Bagaimana hidup dalam poligami

*

Author Topic: Bagaimana hidup dalam poligami  (Read 16802 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Reply #20 02 September, 2009, 12:30:24 PM
  • Publish
  • Bercakap tentang ilmu, berapa ramai kah lelaki (yg ingin berpoligami) tahu mengapa Tuhan benarkan poligami?  Quran memang menyebut lelaki dibenarkan kawin sampai 4 tapi mengapa?

    Can someone explain to me apa maksud ayat 4:3 surah an nisak..saya cari kat internet, kebanyakannya memberi interpretasi bahawa ayat ini diturunkan selepas perang uhud, ramai wanita islam kematian suami. Maka tuhan kata, sekiranya mereka bimbang tidak dapat berlaku adil (kepada janda2 atau anak2 yatim kematian bapa, di atas harta2 mereka),maka kawin lah 1, 2, 3 atau 4. sekiranya bimbang tak dapat berlaku adil, kawinlah 1 sahaja.

    kalau ingin mengikut sunnah, Rasulullah 'mengamal' monogami semasa perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah (25 tahun?). Mungkin suami-suami boleh start berfikir untuk kawin lagi setelah berkahwin selama 25 tahun la kot....
    dan dalam mengamal poligami, dari isteri-isterinya baginda, hanya seorang sahaja anak dara iaitu Siti Aishah..yang lain-lain tu semua janda.... sebaliknya, sekarang kalau cerita nak kawin lagi, mesti dengan anak dara sahaja....

    Poligami adalah sesuatu yang menyakitkan.  Saya come across satu hadis yang menyatakan, Rasulullah sendiri tidak membenarkan menantu baginda, Ali untuk berpoligami kerana baginda tidak mahu anak baginda (Fatima) disakiti. 

    Berdosakan wanita jika dia tidak mahu/rela dimadukan? (maksudnya adakah dikira dia menafikan/tidak menerima ajaran/suruhan tuhan?)

    Reply #21 02 September, 2009, 01:16:12 PM
  • Publish
  • Salam.....

    Penafsiran tentang tindakan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam yang melarang Saidina Ali ra. untuk berpoligami bukanlah bermakna Rasulullah tidak menggalakkan atau jauh sekali melarang poligami. Hadis tersebut mestilah dilihat secara menyeluruh dengan mengaitkan dengan hadis-hadis yang lain. Menafsirkan hanya sebahagian daripada hadis tersebut, akan menyebabkan seseorang itu terjerumus kepada kesalahan kefahaman yang serius. Memang benar Rasulullah telah melarang Saidina Ali ra. untuk ‘menduakan’ puteri Rasulullah. Berikut adalah riwayatnya : Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam amat marah ketika mendengar puteri beliau, Fatimah binti Muhammad, akan ‘dimadukan’ oleh Ali bin Abi Thalib ra. Ketika mendengar berita tersebut, Nabi terus masuk ke masjid lalu menaiki mimbar dan berseru: ‘Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan puteriku terlebih dahulu, Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku” [Jâmi' al-Ushûl, juz XII, 162, Hadits 9026].

    Berdasarkan penerangan Imam Nawawi, perkara utama yang hendak disampaikan di dalam riwayat ini bukanlah berkaitan poligami. Ia berkaitan hasrat Saidina Ali ra. untuk memadukan isterinya, Fatimah binti Muhammad bersama puteri Abu Jahal. Kemarahan Rasulullah bukanlah berkaitan perbuatan poligami yang hendak dilakukan oleh Ali ra, tetapi ia berkaitan mempersatukan puteri Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan puteri musuh Allah iaitu Abu Jahal [rujuk Syarah Hadis Muslim Li Nawawi]. Di dalam sebuah hadis lain, perkara ini telah diterangkan lagi yang mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah menegaskan bahawa baginda tidak mengharamkan apa yang halal dan menghalalkan yang haram. Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ".....Dan sungguh aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah, jangan sekali-kali bersatu puteri Utusan Allah dengan puteri musuh Allah." [HR. Bukhari]

    Oleh itu, kita perlu memahami bahawa larangan di dalam Hadis di atas adalah larangan untuk memadukan antara puteri Rasul Allah dengan puteri musuh Allah, bukannya larangan untuk berpoligami. Tambahan lagi, larangan ini bersifat khusus kepada Ahli al-Bait Rasulullah sahaja dan berlaku di dalam kes ini sahaja, berdasarkan lafaz yang jelas disebut oleh Rasulullah. Dengan kata lain, hadis ini langsung tidak ada kena mengena atau lebih tepat bukan larangan berpoligami oleh Rasulullah kepada umatnya. Ini boleh diperjelaskan lagi dengan ramai di kalangan sahabat seperti Abu Bakar dan Umar sendiri adalah mereka yang mengamalkan poligami, yang tidak pernah dicegah oleh Rasulullah.

    Berkenaan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Nikahilah oleh kamu wanita-wanita (lain) yang kamu senangi dua, tiga, atau empat. Akan tetapi, jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil maka nikahilah seorang saja.” [TMQ An Nisa' (4):3), kebenaran berpoligami di dalam ayat ini bersifat mutlak. Ia bukanlah diturunkan semata-mata untuk membenarkan isteri-isteri yang kehilangan suami ketika Perang Uhud dikahwini sebagai isteri kedua, ketiga atau keempat. Ia diturunkan adalah untuk menghadkan bilangan maksimum isteri kepada empat orang. Ini adalah kerana, sebelum ayat ini diturunkan, Islam membenarkan seseorang lelaki Muslim mempunyai lebih daripada empat orang isteri sehingga tidak ada dalil yang menghadkannya. Ayat ini kemudiannya diturunkan untuk membataskan jumlah tersebut kepada empat orang.

    Berkenaan meletakkan ‘berlaku adil’ sebagai pra-syarat untuk membolehkan seseorang lelaki Muslim berpoligami , hujah ini ternyata timbul dari golongan yang tidak memahami nas dengan benar. Ia juga timbul hasil dari sikap suka ‘mencari dalih’ bagi menyatakan Islam menyekat poligami. Padahal bagaimana mungkin seseorang lelaki Muslim ingin membuktikan bahawa dia mampu berlaku adil jika dia tidak diberikan peluang untuk berpoligami? Adapun firman Allah, “Kemudian jika kamu khuatir tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja” [TMQ an Nisa’(4):3], sebenarnya maksud ‘berlaku adil’ di dalam ayat ini bukan merupakan ‘pra-syarat’ untuk berpoligami, tetapi ‘berlaku adil’ itu adalah suatu perintah/hukum berasingan yang dikenakan ke atas lelaki Muslim yang mengamalkan poligami, bukannya syarat ke atas poligami itu sendiri. Dengan kata lain, mana-mana lelaki yang gagal berlaku adil (setelah berpoligami) adalah berdosa. Ini kerana dia telah tidak mematuhi perintah Allah Subhanahu wa Ta’ala agar ‘bersikap adil’ di dalam perkahwinan poligaminya. Maka mereka akan dihukum sesuai dengan kesalahan yang mereka lakukan.

    Tambahan lagi, jika dikaji surah al-Nisa ayat 3 di atas, ia menunjukkan bahawa terdapat petunjuk bahawa kebenaran poligami itu tidak digabungkan dengan perintah bersikap adil. Ini ditunjukkan melalui ungkapan, “Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat”. Ayat ini mengandungi pengertian mengenai kebolehan berpoligami secara mutlak. Ayat ini sendiri telah pun sempurna sebagai satu ayat. Manakala kemudiannya barulah disambung, “Kemudian jika kamu khuatir…”, di mana kalimat ini merupakan kalimat yang berasingan dan tidak ada hubungan terus dengan kalimat sebelumnya iaitu ia sebagai kalam mustaknif (kalimat lanjutan). Jika ia menjadi syarat, maka ayat tersebut sudah tentu berbentuk lain, umpamanya, “Nikahilah wanita-wanita yang kalian senangi dua-dua, tiga-tiga, atau empat-empat asalkan/jika kalian dapat berlaku adil”. Tetapi ternyata, kefahaman ayat itu bukan sedemikan. [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Nizamul Ijtima’i Fil Islam]

    Hukum poligami dan ‘bersikap adil’ datang sebagai satu ‘pakej’. Pakej ini tidak ditawarkan secara berasingan. Maksudnya jika hendak berpoligami, mestilah berlaku adil. Sekiranya hendak berpoligami tetapi tidak mahu bersikap adil, maka adalah lebih baik seseorang lelaki itu untuk tidak berpoligami. Masakan hendak berpoligami tetapi enggan bersikap adil. Inilah yang dimaksudkan dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang lelaki Muslim untuk berkahwin lebih daripada seorang isteri jika mereka khuatir tidak mampu bersikap adil.

    Adapun firman Allah, “Kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian” [TMQ an-Nisa’ (4):129], juga digunakan sebagai hujah untuk membuktikan bahawa tidak ada lelaki yang mampu bersikap adil. Inilah natijah dari penafsiran akal yang dipandu oleh hawa yang dibuat oleh manusia. Mereka menafsirkan makna ‘adil’ mengikut kehendak hawa mereka, bukannya merujuk kepada nas. Walhal terdapat banyak Hadis Rasulullah yang menjelaskan maksud ‘adil’ dalam ayat di atas. Maksud adil di dalam ayat di atas sebenarnya berhubung dengan keadilan pembahagian cinta dan kasih sayang. Maksudnya, seseorang lelaki itu sesungguhnya tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterinya di dalam pembahagian cinta dan kasih sayang. Merujuk kepada ayat di atas, Ibn’ Abbas ra. menjelaskan bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menyatakan: “Yakni di dalam masalah cinta dan persetubuhan’.

    Imam Ibnu Katsir menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri lebih cenderung terhadap (mencintai) ‘Aisyah berbanding isteri-isterinya yang lain, berdasarkan beberapa hadis riwayat Imam Ahmad dan Ahli Sunan yang lain [Tafsir Al-Quran Al-Azim, I/696]. Meskipun demikian, ia tidak mengakibatkan hak-hak isteri yang lain terabai. Keadilan yang diwajibkan kepada seseorang suami adalah bersikap seimbang di antara para isterinya sesuai dengan kemampuan yang ada pada dirinya. Ini termasuklah di dalam hal giliran bermalam, memberi makan, pakaian dan tempat tinggal dan lain-lain yang berkaitan. Jika pihak suami gagal berlaku adil di dalam hal-hal ini, maka mereka boleh dihukum.

    “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ayat-ayat Allah); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." [TMQ Al-A’raf (7):179]

    « Last Edit: 02 September, 2009, 01:32:15 PM by m.amir »
    BERSAMA MENGGAPAI KEREDHAAN ALLAH

    Reply #22 02 September, 2009, 02:04:38 PM
  • Publish
  • salam

    penerangan yang jelas dari saudara m.amir..=>



    kalau ingin mengikut sunnah, Rasulullah 'mengamal' monogami semasa perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah (25 tahun?). Mungkin suami-suami boleh start berfikir untuk kawin lagi setelah berkahwin selama 25 tahun la kot....
    dan dalam mengamal poligami, dari isteri-isterinya baginda, hanya seorang sahaja anak dara iaitu Siti Aishah..yang lain-lain tu semua janda.... sebaliknya, sekarang kalau cerita nak kawin lagi, mesti dengan anak dara sahaja....
    bukan ke segala tindakan dan perbuatan Rasulullah itu ada pengajaran dan hikmah?mengapa Rasulullah berpoligami dengan wanita bukan dara(janda dan balu)?cuba kita fikir dari sudut yang lebih positif..andai Rasulullah berpoligami dengan semua anak dara..agaknya, apakah pandangan musuh islam terhadap Rasulullah?mereka akan berkata Rasulullah kaki perempuan..sedangkan apabila Rasulullah berpoligami dengan janda pun ramai musuh Islam mempertikaikannya...cara Rasulullah berpoligami adalah untuk mendidik umatnya bahawa poligami adalah cara untuk membela nasib kaum wanita(bukan merendahkan martabat wanita ya..)..ada pun, Islam sendiri tidak menghadkan berpoligami dgn janda sahaja..

    poligami itu indah jika diindahkan

    poligami jadi xindah bila xdiindahkan

    banyak sgt penentangan poligami sekarang..kononnya nak membela nasib wanita..di ceritakan keburukan poligami..bila berlaku poligami, heboh satu Malaysia apabila si isteri menuntut cerai-media pula mensensasikan lagi cerita ini..ditambah dengan drama2 dan filem2 yang menunjukkan keburukan poligami..jarang sekali kedengaran cerita kemanisan berpoligami..(terimakasih Kang Abik di atas novel dan filem Ayat Ayat Cinta)..=)

    dah hukum kata membolehkan poligami..pasti ada hikmah yang besar disebalik kebenaran berpoligami..sama kes dengan pelaksanaan hukum hudud..jika xditerangkan secara betul, di tambah dengan kenyataan yang memandang enteng terhadap hukum Allah ini- kononnya primitif,xsesuai dengan zaman sekarang, xsesuai dengan rakyat berbilang kaum (yang sedihnya kenyataan ini diucapkan oleh umat Islam sendiri..:sedihnya:)..sedangkan AlQuran relevan sepanjang zaman hingga kiamat..

    P/S:sekadar pandangan hamba yang cetek ilmu...T_T

    « Last Edit: 02 September, 2009, 03:22:06 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #23 02 September, 2009, 02:31:45 PM
  • Publish
  • Saya sokong pendapat dari fakiri......

    Sebenarnya, sebilangan muslimah terasa begitu "fobia" dgn perkataan "poligami" adalah berpunca dari pemikiran barat
    yg menyatakan berbagai-bagai tohmahan dan keburukan poligami (sedangkan di sisi Allah, halalkan). Kafir barat telah berusaha
    memutar-belit segala fakta & peraturan hidup yg telah Allah tetapkan....agar pemikiran umat Islam menjadi keliru dan bercelaru.
    Lama-kelamaan umat Islam secara tidak disedari....pemikiran umat Islam tersasar dari al-quran & hadis.

    Akhirnya....kita dapat lihat.....apa yg dibenci oleh kafir barat, sama saje apa yg dibenci/dipertikaikan oleh umat Islam - kadang2 sampai tak dapat nak beza...yg mana kafir dan yang mana muslim. Sedangkan, kita sendiri telah mengetahui bahawa deenul Islam ini adalah unik maka orang-orang yg memakai "jersi" deenul Islam ini... pasti unik orangnya kannn.......
    « Last Edit: 02 September, 2009, 02:33:52 PM by m.amir »

    Reply #24 02 September, 2009, 02:46:54 PM
  • Publish
  • terima kasih saudara amir atas penerangan tersebut. 

    poligami adalah satu yang harus,(betul?) . adakah berdosa kalau isteri tidak mahu dimadukan?  adakah dikira wanita itu telah mengharamkan apa yang dihalalkan?

    mungkin benar pemikiran barat menyebabkan sebahagian dari muslimah merasa fobia dengan perkataan poligami, tetapi pemerhatian saya, kebanyakan (??) lelaki2 islam di negara kita (yang berpoligami) tidak menunjukkan contoh terbaik bagaimana poligami itu boleh jadi indah. 

    sekiranya ada di sini wanita yang berpoligami (selain dari Pn Sham) dan bahagia dengan kehidupannya, saya ingin berhubung untuk belajar pengalamannya.

    Reply #25 02 September, 2009, 03:01:43 PM
  • Publish
  • salam...
    Terima kasih saudara m.amir & saudara fakiri... jernih penerangannya.

    Orang lelaki berbeza sistem zuriatnya daripada kaum hawa walaupun saling bergantung keduanya.

    walaupun satu lelaki menyumbang berjuta spemnya kepada 4 wanita dalam satu ketika (bukan la satu malam dlm satu bilik),
    anak- anak yang dikandung ke empat4 wanita tersebut sah dan jelasnya anak kepada lelaki itu.

    Tapi bayangkan lah kalau satu perempuan ada 2 orang jer lelaki merebut satu telur ovumnya... kelak...
    yang menangis tue anak sapa tue...

    jadi kaum hawa jangan lah terjerumus menyalah taksir perkataan CURANG yang dibawakan oleh orang2 yang tak nak paham tentang poligami.

    Dia kata lelaki curang sebab ada pempuan lain. Perkataan CURANG nie mungkin sesuai pada lelaki yang belum berkahwin dengan pempuan yang dia (lelaki itu) nak buat macam isteri dia jugak. Untuk elak lelaki curang nie salah satunya adalah mengkahwinkan dia supaya tak disesatkan oleh setan dan nafsu. Benarkan dia kawin awal2.

    Lelaki yang ada perempuan lain yang sah dinikahnya tu bukan CURANG tapi  tue la poligami.

    Ada jugak saya dengar orang pempuan yang cakap... laki dia boleh buat kenapa dia tak bleh buat??
    pemikiran samarata yang tak betul inilah boleh menyebabkan cerai berai berlaku... isteri tak menghormati seorang suami.










    Reply #26 02 September, 2009, 03:18:59 PM
  • Publish

  • tetapi pemerhatian saya, kebanyakan (??) lelaki2 islam di negara kita (yang berpoligami) tidak menunjukkan contoh terbaik bagaimana poligami itu boleh jadi indah. 


    Tidak hanya orang lelaki bertanggungjawab membahagiakan rumahtangganya selepas dia berpoligami.

    sekarang sebab pemahamannya terlalu lencong tentang poligami nie, situasi seperti ini sering ada.

    Dulu masa jadi isteri tunggal sanggup dia sumbangkan sebahagian gajinya nak bantu suami.
    tapi bila suami kawin. si isteri 1/2 ajak berperang. mak isteri-isteri berperang. gaji kedua2nya beku jangan disentuh suami. takut manfaat duit mengalir kepada madunya. suami pulak terpaksa perlu tangggung permintaan yang makin berlebih dari kedua isterinya(masa, tanggungan, dan komitmen).

    isteri buat perangai nak bagi padan muka suami... sapa suruh kawin dua... nah rasakan...

    komitmen nak bahagiakan keluarga yang bermadu nie kena lah semua pihak ambik peranan. Isteri tua, isteri muda dan hakimnya si SUAMI yang dah berjaya kawin dua.




    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #27 02 September, 2009, 03:29:48 PM
  • Publish
  • Quote
    Dulu masa jadi isteri tunggal sanggup dia sumbangkan sebahagian gajinya nak bantu suami.
    tapi bila suami kawin. si isteri 1/2 ajak berperang. mak isteri-isteri berperang. gaji kedua2nya beku jangan disentuh suami.

    Betullah, bila dah suami berkahwin 2,3,4 bermakna dia dah mampu dalam soal kewangan juga,bukan saja mampu dalam meyumbang berjuta sperma. Maka isteri yang masa mula-mula berkongsi dalam pengurusan kewangan, telah membekukan sumbangannya dalam pengurusan kewangan suami. Suami kena uruskan lah kewangan tu sendirian. Ada yang nasib kurang baik, isteri yang asal tunggal tadi siap minta elaun tambahan lagi sebab dia mempunyai anak yang ramai dan kos adalah lebih dari isteri ke 2, 3 dan 4.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #28 02 September, 2009, 03:33:13 PM
  • Publish
  • Kagum saya sekagum-kagumnya mendengar cerita tentang Salih Yaakob(Abg Jem). Buat yang tak tahu, Salih Yaakob dah kawin 3 orang. Lagi satu jer nak cukup kuota maksimum. Kepada suami-suami yang berniat nak kawin lebih dari satu, sila contohi keadilan dan kehebatan Abang Salih. Terutamanya kepada artis-artis lelaki yang sampai bercerai-berai nak kawin lain sedangkan tak mampu nak buat camtue.

    Abang Salih Yaakob nie ada jadual balik rumah isteri-isterinya setiap hari. Yang paling penting, 3 isteri dia memang kawan baik. Kamceng la kiranya. Tue yang kadang-kadang kalau Salih Yaakob tersilap balik rumah (maklumlah bini ramai sangat), diorang bertiga rileks jer. Takder nak gaduh-gaduh. Mungkin sebab diorang tau Salih Yaakob tak ada niat nak balik tersalah rumah kot.

    Masa isteri no 3 nak bersalin, isteri no 2 yang pergi hantar gi hospital. Perghh. Mana ada cerita kebahagiaan rumah tangga zaman moden sampai camnie sekali. Selalu kalau laki yang berkawin dua pun, bini no 1 gi serang bini no 2 bawak parang. Ini siap leh hantar gi bersalin dan tanamkan uri bayi baru lahir tue lagi. Kagum gila-gila saya dibuatnya.

    Untuk menambahkan lagi kekaguman kami, kalau tak silap isteri no 1 dan isteri no 2 punya rumah sebelah sebelah jer. Lepas tue ada suatu time tue, isteri no 1 ngan isteri no 2 nie mintak kebenaran nak pergi umrah bersama-sama kat Salih Yaakob. Tengok tue betapa adilnya Salih Yaakob hingga bini-bini dia leh jadi member kamceng sampai tahap macam tue skali.

    Apa-apa pun buat Abang Jem. Anda memang contoh suami mithali yang terbaik. Memang wajar dijadikan idola kepada lelaki-lelaki di luar sana yang nak berbini lebih. Silalah pergi menuntut ilmu dengan Salih Yaakob dulu sebelum anda terasa nak kawin lain.


    Reply #29 02 September, 2009, 03:45:40 PM
  • Publish
  • Saya setuju dengan Ummi, kalau dah rasa mampu nak kawin lagi, kenapa mengharap sumbangan isteri? mungkin kerana selama ini isteri 1 menyumbang 1/2 kos hidup, suami rasa ada extra untuk bukak cawangan lain. Tidak patut (tidak adil?) suami mengambil kesempatan di atas pengorbanan isteri 1.

    Reply #30 02 September, 2009, 03:56:01 PM
  • Publish
  • Poligami AA Gym


    mayb dah ade tgk video ni

    Reply #31 02 September, 2009, 04:40:00 PM
  • Publish
  • kalau dah rasa mampu nak kawin lagi, kenapa mengharap sumbangan isteri? mungkin kerana selama ini isteri 1 menyumbang 1/2 kos hidup, suami rasa ada extra untuk bukak cawangan lain. Tidak patut (tidak adil?) suami mengambil kesempatan di atas pengorbanan isteri 1.


    Saya tak ler nak samakan hasrat orang lelaki sekarang nie dengan perkahwinan Rasulullah. tapi berkait dengan persoalan di atas saya ada persoalan???? masa Nabi kawin isteri2 dia, dia kaya-raya hartawan ker?? Lepas isterinya Saidatina Khadijah meninggal mungkin hartanya cukup banyak ker?  Saya tak der nas2 alQuran @ hadis.. minta yang lebih arif kupaskan

    Kewangan tue cukup utk memberi makan, rumah, kepada isteri2 & anak2. bukan sampai bermewah2. maksudnya anak kecik kena pakai lampin je lah.. jgn la mami poko.

    kaum isteri kena juga la berkorban kerana gaji yang ada tue pun atas keizinan sang suami juga membenarkan dia bekerja.
    Apa salahnya bantu-membantu...

    Reply #32 02 September, 2009, 04:51:55 PM
  • Publish
  • , tetapi pemerhatian saya, kebanyakan (??) lelaki2 islam di negara kita (yang berpoligami) tidak menunjukkan contoh terbaik bagaimana poligami itu boleh jadi indah. 


    salam

    memang betul tu..ramai lelaki islam di Malaysia yang berpoligami xmenunjukan contoh terbaik..tapi, itu cerita yang biasa kita dengar dan biasa di hebohkan..disensasikan..kenapa ya, jarang kita dengar cerita kebahagian berpoligami?kenapa tidak disensasikan kebaikan dan kebahagiaan poligami?kenapa kita asyik tertarik untuk membaca dan melihat keruntuhan rumahtangga, kerosakan rumahtangga, ketidakadilan, kezaliman (akibat poligami)..kenapa tidak kita berusaha mencari dan menghebahkan kecantikan dan keindahan poligami-sekaligus menjernihkan pandangan orang ramai khususnya nonmuslim terhadap islam itu sendiri..sebenarnya peranan media amat la penting sekali..pada saya, media serta orang kenamaan sendiri (sebab kenyataan orang kenamaan ni,akan jadi tumpuan..disiarkan di media massa)yang bertanggungjawab mnyebarkan ketidakindahan poligami ini..

    saya tertarik dengan kisah hidup salih yaacob yang bahagia berpoligami...emmm..agaknya ada tak terbit dalam melodi ka..urtv ka..mangga ka..kisah kebahagiaan salih yaacob n isteri2nya?balik balik kita dengar cerita artis bercerai..suami kahwin muda(pastu kisah si isteri tua di sensasikan oleh 'gossiper'(err..ada ke istilah ni???) kononnya ini lah akibat dari poligami..nak lariskan jualan majalah serta rancangan tv mereka la tuh..

    bukan nak nafikan perasaan wanita..sedangkan ada sebahagian kaum adam tidak dapat menerima perkongsian..(saya sendiri sokong poligami, tetapi tidak berniat dan tidak berminat untuk berpoligami- (err..tapi kalau dah Allah takdirkan berpoligami,redha je la..)


    p/s: sekali lagi pandangan dari hamba yang cetek ilmu...T_T

    Reply #33 02 September, 2009, 05:02:33 PM
  • Publish
  • bukan nak nafikan perasaan wanita..sedangkan ada sebahagian kaum adam tidak dapat menerima perkongsian..(saya sendiri sokong poligami, tetapi tidak berniat dan tidak berminat untuk berpoligami-

    mmg tak boleh kan orang adam tue sanggup terima prkongsian?... orang dayus tue masuk neraka jugak rasanya.
    « Last Edit: 02 September, 2009, 05:09:11 PM by Ummi Munaliza »

    Reply #34 03 September, 2009, 09:05:52 AM
  • Publish
  •  :)
    jika suami puan memberikan dengan cukup, ia tidak menjadi masalah. puan harus berkelakuan baik dengan suami puan agar tidak timbul sebarang pergaduhan yang boleh mempengaruhi keadaan keluarga puan, lebih-lebih lagi keadaan anak puan. janganlah membiarkan anak puan melihat puan bertelingkah dengan suami puan. sesungguhnya, keadaan itu amat teruk...

    Reply #35 03 September, 2009, 11:28:10 AM
  • Publish
  • AsSalam
    apa kelebihan Saleh Yaakub sehingga dia ada 3 isteri....

    BuJaNg_SeNang

    • *
    • "hidup segan, mati tak mau"
      • View Profile
    Reply #36 04 September, 2009, 09:03:33 PM
  • Publish
  • AsSalam
    apa kelebihan Saleh Yaakub sehingga dia ada 3 isteri....

    Adil dalam memberikan nafkah zahir dan batin. Serta mempunyai jadual untuk pulang ke rumah isteri  baguss

    wah..wah Awit1910 macam ada pengalaman kawin 3 la pulak.... ada pakai apo2 ayat atau ubat kuat tak...:senyum:

    Reply #37 05 September, 2009, 12:51:02 AM
  • Publish
  • sesungguhnya jika seseorang itu mampu dari segala aspek apa salahnya tapi kalau diri sendiri tak mampu nak menanggung isteri seorang bersama 2 orang anak .. macam mana cerita??
    ianya benar2 terjadi pada diri saya

    Reply #38 05 September, 2009, 01:02:31 AM
  • Publish
  • berpoligami ini memang tak salah..tetapi perlu ada kesedaran dlm diri itu sama ada mampu dr segi kewangnan,mental dan fizikal..
    dengan adanya isteri seorang pun tak termampu nak melayan apatah lagi dan beristeri 2 atau 3.

    BuJaNg_SeNang

    • *
    • "hidup segan, mati tak mau"
      • View Profile
    Reply #39 05 September, 2009, 04:02:23 PM
  • Publish
  • berpoligami ini memang tak salah..tetapi perlu ada kesedaran dlm diri itu sama ada mampu dr segi kewangnan,mental dan fizikal..
    dengan adanya isteri seorang pun tak termampu nak melayan apatah lagi dan beristeri 2 atau 3.

    betul jugak tu kata akak kita nie... sewajarnya suami perlu ada perasaan tanggungjawab baru la wajar untuk kawin ramai. kalau tak mampu untuk beri kasih sayang pada isteri dan anak2 buat apa nak kawin lagi... nak ikut sunah nabi pun ada batas jugak kang tak pasal2 nak kejar sunah tapi dapat pulak dosa..

    divider3
    halaqahforum4