Indahnya solat subuh

*

Author Topic: Indahnya solat subuh  (Read 5416 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
21 August, 2009, 09:41:08 PM
  • Publish


  • Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

    RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

    Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

    Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

    Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

    Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

    Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

    Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

    Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

    Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

    Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.



    « Last Edit: 21 August, 2009, 09:43:03 PM by ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    SNF

    • *
    • Posts: 904
    • "Kau ibarat permata berharga"
      • View Profile
    Reply #1 22 August, 2009, 12:15:45 AM
  • Publish


  • ::Peristiwa Subuh::
    Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
    berkumandang suara azan
    mendayu memecah sepi
    selang-seli sahutan ayam
    tetapi insan kalaupun ada hanya
    mata yang celik dipejam lagi
    hatinya penuh benci berdengkurlah kembali
    begitulah peristiwa di Subuh hari
    suara insan di alam mimpi
    Ayuh bangunlah tunaikan perintah Allah
    sujud mengharap keampunan-Nya
    bersyukurlah bangkitlah segera
    moga mendapat keredhaan-Nya
    begitulah peristiwa di Subuh hari
    setiap pagi setiap hari

    Sahabat...

    Ana bawakan lirik nasyid di atas ini untuk mengingatkan diri ana jua sahabat-sahabat sekalian tentang Fenomena Subuh. Mungkin ada yang tidak sedar atau buat-buat tidak sedar tentang perihal masjid dan suasananya ketika datangnya waktu Subuh. Ana yakin sahabat-sahabat prihatin dengan suasana yang melanda umat ISLAM kini.. ana yakin, sahabat semua lebih "masyi" (arif) tentang ayat yang ke-216 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud :

    "Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia terbaik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu tetapi ia bukan yang terbaik untukmu"
    (Al-Baqarah ayat : 216)


    Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

    "Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”
    (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)


    Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

    Hayatilah hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik solat Subuh. Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seluruh isinya.

    muhammadbruns

    • *
    • Posts: 5
      • View Profile
    Reply #2 09 October, 2009, 04:30:50 PM
  • Publish
  • assalamua'alaikum...

    memohon tips, bagaimana hendak menahan diri/mata supaya tidak tidur lagi selepas fardhu subuh...

    wassalam

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14514
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 09 October, 2009, 05:09:03 PM
  • Publish
  • assalamua'alaikum...
    memohon tips, bagaimana hendak menahan diri/mata supaya tidak tidur lagi selepas fardhu subuh...
    wassalam

    Untuk menahan mata supaya tidak tidur selepas subuh ialah dengan melakukan aktiviti yang di sukai, contohnya, saya melayari internet dengan membuat bacaan santapan rohani. Jika terus berzikir, duduk , membaca buku, mata cepat mengantuk. Tapi jika kita mengadap komputer dan melayari internet, sambil memasang bacaan quran, susah mata mahu mengatuk dan tidur semula.

    Jika tidak puasa, buat air minuman, mencuci pakaian, atau berkemas rumah. JIka hilang mengantuk, ingin membaca al'mathurat, bolehlah diteruskan. Selain melakukan sedikit senaman ringan. Apabila telah jadi kebiasaan tidak tidur selepas solat subuh, maka bolehlah kita membaca Al-Quran dan berzikir.


    Nor_207

    • *
    • Posts: 896
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #4 09 October, 2009, 05:34:56 PM
  • Publish
  • assalamua'alaikum...
    memohon tips, bagaimana hendak menahan diri/mata supaya tidak tidur lagi selepas fardhu subuh...
    wassalam

    Untuk menahan mata supaya tidak tidur selepas subuh ialah dengan melakukan aktiviti yang di sukai, contohnya, saya melayari internet dengan membuat bacaan santapan rohani. Jika terus berzikir, duduk , membaca buku, mata cepat mengantuk. Tapi jika kita mengadap komputer dan melayari internet, sambil memasang bacaan quran, susah mata mahu mengatuk dan tidur semula.

    Jika tidak puasa, buat air minuman, mencuci pakaian, atau berkemas rumah. JIka hilang mengantuk, ingin membaca al'mathurat, bolehlah diteruskan. Selain melakukan sedikit senaman ringan. Apabila telah jadi kebiasaan tidak tidur selepas solat subuh, maka bolehlah kita membaca Al-Quran dan berzikir.


    Selain itu, elok bila bangun pagi, buka tingkap supaya udara segar masuk, insya Allah badan pun rasa segar dan bersemangat


    « Last Edit: 09 October, 2009, 06:09:23 PM by Ummi Munaliza »
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Solat Subuh

    Started by polarBear « 1 2 » Ilmiah~Lucu

    39 Replies
    9258 Views
    Last post 20 January, 2012, 05:39:51 PM
    by anamuslimah425
    4 Replies
    2784 Views
    Last post 07 December, 2010, 02:03:07 PM
    by hawa84
    5 Replies
    2380 Views
    Last post 07 January, 2013, 10:23:31 AM
    by miszniena