BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH?

*

Author Topic: BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH?  (Read 20685 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

iqramulhafidz

  • *
  • Posts: 57
    • View Profile
10 August, 2009, 12:24:30 PM
  • Publish
  •  :)

    Istiqamah ini adalah sebaik-baik amalan walaupun sedikit. Aku pernah dengar orang cakap, kalau kau betul-betul nak istiqamah, kau kena buat sesuatu amalan selama 40 hari terlebih dahulu. Tapi, bila dah sampai seminggu, nak istiqamah pun susah, last-last ditinggalkan terus amalan tersebut.

    Persoalannya sekarang, kenapa kita tidak istiqamah, atau sukar untuk istiqamah?

    Saya galakkan anda berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saudara-saudari berkenaan hal istiqamah ini, halangan-halangan yang pernah saudara/i tempuh dan sebagainya.

    Diharap perkongsian ini dapat memberi kita semua cara dan jalan keluar untuk istiqamah dalam ibadah. Iskh, susah kan nak istiqamah ni?

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #1 10 August, 2009, 12:59:17 PM
  • Publish
  • hi...
    Istqamah dalam perjuangan
    Perjuangan yang suci di redhai Allah tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat.  Cabaran itu hanya akan dapat di atasi oleh semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa.

    Firman Allah Taala:

    (Surah Yusof ' Ayat 87)

    Ertinya:  Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah.  Sesungguhya tidak berputus asa dari rahmat  dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.

    antara halangan untuk kita beristiqamah adalah seperti berikut :
    1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

    2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

    3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

    4.Halangan wang atau kebendaan.

    pe yang perlu kita wat :

    1. Kuatkan azam

    2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-   sungguh.

    3.  Tidak patah semangat.

    4.  Tidak kecewa dan putus asa.

    5.  Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

    6.  Sentiasa berfikir.

    7.  Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

    8.   Bertawakal dan bersyukur.

    (dipetik dari http://www.al-azim.com)
    Berkhidmat untuk Allah,Negara dan Bangsa!!!Allahuakbar!!!

    ziya

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #2 10 August, 2009, 01:13:07 PM
  • Publish
  • salam. istiqamah dlm melakukn sesuatu pkra amar makruf nahi mungkar haruslah dilakukan dengan b'sungguh2 dan niat itu hendaklah ikhlas kerana Allah SWT. jika sebaliknya, mmg sukar utk dilakukan...oleh yg demikian, letakkan niat t'lebih dahulu sblm melakukan sst pkra itu.  InsyaALLAH, DIA akan p'mudahkan sgla urusan kita...

    iqramulhafidz

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #3 10 August, 2009, 01:15:09 PM
  • Publish
  • Nur Addin Leen, boleh saudari ceritakan tentang satu amalan saudari yang telah saudari istiqamahkan, dan menjadi sebati dengan diri saudari?

    Contoh kes tidak istiqamah:

    A dahulu pernah mengamalkan beberapa ratus zikir selepas solat, tetapi tidak istiqamah. Hanya mampu dilakukan selama 10 hari, kerana ia mengambil masa selama lebih 30 minit untuk dilakukan. Sebab dia tidak istiqamah, adalah kerana dia dilanda perasaan malas.

    Sejadah_Usang

    • *
    • Posts: 727
      • View Profile
    Reply #4 10 August, 2009, 01:41:31 PM
  • Publish
  • Salam

    Istiqamah tu milik ALLAH dan ALLAH akan berikan kepada sesiapa yang DIA kehendaki maka kita banyak2 berdoa moga perolehi istiqamah dan banyak2 berusaha utk istiqamah.

    wallahualam

    elbaihaqi

    • *
    • Posts: 31
    • kebenaran itu bersifat tunggal.
      • View Profile
    Reply #5 10 August, 2009, 02:39:52 PM
  • Publish
  • istiqamah hanya hadir pada jiwa yg benar2 berkeinginan.
    berkeinginan terus utk mngenal tuhan.
    ibadah tanpa roh adalah ibadah yg tandus utk terus-mengenal mngenal tuhan,

    permulaan agama adalah makrifatullah,
    makrifatullah bukanlah pengetahuan mngenai sifat2 yg bersifat kalamiyah shj,

    tp adalah "perasaan" utk mengenal Allah.
    dan perasaan ini akan menghidupkan jiwa istiqamah dalam diri ,insyaallah.

    perasann utk mngenal  Allah bukan hanya mempelajari sifat2 Allah yg 20 ataupun 13.
    tetapi boleh didapati dengan 2 lg cara iaitu secara melihat "kauniah" dan "takwiniah"  atau penciptaan atau proses penciptaan makhluk Allah. Di situ, secara tidak langsung akan mngembalikan kita kpd Allah subhanahuwataala insyaAllah.

    mengkaji melahirkan minat, minat melahirkan kesungguhan, kesungguhan menzahirkan istiqamah...insyaAllah.

    istiqamah dalam ibadah hanya dpt terhasil jika jiwa itu terus berkeinginan.

    :)
    kelak kehidupan akan dipertontonkan

    SakaratulMaut

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Reply #6 10 August, 2009, 02:55:53 PM
  • Publish
  • Seorang sahabat Rasulullah, Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW: "Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawabannya hanya darimu." Beliau SAW menjawab: "Katakanlah 'Amantubillah' (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada dijalan-Nya)."
    ( HR Muslim )

    Buat sikit tapi tetap.. Tetap berdiri dijalanNya.. Mcm meniti ler.. Kita semua nak meniti di jalan yg lurus bukan? Kalau jatuh,bangun balik.. meniti balik.. terus berpaut padaNya.. Kalau jatuh xnak berpaut(berputus asa di jalanNya)lagi,hanyut ler kite di lautan kecelakaan..Neraka.. Nauzubillah..Kita ni manusia xlepas dari salah silap,yg penting terus kembali padaNya.. Istigfar bersungguh2.. Buat sekadar mampu.. Daripada buat banyak tapi tak tetap..
    "Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mencepatkannya."
    (Surah Al-A'raf: ayat 34)

    Sehati Sejiwa

    • *
    • Posts: 207
      • View Profile
    Reply #7 10 August, 2009, 03:07:49 PM
  • Publish

  • Saya menetapkan diri saya mesti bangun untuk solat malam tiap-tiap hari. Saya cuma melakukan 2 rakaat sahaja. Bagi saya biar sedikit, asal berterusan. Saya tidak mahu buat banyak rakaat, nanti terasa macam beban dan lama-lama saya akan tinggalkan. Maka saya hanya buat 2 rakaat beserta doa pendek solat malam dan sedikit doa kesejahteraan diri, keluarga dan halaqah. InsyaAllah setakat ini, terlalu jarang saya meninggalkan solat malam ini tanpa sebab manasabah.

    "Biar sedikit, tetapi berterusan"
    Tak mahu kenal sapa-sapa

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #8 10 August, 2009, 04:36:29 PM
  • Publish
  • Nur Addin Leen, boleh saudari ceritakan tentang satu amalan saudari yang telah saudari istiqamahkan, dan menjadi sebati dengan diri saudari?

    Contoh kes tidak istiqamah:

    A dahulu pernah mengamalkan beberapa ratus zikir selepas solat, tetapi tidak istiqamah. Hanya mampu dilakukan selama 10 hari, kerana ia mengambil masa selama lebih 30 minit untuk dilakukan. Sebab dia tidak istiqamah, adalah kerana dia dilanda perasaan malas.

    Saudara...
    hal ini berbalik semula kepada niat...tgk niat itu ikhlas ke tidak.adakah ia dilakukan kerana Allah?kenapa timbul rasa malas untuk beribadah?jelas sekali keimanan itu masih goyah...30 minit terasa lama?banyak sangatkah 30 minit itu?cuma 30 minit dari 24 jam?kalau boleh kita ni digalakan berzikir walau apa pun yg kita lakukan.bukan hanya selepas solat.dan 1 lagi...saudara jgn la paksa diri sangat.saya rasa saudara terlalu memaksa diri.wat benda kecik dulu...seperti pendapat rakan2 yang lain.jangan kita nak terus wat stadium jika pondok kita pun masih goyah...ok...tak semestinya kita perlu buat sesuatu yang besar.benda kecik pun jika dikumpul akan mejadi besar.InsyaAllah...Allah akan bersama saudara jika niat itu ikhlas kerana Allah.Amin

    nur zulaikha

    • *
    • Posts: 515
    • cinta ALLAH ku dmbakn krn merindui rahmatNYA
      • View Profile
    Reply #9 10 August, 2009, 04:51:59 PM
  • Publish
  • Assalamua'laikum...

    benar perasaan malas berlaku apabila kita merasa jemu kerana ia lahir hasil bisikan iblis...

    biarlah amalan itu sedikit tetapi berterusan atau bertepatan istiqamah
    cintai saudaramu mendekati sunah dan suruhan
    rasulmu dan ALLAH
    cintai rasulmu mendekati mu kepada ALLAH...
    cintai ALLAH mendekati kamu dengan keredhaanNYA...

    iqramulhafidz

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #10 10 August, 2009, 05:00:16 PM
  • Publish
  • Saudara...
    hal ini berbalik semula kepada niat...tgk niat itu ikhlas ke tidak.adakah ia dilakukan kerana Allah?kenapa timbul rasa malas untuk beribadah?jelas sekali keimanan itu masih goyah...30 minit terasa lama?banyak sangatkah 30 minit itu?cuma 30 minit dari 24 jam?kalau boleh kita ni digalakan berzikir walau apa pun yg kita lakukan.bukan hanya selepas solat.dan 1 lagi...saudara jgn la paksa diri sangat.saya rasa saudara terlalu memaksa diri.wat benda kecik dulu...seperti pendapat rakan2 yang lain.jangan kita nak terus wat stadium jika pondok kita pun masih goyah...ok...tak semestinya kita perlu buat sesuatu yang besar.benda kecik pun jika dikumpul akan mejadi besar.InsyaAllah...Allah akan bersama saudara jika niat itu ikhlas kerana Allah.Amin

    Saudari, tak elok berburuk sangka. Berkenaan niat, dan ikhlas itu termasuk di antara faktor penggalak (atau sebaliknya) bagi istiqamah. Tetapi, ada faktor yang lebih utama dari hal-hal tersebut. Kisah A tersebut, bukan kisah saya, saya hanya memberi contoh.

    Sekiranya, tidak keberatan, saudari boleh ceritakan pengalaman saudari dalam usaha untuk istiqamah.

    iqramulhafidz

    • *
    • Posts: 57
      • View Profile
    Reply #11 10 August, 2009, 05:57:00 PM
  • Publish
  • Baiklah, aku akan memberikan salah satu sebab utama, kenapa seseorang itu tidak mampu istiqamah dalam beribadah, iaitu berlakunya, "penguasaan nafsu di atas sesuatu ibadah atau amalan tersebut."

    Hassan An-Nuri berkata:

    "Ternyata kesalahanku adalah bahawa hati dan hawa nafsuku bersatu. Bila hati dan hawa nafsu berpadu, celakalah! Kerana jika ada sesuatu yang menyinari hati maka, hawa nafsu akan menyerap sebahagian daripadanya. Sedarlah aku bahawa hal inilah yang menjadi sumber dilema yang kuhadapi selama ini. Segala sesuatu yang datang dari hadrat Allah ke dalam hatiku, sebahagian diserap oleh hawa nafsuku.

    Sejak saat itu, segala perbuatan yang diperkenankan oleh hawa nafsuku tidak kulakukan. Yang aku lakukan adalah hal-hal lain yang tak disukainya. Misalnya, apabila nafsuku berkenan jika aku solat, berpuasa, bersedekah, menyendiri, atau bergaul dengan sahabat-sahabatku, maka aku lakukan hal yang sebaliknya. Akhirnya segala hal yang diperkenankan hawa nafsuku dapat kubuang dan rahsia-rahsia mistik mulai terbuka dalam diriku."

    Apakah yang sebenarnya dimaksudkan oleh An-Nuri ini? Apakah jalan baginya  dalam bermujahadah melawan nafsu?

    Caranya?

    Kalau nafsunya ingin bersolat, maka dia akan diam dan berzikir,  kerana mungkin nafsunya ingin bersolat atas sebab "dusta" seperti riak, menunjuk-nunjuk, dan ujub kepada diri sendiri - atau mungkin sebab, dia berasa 'bosan' untuk berzikir, maka dia ingin solat.

    Aku akui, selama ini aku melakukan satu-satu ibadah, adalah sebab perkenan nafsu. Kalau rajin, aku solat puluhan rakaat, kalau malas, aku solat dua rakaat sahaja. Kalau malas solat sunat, aku gantikan dengan mengaji. Malas berpuasa, aku bersedekah.

    (sebab itu aku tidak pernah istiqamah, sebab selalu menurut nafsu dalam ibadah)

    Tetapi, kalau lihat dari perspektif yang positif - aku istiqamah jugak, istiqamah dalam mempelbagaikan amalan. sukasangat

    So, aku harap agar kalian dapat ambil iktibar dari apa yang aku katakan di sini. Jangan biarkan nafsu menguasai ibadah kalian.  =)

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #12 10 August, 2009, 06:21:42 PM

    hi...
    pertama sekali saya ingin meminta maaf andai saya terkasar bahasa dan saudara terguris hati.sesungguhnya saya manusia yang lemah dan selalu lalai dalam tutur bicara. manusia lemah kerana nafsu yang cenderung untuk mengejar keseronokan dunia.sebab itu kita selalu gagal beristiqamah. namun bagi saya antara amalan kecil yang selalu saya amalkan adalah mengucapkan bismillah setiap kali suapan makanan ke dalam mulut.berzikir...Subhanallah,Alhamdulilah, Allahuakbar dalam setiap apa yang saya lakukan.kan biasa kita melakukan sesuatu sambil menyanyi.contohnya semasa di dapur.kita tukarkan dengan berzikir.semasa berjalan2 dari opis ke kelas saya berzikir.kita mulakan dari yang sekecil-kecilnya.kemudian baru kita upgrade...
    Ya Allah...kepadaMu aku bermohon keampunan jika ada insan yang terguris dengan perlakukan dan perkataan ku pada hari ini.sesungguhnya tidak terniat di hati untuk berbuat begitu.Amin...

    SakaratulMaut

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Reply #13 10 August, 2009, 09:36:35 PM
  • Publish
  • Amal la amalan apa2 pun.. Janji kerana ALLAH. Tetap walaupun sedikit. Jika timbul rasa malas,cuba lawan aja. Lawan sifat malas tu. Bukan apa,kita nak mengajar agar ianya terus menerus.. Biar  ianya menjadi amalan yg tetap.. Bila udah tetap,boleh la nak tambah amalan lain pun.. Buat slow2.. Tertib.. Ikut adabnya.. Buat Semampunya.. Tiada paksaan dalam agama islam. Hati kena sentiasa mengadapNya.. Itu yg penting.. Beramal kena berilmu.. Dan berdiri lurus di jalanNya. Jauh yg ditegah,buat yg disuruh.. Kita ni buat suatu perkara gerak-geri/perbuatan kita semua akan dihitungNya.. Jadi buatlah suatu perkara keranaNya.. Cuba dan cuba.. Sanggup dulu.. Buat slow2.. InsyaALLAH

    Seorang isteri,menanak/memasak nasi,menyediakan makanan untuk si suami.. Itu juga zikir.. Kerana perintah ALLAH.. Kerja cari rezeki Halal.. Itu juga zikrullah..  Kerana ALLAH yg perintah.. Begitu juga yg lain2.. Semuanya akan jadi ibadat/Mengingat ALLAH bila dibuat apa yg disuruh keranaNya,Hindarkan diri dari ujub,riak dan takabbur dalam buat satu perkara kerana ia menyebabkan solat,ibadat menjadi sia-sia... Si isteri tidak sediakan makanan pagi kat suami sebab solat suna dhoha? Boleh ke tu? Fikir2kan lah.. Inilah kita selalu sebut.. Solatku,ibadatku,hidupku dan matiku milikNya..
    « Last Edit: 10 August, 2009, 11:58:55 PM by SakaratulMaut »

    Nuur_Addin_Leen

    • *
    • Posts: 275
      • View Profile
    Reply #14 10 August, 2009, 10:07:21 PM
  • Publish
  • Amal la amalan apa2 pun.. Janji kerana ALLAH. Tetap walaupun sedikit. Jika timbul rasa malas,cuba lawan aja. Lawan sifat malas tu. Bukan apa,kita nak mengajar agar ianya terus menerus.. Biar  ianya menjadi amalan yg tetap.. Bila udah tetap,boleh la nak tambah amalan lain pun.. Buat slow2.. Tertib.. Ikut adabnya.. Buat Semampunya.. Tiada paksaan dalam agama islam. Hati kena sentiasa mengadapNya.. Itu yg penting.. Beramal kena berilmu.. Dan berdiri lurus di jalanNya. Jauh yg ditegah,buat yg disuruh.. Kita ni buat suatu perkara gerak-geri/perbuatan kita semua akan dihitungNya.. Jadi buatlah suatu perkara keranaNya.. Cuba dan cuba.. Sanggup dulu.. Buat slow2.. InsyaALLAH

    hi...
    saya setuju 100% dgn pendapat saudara/i itu.sket2 dulu...ok.

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #15 11 August, 2009, 12:37:57 AM
  • Publish
  • Baiklah, aku akan memberikan salah satu sebab utama, kenapa seseorang itu tidak mampu istiqamah dalam beribadah, iaitu berlakunya, "penguasaan nafsu di atas sesuatu ibadah atau amalan tersebut."
    __________________________________________________________________________________________________________

    Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita di atas segala PenciptaanNya...

    Jauh sudah dan telah lama kita berjalan, apa yang di cari ??..kepuasan masih belum di rasai, jalan untuk mencapainya tidak berada pada jalan yang lurus..melainkan jalan menurut hawa nafsu...

    Baginda RasulAllah saw pernah berpesan " ini hanya peperangan yg kecil, maka kita di suruh menghadapi peperangan yang lebih besar lagi..itulah melawan nafsu kita..kita tidak boleh langsung mempercayai nafsu walaupun ia taat sekian lama dalam ibadah kita..ia sentiasa akan menganjurkan perbuatan yang fasik dalam halus sehalusnya ia bermanja lara...

    Tahu-tahu sudah habis tenaga, maut telah tiba..KITA SUDAH TIADA lagi...yg hidup meninggalkan yang mati...

    Sebelum ajal datang menjemput kita..biarlah di kiri api, di kanan api..kita tetap teguh dengan satu keyakinan  " Amantu billahi tumashtaqim " aku percayakan Allah dan berpegang teguh dgn pendirian itu...

    Kita tidak jadikan ingatan kepada Allah hanya di kala menderita kesakitan, sewaktu musibah melanda..biarlah resap di dada yang selama ini di atas IzinNya dan RahmatNya kita di hidupkan dan di matikan..Ingatlah Allah setiap masa yang ada kerana ia ( masa ) Allah jadikan adil buat sesama kita...
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    Ruji

    • *
    • Posts: 95
      • View Profile
    Reply #16 03 November, 2009, 04:54:53 PM
  • Publish
  • Istiqamah maksudnya berpendirian teguh di atas jalan yang lurus, kuat berpegang kepada akidah Islam, melaksanakan syariat dengan tekun, berterusan tanpa tergugat oleh apa-apa keadaan sekalipun, tidak goyah atau berpaling. Contoh istiqamah ialah istiqamah dalam melaksana tuntutan iman, dalam ibadah solat dan ibadah yang lain seperti membaca Al Quran dan berzikir, dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan dan kezaliman, istiqamah dalam ibadat umum seperti belajar, bekerja menambah pendapatan (yang diizinkan oleh syarak).  Istiqamah menjadi tuntutan agama (rujuk Al Quran, Surah Fussilat ayat 6). Bolehkah kita bincang di sini cara-cara untuk istiqamah? Apakah yang boleh menguatkan kita untuk istiqamah?
    "Ya Allah, Dzat yang mengendalikan hati, kendalikanlah hati kami untuk taat kepadaMu. " Kepada sahabat-sahabat, sila lawati blog saya http://memorygreen1.blogspot.com/

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #17 03 November, 2009, 05:57:00 PM
  • Publish
  • Mintalah dari Allah kerana hanya Allah yang boleh beri kita istiqamah. Seorang ulamak memberitahu bahawa  umat Islam hari ini mereka amalkan agama tetapi tidak ada sifat sepertimana Nabi dan Sahabat amalkan agama. Nabi SAW sentiasa risau, risau bagaimana seluruh manusia dapat dibawa kepada agama ini. Begitu juga Sahabat2 RA. Kerisauan mereka sama. Beliau menerangkan Istiqamah sebenarnya merujuk pada sifat Sahabat RA kerana mereka sentiasa berjuang di jalan Allah. Mereka meninggalkan segala keperluan mereka semata-mata untuk menyambut seruan jihad.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    sayer

    • *
    • Posts: 9
      • View Profile
    Reply #18 03 November, 2009, 10:42:23 PM
  • Publish
  • macam mn ye nk istiqamah?? bile sy muhasabah dri, sy ase, kesalahan yg dilakukan ttp sama biarpun sy tahu ia adalah salah,,,dah azam tak nk buat lagi tp xbleh lari...tu lah masalah sy...erhm....
    kita hanya mampu menyayangi,,bukan memiliki....

    cahaya ilham

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #19 04 November, 2009, 12:12:48 AM
  • Publish
  • Memang susah nk istiqamah ni nak2 utk kebaikan. Saya terigt pesanan seorg sahabat setiap kali bila rasa susah nak istiqamah dalam sesuatu perkara. Ayatnya simple sahaja, katanya, 'Allah melihat usaha bkn kpd hasilnya'

    divider3
    halaqahforum4

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    10 Replies
    2272 Views
    Last post 08 December, 2009, 05:12:44 AM
    by NurHisyam
    3 Replies
    1494 Views
    Last post 22 January, 2010, 10:32:54 AM
    by hafidzalrahman
    6 Replies
    1037 Views
    Last post 21 December, 2010, 05:37:32 AM
    by Rahimah Sakinah