Pilihlah Nama Yang Baik Untuk Anak-anak! - Page 1

*

Author Topic: Pilihlah Nama Yang Baik Untuk Anak-anak!  (Read 14538 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 August, 2009, 10:16:42 PM
  • Publish
  • PILIHLAH NAMA YANG BAIK UNTUK ANAK-ANAK!

    ( Bilangan 281 Bahagian Pertama)
    بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Pemilihan nama yang baik untuk anak-anak adalah merupakan satu perkara yang amat penting. Ia adalah antara perkara yang mulamula diberi perhatian bagi anak yang baru lahir, malahan sejak ia masih dalam kandungan lagi, para ibu bapa sudah mencari dan memilih nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal dilahirkan.

    Islam mengambil berat tentang nama yang akan dipilih untuk anak yang baru lahir kerana ia mempunyai nilai yang tinggi di sisi agama dan kehidupan seseorang.

    Nama merupakan simbol khusus yang dapat membezakan seseorang itu dengan orang lain. Dengan nama itu dia akan
    dikenali, dan dengan nama itu jugalah dia akan dipanggil pada hari kiamat kelak. Selain perkara-perkara sebagaimana di atas, nama juga dapat mempengaruhi keperibadian atau mencerminkan sifat orang yang empunya nama. Ini kerana besar kemungkinan berlaku penyesuaian antara nama dan keperibadiannya apabila seringkali namanya itu disebut ketika memanggilnya.

    Mempunyai nama yang baik juga akan menyebabkan seseorang itu timbul rasa malu untuk melakukan sesuatu yang boleh
    memburukkan namanya yang baik itu. Dan dari rasa malu itulah, ia mampu menyedarkan dirinya untuk terus berusaha memperbaiki akhlak dan keperibadiannya kepada yang lebih baik lagi dari sebelumnya, agar namanya yang baik akan terus terjaga sampai bila-bila.

    Oleh yang demikian, pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud atau
    makna yang baik, agar peribadi anak tersebut bersesuaian dengan nama yang diberikan kepadanya.

    Waktu Menamakan Anak


    Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, sunat menamakan anak pada hari ketujuh selepas kelahirannya ataupun pada hari
    kelahirannya berdasarkan hadis-hadis shahih. Sementara harus menamakan anak sebelum dan selepas hari ketujuh daripada hari kelahirannya.

    Begitupun Imam al-Bukhari Rahimahullah berpendapat bahawa waktu memberi nama ke atas anak pada hari kelahiran
    sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis-hadis shahih adalah bagi ibu bapa yang tidak merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka. Sementara bagi ibu bapa yang merancang untuk mengaqiqahkan anak mereka, sunat memberinya nama pada hari ketujuh.

    Menamakan Kandungan yang Gugur


    Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah sunat memberikan nama kepada as-siqth iaitu kandungan yang gugur yang telah ditiupkan roh kepadanya.

    Jika belum dapat dikenal pasti jantina as-siqth itu sama ada lelaki atau perempuan, maka dinamakan dia dengan nama yang sesuai untuk lelaki atau perempuan, seperti Hindun " هند ", Hunaidah " ,"هنيدة Kharijah " خارجة ", Thalhah " طلحة ", ‘Umairah " عميرة ", Zur‘ah " زرعة " dan yang seumpamanya.

    Begitu juga sunat hukumnya memberikan nama kepada anak damit (bayi) yang meninggal sebelum sempat diberikan nama.


    Menamakan Dengan Nama Yang Baik

    Sunat hukumnya menamakan anak dengan nama yang baik. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu ad-Darda‘
    Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

    إِMaksudnya:
    Quote
    “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa-bapa kamu,
    maka perelokkanlah nama-nama kamu.”
    (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

    Islam menggariskan beberapa hukum mengenai pemberian nama untuk dijadikan sebagai panduan dalam memilih nama yang baik dan bertepatan dengan syara‘. Antaranya:


    1) Nama Yang Disukai Allah Subhanahu Wa Ta‘ala


    Adapun sebaik-baik nama yang disukai oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala ialah ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

    Ini berdasarkan hadis-hadis, di antaranya:

    i. Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
    اِ
    Maksudnya:
    Quote
    “Sesungguhnya sebaik-baik nama yang disukai di sisi Allah ialah ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.”
    (Hadis riwayat Muslim)

    ii. Sahabat, Jabir Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa terdapat seorang lelaki di kalangan para sahabat yang
    memberikan nama Abu al-Qasim untuk anak lelakinya. Para sahabat melarangnya dari menamakan sedemikian
    lalu dia mengkhabarkan perkara itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda:

    Maksudnya:
    Quote
    “Namakanlah anakmu ‘Abdurrahman.”
    (Hadis riwayat al-Bukhari)

    Termasuk juga sebagaimana kedua-dua nama di atas iaitu ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " عبد الرحمن "nama-nama yang
    disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama khas bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala, seperti ‘Abdurrahim " عبد الرحيم ", ‘Abdul Khaliq " عبد الخالق " dan ‘Abdurrazzaq " ."عبد الرزاق

    Menurut Imam al-Qurthubi Rahimahullah, nama-nama sebegini memiliki kelebihan, kerana ia menggabungkan sifat-sifat yang
    wajib bagi Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan sifat yang wajib bagi manusia iaitu ‘ubudiyyah (penghambaan).

    2) Nama Para Nabi

    Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa mazhab asy- Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat adalah harus menamakan anak dengan nama-nama para nabi. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyarankan agar
    menamakan anak dengan nama para nabi. Ini jelas sebagaimana sabda Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

    Maksudnya:
    Quote
    “Bernamalah kamu dengan nama-nama para Nabi.”
    (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    Bahkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah menamakan putera Baginda sempena nama seorang nabi iaitu Nabi
    Ibrahim ‘Alaihissalam.

    Diceritakan juga dalam kitab al-Adab al-Mufrad bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam menamakan seorang sahabat
    sempena nama seorang nabi iaitu Nabi Yusuf ‘Alaihissalam. Begitu juga menamakan anak dengan nama Nabi Besar junjungan
    kita, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah dan Jabir
    Radhiallahu ‘anhuma:

    Maksudnya:
    Quote
    “Namakan (anak) kamu dengan namaku dan janganlah kamu menggelarnya dengan gelaranku (Abu al-Qasim)”
    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Disebutkan di dalam kitab Tuhfah al-Muhtaj, nama Muhammad محمد" ", kemudian nama Ahmad " أحمد " adalah nama yang paling afdhal selepas nama-nama yang disandarkan dengan ‘ubudiyyah’ (penghambaan) kepada nama-nama Allah Subhanahu wa Ta‘ala seperti ‘Abdullah " عبد الله " dan ‘Abdurrahman " ."عبد الرحمن

    Adapun menamakan anak dengan nama Muhammad mempunyai banyak kelebihan. Kata ulama:
    Quote
    Bahkan nama Muhammad
    mengandungi beberapa kelebihan yang sangat tinggi, sayugia tiada kosong dari nama Muhammad itu di dalam sesebuah keluarga. Imam asy-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu ketika menamakan anak beliau dengan nama Muhammad berkata: “Aku menamakannya dengan nama yang paling aku sukai.”

    Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah, maksud kata Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu “nama yang paling aku sukai” itu ialah nama yang paling disukainya selepas nama ‘Abdullah dan ‘Abdurrahman.

    Oleh kerana nama Muhammad itu nama yang baik lagi mulia, maka jangan dipotong-potong atau diringkaskan ejaannya sehingga menjadi seperti “Md.” atau “Mohd.”, kerana perbuatan itu tiada berkat dan kurang adab terhadap Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.

    3) Nama Para Malaikat

    Imam an-Nawawi Rahimahullah juga menyebutkan bahawa mazhab asy-Syafi‘e dan jumhur ulama berpendapat tidak makruh
    (harus) menamakan anak dengan nama para malaikat, seperti Redhwan " رضوان " dan lain-lain.

    4) Nama Tokoh-Tokoh Islam


    Boleh menamakan anak dengan apa saja nama selama mana ia tidak bertentangan dengan apa yang digariskan syara‘. Oleh yang demikian, menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam seperti Abu Bakr " ابو بكر ", ‘Umar " عمر ", Hamzah " حمزة ", Fatimah " ,"فاطمة Khadijah " خديجة " dan lain-lain lagi adalah dibolehkan.

    Menamakan anak dengan nama tokoh-tokoh Islam juga diharap dapat membentuk keperibadian yang empunya nama sesuai dengan nama tokoh Islam yang diberikan kepadanya. Contohnya seorang yang diberi nama Hamzah " حمزة " diharapkan memiliki sikap berani dalam menegakkan kebenaran sebagaimana Saidina Hamzah Radhiallahu ‘anhu iaitu bapa saudara Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berani menentang musuh-musuh Islam demi menegakkan kebenaran dan kesucian agama Islam.

    5) Nama Yang Bagus Maknanya

    Boleh dinamakan kanak-kanak dengan nama-nama yang bagus seperti Muhibbuddin " محب الدين " (pencinta/penyayang agama), Zainul ‘Abidin " زين العابدين " (perhiasan orang-orang yang beribadat) dan lainlain nama yang baik.

    Sumber : [color=#FF4E22][b]Mufti Brunei[/b][/color]
    « Last Edit: 08 August, 2009, 10:36:13 PM by IbnuNafis »

    Reply #1 24 August, 2009, 11:14:59 PM
  • Publish
  • InsyaAllah sekiranya sudah berkahwin & mempunyai zuriat akan diletakkan nama2 yang baik utk anak.......
    amin.......

    Reply #2 24 August, 2009, 11:46:22 PM
  • Publish
  • Memilih nama biar mempunyai maksud yang baik. Kerana panggilan terutama ibu adalah satu doa. Cuba bayangkan jika kita memanggil dengan maksud yg tidak baik. Bukan untuk 1 kali sahaja tetapi sepanjang umur budak itu.
     
    macam saya juga. Nama saya agak pelik bunyinya dan tidak mempunyai maksud lain. Papa dan mama saya meminta maaf kerana nama saya. Tapi saya tidak salahkan mereka kerana masa itu mungkin mereka tidak didedahkan dengan perkara begini. Syukur Alhamdullilah adik-adik saya mempunyai nama dan maksud yang indah.

    Ariffin
    Abdul Rahman
    Mohd Haikal Haziq

    Alhamdullilah...
    http://www.mayezaneswardrobe.blogspot.com
    -Berjuang Memanusiakan Manusia-

    Reply #3 25 August, 2009, 02:29:45 AM
  • Publish
  • Banyak sudah contoh-contoh nama yang berselirat-selirut sebutannya, malah maksud nama itu pun belum tentu yang baik..

    Contohnya ( maafkan saya andainya ada yang tersinggung sebab namanya sedemikian )

    1) Kaisara 2) Qalish 3) Adryana 4) Ellyn 5) Akma 6) Remy 7) Zed 8) Zizan...dan sebanyak mana nama yang begitu pelik sebutannya....

    Kadang-kadang kombinasi nama itu dikira tidak sesuai, tetapi lebih kepada glamour nama itu...

    P/S: Kelak Allah panggil nama kita berdasarkan panggilan manusia kepada kita semasa hidup di dunia dahulu...
    Contohnya "Wahai Bedah" , "Wahai Pojan" , "Wahai Jeff", dan lain-lain lagi...kan udah pelik tu...
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    Reply #4 25 August, 2009, 08:31:39 AM
  • Publish
  • masyAllah......semoga ibubapa skrng memilih nama yang terbaik untuk anak2nya.......sesungguhnya nama itu mempengaruhi akhlaknya.....

    Reply #5 07 May, 2010, 10:45:37 PM
  • Publish
  • jika kita memilih nama tokoh sbg nama ank kta kelak,jgn lupa utuk mnceritakn keperibadian tokoh itu spy anak2 itu ingin mencontohi mereka. kebaykn sekarang nama panjang menyusahkn shbt utk memanggil.cthnya..muhd tp org pggil mad je.da ubah mksud.seelok2nya, apabila memanggil shbt,kalu nk singkt pun jgnlah smpai xde makna.cth,abidah.org slalu pggl bida.tp elok pggl abid.at least makna x jejas.   allahu a'lam bis sowab...

    Reply #6 14 September, 2011, 04:29:22 PM
  • Publish
  • semuga ada perkhabaran nya nama nama yg baik disini...
    Insyallah
    (Senyum)-
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    2 Replies
    1843 Views
    Last post 26 December, 2011, 07:14:46 AM
    by al_ahibbatu
    65 Replies
    10709 Views
    Last post 04 September, 2011, 07:17:01 AM
    by azrinkun
    17 Replies
    3353 Views
    Last post 21 September, 2012, 03:48:36 PM
    by kasba