 10.03.09 372
Syukron
Beri: 2
Terima: 35
|
 |
« pada: 15 August, 2009, 11:57:45 PM » |
|
Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.
1. Imam Solat Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’ Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
|
-hOLla- ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku... 
|
|
|
 29.08.09 4
Syukron
Beri: 0
Terima: 0
|
 |
« Jawab #1 pada: 29 August, 2009, 01:19:29 PM » |
|
:)berbahagialah sesebuah rumahtangga yg memiliki suami idaman hati.lengkap dengan ajaran agamanyer didalam mendidik isteri dan anak2.syukur alhamduliallah diatas pemberian allah kepada mereka yg menikmatinyer pada hari ini.teruskanlah membina rumahtangga diatas dasar bertolak ansur dan bekerjasama dan disulami dengan kasih sayang yang berpanjangan hendaknyer hingga keakhir hayat bersama.
|
|
|
|
|
 10.10.09 295
Syukron
Beri: 55
Terima: 16
|
 |
« Jawab #2 pada: 27 December, 2009, 05:35:27 PM » |
|
HEBATnya Mahligai Bila suami HEBAT dibantu oleh isteri yang HEBAT seterusnya akan melahirkan anak-anak yang HEBAT.INSYAALLAH HEBAT di dunia HEBATLAH di Akhirat.
|
|
|
|
|
 16.02.08 322
Syukron
Beri: 141
Terima: 30
|
 |
« Jawab #3 pada: 27 December, 2009, 07:30:23 PM » |
|
nak ready nie....mesti belajar memasak karg sblm pinang anak orang....
|
* nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan..... * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...
|
|
|
 12.08.09 101
Syukron
Beri: 1
Terima: 10
|
 |
« Jawab #4 pada: 27 December, 2009, 08:21:59 PM » |
|
oren suka yang no 4. Pandai memasak...
selalu nye aspek masak-memasak ni ditujukan kepada wanita/isteri/gadis...
pada oren...lelaki juga perlu at least tahu memasak...ini penting untuk menjamin kesejahteraan keluarga...
kita lihat situasi hari ini, suami isteri bekerja...ape salahnyer suami tolong...lumrah anak mauhukan ibunya sebelum ayahnya... lebih2 lagi yang menyusu badan...mesti ibu yg di kejar dulu...kalau si suami tak menolong tuk masak, keciannya pada si ibu..mana nk susukan baby, mana nak sediakan mkn malam...
sedarlah lelaki2 di luar sana...isteri2 anda tu penat...tolonglah mereka...
|
|
|
|
|
 16.02.08 322
Syukron
Beri: 141
Terima: 30
|
 |
« Jawab #5 pada: 27 December, 2009, 11:21:41 PM » |
|
oren suka yang no 4. Pandai memasak...
selalu nye aspek masak-memasak ni ditujukan kepada wanita/isteri/gadis...
pada oren...lelaki juga perlu at least tahu memasak...ini penting untuk menjamin kesejahteraan keluarga...
kita lihat situasi hari ini, suami isteri bekerja...ape salahnyer suami tolong...lumrah anak mauhukan ibunya sebelum ayahnya... lebih2 lagi yang menyusu badan...mesti ibu yg di kejar dulu...kalau si suami tak menolong tuk masak, keciannya pada si ibu..mana nk susukan baby, mana nak sediakan mkn malam...
sedarlah lelaki2 di luar sana...isteri2 anda tu penat...tolonglah mereka...
hehehe....bek pilih suami yang pandai memasak n berusaha kurgkn keja isteri...isteri hanya membantu suami...n isteri itu amanah suami...akan ditarik di akhirat kelak kalo tak didik.. silap dan salah saya mohon dimaafkan dan diperbetulkan
|
|
|
|
|
 30.11.09 374
Syukron
Beri: 27
Terima: 22
|
 |
« Jawab #6 pada: 28 December, 2009, 12:31:02 AM » |
|
bagus gak ne.......... baru ana taw........ lalalalalala.........
|
Sesiapa yang memuji ku adalah musuh ku...... dan sesiapa yang menegurku adalah kawan ku.....
|
|
|
 22.01.09 881
Syukron
Beri: 422
Terima: 204
|
 |
« Jawab #7 pada: 28 December, 2009, 12:36:15 AM » |
|
Siapa pun bergelar si Suami.. Mmg nak terhebat dalam menjaga masjid yang di bina.
|
|
|
|
|
 11.10.08 1293
Syukron
Beri: 1559
Terima: 320
|
 |
« Jawab #8 pada: 25 January, 2010, 10:01:26 AM » |
|
Siapa pun bergelar si Suami.. Mmg nak terhebat dalam menjaga masjid yang di bina.
Saya pun berpandangan seperti yang saudari fikirkan...
|
~~ SATU AKIDAH!!!, ISLAM DIDAHULUKAN IMAN DIUTAMAKAN ~~
|
|
|
 23.01.10 21
Syukron
Beri: 0
Terima: 3
|
 |
« Jawab #9 pada: 25 January, 2010, 10:47:52 AM » |
|
Memasak tu dikira hebat ke?.....Ana masak boleh tahan...tapi zaujah tak lalu makan.....he...he....
|
|
|
|
|
 11.10.08 1293
Syukron
Beri: 1559
Terima: 320
|
 |
« Jawab #10 pada: 25 January, 2010, 11:10:06 AM » |
|
Memasak tu dikira hebat ke?.....Ana masak boleh tahan...tapi zaujah tak lalu makan.....he...he....
Hebat dah tue saudara...kire tergolong suami yang hebat...kalo nak lagi hebat kene rajin try2 resipi baru..
|
|
|
|
|
 24.12.09 215
Syukron
Beri: 1
Terima: 7
|
 |
« Jawab #11 pada: 25 January, 2010, 11:30:05 AM » |
|
6. Mempunyai prinsip dan pendirian Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
yang ini saye tak setuju. orang yg tak berilmu je tulis mende ni. khasnye pada orang lelaki.
|
|
|
|
|
|
|
|