Pegang Al-Quran Dan Menangis Ketika Solat

*

Author Topic: Pegang Al-Quran Dan Menangis Ketika Solat  (Read 7807 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
26 August, 2009, 04:09:47 PM
  • Publish

  • Pegang Mushaf Quran Ketika Solat Tarawih


    Assalamualaikum wbt.

    Saya ingin bertanya...

    1) Apa hukumnya memegang AQ ketika solat terawih atau mana2 solat bagi imam atau makmum. Imam,kerana ingin membaca surah2 yg panjang dan makmum, kerana ingin memeriksa bacaan imam. Adakah perbuatan ini dikira bidaah kerana tidak ada di zaman Rasulullah S.A.W dahulu?

    2) Sekiranya boleh, bagaimana harusnya AQ itu dipegang ketika rukuk,takbir dan sebagainya? Adakah dikepit di ketiak atau diletak diatas lantai terlebih dahulu?

    Sekiranya boleh, saya minta agar disertakan dalil.

    Wassalam


    *********************************

    بسم الله
    والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
    1. Jika berhajat kepada membaca mushaf al-Quran ketika sembahyang tarawih, contohnya imam yang tidak hafiz dan tidak ada hafiz lain yang mengimami solat, maka dibenarkan bersembahyang dengan membaca dari mushaf. Kerana solat tarawih digalakkan dibaca panjang padanya.

    Diriwayatkan bahawa Aisyah r.a. bersembahyang tarawih di belakang hambanya, dan hambanya itu membaca dengan mushaf.
    Disebut oleh Bukhari secara muallaq 1/170, dan Ibn Abi Syaibah (2/338).

    Ibn Syihab ditanya tentang seseorang yang mengimami jemaah pada bulan Ramadhan dengan membaca di mushaf. Beliau berkata, "Mereka dahulu melakukan perbuatan demikian sejak awal Islam. Orang-orang terpilih dari kalangan kami pun membaca dengan (melihat) mushaf". (Muntaha al-Iradat 1/200)

    Tetapi bagi makmum, tidak digalakkan membaca mushaf ketika solat kerana tidak ada hajat. Kerana makmum digalakkan mendengar bacaan imam.

    2. Imam boleh menggunakan mushaf saiz besar dan diletakkan di atas rehal di hadapannya. Ataupun jika dia memegang mushaf saiz biasa, ketika rukuk boleh diletakkan di atas rehal di sebelahnya.

    Wallahu A'lam.
    « Last Edit: 27 August, 2009, 07:08:39 AM by ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 26 August, 2009, 04:13:24 PM
  • Publish

  • Soalan

    Ramai org memegang al-quran ketika terawikh terutama bila imam membaca juzuk surah2 yang panjang. Apakah dibolehkan? dan bagaimana kaifiyat menurut dalil syariat?


    Jawapan

    Termasuk amalan-amalan baru produk zaman sekarang. Ia tidak dikenali di zaman salaf assoleh. Ini kerana perbuatan tersebut menghapuskan khusyu’ sebagaimana dalam surah al-Mukminun 1-2 (Sesungguhnya bertuahlah orang beriman, yakni mereka yg khusyu’ dalam solatnya), Khusyu’ itu tidak tercapa dgn menatap musyhaf.


    Juga bercanggah dgn kaifiat makmum (etika makmum) bersama Imam. Dalilnya:

    إنما جعل الإمام ليؤتم به . فإذا كبر فكبروا . وإذا قرأ فأنصتوا

    terjemahnya: dari Abu Hurayra, (sabda SAW)
    ” dilantik Imam untuk diikuti, jika dia bertakbir, takbirlah, bila dia membaca, diamlah.” dinilai sahih oleh al-Albani, sahih Ibn Majah, 695)

    [disadur dari Fatawa SS Ibn Baaz, alFatawa, 11/342]


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 26 August, 2009, 04:14:32 PM
  • Publish

  • Asslamu’alaikum,
    Macam mana pulak kalau tok imam baca surah panjang sangat sampai makmum kehilangan fokus dan seterusnya lalai? Kekadang sampai terlupa dah rakaat berapa? Jika pegang Quran, sekurang-kurangnya ada tumpuan untuk menghayati bacaan tersebut? Sekian, terima kasih jika persoalan ini diberi perhatian.

    1) amalan pegang musyhaf adalah dari amalan Aisyah ra (ummul mukminin) ketika berimamkan Zakwan, khadamnya di bulan puasa (Fiqh Sunnah 2/180)

    ia hanya dalam bulan Ramadhan sahaja (bulan lain tak ada nas). Komentar syaikh ibn Uthaimin, dibenarkan utk bulan Ramadhan kerana ia adalah bulan al-Qur:an, manakala di bulan lain, tak dianjurkan kerana membaca dari hafalan dgn bacaan yg mudah itulah yg afdhal dan praktikal

    http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=MDForum&file=viewtopic&p=88763#88763

    p/s:oleh kerana saudara mahukan hujah membenarkan, maka saya bawakan hujah yg membenarkan memegang al-quran wkt solat terawikh. cuma perlu juga ingat, perbuatan membuka al-quran itu sndiri dah mengganggu tata tertib solat spy kita letak tgn kanan di atas tangan kiru, kita sudah hilang satu sunnah.


    m_farid

    • *
    • Posts: 16
    • ISLAM is my life
      • View Profile
    Reply #3 26 August, 2009, 04:47:09 PM
  • Publish
  • Salam...

    Saya ada jugak melihat makmum memegang kitab Quran semasa solat Tarawih di Mekah. Timbul persoalan dalam diri saya??
    Mengikut soaljawab diatas, ada ulamak mengharuskn dan ada yang tidak boleh??  yg mn blh kita pegang pendapat ulamak tersebut??

    Satu lg keadaan, makmum di saf hadapan, (yg berlaku di tempat sy) mereka x pegang kitab Quran, tetapi meletakkn di depan tempat sujud. (letak atas rehal). Adakah sama hukumnye dgn memegang kitab tadi???

    wassalam...
    Hidup ini hanya sementara. Muda hanya sekali. Gunakan waktu muda untuk melakukan ibadat supaya senang/mudah di hari kemudian.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 27 August, 2009, 05:23:18 AM
  • Publish

  • Perbuatan menangis di dalam solat dibenarkan iaitu menangis kerana perasaan sedih yang tidak dapat dibendung. Bukan kerana mengada-ngada atau dipaksa. Contohnya : kita akan dapat mendengar mereka yang memahami ayat al Quran apabila membaca ayat yang berkaitan dengan azab semasa solat lalu mereka akan menangis teresak-esak.

    Dalil yang menunjukkan dibolehkan menangis di dalam solat dari hadith :

    "AbduLLah bin Syikir katanya (yang bererti) Aku melihat RasuluLLah sallaLLahu 'alaihi wasallam mendirikan solat sambil baginda teresak-esak bagaikan dadanya terdapat air mendidih di dalam cerek."
    (Hadith diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, serta Tirmidzi yang mengesahkannya)

    Dan pernah juga Saidina Umar bin al Khattab radiyaLLahu anhu menangis ketika beliau membaca surah Yusof.


    Sumber Rujukan :Ustazah Zurina Khalid, Fardhu Ain dan Permasalahan, Pustaka Haji Abdul Majid, 2000.

    2. Hukum memegang mushaf ketika solat  dari jawapan dr ali jum'ah (mufti mesir) :

    Saidatina Aisyah RadiyaLLahu'anhu pernah diimami solatnya oleh seorang maula (budak lelaki yang telah dimerdekakan) miliknya yang bernama Zakwan. Pada saat mengimamkannya itu, dia (Zakwan) membaca dari mushaf.


    (Disebutkan oleh Bukhari secara ta'liq (tanpa menyebutkan salah satu atau semua sanad, dan penyebutan dengan kalimah pasif). Sahih Bukhari, vol 1 hlmn 245, Bab Imamat al Abdi wa Al Maula; diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 2, hlmn 123; dan Baihaqi, As Sunan Al Kubra, vol 2, hlmn 253).

    Oleh itu, para alim ulama dari Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali berpendapat boleh melakukannya.


    Pendapat mazhab ini disampaikan oleh Imam Nawawi; beliau berkata, : Seandainya dia membaca Al Quran dari mushaf, tidak batal solatnya, baik dia hafal atau tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu (membaca dari mushaf) sekiranya dia tidak menghafal al Fatihah. Seandainya dia membolak-balikkan lembarannya (al Quran) di dalam Solat, tidak batal solatnya.

    Demikian dinyatakan oleh Imam Shafie secara nas di dalam Al Imla dan diterapkan oleh para sahabat (ulama' mazhab kami). - Imam Nawawi, Al Majmu', vol 4, hlmn 27.

    Syaikh Rahibani mengambil pendapat Imam Ahmad radiyaLLahu 'anhu, beliau berkata, " BOleh bagi orang yang solat (membaca, melihat dan memandang mushaf), iaitu melihat al Quran.

    Imam Ahmad berkata "Tidaklah mengapa dia melakukan solat malam (qiyamulail) dengan orang-orang lain dengan dia melihat mushaf." Ditanyakan kepada Imam Ahmad radiyaLLahu anhu. "Bagaimanakah dengan solat fardhu"? Imam Ahmad menjawab, Aku tidak mendengar sedikitpun tentang hal itu.

    Az Zuhri pernah ditanya tentang seorang lelaki yang membaca mushaf (ketika di dalam solat) di bulan Ramadhan. Beliau (az Zuhri) menjawab, "Orang-orang yang terpilih (tokoh-tokoh) di antara kami membaca al Quran dari mushaf-mushaf:. - Syaikh Ar Rahibani, Mathalib Ulin Nuha, vol 1, hlmn 483 dan 484.

    Hanya pada kalangan ulama Mazhab Maliki sahaja yang menyatakan hukumnya (membaca mushaf) adalah makrudh ketika sedang solat fardhu atau solat sunat. Sementara pada ulama' Mazhab Hanafi adalah berbeza-beza pendapat di kalangan mereka.

    Atas dasar ini, kami berpandangan adalah rajih dan kuatnya pendapat majoriti (kebanyakan) besar pada ulama' bahawa membaca al Quran dari mushaf di dlam solat itu adalah sah dan tidaklah ada dosa padanya (membaca al Quran dari mushaf). Dan ALlah subahanahu wa ta'ala. Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.


    Sumber :

    Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 27 August, 2009, 07:10:57 AM
  • Publish
  • Salam...

    Saya ada jugak melihat makmum memegang kitab Quran semasa solat Tarawih di Mekah. Timbul persoalan dalam diri saya??
    Mengikut soaljawab diatas, ada ulamak mengharuskn dan ada yang tidak boleh??  yg mn blh kita pegang pendapat ulamak tersebut??

    Satu lg keadaan, makmum di saf hadapan, (yg berlaku di tempat sy) mereka x pegang kitab Quran, tetapi meletakkn di depan tempat sujud. (letak atas rehal). Adakah sama hukumnye dgn memegang kitab tadi???

    wassalam...


    Sila rujuk jawapan di pembukaan topik...

    fayah_89

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #6 10 June, 2010, 11:50:33 AM
  • Publish
  • Soalan:
    Bolehkah seseorang yang sedang solat memegang musyhaf al-Qur:an dengan niat untuk membacanya di dalam solat dan juga menangis dalam solat kerana kesedihan?

    Jawapan:
    1. Memegang musyhaf ketika solat dgn niat membacanya dalam solat.
    Hukumnya boleh, cuma untuk solat sunat di mana dia tidak ada surah panjang yang dihafalnya.

    Dalilnya: al-Qasim meriwayatkan dari Aisyah ra bahawa Aisyah pernah solat di bulan Ramadhan dengan membaca langsung dari musyhaf (al-Qasim ialah al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar alSiddiq, wafat 101H) dikeluarkan oleh Abdul Razzaq dalam alMusanaf (2/230) dan juga dari al-Qasim, pernah Aisyah diimami oleh pembantunya yang membaca dari musyhaf (al-Bukhari, kitab adzan, Ibn Abi Syaibah dalam alMusanif (2/338)

    Syaikh Soleh al-Uthaimiin pula tidak menggalakkan kerana pemegang musyhaf akan membuka perkara2 yg tidak diingini, antaranya:

    1. pemegang musyhaf tidak akan melihat tempat sujud, walhal pesolat hendaklah sentiasa fokus kepada tempat sujud

    2. kedua tangannya tidak bisa lagi bersedekap di atas dada atau lurus sebagaimana biasa

    3. banyak melakukan pergerakan misalnya biji matanya yg membaca musyhaf dan jarinya yang membalikkan helaian musyhaf. Maka aku nasihatkan janganlah berbuat demikian. Fatawa syaikh Saleh al-Uthaimiin, 1994: Riyadh, Dar -Alam Kutub. sekian

    2. Menangis dalam solat kerana kesedihan lantaran takut akan Allah atau kerana gambaran Neraka, azab kubur dan mahsyar, adalah baik dan terpuji dna merupakan petanda khusyu'.
    Dalilnya: "Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis "AQT Maryam (Mary) 58 sekian WA

    Sumber:http://soalsolatumum.blogspot.com/2009/01/pegang-al-quran-dan-menangis-ketika.html
    Menghijrahkan Diri Mmg Payah" "Ada Masa Kita Kalah" "Ada Masa Kita Lelah" "Ada Masa Kita Bertuah" "Itulah Namanya MUHAJADAH" "Kerana Ku Tahu Akhirnya Pasti Indah"

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1061
      • View Profile
    Reply #7 10 June, 2010, 11:53:34 AM
  • Publish

  • bila kita dengar bacaan al-quran daripada imam-imam besar seperti sudais.al-ghamidi,syeikh jibril memang boleh membuatkan kita menitiskan air mata....

    mizsarr

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #8 04 October, 2010, 09:55:01 AM
  • Publish
  • :)

    Saya nk tumpang bertanya. Maaf sekiranya topik ni dah dibincangkan. Saya dh cari, tapi,  tak jumpa.

    Soalan saya,

    1. Tak dinafikan bahawa solat adalah antara terapi terbaik apabila manusia ditimpa musibah/ujian. Soalan saya, apakah hukumnya kalau kita solat (tak kisah la solat fardhu atau sunat), dan kita nangis....For example, kan masa sujud kita digalakkan berdoa.Jadi, kalau masa tengah doa dalam sujud tu, kita mohon pertolongan Allah sampai mengalir air mata & terlalu mengharapkan bantuan Allah, batal ke solat kita?

    2.   Macamana nk hilangkan mengantuk masa buat qiamulail? Saya ada dengar hadith yang diriwayatkan dari Saidatina A'isyah kalau mengantuk masa qiamullail, tidur dahulu. Tapi kalau tiap kali tidur balik, bila terjaga dan subuh, cemana?

    Harap ada halaqian yang dapat membantu.
     :jaz:

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 569
      • View Profile
    Reply #9 04 October, 2010, 10:20:07 AM
  • Publish
  • 1) boleh menangis ketika di dalam solat, tetapi jangan sampai teresak-esak, membunyikan bunyi tangisan dan menyedut kembali hingus basah yang mungkin keluar....kerana perbuatan itu akan membunyikan huruf yang memberi erti maksud....dan ini dikira menambah huruf yang tidak patut ada di dalam rukun qauli solat yang kita lakukan... pendapat mengatakan batal solat tersebut...jika semasa solat, sedih dan tangis mendatangi kita....sebaiknya, kita diam bertenang sebentar sebelum terus menyambung bacaan....sekian....

    2)sebaik nya, selepas bangun dari tidu....terus mandi terlebih dahulu....sebelum kita melakukan solat2 yang kita ingin lakukan....selain tidak terasa mengantuk....tubuh badan kita akan segar dan awet muda....

    sekian, ceria*
    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    hafizul_84

    • *
    • Posts: 322
      • View Profile
    Reply #10 05 October, 2010, 03:14:04 PM
  • Publish
  • 1) boleh menangis ketika di dalam solat, tetapi jangan sampai teresak-esak, membunyikan bunyi tangisan dan menyedut kembali hingus basah yang mungkin keluar....kerana perbuatan itu akan membunyikan huruf yang memberi erti maksud....dan ini dikira menambah huruf yang tidak patut ada di dalam rukun qauli solat yang kita lakukan... pendapat mengatakan batal solat tersebut...jika semasa solat, sedih dan tangis mendatangi kita....sebaiknya, kita diam bertenang sebentar sebelum terus menyambung bacaan....sekian....

    2)sebaik nya, selepas bangun dari tidu....terus mandi terlebih dahulu....sebelum kita melakukan solat2 yang kita ingin lakukan....selain tidak terasa mengantuk....tubuh badan kita akan segar dan awet muda....

    sekian, ceria*

    Alhamdulillah...
    cukup lengkap penjelasannya

    halawah

    • *
    • Posts: 2606
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Reply #11 22 November, 2012, 11:31:14 PM
  • Publish
  • Pegang Al-Qur'an ialah ambil dan ikutlah ajaran hidayah yang ditunjuk agar patuhi segala perintah dan iktibar yang jelas dipaparkan...
    semata memperkuatkan diri dalam aqeedah peningkatan ilmu dan Iman sebagai penyuluh,

    dan menangislah apabila rasa diri tak mampu untuk memahami apa kata-kata yang dituntutkan dan tak faham Rahmat Allah yang begitu tinggi untuk diselam tetapi suka menuntut dengan harapan,
     tapi tak mampu dirasakan hingga nikmat, malah susah diluputkan dalam sanubari dan ingatan...

    apalagi harapkan RahmanNya dan Nikmat yang yang tidak selayak dituntut lantaran tak dapat faham menguasai sifat-sifat Allah 20 dan rukun iman yang 6 dalam diri... :msya:

    ya Allah tunjukilah kami kejalan yang lurus ya Allah..dan luruskan hati kami yang suka berpaling kerana tidak berdaya menuju arah yang diperintahkan...Ampunilah kami hamba-hamba yang lemah ini...Ya Allah

    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    45 Replies
    10351 Views
    Last post 26 February, 2011, 12:22:26 PM
    by durian
    2 Replies
    3329 Views
    Last post 09 January, 2010, 10:47:50 PM
    by badryl3
    1 Replies
    741 Views
    Last post 13 May, 2010, 11:03:01 AM
    by MuN