0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.
“Tiap-tiap yang bernyawa akan pasti merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu”
“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).”
“ Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak tidur Baginda membaca doa: “Ya Allah dengan namaMu aku mati dan hidup”, dan apabila Baginda terjaga membaca doa: “Syukur kepada Allah yang menghidupkan diriku selepas mematikannya dan kepadaNyalah tempat kembali”.
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya: dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya”.
“Puteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengirimkan utusan kepada Baginda bahawa anak saya (Usamah) meninggal, maka silalah datang kepada kami”. Baginda pun mengirimkan utusan dengan berkirim salam dan sabdanya: “Sesungguhnya bagi Allah apa yang diambilNya dan bagiNya apa yang diberikanNya, dan segala yang wujud ini di sisi Allah ada batas waktu yang telah ditentukanNya! Perintahkan kepadanya supaya dia bersabar dan mencari pahala Allah”.
“sesiapa yang mengucapkan takziah (pernyataan turut bersedih (berdukacita)) orang yang ditimpa musibah, maka dia memperolehi pahala seperti pahala orang yang mendapat musibah”.
“Tiadalah seorang mukmin yang mengucapkan takziah kepada saudaranya yang ditimpa musibah, melainkan Allah Subbhanahu wa Ta‘ala memberinya pakaian daripada pakaian yang mulia pada hari kiamat”.
Menurut ulama Syafi‘eyah sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati sebelum mayat tersebut dikuburkan kerana ketika itu keluarga si mati dalam keadaan sedih dan gelisah. Walau bagaimanapun yang lebih baik ucapan takziah tersebut dilakukan setelah mayat dikuburkan kerana sebelum menanam mayat itu ahli keluarga si mati dalam keadaan sibuk membuat segala urusan pengkebumian.
“Bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tidak diharuskan berkabung atas si mati lebih daripada tiga hari, kecuali atas suaminya iaitu selama empat bulan sepuluh hari”.
“Kami masuk bersama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menemui Abu Saif Al-Qain, suami wanita yang menyusui Ibrahim. Rasulullah mengambil Ibrahim dan menciumnya, sesudah itu kami masuk kepada Baginda dan (ketika itu) Ibrahim menghembuskan nafas (terakhir) dengan tenang, lalu mata Rasulullah mulai mencucurkan air mata”. Kemudian Abd Rahman bin ‘Auf berkata kepada Baginda: “Engkau wahai Rasulullah!”, Baginda bersabda: “Wahai putera ‘Auf, sesungguhnya air mata itu rahmat (kasih sayang), kemudian air mata (Baginda) terus bercucuran lagi, seraya Baginda bersabda: “Sesungguhnya mata mencucurkan air mata dan hatipun sedih dan kami hanya mengatakan apa yang diridhai oleh Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami sedih kerana berpisah denganmu wahai Ibrahim”.
“Tidak termasuk golongan kami orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-goyak baju dan berteriak-teriak seperti memanggilnya orang Jahiliyah”.
“Wanita yang menangis menjerit-jerit, apabila tidak bertaubat akan dibangkitkan di hari kiamat nanti dengan memakai pakaian (tembaga) daripada percikan api neraka dan baju besi daripada kurap”.
“Apabila ada seseorang yang meninggal, kemudian ada orang yang menangisinya mengatakan: Waa jabalah! Waa sayyidah! (Duhai pujaanku ! Duhai kemuliaanku!) atau sebagainya, nescaya ada dua malaikat yang ditugaskan kepada mayat itu, menusuk-nusuk badan mayat tersebut dengan mengatakan: “Apakah benar engkau adalah gunung? Apakah benar engkau adalah yang mulia?”
“Sesungguhnya mayat itu disiksa dengan sebab tangisan (ratapan) ahli keluarga ke atasnya”.
“ Dan (ingatlah) apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu , tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya”.
Menurut Ibnu Hajar, adalah sunat bagi jiran si mati sekalipun bukan berasal dari negerinya atau bukan ahli keluarga si mati menyediakan makanan yang boleh mengenyangkan ahli keluarga si mati pada hari tersebut hingga ke malamnya. Begitu juga sunat bagi keluarga si mati yang jauh berbuat demikian kerana ahli si mati ketika itu diselubungi oleh kesedihan di atas kematian tersebut.
“Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja‘afar yang telah meninggal, (kerana) telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk (disebabkan ditimpa kematian itu)”.
Sebahagian orang mengadakan kenduri arwah ini sehingga empat puluh hari. Amalan sedemikian nampaknya tidak bertentangan dengan apa yang diriwayatkan oleh Mujahid apabila seseorang itu mati maka langit dan bumi akan menangis di atas kematiannya selama empat puluh pagi, kerana bumi dan langit kehilangan seorang hamba Allah yang sentiasa mengimarahkan bumi dengan ruku‘ dan sujud. Manakala langit pula kehilangan ucapan tasbih dan takbir. Menurut Ali dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa apabila seorang mukmin meninggal dia ditangisi oleh tempat ibadatnya di bumi dan tempat naik amalnya yang baik di langit.
“Orang mukmin itu mempunyai dua pintu, satu pintu bagi amal kebajikannya naik ke langit dan satu pintu tempat turun rezekinya daripada langit. Maka apabila seseorang itu mati kedua-dua pintu itu menangis. Oleh kerana itu Allah Ta‘ala berfirman: “Mereka itu (Firaun dan orang-orang yang tidak melakukan amal kebaikan di muka bumi ini, ketika dibinasakan) tidak ditangisi oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”
menurut ahli Sunnah wa Al-Jama‘ah, puasa, sembahyang atau sedekah untuk dijadikan pahalanya kepada orang lain sama ada yang telah mati dan yang hidup adalah harus. Pahala tersebut juga sampai kepada mereka. Begitu juga pendapat ulama Syafi‘eyah bahawa doa yang dihadiahkan kepada orang mati dan orang hidup akan sampai kepada mereka sama ada kepada keluarga yang dekat atau jauh, dengan wasiat atau sebaliknya. Perkara ini dijelaskan oleh hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah dalam hati kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengkhabarkan kepada kami bahawa Najasyi, Raja Habsyah meninggal pada hari itu, lalu Baginda bersabda: “Pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu”.
“Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila selesai menguburkan mayat, Baginda berdiri di atasnya seraya bersabda: “pohonkanlah keampunan bagi saudara kamu, pohonkanlah baginya ketetapan menjawab kerana ketika ini dia sedang disoal”
“Sesungguhnya Sa‘ad bin Ubadah saudara Bani Sa‘edah, pada masa kematian ibunya, dia tidak berada di sisinya, lalu beliau datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibu ku telah meninggal sedang aku tidak berada di sisinya, oleh kerana itu adakah sesuatu boleh memberi manfaat kepadanya jika aku sesuatu itu untuknya?” Baginda bersabda: “Ya”, Sa‘ad berkata: “Maka sesungguhnya aku bersaksi kepada engkau bahawa kebunku yang berbuah itu adalah sedekah untuk ibuku”
“Sesungguhnya seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal secara tiba-tiba dan aku menyangka apabila dia (dapat) berkata-kata maka pasti dia akan bersedekah, apakah aku (dapat) bersedekah untuknya?” Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ya, bersedekahlah untuknya”.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya”.
“Kami berada di sisi Umar lalu beliau berkata: “Kami dilarang daripada sebarang perbuatan yang memberatkan”.
Dimulakan Oleh Mahyuddin « 1 2 » Ibadah
Dimulakan Oleh najwa_hamali Remaja
Dimulakan Oleh namaku ifa Ilmiah~Lucu