8) golongan yang termasuk dalam Ahlusunnah wal Jamaah (lihat bukunya dari halaman 240-243):

    • Golongan pertama, mereka yang menguasai ilmu khususnya dalam bab Tauhid (meng-esa-kan Allah) dan kenabian, hukum-hukum wa'ad (khabar gembira) dan wa'id (ancaman siksa), pahala dan balasan, syarat-syarat ijtihad, pemerintahan dan kepimpinan. Mereka yang melalui jalan ini ialah ulama Kalam (Tauhid) yang bebas dari fahaman tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan makhluk) dan bebas dari fahaman ta'til (yang menafikan sifat-sifat yang Azali bagi Allah SWT)), dan bebas dari bidaah al-Rafidhah, Khawarij, Jahmiah, Najariah dan seluruh pengikut bidaah dan hawa nafsu.

    • Golongan kedua ialah imam-imam fiqh samada kumpulan yang cenderung pada rakyun (dalil aqal) atau hadith. Iaitu mereka yang beriktikad (berkeyakinan) pada perkara usuluddin dengan mazhab-mazhab sifat pada Allah dan pada sifat-sifatnya yang azali (membicarakan sifat-sifat Allah SWT sebagaimana sifat 20), dan mereka bebas dari fahaman Qadariah dan Muktazilah; mereka menetapkan melihat Allah Taala dengan mata (di akhirat kelak) dengan mata tanpa tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk), tanpa ta'til' (menafikan sifat-sifat Allah).

    Termasuk dalam golongan ini ialah murid-murid kepada Malik, al-Shafie, al-Auza'i, al-Thauri, Abu hanifah, Ibn Abu Laila (wafat148H), sahabat-sahabat Abu Thaur (wafat240H), sahabat-sahabat Ahmad bin Hanbal (wafat241H), ahli al-Zahir, keseluruhan ulama fiqh yang beriktikad dalam bab-bab akal ini dengan prinsip-prinsip Sifat (tauhid yang membahaskan Sifat-sifat Allah). Dan mereka tidak mencampurkannya dengan apa-apa dari ahli bidaah dan hawa nafsu.

    • Golongan ketiga ialah mereka yang menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan periwayatan hadith dan sunnnah yang disampaikan oleh Nabi SAW, mereka berupaya membezakan antara sahih dan cacat antaranya, mengetahui sebab-sebab 'al-jarh wa al-ta'dil' (kredibiliti seorang rawi), dan mereka tidak memasukkan ilmu mereka dengan apa-apa dari ahli bidaah dan nafsu yang menyesatkan.

    • Golongan ke empat ialah kaum yang menguasai kebanyakan topik-topik sastera Arab, nahu dan saraf. Mereka berada atas jalan pakar bahasa seperti al-Khalil (wafat175H), Abu 'Amr bin al-'Ala` (wafat 145), Sibawaih (wafat 180H), al-Farra' (wafat 207H), al-Akhfash (wafat 215H), al-Asma'i, al-Mazini (wafat 236H), Abu Ubaid (wafat 224H) dan seluruh imam-imam Nahu samada ulama-ulama Kufah atau Basrah, yang mana mereka tidak mencampurkan ilmu mereka dengan sesuatu dari bidaah al-Qadariah, atau Rafidhah atau Khawarij. Maka sekiranya seseorang itu cenderung ke arah nafsu yang menyesatkan, maka bukanlah ia dari golongan Ahlussunnah walaupun kata-katanya adalah 'hujah' dalam ilmu bahasa dan Nahu.

    • Golongan ke lima, antaranya ialah mereka yang menguasai ilmu yang berkaitan dengan jenis-jenis qiraat untuk al-Quran, dan jenis-jenis tafsiran al-Quran, penakwilannya berdasarkan mazhab-mazhab Ahlussunnah, tanpa berpegang dengan takwilan ahli nafsu yang sesat.

    • Golongan ke enam ialah, antaranya ialah para ahli zuhud sufi yang mempunyai ilmu maka jauh pandangan, yang telah dinilai maka ia diiktibarkan, mereka redha dengan hidup yang ringkas, mereka mengatahui bahawa penglihatan, pendengaran dan hati dipertanggungjawabkan terhadap kebaikan dan kejahatan; menghisab dengan neraca zarah-zarah, justeru menyediakan diri mereka dengan sebaik-baik perisapan untuk hari Kiamat. Perkataan mereka berjalan di atas dua jalan iaitu secara jelas dan isyarat di atas jalan ahli hadis, tanpa mereka 'membeli' pandangan yang mempermainkan hadis. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak, tidak pula meninggalkan kebaikan kerana malu kepada orang lain. Agama mereka hanya satu dan menafikan 'pentasybihan' (menyerupakan Allah dengan makhluk), mazhab mereka ialah tafwidh (menyerahkannya) kepada Allah SWT, bertawakkal kepadanya, penyerahan kepada-Nya, tenang dengan apa yang direzekikan-Nya.

    • Golongan ke tujuh ialah, antaranya kaum yang terikat dengan barisan hadapan peperangan dengan orang-orang kafir, berjihad melawan musuh-musuh Islam, mereka menjadi benteng melindungi umat Islam, meninggalkan isteri-isteri mereka dan negara mereka, dan menzahirkan pada barisan hadapan mereka Mazhab ASWJ.

    • Golongan ke lapan ialah, antaranya kebanyakan negara-negara yang secara kebiasaannya terdapat syiar ASWJ, bukannya negara yang menzahirkan syiar ahli hawa-nafsu yang sesat.

    Itulah huraian sebenar al-Imam Abdul Qahir bin Tohir bin Muhammad al-Baghdadi (wafat429H). Rupanya ramai sebenarnya yang diiktiraf sebagai Ahlussunnah. Ia berbeza dengan pandangan yang meminoritikan dan mengekslusifkan ASWJ hanya untuk golongannya sahaja dengan tuduhan sesat dan bidaah pada perkara remeh-temeh seperti qunut, talqin, zikir selepas solat, berdoa beramai-ramai dan sebagainya. Lihat kata Imam al-Baghdadi tentang perkara-perkara cabang (hal. 19):

    "Mereka (ASWJ) hanya khilaf mengenai halal dan haram pada cabang hukum, bukanlah khilaf tersebut mengundang kepada sesat dan fasik; mereka adalah puak yang terselamat, kerana mereka bersatu pada keesaan pencipta dan qidamNya, qidam segala sifatnya sejak azali, dan harus melihatNya tanpa sebarang perumpamaan dan gangguan, serta yakin terhadap isi kandungan kitabNya dan rasulNya, dan mengikut segala syariat islam, dan menghalalkan segala yang dihalalkan oleh Al-Quran, dan mengharamkan segala yang diharam oleh Al-Quran, serta menerima apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan beriman pada hari kebangkitan dan perhitungan, dan soal dua Malaikat dalam kubur, beriman dengan telaga Kauthar dan Timbangan".


    Semoga masyarakat Islam tidak terbelenggu dengan perpecahan yang lebih parah lantaran perkara-perkara tersebut. Banyak masa yang perlu digunakan untuk memperbetulkan generasi muda yang menyongsang arus dengan pelbagai gejala sosial. Wallahu a'lam.

    Reply #11 22 February, 2011, 06:29:55 AM
  • Publish
  • Mempertahankan Prof Dr Syeikh Ali Jum'ah

    Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS)

    Syeikh 'Ali Jum'ah Adalah Imam Walau Si-Pembenci Benci Sampai Mati Sekalipun..

    Syeikh 'Ali Jum'ah adalah manusia biasa yang tidak maksum, namun beliau adalah seorang alim yang jarang ada tolok bandingnya pada masa kini. Mungkin beliau tersilap menjangka dalam dua-tiga perkara, namun ini tidak mengharuskan untuk kita menafikan semua nilai dan sumbangan besar yang dilakukannya dalam medan ilmu, dakwah dan survival ummah.

    Kedudukan sebagai mufti adalah satu kedudukan yang amat besar risikonya yang akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Tentunya fatwa atau kenyataan yang akan dikeluarkan mengambilkira pertanyaan Allah SWT di akhirat nanti. Apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan darah.

    Jangan cepat mengecam ulama dan membuat perbandingan dengan ulama lain yang sangat berbeza status dan kedudukan. Ada baiknya dalam perkara-perkara yang kita tidak pasti letak-duduk atau hakikat sebenarnya kita diamkan sahaja, walaupun dalil-dalil yang kelam-samar begitu banyak kecuali jika dalil-dalil tersebut menjadi jelas-terang tanpa berselindung lagi. Lebih baik diam dari mengucap kata-kata yang belum tentu betulnya..

    Oleh kerana masa terluang amat sedikit, tak dapat saya nak menghurai lebih lanjut. Maka saya bawakan saja di sini tiga entri berkaitan yang dipetik dari blog sahabat-sahabat dengan sedikit editting.

    1. Dr. Asmadi Mohamed Naim (entri asal)

    Sebelum kejatuhan Hosni Mubarak, Mufti Saudi mengkritik dan mengharamkan revolusi di Mesir. Demikian juga, al-Azhar juga mengkritik revolusi tersebut. Sesetengah pihak mungkin menyalahkan Mufti Mesir, Shaykh Ali Jumaah atau ulama-ulama lain yang berpandangan sedemikian atas alasan mereka mendokong Hosni Mubarak. Adakah benar mereka 'mendokong' Hosni Mubarak? Atau mereka melihat suasana yang tidak pasti sekiranya rejim itu jatuh, ditakuti suasana menjadi lebih buruk.

    Sesetengah orang beriya mengkritik Shaykh Ali Jumaah sehingga terkeluar dari adab ilmu dan melihat kebiadapan dirinya, tapi 'senyap-sunyi' dari mengulas pandangan Mufti Saudi sebab ada kepentingan yang tidak membolehkan mereka mengkritik pandangan Mufti Arab Saudi ini.

    Sememangnya, ulama-ulama ini memberi pandangan dalam skop yang mereka mampu memberi pandangan. Dalam ertikata yang lain, 'diam' mereka bukan bererti mereka bersetuju. Mereka cuba bergerak dalam situasi yang membenarkan mereka bergerak. Orang-orang politik pula yang akan meneruskan peranan secara lebih khusus.

    Secara peribadi, saya dapat merasai penderitaan penduduk Mesir dan semoga revolusi tersebut berjaya menjadikan hidup mereka lebih baik di dunia mahupun akhirat.

    Wallahu a'lam.

    Reply #12 22 February, 2011, 06:31:40 AM
  • Publish
  • 2. Ustaz As-Syazuli (entri asal - maaf ya, nama individu terlibat saya samarkan bagi terbitan blog ini)

    Dr *** hati-hatilah ketika mengkritik Ulama'


    Dr *** tidak setanding Dr Ali Jum'ah


    Saya rasa tersentak apabila ulama' idola pelajar-pelajar Al-Azhar Mufti Mesir dikritik kasar oleh Dr *** di laman beliau. Dr *** sepatutnya menilai terlebih dulu ilmu yang beliau miliki dan mengkaji punca seseorang ulama' mengeluarkan fatwa sebelum melemparkan fitnah dan tuduhan kepada ulama' mujtahid yang kini dilantik menjadi mufti Mesir. Dr *** juga sebelum ini dengan mudah memperlekeh Syeikh Ramadan Al-Buti dengan mengatakan "Al-Buti ulama' kerajaan". Saya nasihatkan Dr *** perlu berhenti "kurang ajar dengan ulama"

    Seandainya anda sampai ke Masjid Al-Azhar, boleh dikatakan majoriti-majoriti syeikh-syeikh yang mengajar di sana murid kepada Dr Ali Juma'h. Keilmuan beliau jelas lebih tinggi daripada Dr ***. Saya rasa Dr *** perlu mengetepikan fahaman tauhid yang di pegang oleh beliau dan tidak menjadikan ianya dasar umtuk menghentam ulama'2 yang tak sehaluan dengan beliau.

    Sebab Dr Ali Jum'ah suruh rakyat Mesir pulang ke rumah


    Pada awal demonstrasi Dr Ali Jum'ah telah diminta untuk mengeluarkan fatwa tentang demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Mesir tetapi beliau enggan menunjukkan sokongan beliau kepada revolusi yang cuba dilakukan oleh rakyat Mesir.

    Selepas Husni Mobarak mengumumkan beliau tetap akan mengekalkan jawatannya timbul satu kumpulan demonstrasi pro Husni Mubarak. Kumpulan ini telah bertindak ganas dengan menyerang kumpulan yang menentang Mubarak. Kesannya wujud pertempuran antara kedua-dua kumpulan lantas menyebabkan kematian dan kecederaan. Layari sini.

    Ketika itulah Dr. Ali Jum'ah mengeluarkan fatwa supaya peserta-peserta demonstrasi pulang ke rumah bagi mengelakkan pertumpahan darah terus terjadi sesama muslim kerana tidak mahu mereka tergolong dalam golongan ahli neraka sepertimana sabda Nabi SAW: " Pembunuh dan orang yang dibunuh akan masuk ke neraka."

    Tuduhan Dr *** amat tidak berasas, beliau tidak melihat situasi di Mesir ketika itu. Tuduhan beliau yang mengatakan Dr Ali Jum'ah hanya berfatwa perkara-perkara furu' dalam feqh dan ilmu kalam perlu dikaji, kerana *** bukanlah anak murid Dr Ali Jum'ah, jauh lagi kalau nak digolongkan orang yang sentiasa berada di samping Mufti Mesir.

    Insaflah..

    Saya amat berharap Dr *** bertaubat, insaf terhadap kelancangan beliau dan meminta maaf kepada semua ulama' yang telah diperlekeh oleh beliau. Dr Al-Qaradawi yang menjadi tokoh pujaan Dr *** amat beradab ketika bercakap dihadapan Dr Ali Jum'ah dan Dr Ramadan Al-Buti. Saya rasa Dr *** perlu lebih beradab...

    5:29 09-02-11
    Iskandariah Mesir.

    Reply #13 22 February, 2011, 06:34:37 AM
  • Publish
  • 3. Ustaz Muhammad Husni Ginting (entri asal)

    Menjelaskan sikap Syeikh Azhar dan Mufti Mesir terhadap Demontarsi di Mesir

    Banyak dikalangan kita yang tidak menjaga lidah dan hatinya terhadap ulama-ulama Islam yang telah berjuang untuk meninggikan Islam, terlebih lagi pada saat ini, setelah terjadinya revolusi rakyat Mesir yang mengakibatkan Presiden Mesir Muhammad Husni Mubarok meletakkan jabatannya kepada Majlis Petinggi Tentera.

    Sebahagian orang menuduh Syeikh Azhar Ahmad Toyyib dan Doktor Ali Jum`ah tidak pro terhadap demontrasi yang dilakukan oleh kumpulan pemuda-pemuda Mesir, mereka menganggap Syeih Ahmad Toyyib dan Syeikh Ali Jum`ah adalah ulama yang jahat dan penjilat pemerintah, mereka tidak mampu untuk bersangka baik terhadap ulama-ulama Islam.

    Mereka menganggap bahwa Syeikh Azhar berdiri bersama pemimpin yang zolim, mereka juga bertanya kenapa Azhar tidak berfatwa seperti Syeikh Yusuf Qardhawi tentang bolehnya revolusi, sebelumnya saya akan sebutkan sikap dan fatwa Syeikh Ahmad Toyyib ketika terjadinya demontrasi rakyat Mesir.

    1 - Syeikh Ahmad Toyyib memperbolehkan demontrasi dengan syarat aman, dan jauh dari kekerasan, sebab jika ada kekerasan maka akan dapat menimbulkan fitnah kepada umat Islam sendiri.

    2 - Ketika terjadi demontrasi dengan kekerasan (tanggal 28 - 1 - 2011) sehingga gedung-gedung pemerintahan di bakar, mobil-mobil polisi di bakar, sehingga jatuh korban dari pihak pendemontrasi dan pihak kepolisian, kedai, toko-toko dan pusat perbelanjaan di rampas, di jarah dan di hancurkan maka turunlah seruan Syeikh Azhar agar para pendemontrasi tidak menggunakan kekerasan, membakar, dan menjarah barang-barang dagangan.

    3 - Ketika terjadi bentrokkan diantara Pro Husni Mubarok dan Pro Demontrsi sehingga merenggut jiwa dari kedua belah pihak, maka Syeikh Azhar menghimbau agar pemuda-pemuda datang ke Masyaikhatul Azhar membicarakan jalan keluar yang terbaik untuk ummat sehingga tidak menelan korba jiwa dari kalangan umat Islam, keresahan Azhar sangat terlihat ketika kondisi Mesir menjadi kacau dan tidak aman, jadi menurut Syeikh Azhar jalan yang terbaik adalah duduk bersama berunding mencari jalan penyelesaian.

    4 - Ketika banyaknya pendemo yang jatuh menjadi korban maka Syeikh Azhar mengeluarkan pernyatan bahwa orang yang meninggal ketika waktu berdemontrasi adalah gugur secara syahid, sebagaimana yang di jelaskan oleh duta besar Azhar dan juru bicaranya Rifa`ah Thahthawi di surat kabar mingguan Sautul Azhar 15 Rabi`ul Awwal 1432 H.

    5 - Syeikh Azhar juga mengutus Doktor Hasan Syafi`i ke Medan -no comment- untuk menyampaikan seluruh perasaan hati Syeikh Azhar, tetapi disebabkan ramainya para pengunjuk rasa sehingga Doktor Hasan Syafi`i tidak mampu masuk ke Medan -no comment-, sehingga beliau turun bergabung dengan para pendemontrasi di kawasan jalan Masbiru (berhampiran dengan pusat televisi dan medan -no comment- -red).

    6- Syeikh Azhar juga menegaskan bahwa Azhar berdiri bersama rakyat Mesir dan perubahan.

    Di sini juga saya ingin menegaskan bahwa antara Syeikh Qardhawi dan Syeikh Ahmad Toyyib memiliki pandangan yang berbeda didalam menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Mesir, dan ini suatu kewajaran bagi ulama Islam yang memiliki keilmuan dan kekuatan untuk berijtihad, kedua-duanya menginginkan maslahah yang baik bagi umat Islam, tetapi jalan pemikiran dan dasar-dasar dalil mereka memiliki perbedaan.

    Perbedaan pendapat Syeikh Ahmad Toyyib dengan Syeikh Qardhawi bukan berdasarkan kecintaan terhadap dunia, tetapi berdasarkan mana yang paling terbaik dari antara yang baik dan menjauhkan kemudratan yang lebih besar dari umat Islam khususnya rakyat Mesir.

    Di tegaskan oleh jugu bicara Azhar Rifa`ah Thahthawi bahwa Syeikh Azhar telah mengundang Syeikh Yusuf Qardhawi untuk mengadakan berbagai macam kegiatan di Mesir, yang selama ini (sebelum diangkatnya Syeikh Ahmad toyyib menjadi Syeikh Azhar -red) Syeikh Yusuf Qardhawi tidak boleh datang dan mengisi program ilmiyah di Mesir dan Azhar, tetapi Syeikh Ahmad Toyyib membuat perubahan dengan menerima Syeikh Qardhawi menjadi anggota Dewan Pusat Penelitian Islam (Majma` Buhuts Islami - red) dan mengundangnya untuk menghadiri dan menyampaikan kajian ilmiyah di muktamar Ikatan Graduan Azhar, pada tanggal 25 Januari 2011 Syeikh Qardhawi juga hadir dalam jemputan Syeikh Azhar, tetapi pihak keamanan dan kepolisian Mesir ingin menangkap Syeikh Yusuf Qardhawi, dengan lantang Syeikh Ahmad Toyyib berkata kepada kepolisian;
    Quote
    " Bila kamu tangkap Syeikh Yusuf Qardhawi maka saya akan melatakkan jawatan dari Syekh al-Azhar".

    Beginilah sikap Syeikh al-Azhar terhadap Syeikh Yusuf Qardhawi, beliau sangat menghormati Syeikh Qardhawi.

    Ada juga di kalangan ulama yang berpendapat bahwa perubahan itu di tuntut, berunjuk rasa itu perlu tetapi tidak dengan kekerasan, dan tidak boleh memberontak dan keluar dari pemimpin dan menuntutnya turun, tetapi bersabar sebagimana yang telah berlaku dengan ulama salafus solihin. alasan mereka sebagai berikut :

    1 - Didalam agama Islam tidak ada ketentuan berapa tahun khalifah dan pemimpin menjabat kedudukkan, tidak di sebutkan didalam al-Qur`an dan al-Hadis tentang masa jabatan, sebab itulah Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Mu`awiyyah menjabat kedudukkan khalifah sampai hayat mereka, dan hal ini telah berjalan terus sampai masa ke khalifahan Usmaniyah, bagaimana jika kita membuat kembali kekhalifahan Islam, apakah khalifah sepanjang umur atau di tentukan waktunya, cobalah cari dalil qur`an dan sunnah tentang penetapan batas waktu jabatan pemimpin.

    Lagi pula Mubarok telah menegaskan bahwa dia tidak akan mengikuti pemilhan umam lagi, dan masa jabatannya akan berakhir pada bulan september tahun 2011 ini, dengan begitu perlu bersabar sampai bulan september sehingga tidak menelan korban jiwa yang banyak.

    2 - Kezoliman Mubarok bukan berarti membolehkan kita untuk keluar dari kekuasaannya, sebab Rasul telah melarang hal yang demikian.

    عن النبي صلى الله عليه وسلم ، قال : " من كره من أميره شيئا فليصبر ، فإنه من خرج من السلطان شبرا مات ميتة جاهلية
    Artinya : "Barang siapa yang benci terhadap pemimpinnya maka hendaklah bersabar, maka sesungguhnya orang yang keluar dari pemimpinnya walaupun satu jengkal maka dia mati seperti orang jahilyyah". HR Bukhari. 6665.

    3 - Hadis Rasulullah s.a.w :

    عن الزبير بن عدي ، قال : أتينا أنس بن مالك
    فشكونا إليه ما نلقى من الحجاج ، فقال : " اصبروا ، فإنه لا يأتي عليكم زمان إلا الذي بعده شر منه ، حتى تلقوا ربكم " سمعته من نبيكم صلى الله عليه وسلم

    Artinya : Berkata Zubair : Kami mendatangi Anas bin Malik, maka kami mengadu kepadanya dari kezoliman Hajaj yang menimpa kami. Maka berkata Anas : Sabarlah kamu semuanya, karena tidak akan datang masa kepada kamu kecuali yang setelahnya itu lebih buruk lagi darinya, sehingga kamu berjumpa tuhanmu. Aku telah mendengar hal ini dari Nabi kamu s.a.w. HR. Bukhari no: 6675.

    4 - Hadis Rasulullah s.a.w.:

    سأل سلمة بن يزيد الجعفي رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال : يا نبي الله أريت إن قامت علينا أمراء يسألونا حقهم ويمنعون حقنا فما تأمرنا ؟ فأعرض عنه، ثم سأله فأعرض عنه، ثم سأله ثانية أو ثالثة، فجذبه الأشعث بن قيس ، وقال " اسمعوا وأطعوا فإنما عليهم ما حملوا وعليكم ما حملتم


    Artinya : Salamah bin Yazid bertanya kepda Rasulullah s.a.w. beliau berkata : Wahai Nabi Allah ! Bagaimana pendapatmu jika yang memimpin kami meminta hak mereka kepada kami (keta`atan ), dan tidak memberikan kepada kami hak-hak kami. Apa yang kamu suruh untuk kami perbuat? Maka Rasul berpaling darinya, kemudian dia (Salamah-red) bertanya pula, Rasulpun berpaling darinya, kemudian dia bertanya pula kali yang kedua atau yang ketiga, maka al-Asy`ats bin Qais menariknya, bersabda Rasulullah : Dengarkan dan ta`atkan kamulah (pemimpin-pemimpin kamu-red) Sesungguhnya atas mereka tanggung jawab yang mereka bawa, dan diatas pundak kamu tanggung jawab yang kamu pikul. (HR Muslim no 1846).

    Cukup tiga hadis ini saja, sebab banyak lagi hadis-hadis yang lain yang melarang untuk keluar dari pemerintah, bahkan di perintahkan untuk bersabar.

    Berkata Imam al-Hafizh Abu Ja`far Ahmad bin Muhammad at-Thohawi (w. 321 hijriyah) :
    Quote
    ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا إن جاروا
    Artinya : Kami tidak berpendapat untuk keluar dari keta`atan terhadap pemimpin-pemimpin kami dan yang memegang perkara kami walaupun mereka itu jahat.
    (Aqidah Tohawi)

    Dari hadis seperti ini lah para shabat dan tabi`in bersabar dari kezoliman Hajaj as-Saqafi yang telah banyak membunuh dari para sahabat Rasul dan Tabi`in.

    Demikian juga Imam Ahmad bin Hanbal dan para ulama-ulama besar yang di siksa (didalam permasalahan al-Qur`an itu makhluk atau qadim), mereka bersabar dengan pendapat mereka, tetapi mereka tidak mengajak umat untuk membrontak kekhalifahan Abbasiyyah dan tidak mengajak umat menjatuhkan khalifah.

    Ini adalah sikap ulama-ulama salaf, kita tidak boleh kata mereka bodoh kerena tidak berusaha untuk mengobah keadaanm tetapi mereka sudah menasehati, jadi tindakkan terakhir bersabar atas kezoliman.

    Sebenarnya masih banyak lagi alasan ulama-ulama yang tidak membenarkan menjatuhkan pemimpin tanpa keputusan undang-undang tetapi kami padakan saja dalil mereka.

    Kesimpulannya :

    1 - Janganlah kita mudah berburuk sangka dan menghina apa yang telah di sampaikan oleh ulama-ulama kita, cobalah mengambil segi baiknya, sebab mereka berpendapat seperti itu karena memiliki alasan yang tertentu dan berdalilkan syari`at.

    2 - Perjuangan rakyat Mesir belum habis, memerlukan kegigihan dan kesabaran untuk mencapai tujuan, membersihkan Mesir dari raswah, korupsi , dan kejahatan, lihat Tunis sampai sekarang msih dalam keadaan tidak aman, kita juga perlu lihat Indonesia yang pernah berhasil menjatuhkan Suharto karena beliau suka korupsi dan zolim, tetapi setelah revolusi terjadi, Suharto jatuh dari kursinya, korupsi juga masih berjalan, roswah juga masih berlaku, kejahatan juga tidak pernah reda.

    3 - Mesir bukan hanya memerlukan revolusi Presiden tetapi juga sangat memerlukan revolusi akhlak, yang mana akhlak pemudanya sekarang benar-benar rusak, ganja, obat-obat terlarang sudah menjadi teman bagi sebahagian pemuda, pencurian, penodongan dan pembunuhan juga banyak berlaku, membuang sampah di jalanan, kencing di sembarang tempat, tidak menjalankan tugas dengan benar dan ssterusnya, jika kita telah berhasil merubah presiden tetapi tak mampu merubah akhlak rakyat maka jangan heran jika akan datang presiden berikutnya yang suka roswah dan korupsi, jangan heran jika kita ingin melaksanakan segala penyiapan surat menyurat mendapat kata-kata: " Bukrah " ( Besok - red ).

    Reply #14 22 February, 2011, 06:38:24 AM
  • Publish
  • Sedikit biodata mengenai Prof Dr Ali Jum'ah :

    Dr. `Ali Jum`ah Muhammad is the current Mufti of Egypt.

    More About Him:   

    Name: Dr. `Ali Jum`ah Muhammad.
    Born in 1952, in Beni Sueif Gov., Egypt.

    Nationality: Egyptian

    Educational background:

    -Dr. `Ali Jum`ah is a holder of a PhD in Principles of Islamic Jurisprudence (Usul Al-Fiqh) since 1988 from the Faculty of Shari`ah & Law, Al-Azhar University.
    -He obtained his PhD degree with first class honors.
    -Dr. Jum`ah obtained his M.A in Usul Al-Fiqh from the same faculty in 1985, with first class honors.
    -B.A from the Faculty of Arabic and Islamic Studies at Al-Azhar University in 1979.

    Academic qualifications:

    -Member of Al-Azhar Fatwa Committee since 1995.
    -Member of the Fiqh Committee at the Supreme Council for Islamic Affairs since 1996.
    -Academic advisor for the International Institute of Islamic Thought and director of the Cairo branch of the Institute since 1992.
    -Deputy Manager of Saleh `Abdullah Kamel Center for Islamic Economy, Al-Azhar University, since 1993.
    -Member of the Editorial Boards for many cultural, scientific periodicals and magazines such as: Al-Muslim Al-Mu`asir, Rabitat Al-Jam`iyat Al-`Arabiyyah, Al-Iqtisad Al-Islami, and Majallat Al-Muslim.
    -Dr. Jum`ah personally participated in many Islamic conferences, and he acted as deputy of the Grand Imam of Al-Azhar in many of the Islamic conferences held in Italy, Spain, Britain, Russia, the United States of America, Malaysia, Japan and other countries.

    Source : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1119503614781&pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar%2FFatwaCounselorE%2FFatwaCounselorE

    Reply #15 22 February, 2011, 06:42:44 AM
  • Publish
  • Persoalan yang perlu dirungkai  :

    Jika tidak berada di Mesir maka mengapa memandai-mandai mengkritik mufti Mesir yang lebih tahu hal keadaan di sana ? Mengapa tidak mengkritik pula Mufti Arab Saudi yang juga mengkritik tentang revolusi yang berlaku di Mesir ? (didiamkan pula ya).

    Pertamanya : Adakah tindakan beliau mengkritik Dr Ali Jum'ah adalah kerana mufti mesir berkenaan banyak mempertahankan Umat islam yang dihukum Sesat/kafir/syirik oleh golongan pelampau ?

    Kedua : Adakah Mufti Arab Saudi itu sendiri adalah maksum dan tidak pula dimasukkan dalam senarai kritikan Dr Asri ?

    Ini antara hasil penulisan Prof Dr ali Jum'ah :

    1. ‘Alaqah Usul al-Fiqh bil al-Falsafah
    2. Aliyat al-Ijtihad
    3. Athr Dhihab al-Mahal fi al-Hukm
    ... 4. al-Bayan
    5. al-Hukm al-Shar’i
    6. al-Ijma’ ‘ind al-Usuliyyin
    7. al-Imam al-Shafi’i wa Madrasatuhu al-Fiqhiyyah
    8. al-Imam al-Bukhari
    9. al-Kalim al-Tayyib vol. 1
    10. al-Kalim al-Tayyib vol. 2
    11. Mabahith al-Amr ‘ind al-Usuliyyin
    12. al-Madkhal ila Darasah al-Madhahib al-Fiqhiyyah
    13. al-Mar’ah fi al-Hadarah al-Islamiyyah
    14. al-Mustalah al-Usuli wa al-Tatbiq ‘ala Tarif al-Qiyas
    15. al-Nadhariyyat al-Usuliyyah wa Madkhal li Darasah ‘Ilm al-Usul
    16. al-Naskh ‘ind al-Usuliyyin
    17. Qadiyah Tajdid Usul al-Fiqh
    18. al-Qiyas ‘ind al-Usuliyyin
    19. al-Ru’yah wa Hujiyyatiha al-Usuliyyah
    20. Simat al-Asr
    21. Taqyid al-Mubah
    22. al-Tariq ila al-Turath al-Islami

    Ini laman web beliau : http://alimamalallama.com/

    Antara Guru-guru Prof Dr Ali Jum'ah :

    1. ‘Abd al-Hafidh al-Tijani
    2. ‘Abd al-Hakim ‘Abd al-Latif
    3. ‘Abd al-Hamid Mayhub
    ... 4. Ahmad Jabir al-Yamani
    5. ‘Abd al-Jalil al-Qaranshawi
    6. Ahmad Hammadah al-Shafi’i
    7. Ahmad Mursi
    8. ‘Ali Ahmad Mar’i
    9. Hasan Ahmad Mar’i
    10. al-Husayni Yusuf al-Shaykh
    11. Ibrahim Abu al-Khashab
    12. ‘Iwad Allah al-Hijazi
    13. ‘Iwad al-Zabidi
    14. Ismail Sadiq al-’Adwi
    15. Ismail al-Zayn al-Yamani
    16. Jad al-Haqq ‘Ali Jad al-Haqq
    17. Jad al-Rabb Ramadan
    18. Muhammad Abu Nur Zuhayr
    19. Muhammad Alawi al-Maliki
    20. Muhammad Ismail al-Hamadani
    21. Muhammad Mahmud Farghali
    22. Muhammad Shams al-Din al-Mantiqi
    23. Muhammad Zaki Ibrahin
    24. Sha’ban Muhammad Ismail
    25. Said ‘Abd Allah al-Lajhi
    26. al-Sayiid Salih ‘Iwad
    27. Salih al-Ja’fari
    28. Yasin al-Fidani

    Jika mampu.. beli kitab-kitab yang telah ditulis oleh beliau, atau baca fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh beliau. Adakah semuanya itu hanya berkisar isu-isu furuk sebagaimana dakwaan Dr Asri ?

    Reply #16 24 April, 2011, 08:16:58 AM
  • Publish
  • Keliru pendapat Dr Asri mengenai tajassus


    2011/04/11

    ISU video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin parti pembangkang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia, termasuk Prof Madya Dr Mohd. Asri Zainul Abidin atau Dr MAZA yang menimbulkan pandangan beliau mengenai tajassus atau intipan dalam pencegahan maksiat.

    Memetik tulisan bekas Mufti Perlis itu dalam blog beliau, pandangan Dr MAZA bolehlah disimpulkan seperti berikut :

    Quote
        * Seseorang itu tidak ada hak untuk melakukan intipan (tajassus) yang membabitkan maksiat peribadi, iaitu maksiat membabitkan hubungannya dengan Allah semata-mata, tidak dengan pihak lain.

        * Melakukan intipan berdasarkan cakap dengar orang lain juga tidak diharuskan selagi maksiat berkenaan dilakukan secara tersembunyi. Maksud ‘melihat’ dalam hadith Nabi SAW: “Sesiapa melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan tangannya …” ialah “melihat dengan mata kepala sendiri tanpa melakukan intipan”.

    Namun Dr MAZA gagal menjelaskan dan membezakan antara tajassus yang dilakukan oleh individu yang boleh mengundang fitnah dan kemudaratan, dengan tajassus yang dilakukan oleh pihak kerajaan (berwajib) yang mempunyai kuasa, kecekapan dan kepakaran, termasuk prosedur ketat ketika tajassus dilakukan.

    Bagi memudahkan pemahaman pembaca, di sini saya kemukakan satu kes yang biasa berlaku.

    Seorang wanita dilihat kerap kali membawa masuk teman lelakinya ke dalam rumahnya sehingga menimbulkan kecurigaan munasabah terhadap jiran-jirannya. Lalu salah seorang jirannya menelefon pihak berkuasa agama bagi menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

    Isu yang timbul di sini ialah bolehkah pihak berkuasa mengetuk pintu rumah terbabit bagi memastikan terdapatnya lelaki ajnabi di dalam rumah berkenaan. Kalau mengikut pendapat Dr MAZA, perbuatan menyerbu dan mengetuk pintu rumah itu tidak diharuskan kerana maksiat terbabit dilakukan secara tersembunyi.

    Di pihak kerajaan dan penguatkuasa agama pula, saya percaya mereka tidak mahu dituduh membiarkan maksiat berlaku begitu saja tanpa mengambil sebarang tindakan. Saya mencadangkan agar satu muzakarah atau dialog, dan sebagainya diadakan bagi mencari formula terbaik dalam menyelesaikan isu ini bagi mengelak berlakunya kekeliruan, dan seterusnya memberi kefahaman jelas kepada masyarakat.

    DR MOHD HILMI ABDULLAH,
    Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidkan Sultan Idris,
    Tanjung Malim.

    Rujuk : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KelirupendapatDrAsrimengenaitajassus/Article/index_html

    Reply #17 22 October, 2013, 06:33:06 PM
  • Publish
  • Fitnah Dr Asri terhadap sekolah pondok telah dijawab oleh pelajar pondok :

    Pelajar Pondok Ahlus Sunnah waljama'ah kritik Dr Asri Wahabi Kaum Muda Dengan Nas Kitab

    Reply #18 22 October, 2013, 06:38:48 PM
  • Publish
  • Penjelasan Terbaik Isu Kalimah Allah Di Malaysia

    Oleh : Dr Asmadi Mohamed Naim

    KALIMAH ALLAH: ANTARA MURTAD DAN BERDOSA? ANTARA DATO NOOH DAN MAZA.

    Para pembaca yang budiman,

    Polimik kalimah Allah mungkin memasuki tahap 'menjuarai sesuatu isu dan menempelak yang lain'. Ini yang berlaku apabila Dato Nooh Gadut memberi peringatan

    (http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131016/dn_06/Pertikai-keputusan-boleh-jadi--murtad), lantas disambut oleh bekas mufti, Dato Dr Asri Zainul Abidin (MAZA) berkaitan isu ini (dlm http://my.news.yahoo.com/scholars-counter-infidel-argument-over-allah-084949271.html).

    Jadi benarkah dakwaan Dato Nooh bahawa isu ini boleh membawa murtad? Pada saya, kenyataan beliau boleh dilihat dalam dua keadaan:

    1. Sekiranya Dato Nooh Gadut mengatakan ialah seseorang yang menyokong penggunaan oleh Kristian terhadap kalimah Allah boleh jatuh murtad, saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana perbuatannya belum boleh menjatuhkannya murtad. Dalam konteks Malaysia, mungkin jatuh dalam tahap berdosa sahaja. Kenapa berdosa? Sebab kita membuka ruang mereka menggunakan secara tidak tepat dalam Bible mereka, walhal kita sudah menutup ruang ini sebelumnya.

    2. Sekiranya Dato Nooh bermaksud bahawa seseorang yang menyokong nama Allah SWT digunakan untuk konsep triniti iaitu untuk secara syirik dalam konteks triniti, maka boleh jatuh murtad, maka saya menyokong dakwaan ini. Kita tidak menunding jari, sebaliknya kita mengatakan perbuatan anda boleh menyebabkan anda jatuh murtad sebab bersetuju supaya kalimah Allah SWT disyirikkan dengan perkara lain.

    Lantas bagaimana pula dakwaan bekas mufti, MAZA yang memberikan beberapa hujah iaitu:

    1. Penggunaan Allah SWT telah digunakan sejak ribuan tahun. Jawapannya mudah sahaja iaitu kenyataan ini hanya khusus kepada Kristian Arab bukan Kristian Rome dan lain-lain. Salah fakta MAZA bila menjadikan penggunaan Allah umum kepada semua Kristian.

    Cuba semak bahasa asal kalimah tuhan dalam Bible yang bukan berbahasa Arab. Hak untuk menggunakan kalimah Allah kepada tuhan dibenarkan oleh para ulama kepada orang-orang Arab. Bahkan sekarang, orang-orang Kristian Arab pula berpandangan tidak tepat mereka menggunakan perkataan Allah SWT terhadap tuhan mereka. Kamus al-Maurid yang ditulis oleh seorang Kristian, jelas merujuk perkataan Allah kepada tuhan orang-orang Islam.

    2. Maza berkata: Kalau begitu, keseluruhan ulama menjadi murtad sebab membenarkan penggunaan Allah kepada orang-orang Kristian? Jawapannya juga mudah, mereka tidak murtad sekiranya berpandangan seperti andaian saya yang pertama dan sememangnya mereka menyatakan pandangan umum sebegitu. Saya kira Dato Nooh yang dimaksudkan 'murtad; ialah sesiapa yang bersetuju supaya disyirikkan kalimah Allah.

    Rupanya, para Mufti yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah kepada Bible bahasa Melayu telah melaksanakan tanggungjawab ijtihad yang cukup hebat. Menyanggahi taklid kepada ulama Timur Tengah yang telah mengeluarkan hukum berdasarkan konteks dan adat negara dan masyarakat mereka. Apa boleh buat sekiranya MAZA masih mahu bertaklid kepada ulama-ulama Timur Tengah berdasarkan konteks masyarakat Timur Tengah.

    Perlu diingat, ketegangan hubungan di Timur tengah antara Muslim dan Kristian telah membawa kepada serangan fizikal dan serangan militan. Kita tidak mahu hubungan sebegini dengan kawan-kawan kita yang beragama Kristian kerana kita mahukan tolenrasi dan menjauhi dendam kesumat. Jauhkan rasa benci masayrakat Islam terhadap masyarakat Kristian. Bahkan ajaran agama langit adalah lebih dekat dengan ajaran Islam.

    Tinggal lagi Wan Ji pula memberi beberapa 'tempelakan' terhadap Dato Nooh iaitu:

    1. Arahan supaya menerima sembelihan ahli kitab yang menggunakan nama 'Allah'. Ini dalil boleh menggunakan kalimah Allah?

    Jawabannya cukup mudah: Larangan terhadap Gereja menggunakan kalimah Allah ialah hanya pada penterjemahan Bible dan penerbitan mereka sebab mereka rangkumkan penggunaan kalimah Allah secara syirik, kepada apa sahaja terjemahan kepada yang bersifat tuhan. Larangan ini tidak termasuk kepada sebarang ucapan untuk memperkatakan tuhan yang Esa. Adalah suatu yang tidak betul apabila Wan Ji menggunakan hujah ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan keesaan Allah untuk menyokong gereja?

    Sebenarnya, arahan menerima sembelihan oleh ahli Kitab yang menyebut nama Allah SWT itu adalah dalil yang menunjukkan kalimah Allah SWT hanya untuk Yang Esa. Sekiranya mereka menyembelih menggunakan nama 'Tuhan Anak' atau 'tuhan bapa' atau ruh al-quddus, maka haram memakan sembelihan mereka. Jadi, Allah SWT hendak memberitahu kita bahawa sekiranya mereka menyebut Allah SWT, barulah sembelihan mereka boleh dimakan oleh umat Islam.

    Ini juga dalil bahawa Kristian Arab menggunakan beberapa nama nama lain seperti ruh al-quddus dan tuhan Isa (ilah Isa), tuhan bapa. Haram memakan sembelihan mereka jika mereka menggunakan nama-nama tersebut ketika menyembelih binatang sembelihan walaupun ada khilaf ulama yang mengarahkan umat Islam membacakan 'basmalah' apabila menerima sembelihan ahli Kitab.

    Perlu diingat, ulama-ulama muktabar masih khilaf membenarkan memakan sembelihan ahli kitab di zaman mutaakhir disebabkan berbeza ajaran ahli Kitab terdahulu berbanding dengan ahli kitab sekarang khususnya ajaran Kristian.

    2. Wan Ji pula berkata: Bagaimana pula kalau Mahkamah England melarang penggunaan Isa, adakah umat Islam dilarang menggunakannya.

    Jawapannya cukup mudah: Dalam Bible menggunakan perkataan 'Jesus', bukan 'Isa'. Kalau dilarang menggunakan perkataan 'Jesus', kita tidak ada masalah sangat sebab kita mengggunakan nama-nama Arab iaitu 'Isa 'Alahissalam atau Masih'. Sehingga sekarang, kita tak menerima penterjemahan nama-nama Nabi kepada bahasa lain seperti Ibrahim kepada Abraham. Muslim sedunia lebih selesa mengekalkan nama kearaban daripada semuanya diterjemahkan kepada bahasa lain.

    Nasihat untuk MAZA dan Wan Ji

    Saudara berdua perlu melihat isu ini secara holistik iaitu:

    1. Larangan adalah kepada penterjemahan kalimah Allah secara salah dalam penerbitan gereja berbahasa Melayu, seperti Allah Jesus dan lain-lain.

    Dalam konteks Negara Malaysia, Allah bukan kalimah yang lazim untuk menunjukkan istilah 'tuhan' kepada bukan Melayu. Hanya Melayu Islam yang menggunakannya untuk menunjukkan tuhan yang disembah. Jadi, apa tujuan mahu digunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu?

    2. Kenapa mereka tidak beria-ria menukarkan perkataan Lord dan God kepada Allah dalam Bible bahasa Inggeris? Saya mengharapkan sedikit kebijaksaan saudara berdua memikirkan persoalan ini. Kalau benarpun ini adalah peluang untuk berdakwah kepada masyarakat Kristian, minta mereka mulakan dahulu untuk perjuangkan penggunaannya dalam bahasa Inggeris supaya berjaya. Tetapi, mereka tak guna pun perkataan 'Allah' untuk Bible edisi bahasa Inggeris. Lantas, apa tujuan menggunakannya untuk bahasa Melayu? Saya hanya mahukan sedikit kebijaksanaan saudara berdua dan para penyokong saudara berdua. Kalau Kristian mahu menggunakan dalam semua penerbitan mereka dalam pelbagai bahasa, saya orang pertama yang akan menyokong sebab ini peluang kita berdakwah.

    3. Saudara perlu memahami suasana semasa, maksud akhir penggunaan kalimah ini dalam Bible bahasa Melayu. Orang-orang biasa yang tidak mempunyai pendidikan mendalam pun boleh memahami tujuan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu. Kita tidak perlu belajar sehingga Phd pun untuk memahami hasrat tersurat ini. Cukuplah, sad al-zari'ah menjadi hujah penting ada isu ini.

    Wallahu a'lam. Saya mengharapkan keikhlasan semua pihak menangani isu ini.


    Allahu al-musta'an.


    Abu al-'Izz


    Sumber : http://drasmadinet.blogspot.com/2013/10/kalimah-allah-antara-murtad-dan-berdosa.html


    Reply #19 29 October, 2013, 12:48:59 PM
  • Publish
  • Tanggapan Artikel Kembara Ilmu ke India - Dr. Maza


    Assalamu'alaikum WarahmatuLLahi Wa Barokatuh,

    Saya pernah terbaca artikel yang dikeluarkan dari laman web DrMaza.Com bertajuk : Kembara Ilmu Ke India..http://drmaza.com/home/?p=592. Di dalamnya terdapat fitnah yang dilontarkan oleh penulisnya terhadap pengikut tarekat, sekolah pondok dan pelajarnya. AlhamduliLlah terdapat seorang asatizah yang juga mengesan tuduhan tersebut dan telah menjelaskan di dalam blognya, silalah baca dengan tenang dan buka minda untuk memahaminya. Di sini saya lampirkan tulisan asatizah berkenaan  di sini :

    Oleh : Ustaz Ayman Al Akiti

    Pembetulan Terhadap Fitnah yang Menimpa Pengajian Pondok

    Pada pagi ini, saya dengan keadaan pening kepala berusaha untuk menghilangkannya dengan mem-browse around di Internet. Tanpa disengaja, saya membuka laman web Dr. Mohd Asri. Di dalamnya, saya membaca artikelnya tentang perjalananya ke India yang menurutnya telah dilakukan hampir satu bulan.

    Terus terang, dalam artikel itu saya membaca semangatnya yang berusaha mengembangkan ideologinya dengan menggunakan ulama-ulama Aswaja (ahli sunnah wa al-Jama’ah) yang bermazhab akidah `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah, yaitu ulama-ulama hadis Doeband, India. Asri seakan-akan mengatakan ulama-ulama India tersebut memiliki ideologi yang sama dengan Asri yaitu melawan bid’ah dan prakek-praktek tarikat yang dianggap telah jatuh kufur.

    Asri juga berusaha untuk merubah nama laqab bagi golongannya (wahabi/salafi) dengan berbagai claim. Dalam hal ini, saya pernah membaca artikel Asri tentang penamaan Wahabi bagi dirinya sebagai sebuah yang tidak ilmiah dan macam-macam lagi. Semua ini saya akan berusaha memberi pandangan dari sisi pesantren salaf Jawa.

    Selanjutnya, yang lebih memilukan dan membuat saya hendak menulis dengan terpaksa (padahal saya sudah berazam hendak meninggalkan segala polemik discussion semester ini sebab saya hendak selesaikan skripsi saya dengan baik dan lancar) adalah kata-kata Asri seolah-olah pengajian pondok (tradisi pesantren) tidak membawa pada perkembangan ilmu, dan hanya akan menjadikan para murid taksub, jumud, kampungan, dan lain-lain yang dapat kita tafsirkan sendiri.

    Padahal, saya telah duduk di Pondok Pesantren Salaf (traditional bukan salafi/wahabi) yang beraliran `Asy’ariyyah dan Mathuridiyyah selama 12 tahun lamanya. Secara jujur saja, justru dengan ini, saya bahkan tidak taksub, jumud, kampungan, dan lain-lain yang negatif yang menuju kepada kemunduran. Saya sendiri selalu menunjukkan di campus saya bahwa budak pondok traditional pun dapat bersaing secara academic, open minded, internationaly, dan tidak ketinggalan sifat wara’ yang menjadi syarat sebagai seorang perawi hadis tsiqah yang mana menjadi bidang ilmu Asri sendiri.

    Tuduhan Amalan Tarikat yang Menjurus kepada Kekufuran

    Dalam hal ini, Asri menulis sebagai berikut:

    Quote
    “bahkan ada membawa menjadi begitu sesat bahkan juga sebahagiannya terkeluar dari daerah Islam kepada daerah kufur. Ada sejumlah banyak yang mengaku Islam di India yang percayakan angka, terutama angka 786. Masjid-masjid mereka ini ditulis di pintu masjid sebagai ganti Basmalah (Bismilah) ”.

    Dari kata-kata ini, Asri seolah-olah sangat membenci amalan 786 tersebut sehingga mengelompokkan perkara tersebut bagian dari kekufuran. Saya terus terang, saya belum pernah membaca dalil hukum perkara ini. Tapi saya juga tidak ingin memvonis kufur, kerana setahu saya; amalan sebagian ahli hikmah dengan membuat azimat yang tuliskan nombor adalah gantian dari lafaz-lafaz yang berbahasa Arab sebagai tafa’ulan. Ia juga berguna bagi azimat yang bertuliskan ayat al-Qur’an agar dapat masuk ke dalam tandas, maka ia digantikan dengan nombor. Walau bagaimanapun, saya terus terang memang belum menemukan dalil yang memperbolehkannya, begitu juga yang melarangnya (kerana saya belum pernah terlintas mencarinya), hanya saja saya dapat membagi masalah ini kepada dua pendapat;

    1) yang melarangnya: seperti Kyai Haji Thoifur, Purworejo Jawa Tengah (Ulama hadis, tafsir, fiqh, alat, sejarah, tasawwuf, dan macam-macam lagi Jawa Tengah alumni Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki) dengan alasan takut terjadi tahrif/tabdil terhadap al-Qur’an, tapi beliau pun tidak berani memvonis kafir.

    2) yang memperkenankannya (tapi tidak mensunatkan) Kyai Haji Abdul Hannan Maksum, Kwagean-Pare-Kediri (seorang ulama ilmu nahwu, fiqh, usul, tauhid, hadis, tasawwuf dan llmu hikmah & thibb alumni Kyai Akbar saya yaitu al-Marhum Syaikh Zamroji al-Mursyid al-Kinjany). Salah satu hujjah yang saya menemuinya adalah amalan Ulama Agung kita Hujjat al-Islam Muhammad bin Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya yaitu al-munqidz min al-dlalal p. 79 (Majmu’ah Rasail al-Imam al-Ghazali vol 7; al-Dar al-Kutub al-Ilmiyyah). Dalam kitab tersebut Imam Ghazali menyuruh untuk melukis rajah (seperti dibawah ini) dengan cara-cara tertentu bagi memudahkan bayi yang akan lahir. Berikut gambar yang ditulis al-Ghazali:

    RUJUK DI LINK INI : http://akitiano.blogspot.com/2009/04/tanggapan-artikel-kembara-ilmu-ke-india.html

    Apakah al-Ghazali terus menjadi kafir? Perlu diketahui al-munqidz min al-dlalal adalah kitab muta’akhir al-Ghazali. Saya bukan memperkenankan penulisan tersebut, saya hanya tidak berani hendak mengkafirkan. Saya juga tidak berani menguhukumi secara ilmiah kerana saya belum pernah membacanya. Pendapat ini saya kemukakan hanya sekadar pertimbangan dan iktibar kita semua apakah semudah itu mengkafirkan orang?

    Asri menambah lagi:

    Quote
    “Paling buruk sekali, dikatakan melebihi separuh muslimin India terlibat dengan ajaran Bralewi, mereka menyembah kubur tokoh-tokoh agama terutamanya tokoh-tokoh tarekat. Antara tempat utama mereka ialah Darga bersebelahan dengan markaz utama Jama’ah Tabhligh di Nizamuddin. ”

    Saya terkejut dengan pernyataan ini. Jujur saja, saya memang tidak tahu hakikat Bralewi dan kaitannya dengan penglibatan muslimin di India yang mencapai separuh itu? tapi penyembahan kubur tokoh-tokoh tarekat adalah sebuah fitnah. Di dalam ilmu tarekat, kami tidak pernah sekali-kali mengajarkan agar menyembah selain Allah SWT. Dalam ilmu tarekat, kami selalu mengajarkan untuk berzikir mengingat Allah dan meletakkan Allah sebagai Dzat yang telah menjadikan sekalian alam dan tiada sekutu dengan-Nya. Mungkin claim yang diberikan Asri adalah praktek seperti membaca doa dan menyampaikan hajat di depan kubur dengan mengangkat tangan ke atas seperti halnya orang berdoa ketika selesai solat. Jujur saja, praktek ini tidaklah salah di dalam Islam, kerana ia adalah bagian dari tawassul. Sedangkan hukum tawassul adalah dibenarkan menurut mayoritas ulama yang tidak perlu saya jelaskan hukumnya kerana telah banyak ulama yang mengukuhkannya (Lihat: Mafahim Yajib an Tushahhah, Muhammad bin Alawi al-Maliki).

    Adalah kurang adab kalau saya mempanjangkan pembahasan ini dengan dalil-dalil tawassul, kerana ia hanya akan menghasilkan sesuatu yang hasil (تحصيل الحاصل). Kalau yang dimaksud adalah bacaan al-Qur’an dan tahlil untuk diperhadiahkan kepada guru-guru tarekat yang telah meninggal sebagai amalan yang sesat, maka Imam Ibn Qayyim dalam kitab al-Ruhnya (p. 13, Dar al-Kutub al-Ilmiah) telah berkata:
    “Telah disebutkan dari sekolompok ulama salaf bahwa mereka berwasiat agar dibacakan al-Quran di kuburan mereka setelah dimakamkan. Abdul Haq berkata diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar memerintahkan untuk dibacakan surah al-Baqarah di kuburannya. Imam Ahmad pada mulanya mengingkari hal tersebut kerana belum mendengar informasi dari ulama salaf namun kemudian ia menyetujuinya. Al-Khallal berkata dalam kitab al-Jami’…ayahku berkata apabila aku meninggal letakkanlah aku……TERUSKAN SENDIRI ”.

    Kalau yang dimaksud dari Asri adalah praktek mereka yang memegang kuburan dan menciumnya demi tabarruk sebagai sebuah praktek penyembahan, maka saya akan menjawab: tersebut dalam kitab al-Ajwibah al-Ghaliyyah p. 85:

    س: ما حكم التمسح بالقبور وتقبيلها ؟ ج: الحكم في ذلك عند أكثر العلماء مكروه فقط وفال بعضهم إنه مباح وجائز للتبرك ولم يقل أحد بتحريمهما . س: ما الدليل على جواز ذلك ؟ ج: لأنه لم يرد فيه نهي من الشارع ولا قام الدليل على المنع وقد روي "أن بلالا لما زار المصطفى صلعم جعل يبكى ويمرغ خديه على القبر الشريف" وأن ابن عمر كان يضع يده اليمنى عليه ذكر ذلك الخطيب ابن جملة – إلى أن قال – وثبت عن الإمام أحمد بن حنبل أنه سئل عن تقبيل قبر النبي صلعم فقال لا بأس بذلك ذكره السمهودي في (خلاصة الوفا).


    Kalau masalah solat atau sujud kepada kubur, saya terus terang, tidak pernah terlintas di dalam benak kami dan guru-guru kami melakukannya. Malah kami tau perkara tersebut haram seperti yang diutarakan Ibn Hajar dalam kitab al-Zawajir. Tapi Asri juga perlu tahu, sangat jarang atau saya sendiri belum pernah jumpa ada orang sufi yang melakukannya. Cubalah pergi ziarah ke makam wali song (wali 9) di Jawa seperti Sunan Ampel, Bonang, Giri, dan lain-lain. Apakah ada orang solat atau sujud? Yang ada hanya membaca al-Qur’an, tahlil, berdoa atau tawassul kepada mereka. Mungkin saja Asri melihatnya sewaktu di India, tapi Asri perlu tau, orang yang melakukannya mungkin juga bukan ahli tarekat. Jadi sebaiknya jangan menfitnah ahli tarekat menyembah kuburan. Dan perkara ini jarang berlaku, sebagaimana sebuah kaedah

    “sesuatu yang jarang itu seperti halnya tidak ada”.


    Selanjutnya Asri berkata:

    Quote
    “Mereka menabur bunga dan air wangi sebelum memohon hajat”.

    Dalam statement ini, saya memahami bahwa yang dimaksud oleh Asri perbuatan tersebut adalah haram dan dapat menjurus kepada kekafiran. Ini dari muqtadlal kalam yang disusun oleh Asri.

    Dalam hal menabur bunga dan air wangi, Ulama Nusantara Imam Nawawi Banten berkata di dalam kitab Nihayat al-Zain p. 154:
    Quote
    “Disunnahkan mensiram kuburan dengan air yang dingin kerana tafaulan dengan kedinginannya. Dan tidak apa-apa dengan sedikit dari air bunga, kerana malaikat suka dengan bau yang wangi”.

    Hujjah ini dikuatkan dengan hadis dari Sahih Bukhari :

    “مر النبي صلى الله عليه وسلم بحائط من حيطان المدينة أو مكة فسمع صوت إنسانين يعذبان في قبورهما فقال النبي صلى الله عليه وسلم يعذبان وما يعذبان في كبير ثم قال بلى كان أحدهما لا يستتر من بوله وكان الآخر يمشي بالنميمة ثم دعا بجريدة فكسرها كسرتين فوضع على كل قبر منهما كسرة فقيل له يا رسول الله لم فعلت هذا قال لعله أن يخفف عنهما ما لم تيبسا أو إلى أن ييبسا”.

    Inilah titik kejumudan seorang yang terlalu benci dengan orang yang bertawassul sehingga kadangkala apabila melihat praktek yang tidak masuk akal, langsung memvonis bid’ah atau syirik sekalipun.

    BERSAMBUNG

    divider3
    halaqahforum4