Perkongsian : Bagaimana Cara Menjadi Penulis Yang Baik ?

*

Author Topic: Perkongsian : Bagaimana Cara Menjadi Penulis Yang Baik ?  (Read 3248 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1281
    • View Profile
13 August, 2009, 09:22:04 AM
  • Publish
  •  :)

    Saya membuka topik ini agar ada penulis-penulis atau mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan dapat berkongsi ilmu dengan halaqian bagaimana cara untuk menjadi seorang penulis yang baik.

    Silakan  =;8)
    « Last Edit: 13 August, 2009, 09:33:59 AM by IbnuNafis »

    luqiem

    • *
    • Posts: 71
    • Dunia Hanya Semantara Akhirat Kekal Selama-Lamanya
      • View Profile
    Reply #1 20 November, 2009, 08:43:41 AM
  • Publish
  • Sebelum kita menjadi seorang penulis.. perkara yang perlu kita ambil berat adalah PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN...

    dya adriza

    • *
    • Posts: 423
      • View Profile
    Reply #2 20 November, 2009, 11:37:40 AM
  • Publish
  •  :)

    Bagi ana, perkara pertama sekali kita perlu PILIH GENRE. Seeloknya kita bertanya kepada mereka yang gemar membaca cerpen dan novel, genre bagaimana yang mereka suka. Apabila penulisan kita bertepatan dengan kehendak mereka, secara automatik mereka akan menyukai karya yang kita hasilka.

    Yang kedua, IDEA. Tanpa idea kita tidak mampu menghasilkan satu cerita yang bagus.

    Yang ketiga, perlu HASILKAN JALAN CERITA. Hasilkan jalan cerita dari awal hingga akhir. Ini memudahkan kita dalam proses penulisan.

    Seterunya, MENULIS. Gunakan tulisan yang mudah difahami dan tidak terlalu 'sastera' kerana sesetengah orang tidak dapat memahami tulisan yang berbunga-bunga seperti itu. Jika anda menggunakan tulisan 'sastera', ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembaca dan mereka tidak mahu membaca karya yang kita hasilkan. Sedihkan?

    Semasa menulis, sudah tentu kita berasa seperti ada yang perlu ditambah. Jadi, TAMBAHkan apa-apa yang perlu walaupun ia kadangkala agak merepek. Tetapi, percayalah, yang merepek itulah yang membuatkan pembaca menggemarinya. Tetapi, jangan merepek yang terlampau kerana membuatkan pembaca meluat untuk membaca karya anda.

    Selesai menulis, anda BACA SEMULA cerita yang anda hasilkan. Jika anda ketawa, insyaAllah pembaca juga akan ketawa. Jika anda tidak berpuas hati, lakukan pengubahsuaian dan semakan semula.

    Perlu diingatkan, semasa menulis, KONSENTRASI dan PERASAAN perlu dititikutamakan. Tanpa konsentrasi yang mencukupi, tulisan kita akan menjadi 'pelik', begitu juga perasaan kita, jika semasa menulis kita gelak-gelak kerana berasa kelakar dengan cerita yang kita sendiri hasilkan, pembaca juga akan memberi reaksi yang sama.

    Selamat mencuba. =;8)

    *ana hanya beri tips hasil dari pengalaman ana menghasilkan cerpen, skrip dan sajak. Lain orang, lain caranya... ceria*

    auda

    • *
    • Posts: 35
      • View Profile
    Reply #3 20 November, 2009, 03:16:07 PM
  • Publish
  • :)
    Pada saya,
     a) Cerita mesti asli dari imaginasinya sendiri dan lebih bagus jika belum ada penulis lain yang mempunyai jalan cerita yang sama..
     b) Cerita perlu penuh dengan tanda tanya kepada pembaca supaya mereka tidak sabar untuk mengetahui penyudah cerita itu dan tidak sabar-sabar untuk meneruskan pembacaan.. (Biarlah cerita kita itu pembaca sendiri tak dapat nak agak apa ending dia..)
    c)Kadang kala ragam hidup di persekitaran kita boleh dijadikan jalan cerita yang menarik.. Pandai-pandailah kita mengolahkannya dan menambah rencah-rencah kehidupan untuk menjadikannya lebih menarik..
    d)Perlu melahirkan rasa/perasaan kepada pembaca.. Iaitu pembaca dapat menjiwai watak atau merasai perasaan watak dalam cerita kita.. dan Jika sedang menulis, penulis sendiri dapat merasainya.. Itu adalah tandanya ia berjaya..
    contoh: kisah duka lara, dia dapat menjiwainya dan mengalir air matanya ketika sedang menulis/ketika ilham itu datang atau apabila membaca semula hasil ciptaannya.. Dan jika ada kisah mencuit hati dan dia sendiri tertawa tatkala membacanya maka hasilnya mungkin dikira bagus..
    -mesti wujudkan keadaan sedemikian kepada pembaca.. amatlah penting untuk kita menjadikan hasil kita itu memberi kesan di dalam hati pembaca.
    -Cuma yang penting jangan Syok sendiri! :senyum:..
    d) Perlu buat kajian tentang ceritanya supaya cerita itu benar-benar berkesan dan logik.... .
    f) Bakat mungkin ada pada kita.. Perlu asah dan usaha..

    He.. ini juga pengalaman saya dalam menghasilkan manuskrip.. 


    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 20 November, 2009, 07:25:01 PM
  • Publish
  • assalamualaikum

    Ingatlah pesanan Allah, hendaklah sentiasa berkata benar, dan menyampaikan kebenaran, agar dapat mengajak orang lain berbuat kebaikan.

    Ingat pesanan Allah, bila Dia bertanya, Mengapa kamu berkata sesuatu yang kamu tak berbuat. dan rujuklah surah ash syuara ayat 200 sehingga akhir. bukan bermaksud penulisan ini adalah syair, namun serupa jugalah kerana kita bercerita.

    sebab itu al Quran banyak mengandungi cerita umat umat terdahulu, agar dapat mengeluarkan kebatilan yg di lakukan oleh yahudi dan nasrani, Kebenaran dari Tuhan. semuga kita pun berjaya menjadikan diri kita, Orang yang membawa kebenaran.

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #5 30 December, 2009, 12:09:23 PM
  • Publish
  • benar...ana setuju dengan semua pendapat...

    Menulis melalui apa yang dirasai dan dialami adalah benar dan jujur...
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    mujahidahmuda

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #6 30 December, 2009, 02:42:24 PM
  • Publish
  • Dalam penulisan kna ada disiplin.. kena letakkan target satu hari nak hasilkan berapa muka surat. Kalau untuk penulisan bukan ilmiah, kena fikirkan gaya bahasa yang dekat dengan pembaca.. Kita nak buat buku kanak-kanak, janganlah pula guna bahasa yang bombastic begitu juga sebaliknya.
    Sekadar Menterjemah Apa Yang Tersirat Di Minda

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    968 Views
    Last post 28 January, 2011, 08:59:26 PM
    by AzmanHarun
    2 Replies
    1635 Views
    Last post 22 June, 2012, 05:33:47 PM
    by pawie
    6 Replies
    3147 Views
    Last post 10 July, 2012, 12:45:21 PM
    by Ana Tholibah