Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim

*

Author Topic: Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim  (Read 5699 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14487
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
30 July, 2009, 10:59:21 PM
  • Publish

  • Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim
    Bagi saya, amalan melakukan sembahyang perlu disertakan dengan kesedaran bahawa sembahyang bukan setakat menunaikan tuntutan Allah semata-mata, tetapi berkaitan juga dengan pembentukan peribadi mulia seseorang insan. Hukum sembahyang yang Wajib adalah hak Allah yang mesti ditunaikan, tetapi hukum-hukum yang Sunnat dan Makruh adalah hak manusia (atas autoriti Allah) memilih sama ada untuk melakukannya atau tidak.

    Hukum Sunnat dalam sembahyang, saya percaya berkaitan dalam proses pembentukan peribadi manusia. Satu contoh, dalam bab sembahyang ada hukum yang menyebut 'Makruh sembahyang di laluan'. Makruh bermaksud tidak digalakkan. Terpulanglah kepada anda mentafsirkan 'laluan'. Bagi saya hukum ini baik untuk diambil i'tibar. Isunya, jika sembahyang di laluan, akan menyukarkan orang untuk lalu-lalang. I'tibar dari hukum ini ialah jangan membuat sebarang halangan yang menyukarkan orang lalu-lalang. Dalam hidup bermasyarakat, boleh diambil contoh-contoh yang selalu kita lihat. Cuba fikirkan, bagaimana kita meletak kenderaan, menghalang atau tidak. Bagaimana cara kita meninggalkan selipar atau kasut di depan pintu, menyukarkan orang keluar masuk rumah atau masjid atau tidak. Jika kita berdiri berbual di kaki lima, meletakkan barangan kita, adakah menyusahkan orang lain yang lalu-lalang. Pendek kata jika hukum ini dijadikan i'tibar untuk kehidupan kita, maka umat Islam adalah golongan umat yang berperibadi mulia. Banyak lagi hukum-hukum Sunnat dan Makruh dalam sembahyang yang boleh dijadikan i'tibar dan panduan hidup kita sama ada berkeluarga atau bermasyarakat. Ini hanya satu contoh sahaja.

    "Solat mencegah seseorang dari melakukan kemungkaran". Dengan ayat ini  boleh dihuraikan dengan panjang lebar pengertiannya. Cuba huraiakan dari perpesktif kehidupan harian.
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 30 July, 2009, 11:10:43 PM
  • Publish
  • [box title=Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim]
    RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruknya pencuri? Sahabat bertanya: Siapakah dia, wahai Rasulullah? Nabi SAW menjawab: Orang yang mencuri dari solatnya. Sahabat bertanya: Bagaimana seseorang mencuri dari solatnya? Baginda SAW bersabda: Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.”

    Dalam kisah lain, Rasulullah SAW pernah menyuruh orang yang sudah melakukan solat untuk mengulangi solatnya hingga tiga kali. Sebabnya, ketika solat orang itu belum menyempurnakan wuduknya, takbirnya, berdirinya, bacaannya, rukuknya, sujudnya dan toma’ninahnya.

    Baginda SAW menjelaskan cara yang benar dalam melakukannya sebanyak empat kali hingga selesai. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud: “Solat seseorang di antara kamu tidak akan sempurna sebelum mengerjakan yang demikian itu.”

    Menunaikan solat saja tidak mencukupi hingga mencapai taraf kesempurnaan. Kesempurnaan bukanlah paksaan, tetapi sebagai cara untuk menerapkan jiwa solat supaya membentuk keperibadian terpuji, menghasilkan keberkatan serta memperbaiki diri.

    Kesempurnaan solat dimulakan dengan menyempurnakan wuduk mengikut contoh dan petunjuk Rasulullah SAW kerana pergerakan tanpa peraturan tidak akan memberi makna.

    Setiap gerakan solat memiliki jiwa dan roh, peranan serta makna tersendiri yang akan memantulkan kekuatan positif. Ia adalah sebuah irama kesatuan yang saling membantu dan menyempurnakan gerakan seterusnya.

    Wuduk bermakna membersihkan keperibadian buruk dan dosa. Menghadap kiblat bererti menghadapkan jiwa dan roh sepenuh hati dengan khusyuk dan merendah diri. Manakala takbiratulihram membesarkan Zat Allah.

    Membaca surah dengan menghayati dan berkeinginan untuk mengamalkannya. Rukuk dan sujud adalah bentuk perwujudan ketundukan, kepatuhan dan kepasrahan diri secara menyeluruh kepada Zat Yang Maha Agung.

    Kualiti ketakwaan seseorang sesungguhnya berkait rapat dengan kualiti solat kerana selain berkomunikasi dengan Allah, solat juga membentuk hubungan mendidik jiwa daripada melakukan perkara dilarang yang akan merosak jiwa.

    Allah berfirman yang bermaksud:

        “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan keji) dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat lain), dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-’Ankabut, ayat 45)

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

        “Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan.” (Hadis riwayat Muttafaqa ‘Alaih).

    Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.

    Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia. Justeru itu, orang yang berakal sihat pasti amat bergembira mencelupkan dirinya ke dalam mata air solat lima kali sehari semalam secara berjemaah.

    Malaikat pencatat amalan kebajikan pun menulis setiap langkah menuju masjid dapat mengangkat satu darjat kemuliaan. Mencatatkan langkah berikutnya sebagai penghapus satu kesalahan.

    Jika seorang jemaah berjalan dari rumah menuju masjid atau musalla yang jaraknya 10 meter dengan 20 langkah. Maka 10 meter pula kenaikan satu darjat kemuliaan dan 10 meter berikutnya menghapus kesalahan.

    Jika dilakukan lima waktu dalam sehari semalam, bererti 50 darjat kemuliaan dan 50 penghapusan dosa. Allah pun dapat memberikan kelebihan pahala lagi bagi hamba-Nya yang ikhlas memenuhi seruan solat.

    Syeikh Hasan al-Banna menulis sepucuk wasiat kepada penggerak muda Muslim yang berbunyi, “Jika kamu mendengar seruan azan, segeralah tunaikan solat berjemaah walaupun kesibukan kamu.”

    Firman Allah yang bermaksud:

        “Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah, ayat 18)

    Perkara pertama dilakukan Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah dalam rangkaian hijrahnya adalah membangun masjid. Dari sini kita dapat mengambil pelajaran betapa pentingnya posisi masjid dalam perjuangan kaum Muslimin.

    Semangat persamaan dan penyatuan ummah tidak mungkin lahir jika Muslimin tidak bertemu setiap hari dalam satu saf di hadapan Allah. Masjid selain tempat beribadat adalah landasan penyatuan atas dasar ketakwaan.

    Justeru, setiap masjid tidak boleh sunyi daripada aktiviti yang menyatukan ummah sebaliknya dimakmurkan supaya institusi masjid menjadi institusi penting kepada umat Islam mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka.

    Masjid juga mesti menjadi perantara pembinaan ummah. Hanya dengan dimakmurkan, masjid akan memainkan fungsi strateginya sebagai institusi kebangkitan ummah Islam.

    Allah berfirman yang bermaksud:

        “Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)

    Diceritakan, bahawa Muhammad al-Fatih dan tenteranya ketika ingin menakluk kota Istanbul seperti dijanjikan Rasulullah SAW dalam hadisnya, tidak pernah meninggalkan solat wajib, rawatib dan tahajud sejak baligh.

    Jiwa dan roh solat mereka telah berhubungan langsung dengan Allah iaitu sumber segala kekuatan. Itulah barangkali kunci kejayaan utama kejayaan beliau dan tenteranya menakluk kota Istanbul yang menjadi kota khalifah Islam terkenal hingga berkurun lamanya.[/box]

    hj.ramansa

    • *
    • Posts: 16
    • Satu Perjuangan
      • View Profile
    Reply #2 12 June, 2010, 06:00:22 AM
  • Publish
  • Betul, Sembahyang Membentuk Peribadi Muslim.

    • Setiap kali solat kita akan bersuci, bertakbir, meng-Esa-kan Allah, bersyahadah, patuh kepada Allah. Dalam solat mengandungi perbuatan zahir dan batin.
    • Solat mendidik kita jujur, ikhlas, patuh dsb...
    • Semasa berwudu', seandainya kita meninggalkan salah satu anggota wudu', orang lain tidak akan tahu. Boleh saja kita tidak membasuh anggota wudu' kerana sifat tidak jujur... Tapi orang yang bersolat akan tetap menjaga anggota wudu' dan bersifat jujur & ikhlas.
    • Solat mendidik kita menepati masa.
    • Solat mendidik kita untuk patuh pada setiap perbuatan solat, yang akan mendorong kita untuk patuh kepada suruhan Allah yang lainnya.
    • Solat mendidik kita untuk merendah diri di hadapan Allah.
    • Solat menguatkan tauhid kita kepada Allah, kita tidak melihat Allah, tetapi kita percaya kepada Allah dan kita sembah hanya Allah.
    • Dan banyak lagi...

    hj.ramansa

    • *
    • Posts: 16
    • Satu Perjuangan
      • View Profile
    Reply #3 12 June, 2010, 06:02:32 AM
  • Publish
  • Kalau seseorang itu bersolat dengan baik, maka tidak akan terjadi perbuatan yang tidak baik; seperti rasuah, tidak jujur, tidak amanah dsb...

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 12 June, 2010, 08:17:09 AM
  • Publish
  • sebelum solat tu, muhammad saw ajarkan tauhid, sembah yg esa, tidak bersyarikat, tidak bersekutu

    tanpa tauhid, amalan jadi apa ya, tentu saja susah hati sendiri

    jadi jika 30 tahun duk ikut jamaah solat, apa dapat? tanpa tauhid

    sedangkan, amal islam utk dapat iman, utk dapat yakin..........

    patutnya ujian allah menambah yakin

    silakan lah buat kajian atas diri, sendirilah mengerti

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Reply #5 19 June, 2010, 11:33:34 PM
  • Publish
  •  nabi suruh hang solat, hang solat lah, tak dapat apa pun tak pe yop, , bila solat beriman lah tu, bila solat yakin lah tu..tak perlu banyak songeh, ynag penting hang solat, nabi tak mau umat nya menanggung susah, pusing sana pusing sini.

    panglima-garang

    • *
    • Posts: 571
      • View Profile
    Reply #6 19 June, 2010, 11:52:01 PM
  • Publish
  • :senyum:....aku pun nak banyak songeh etek..... ceria*

    sembahyang itu solat kah?.....solat itu sembahyang kah?.....

    apa yang kita sembahyang?....adakah di dalam solat ada sembahyang?......

    apa yang dikatakan solat?....dan apa yang dikatakan sembahyang?......

    jangan jadikan adat.....tapi jadikan syariat.....mari kita fikir2 kan.....

    ceria*
    " Apabila iman itu tergantung di bintang Suraya, nescaya ia akan dicapai oleh lelaki berbangsa Parsi."

    _May_

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #7 20 June, 2010, 08:39:25 AM
  • Publish
  • anda solat tapi perlu usaha atas solat jugak

    yang paling penting usaha atas iman
     
    iman gud yang lain pun gud. . .bila yakin datang maka maka ringan je solat
    paling penting ko solat je sebab solat perintah Allah . . solat je secara istiqomah secara berjemaah
    nanti ko tidak mudah tersesat
    Allah maha penyayang
    dan usaha ko tidak sia sia maka solat je lah
    lepas tu kena usaha kenapa tidak kusyuk atau rasa x besx solat maka ko kena jumpa ustaz atau jumpa je jemaah tabligh tu . diorang sedia bantu ikut yang baik kalau rasa ragu jumpa ustaz yang boley dipercayai atau jumpa jer ulamak terus

    yang paling penting solat tetap solat ito perintah Allah . tunaikan perintah Allah

    senang je kan . . .sebab kita adalah hamba Allah ,,,,,, sekadar pandangan saya yang serba kekurangan ni. salah dimohon torchlight

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #8 20 June, 2010, 09:08:30 AM
  • Publish
  • nabi suruh hang solat, hang solat lah, tak dapat apa pun tak pe yop, , bila solat beriman lah tu, bila solat yakin lah tu..tak perlu banyak songeh, ynag penting hang solat, nabi tak mau umat nya menanggung susah, pusing sana pusing sini.

    Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

    Siapa yg mahu menanggung susah, pusing sana pusing sini yup ??..tapi peringatan tetap ada yup...

    Sabda RasulAllah SAW, " Banyak orang yang mendirikan solat, sementara ia hanya mendapatkan rasa penat dan payah."
    (HR. Abu Dawud ).
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Reply #9 20 June, 2010, 09:44:49 AM
  • Publish
  •  nabi nak beri peringatan kepada hang, bila hang solat, hang solatlah sebagaimana aku solat, yang hang jadi penat dan payah, apabila yang nabi tak buat, hang buat, yang nabi tak buat hang buat, yang nabi tak cerita, hang ada adakan cerita

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #10 20 June, 2010, 11:29:24 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya.

    Solat berbeza dgn dzikir dan do'a...seumpamanya Rasul dgn Nabi.

    Rasul adalah Nabi, dan nabi bukannya Rasul..begitulah bezanya antara solat dengan dzikir dan do'a.

    Solat itu adalah rukun serta kewajipan yg ditentukan waktunya atas org-org yg beriman..

    kareem

    • *
    • Posts: 8
      • View Profile
    Reply #11 20 June, 2010, 03:12:36 PM
  • Publish
  • sebelum solat tu, muhammad saw ajarkan tauhid, sembah yg esa, tidak bersyarikat, tidak bersekutu

    tanpa tauhid, amalan jadi apa ya, tentu saja susah hati sendiri

    jadi jika 30 tahun duk ikut jamaah solat, apa dapat? tanpa tauhid

    sedangkan, amal islam utk dapat iman, utk dapat yakin..........

    patutnya ujian allah menambah yakin

    silakan lah buat kajian atas diri, sendirilah mengerti


    siapakah ENCIK DOL BENDOL untuk menentukan org yg solat berjemaah 30 tahun mendapat apa?  astaghfirullahalazim......

    pada pandangan hamba....

    jgn pandang rendah ibadat org lain.....pandang ibadat kita sendiri dulu....astaghfirullah.....byk perlu dibaiki....

    hanya Allah yg menentukan segala-galanya......kita pun tidak tahu adakah ibadat kita diterima selama ini.....

    adakah ibadat ENCIK DOL BENDOL telah diterima oleh ALLAH SWT....???

    Walid

    • *
    • Posts: 495
      • View Profile
    Reply #12 20 June, 2010, 04:32:24 PM
  • Publish
  • sebelum solat tu, muhammad saw ajarkan tauhid, sembah yg esa, tidak bersyarikat, tidak bersekutu

    tanpa tauhid, amalan jadi apa ya, tentu saja susah hati sendiri

    jadi jika 30 tahun duk ikut jamaah solat, apa dapat? tanpa tauhid

    sedangkan, amal islam utk dapat iman, utk dapat yakin..........

    patutnya ujian allah menambah yakin

    silakan lah buat kajian atas diri, sendirilah mengerti


    ustaz Dol solat kat masjid ke kat umah?

    mone1902

    • *
    • Posts: 13
      • View Profile
    Reply #13 03 July, 2011, 12:04:45 AM
  • Publish
  • Tak perlu salah menyalah nak...yang penting kita solat mengikut apa yang telah diajar oleh Islam. Biasanya solat kita mengikut tahap kemampuan masing masing kan..selepas buat yang terbaik kita serahkan saja kpd Allah.. Apa yang hendak saya smpaikan disini adalah ..dengan solat kita dapat menghindarkan dari berterusan melakukan maksiat..Adat manusia yang biasa melakukan dosa, agak sukar utk meninggalkan secara terus..Namun, dengan bersolat , kita dapat  meninggalkan maksiat sedikit demi sedikit sehingga akhirnya, merasa solat itu amat manis utk dihayati...bersolatlah..jika sukar meninggalkan amalan maksiat, maka luangkanlah waktu utk bersolat hajat memohon Allah menutup pintu hati kita dari terus2an dgn amalan yg buruk itu..Insyaallah..sgla rintihan kita akan di dengari..ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    22 Replies
    10740 Views
    Last post 11 March, 2011, 08:26:33 AM
    by maliki
    3 Replies
    3105 Views
    Last post 25 November, 2011, 08:06:01 PM
    by alhaudhie
    22 Replies
    5077 Views
    Last post 21 June, 2009, 03:19:52 PM
    by najwa_hamali