Hukum Menikahi Wanita yang Hamil

*

Author Topic: Hukum Menikahi Wanita yang Hamil  (Read 23675 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
10 August, 2009, 10:55:34 AM
  • Publish
  • Hukum menikahi wanita yang hamil

    SOALAN:
    Apa hukumnya menikahi wanita yang sedang hamil (luar nikah). Benarkah jika seorang lelaki menikahi wanita yang hamil terlebih dahulu hukumnya tidak sah dan harus menikah sekali lagi jika anak yang di kandung sudah lahir? (sesudah anak berusia 40 hari).

    Apakah status anak itu kerana setahu saya anak tersebut tidak boleh dibinkan menurut nama si ayah dan jika anak itu perempuan maka si ayah tidak boleh menjadi wali.

    Jawapan:

    Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, penulis al-Fiqh al-Islami, hukum tidak sah seseorang lelaki menikahi wanita yang sedang hamil hasil hubungan luar nikah atau diistilahkan sebagai 'zina' dalam bidang fikah adalah fatwa mazhab Maliki.

    Namun tidak disyaratkan anak yang dilahirkan oleh wanita itu mesti berusia 40 hari atau lebih untuk melaksanakan akad nikah kemudiannya.

    Mazhab ini mensyaratkan lelaki yang ingin bernikah dengan mana-mana wanita yang terlibat dengan zina perlulah memastikan rahimnya suci terlebih dahulu. Caranya, dengan menunggu sehingga tempoh tiga kali datang bulan (haid) atau berlalunya tempoh tiga bulan dari saat terakhir dia melakukan zina (al-istibra').

    Jumhur ulama bersepakat mewajibkan istibra' demi menjaga kesucian susur galur keturunan kerana ia akan melibatkan status anak sah taraf atau tidak untuk dibinkan kepada suami yang dikahwini setelah zina berlaku, kemudian masalah wali kahwin bagi anak perempuan dan masalah pewarisan harta dari segi hukum-hakam Islam.

    Jika syarat ini diabaikan, dan akad nikah diteruskan, maka akadnya dihukumkan fasid atau rosak yakni tidak sah di mana perpisahan dihukumkan wajib bagi pasangan tersebut; sama ada zahir pada wanita itu tanda-tanda hamil atau tidak.

    Jika wanita itu didapati mengandung hasil hubungan zina, maka istibra'nya ialah kelahiran anak itu. Tidak sah akad nikah sebelum wanita itu bersalin berdasarkan hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan dengan lafaz 'anak orang lain').

    Termasuk satu lagi hadis sahih dari al-Hakim mengenai wanita-wanita tawanan perang Awtas susulan daripada peperangan Hunain yang dibahagi-bahagikan kepada para pejuang yang bermaksud: "Tidak disetubuhi seorang wanita hamil itu sehingga bersalin".

    Syarat ini juga digunapakai dalam mazhab Hanbali
    terutamanya bagi lelaki yang telah mengetahui status wanita itu berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: "Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyetubuhi seorang wanita yang hamil bukan dari benihnya".

    Syarat tambahan mazhab ini ialah hendaklah wanita itu bertaubat nasuha terhadap dosa besar yang telah dilakukannya itu bagi mengeluarkannya daripada hukum asal al-Quran ke atas penzina: Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman. (al-Nur: 3)

    Lebih-lebih lagi jika mereka tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina seperti yang diisyaratkan di akhir ayat tersebut.

    Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud: "Seseorang yang benar-benar bertaubat daripada dosanya (taubat nasuha) adalah umpama seorang yang suci daripada segala dosa".

    Kemudian baginda membacakan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 222: Sesungguhnya Allah Maha Menyintai orang-orang yang suka bertaubat dan sentiasa menjaga kesucian.

    Sementara mazhab Hanafi menghukumkan sah akad nikah seseorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang berzina dengan seorang lelaki lain jika dapat dipastikan wanita itu tidak hamil.

    Jika wanita itu hamil juga diharuskan menikahinya dengan syarat tidak boleh menyetubuhi wanita itu sehingga dia bersalin berdasarkan ayat 23-24 dari surah al-Nisaa' yang tidak menyenaraikannya sebagai wanita yang haram dinikahi:

    Telah diharamkan kepada kamu untuk berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, adik-beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu kamu, anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik lelaki dan perempuan kamu, ibu-ibu susuan kamu dan adik-beradik susuan kamu, dan ibu-ibu isteri-isteri kamu, anak-anak tiri hasil perkahwinan terdahulu isteri-isteri kamu yang telah kamu nikahi (setelah mereka bercerai) kecuali jika kamu menceraikan mereka sebelum bersetubuh, maka tidak salah kamu (berkahwin dengan anaknya). Dan (haram juga bagi kamu untuk berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak lelaki kamu sendiri yang berasal dari benih kamu sendiri. Dan diharamkan ke atas kamu menghimpunkan dua orang perempuan adik-beradik sekaligus sebagai isteri-isteri kamu, kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

    Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang masih berstatus isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Hukumnya haram ini) adalah suatu ketetapan dari Allah (yang diwajibkan) ke atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan lain selain daripada yang disebut (di atas), untuk kamu mencari (wanitai) dan memperisterikannya dengan harta kamu dengan menikahinya secara yang sah, bukan secara berzina… (an-Nisaa': 23 dan 24).

    Pendapat ini dikuatkan dengan hadis riwayat al-Bukhari berkenaan perlakuan zina wanita yang telah berkahwin: Anak yang dilahirkan itu bagi empunya kamar tidur (iaitu hak suami yang sah), dan batu bagi penzina (rejam). Ia menggambarkan bahawa air mani penzina tidak mengharamkan hubungan perkahwinan yang sah.

    Mazhab ini bersependapat dengan mazhab Hanbali dan Maliki yang mengharamkan persetubuhan kepada lelaki yang mengahwini wanita yang mengandung bukan dari benihnya. Sehingga wanita itu bersalin berdalilkan hadis yang sama: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya)". (riwayat Abu Daud).

    Mazhab Syafie pula mengharuskan seseorang yang berzina menikahi wanita yang menjadi pasangan zinanya berdasarkan ayat 3, Surah al-Nur.

    Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal. Fatwa ini disepakati oleh jumhur ulama.

    Nasab bayi

    Menurut fatwa jumhur, jika wanita itu melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin, maka anak itu dinasabkan kepada suaminya yang sah.

    Jika kurang dari tempoh itu, maka tidak boleh dinasabkan kepadanya kecuali dia berkeras mengaku bahawa bayi itu anaknya atau tidak ada bukti jelas ia adalah hasil daripada hubungan zina terutamanya dalam menjaga maruah seorang Muslim.

    Tempoh minimum enam bulan ini berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi di mana pada masa pemerintahan Saidina Umar, terdapat seorang wanita yang melahirkan anak setelah enam bulan mengandung.

    Dia telah dibawa menghadap Saidina Umar untuk dihakimi iaitu diputuskan menjalani hukum rejam. Kes tersebut sampai ke pengetahuan Saidina Ali lalu beliau berkata: Wanita itu tidak sepatutnya direjam.

    Kata-kata beliau akhirnya diketahui oleh Saidina Umar, lalu beliau terus menghantar utusan bertanyakan Saidina Ali tentang hal itu.

    Saidina Ali terus membacakan ayat 233 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi-bayi mereka sehingga genap tempoh dua tahun bagi mereka yang ingin menyempurnakan proses penyusuan…. Kemudian beliau membaca ayat 15 dari surah al-Ahqaf yang bermaksud: Dan tempoh mengandungnya sehingga selesai proses penyusuannya mengambil masa selama 30 bulan….

    Perbezaan kedua-dua tempoh di dalam dua ayat al-Quran tadi ialah 6 bulan (30 bulan - 24 bulan bersamaan dengan 6 bulan).

    Jadi, kelahiran itu tidak boleh dianggap anak zina, oleh yang demikian, mereka telah membatalkan hukuman rejam ke atas wanita tersebut.

    Hanya status undang-undang anak tak sah taraf sahaja tidak boleh berbinkan suami kepada wanita yang mengandung luar nikah dan seterusnya tidak boleh berwalikannya.

    Menurut fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 57 pada 10 Jun 2003 penjelasan istilah Anak Tidak Sah Taraf adalah seperti berikut:

    *Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;

    *Anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah (sehingga dia bersalin) dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah; dan

    *Anak yang dilahirkan dalam tempoh lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak seperti proses li'an.


    « Last Edit: 10 August, 2009, 11:00:50 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    ctzubaidah

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #1 02 April, 2010, 12:44:01 PM
  • Publish
  • pagi ni ada seorang sahabat saya bertanyakan pada saya mengenai hal ini.. seorang wanita yang telah dirogol kemudiannya hamil diatas kejadian tersebut lalu ingin bernikah dengan seorang lelaki yang sanggup untuk memperisterikan beliau.. bagaimana ye.. minta pandangan dari sahabat2 semua.

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #2 02 April, 2010, 12:51:06 PM
  • Publish
  • nikah tak sah kan kalau perempuan tu tengah mengandung?
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    mujahidahmuda

    • *
    • Posts: 238
      • View Profile
    Reply #3 02 April, 2010, 12:59:49 PM
  • Publish
  • Haram bagi seorang lelaki menikah dengan perempuan penzina melainkan dia telah bertaubat.Dalil: QS anNuur: 03 (lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina)
     
    Sekadar Menterjemah Apa Yang Tersirat Di Minda

    ctzubaidah

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #4 02 April, 2010, 01:02:34 PM
  • Publish
  • kena rogol tu disabitkan sebagai penzina ke? bukan atas kerelaan dia.. 

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 02 April, 2010, 01:25:23 PM
  • Publish
  • pagi ni ada seorang sahabat saya bertanyakan pada saya mengenai hal ini.. seorang wanita yang telah dirogol kemudiannya hamil diatas kejadian tersebut lalu ingin bernikah dengan seorang lelaki yang sanggup untuk memperisterikan beliau.. bagaimana ye.. minta pandangan dari sahabat2 semua.


    Sila rujuk jawapan di permulaan topik. Mohon kepada penjawap soalan ini merujuk kepada jawapan dari ustaz  di permulaan topik. Menjawap mesti ada nas  dan dalilnya.

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #6 02 April, 2010, 02:00:16 PM
  • Publish
  • saya dah baca post atas... tapi tak pasti apa yang saya faham betul atau tidak...
    maksudnya perempuan tu boleh kawin? asalkan tak buat hubungan dengan suaminya sebelum melahirkan anak?
    betul ker? kalau salah tolong perbetulkan...

    puspawatie

    • *
    • Posts: 207
      • View Profile
    Reply #7 02 April, 2010, 02:04:57 PM
  • Publish
  • saya dah baca post atas... tapi tak pasti apa yang saya faham betul atau tidak...
    maksudnya perempuan tu boleh kawin? asalkan tak buat hubungan dengan suaminya sebelum melahirkan anak?
    betul ker? kalau salah tolong perbetulkan.......>
    x boleh buat hubungan jika bukan penzinanya...tapi kalau lelaki tu penzinanya,bolehlah buat hubungan...maksudya,tak boleh buat hubungan jika benih tu bukan benih suami,so,jika benih suami,bolehlah buat hubunga sumi isteri..tu bagi mazab syfie skru...wallahualam

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #8 02 April, 2010, 02:07:50 PM
  • Publish
  • saya dah baca post atas... tapi tak pasti apa yang saya faham betul atau tidak...
    maksudnya perempuan tu boleh kawin? asalkan tak buat hubungan dengan suaminya sebelum melahirkan anak?
    betul ker? kalau salah tolong perbetulkan.......>
    x boleh buat hubungan jika bukan penzinanya...tapi kalau lelaki tu penzinanya,bolehlah buat hubungan...maksudya,tak boleh buat hubungan jika benih tu bukan benih suami,so,jika benih suami,bolehlah buat hubunga sumi isteri..tu bagi mazab syfie skru...wallahualam

    kiranya kalau kes yang kedua dalam thread ni ...boleh kawin dan tak boleh buat hubungan la kan? sebab orang lain yang merogol...:sedihnya:... terima kasih puspa...

    hurulain01

    • *
    • Posts: 83
    • Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna
      • View Profile
    Reply #9 04 April, 2010, 12:58:28 AM
  • Publish
  • Permasalahan ini sering timbul di Malaysia. Namun begitu, mengikut mazhab Syafei, wanita yang hamil luar nikah samada atas sebab zina atau tidak, halal dinikahi oleh individu yang bertanggungjawab atas kehamilannya atau individu lain. Ini disebabkan tidak ada perkahwinan yang berlaku ke atas wanita itu maka tidak dikira iddah pada kandungannya, maka tidak perlu menunggu wanita tersebut melahirkan anak untuk dinikahi. Tentang anak tersebut samada boleh di-binkan atau tidak dengan lelaki yang menikahi ibunya, pendapat jumhur ulama' seperti yang dinyatakan oleh ummi lebih masyhur digunapakai di Malaysia. Untuk nas dan dalil yang sahih boleh rujuk website JAKIM. Soaljawab ini telah diutarakan kepada panel jakim dalam ruangan kemusykilan agama kategori munakahat. Wallahua'lam
    Allahu Rabbuna, ArRasul Zaimuna, Al-Quranu Dusturuna
    http://hurulain01.blogspot.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #10 04 November, 2010, 05:25:21 PM
  • Publish
  • nikah tak sah kan kalau perempuan tu tengah mengandung?

    Nikahnya sah. 

    Mazhab Syafie  mengharuskan seseorang yang berzina menikahi wanita  hamil  yang menjadi pasangan zinanya berdasarkan ayat 3, Surah al-Nur.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #12 21 November, 2010, 01:17:38 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum

    Ada orang bagi fatwa, bahawa tak sah kahwini wanita yg sedang hamil akibat zina. kalau dibuat akad maka tak sah dan mereka dianggap bersekedudukan zina.

    Sahkah kahwin wanita yg sedang mengandung anak zina?
    Anak tu nak di binkan kepada siapa apabila telah lahir?
    Kalau anak tersebut lahir selepas 6 bulan kahwin adakah sah anaknya?


    Terima kasih


    Salam

    Fatwa yg diberikan oleh kenalan anda tersebut merupakan pendapat dari Hanbali dan inilah juga pendapat Syaikhul Islam Ibn Taymiyah. Mereka menggunakan hadis Abi Sa'eed alKhudry, ra," janganlah kamu jima' (kahwin) dgn wanita hamil hingga ia bersalin." Manakala menurut syafi’I, dibolehkan dan sah nikahnya berdalilkan surah anNuur: 3 yg bermaksud; ‘lelaki yg berzina tidak mengahwini melainkan wanita yg berzina..’

    Jika lahir anak selepas berlalu tempoh 6 bulan dari waktu aqadnya, maka boleh dibin/bintikan kepada lelaki tersebut(ayahnya) dgn syarat: tiada bantahan dari suami perempuan itu atau ada bantahan dari keluarga dan masyarakat.

    Manakala jika kelahiran itu kurang dari tempoh 6 bulan dari waktu awad, maka tidak sabit nasab ke atas lelaki tersebut sebaliknya dinasabkan pada ibunya. Kecuali, jika lelaki itu berkata bahawa anak itu adalah daripadanya, dan dia tidak berterus-terang bahawasanya anak itu adalah hasil dari perzinaan. Dengan iqrar/pengakuan ini, maka sabitlah nasab daripadanya kerana ihtimal aqad yang lalu atau dukhul dengan syubhat. Seorang muslim hendaklah berbuat kebaikan dan menutup atas kehormatannya. WA.


    3601. adakah tidak sah perkahwinan bagi perempuan yang sedang mengandung anak tidak sah

    Jawapan Perkahwinan perempuann yang sedang mengandung anak luar nikah (anak tidak sah) adalah sah."
    "
    3602. saya ingin tahu lebih lanjut tentang anak sah taraf dan anak tidak sah taraf. saya masih keliru tentang seorang perempuan yang mengandung anak luar nikah dan berkahwin dengan lelaki yang berzina dengan perempuan tersebut sehingga mengandung adakah anak tersebut boleh di bin / binti kan dengan lelaki tersebut atau tidak. apakah yang dimaksudkan jika anak tersebut dilahirkan kurang dari enam bulan usia perkahwinan anak tersebut tidak boleh dibin/dibintikan dengan ayahnya? apakah batasan aurat dengan ayahnya jika anak luar nikah tersebut perempuan. tolongla huraikan kekusutan tersebut. kerana ia boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang

    Jawapan Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan akibat perzinaan oleh ibunya atau anak yang lahir kurang dari tempoh 6 bulan satu lahzah dari tarikh perkahwinan sah kedua ibu bapanya, maka dia hendaklah dibin/bintikan kepada Abdullah atau Asmaul Husna dan tidak boleh mewarisi harta pusaka suami tetapi dia boleh mewarisi harta ibunya. Dari sudut aurat ia adalah sepertimana aurat perempuan dengan ajnabi iaitu keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Bapa zina tersebut boleh berkahwin dengan anaknya yang tak sah taraf tersebut dengan syarat ia belum berkahwin dengan ibu anak tak sah taraf tersebut. Dari sudut Islam, kedudukan anak yang dilahirkan adalah sama seperti kanak-kanak lain, tidak menanggung dosa kedua ibu bapanya. Saudara-saudara yang tidak boleh dikahwini oleh anak luar nikah ialah: 1. Adik beradik sebelah ibu 2. Suami kepada ibunya dan ke atas 3. Anak kepada ibunya dan ke bawah Anak tidak sah taraf tidak berhak menerima harta peninggalan lelaki yang menyebabkan kelahirannya mengikut hukum faraidh. Sekiranya harta tersebut dihadiahkan semasa hidupnya (lelaki di atas) hanya adalah harus. Dalam hal ini Islam membenarkan tindakan sedemikian demi menutup keaiban ibunya. namun begitu harta tersebut hendaklah diserahkan kepada ibunya. Walau bagaimanapun, sekiranya anak luar nikah itu dilahirkan selepas 6 bulan daripada tarikh perkahwinan ibu bapanya, maka ia adalah anak sah taraf, boleh menerima pesaka, menjadi mahram dan ayahnya boleh menjadi walinya. Oleh yang demikian hukum-hukum di atas tertakluk kepada status anak tersebut sama ada ia anak sah taraf atau tidak. "

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #13 21 November, 2010, 04:11:21 AM
  • Publish
  • Quote from: al_ahibbatu,at 01:17:38 AM 21 November 2010
    Jika lahir anak selepas berlalu tempoh 6 bulan dari waktu aqadnya, maka boleh dibin/bintikan kepada lelaki tersebut(ayahnya) dgn syarat: tiada bantahan dari suami perempuan itu atau ada bantahan dari keluarga dan masyarakat.

    "Berlalu tempoh 6 bulan" maksudnya mungkin selepas 7 bulan baru anak itu lahir. Anak yang lahir ini terdapat 2 kemungkinan , pertama; kelahiran pramatang sekiranya perempuan itu memang perempuan suci (tidak berzina, ketika bernikah rahimnya memang bersih) maka boleh anak itu dibin/bintikan kepada suami yang menikahinya,

    Kedua; tetapi jika perempuan itu memang hamil (ujian telah dilakukan bahawa sebelum  bernikah  telah terdapat janin dari hasil zina)dan lewat beranak,  adakah mahu juga dibin /bintikan kepada suami yang menikahinya  itu? Oleh kerana menjaga aib,maruah suami tidak membantah. Ini bagaimana?


    Ini  yang perlu kita fikirkan adakah anak yang memang telah dihasilkan sebelum pernikahan yang sah , walaupun kelahirannya selepas 8 bulan pernikahan, mahu dibin/bintikan kepada suami ibu yang menikahinya?

    azie_hairi

    • *
    • Posts: 2
      • View Profile
    Reply #14 06 March, 2011, 01:50:03 PM
  • Publish
  • Permasalahan ini sering timbul di Malaysia. Namun begitu, mengikut mazhab Syafei, wanita yang hamil luar nikah samada atas sebab zina atau tidak, halal dinikahi oleh individu yang bertanggungjawab atas kehamilannya atau individu lain. Ini disebabkan tidak ada perkahwinan yang berlaku ke atas wanita itu maka tidak dikira iddah pada kandungannya, maka tidak perlu menunggu wanita tersebut melahirkan anak untuk dinikahi. Tentang anak tersebut samada boleh di-binkan atau tidak dengan lelaki yang menikahi ibunya, pendapat jumhur ulama' seperti yang dinyatakan oleh ummi lebih masyhur digunapakai di Malaysia. Untuk nas dan dalil yang sahih boleh rujuk website JAKIM. Soaljawab ini telah diutarakan kepada panel jakim dalam ruangan kemusykilan agama kategori munakahat. Wallahua'lam

     :)
    bagaimana pula sekiranya wanita tersebut telah mengandung 6 bulan, berumur 16+ tetapi bwh 17. bagaimana prosedur perkahwinan. bgmn pula status anak dalam kandungan skiranya wanita tersebut berkahwin dgn penzinanya.

    Tanjong

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Reply #15 06 March, 2011, 03:08:23 PM
  • Publish
  • :)
    bagaimana pula sekiranya wanita tersebut telah mengandung 6 bulan, berumur 16+ tetapi bwh 17. bagaimana prosedur perkahwinan. bgmn pula status anak dalam kandungan skiranya wanita tersebut berkahwin dgn penzinanya.
    :ws:

    Untuk perempuan yang bernikah bawah 16 tahun sahaja yang perlu mohon kebenaran bertulis dari Pejabat Agama Daerah yang disertakan bersama-sama borang Pernikahan. Bagi yang ada kes seperti di atas ini,memang perlu mohon kebenaran dengan menyatakan sebab-sebab bernikah ketika usia 16 tahun.

    Pernikahan mereka seperti biasa. Anak yang dikandung tidak boleh di bin  atau bintikan kepada suami yang dinikahinya. Anak itu berstatuskan sebagai anak tidak sah taraf. (kesian, ayah mak buat salah,anak terima  akibatnya)

    Tanjong

    • *
    • Posts: 104
      • View Profile
    Reply #16 06 March, 2011, 03:17:04 PM
  • Publish
  • Quote from: al_ahibbatu,at 01:17:38 AM 21 November 2010
    Jika lahir anak selepas berlalu tempoh 6 bulan dari waktu aqadnya, maka boleh dibin/bintikan kepada lelaki tersebut(ayahnya) dgn syarat: tiada bantahan dari suami perempuan itu atau ada bantahan dari keluarga dan masyarakat.

    "Berlalu tempoh 6 bulan" maksudnya mungkin selepas 7 bulan baru anak itu lahir. Anak yang lahir ini terdapat 2 kemungkinan , pertama; kelahiran pramatang sekiranya perempuan itu memang perempuan suci (tidak berzina, ketika bernikah rahimnya memang bersih) maka boleh anak itu dibin/bintikan kepada suami yang menikahinya,

    Kedua; tetapi jika perempuan itu memang hamil (ujian telah dilakukan bahawa sebelum  bernikah  telah terdapat janin dari hasil zina)dan lewat beranak,  adakah mahu juga dibin /bintikan kepada suami yang menikahinya  itu? Oleh kerana menjaga aib,maruah suami tidak membantah. Ini bagaimana?


    Ini  yang perlu kita fikirkan adakah anak yang memang telah dihasilkan sebelum pernikahan yang sah , walaupun kelahirannya selepas 8 bulan pernikahan, mahu dibin/bintikan kepada suami ibu yang menikahinya?

     Walaupun kelahirannya selepas 8 bulan pernikahan, tetapi anak itu terhasil sebelum pernikahan, (lewat bersalin atas sebab -sebab dinyatakan di atas tu) tetap tidak boleh dibin  atau bintikan suami yang menikahi perempuan itu. Jika bin atau bintikan juga dengan suami yang menikahi,maka anak itu berstatus anak kandung. Bapa boleh jadi wali  sekiranya anak perempuan yang dilahirkan. Hmm....apa akibatnya jika bapa itu jadi wali?  Sah kah pernikahan jika dia anak perempuan? Pernikahan tidak sah, maka zina akan berterusan ke anak cucu.  Inilah yang dielakkan kenapa perlu jujur dan berterus terang akan status anak dalam kandungan.Jangan fikir maruah dan malu, sebab perkara telah terjadi.

    Jangan terus rosakkan keturunan disebabkan konon menjaga maruah diri dan anak dengan berselindung tentang status  anak  yang terjadi sebelum pernikahan walaupun lahir selepas 6 bulan.

    princessaniey

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #17 16 January, 2012, 03:15:29 PM
  • Publish
  •  :)
    Soalan 1:
    Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
    Soalan 2:
    Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
    Soalan 3:
    Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?
    Soalan 4:
    Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
    Soalan 5:
    Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

    al_ahibbatu

    • *
    • Posts: 4872
      • View Profile
    Reply #18 16 January, 2012, 03:54:09 PM
  • Publish
  • adalah Haram menikah sewaktu Hamil anak luar Nikah

    jika sudah kandungan melebihi 40hari, kenalah tunggu sampai melahirkan, baru menikah

    sebagaimana dalam sunnah, perempuan berzina, datang mengadu kepada nabi SAW, nabi suruh balik, jaga kandungan, sampai melahirkan
    satelah melahirkan, nabi suruh balik, besarkan sekian sekian

    akhirnya di hukum atas kesalahan zina tersebut

    namun di dalam negara kita, kita boleh kecuh ( semuga Allah mengampunkan dirimu)
    maksudnya, menikahlah jika baru sebulan dua bulan mengandung, jika telah masuk bulan ketiga ke empat, itu sudah bakal menimbulkan FITnah

    karena, usia kandungan paling minima ialah 6bulan lebih sahaja, boleh melahirkan

    sebab tu, biasa mengandung 9 bulan, menikah jika dah mengandung 3 bulan, ada chance boleh selamat Fitnah Dunia

    bagaimana pun, Taubat sokmo naaa
    lepas Fitnah Dunia, Akhirat nanti kena tanggung sendiri, semuga Allah mengampunkan

    subhanallah

    menikah jadi Tidak sah, apabila, anak lahir selepas 5 bulan menikah, jadi sila make sure, tarikh tu
    Lojik kan lah ya

    ini bukan mengajar KECUH, tapi nak settle undang undang dunia

    inshallah

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #19 16 January, 2012, 04:05:57 PM
  • Publish


  • Soalan 1:
    Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

    Bernikah dengan lelaki yang menzinainya.


    Soalan 2:
    Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

    Boleh.


    Soalan 3:
    Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkahwin?

    Sah.


    Soalan 4:
    Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

    Bertaubat.


    Soalan 5:
    Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

    Perkara mungkar dan maksiat berterusan.


    Untuk lebih faham baca di sini : Hukum Menikahi Wanita yang Hamil

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    32 Replies
    42273 Views
    Last post 04 June, 2014, 08:13:10 PM
    by al-baab
    17 Replies
    18170 Views
    Last post 29 December, 2012, 11:23:38 AM
    by Air Mata Kasih
    18 Replies
    36004 Views
    Last post 15 November, 2011, 11:16:00 AM
    by al_ahibbatu