Terapi gantian methadone

*

Author Topic: Terapi gantian methadone  (Read 10479 times)

0 Halaqian and 2 Guests are viewing this topic.

13 August, 2009, 11:20:29 AM
  • Publish

  • Terapi gantian methadone

    Pengenalan

    Methadone adalah opiat sintetik yang digunakan sebagai ubat penahan sakit dan juga di dalam rawatan penagihan narkotik.

    Methadone ini digunakan sebagai kaedah mengurangkan mudarat bagi membendung risiko penularan penyakit berjangkit yang berkaitan dengan perkongsian jarum. Methadone juga masih boleh disalahgunakan. Oleh itu terapi gantian methadone mesti dipantau dan dikawal selia dengan rapi.

    Ada tiga kesan utama yang dihasilkan oleh methadone:

        * Mengelakkan kesan gian.
        * Menghalang kesan dari penyalahgunaan dadah terlarang
        * Mengurangkan keinginan terhadap dadah opiat

    Rawatan gantian methadone merupakan rawatan jangka masa panjang.

    Kesan dan akibat

    Apabila methadone digunakan dengan betul, ia merupakan dadah yang selamat. Apabila disalahgunakan ia boleh menghasilkan kesan sampingan seperti mengantuk, letih lesu, loya, muntah, sukar membuang air kecil, perubahan emosi, gangguan corak tidur dan gangguan fungsi serta kurang keinginan dalam hubungan seksual.

    Kesan sampingan yang serius termasuk serangan sawan. Malah dalam kes pengambilan metadone secara berlebihan ia boleh mengakibatkan kematian.

    Tak mahu kenal sapa-sapa

    Reply #1 13 August, 2009, 11:21:23 AM
  • Publish

  • Rawatan

    Methadone boleh diberikan sebagai rawatan untuk pesakit luar di klinik dan hospital yang telah dipilih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Methadone perlu diambil setiap hari dan pemberian metadone dipantau oleh pegawai farmasi dengan rapi di klinik dan hospital.

    Setiap penerima terapi gantian metadone wajib memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh KKM dan mematuhi kaedah rawatan seperti yang ditetapkan.

    Penerima rawatan methadone wajib memaklumkan maklumat terapi methadone apabila berjumpa dengan mana-mana doktor bagi mengelakkan kesan interaksi yang serius dengan ubat-ubat lain. Terapi gantian methadone akan menjadi lebih berkesan apabila rawatan digabungkan dengan kaedah menangani masalah perubatan, psikiatri dan sosial yang lain. Kaunseling juga memberi kesan positif di dalam terapi gantian methadone.

    Reply #2 13 August, 2009, 11:22:36 AM
  • Publish

  • Pemulihan


    Terapi kognitif

    Terapi tingkah-laku

    Latihan asertif

    Sokongan sosial

    Pembinaan kesihatan rohani yang mantap


    Kumpulan sokongan

    Agensi AntiDadah Kebangsaan

    Calvary Spiritual Centre

    Reply #3 13 August, 2009, 11:28:45 AM
  • Publish
  •  
    Program Methadone Maintenance Therapy (MMT)

    Dasar pendekatan Jabatan Penjara Malaysia kepada Terapi Gantian Metahdone adalah salah satu kaedah program ‘Harm Reduction’ untuk pengguna opiate. Program ini adalah untuk mengurangkan kesan-kesan negative kesihatan yang berpunca daripada perlakuan berisiko tinggi penagihan antaranya berkongsi jarum. Metahdone mengganti opiate seperti heroin dan morfin. Dengan dos yang sesuai ia dapat mengurangkan ketagihan dan mencegah tanda-tanda pengunduran.

    Terapi gantian metahdone adalah pemberian ubat preskripsi di bawah pengawasan Pegawai Perubatan. Metahdone ialah dadah sintetik yang mempunyai kesan yang sama seperti heroin atau morfin tetapi di ambil secara oral (melalui mulut), sekaligus mengatasi pelbagai masalah yang dikaitkan dengan penggunaan/ perkongsian alat-alat suntikan. Metahdone bertindak menutup menghilangkan rangsangan heroin dan opiate lain pada otak. Rawatan methadone akan mengurangkan atau menghilangkan tindak balas heroin dalam badan.

    Penjara Taiping telah dipilih oleh Ibu Pejabat Penjara Malaysia untuk melaksanakan  program Metahdone Maintenance Therapy (MMT)  Fasa Ketiga melalui keputusan dalam mesyuarat di Penjara Pulau Pinang pada 19 Januari 2009.

    Institusi ini telah bertindak memulakan perancangan awal di peringkat Institusi pada 20 Januari 2009 dengan mengadakan mesyuarat perancangan yang dipengerusi oleh Pengarah Penjara Taiping Tuan Tan Tien Heng. Hasil mesyuarat perancangan tersebut telah mengambil keputusan mengadakan Program Metahdone  Maintenance Therapy (MMT) sepertimana mengikut Dasar Jabatan Penjara Malaysia masakini.

    Pada 23 Januari 2009 seramai lima (5) kakitangan Institusi ini Pegawai Perubatan Panel Dr Subramaniam a/l R.Vellian,   KIP Saruddin bin Ismail, KIP Liza bt Ahmad, Pegawai Rekod KIP Roshimah dan Pembantu Pegawai Perubatan Mohd Noor bin Rashid telah
    mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Pulau Pinang bagi mempelajari prosedur program Metahdone  Maintenance Therapy (MMT). Hasil lawatan tersebut Institusi ini telah membuat penerangan dan tawaran mengikuti program Metahdone  Maintenance Therapy (MMT) kepada semua banduan-banduan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Maklumbalas dapati mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan kebanyakan adalah tidak melepasi syarat-syarat yang ditentukan dalam prosedur. Bagi yang layak mengikuti program akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikuti giliran yang ditetapkan.

    Pada 11 Februari 2009, Institusi  telah mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang dihadiri Pegawai Kesihatan Epid JKN Perak Dr Asmah bt Zainal Abidin, Pegawai Kesihatan Daerah Taiping Dr Syed Mud Puad b.Syed Amran, Pegawai Farmasi Hospital Taiping Puan Narimah bt Mohd Yusof dan En.Lee Zenshen serta Pejabat Kesihatan Daerah Taiping PPP Hj Abdullah Sani b.Shabdin. Hasil mesyuarat tersebut telah mendapat kerjasama dari semua pihak untuk melaksanakan program Metahdone  Maintenance Therapy (MMT) dalam bulan Mac 2009.

    Pada 19 Februari 2009 seramai tiga (3) kakitangan Institusi ini terdiri Pegawai Perubatan Panel Dr Subramaniam a/l R.Vellian,   KIP Saruddin bin Ismail dan Pembantu Pegawai Perubatan Mohd Noor bin Rashid telah membuat lawatan sambil belajar di Bahagian  Farmasi Hospital Taiping, Perak.

    Pada 02 Mac 2009 Institusi ini telah menerima kebenaran peluasan Program Metahdone  Maintenance Therapy (MMT) daripada YB Dato’ Dr Hj Ahmad Razin bin Dato’ Hj Ahmad Mahir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

    Pada  23 hingga  27 Mac 2009 seramai enam (6) anggota telah mengikuti Kursus Metahdone  Maintenance Therapy (MMT) di Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Bahagian Rawatan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu:
    i. TPP Mohd Kaspu Anwar b. Elias
    ii. Dr Subramaniam a/l Vellian
    iii. KIP Saruddin b.Ismail
    iv. IP Zaihuri b.Zulkifli
    v. WP 6478 Tajuddin b.Yeop Ali
    vi. WP 12911 Khairul Fais b.Idris

    Pada 08 April 2009 (Rabu) lebih kurang jam 09.00 pagi,  program Metahdone  Maintenance Therapy (MMT) bermula di Institusi ini dengan seramai tiga (3) orang banduan.

    http://www.prison.gov.my/pride/index.php?

    Reply #4 13 August, 2009, 11:33:11 AM
  • Publish

  • Cerita mengenai methadone percuma.

    Keadaan cuaca dibandar CH agak tidak menentu . Siang terlampau panas dan malam hujan menyebabkan  anak anak mula dijangkiti Deman, Batuk & Selsema. Memandangkan keadaan anak saya yang agak teruk maka tanpa berfikir panjang terus bawak mereka ke Klinik.

    Tak sangka pulak klinik tersebut mungkin mendapat pengiktirafan oleh Para Para Mat Gian (MG). Agak ramai jugak MG yang menunggu giliran mendapatkan Methadone. Saya tak pasti apakah keberkesanan program Methadone Maintenance Programme (MMP) tersebut kebanjiran Para Para MG ke klinik yang juga didatangi oleh orang ramai agak menakutkan.

    Lagi menyedihkan bila terdapat remaja sekitar 20 tahun, Makcik dan kakak, Datuk ditemani cucunya (macam ni ke datuk contoh) datang juga datang mengambil Methadone ni. DAN lagi menyayat hati dan semua pengambil Methadone adalah orang Melayu dan beragama Islam…

    Reply #5 13 August, 2009, 11:41:29 AM
  • Publish

  • Masalah Dadah Satu Bentuk Penjajahan Dalam Aspek Sosial

    DUNIA yang semakin moden bererti penjajahan yang semakin luas. Kalau dahulu secara fizikal sahaja tetapi sekarang pelbagai caranya. Jadi masalah dadah merupakan satu bentuk penjajahan dalam aspek sosial.Disebabkan masalah itu, pihak kerajaan serius dalam menyelesaikan krisis ini. Kita sendiri dapat lihat, yang menjadi dalang dan pengedar adalah anasir asing namun yang menagih adalah anak bangsa kita sendiri.

    Maka mereka serius merosakkan anak bangsa supaya menjadi sampah masyarakat dan impaknya negara kehilangan aset dan produktiviti untuk menjana pembangunan negara.

    Pengambilan dadah boleh menyebabkan perubahan fungsi otak yang ketara. Kesan kerosakan otak akibat pengambilan dadah ialah ingatan terhadap dadah berlaku sepanjang masa di samping hilang kawalan ke atas pengambilan dadah.

    Ramai yang beranggapan bahawa dadah Methadone sejenis dadah yang merbahaya di mana ia sama seperti pengambilan dadah-dadah lain. Sebenarnya, pengambilan dadah Methadone tidak merbahaya malah ia bertujuan membantu penagih-penagih di luar sana untuk berhenti menjadi penagih dadah.

    Pengambilan dadah Methadone akan memberikan kesan positif sekiranya penagih itu sendiri mempunyai kemahuan dan kekuatan dalaman yang tinggi untuk berhenti menagih.

    Methadone adalah sejenis dadah gantian yang boleh menghilangkan kesan sindrom tarikan dan kerinduan terhadap dadah. Pengambilan Methadone membantu pesakit melupakan pengambilan dadah secara terus jika diambil mengikut nasihat doktor.

    Pesakit perlu mengambil Methadone untuk jangka masa sekurang-kurangnya 12 bulan atau bergantung kepada tahap ketagihan seseorang. Selepas itu, dos Methadone boleh dikurangkan perlahan-lahan secara berhati-hati.

    Methadone adalah sejenis ubat dadah gantian yang digunakan untuk merawat ketagihan dadah seperti heroin, morfin dan kodein.

    Methadone harus diambil bagi membantu mengurangkan ketagihan heroin, mengurangkan kesan sindrom tarikan dan membantu mengurangkan kesan psikologi serta emosi semasa proses pengunduran.

    Gejala sindrom tarikan adalah seperti sakit otot, kekejangan otot, cirit-birit, rasa loya, mata berair, muram, resah, mengalami masalah tidur, rasa gelisah, hidung meleleh, bersin, bulu roma meremang, panas baran, kerap berpeluh, sakit perut, mengalami lemah badan, mengantuk dan mengalami kesejukan badan.

    Kesan sindrom tarikan selalunya bermula dari empat hingga 12 jam selepas pengambilan heroin.

    Methadone adalah sejenis ubat yang diberikan dalam bentuk cecair untuk diminum sebelum merasa gian atau ketagihan dadah.

    Satu dos Methadone yang tepat akan memberikan kesan selama 24 hingga 38 jam berbanding dengan heroin yang berkesan selama beberapa jam sahaja.

    Methadone juga mengurangkan risiko jangitan Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV atau AIDS melalui jangkitan jarum.

    Methadone juga dapat membantu mengubah kehidupan penagih menjadikannya lebih bermakna serta meningkatkan kualiti hidup seseorang penagih.

    Methadone memberikan harapan baru setiap hari di mana penyelarasan dos sekali sehari dapat menghentikan kesan kerosakan otak, menghalang kesan ketagihan dadah lain, mengurangkan perlakuan jenayah, meningkatkan taraf hidup pesakit dan menjadikan penagih lebih produktif.

    Jika pengambilan Methadone melebihi dos, anda harus merujuk kepada doktor dan mengikut segala nasihat yang diberikan. Anda harus memberitahu doktor bahawa anda dalam rawatan Methadone untuk mengelakkan kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan lain.

    Pengambilan alkohol atau ubat tidur seperti Benzodiazepines boleh menyebabkan kesan berlebihan dos.

    Simptom dos yang berlebihan ialah koma, pening, berdengkur, sesak nafas, mulut berbuih, rasa mengantuk, loya dan muntah, anak mata menjadi kecil, tekanan darah rendah, pertuturan yang lembab, kulit terasa sejuk dan kesat, denyutan jantung yang lemah dan penurunan suhu badan melebihi suhu badan normal.

    Simptom ini boleh membawa maut jika tidak dirawat secepat mungkin. Dos yang berlebihan boleh dipulihkan dengan penggunaan ubat antidot.

    Seterusnya pengambilan dadah itu dipantau oleh pegawai perubatan yang bertanggungjawab dan selia secara berkala di mana kos pengambilannya sema

    kin berkurang sehinggalah akhirnya penagih tersebut tidak lagi perlu bergantung dengan mana-mana jenis ubat untuk menghalangnya kembali menagih atau bentan.

    Selain itu, program ini akan mengikut protokol dan disertai dengan sesi kaunseling secara individu dan berkelompok. Para doktor dan pemimpin negara sendiri perlulah turun padang untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai dadah sintetik ini.

    http://www.idesa.net.my/modules/news/print.php?storyid=1165

    Reply #6 26 August, 2009, 11:43:02 AM
  • Publish
  • terapi gantian methadone adalah satu lagi projek kerajaan yang nyata membazirkan wang rakyat... kenapa saya berkata demikian?..... berikut disenaraikan sebab2 kenapa rawatan methadone ini membazir:

    1. methadone adalah sejenis dadah gantian untuk merawat ketagihan dadah jenis opiate seperti heroine, morphine, dan codeine (ubat batuk),.... tapi tidak akan memberi apa2 kesan kepada dadah jenis lain seperti ganja, pil kuda, ecstasy, syabu, dan sebagainya. Jika dilihat secara realiti, penagih hari ini kebanyakannya mengambil pelbagai jenis dadah, jarang sekali yang hanya mengambil satu jenis dadah sahaja. Jadi, walaupun mereka dapat melupakan dadah jenis opiate, mereka masih lagi ketagih dadah jenis lain, dan masih menjadikan mereka penagih dadah.  Dengan kata lain, rawatan ini tidak praktikal.

    2. Jika dilihat kepada trend penagihan dadah pada hari ini, semakin ramai penagih telah beralih arah kepada dadah jenis sintetik seperti ecstasy, pil kuda, dan syabu, yang jauh lebih murah dan lebih mudah diperolehi.
    Jadi, rawatan metadone takkan memberi apa2 makna kepada mereka, dan tidak akan menyelesaikan masalah penagihan dadah di negara kita.

    3. Peratusan yang berjaya dipulihkan (succes rate) bagi rawatan methadone sangat rendah. Kebanyakan mereka kembali menagih bila ada peluang.  Ada yang hanya mengambil kesempatan sekadar untuk melepaskan gian dengan methadone sewaktu ketiadaan wang.

    Kesimpulannya, mahu atau tak mahu, cara yang terbaik ialah kembali kepada islam....
    Kerajaan nak menangani masalah dadah, tapi makin banyak pesta maksiat dianjurkan, makin banyak pub, karaoke dan disko dibuka.... bukankah ini lubuk dadah yang baik?
    Sepatutnya, kerajaan mesti melaksanakan undang2 supaya umat islam dilarang sama sekali masuk ke premis2 maksiat seperti disko, pub dan karaoke....
    Penagih2 islam juga mesti dihukum sebat.... bukan macam sekarang, mereka dilayan seolah2 pesakit atau mangsa...

    Buatlah segala macam rawatan, beri jarum dan kondom percuma,.... takkan kemana.... penagih saban hari semakin ramai...
    rakyat resah gelisah dikelilingi mereka, hidup pun tak senang.... 

    Reply #7 26 August, 2009, 11:56:06 AM
  • Publish
  • jika tuan puan ada kenal org ketagih dadah, inginkan kebaikan darinya, tanyalah dia mahukah berubat

    jika mahu, hubungilah saya, 0192368789, kami ada jalan untuk berubah, rawatan kami, di Banting, caj perubatan hanya RM177, bayar apabila dah di rawat, dah di berikan Ilmu, kerana, tak mahulah di tuduh tipu dan sebarang fitnah

    datang dengarlah dulu, Inshallah semua penyakit boleh di atasi, segala pembedahan dapat di elaki, jika dapat Ilmu ini, dapat mengelak dari keterlaluan. itu pasal, kena ada kehendak

    kami tak guna apa apa bahan, melainkan Ilmu sahaja

    http://al-merapu.blogspot.com

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    Susu terapi minda

    Started by umsha « 1 2 » Petua

    30 Replies
    10672 Views
    Last post 01 December, 2011, 10:17:08 AM
    by Bintu Nahl
    12 Replies
    2269 Views
    Last post 10 August, 2013, 10:35:20 PM
    by keMuNcUpp
    6 Replies
    874 Views
    Last post 03 February, 2013, 11:56:09 AM
    by nazri0070