Soalan psikologi mengenal peribadi kenalan anda

*

Author Topic: Soalan psikologi mengenal peribadi kenalan anda  (Read 6748 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

05 August, 2009, 10:38:02 AM
  • Publish
  • Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.
    Nak tahu apa soalan tersebut? Baik, saya kongsikan dengan anda. Soalannya berbunyi begini.
    Ada 5 perkara berlaku serentak.
    1. Air mendidih kat dapur.
    2. Air paip melimpah kat bilik air.
    3. Bayi menangis.
    4. Telefon berbunyi.
    5. Ada orang ketuk pintu.
    Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan ’settle’ kan terlebih dahulu?
    Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
    Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
    Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
    Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.
    Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
    Fikir…Fikir…
    Fikir…
    Fikir…
    Fikir…
    OK, dah habis fikir dan buat keputusan?
    Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
    Baik, mari kita semak jawapan anda…
    apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.
    • Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
    • Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
    • Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
    • Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
    • Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
    Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

    P/S: Jemput la ke blog saya:
    http://thebest4u.wordpress.com (tazkirah/tips/petua/link/produk dan banyak lagi untuk dikongsi bersama)
    http://taqwimdigital.wordpress.com (produk islam -taqwim digital untuk kegunaan di rumah/surau/masjid. guna sendiri atau sedekahkan sebagai saham akhirat)



    nurqhazi

    • *
    • http://nurqhazirahman.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #1 01 January, 2010, 07:36:27 AM
  • Publish
  • 1. Air mendidih kat dapur.               -bahaya takut terbakar rumah     
    2. Bayi menangis                               -kesian,.
    3. Air paip melimpah kat bilik air.   -membazir kalo biar lame                     
    4. Ada orang ketuk pintu                 -tetamu akan tgu hingga salam ketiga kan..? :senyum: 
    5. Telefon berbunyi.                         -skrg guna hp,nnt blh cll semula lps yang penting selesai.
    ni la jawapan yang qhazi susun,yang lain macam mana.?

    harap berkunjung ke http://nurqhazirahman.blohgspot.com
    islam untuk semua.

    Reply #2 01 January, 2010, 08:34:58 AM
  • Publish
  •  :)

    hmmm bagi hemah saya pulak, saya pilih bayi menangis dulu...dukung dia n pada masa yang sama, tutup air mendidih, kemudian tutup paip...lepas tu angkat telefon kata tunggu sekejap ada orang ketuk pintu dan akhir sekali buka pintu...kalau lama bercakap dengan tetamu tu, mintak izin dia untuk jawab telefon sekejap n bagitau nanti saya telefon semula...  baguss

    1. Bayi menangis
    2. Air mendidih kat dapur.
    3. Air paip melimpah kat bilik air.
    4. Telefon berbunyi.
    5. Ada orang ketuk pintu

    Reply #3 01 January, 2010, 10:04:16 AM
  • Publish
  • 1. Air mendidih ~ automatik off sendiri. tak perlu risau.
    2. Air paip melimpah ~ "sesungguhnya membazir itu amalan syaitan"
    3. Bayi menangis ~ kesian, takut 'selob' pulak kalau biar lama-lama.
    4. Telefon ~ sebab dah biasa dengar bunyi telefon terus angkat
    5. Orang ketuk pintu ~ siapa suruh dia ketuk je tak bagi salam. tunggulah kau lama-lama kat luar. :senyum:

    Reply #4 01 January, 2010, 10:21:42 AM
  • Publish
  • 1. tutup air kat paip = membazir (padahal air murah je, tapi memang materialistik agaknya, :sedihnya:)
    2. tutup air mendidih = terlalu bising, maybe sebab ni baby menangis kot
    3. bayi menangis = takut dia cedera
    4. orang ketuk pintu = lambat sikit, dia boleh tunggu sebab dia dengar air mendidih dan dan baby menangis, confirm ada orang..
    5. telefon = last sekali, sebab kalo urgent boleh call lagi dan lagi..

    Nor_207

    • *
    • Just be yourself
      • View Profile
    Reply #5 01 January, 2010, 05:34:13 PM
  • Publish
  • 1. Bayi menangis - takut bayi ada sakit@lapar
    2. Tutup air mendidih - bahaya nanti
    3. Tutup air kat air paip - lambat sikit takpe, Selangor air free he..he..
    4. Orang ketuk pintu - kesian orang tu
    5. Telefon- kalau penting, mesti orang tu telefon semula
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    Reply #6 01 January, 2010, 05:57:00 PM
  • Publish
  • 1. Air mendidih kat dapur.            ---> guna cerek letrik otomatik..dia off sendiri
    2. Air paip melimpah kat bilik air. ---> guna bebola pelampung..air penuh je paip stop sendiri
    3. Bayi menangis.                          ---> biarkn je..bagus untuk exercise dada sesekali
    4. Telefon berbunyi.                      ---> guna HP..so boleh call dia balik semula jika perlu
    5. Ada orang ketuk pintu.              ---> sapa pulak kacau malam2 buta ni..kut ye pun call la dulu

    okaja* okaja* okaja*



    personaliti baik punya,up-to-date,..
    * nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
    *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
    * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

    divider3
    halaqahforum4