Kuliah - Cara Mengenal Salafi Wahhabi - Page 1

*

Author Topic: Kuliah - Cara Mengenal Salafi Wahhabi  (Read 9880 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

03 August, 2009, 11:13:19 PM
  • Publish
  • Siapakah Salafi Wahhabi?
    Siapa pula Wahudi?
    Apakah ciri-ciri kaum Salafi Wahhabi?
    Benarkah Wahudi memberontak ke atas Daulah Islamiyyah?
    Di mana lokasi Najd yang sebenar?


    Mengenal Kaum Salafi Wahhabi 1



    sambungan seterusnya di:
    http://ribuanceramah.blogspot.com/2009/08/abu-zulfiqar-cara-mengenal-salafi.html
    Pandang Global, Bergerak Sebagai Satu Umat.
    BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw.

    Reply #1 16 September, 2009, 02:56:35 PM
  • Publish
  • Wahabi merupakan satu fahaman/aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain/Mekah yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab.

    Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Ibn Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud memerintah Arab Saudi sejak 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi.

    Fahaman ini disebut juga sebagai Wahhabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya.

    •   Golongan Wahabi lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud 'satu Tuhan'.

    •   Mereka mendakwa menurut pemikiran Ahmad ibn Hanbal (al Hanbaliah, al Hanabilah) yang merupakan salah satu
    mazhab dalam Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Dalam hukum feqah, mereka berpegang kepada fafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taimiah, bahkan dalam banyak hal lebih radikal lagi dari Ibn Taimiah.
    Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.
    Isi kandungan

    •   1 Pengasas
    •   2 Kebenaran yang mengelirukan
    •   3 Pandangan Siradjudin Abbas
    •   4 Fahaman Wahabi di Malaysia
    •   5 Rujukan

    Pengasas

    Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793 m) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'.
    Beliau adalah seorang sufi, ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab.
    Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah].

    Beliau belajar agama dari Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi dan kepada bapanya sendiri Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan balik semula ke Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi.

    Semasa di Madinah, beliau dapati banyak amal ibadat orang Islam bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.

    Beliau pindah ke Basrah dan mengeluarkan fatwa yang ganjil-ganjil. Beliau diusir lalu pergi ke Hassa dan berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif.Beliau diusir lagi , lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya. Tetapi setelah mendengar fat-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.

    Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak , malah sebahagiannnya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

    Kebenaran yang mengelirukan

    Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924 -kini dan mereka telah merompak bersesuai dengan imam fahaman ini iaitu org yang bukan wahabi adalah kafir dan musyrik.
    Perubahan yang mereka lakukan ialah :

    1.   Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924.ini beesesuaian dengan firman Allah kelak akn ada manusia yang mahu menutup kebenaran dan syiar Islam

    2.   Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.Wahabi berpandangan semua itu syirik dan bertentangan dgn hadis nabi yang mahu kita menziarahi tempat-tempat Islam

    3.   Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa di situ.

    4.   Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai maksiat dan perlu dihapus.

    5.   Melarang melagu-lagukan azan terutama menggunakan radio dan pembesar suara.

    6.   Melarang membaca qasidah

    7.   Melarang melagu-lagukan al Quran.

    8.   Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji.

    9.   Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.

    Pandangan Siradjudin Abbas

    Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyai, abuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :

    1.   Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.

    2.   Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).

    3.   Mengambil sumber Al-Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa Ijma Ulama dan Qias.

    4.   Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan).

    5.   Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang mengerja pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.

    6.   Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya menjadikan orang musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leil telah lama diruntuhkan.

    7.   Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya.

    8.   Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain, kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

    9.   Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu.

    10.   Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh.

    11.   Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w

    12.   Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.

    13.   Azan tidak boleh berlagu.

    14.   Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.

    15.   Imam tidak membaca "Bismillah" dalam Solat.

    16.   Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain dilarang keras.

    17.   Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat ia adalah amalan peribadi. Berdasarkan tulisan Kiyai Sirajuddin Abbas ini, maka kita dapat lihat bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Wahhabi ada benar

    Contohnya isu bacaan basmalah kuat atau perlahan, ia menjadi khilaf para ulama mazhab.Begitu juga larangan kepada penduri arwah yang dilarang puak wahabi

    Maka kita seharusnya insaf dan tidak terikuit-ikut dengan fahaman wahabi yang extrewm ini. Buku-buku Muhammad bin Abdul wahab mudah untuk didapati di perpustakaan-perpustakaan. Maka berjaga-jagalah dgn fahaman ini kerna ia mengajar tauhid yang mengelirukan umat Islam

    Fahaman Wahabi di Malaysia

    Majlis Fatwa Kebangsaan di Malaysia tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Wahabi sebagai ajaran sesat atau fahaman sesat .Ia adalah khilafiah (pertikaian) di mana timbul persoalan mengenai takwil (tafsiran).
    Jemaah haji Malaysia yang mengerjakan haji di kota Mekah tidak pernah mempertikaikan amalan tidak membaca qunut oleh imam di kaabah. Jemaah Islam juga akur dengan arahan tidak menziarahi makam-makam tertentu malahan makam nabi Muhammad di Madinah. Mereka akur dengan perbezaan tersebut kerana telah dimaklumkan semasa kursus haji yang diberikan oleh pegawai dari Tabung Haji.

    Pada 8 Mei 2008 di persidangan Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi penjelasan pendirian kerajaan Malaysia berhubung soalan dari peguam Zulkifli Noordin (PKR - Kulim Bandar Baru).

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenakpasti pendakwah antaranya Dr Abdullah Yasin dan Ustaz Hussein Yee sebagai penganut Wahabi yang jelas. Itulah sebab agaknya Hussein Yee tidak lagi muncul dalam program dan ceramah agama di televisyen.

    Kebanyakan lulusan universiti dari Madinah mengiktiraf ajaran Wahabi ini. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah menganggap Wahabi sebagai ajaran sesat. Muzakarah kali ke-40 pada 1996 menyebut bahawa mana-mana golongan yang mengisytiharkan diri mereka tidak bermazhab dan menganggap bahawa dialah orang yang lebih baik di samping mencerca dan menghina golongan yang bermazhab sedangkan mereka berada dalam kelompok yang sama, pendekatan dengan cara perbincangan adalah lebih baik.
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    Reply #2 20 October, 2009, 02:15:42 AM
  • Publish
  • ...sekadar hanya menerima pelbagai pembohongan dan finah2 memanglah menjadi amalan dan pemikiran manusia yang tidak mahu mengkaji dan menerima kebenaran...
    ..hidup ini singkat dan sementara...

    Reply #3 20 October, 2009, 02:29:58 AM
  • Publish
  • InsyaAllah...Semoga Allah pilih saya sebagai HAMBA yang MENGHANCURKAN WAHABI DAN MENGUSIR MEREKA KE KAMPUNG HALAMAN MEREKA..HIDUP Imam Syafie Rah....Pemuka Quraisy yang harus dipelajari,jangan mendahului dan mengguruinya...
    W alam..

    Reply #4 20 October, 2009, 03:46:57 AM
  • Publish
  • InsyaAllah...Apa yang ada di Malaysia harus dimurnikan lagi..Matlamat ilmu ada...Matlamat Akhirat yang lebih penting..LAILAHAILALLAH..yang lain terbuka sendiri..

    Reply #5 02 December, 2009, 12:04:41 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...
    Adakah berselawat keatas nabi itu salah? Adakah bertawassul itu juga salah?
    Adakah ia bertntangan dgn agama Islam?
    Sdgkn ada dalil dr al-quran yg m'bolehknnya...
    Ada kisah dr dalil yag sahih......
    Kita juga dilarang sama-sekali oleh nabi untuk mengkafirkan org islam yg lain dgn sewenang-wenangnya walhal org itu tidak melakukan ape2 prkara yg m'syirikkan ALLAH....
    Sesungguhnya setiap org Islam itu bersaudara ,
    maka jgnlh kita saling b'gaduh, b'telingkah, b'pecah-belah disebabkan prkr khilaf spt ini........
    Marilah kita sama2 memikirkan masalah umat islam kini yg sudah tentunya HARAM DI SISI ISLAM..
    Tidak ada khilaf dlm hukum meminum arak, berjudi, riba', berzina dan meninggalkan solat dgn sengaja......
    Musuh2 Islam ketawa dan bertepuk tangan ketika kita bertelagah dan bergaduh sesama saudara seIslam..
    Wallahu a'lam




     

    Reply #6 26 October, 2014, 06:01:14 PM
  • Publish
  • Saudara-saudariku sekelian,
    Janganlah kita membenci Wahabiah itu secara membuta-tuli sedangkan mereka juga adalah ahli sunnah-waljamaah,saudara kita..mungkin kerana cara mereka itu ekstrem dalam sunnah dan menolak perkara2 bida'ah,itu tidaklah boleh kita jadikan sebab nak membenci mereka...

    Contohnya dalam soal Berselawat Ke Atas Rasulullah SAW...Itu adalah ibadat malah tanda kita kasihkan nabi dan ingin mendapat syafaatnya di hari akhirat kelak,sedangkan Allah dan Para malaikat berselawat keatas Rasullullah SAW...TETAPI, melakukannya secara melagukannya beramai-ramai adakah ianya disuruh oleh Rasulullah SAW? Adakah ianya pernah dilakukan oleh para sahabat dan tabiin, orang2 yang lebih tahu mengenai perkara ini?? Jika tiada, dari mana dan bila datangnya amalan ini? Silalah kaji dan fikir dan amalkan mengikut seperti apa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

    Dalam bab Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah,tiada disunatkan berzikir dan berdoa beramai2 dgn suara yg kuat oleh Rasulullah SAW  dan tidak disebut oleh Imam 4 mazhab KECUALI untuk mengajar org yg baru masuk Islam yang atau orang yang baru belajar solat. Ini boleh menganggu mereka2 yg sedang solat sunat atau yg sedang solat wajib(yg dtg lambat ke masjid).

    *Ini bukan fahaman Wahabi tetapi sunnah Rasul.

    Didalam kitab Al-Um(Kitab Imam Shafi'e)Jilid 1 muka surat 127 : ‘Dan aku Imam Shafie lebih memilih bagi para Imam dan ma’mum utk berzikir setelah solat 5 waktu dgn cara memperlahankan yakni  tidak mengeraskan suara(sekadar bole didengar sendiri) kecuali bila Imam harus mengajarkannya kepada ma’mum maka ia boleh mengeraskan bacaan tersebut hingga ma’mum boleh mengikuti tetapi memperlahankan semula suara kerana sesungguhnya Allah ta’ala telah berfirman di dalam surah Al-Isra’ ‘Jgn kamu mengeraskan suaramu dlm solatmu dan jgn pula merendahkannya’..
    Imam Nawawi  berkata ‘..dgn cara menyembunyikan, tidak mengeraskan bacaan  Zikir dan Doa terkecuali apabila seorang Imam hendak mengajarkan bacaan2 zikir tersebut kepada ma’mumnya namun apabila dia imam melihat bahawa ma’mum telah belajar darinya bacaan2 tersebut, hendaklah dia meyembunyikan iaitu memperlahankan kembali suaranya…’
    Jadi sesiapa yang ingin melakukannya secara beramai2 selepas solat wajib, silakan tetapi Rasulullah dan para sahabat tidak melakukannya sedemikian kecuali ada keperluan...

    Marilah kita belajarlah ilmu Islam itu dengan sebenar-benarnya, janganlah kita mengikut2 sahaja tanpa mempelajarinya dengan betul...ini supaya kita keluar daripada gelap kepada terang...daripada jahil kepada berilmu...jaga2 dengan hasutan Syaitan yang memang mahu melihat umat Islam berpecah belah...wallahualam..

    Assalamualaikum...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    33 Replies
    7094 Views
    Last post 15 November, 2009, 04:52:53 PM
    by ainasofia
    3 Replies
    2029 Views
    Last post 02 August, 2007, 08:07:31 AM
    by Sang Pencinta
    10 Replies
    2887 Views
    Last post 13 December, 2010, 09:40:04 PM
    by aini zinnirah