Hibah dan Wasiat

Author Topic: Hibah dan Wasiat  (Read 29149 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14528
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
03 August, 2009, 06:30:39 AM
  • Publish Di FB

  • Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Justeru di sini saya akan cuba mengupas isu-isu berkaitan dengan hibah dan wasiat dari segi hukum hakam dan aplikasinya di Malaysia.

    1. KONSEP HIBAH DALAM ISLAM

    1.1 Pengertian Hibah

    Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya. Ia  merangkumi hadiah dan sedekah. Ketiga-tiga istilah ini mempunyai pengertian yang hampir sama. Perbezaannya dari aspek tujuan pemberian itu, di mana sedekah ialah suatu pemberian yang bertujuan untuk mendapat pahala di akhirat dan ia biasanya dari yang kaya kepada yang miskin. Manakala hadiah pula ialah pemberian untuk memuliakan seseorang dan biasanya ia ada hubungkait dengan sesuatu perkara. Dengan ini dapat dirumuskan bahawa setiap sedekah dan hadiah adalah hibah, tetapi bukan semua hibah adalah sedekah dan hadiah.

    Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela, bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.

    Berdasarkan definisi di atas, dapat disimpulkan ciri-ciri hidah adalah seperti berikut:
    (i)    Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
    (ii)   Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
    (iii)  Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
    (iv) Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
    (v)  Ia dibuaT secara sukarela tanpa paksaan.
    (vi) Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang tertentu.
    « Last Edit: 20 August, 2009, 07:56:15 PM by ummi Munaliza »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #1 03 August, 2009, 06:41:16 AM
  • Publish Di FB
  • 1.2 Hukum dan Pensyariatan Hibah

    Dari segi hukum, hibah adalah suatu amalan yang sunat dan digalakkan dalam Islam  terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Amalan ini adalah berdasarkan kepada al- Quran, al-Sunnah dan ijmak. Antara ayat al-Quran yang menggalakkan amalan hibah ialah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ ayat 4).

    “... dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang memintaminta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah al-Baqarah ayat 177).


    1.3 Rukun Hibah dan Syaratnya

    Sesuatu akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah memenuhi rukun dan syarat seperti berikut:

    (i) Pemberi hibah (al-Wahib)
    Pemberi hibah hendaklah seorang yang berkeahlian seperti sempurna akal, baligh dan rushd. Pemberi hibah mestilah tuan punya barang yang dihibahkan. Oleh kerana pemilik harta mempunyai kuasa penuh ke atas hartanya, hibah boleh dibuat tanpa had kadar serta kepada sesiapa yang disukainya termasuk kepada orang bukan Islam, asalkan maksudnya tidak melanggar hukum syarak.

    (ii) Penerima hibah (al-Mawhub lahu)
    Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja asalkan dia mempunyai keupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf. Sekiranya penerima hibah bukan mukallaf seperti masih belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya. Penerima hibah mestilah menerima harta yang dihibahkan dan berkuasa memegangnya. Dengan kata lain, penguasaan dan kawalan terhadap harta mestilah diberikan kepada penerima hibah.

    (iii) Barang atau harta yang dihibahkan (al-Mawhub)
    Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
     Ia hendaklah barang atau harta yang halal.
     Ia hendaklah sejenis barang atau harta mempunyai nilai di sisi syarak.
     Barang atau harta itu milik pemberi hibah.
     Ia boleh diserah milikkan.
     Ia benar-benar wujud semasa dihibahkan. Contohnya, tidak sah hibah barang yang belum ada seperti
        menghibahkan anak lembu yang masih dalam kandungan atau hibah hasil padi tahun hadapan sedangkan
        masih belum berbuah dan sebagainya.
     Harta itu tidak bersambung dengan harta pemberi hibah yang tidak boleh dipisahkan
        seperti pokok-pokok, tanaman dan bangunan yang tidak termasuk tanah. Mengikut
        mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali, hibah terhadap harta yang berkongsi yang tidak
        boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. Dalam Islam, barang yang masih bercagar
        (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan dari penggadai atau peminjam.

    (iv) Sighah iaitu ijab dan kabul
    Sighah hibah merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
     Ada persambungan dan persamaan di antara ijab dan qabul.
     Tidak dikenakan syarat-syarat tertentu.
     Tidak disyaratkan dengan tempoh masa tertentu. Hibah yang disyaratkan dengan
        tempoh tertentu seperti yang berlaku dalam al-‘umra dan al-ruqba adalah sah
        hukumnya tetapi syarat tersebut adalah terbatal.

    Di antara contoh lafaz ijab secara terang (sarih) ialah seperti kata pemberi “Aku berikan barang ini kepadamu” atau secara kinayah seperti kata pemberi “Aku telah menyerahkan hakmilik kepadamu” atau “Aku jadikan barang ini untukmu”. Sementara contoh lafaz qabul (penerimaan) pula ialah seperti “aku terima”, “aku redha” dan sebagainya.

    Dalam undang-undang Islam, sesuatu hibah itu sudah sah dengan adanya ijab dan qabul dengan perkataan atau apa-apa cara yang membawa erti memberi milik harta tanpa balasan (‘iwad). Mengikut mazhab Maliki dan Syafie, penerimaan (qabul) itu hendaklah diambilkira dalam menentukan sah atau tidaknya sesuatu hibah. Sebaliknya, golongan Hanafi menganggap bahawa ijab sahaja sudah memadai untuk menentukan sahnya sesuatu hibah itu.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 03 August, 2009, 06:56:53 AM
  • Publish Di FB
  • 1.4 Penerimaan Barang (al-Qabd) dalam Hibah

    Istilah al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf terhadap barang atau harta tersebut. Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal. Sebaliknya, mengikut Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal.
    Dalam mazhab Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd. Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya. Bagi mempastikan akad hibah itu sempurna dan menjadi satu akad yang mengikat, al-qabd tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

     Mendapat kebenaran dan keizinan pemberi hibah secara sarih.
     Harta yang dihibah tidak bercampur dengan harta lain.
     Penerima hibah berkeahlian iaitu baligh dan berakal. Bagi kanak-kanak dan orang gila
       (atau tidak berkeahlian) maka walinya atau pemegang amanah boleh menerima harta
       hibah bagi pihaknya.

    Cara penerimaan barang (al-qabd) adalah berbeza-beza mengikut jenis harta sama ada harta tak alih atau harta alih. Bagi harta tak alih, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengosongkan harta itu, menguasainya dan melakukan tasarruf terhadap harta tersebut seperti menyerah kunci dan seumpamanya. Manakala bagi harta alih pula, al-qabd boleh berlaku dengan cara mengambil harta itu, memindah atau mengasingkan harta tersebut.
    dengan harta-harta lain.


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 03 August, 2009, 06:59:42 AM
  • Publish Di FB

  • 1.5 Hukum Penarikan Balik atau Pembatalan Hibah

    Apabila sempurna sesuatu akad hibah dengan memenuhi rukun dan syaratnya serta berlaku penyerahan dan penerimaan barang (al-qabd), maka harta itu menjadi milik penerima hibah sekalipun tanpa balasan (‘iwad). Namun demikian, adakah hibah berkenaan boleh ditarik balik selepas itu menjadi perselisihan di kalangan fuqaha’ seperti berikut:

    (i) Menurut pendapat mazhab Hanafi, pemberi hibah boleh tetapi makruh menarik balik hibah
        yang telah diberikan dan dia boleh memfasakhkan hibah tersebut walaupun telah berlaku
        penyerahan (qabd), kecuali jika hibah itu dibuat dengan balasan (‘iwad).

    (ii) Menurut pendapat mazhab Syafie, Hanbali dan sebahagian fuqaha’ mazhab Maliki
         penarikan balik hibah boleh berlaku dengan semata-mata ijab dan qabul. Tetapi
         apabila disertakan dengan peyerahan dan penerimaan barang (al-qabd) maka hibah
         berkenaan tidak boleh ditarik balik kecuali hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
         juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya selama mana harta
         itu tidak ada kaitan dengan orang lain.

    (iii) Menurut pendapat Imam Ahmad dan mazhab Zahiri, pemberi hibah tidak boleh
         (haram) menarik balik hibah yang telah dibuat kecuali hibah bapa (termasuk juga
         ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya. Ini adalah berdasarkan
         kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

    “Orang yang menarik balik hibahnya sama seperti anjing yang memakan balik muntahnya...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Secara umumnya, para fuqaha’ bersetuju mengenai keharusan pembatalan hibah sekiranya ia dilakukan secara redha meredhai antara pemberi dan penerima hibah atau melalui keputusan hakim. Sungguhpun Islam membenarkan penarikan balik hibah yang dibuat oleh bapa (termasuk
    juga ibu, datuk, nenek dan usul yang lain) kepada anak-anaknya, tetapi ia terikat dengan syarat bahawa harta tersebut masih lagi di dalam pemilikan anaknya (cucunya). Sekiranya harta itu terkeluar dari kekuasaan dan pemilikan anaknya (cucunya) seperti telah dijual, diwakaf atau dihibah kepada orang lain dan harta itu telah diterima oleh penerima hibah (orang lain), maka hibah berkenaan tidak boleh ditarik balik lagi.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #4 03 August, 2009, 07:02:57 AM
  • Publish Di FB

  • 1.6 Kadar Harta yang Boleh Dihibah


    Islam tidak menetapkan kadar atau had tertentu bagi harta yang hendak dihibahkan. Ini kerana harta yang hendak dihibahkan itu merupakan milik pemberi hibah, maka terpulanglah kepada pemberi hibah membuat pertimbangan terhadap kadar harta yang ingin dihibahkan. Walaupun begitu, Islam menggalakkan hibah diberikan secara adil, lebih lebih lagi jika diberikan kepada anak-anak. Jumhur ulamak (Hanafi, Maliki dan Syafie) berpendapat bahawa sunat menyamakan pemberian di antara anak-anak dan pemberian yang lebih kepada salah seorang daripada mereka adalah makruh hukumnya, walaupun pemberian itu sah. Bagi Abu Yusuf, melebihkan pemberian kepada sebahagian daripada anak-anak adalah diharuskan jika ibu bapa tidak berniat menimbulkan bahaya kepada anak-anak yang lain. Sekiranya ibu bapa berniat sedemikian, maka menjadi kewajipan mereka menyamakan pemberian tersebut. Menurut mazhab Hanbali, keadilan dalam pemberian hibah kepada anak-anak merupakan perkara yang wajib. Manakala menurut Imam Malik, tidak boleh memberi hibah semua harta kepada sesetengah anaknya dan tidak kepada yang lain.

    Menurut pendapat Hanafi, Syafie, Maliki dan Abu Yusuf, cara pemberian harta yang adil kepada anak-anak semasa hayat ialah dengan cara menyamakan pemberian tersebut tanpa membezakan di antara anak lelaki dan anak perempuan. Sebaliknya, golongan Hanbali dan Muhammad bin Hassan al-Shaybani berpendapat bahawa keadilan yang dikehendaki dalam pemberian adalah mengikut kadar mereka dalam pembahagian harta pusaka, iaitu bahagian anak lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #5 03 August, 2009, 07:07:49 AM
  • Publish Di FB

  • 1.7 Hibah pada Masa Marad al-Mawt


    Perkataan marad al-mawt bermaksud sakit yang boleh menyebabkan kematian. Syaratsyarat berikut diperlukan bagi menentukan marad al-mawt, iaitu:
     Penyakit itu yang menyebabkan kematian si mati.
     Penyakit itu menyebabkan kecemasan kematian dalam fikiran si mati.
     Terdapat tanda-tanda luar yang menuntukkan bahawa penyakit itu berat.

    Dalam Perkara 1595 Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah, istilah marad al-mawt bermaksud sakit yang kebanyakannya membawa kepada kematian, di mana sakit itu boleh melemahkan orang sakit daripada melihat maslahat (kepentingan) di luar rumahnya jika dia seorang lelaki, dan melemahkannya daripada melihat maslahat (kepentingan) di dalam rumahnya jika dia seorang perempuan. Pesakit itu mati dalam keadaan sedemikian sebelum berlalu
    masa satu tahun sama ada dia terlantar atas tilam (katil) atau sebaliknya. Sekiranya keadaan sakit tersebut berterusan dan telah berlalu masa satu tahun, maka hukumnya sama seperti orang sihat, ertinya segala urusannya (tasarruf) sama seperti urusan orang sihat selagi sakit itu tidak terlalu berat dan tidak berubah keadaannya. Tetapi sekiranya penyakit itu bertambah berat (serius) dan keadaannya telah berubah dan dia mati dalam keadaan sedemikian, maka keadaan (daripada waktu berlaku perubahan sehingga kematiannya) sakit itu dianggap sebagai marad al-mawt.

    Daripada definisi di atas, perkataan marad al-mawt mempunyai ciri-ciri berikut:
     Sesuatu penyakit itu yang meyebabkan kematian.
     Kematian yang diakibatkan oleh sesuatu penyakit itu berlaku dalam masa satu tahun
        atau selepas masa satu tahun (dalam keadaan penyakit itu bertambah berat).
     Sesuatu penyakit itu boleh melupakan dan melalaikan seseorang pesakit itu daripada
        kepentingan yang bersifat keduniaan.

    Hibah pada masa marad al-mawt ialah pemberian yang dibuat oleh seseorang yang sakit tenat yang boleh membawa kepada kematian. Dalam undang-undang Islam pemberian itu melibatkan dua jenis undang-undang iaitu undang-undang hibah dan wasiat. Sekiranya pemberi hibah menemui ajal berikutan dengan lafaz pemberian itu, maka pemberian itu samalah seperti pemberian melalui wasiat dan tertakluk kepada hukum wasiat iaitu:
     Pemberian itu tidak melebihi 1/3 daripada harta si mati.
     Pemberian itu tidak diberikan kepada waris kecuali waris-waris lain telah bersetuju.

    Walau bagaimanapun, jika pemberi hibah itu hidup maka pemberian itu termasuk di dalam hukum hibah dan tertakluk kepada hukum pemberian semasa hidup iaitu penyerahan hak pemunyaan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah. Dalam Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah juga telah menerangkan babarapa perkara yang berkaitan dengan hibah yang dibuat ketika marad al-mawt, antaranya:
     Apabila seseorang yang tidak mempunyai waris menghibahkan semua hartanya
        kepada seseorang pada masa marad al-mawt, kemudian pemberian itu diterima
        maka hibah itu hukumnya adalah sah (Perkara 877).
     Apabila seseorang suami menghibahkan semua hartanya kepada isterinya atau
        sebaliknya pada masa marad al-mawt dan hibah itu telah diterima, sedangkan
        mereka tidak mempunyai waris lain, maka hibah itu juga hukumnya sah dan
        baitulmal tidak boleh campurtangan dalam harta peninggalannya (Perkara 878).
     Apabila seseorang telah menghibahkan sesuatu harta kepada salah seorang daripada
        waris pada masa marad al-mawt dan selepas kematiannya waris-waris lain tidak
        bersetuju, maka hibah itu hukumnya tidak sah (Perkara 879).

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #6 03 August, 2009, 07:12:16 AM
  • Publish Di FB

  • 1.8 Hibah dalam Bentuk al-‘Umra dan al-Ruqba (Hibah Bersyarat)


    Al-‘Umra bermaksud pemberian semasa tempoh hidup penerima hibah atau pemberi hibah dengan syarat harta tersebut dikembalikan setelah kematian penerima hibah. Al-‘Umra juga bermaksud suatu pemberian yang bersifat sementara yang merujuk kepada hayat salah seorang sama ada pemberi hibah atau penerima hibah. Sekiranya penerima hibah meninggal dunia maka harta yang dihibahkan itu dikembalikan kepada pemberi hibah. Sebaliknya, jika pemberi hibah meninggal dunia maka harta hibah akan dikembalikan kepada waris pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-‘umra adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku berikan (hibahkan) kepada kamu semasa kamu hidup dan jika kamu mati maka harta itu kembali kepada aku jika aku masih hidup dan kepada waris aku jika aku telah mati”.
    Manakala al-ruqba pula ialah pemberian dengan syarat kematian salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebagai syarat pemilikan kepada salah satu pihak yang hidup. Al-Ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia. Tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah. Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah seperti pemberi hibah berkata: “tanah ini aku berikan kepada kamu sebagai ruqba dan jika kamu mati dulu maka harta itu kembali kepada aku dan jika aku mati dulu maka harta itu untuk
    kamu”.
    Para fuqaha’ sepakat tidak mengharuskan hibah yang disyaratkan pemilikannya akan terlaksana pada suatu tempoh masa yang akan datang. Majoriti ulamak berpendapat hibah yang bersifat sementara seperti hibah ‘umra dan ruqba adalah sah tetapi syaratnya terbatal. Mereka berhujah bahawa jika syarat itu terpakai maka ia bertentangan dengan kehendak akad hibah itu sendiri. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
    “Peliharalah harta kamu dan janganlah kamu (menghibahkannya) secara ‘umra kerana sesungguhnya sesiapa yang (menghibah) sesuatu secara ‘umra, maka ia menjadi milik orang yang dihibahkan”.

    Sebahagian daripada fuqaha’ mazhab Hanbali, Imam Malik, Imam al-Zuhri, Abu Thur dan lain-lain serta qawl al-qadim Imam Syafie berpendapat bahawa hibah ‘umra adalah harus dan syaratnya sah jika tidak dinyatakan oleh pemberi hibah bahawa harta yang dihibahkan akan menjadi milik waris penerima hibah selepas kematian penerima hibah. Ini bermakna harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah selepas kematian penerima hibah.

    Sementara pendapat lain pula mengambil pendekatan bahawa hibah yang bersifat sementara pada hakikatnya bukanlah hibah tetapi ia adalah ‘ariyah (peminjaman). Imam Abu Hanifah dan Imam Malik mengharuskan hibah ‘umra tetapi tidak mengharuskan hibah ruqba. Pandangan mereka adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang telah mengharuskan hibah ‘umra dan membatalkan hibah ruqba. Namun hadis ini dikritik oleh Imam Ahmad kerana ia tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga berpendapat bahawa hibah ruqba adalah hibah ta’liq ke atas sesuatu yang tidak jelas dari segi tempoh ia akan terlaksana.

    Berdasarkan perbincangan di atas, dapat dirumuskan bahawa antara isu penting yang membawa perbezaan pandangan di kalangan fuqaha’ mengenai hibah ‘umra dan hibah ruqba ialah tertumpu kepada unsur hibah yang bersifat sementara dan hibah sesuatu yang dita’liqkan dengan hayat seseorang. Kedua-dua isu ini telah menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan fuqaha’. Mazhab yang mengatakan hibah ‘umra dan hibah ruqba tidak diharuskan adalah berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
    “Janganlah kamu memberi (hibah) sama ada secara ‘umra atau ruqba”.

    Mazhab yang mengharuskan hibah ‘umra dan hibah ruqba pula berhujah dengan hadis yang bermaksud:
    “(Hibah) ‘umra dan ruqba adalah diharuskan bagi mereka”.

    Ada sambungan lagi.............Rujukan kepada yang mengirim post ini.
    « Last Edit: 03 August, 2009, 07:17:10 AM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #7 20 August, 2009, 06:02:10 PM
  • Publish Di FB

  •  PENGERTIAN WASIAT


    Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

      
    DALIL WASIAT

    Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.

    Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:

    (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya.
    Surah An-Nisa': 11

    Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam
    berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.
    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

    Rasulullah s.a.w. turut besabda:

    Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.
    ( Hadis riwayat Ibnu Majah)

    Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

    Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah.
    Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
    ( Hadis riwayat Ibnu Majah )
    « Last Edit: 20 August, 2009, 06:04:03 PM by ummi Munaliza »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #8 20 August, 2009, 06:03:35 PM
  • Publish Di FB
  •  
    CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

    Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

    1.  Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

    2.  Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

    3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

    4.  Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

    5.  Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.

    6.  Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #9 20 August, 2009, 06:11:11 PM
  • Publish Di FB

  • KEPERLUAN WASIAT

    Terdapat 3 sebab utama mengapa perlu memiliki dokumen wasiat.

    Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

        1.        MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA


    Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

    Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

        2.       MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

    Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.

    Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:

    Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).

    ( Hadis riwayat At-Tabrani)

    Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:

    "Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang."
    ( Hadis riwayat Muslim)


    Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #10 20 August, 2009, 06:21:17 PM
  • Publish Di FB
  •  
       3.        MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

    - untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
    - untuk diri anda (yang pasti akan mati!)


    a)       Menyempurnakan HAK
    (waris yang ditinggalkan)

    Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

    Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?

    Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

    Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.

    b)       Menyempurnakan HASRAT
    (pahala berkekalan)

    Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).

    Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

    Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa  mendoakannya.

    ( Hadis riwayat Muslim)

      KESIMPULAN

    KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?

    YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!

    Ingat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:

    Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:

    1.       Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit

    2.       Waktu muda sebelum tibanya waktu tua

    3.       Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin

    4.       Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit

    5.       Waktu hidup sebelum mati

    Hari ini, kita masih ada peluang untuk merancang dan membuat persediaan. Kita masih ada kesempatan untuk memilih dan berusaha melaksanakan apa yang kita inginkan. Tapi malangnya, ramai di antara kita memilih untuk BERTANGGUH dan terus BERTANGGUH. Alasannya tiada masa! Sedarkah anda, ini bermakna anda kini tergolong dalam kategori orang yang telah kesempitan waktu! Berdasarkan hadis di atas ia merupakan kategori yang keempat dan di kedudukan yang amat kritikal dan merbahaya sekali! Apa tidaknya, dengan kesibukan dan kesempitan masa, sudah pasti tidak ada apa yang boleh kita lakukan untuk  membuat sebarang persediaan, melainkan hanya kesibukan kita mengejar kehidupan dunia yang tidak pasti bila kesudahannya hidup kita.
     
    Ingatlah, semua nikmat ini akan hilang dan semua kesempatan ini akan luput, sebaik sahaja malaikat Izrail menjemput kita. TIADA lagi ‘Peluang Kedua’ untuk kita, TIADA lagi perkataan ‘Nanti Dulu’ dalam kamus kita, tiada apa-apa lagi yang mampu kita lakukan, selain amalan dan persediaan-persediaan yang telah kita lakukan ketika kita masih hidup ini.

     

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #11 20 August, 2009, 07:04:33 PM
  • Publish Di FB

  •    SIAPA PERLU BERWASIAT ?

    Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:

    ·         Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat

    ·          Mereka yang memiliki harta

    ·          Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan

    ·          Lelaki yang berpoligami

    ·          Ibu dan bapa tunggal

    ·          Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri

    ·          Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun

    ·          Mereka yang menjalankan perniagaan

    ·          Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #12 20 August, 2009, 07:05:21 PM
  • Publish Di FB
  •  
     
    APAKAH HARTA / TANGGUNGAN YANG MEMERLUKAN DOKUMEN WASIAT?

     

    ·          Rumah, Tanah, Kereta

    ·          Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)

    ·          Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah

    ·          Saham syarikat persendirian dan tersenarai

    ·          Hutang-hutang agama (zakat, haji, nazar, fidyah, kifarah) yang belum ditunaikan

    ·          Hutang-hutang sesama manusia yang belum ditunaikan

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #13 20 August, 2009, 07:08:16 PM
  • Publish Di FB

  • APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?

    Pembekuan Harta

    Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 bilion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.

    Tempoh Pengagihan Pusaka Yang Lama

    Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan

    Pentadbir Yang Tidak Amanah

    Tanpa perlantikan Wasi yang berkredibiliti seperti ARB, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah

    Harta Sepencarian

    Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan mengambil masa yang lama, malah mungkin tidak mendapat sepertimana yang diharapkan

    Hutang Tidak Berbayar

    Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan pembayaran hutang.

    Pertelingkahan Keluarga


    Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan hubungan silaturrahim sesama mereka.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #14 20 August, 2009, 07:50:42 PM
  • Publish Di FB

  •   PENTADBIRAN HARTA PUSAKA TANPA WASIAT

    Apabila berlaku kematian, pelbagai aktiviti terhenti secara tiba-tiba, antaranya pembekuan akaun-akaun di bank, unit amanah saham, saham-saham syarikat, perlindungan insuran, takaful, Tabung Haji, urusan hartanah tergendala, penjualan kereta tidak boleh dilakukan, termasuk timbulnya persoalan bila pengeluaran KWSP boleh dilakukan. Hanya apabila Surat Kuasa (Letter of Administration) diperolehi daripada badan-badan tertentu, barulah proses pembahagian asset dapat dilakukan. Untuk mendapat Surat Kuasa tadi, ia adalah satu proses yang rumit dan memakan masa yang agak lama (antara 1 – 2 tahun). Ini tidak termasuk masa untuk pembahagian yang bergantung kepada bentuk harta (antara 1 - 15 tahun lagi). Sekiranya tiada wasiat, proses permohonan dan pembahagian membawa kepada pelbagai akibat dan boleh menggendalakan pelbagai urusan waris yang hidup.

    Di Malaysia, tempat permohonan untuk mendapat Surat Kuasa bergantung kepada bentuk dan jumlah aset simati iaitu:

    Amanah Raya Berhad: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 DAN bentuk aset simati sama sekali tiada mengandungi hartanah (Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995); atau

    Pejabat Tanah Bahagian Pusaka Kecil: Untuk jumlah aset yang kurang dari RM600,000 dan aset simati mengandungi hartanah (Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955); atau

    Mahkamah Tinggi: Untuk semua bentuk aset di mana nilainya melebihi RM600,000 (Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980).

    Mahkamah Syariah: Untuk orang Islam sahaja iaitu di mana Sijil Faraid dikeluarkan dahulu dan dikepilkan bersama semua permohonan di atas.

    Di dalam proses meluluskan permohonan untuk mendapatkan Surat Kuasa kepada pentadbir aset simati, Mahkamah Tinggi akan meminta dikemukakan dua orang penjamin yang setiap seorang mempunyai nilai aset bersamaan dengan nilai aset simati. Setelah memperolehi Surat Kuasa, tugas pentadbir yang seterusnya ialah untuk mentadbir (jual aset sekiranya perlu) dan membahagikan aset-aset simati. Jumlah masa menguruskannya bergantung kepada bentuk harta dan kerjasama waris-waris.

    Untuk orang bukan Islam, pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1959 di mana telah ditentukan menurut undang-undang sivil. Bagi orang Islam, pembahagian adalah mengikut hukum syarak iaitu menurut hukum Faraid, tetapi sekiranya semua waris yang layak bersepakat atau bermuafakat maka pembahagian boleh mengikut persetujuan bersama.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #15 20 August, 2009, 07:54:19 PM
  • Publish Di FB
  •  
    PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DENGAN WASIAT

    Sekiranya wasiat telah dibuat oleh simati maka proses pentadbiran adalah lebih pantas di mana Geran Probet akan terus diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Ini adalah mengikut Akta Probet dan Surat Pentadbiran Pusaka 1959 yang terpakai untuk semua orang, tidak kira Islam atau tidak. Permohonan Geran Probet boleh dipohon oleh wasi yang dinamakan di dalam wasiat simati (pewasiat). Di dalam permohonan ini, Mahkamah tidak memerlukan sebarang penjamin lagi.

    Bagi wasiat orang Islam ianya adalah mengikut hukum syarak. Setakat ini, hanya Selangor dan Negeri Sembilan sahaja yang mempunyai enakmen mengenai wasiat untuk umat Islam iaitu Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004. Walaupun begitu, format wasiat Islam ini secara umumnya diterima pakai di negeri-negeri lain di Malaysia.

    Menurut prinsip Wasiat Islam, pembahagian sehingga 1/3 daripada aset bersih simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris atau waris yang terdinding, dan bakinya hendaklah dibahagikan kepada waris mengikut hukum faraid atau melalui permuafakatan semua waris mengikut seperti pesanan pewasiat. Dengan wasiat yang disediakan, pentadbir yang dinamakan hanya perlu memperolehi Sijil Faraid dari Mahkamah Syariah dan menyertakannya bersama dokumen lain seperti surat mati dan wasiat kepada mahkamah untuk diberikan Geran Probet dan membolehkan pembahagian diteruskan. Tempoh penyelesaian adalah lebih cepat antara 6 bulan ke setahun berbanding tanpa sebarang wasiat.

    yuki

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #16 21 March, 2010, 11:10:50 AM
  • Publish Di FB
  • salam...saya nak tahu bagaimana hibah diaplikasikan dalam produk takaful ikhlas sdn bhd???& adakah hibah dalam produk takaful ikhlas ini memenuhi rukun2 & syarat2 hibah??

    hazzimmr

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #17 10 November, 2010, 04:56:07 PM
  • Publish Di FB
  • salam,

    correct me if im wrong as based on my understanding from the above uploaded article, rukun hibah is as follows:-

    1. penghibah
    2. penerima hibah
    3. barang/harta yang dihibahkan
    4. sighah which consist of offer and acceptance

    my questions:-

    1. what is the relation of "Qabd" to the rukun hibah. Is "taking possession" a crucial element to Hibah which need to be perfected before the death of a donor (penghibah)?

    2. if so, is it permissable to Hibah a saving which income/interest is accruing like shares, ASB etc? and how & when does the "Qabd" take place?

    many thanks



    syauqeena

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Jawab #18 25 March, 2011, 07:18:15 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum...


    boleh x HIBAH aset yg masih dlm hutang, pinjaman bank..cth rumah, kereta..?

    RNLQ

    • *
    • Posts: 287
      • View Profile
    Jawab #19 27 July, 2011, 04:01:19 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum Ummi...

    patutnya saya post kat sini soalan saya ttng faraidh dan hibah....hmmmm... tak kena tajuk rupanya..saya letak kat hukum faraidh...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    23 Replies
    14795 Views
    Last post 18 November, 2012, 10:07:12 PM
    by Izzah0404
    2 Replies
    1485 Views
    Last post 02 September, 2012, 08:13:01 PM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    630 Views
    Last post 13 October, 2012, 11:44:24 AM
    by keindahan iman