Amalan bagi wanita hamil

Author Topic: Amalan bagi wanita hamil  (Read 34183 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14507
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
11 August, 2009, 07:30:14 AM
  • Publish Di FB
  • Panduan Ibu hamil

    KEHAMILAN adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.

    Nikmat ini lebih menyerlah dengan kelahiran bayi sihat dan sempurna, apatah lagi jika kehamilan itu yang pertama.

    Melalui proses kehamilan ada ketikanya ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa.

    Dalam kehidupan seharian bagaimana menghadapi cabaran ketika hamil dan bakal menjadi ibu sebenarnya adalah bayangan daripada personaliti individu itu sendiri.

    Pakar Psikologi terkenal dari United Kingdom, Dr. Linda Papadopoulos berkata, apabila memiliki anak segala-galanya akan berubah secara semula jadi termasuk corak kehidupan seharian.

    "Pada setiap kehamilan, ia berbeza-beza termasuk perubahan kelakuan dan kesihatan yang mana ia membantu menguruskan jangkaan serta emosi kita untuk menghadapi saat-saat getir untuk bergelar ibu.

    "Dalam masa yang sama, ibu juga perlu mengenalpasti siapakah dirinya yang secara tidak langsung dapat membantu mengawal emosi, membuat keputusan penting dan menyesuaikan diri dengan situasi baru,'' ujarnya.

    Bagi mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan semasa hamil, Dr. Papadopoulos mendedahkan lima ciri personaliti yang paling kerap dialami bakal ibu iaitu:

    Ibu yang sering runsing

    Sentiasa mencari maklumat sebanyak mungkin daripada sumber-sumber yang senang diperoleh. Ibu yang sering runsing adalah seorang yang sangat berminat untuk memperoleh maklumat.

    Sentiasa meminta nasihat daripada kawan-kawan serta ahli keluarga di samping membaca buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan dan bayi. Ibu yang sering runsing juga akan ditenggelami pelbagai maklumat di sekelilingnya.

    Malangnya, keputusan yang mengelirukan akan menjadikan ibu tersebut kurang yakin dengan keputusan yang telah dibuat di dalam situasi baru.

    Mereka ini juga akan sering dilanda kebimbangan dan akan berubat sendiri (self-medicating) dengan maklumat yang terlalu banyak yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

    Jika anda seorang ibu yang kerunsingan atau jika anda mempunyai gejala akan menjadi seorang ibu yang kerunsingan, apa yang penting ialah mengingati bahawa perkara tersebut adalah semula jadi dan fikirkan bayi baru anda.

    Untuk mengelakkan kekeliruan, kurangkan sumber-sumber maklumat yang anda memperoleh.

    Cuba gunakan laman web seperti laman web kehamilan dan kunjungi pakar kesihatan kehamilan untuk mendapatkan maklumat yang tepat serta mengadakan perbincangan apa yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.

    Ibu hebat

    Ibu hebat merupakan pemimpin dalam kumpulan Menjadi lumrah, jika individu itu merupakan ibu hebat, dia akan menonjol daripada orang lain.

    Mungkin dia adalah orang pertama yang akan hamil di kalangan rakan-rakan dan pada masa telah membaca banyak buku mengenai kehamilan, pergi kelas atau ini merupakan kehamilan kedua atau ketiga mereka.

    Untuk pengetahuan bersama, ibu hebat juga merupakan seorang yang akan memberi nasihat tentang kehamilan dan bagaimana menjadi seorang ibu. Mereka juga sering berkongsi pengalaman tanpa sebarang keraguan.

    Jika anda ibu hebat anda cenderung untuk membandingkan bayi anda dengan peristiwa penting seperti tendangan pertama, perkataan pertama dan langkah pertama.

    Ibu hebat juga seharusnya cuba mengingati bahawa setiap kanak-kanak adalah seorang individu tanpa mengira bagaimana kompetitifnya keadaan sekeliling.

    Sebagai ibu, terdapat banyak pilihan yang boleh dibuat bermula dari mana memperoleh bayi sehingga bagaimana memberinya makan.

    Perkara yang penting ialah membuat keputusan yang tepat untuk diri sendiri dan juga bayi.

    Ibu yang profesional

    Profesional dari segi nama dan semula jadi. Bagi seorang ibu yang profesional, dia amat teratur, rasional serta menjadi seorang pengikut yang setia terutama sekali yang berkaitan dengan bayinya.

    Dia akan melahirkan bayi di hospital dan dikelilingi dengan peralatan yang canggih, doktor dan segala kelengkapan lain yang berkaitan sebagai persediaan jika menghadapi sebarang komplikasi ketika hendak bersalin.

    Ketika inilah dia akan mengikuti nasihat daripada orang alim ulama dan tidak mengambil peduli mengenai cerita-cerita mitos.

    Jika anda seorang ibu yang profesional, perkara yang paling penting dilakukan ialah bertenang.

    Persediaan adalah penting. Dalam hal ini, biarlah bidan atau doktor pakar yang memimpin anda.

    Kebanyakan ganjaran untuk ibu-ibu datangnya daripada pengalaman-pengalaman serta peristiwa-peristiwa yang tidak diduga.

    Ibu sejati

    Ibu sejati merupakan ibu semula jadi. Sebagai seorang ibu yang sejati, dia lebih suka untuk melalui detik-detik kehamilan dalam suasana yang sederhana.

    Ibu sejati juga suka dengan cara dan ramuan tradisional serta menginginkan keselesaan bayi mereka seperti berada di rumah sendiri.

    Jika anda seorang ibu yang sejati, apa yang anda percaya adalah satu daya penggerak yang penting dalam hidup. Tetapi sebagai seorang ibu, anda sekarang memikul bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri tetapi ke atas bayi anda juga.

    Anda perlu memastikan segala keinginan peribadi anda diseimbangkan dengan keperluan anak anda. Sebagai seorang ibu yang sejati juga anda perlu berbincang dengan bidan ataupun pakar dalam usaha memberikan yang terbaik buat anak anda.

    Ibu yang tidak runsing

    Ibu jenis ini melalui kehidupan dengan tiada sebarang kerisauan atau kebimbangan. Ia seperti menjelajah seluruh dunia, melompat dari kapal terbang, terjun cenuram tanpa berkelip-kelip dan akan menyambut hari ulang tahun kelahiran anak dalam situasi yang sama.

    Jika anda seorang ibu yang tidak rungsing, ia bagus untuk membayangkan pengalaman-pengalaman yang menyeronokkan sebagai seorang ibu dan penting juga untuk menguruskan segala jangkaan agar bersedia untuk mengalami kesakitan luar biasa atau kesakitan yang tidak dapat dielakkan.

    Sekiranya sudah bersedia menjadi seorang ibu, kunjungi bidan atau doktor pakar secepat mungkin selepas mendapati diri hamil.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Sehati Sejiwa

    • *
    • Posts: 207
      • View Profile
    Jawab #1 11 August, 2009, 07:47:14 AM
  • Publish Di FB

  • Ini bukan lah promosi , tetapi sekadar perkongsian dengan pembaca sebagai penambahan  ilmu dalam penjagaan diri semasa hamil dan juga menjadi panduan kepada para suami untuk menjaga isteri yang hamil.

    Tajuk Buku  : Buku Khusus Untuk kaum Ibu
    Harga : RM26
    Penerbit : Kaki Buku Enterprise
    Pengarang : Dr Rushmini Maris

    Dr Rushmini Maris merupakan seorang doktor yang mendapat ijazah pertama dari Universiti Kasturba India. Beliau kemudiannya berkhidmat di Hospital Besar Seremban dan Hospital Kajang, sebelum berpindah ke Pusat Rawatan Islam Kajang. Pada tahun 2005 beliau memulakan klinik persendirian iaitu Poliklinik Penawar Semenyih.

    Rencana & pandangan beliau banyak mengisi ruang dalam Majalah & Surat khabar tempatan. Beliau mengikuti kursus di Itali, Bulgaria dan Singapora bagi meningkatkan pengetahuan beliau dalam perubatan.

    MAKLUMAT LENGKAP dan pendedahan luas dalam buku ini dapat membantu para ibu menjaga kehamilan dan juga kesihatan bayi mereka.
    Tak mahu kenal sapa-sapa

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 22 August, 2009, 08:23:37 PM
  • Publish Di FB

  • Dugaan tanpa zuriat adalah merupakan suatu ujian yang berat terhadap sesebuah rumahtangga. Ia akan menjadi semakin rumit bila terdapat campurtangan dan hasutan dari pihak luar. Mungkin tidak semua, tetapi terdapat sebahagian rumahtangga yang goyang dengan ujian ini. Bahkan ada yang mengambil keputusan untuk berpisah. Ini adalah suatu perkara yang perlu dielakkan daripada berlaku. Apa sahaja masalah yang berkaitan dengan kesukaran untuk dapat zuriat adalah masalah bersama yang perlu ditangani bersama-sama. Sebarang ketegangan tidak sedikitpun akan membantu.

    Selain dari melakukan ikhtiar-ikhtiar untuk mendapatkan rawatan kesuburan, jangan sekali-kali kita abaikan kepentingan dalam menjaga keharmonian rumahtangga.

    miftahulQalb

    • *
    • Posts: 160
      • View Profile
    Jawab #3 13 November, 2009, 01:27:03 PM
  • Publish Di FB
  • salam..sy xtau dah ada ke belum thread mcm ni..jika dah ada minta tlg tunjukkan kepada sy..kalau belum ada sy nk mintak la petua2 dr ibu dan bapa dlm halaqah ni..

    dya adriza

    • *
    • Posts: 424
      • View Profile
    Jawab #4 13 November, 2009, 02:03:42 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...
    maaf.. ana bukanlah seorang ibu mahu pun isteri...
    tapi ana ada sedikit info berkenaan amalan ketika mengandung...

    AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG
       
    Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

    1. Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

        * Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
        * Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
        * Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
        * Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
        * Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
        * dan sebagainya.

    2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

    3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaannya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

    4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

    Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

    Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

    - sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
    - sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
    - jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
    - keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
    - mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
    - Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
    - jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
    - hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
    - bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
    - cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
    - berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
    - bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

    Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

    - menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
    - menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
    - Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
    - jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
    - hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
    - apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
    - berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
    - jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
    - jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
    - jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
    - jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

    supriyani

    • *
    • Posts: 170
      • View Profile
    Jawab #5 15 May, 2010, 11:15:29 AM
  • Publish Di FB
  • kesinambungan daripada post dhiya:

    8 SURAH YANG HARUS JADI AMALAN BAKAL IBU


    1) Surah Al-Fatihah : Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

    2) Surah Maryam : Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yg sabar dan taat.

    3) Surah Luqman : Untuk memperoleh anak yg cerdik akal dan cerdik jiwa.

    4) Surah Yusuf : Untuk memperoleh anak yg cantik rupa dan cantik akhlak.

    5) Surah Hujurat : Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

    6) Surah Yaasin : Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dgn godaan syaitan yg mengajak kpd maksiat.

    7) Surah Taubah : Untuk membersih jiwa dan terpelihara drp maksiat.

    8) Surah an-Nahl : Untuk melahirkan anak yg berdisiplin


    Dipetik drp artikel 30 TIPS LAHIRKAN ANAK YANG SOLEH ~majalah NUR (Mei 2010)~
    "Aku mahu jadi org yg baik, melakukan kebaikan supaya org lain dpt manfaat.. jika aku tak mampu.. jgnlah kiranya aku buat kejahatan atau kejahatan dlm kebaikan. Biarlah aku diam andai aku belum bersedia.Kini aku lemah, namun tak pula aku ingin jadi lemah selama-lamanya."

    SiNaR aBaDi

    • *
    • Posts: 748
      • View Profile
    Jawab #6 15 May, 2010, 02:20:27 PM
  • Publish Di FB
  •  InsyaAllah, banyak nasihat & tips yang boleh diamalka. Jazakallah atas perkongsian.
    SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.;-)

    sari_madu

    • *
    • Posts: 102
      • View Profile
    Jawab #7 11 July, 2010, 05:52:38 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Mohon kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan/pengalaman untuk berkongsi amalan-amalan yang sesuai ketika hamil mengikut syariat Islam bagi melahirkan zuriat yang soleh/solehah.

    Terima kasih.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 11 July, 2010, 06:01:18 PM
  • Publish Di FB
  • :)

    Mohon kepada sesiapa yang mempunyai pengetahuan/pengalaman untuk berkongsi amalan-amalan yang sesuai ketika hamil mengikut syariat Islam bagi melahirkan zuriat yang soleh/solehah.

    Terima kasih.

    Sila baca dari awal topik  ini. Saya gabungkan dengan topik sedia dengan  yang puan kirimankan ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 11 July, 2010, 06:04:20 PM
  • Publish Di FB

  • Pemakanan Ketika Hamil


    Setiap ibu hamil perlu tahu perkara paling penting sepanjang tempoh kehamilannya ialah tahu menjaga dan mengambil pemakanan kesihatan yang terbaik sepanjang tempoh kehamilannya. Pengambilan makanan seperti :-

    1. Protein
    - meningkatkan tahap kepekaan. Terbentuk dari asid amino. Tirosin boleh meningkatkan penghasilan dopamine, norepinephrine and epinephrine. Pengambilan makanan berprotein boleh meningkatkan tenaga mental. Makanan yang mengandungi protein termasuklah ikan, ayam, daging dan telur. Kekacang (seperti yangterdapat dalam Diafood), susu, keju dan tofu.

    2. Karbohidrat
    - Anti stres dan memberi ketenangan. Karbohidrat merangsang pelepasan insulin ke dalam aliran darah. Ia akan mengeluarkan asid amino dari dalam darah kecuali trptophan yang akan diserap ke dalam serotonin. Kerana itulah ramai yang berdiet akan mengalami depresi lebih kurang dua minggu kerana tahap pengambilan karbohidrat yang terlalu rendah. Makanan yang mengandungi karbohidrat termasuklah roti, gandum, nasi, emping dan buah-buahan. Untuk kesan yang lebih baik, makan protein dan karbohidrat secara berasingan.

    3. Asid Folik
    - mencegah dipresi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan paras serotonin di dalam otak menurun. 200 mikrogram mencukupi untuk mengatasi dipresi dan jumlah ini boleh didapati dari sayur bayam atau meminum segelas jus oren.

    4. Selenium
    - Mencegah dari cepat marah. Kemurungan, keradangan, degil dan susah hati berlaku kerana kekurangan selenium. Selenium boleh diperolehi dari kekacang (Diafood), sandwich tuna dan biji bunga matahari.

    5. Flavonoids
    - Tindakan antioksida dari flavonoids melindungi dari berlakunya hilang ingatan disebabkan oleh faktor ketuaan dengan cara menghalang kerosakan akibat radikal bebas dan meningkatkan aliran darah. Koko di dalam susu Intel-Lac mengandungi flavonoids yang diperlukan untuk kesihatan minda.

    6. Zat Besi
    - Kekurangan zat besi dikaitkan dengan masalah ingatan jangka pendek. Sekiranya kekurangan zat besi berlaku di kalangan kanak-kanak ia boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Ia boleh didapati dari kekacang, kekeras, sayuran daun hijau, ikan dan telur.

    7. Vitamin E
    - Tahap vitamin E yang rendah di dalam darah dikaitkan dengan kelemahan sewaktu ujian mengingat. Vitamin E boleh mengurangkan kerosakan tisu disebabkan oleh radikal bebas. Diafood mengandungi vitaminE.


    http://www.hamidarshat.com/smf/index.php?topic=26.0

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #10 11 July, 2010, 06:14:46 PM
  • Publish Di FB
  • Panduan ibu hamil.

    Panduan ini setelah seseorg itu telah mengandung.!!!

    Namun, menurut seorg Doktor Pakar Perbidanan : Sebaik baik kehamilan ialah kehamilan yg di rancang (pada kes2 biasa).

    Bagaimana yg di sebut sebagai kehamilan terancang ?

    Persediaan sepasang suami isteri untuk memiliki cahayamata.

    Memilih tarik2 yang sesuai.

    Pengambilan Folic asid : 3 bulan sebelum rancangan untuk hamil.

    Berjumpa doktor untuk medikal check up. (blood test)

    Glosori bersama supplement yg di sarankan.

    Rawatan pergigian.

    Persediaan mental.

    sari_madu

    • *
    • Posts: 102
      • View Profile
    Jawab #11 11 July, 2010, 06:16:02 PM
  • Publish Di FB
  • assalamualaikum...
    maaf.. ana bukanlah seorang ibu mahu pun isteri...
    tapi ana ada sedikit info berkenaan amalan ketika mengandung...

    AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG
       
    Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.

    1. Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

        * Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
        * Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
        * Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
        * Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
        * Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
        * dan sebagainya.

    2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

    3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaannya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

    4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

    Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

    Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

    - sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
    - sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
    - jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
    - keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
    - mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
    - Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
    - jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
    - hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
    - bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
    - cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
    - berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
    - bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

    Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

    - menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
    - menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
    - Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
    - jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
    - hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
    - apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
    - berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
    - jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
    - jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
    - jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
    - jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

     :) :syukur: :jaz: :ins:

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 11 July, 2010, 06:23:44 PM
  • Publish Di FB

  • Namun, menurut seorg Doktor Pakar Perbidanan : Sebaik baik kehamilan ialah kehamilan yg di rancang (pada kes2 biasa).

    Bagaimana yg di sebut sebagai kehamilan terancang ?

    Masa tu rahimmasih kosong, katakan baru lepas haid atau baru lepas bernikah. Fikirkan,nak anak sekarang  atau nanti. Kalau rasa nak lambat lagi kena buat perancangan untuk elak kehamilan.

    Jika rancang nak anak,maka kali pertama bersama dengan suami  selepas suci  dah mulakan dengan doa. Niatkan dalam hati setiap kali bersama,selepas baca doa jimak, "Ya Allah,  aku bermohon kepada keluasan rahmat MU,jadikan benih ini anak yang soleh".

    Selalu berdoa macam itu sehingga disahkan hamil. Bila dah sah hamil,barulah ikut panduan ibu hamil.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 11 July, 2010, 06:29:07 PM
  • Publish Di FB

  • Hafal  doa ini, baca setiap waktu tak kira selepas solat atau dimana sahaja berada. Baca di dalam hati.


    Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia. Engkau adalah Zat yang menyihatkan, tiada ubat kecuali ubat daripadaMu yang tidak akan membawa sebarang penyakit.

    Ya Allah, bentukkanlah anakku di dalam kandungan dengan bentuk yang baik, tetapkanlah iman ke atasnya dan iman kepada utusanMu.

    Ya Allah, keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkannya nanti dengan mudah dan selamat.

    Ya Allah, jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, berakal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya.

    Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkan tubuh badannya, kurniakanlah budi pekerti yang baik padanya. Dan kurniakanlah padanya kefasihan dan kelancaran semasa bercakap dan merdukanlah suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Quran supaya mendapat berkat Nabi Muhammad SAW. Segala puji bagi Allah yang menguasai alam ini.

    keju

    • *
    • Posts: 978
      • View Profile
    Jawab #14 11 July, 2010, 06:32:00 PM
  • Publish Di FB
  • Sebenarnya: kaedah membaca surah2 al quran itu di patuhi sebagai amalan samada hamil atau tidak.

    Kerangka ini saya anjurkan agar pemahaman kita lebih luas. Malah tidak disalahertikan. Cuma pengkhususan pada surah2 tertentu

    memang ada.

    Agar nutfah yg terpancar itu adalah kalangan ahli syurga yg juga mengheret ke dua ibubapanya ke syurga. muga2 insyaallah.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 11 July, 2010, 06:39:55 PM
  • Publish Di FB

  • Keju,itu anjuran yang baik. Tetapi jika mampu baca satu quran. Setiap hari mengaji dari awal hamil sampai bersalin. Amalkan macam kita mengaji di bulan Ramadhan. Setiap kali hamil saya mesti tekad untuk khatamkan  quran. 9 bulan tu,kalau bacaan laju,tentu boleh khatam 3, 4 kali,yang penting istiqomah membaca setiap hari walaupun gagap atau lambat.


    Kita tidak payah pilih-pilih surah apa yang baik dibaca. Baca sahaja semuanya satu quran. Seronoknya hamil...

    Sambil tu baca juga terjemahan quran,agar kita faham  apa yang kita baca. Ummi galakkan buat yang ini. Sebelum mengaji tekad dalam hati moga anak yang dikandung ini akan dapat mengahfal quran suatu hari nanti.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #16 11 July, 2010, 06:51:00 PM
  • Publish Di FB

  • Doa semasa hamil –
    Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


    Ini lebih mudah dihafal, sama  sahaja erti dengan yang atas tu. Yang arabnya nanti ummi carikan. Lama tak hamil, terlupa  dah doa tu.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #17 11 July, 2010, 06:58:43 PM
  • Publish Di FB



  • Bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

    Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

        * Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
        * Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
        * Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
        * Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
        * Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
        * dan sebagainya.

    Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

    Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

    Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

    Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe halnya nak makan sayur setiap hari? IKita bukan herbivor. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

    Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

    Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

    Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

    Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

    Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, dan juga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

    Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #18 11 July, 2010, 09:08:45 PM
  • Publish Di FB

  • Doa ni....baru separuh ummi dapat ingat hujungnya. Yang awal belum dapat ingat lagi...

    Wahai ustaz-ustaz bantulah  carikan...

    Atau tolong terjemahkan ke bahasa arab...
    Quote
    Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

    Sohihan..kamilan..hazikan..'akilan..'aliman zakiyyan mu'minan solihan...Allahumma ahsin khuluquha..wa ahsin shautaha..li qiraati Quran wal hadisi bibarkati saiyidina Muhammad s.a.w..Amin...

    Nu_uL

    • *
    • Posts: 259
      • View Profile
    Jawab #19 11 July, 2010, 09:17:53 PM
  • Publish Di FB
  • bestnya bila bergelar ibu....bila agaknya ye...
    tapi macam mana ye ada sesetengah sahabat muslimah saya yang dah kawen ni makan ubat..bukan sebab tak nak anak tapi pelajar perempuan memang tidak dibenarkan hamil ketika masih belajar....kawen je boleh....bagus ke buat macam tu?takut ada kesan sampingan kesan jangka panjang......
    "Kurangkan Mencari,Banyakkan Menjadi"-

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    31 Replies
    21069 Views
    Last post 07 June, 2012, 11:33:07 AM
    by sofea-anne
    17 Replies
    17090 Views
    Last post 29 December, 2012, 11:23:38 AM
    by Air Mata Kasih
    18 Replies
    31650 Views
    Last post 15 November, 2011, 11:16:00 AM
    by al_ahibbatu