Pengertian Jenayah

*

Author Topic: Pengertian Jenayah  (Read 10253 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

IbnuNafis

  • *
  • Posts: 1293
    • View Profile
29 July, 2009, 12:25:21 PM
  • Publish
  • Pengertian Jinayat

        Jinayah menurut fuqaha' ialah perbuatan atau perilaku yang jahat yang dilakukan oleh seseorang untuk mencerobohi atau mencabul kehormatan jiwa atau tubuh badan seseorang yang lain dengan sengaja.

        Penta`rifan tersebut adalah khusus pada kesalahan-kesalahan bersabit dengan perlakuan seseorang membunuh atau menghilangkan anggota tubuh badan seseorang yang lain atau mencederakan atau melukakannya yang wajib di kenakan hukuman qisas atau diyat.

        Kesalahan-kesalahan yang melibatkan harta benda, akal fikiran dan sebagainya adalah termasuk dalam jinayah yang umum yang tertakluk di bawahnya semua kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

        Faedah dan manafaat daripada Pengajaran Jinayat :-


        1) Menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku berbunuhan sesama sendiri dan sebagainya

        2) Menjaga keamanan maruah di dalam masyarakat daripada segala fitrah tuduh-menuduh.

        3) Menjaga keamanan maruah di dalam harta benda dan nyawa daripada kecurian, ragut dan lain-lain.

        4) Berhubung dengan keamanan negara dan menyelenggarakan keselamatan diri.

        5) Perkara yang berhubung di antara orang-orang Islam dengan orang-orang kafir di dalam negara Islam Pembunuhan

    Sumber : Mufti Melaka

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 29 July, 2009, 12:27:38 PM
  • Publish

  • Jenayah

    Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.

    Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.

    Namun demikian, ada juga perkara-perkara yang dianggap jenayah di sesuatu negara mungkin tidak dianggap jenayah di negara yang lain. Sebagai contoh, bercium di khalayak ramai merupakan satu jenayah dari sisi undang-undang Malaysia dan boleh didenda, tetapi tidak di negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat. Banyak undang-undang berkenaan jenayah diambil daripada undang-undang agama.

    Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di mahkamah.

    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 29 July, 2009, 12:33:45 PM
  • Publish
  •       Jenis Jenayah

          Jenayah boleh dibahagikan kepada beberapa kategori (yang bertindan):

        * Jenayah berat
        * Jenayah komputer dan jenayah siber
        * Jenayah terhadap manusia
        * Jenayah ke atas harta benda
        * Jenayah terhadap keselamatan negara
        * Jenayah hakcipta dan paten
        * Jenayah dadah
        * Jenayah seksual
        * Jenayah senjata
        * Jenayah perang
        * Jenayah juvana

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #3 29 July, 2009, 12:41:44 PM
  • Publish

  • Jenayah berat  atau feloni

    Feloni atau jenayah berat merupakan jenayah serius yang mengancam sesebuah masyarakat. Seseorang yang melakukan jenayah ini biasanya akan dikenakan hukuman yang berat seperti penjara seumur hidup, sebatan dan hukuman mati.

    Klasifikasi jenayah berat berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Misalnya di Amerika Syarikat pada umumnya, pemilikan senjata adalah tidak menyalahi undang-undang. Manakala, di Malaysia pemilikan senjata adalah satu jenayah berat. Bagi sesetengah negara pula, jenayah adalah berlandaskan undang-undang syariah dan pencuri dan penzina akan dikenakan hukuman yang berat.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #4 29 July, 2009, 12:51:26 PM
  • Publish

  • Undang - Undang Malaysia

    Undang-undang Malaysia berteraskan sistem perundangan common law, sebagai hasil langsung penjajahan Tanah Melayu, Sarawak, dan Borneo Utara oleh Britain sejak awal 1800-an hingga 1960-an. Undang-undang tertinggi, iaitu Perlembagaan Malaysia, menggariskan rangka perundangan dan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang persekutuan digubal oleh Parlimen Malaysia berkaitan dengan seluruh negara. Terdapat juga undang-undang negeri yang digubal Dewan Undangan Negeri (DUN) dan berkaitan dengan negeri berkenaan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Pelaksanaan dan hubungan antara kedua-dua sistem perundangan ini agak rumit dan pernah menimbulkan ketidaktentuan.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 29 July, 2009, 12:52:44 PM
  • Publish

  • Undang - Undang Syariah


    Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 29 July, 2009, 12:54:30 PM
  • Publish
  •  
    Mahkamah Syariah Di Malaysia

    Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.


    Tujuan & Peranan


        * Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak
           melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
        * Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam
        * Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan
           mengikut syariat Islam.
        * Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.
        * Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
        * Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga
           yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
        * Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai
        * Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
        * Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar
        * Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat
        * Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
        * Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan
           dan sentiasa berdakwah sepanjang masa
        * Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.
    « Last Edit: 29 July, 2009, 12:56:25 PM by Munaliza Ismail »

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #7 29 July, 2009, 12:57:33 PM
  • Publish

  • Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah

    Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

    Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 29 July, 2009, 01:03:27 PM
  • Publish

  • Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah

          Mahkamah Rendah Syariah

        * Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
        * Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
        * Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah

           Mahkamah Tinggi Syariah

        * Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
        * Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
        * Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
        * Menguruskan kes-kes rayuan
        * Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)

          Mahkamah Rayuan Syariah

        * Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
        * Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
        * Mengurangkan hukuman
        * Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
        * Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan
           mengikut prosedur yang telah ditetapkan
        * Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim)
           Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan
           Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.


           Bidang Kuasa

    Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah
    tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.

           Perlembagaan Malaysia 1965

        Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:

       1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
       2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
       3. Sebulan penjara atau
       4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

        Perlembagaan Malaysia 1984

       Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:

       1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
       2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
       3. Enam bulan penjara atau
       4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
       5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)


    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14487
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #9 29 July, 2009, 04:45:25 PM
  • Publish

  • Undang-undang syariah terbaik
    ©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)Oleh Norila Daud

    KUALA LUMPUR 22 Ogos – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 yang berasaskan prinsip Common Law Inggeris, lazim digunakan dalam perbicaraan apabila keadaan memerlukan.

    Beliau berkata, kedua-dua seksyen itu memberi peruntukan untuk mengguna pakai norma-norma atau amalan biasa serta prinsip-prinsip lain yang menekankan kepada keadilan dan pembahagian yang saksama mengikut Perlembagaan negara.

    ‘‘Undang-undang tersebut telah diguna pakai oleh para pengamal undang-undang sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim semalam mencadangkan rujukan kepada Common Law Inggeris dimansuhkan daripada undang-undang sivil negara.


    Menurutnya, penggunaan Common Law hanya menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah.

    Beliau turut mencadangkan supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.

    Abdul Gani bagaimanapun berkata, undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

    Katanya, sudah sampai masanya untuk semua pihak memikirkan lebih daripada Common Law untuk prinsip-prinsip keadilan dan pembahagian hak saksama bagi mengisi bahagian-bahagian yang perlu dimantapkan dalam sistem perundangan negara.

    ‘‘Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak,’’ jelasnya.

    Sementara itu, kata beliau, undang-undang Syariah dilaksanakan di negara ini setelah digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

    Menurutnya, mengikut undang-undang Syariah, memberi keadilan dan hak saksama kepada yang berhak merupakan prinsip utama mengikut ajaran al-Quran.



    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    6 Replies
    6412 Views
    Last post 28 June, 2011, 06:21:03 PM
    by nurul hana
    9 Replies
    6782 Views
    Last post 10 June, 2012, 06:38:03 PM
    by al_ahibbatu
    0 Replies
    977 Views
    Last post 18 April, 2011, 08:19:46 PM
    by den_hijjaz