Hibah dan Wasiat

*

Author Topic: Hibah dan Wasiat  (Read 32366 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Izzah0404

  • *
  • Posts: 653
  • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
    • View Profile
Reply #20 08 January, 2012, 12:43:59 AM
  • Publish
  • [PEGUAM SYARIE MENJAWAB] Penama caruman KWSP bukan penerima wasiat
    Posted by syafiqe on June 20, 2008

    SUAMI saya meninggal dunia setahun lalu akibat barah usus. Suami meninggalkan harta yang kini dalam proses untuk mendapatkan surat faraid dan pentadbiran harta dari Mahkamah Tinggi. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) arwah suami dikeluarkan tanpa menunggu surat pentadbiran harta dari mahkamah. Wang itu dibolot bapa mentua kerana mengikutnya arwah suami menamakan beliau sebagai penama untuk caruman KWSP. Beliau berkata saya dan anak tidak berhak langsung ke atas simpanan itu dan ia adalah wasiat daripada arwah suami.

    Ibu Tunggal
    Kuala Lumpur

    HUKUM mengenai harta pusaka mempunyai hikmahnya tersendiri iaitu antaranya mewujudkan kasih sayang, menanam semangat kemesraan, tolong menolong dan bertimbang rasa antara ahli waris.

    Harta pusaka dibahagikan mengikut susunan yang diatur mengikut susun galur dinyatakan dengan terperinci dalam al-Quran. Nas al-Quran berhubung pengagihan harta pusaka amat jelas dan dibuat secara terperinci. Nas ini tidak memerlukan penafsiran lain, melainkan apa yang dinyatakan secara tersurat dan jelas.

    Pemberian harta pusaka kepada waris yang berhak menerimanya bertujuan menghapuskan rasa kekecewaan serta penindasan di kalangan ahli waris. Perasaan kasih sayang dan timbang rasa dapat diukur dan dihasilkan dengan cara ini.

    Hal ini kerana perlakuan hidup manusia kadang-kadang tidak selari dengan kehendak atau tuntutan syarak, terutama dalam perkara membabitkan harta benda, wang ringgit atau kedudukan.

    Perpindahan harta pusaka ke tangan waris kadang-kadang dilakukan secara bertentangan dengan hukum syarak atas tujuan tertentu. Sebenarnya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Ia juga boleh berlaku akibat kejahilan seseorang atau sifat tamak ingin memonopoli harta pusaka itu.

    Memang benar wasiat adalah antara perkara yang perlu diselesaikan terlebih dulu sebelum pengagihan harta pusaka dibuat. Begitu pun, bapa mentua puan tidak boleh menerima wasiat daripada anaknya kerana beliau adalah ahli waris yang berhak menerima pusaka.

    Dalam Islam, wasiat tidak boleh diberikan kepada ahli waris yang berhak menerima pusaka dan kadar wasiat juga hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada jumlah keseluruhan harta si mati. Ada beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum dapat dikatakan wasiat itu adalah sah di sisi hukum syarak.

    Jika penamaan dibuat, KWSP memang berhak mengeluarkan wang simpanan itu kepada penama. Oleh itu, bukan menjadi kesalahan kepada KWSP mengeluarkan wang caruman itu kepada bapa mentua puan, melainkan puan terlebih dulu mendapat perintah mahkamah menghalang KWSP mengeluarkan caruman itu atau menghalang bapa mentua daripada mengambil wang itu.

    Penamaan akaun caruman KWSP tidak boleh disifatkan sebagai wasiat. Hal ini kerana ia tidak memenuhi beberapa syarat wasiat seperti lafaz wasiat, kesaksian, kadar yang dibolehkan harta diwasiatkan, kepada siapa dinamakan dan ketiadaan milikan sempurna atas simpanan itu.

    Bagi orang Islam, penamaan akaun caruman KWSP hanya bagi membenarkan KWSP mengeluarkan wang itu kepada penama untuk diagihkan kepada waris yang berhak. Pengeluaran wang dengan cara ini tidak mengambil masa lama di mana waris tidak perlu menunggu sijil faraid dan surat pentadbiran harta pusaka dikeluarkan. Penama bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengagihkan wang itu mengikut hukum faraid.

    Sebenarnya, ketika wang simpanan itu dikeluarkan, penama berkenaan dikehendaki menandatangani surat aku janji bahawa beliau akan mengagihkan wang simpanan itu mengikut faraid. Kegagalan mematuhi aku janji itu memberi kesan kepada penama dari sudut undang-undang. Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap penama itu.

    Penama bukan menjadi pemilik wang simpanan itu. Penama sebenarnya diamanahkan oleh orang yang menamakannya untuk mentadbir harta berkenaan supaya ia dapat diagihkan mengikut hukum faraid dengan segera.

    Oleh demikian, puan boleh menuntut wang simpanan itu daripada mentua bagi kepentingan puan dan anak.

    Begitu pun, puan dinasihatkan supaya cuba berunding dengan keluarga arwah suami terlebih dulu sebelum mengambil sebarang tindakan undang-undang. Hal ini kerana tindakan itu mungkin mengeruhkan perhubungan puan dan anak dengan keluarga arwah suami.

    Puan perlu akui hakikat bahawa anak masih mempunyai pertalian darah dengan keluarga arwah suami. Pertalian ini sama sekali tidak boleh diputuskan oleh sesiapa pun. Mungkin juga bapa mentua tidak faham konsep penamaan dalam caruman KWSP dan menyangka bahawa ia menjadi miliknya.

    Puan bolehlah menjelaskan kepada beliau secara baik kedudukan undang-undang sebenarnya. Jika perlu, puan boleh meminta beliau merujuk kepada orang yang lebih tahu mengenai perkara itu seperti peguam dan pegawai KWSP.

    Jalan penyelesaian secara perundingan adalah paling sesuai dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jika boleh janganlah diputuskan hubungan kekeluargaan itu walaupun selepas ketiadaan suami puan.

    Puan perlu bijak menangani isu ini, terutama apabila ia membabitkan wang ringgit dan pertalian persaudaraan. Bertolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain penting bagi menyelesaikan permasalahan sebegini.

    Jika segala usaha perundingan buntu, barulah puan mengambil tindakan undang-undang. Jika mengambil jalan ini, puan perlu bersedia mengharungi liku-liku hidup selepas itu termasuk berulang-alik ke mahkamah dalam mempertahankan hak puan dan anak.

    Walaupun sudah mengambil tindakan ini, harus ingat dalam keadaan mana keluarga arwah suami melayan puan, mereka tetap mempunyai pertalian kekeluargaan dengan anak puan. Janganlah diputuskan hubungan ini. Insya-Allah, Allah akan memberkati kehidupan puan dan anak.

    Jawapan disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar



    sumber: http://syafiqe.wordpress.com/2008/06/20/peguam-syarie-menjawab-penama-caruman-kwsp-bukan-penerima-wasiat/
    [warning]I AM NOT WHO I THINK I AM. I AM NOT WHO YOU THINK I AM. I AM WHO I THINK YOU THINK I AM[/warning]

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #21 08 January, 2012, 01:00:40 AM
  • Publish
  • [PEGUAM SYARIE MENJAWAB] Harus wasiat semua harta kepada anak
    Posted by syafiqe on May 30, 2008
    Soalan:
    Merujuk permasalahan bekas isteri dari Perlis pada 8 Mei lalu, saya mulai terfikir permasalahan yang mungkin saya hadapi. Saya dan suami mempunyai empat anak dan semuanya perempuan. Ini bermakna kami tidak mempunyai waris anak lelaki. Adakah dibolehkan dalam Undang-Undang Islam bagi kami untuk mewasiatkan harta yang kami ada ketika hidup kepada semua anak kami melalui mana-mana pemegang amanah?

    Azizah,

    Kuala Lumpur.


    Jawapan:
    Bagi menjawab persoalan puan, rujukan adalah melalui Bab Wasiat, Kitab Fikah Mazhab Syafie oleh Dr Mustofa Al Khin, Dr Mustofa Al Bugho dan Ali Asy Syarbaji. Hukum asal ketika peringkat awal kedatangan Islam berkaitan wasiat adalah wajib mewasiatkan semua harta kepada ibu bapa dan sanak-saudara. Dalilnya firman Allah bermaksud: Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa. (Al Baqarah:180)

    Namun, kewajipan itu dimansuhkan dengan ayat-ayat dan hadis-hadis yang berkaitan dengan pusaka. Cuma amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksimum satu pertiga saja daripada harta dan diberikan kepada selain ahli waris. Kitab Fikah Mazhab Syafie merujuk Abdullah bin Abbas r.a, berkata: Hukum wasiat terus diamalkan berdasarkan firman Allah bermaksud: Kamu diwajibkan apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat…sehinggalah ayat ini dimansuhkan dengan ayat pusaka Abu Daud dalam Kitab Wasiat, Bab Hadis Memansuhkan Wasiat Kepada Ibu bapa dan Kerabat. Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya Allah mengurniakan hak kepada setiap yang berhak. Tidak harus wasiat untuk pewaris. (Riwayat Abu Daud).

    Peraturan asas wasiat, ia hanya boleh diberikan kepada bukan waris. Anak adalah ahli waris, oleh itu merujuk nas, tidak boleh membuat wasiat kepada anak berkenaan. Tujuan peraturan ini adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala serta memenuhi segala kekurangan ketika hayat pembuat wasiat. Anak dan waris lain mendapat bahagian mereka melalui pusaka.

    Di dalam kes puan, puan ingin mewasiatkan semua harta kepada semua anak perempuan kerana tiada anak lelaki. Jika merujuk nas dan pendapat utama mazhab Syafie, wasiat sebegini hukumnya harus, tetapi tidak boleh dilaksanakan kecuali selepas mendapat persetujuan waris lain. Hanya dengan persetujuan waris lain barulah wasiat itu boleh dilaksanakan. Waris lain puan merujuk sama ada ibu bapa, abang atau adik lelaki puan di mana mereka berhak melalui hukum faraid mendapat bahagian melalui pusaka puan. Oleh itu, sama ada puan dan suami membuat wasiat semua harta atau 1/3 saja kepada anak perempuan saja walaupun melalui mana-mana pemegang amanah, hukum asalnya sama seperti pendapat utama mazhab Syafie itu. Ia juga merujuk sabda Rasullullah s.a.w bermaksud: Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain (Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a).

    Beberapa perkara perlu diketahui puan berkaitan wasiat kepada waris ini iaitu:

    1) Jika wasiat ditujukan kepada waris, penerimaan atau penolakan waris ketika hayat pewasiat tidak memberikan sebarang kesan kerana pewaris tidak mempunyai sebarang hak dalam pusaka ketika hayat pewasiat. Mana-mana waris yang menerima wasiat melalui wasiat ketika hidup pewasiat, boleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Mana-mana waris yang menolak harta ketika pewasiat masih hidup, boleh menerimanya selepas kematian pewasiat. Oleh itu, setiap waris tidak terikat dengan mana-mana perjanjian wasiat yang dibuat ketika hayat pewasiat.

    2) Penerima wasiat mesti menjadi waris ketika kematian pewasiat, bukan ketika wasiat dibuat. Jika pewasiat mewasiatkan harta kepada saudaranya kerana beliau tidak mempunyai anak, tetapi sebelum pewasiat mati, pewasiat mendapat anak lelaki, wasiat itu sah dan boleh dilaksanakan kerana pada masa kematiannya, saudaranya bukan lagi waris yang berhak menerima pusaka kerana anak lelaki menghalang saudara kandung daripada mendapat pusaka.

    3) Jika selepas kematian pewasiat, sebahagian pewaris setuju dan sebahagian lagi membantah, maka hukumnya perlu diperinci. Wasiat dibatalkan daripada bahagian waris membantah dan dilaksanakan pada bahagian waris yang setuju mengikut bahagian mereka dalam pusaka.

    4) Jika wasiat berkaitan wakaf dan hadiah dibuat kepada waris ketika pewasiat hampir mati ia juga memerlukan persetujuan waris yang lain.

    Merujuk Ahmad Hidayat Buang dalam Bagaimana Membuat Wasiat, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hikmah waris tidak berhak menerima wasiat daripada pewasiat adalah kerana hak mereka sudah dijamin hukum syarak melalui hukum faraid. Maka, pewasiat tidak wajar merosakkan keseimbangan agihan pusaka secara faraid yang ditetapkan hukum syarak.

    Jawapan soalan oleh Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Siti Razasah binti Abd Razak. Sebarang komentar boleh dihantar ke exco@yahoo.com. Layari http:// peguamsyarie.blogspot


    Sumber: http://syafiqe.wordpress.com/2008/05/30/peguam-syarie-menjawab-harus-wasiat-semua-harta-kepada-anak/

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #22 08 January, 2012, 02:01:35 AM
  • Publish
  • Assalamualaikum...

    boleh x HIBAH aset yg masih dlm hutang, pinjaman bank..cth rumah, kereta..?

     :ws:


    Harta atau barang yang dihibahkan mestilah:

    1. Sesuatu yang bernilai pada pandangan syarak pada waktu hibah dibuat,
    2. Milik sah orang yang memberi hibah dan
    3. Hendaklah jenis yang boleh diserahkan pada waktu itu.

    Contohnya, ayah menghibahkan sebidang tanah kepada anaknya. Tanah adalah jenis harta yang bernilai daripada sudut pandangan syarak. Namun begitu, tanah itu hendaklah bebas daripada sebarang gadaian dengan pihak bank.

    Jika mempunyai sekatan gadaian, tanah itu tidak mencukupi syarat sebagai harta yang boleh dihibahkan. Ia belum menjadi milik sah orang yang memberi hibah dan juga tidak boleh diserahkan pada waktu itu kerana sekatan gadaian menghalang serahan atau pindah milik dibuat.



    Dalam Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam.

    Pemberi hibah mestilah bebas menguruskan harta tersebut tanpa sebarang sekatan. Pindah milik rumah melalui perjanjian hibah tidak boleh dilakukan sekiranya rumah terbabit dijadikan cagaran dan dikaveatkan melainkan cagaran itu ditamatkan dan kaveat ke atas rumah itu ditarik balik.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #23 08 January, 2012, 11:58:11 PM
  • Publish
  • Peguam Syarie menulis: Wasiat sah jika semua waris setuju
    Source  :  Berita Harian On-Line
    Wednesday, June 27, 2007
    By  :  Mohd Noor Aizan Md Idrus

     
    Cara bahagi harta pusaka perlu dibuat selepas perbincangan bersama
     
    MINGGU sebelum ini kita menyentuh kesilapan di kalangan orang Islam yang beranggapan wajib membuat wasiat kepada ibu bapa, isteri dan anak sebelum kita mati dan wasiat itu mesti dipatuhi.

    Menurut pandangan Islam, hukum membuat wasiat dari segi sejarahnya mempunyai dua peringkat iaitu pada zaman awal Rasulullah SAW menyebarkan agama Islam, orang Islam yang mempunyai banyak harta diwajibkan berwasiat kepada ibu bapa dan kerabatnya.

    Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 130)

    Bagaimanapun, kewajipan itu kemudian dibatalkan atau dipinda dengan turunnya firman Allah yang bermaksud: “Allah mensyariatkan bagimu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anakmu, iaitu bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan, dan jika semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan. Jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Untuk kedua-dua ibu bapa masing-masing satu perenam daripada harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak. Jika yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya saja, maka ibunya mendapat satu pertiga dan jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian yang disebut di atas) selepas dipenuhi wasiat yang ia buat dan sesudah dibayar hutangnya. (Mengenai) orang tuamu dan anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaat bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 11)

    Oleh kerana ayat itu diturunkan selepas ayat 130, surah al-Baqarah yang mewajibkan wasiat, Imam Syafie berpendapat ayat 11 menasakh ayat 130. Dengan kata lain kewajipan berwasiat kepada ibu bapa dan kerabat dibatalkan dengan panduan kaedah faraid yang dihuraikan dalam ayat 11, surah al-Nisa’.

    Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah sudah memberikan tiap-tiap orang yang empunya hak akan haknya, oleh sebab itu tidak boleh berwasiat untuk ahli waris.”

    Ia bermakna wasiat yang dibolehkan dalam Islam adalah wasiat kepada yang bukan waris contohnya, kepada anak angkat, jiran, sahabat karib atau adik beradik dan saudara yang tidak termasuk dalam kumpulan penerima pusaka. Jumlah harta yang diwasiatkan kepada mereka pula tidak melebihi satu pertiga daripada nilai keseluruhan harta pada masa kematian berlaku.

    Persoalannya, apa hukum seseorang yang berwasiat kepada waris? Wasiat kepada waris hukumnya tidak haram, namun ia tidak digalakkan kerana waris mempunyai bahagian ke atas harta si mati melalui hukum faraid.

    Walaupun begitu, seseorang yang membuat wasiat kepada waris tidak melakukan kesalahan jika tujuannya adalah untuk memudahkan waris membuat pembahagian harta selepas kematiannya, asal saja tiada niat dalam hatinya menyatakan bahawa hukum faraid itu tidak adil dan zalim.

    Wasiat seseorang Islam kepada bukan waris, contohnya anak angkat adalah sah dan perlu diikut oleh waris si mati setakat satu pertiga daripada harta peninggalan si mati. Wasiat seseorang Islam kepada warisnya adalah bergantung kepada persetujuan semua waris si mati. Dengan kata lain, wasiat itu hanya sah jika semua waris bersetuju dengan kandungan wasiat dan persetujuan waris hendaklah dibuat selepas kematian si mati, bukan ketika si mati masih hidup. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak harus berwasiat kepada ahli waris, melainkan wasiat itu dipersetujui semua ahli waris yang lain.”

    Oleh itu, selepas si mati meninggal dunia, semua waris hendaklah berkumpul dan dibacakan wasiat si mati, kemudian waris dikehendaki memberi keputusan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan kandungan wasiat berkenaan.

    Jika seorang waris tidak bersetuju, maka wasiat itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan. Namun waris yang bersetuju boleh mengambil harta seperti disebut dalam wasiat jika pembahagiannya sesuai dan tidak mengganggu hak faraid waris yang tidak bersetuju. Inilah perbezaan besar antara wasiat orang Islam dengan wasiat bukan Islam.

    Ramai kalangan masyarakat Melayu tidak mengetahui waris mempunyai hak di sisi hukum syarak untuk tidak bersetuju dengan kandungan wasiat yang dibuat oleh si mati. Walau bagaimanapun pada masa sama, mengambil kira adat dan adab Melayu yang menekankan konsep menghormati orang tua, patuh pesanan orang tua dan sebagainya adalah wajar dan lebih luhur jika wasiat itu dihormati oleh waris.

    Mungkin ada sebab dan alasan si mati membuat pesanan begitu dalam wasiatnya. Ini juga dapat mengelakkan pertelingkahan dan perpecahan antara waris jika ada yang tidak bersetuju dengan wasiat itu. Jika wasiat kepada waris itu tidak dipersetujui semua waris, maka pembahagian harta peninggalan si mati perlu dibahagi mengikut hukum faraid.

    Apabila berlaku kematian, waris perlu berkumpul untuk berbincang mengenai pembahagian harta pusaka. Selepas segala hutang arwah dan kos pengebumian diselesaikan menggunakan harta arwah, maka baki wang atau harta peninggalan arwah itulah yang perlu dibahagikan kepada waris.

    Waris perlu terlebih dulu menyiasat sama ada arwah meninggalkan wasiat kepada bukan waris. Jika ada, wasiat itu perlu dilaksanakan terlebih dulu setakat satu pertiga harta arwah. Selepas itu waris perlu berbincang sama ada untuk mengikut hukum faraid atau secara persetujuan bersama dalam membahagikan harta itu.

    Pembahagian secara persetujuan bersama bermaksud pembahagian harta tanpa mengikut hukum faraid. Sebagai contoh, semua waris bersetuju wang peninggalan arwah dibahagi secara sama rata kepada semua waris atau waris bersetuju dengan pembahagian mengikut wasiat dibuat arwah.

    Perbincangan untuk membahagikan harta secara persetujuan perlu dibuat terlebih dulu. Jika tidak mendapat persetujuan, barulah waris membahagikan harta mengikut hukum faraid.

    Ini bermakna, dalam Islam, pembahagian harta pusaka tidak semestinya mengikut hukum faraid, ia boleh dibuat secara persetujuan dengan syarat waris reda dengan cara pembahagian berkenaan. Peruntukan daripada sudut undang-undang serta prosedur pengurusan harta pusaka di Malaysia akan dibincangkan dalam keluaran akan datang.

    Penulis ialah Exco Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang komentar dan persoalan boleh dihantar ke exco_pgsm@yahoo.com

    Reply #24 01 June, 2012, 04:24:22 PM
  • Publish
  • HIBAH DAN WASI DALAM PEWARISAN WANG PAMPASAN TAKAFUL & INSURAN

    Pernahkan anda menyemak semasa anda meletakkan penama dalam borang penama takaful atau insurans sama ada ianya berada di dalam instrumen wasi atau hibah. Kedua-dua instrumen ini... mempunyai kaedah pembahagian yang berbeza dan jika tidak berhati-hati, penama boleh menanggung dosa akibat tidak mengetahui cara sepatutnya wang pampasan takaful itu dibahagikan.

    Majoriti pengendali insurans dan takaful di Malaysia menggunakan kaedah penama sebagai pemegang amanah atau wasi terhadap wang pampasan insurans atau takaful yang diterima. Sebagai pemegang amanah, seseorang itu tidak berhak secara sepenuhnya terhadap wang tersebut dan wang tersebut akan diklasifikasikan sebagai harta pusaka yang akan dibahagikan secara kaedah faraid.
    Sebelum wang pampasan takaful atau insurans dibahagikan mengikut hukum faraid, hak-hak dan hutang piutang si mati perlu dijelaskan terlebih dahulu bagi memastikan segala tanggungan hutang si mati dengan manusia dan hutang si mati dengan Allah telah tertunai. Dan kemudian wang tersebut akan dibahagikan mengikut hukum faraid atau berdasarkan persetujuan para waris.

    Walaubagaimanapun, ramai di kalangan kita pada hari ini menganggap sebagai penama di dalam pewarisan wang pampasan takaful, seseorang itu berhak sepenuhnya terhadap wang tersebut. Ini adalah sati kesalahan yang amat besar dan boleh membawa kepada dosa-dosa besar.

    Sebagai seorang penama, seseorang itu hanyalah sebagai pemegang amanah yang akan mentadbir pembahagian harta tersebut menerusi kaedah faraid. Jika waris merasakan pemegang amanah tersebut tidak berkelayakkan, para waris boleh mencabar kedudukan pemegang amanah tersebut di mahkamah dan proses pembahagian wang pampasan takaful atau insurans akan menjadi bertambah rumit.

    Senario biasa di dalam masyarakat kita ialah apabila si suami meletakkan nama isteri sebagai penama atau pemegang amanah wang pampasan takaful. Isteri yang tidak mengetahui tentang pengurusan harta pusaka atau kaedah faraid pasti menganggap wang pampasan takaful tersebut adalah miliknya sepenuhnya dan menggunakan bagi tujuan diri sendiri.

    Ini adalah amat berbahaya kerana si isteri tadi tidak menyedari bahawa sebagai pemegang amanah, dia hanya berhak terhadap bahagian yang menjadi hak terhadapnya dan terdapat bahagian-bahagian waris lain yang berhak terhadap wang pampasan tadi. Sebagai isteri yang mempunyai anak, dia hanya berhak mendapat 1/8 dari jumlah wang pampasan dan anak-anaknya akan mendapat bahagian masing-masing mengikut pembahagian faraid. Jika si isteri tadi membolot ke semua wang tadi, maka si isteri tadi telah dikira memakan hak-hak anak yatim walaupun anak-anaknya sendiri dan hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Ini tidak dikira lagi jika ibu-bapa si suami masih lagi hidup kerana mereka juga berhak terhadap sebahagian wang pampasan takaful tersebut.

    Jika anda menggunakan instrumen wasi atau pemegang amanah, pastikan anda berhati-hati dan maklumkan kepada penama agar membahagikan wang pampasan tersebut menerusi kaedah faraid. Jadi, takaful bukanlah penyelesaian kepada masalah kewangan waris jika wang pampasan takaful tidak ditadbir dengan sempurna.

    Hibah adalah alternatif kepada wasi dalam pembahagian wang pampasan takaful. Sehingga artikel ini ditulis, hanya MAA Takaful dan Takaful Ikhlas menyediakan instrumen hibah dalam pembahagian wang pampasan takaful. Pengendali-pengedali takaful lain masih menggunakan instrumen wasi dalam pembahagian wang takaful.

    Hibah merupakan satu bentuk pemberian atau hadiah daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Hibah di dalam konsep takaful dikenali sebagai hibah bersyarat di mana hibah akan dilaksanakan apabila peserta takaful telah meninggal dunia. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian secara faraid dan penerima hibah akan mendapat manfaat sepenuhnya wang pampasan yang dihibahkan kepadanya.

    Jika seorang suami menghibahkan 100% wang pampasan takaful kepada isterinya, maka si isteri tersebut berhak menerima kesemuanya dan pihak-pihaklain tidak boleh mencabar pemberian ini sama ada di mahkamah. Berbeza dengan instrumen wasi, si isteri hanya berhak mendapat 1/8 dan perlu dibahagikan mengikut kaedah faraid.

    Jika anda sayangkan isteri anda, mungkin anda boleh pertimbangkan TAKAFULINK HAJJ yang mempunyai instrumen hibah dalam pembahagian wang pampasan takaful atau jika tidak isteri anda akan berhadapan pelbagai masalah dalam mentadbir urusan pembahagian menerusi faraid yang kadang kalanya mengambil masa yang cukup lama untuk diselesaikan.

    Ustaz Nizam
    TAKAFULINK HAJJ CONSULTANT
    (Simpanan Haji,Pelaburan & Perlindungan)
    uzairayyan@gmail.com

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #25 14 June, 2012, 10:09:20 PM
  • Publish
  • ASAS HIBAH

    - Seseorang itu boleh menghibahkan / menghadiahkan seberapa banyak harta miliknya kepada sesiapa sahaja yang boleh menerimanya semasa hayatnya.

    - Harta yang sudah dihibah akan terus menjadi milik penuh penerima hibah berkuat kuasa serta merta.

    - Maka itu pemberi hibah sudah tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas harta tersebut.

    - Dengan itu sekiranya berlaku kematian kepada pemberi hibah, harta yang telah dihibahkan tidak akan menjadi harta pusaka pemberi hibah lagi.

    - Dan sekiranya penerima hibah pula meninggal dunia sebaik sahaja menerima hibah maka harta hibah yang diterimanya itu akan termasuk dalam harta pusakanya

    - Harta yang telah dihibah tidak boleh ditarik balik.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #26 18 June, 2012, 03:36:28 PM
  • Publish
  • ANTARA HIBAH DAN WASIAT

    - Hibah adalah pemberian yang dilaksanakan semasa hayat seseorang pemilik harta. Oleh itu jumlah harta yang boleh dihibah adalah mengikut kehendak pemberi hibah, tiada had minimum atau had maksimum.

    - Wasiat adalah pesanan yang dibuat semasa hidup manakala pemberiannya akan dilaksanakan selepas kematian pemilik harta tersebut. Nilai had maksimum harta yang boleh diwasiatkan ialah 1/3 daripada keseluruhan harta dan harta itu diwasiatkan untuk bukan waris sahaja.
    Manakala baki 2/3 daripada harta itu pula bolehlah diwasiatkan kepada para waris mengikut nilaian faraid atau persetujuan bersama antara para waris sewaktu pelaksanaan wasiat kelak.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #27 20 June, 2012, 01:11:23 PM
  • Publish
  • Kebanyakkan orang ingin membuat wasiat kepada ahli warisnya dan nilai harta yang diwasiatkan pula adalah mengikut kehendaknya. Namun nilai pembahagian harta tersebut tidaklah semestinya diikuti oleh waris-warisnya selepas kematiannya kerana para waris masih boleh berbincang semula sama ada ingin mengikut nilaian lain yang dipersetujui bersama atau mengikut nilaian faraid.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #28 01 July, 2012, 10:49:17 PM
  • Publish
  •  Ada orang yang keliru dengan kaedah membuat wasiat ini kerana apa yang difahami mereka ialah wasiat hanyalah untuk kepada bukan waris dan nilainya tidak melebihi 1/3 sahaja. Oleh itu mereka membuat surat hibah bagi menyatakan pemberian harta mereka kepada waris mereka dengan nilaian yang mereka tetapkan. Namun mereka lupa bahawa perlaksanaan hibah itu adalah serta merta.

    - Sebagai contoh, jika si ayah membuat surah hibah menyatakan pemberian rumah miliknya kepada anak perempuan tetapi anak lelaki tidak dinyatakan apa-apa pemberian maka secara dasarnya surat hibah itu sah kerana pemberian itu sah dan ia berkuatkuasa serta merta. Hanya proses tukar nama rumah sahaja yang belum dilaksanakan. Dengan itu anak perempuan sudah sah memiliki rumah tersebut dan boleh membuat apa sahaja ke atas rumah tersebut. Dan sekiranya berlaku kematian kepada anak perempuan itu sebaik selepas surat hibah itu sah maka rumah itu termasuk dalam kiraan harta pusaka anak perempuan itu walaupun rumah itu masih atas nama si ayah akibat tidak sempat proses tukar nama.

    yuhada

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #29 02 July, 2012, 10:01:22 AM
  • Publish
  • jika ada masalah tanah yang melibatkan geran @ hakmilik dan segala pertanyaan boleh hubungi saya :-

    hada 012-687 4880 / yuhazama@yahoo.com

    - pindahmilik tanah (rumah, tanah pertanian, kilang) borang 14A
    - pindahmilik bahagian
    - surat amanah
    - pembatalan surat amanah
    - kaveat (mengalami masalah dengan tuan tanah)
    - melepaskan gadaian yang tidak melibatkan lawyer 16N
    - turun milik melalui Letters Of Administration atau Probate 51(O) selangor land rules
    - pengisian borang-borang pendaftaran melibatkan geran
    - pertanyaan dan penyelesaian pusaka kecil (si mati)

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #30 08 July, 2012, 11:20:23 PM
  • Publish
  •  Jika seorang suami membuat surat hibah kepada isterinya menyatakan beliau menghibahkan wang KWSP nya kepada isterinya maka perlulah diingat bahawa sekiranya si suami sudah pencen dan boleh mengeluarkan wang KWSP tersebut, si suami tidak boleh mengambil wang KWSP itu kerana ia sudah menjadi hak isteri kerana telah ada surat hibah. Dan sekiranya si isteri pula meninggal dunia sebaik surat hibah itu sah sedangkan si suami masih hidup maka sudah tentulah wang KWSP suami itu akan termasuk dalam harta pusaka si isteri.

    reeza

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #31 04 September, 2012, 08:02:54 AM
  • Publish
  • Salam Pn Izzah0404,

    Pertanyaan saya adalah bagaimana caranya untuk kita menulis surat hibah itu.  Apakah ianya lebih kurang seperti surat wasiat atau perlu ada certain-certain perkataan untuk membezakan antara surat wasiat dan surat hibah.

    Terima kasih puan.

    Izzah0404

    • *
    • Posts: 653
    • o()xxxx[{::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::>
      • View Profile
    Reply #32 04 September, 2012, 03:43:05 PM
  • Publish
  • Salam Pn Izzah0404,

    Pertanyaan saya adalah bagaimana caranya untuk kita menulis surat hibah itu.  Apakah ianya lebih kurang seperti surat wasiat atau perlu ada certain-certain perkataan untuk membezakan antara surat wasiat dan surat hibah.

    Terima kasih puan.


    Baguslah hibah dibuat secara bersurat untuk mengelakkan pertelagahan di hari kemudian, kerana hibah yang dibuat secara lisan semata-mata boleh dipertikaikan... memadailah dalam surat tu ada akuan hibah, akuan terima dan saksi... (kalau guna lawyer lagi baguslah...)

    boleh lihat contoh ini:
    - http://pengalaman-informasi.blogspot.com/2011/03/contoh-surat-hibah.html


    atau boleh google sendiri contoh surat hibah


    p/s: saya belum kawin lagi.

    reeza

    • *
    • Posts: 14
      • View Profile
    Reply #33 06 September, 2012, 09:11:30 AM
  • Publish
  • Salam Izzah0404,

    Terima kasih banyak-banyak atas keterangan tersebut.  Sekarang saya lebih jelas akan perbezaan antara Hibah dan Wasiat.  Saya mengambil berat akan perkara ini setelah melihat pelbagai kejadian yang menimpa rakan setelah kematian suami dan sebagainya.

    Terima kasih banyak-banyak.

    p/s: Maaf ye...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    15679 Views
    Last post 18 November, 2012, 10:07:12 PM
    by Izzah0404
    2 Replies
    1659 Views
    Last post 02 September, 2012, 08:13:01 PM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    708 Views
    Last post 13 October, 2012, 11:44:24 AM
    by keindahan iman