0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
-DOA UNTUK IBU BAPA- Ya Allah Rendahkanlah suaraku bagi mereka Perindahlah ucapanku di depan mereka Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku. Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda. Ya Allah, Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. Amin Ya Rabbul Alamin.. Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini. Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...
jadikanlah aku anak yg solehah yaAllah..peliharalah mereka sepertimana mereka memlihara ku sejak kecil ya Allah..
Ya Allah, Kurniakan ibu bapa ku hidayah seperti mana Kau kurniakan aku Hidayah ,Tunjukki mereka jalan lurus, pimpinlah mereka kepada kebenaran.
Quote from: Ayuni_Syifa' on 27 February, 2010, 05:03:28 PMYa Allah, Kurniakan ibu bapa ku hidayah seperti mana Kau kurniakan aku Hidayah ,Tunjukki mereka jalan lurus, pimpinlah mereka kepada kebenaran. amin ya rabbil alamin
Ya Allah,aku lemah aku banyak dosa,aku suka mengeluh,aku kerap lalai dan alpa,Ampunilh aku Ya Allah,ampunilh diriku dengan pengampunan oleh sifatMu yg Maha Pengampun,Maha Pengasih&Maha Penyayang..Mudah-mudahan tanpa banyak hisabdan tanpa banyak syarat,sebagaimana ibubapaku mmaafkn aku tanpa syarat,mengasihiku tanpa mengharapkan balasanYa Allah ampunilah ibu bapa kurahmatilah merekadan limpahkan RahmahMu kpd mereka ..mereka yang mengasihiku tanpa syarat,maafkan merekadan limpahkan kasih sayangMu kepada mereka tanpa hisabdan tanpa syaratmaafkan merekauzurkan kekurangan-kekurangan merekatempatkan mereka di dunia rahmat Mudan di akhirat redha Muameeennn ya Rabbal 'Alamin
Dimulakan Oleh faseh « 1 2 » Ilmiah~Lucu
Dimulakan Oleh Mas Ayu Luahan Hati
Dimulakan Oleh isla Kekeluargaan