Perjalanan Pulang bagi Remaja yang Insaf

Author Topic: Perjalanan Pulang bagi Remaja yang Insaf  (Read 3491 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
30 July, 2009, 08:50:19 AM
  • Publish
  • Program Sayangi Remaja.

    Program ini  dijalankan di sekitar kawasan Pulau Pinang dan  menjadi program tahunan untuk mendekati dan menyelami pemikiran serta tingkah laku para remaja yang berkeliaran hingga lewat tengah malam terutama remaja yang keluar bersama pasangan cinta mereka.

    Pendekatan yang akan digunakan juga bukanlah menghukum atau menangkap mana-mana remaja yang dilihat berbuat maksiat di tempat awam tetapi lebih kepada motivasi langsung dan perkongsian ilmu kepada golongan remaja sebegini. Konsep pencegahan juga akan digunapakai dalam program pada kali ini bagi mengurangkan ruang maksiat di sekitar tempat awam tumpuan muda-mudi berpasangan ini. Pendekatan sebegini wajar bagi mendalami golongan remaja secara mesra namun tidak mengabaikan tatacara serta tujuan dakwah Islam.

    Penyertaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Bagi peserta mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).  Semoga usaha dakwah yang kecil ini memberi manfaat yang besar kepada nasib generasi anak-anak kita kelak.

    DAn apabila bertemu remaja yang bermasalah ini, yang telah terjebak dengan maksiat zina hingga hamil, mereka ini akan di tempatkan ke Raudhah. Ada apa dengan Raudhah?

    Rumah Upayadaya dan Harapan al-Rahman (RAUDHAH) adalah sebuah rumah transit yang mensasarkan kepada kumpulan remaja dan wanita bermasalah yang diselenggara oleh Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) dan Sekretariat Dakwah Pulau Pinang. Terletak di sebuah tanah amal di Seberang Perai, Pulau Pinang, RAUDHAH diharap dapat menjadi rumah singgah (transit) kepada pelbagai lapisan masyarakat Muslim yang berhasrat mengubah nasib hidup mereka dan menjadikan Islam sebagai panduan dan jalan hidup baru. RAUDHAH yang mempunyai maksud taman cuba membawa konsep ketenangan dengan menekankan ilmu dan kerohanian sebagai faktor makhraj (مخرج) yakni jalan keluar atau jalan perubahan. Pelatih akan mengikuti program ‘uzlah (عزلة) dan tazkiyah (تزكية) yakni penyucian dan pendidikan selama 6-9 bulan di pusat ini.

    Jaringan RAUDHAH sepanjang 10 tahun terlibat dalam menangani permasalahan sosial meletakkan harapan agar RAUDHAH dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberi peluang kepada mereka yang insaf dan ingin pulang ke pangkal jalan iaitu fitrah (فطرة). RAUDHAH mempunyai penyertaan yang sangat terhad untuk setiap kemasukan. Anda atau keluarga yang memerlukan bantuan RAUDHAH dalam mencari jalan pulang diminta menghubungi sekretariat perhubungan berikut. Bagi mereka yang berhasrat memberi sumbangan amatlah dialu-alukan. RAUDHAH dan jaringan RAUDHAH juga menyediakan program latihan (LANDAS), kaunseling (percuma) dan program pendidikan dan kesedaran bagi pihak-pihak yang memerlukan. Kami juga memerlukan sukarelawan, tenaga pengajar (agama, akademik asas dan kemahiran hidup), aktivis dan kaunselor yang dapat membantu kami seadanya.

    Maklumat Raudhah boleh di dapati  : http://perjalananpulang.wordpress.com/
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 03 August, 2009, 10:00:33 AM
  • Publish
  • KEHALUSAN PUSAT TELADAN

    1.   Pusat yang menjadi teladan sangat sensitif dan halus kerana seluruh gerak gerinya menjadi perhatian orang ramai. Tiada siapapun boleh ditempatkan di posisi tersebut kecuali individu yang bersedia melakukan ‘Azimah , menjauhi Rukhsah dan sikap ambil mudah.

    2.   Di dalam kitab Tahzib Al-Tahzib jilid 8 pada muka 463 menukilkan apabila Imam Laiyith bin Said (seorang pemimpin di Mesir) hendak melakukan kerja yang kurang utama dan bertentangan dengan ‘Azimah, Yahya bin Said Al-Ansori (Imam Madinah) berkata kepada beliau,

    “Janganlah anda melakukan yang demikian. Sesungguhnya engkau adalah seorang pemimpin yang diperhati dan diteladani”.. (muntalaq ms 286)

    3.   Ahli pusat teladan sapatutnya segera meletakkan dirinya di tempat ahli hikmah yang bijak dan sebagai ahli ibadah yang bermaklumat, bagi menjauhkan dirinya daripada segala sifat nifaq yang amat rapat dengan ahli pidato yang tidak beramal.

    4.   Di dalam Tabaqat Ibnu Sa’ad jilid 7 muka 94 ada menceritakan bahawa Umar al-Khattab telah berpesan kepada Al-Ahnaf bin Qais (ahli pidato yang mahir dan pintar) setelah mendapati beliau seorang yang baik dengan katanya,

    ”Tidak ada yang membinasakan umat itu kecuali orang munafik yang bijak”.. muntalaq ms 290

    5.   Sehubungan dengan ini, Ibnu Mubarak di dalam kitabnya Al-Zuhd, muka 26 dan Al-Syatibi di dalam kitab Al Muafaqat jilid 1 muka 30, meriwayatkan bahawa Hasan al-Basri berkata kepada seorang Tabi’in,

    “Nilailah manusia melalui perbuatan mereka, bukan kata-kata mereka. Sesungguhnya Allah tidak membiarkan satu perkataan pun melainkan dijadikannya sebagai satu bukti daripada perbuatan, sama ada membenarkannya atau menidakkannya”. Sekiranya kamu mendengar kata-kata yang baik, perhatikan dahulu siapa pengucapnya. Sekiranya ucapan tersebut selari dengan perbuatannya, maka itulah sebaik-baiknya. Bersaudaralah dengannya dan cintailah dia. Sebaliknya jika kata-katanya bertentangan dengan perbuatannya, maka apa lagi yang samar?. Apa lagi yang disembunyikan daripadamu?. Berwaspadalah daripadanya, dan jangan sesekali kamu terpedaya dengannya”.  Muntalaq ms 291

    6.   Sesungguhnya berdakwah dan berjihad tidak mempercepatkan ajal. Manakala duduk diam tidak akan menangguhkan ajal. Bahkan sebenarnya dakwah dan jihad akan mengangkat pendakwah Islam dan mujahidin ke syurga firdaus.

    7.   Aktifkan Pusat Teladan dengan penuh berhemah demi perhitungan di akhirat nanti !!!.

    Reply #2 27 May, 2012, 03:04:17 PM
  • Publish
  • sahabat...
    yang amat kucintai susah senang kau disamping ku
    walaupun hilang di mata namun tetap dihatiku....

    Reply #3 05 June, 2012, 10:15:56 PM
  • Publish
  •  :)

    Artikel ini telah menyenaraikan ayat2 al-Quran dan hadith2 yang boleh dijadikan motivasi buat orang2 yang mahu kembali ke pangkal jalan:

    Klik>> [u][b]Wahai Orang Berdosa, Kalam Semangat Ini Buatmu![/b][/u]

     :syukur:

    maliki

    • *
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #4 23 March, 2016, 03:53:35 PM
  • Publish
  • [Soalan]

    Assalamualaikum. :) i have a few ques to ask.
    1. i already 15 but i never perform solah (i do love Allah & prophet)
    2. i always falling in love.
    3. i always miss my ex 24/7 4. im such a rude daughter/sister
    5. im lonely
    6. i always watch porn help me please i want to come back to Islam :/

    [Jawapan]

    Waalaikumussalam yaa Ukhti.

    Wallahi, saya menangis baca soalan awak.
    Demi Allah, Allah sayang awak. Percayalah.

    Soalan pertama, tak pernah solat?

    Berjuta-juta muslim tak solat dalam dunia ini. Sumpah!
    Tetapi dalam jutaan itu, awak antara sedar yang awak tak solat.

    Awak sedar awak tak solat, dan awak rasa menyesal. Tahniah!

    Awak nak tahu, Allah letak satu invitation untuk awak.
    Invitation untuk awak agar awak kembali kepada Dia.

    Balaslah invitation Allah itu, pergilah tunaikan solat.

    Rapat dengan manusia yang dirikan solat.
    Jadikan mereka sahabat.

    InshaaAllah everything akan settle.

    Kerana bila kita tiada suasana biah solehah untuk solat, kita akan sukar untuk hidupkan rasa ingin solat dalam diri kita.

    Makanya, rapatlah dengan orang yang cinta solat...

    Soalan kedua, selalu jatuh Cinta?

    Relax lah, jatuh Cinta itu membuktikan awak masih ada Cinta.
    Sekarang ni, jatuhkan Cinta awak dan lekatkan Cinta itu selamanya kepada Allah sahaja.

    Sehinggakan, bila awak sudah ada suami dan anak-anak kelak, awak sayang mereka hanya kerana Allah semata-mata.

    Romantik. Romantik hingga Syurga.

    Bagaimana nak jatuhkan Cinta kepada Allah? tunaikanlah solat.
    Mula dating dengan Allah. Bila? Qiamullail (Bangun malam untuk ibadat)

    Serius sis, kena cuba letak cinta pada Allah lebih tinggi dari segala. Saat itu kita akan rasa manis yang teramat manis; manis daripada segala cinta yang pernah kita rasa daripada manusia namun gagal menandingi cinta Allah azza wa jalla!

    Soalan ketiga, awak rindu bekas pakwe.

    Alolo. Relax laa Ukhti kesayangan Rasul...

    Rasul rindu awak tau. Nabi Muhammad declare yang dia rindu awak.
    Sebelum Nabi wafat, Nabi kata macam itu.

    Pakwe awak itu tak rindukan awak pun, buang masa rindu dia!

    Maka, rindulah Nabi Muhammad ketat-ketat.
    Boleh masuk Syurga bersama Baginda! Ameen...

    Ingat, jangan sia-siakan masa hiduo di dunia sementara ini mencintai orang yang tidak menghargai cinta kita. Those people yg suka couple, crush, bermesra antara ajnabi hanyalah those yang pleasure seeker je.

    So, kembalilah kepada fitrah iaitu cinta Allah dan Rasul. InshaAllah, bahagia hingga syurga!

    Soalan keempat, awak seorang anak dan adik/kakak yang 'rude'

    Orang yang rude ni sombong rasa diri bagus tak nak dengar nasihat orang...
    Orang rude ini EGO!

    Hey, awak tidak rude. Bila awak tanya saya soalan ini jelaslah menunjukkan awak nak berubah.
    Mungkin awak kurang menyalurkan kasih sayang awak dengan cara yang elok kepada mereka.

    Oleh itu, mulalah beri kasih sayang kepada mereka.
    Beri mereka kasih sayang yang paling manis.
    Manis biar kasi mereka diabetes. :senyum:.

    lagi satu, kadang-kadang rude itu datangnya kerana awak tidak pakai kaca mata kasih sayang.
    Awak perlulah lihat manusia sekeliling awak dengan kasih sayang, bukan kebencian.

    Kerana apa? Sebab Allah yang ciptakan mereka dan diri awak dengan kasih sayang.
    Siapa awak untuk menidakkan 'hak kasih sayang' kepada keluarga dan rakan awak!?

    jadi, kasihlah diri itu dahulu kemudian kasihilah orang sekeliling dengan kasih sayang yang pekat!

    Soalan kelima, awak keseorangan.

    Wallahi demi Allah, awak tidak pernah keseorangan.
    jadilah seperti Siti Hajar yang ditinggalkan Nabi Ibrahim.

    Ditinggalkan di tengah padang pasir. Allahu.

    Tapi dia relax tanpa suaminya.
    Kerana dia yakin, Allah bersamanya.

    Hasilnya kebahagian hingga Syurga menjadi milik Siti Hajar.

    Awak, bersabarlah dan kembalilah kepada Allah.
    Yakinlah, akan datang kebahagiaan yang Allah janjikan untuk mereka yang sabar.

    Allah sentiasa bersama awak. yakinlah!

    Soalan terakhir, selalu tengok perkara lucah.

    Iyaa ketagihnya dengan perkara lucah seperti ketagihnya kita seorang perokok kepada rokok.
    Walaupun tahu kesannya yang tidak elok, tetap mahu merokok.

    Tiada apa yang mampu saya nasihatkan kecuali
    satu sahaja:
    RAPATLAH DENGAN ORANG BAIK.

    Ceritakan kepada mereka masalah kamu.
    Berikan kepercayaan awak kepada mereka.

    Mereka akan bimbingkamu.
    Bantuan untuk kamu berhenti ketagih akan diberi.

    Percayalah, kawan saya ada yang berhenti merokok.
    Tidak merokok langsung dah, hasil melepak dengan orang baik.
    Juga kerana join usrah yang bagus.

    Apa-apa pun, sentiasa yakin Allah sentiasa bersama dan Allah cinta hamba-Nya yang ingin berubah meninggalkan jahiliah.

    Sekian.

    ___

    Awak, akan tiba satu saat nanti awak akan mati, kemudian berjumpa ilahi.
    Maka jadikan hari ini sebagai hujah awak bahawa awak sudah berubah.

    Percayalah, Allah sentiasa bersama awak.
    Kerana awak orang yang bertaubat.

    Syurga. Moga ketemu Nabi Muhammad di sana yaa!

    p/s:
    Saya cadangkan ukht pinjam buku kawan-kawan yang ada buku #henshin nukilan saya. Sana, saya ceritakan panjang tentang semua masalaha ukhti bahkan masalah-masalah mainstream yg lain juga. Moga Allah permudah urusan ukhti.

    Seorang Hamba,
    Aiman Banna.
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    divider3
    halaqahforum4