Forum Islamik Anda
Assalamualaikum. Kami gembira anda bersama kami. Daftar Halaqian Di Sini!!!
Penulis Topik: CERITA UNTUK SUAMI / BAPA / LELAKI  (Dibaca 4717 kali)
0 Halaqian and 1 Tetamu sedang melihat topik ini.
Topic starter
*
Kuala Lumpur
Offline
24.05.07 968

Syukron
Beri: 0 Terima: 23
Paparan Profil
« pada: 08 June, 2007, 02:12:54 PM »

baca tau.....CERITA UNTUK SUAMI / BAPA / LELAKI


Mat...mat....

Mat tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nab isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga.

Satu malam ~~~~ Mat berdoa,"Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah"

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah mengkabulkan permintaan Mat. Pagi besoknya, dia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke
dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami
bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan injin kereta dan bergegas hantar anak-anak ke sekolah.

Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. Komdian....... kutip kain busyuk untuk dicuci dengan mesin sehingga
selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti.

Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak
supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Komdian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya
tangisan tidak berlarutan. Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran.

Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap.

Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang ma! sih kecil, pastu uruskan
supaya anak-anak masuk tidur.... dan macam-macam pastu lagi. Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai lohe...

Bolehlah rasanya nak berehat sikit.
 
Opps.... belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai
dua kali lohe dan langsung tertidur....... tak pasti pukul berapa.

Setelah terjaga sebelum dinihari, Mat segera bangun dan berdoa semula,"Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu.... Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Tobat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah
isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja"

Sekonyong-konyong Mat terdengar satu suara ghaib berkata,"Wahai Mat, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk
melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali...."

Whatttt???... 9 bulan 10 ari??? ....Beranaaak???.......Waaaaaa.. tak nak,,,,,,,,,,tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk...!!!

~~~~~ "Bang, bang... Abangggg... apasal niii.....??" Sergah satu suara di sisinya. Mat melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya,"Nab, Nab kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??? "Laaaaa... tebiat apa pulak abang ni. Kan Nab ni pompuan..
Tentulah abang yang jadi suami..... Appa punya lawak pagi-pagi rabun ni....."

Hari tu Mat mengambil cuti emergency dan sehari suntuk ! membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah..... Nab terkedu beghok, terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.........

Moral cerita : Isteri perlu disayangi dan lindungi kerana ia adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.


*Image Removed*
Ya ALLAH, jadikan aku wanita yang solehah...yang baik di antara yang terbaik...dan kurniakan aku pendamping yang baik...
dlm mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
Amin...
*
Offline
24.05.07 213

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #1 pada: 08 June, 2007, 02:30:03 PM »

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*

KETIKA SATU PINTU KEBAHAGIAAN TERTUTUP, PINTU LAIN DIBUKAKAN.TAPI SERINGKALI KITA TERPAKU TERLALU LAMA PADA PINTU YANG TERTUTUP SEHINGGA TIDAK MELIHAT PINTU LAIN YANG DIBUKAKAN BAGI KITA.
Topic starter
*
Kuala Lumpur
Offline
24.05.07 968

Syukron
Beri: 0 Terima: 23
Paparan Profil
« Jawab #2 pada: 08 June, 2007, 02:31:37 PM »

hikhikhik...

yani..enti x kawin lagi....dah rase penatnye ye...

x lame lagi ler tu...Amin!..he
*
Offline
24.05.07 213

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #3 pada: 08 June, 2007, 02:34:22 PM »

ui...memanglah..rase macam dah tue sangat dah...penat je manjang..
doa2 lah yer... :assalamualaikum
Topic starter
*
Kuala Lumpur
Offline
24.05.07 968

Syukron
Beri: 0 Terima: 23
Paparan Profil
« Jawab #4 pada: 08 June, 2007, 02:37:47 PM »

maknlah vitamin... :-\

 >:( mudah2an enti dipertemukan jodoh yg soleh, ringan tulang membantu enti buat keje2 rumah... :o
*
Offline
24.05.07 2200

Syukron
Beri: 1 Terima: 68
Paparan Profil WWW
« Jawab #5 pada: 08 June, 2007, 02:51:09 PM »

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*


memang banyak keje..
lebih elok kalu tak payah kerja kat luar..
jadi surirumah dah cukup...
coz kejenya tak abis dari pagi sampai malam...
di tambah plak ade anak....

TuhAN cInTa aGuNg..
*
Offline
17.06.07 126

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #6 pada: 02 July, 2007, 05:53:05 PM »

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*


Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
*
Offline
24.05.07 213

Syukron
Beri: 0 Terima: 3
Paparan Profil
« Jawab #7 pada: 02 July, 2007, 07:09:30 PM »

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*


Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.


mmg benar....

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*


memang banyak keje..
lebih elok kalu tak payah kerja kat luar..
jadi surirumah dah cukup...
coz kejenya tak abis dari pagi sampai malam...
di tambah plak ade anak....

semuanya benar belaka....
*
Malaysia
Offline
24.05.07 383

Syukron
Beri: 1 Terima: 31
Paparan Profil WWW
« Jawab #8 pada: 03 July, 2007, 12:52:43 AM »

tersenyum juga semasa cerita ni saya baca. Automatically teringat satu filem lakonan Arnold di tv dulu ( watak arnold pregnant).

Kelakar.. tp komen² di atas juga benar...

Berat tanggungjawab wanita menguruskan rumah tangga, sama juga berat dengan bebanan lelaki yang mengalas tanggungjawab ke atas saudara perempuannya.

Dlm rumahtanggakan dah mengajar sikap bertolak ansur? Jadi rasanya tak salah kalau sikap tolenrasi di dalam rumah tangga di amalkan bg meringankan bebanan si isteri.

Bg isteri yg berkerja, pasti saja bebanan yang dipikul menjadi dua kali ganda, jadi suami juga ringan²kanlah menyinsing lengan menolong isteri.

Rasulullah s.a.w sendiri mengamalkan sikap tolong menolong di dalam rumah tangga.

Kiranya.. tak kira lelaki atau perempuan, tanggungjawab yg perlu anda pikul sememangnya berat.

"Say your prayers before prayers for you are said"

"Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
[/cen
*
Offline
05.07.07 37

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #9 pada: 05 July, 2007, 09:33:47 PM »

Ha'ah, ana stuju dengan kak diya.

Setiap kejadian Allah, tak kira lelaki atau perempuan, semuanya punya tanggungjawab sendiri.

Jadik, sama-samala kita tolong satu sama lain utk kurangkan beban masing2.
Ada istri yang bekerja utk kurangkan beban suami, tak kurang jugak ramai suami yang rajin masuk dapur bertanya istri apa yg boleh dibantu.
Kan elok macam tu, insya Allah aman rumah tangga.
Allahualam... =)
*
Offline
28.05.07 49

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil WWW
« Jawab #10 pada: 05 July, 2007, 10:18:17 PM »

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*


Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

O yaa pak d_heikel, ana sudah pernah mendengar kalimat diatas. Banyak yang harus ana pertanggung jawabkan kelak. Artinya ana harus memperhatikan keadaan ibu dan saudari ana saat ini. Kalau boleh tau, kalimat kalimat ini dari mana? hadits
« Last Edit: 05 July, 2007, 10:34:32 PM oleh anplatma »

Ujian adalah Tarbiyyah dari Allah
*
Offline
11.06.07 1684

Syukron
Beri: 1 Terima: 91
Paparan Profil
« Jawab #11 pada: 26 November, 2007, 06:56:29 PM »

Seronok bace cerita klakar ni,lawak..lawak...tak terbayang jika si sang suami Allah takdirkan boleh mengandung dan beranak d111....camne gaknye ya tu!Gempaaaak...kaum bapaaak oi....... hehehe d999
« Last Edit: 26 November, 2007, 06:58:43 PM oleh halawah »

İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh
*
Kedah
Offline
01.03.09 222

Syukron
Beri: 12 Terima: 4
Paparan Profil
« Jawab #12 pada: 07 April, 2009, 02:21:25 AM »

memang kelakar...bagus kalau semua lelaki dapat mimpi macam ni...
pagi2 rabun dah mengigau merepek2 cakap dia tak mau jadi bini...
esoknya cuti emergency tolong buat kerja punya pasal...
ahak2...adoiyaiii sapa la tulis crita ni...
*
Terengganu
Offline
25.03.09 4660

Syukron
Beri: 325 Terima: 458
Paparan Profil WWW
« Jawab #13 pada: 07 April, 2009, 08:43:16 AM »

hehe..mane nti dapat citer nih...
ketahuilah kaum adam...zaman sekarang nih pompuan lagi penat,kena keje lagi,
uruskan rumahtangga lagi... :-*


stuju..walaupun sy laki..
cuba tengok rasulullah melayan isteri mereka camne..
rasulullah mmg idola sy..

"Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
Http://cahayarabbani.blogspot.com
Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
assiddiq@ymail.com
*
Offline
05.04.09 28

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #14 pada: 07 April, 2009, 06:59:28 PM »

wahai kaum adam...kasihlah isteri anda...jgn anggap anda bekerja sudah kukuh alasan utk tidak menolong isteri anda yg mengurus rumatangga...
'dah la pulak zaman skrg isteri kerja,buat kerja rumah lagi...suami pulak kalau lmbat masak lah,lmbat itu inilah,silap itu inilah nak melenting...kesian lah kat bini tu....
dia ada hati perasaan gak...dy manusia biasa gak...bukannya binatang..bila 'nak' dtg...bila tak nak buang..mcm pampers...huhuuuu~

kawan....mara ke hadapan..
maju,bina kekuatan...hidup mst tempuh cabaran...
itulah resam kehidupan...
dunia perlukan pertolongan...
dari generasi sepertimu...
generasi sifat kekeluargaan...
untuk mendapat keredhaan ALLAH yg ESA...

Duhai temanku...
mengapa dipisahkannya..
cita2 dan cinta..
*
Offline
21.12.08 379

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #15 pada: 09 May, 2009, 08:07:28 AM »

hehehe..baru korang tahu..penatnye wanita bergelar isteri ibu...

berkawanlah selagi ada hati..bergembiralah selagi ada teman disisi..berbahagialah selagi ada ibu bapa yang sentiasa menemani..ingat ALLAH sokmo...
*
Offline
10.02.09 50

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #16 pada: 18 June, 2009, 12:03:06 PM »

sian lagi kat mum yg mn keje pstu + keje kat umah..
huh..letyh!!!
*
Offline
18.06.09 1

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #17 pada: 18 June, 2009, 04:02:11 PM »

Memang penat bergelar ibu bekerja.Namun ada rahmat disebalik itu.Apalagi melihat anak-anak berjaya dek kerana hasil asuhan dan air tangan ibu.Kepada para ibu-ibu,usahlah bersungut andai anda kelelahan kerana setiap keringat yang gugur ada hikmahnya.Buat suami,luangkan masa anda sejenak . Tatkala kalian membaca akbar dan enak menonton rancangan kegemaran,isteri kalian berperang dengan tugas yang perlu diselesaikan.Rata-rata tiada sungutan.Tugas dilaksanakan sebaik mungkin.Tatkala anda menghadap hidangan,isteri kalian akan berdalih "makanlah dulu,saya masih kenyang".Namun jauh disudut hati kelaparan mengcengkam.Tapi dek perlu pastikan suami menjamu selera tanpa gangguan sikecil maka disimpan semuanya.Oleh itu para suami hargai isteri kalian.sesekali ucapkan "terima kasih"
*
Negeri Sembilan
Offline
30.09.09 5

Syukron
Beri: 0 Terima: 1
Paparan Profil
« Jawab #18 pada: 20 October, 2009, 01:16:44 PM »

teringat ibu kt rumah...msti penat..smoga allah m'balas sgl pengorbanan mereka...amin
*
Kedah
Offline
07.10.09 11

Syukron
Beri: 0 Terima: 0
Paparan Profil
« Jawab #19 pada: 20 October, 2009, 01:42:27 PM »

hah3x...cerita ni memang klakar...sesuai utk bacaan semua yg dah atau blum b'gelar suami

bersyukurlah walau siapa pun diri kita...baik suami atau isteri, baik lelaki atau wanita, baik anak atau ibu bapa...kerana masing2 ada tugas, amanah n tanggungjawab yg perlu dilaksanakan...Firman Allah yg bermaksud..."Tidaklah Aku jdkan sesuatu itu sia2..." tunaikanlah tanggungjawab kita sebaiknya...sama2 meringankan bebanan...sama2 mencipta bahagia...sama2 bercinta sampai ke syurga...
 
Pindah ke:  

Related Topics
Subjek Dimulakan Oleh Jawapan Views Kiriman Terakhir
Untuk Lelaki bergelar suami dan bakal2 suami.. Bait Muslim « 1 2 » ibnuwalidaini 21 4087 Kiriman Terakhir 29 March, 2010, 03:14:56 PM
oleh cahayalurus
Cerita sedih untuk muhasabah...( baca sorang-sorang) Cerpen « 1 2 » ahmad_siddiqui 38 10900 Kiriman Terakhir 27 January, 2010, 08:29:53 PM
oleh ukht nuha
Dilamar lelaki Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa Bait Muslim flowerpink 7 141 Kiriman Terakhir 20 August, 2010, 10:30:52 AM
oleh hafizul_84