Kisah-Kisah Teladan Islam

*

Author Topic: Kisah-Kisah Teladan Islam  (Read 93426 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Nefertari

  • *
  • Posts: 86
    • View Profile
Reply #20 08 July, 2007, 10:53:53 PM
  • Publish
  •  :)

    (something which is really nice to ponder)

    A BASKET CASE

    An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern
    Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early
    sitting at the kitchen table reading his Quraan .

    His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in
    every way he could. One day the grandson asked, "Papa, I try to read
    the Quraan just like you but I don't understand it, and what I do
    understand I forget as soon as I close the book. What good does
    reading the Quraan do?"


    The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and
    replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a
    basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked
    out before he got back to the house.   The grandfather laughed and
    said, "You'll have to move a little faster next  time," and sent him
    back to the river with the basket to try again.  This time the boy ran
    faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of
    breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water
    in a basket, and he went to get a bucket instead.

    The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of
    water. You're just not trying hard enough," and he went out the door
    to watch the boy try again.

    At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show
    his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water
    would leak out before he got back to the house.

    The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he
    reached his grandfather the basket was again empty.

    Out of breath, he said, "See Papa, it's useless!"

    "So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

    The boy looked at the basket and for the first time realized that the
    basket was different. It had been transformed from a dirty old coal
    basket and was now clean, inside and out.

    "Son, that's what happens when you read the Quraan. You  might not
    understand or remember everything, but when you  read it, you will be
    changed, inside and out. That is the  work of  Allah  in our lives."



    (source: email)

     :D
    (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" [Ali-Imran:8]

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #21 09 July, 2007, 11:24:44 AM
  • Publish
  • Renungkanlah sedalam-dalamnya……………….

    Tidak,
    Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
    bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
    jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
    singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
    tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
    membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
    dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

    Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
    lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
    biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
    kemudian nanti.

    Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
    sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
    benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
    masalah.

    Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
    kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
    memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
    pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
    terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
    jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
    berlipat ganda.

    Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
    mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
    alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
    itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
    motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
    tgh2 bandar raya.

    Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
    Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
    pasti ada baik buruknya.

    Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
    sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
    samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
    org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

    Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
    berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
    hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
    banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
    seterusnya jambatan ke neraka?

    Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
    mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
    yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

    Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
    Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
    belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
    anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
    kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
    melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
    tatkala cuba mendaki naik.

    Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.

    Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
    gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
    syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu semp adan dari ketidaksempurnaan
    insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

    Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
    perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
    masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
    lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "


    Seorang teman pernah berpesan..

    "Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
    Dia datangkan petir dan kilat..
    kita menangis dan tertanya-tanya,
    kemana hilangnya sinar..
    Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



    `Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
    kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
    Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
    lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`


    umsha

    • *
    • Posts: 695
    • Be yourself & always remember ALLAH
      • View Profile
    Reply #22 09 July, 2007, 01:16:02 PM
  • Publish
  • Menyentuh hati & kalbu....Mmg benar segala kata2 husnulkhatimah....Percayalah mesti ada pelangi disbalik kilat & petir. ALLAH MAHA MENGETAHUI.
    Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....

    diya

    • *
    • Posts: 380
    • aku masih mencari CINTA yang HAKIKI..
      • View Profile
    Reply #23 09 July, 2007, 02:07:23 PM
  • Publish
  • mencintai Allah?

    Seandainya dalam usaha mencari cinta yang hakiki berhasil, pasti saja kenikmatan itu yang tidak terhingga.

    Mendambakan cinta Ilahi itu sukar diperoleh andai tidak bersungguh, tapi kenikmatannya saat cinta ilahi dalam genggaman adalah satu bicara yg tak mampu diluahkan dengan kata². Indahnya... tidak terperi.
    "Say your prayers before prayers for you are said"
    "Blessed are they who have the gift of making friends, for it is one of God's best gifts. It involves many things, but above all, the power of going out of one's self, and appreciating whatever is noble and loving in another."
    [/center

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #24 22 July, 2007, 07:47:40 AM
  • Publish
  • [box title=Si Tukang Kayu]Pada satu masa, terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaga yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya beliau bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu, tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya tersebut.

    Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan juga memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Justeru itu, majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

    Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi, kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkan semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat.

    Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata "Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu. Selamat bersara."

    Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaannya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

    Pengajaran
    Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kegunaan dan kemudahan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada agama, keluarga, bangsa dan negara.

    Kata-kata Hikmat
    "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak."
    [/box]
    « Last Edit: 12 May, 2009, 10:31:06 PM by Munaliza Ismail »
    SUMBANGAN TABUNG HALAQAH
    CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services
    "Saham akhirat anda, insyaAllah.."

    adeq_fauzy

    • *
    • Posts: 693
    • :: KeranaMU ya Allah ::
      • View Profile
    Reply #25 24 July, 2007, 11:47:09 AM
  • Publish
  • Cerita tentang nelayan adalah sebuah
    cerita klasik yang kebenarannya perlu
    kita renungkan.

    Suatu hari, seorang usahawan sedang
    berkelah bersama keluarganya di sebuah
    kampung nelayan. Dia merasa terganggu
    apabila melihat seorang nelayan sedang
    berehat-rehat di bawah pohon kelapa.

    “Pakcik, kenapa pakcik tidak turun ke
    laut?”

    “Pakcik sudah turun ke laut semalam
    dan pakcik perlu beristirehat.”

    “Kalau pakcik turun ke laut lagi,
    pakcik akan dapat menangkap banyak
    ikan.”

    “Lalu … ?”

    “Pakcik boleh mengumpulkan wang untuk
    membeli sebuah perahu.”

    “Lalu … ?”

    “Dengan perahu itu, pakcik tak perlu
    lagi menyerahkan sebahagian pendapatan
    pakcik kepada tuan punya perahu.”

    “Lalu … ?”

    “Pakcik boleh mengumpulkan banyak wang
    untuk membeli perahu kedua …”

    “Lalu … ?”

    “Dengan dua perahu, pakcik boleh
    mengumpulkan banyak wang dan
    seterusnya pakcik boleh membeli perahu
    ketiga, keempat dan seterusnya …”

    “Lalu … ?”

    “Jika perahu pakcik sudah banyak,
    pakcik boleh menyewakan perahu pakcik
    kepada nelayan-nelayan lain sehingga
    pakcik tidak perlu lagi turun ke laut
    …”

    “Lalu … ?”

    “Pakcik boleh hidup tenang dan
    bersantai sepanjang masa …”

    Nelayan itu tersenyum lalu
    berkata, “Menurut Encik, apa yang
    Pakcik tengah buat sekarang?”

    PENGAJARAN:

    Nasihat usahawan itu baik tetapi apa
    yang dilakukan oleh nelayan tersebut
    juga mengajar kita satu hal iaitu
    HIDUP PERLU SEIMBANG. Pepatah Inggeris
    ada mengatakan:

    “Berkerja terus menerus tanpa
    istirehat akan menghasilkan orang
    seperti Jack yang mati dengan cepat
    dan Jean seorang janda yang kaya.”

    Kita perlu secara sengaja berhenti
    sejenak dari kerja keras dan rutin
    seharian kita untuk menikmati segarnya
    rumput-rumput yang hijau, kicauan
    burung di udara dan harumnya mawar
    yang sedang mekar.

    NurWahidaFauzi

    • *
    • Posts: 1195
    • "Dihujung Kelopak CintaNYA"
      • View Profile
    Reply #26 24 July, 2007, 10:00:30 PM
  • Publish
  • [box title=Kisah SEUTAS TALI]
    Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya hartanya ada di seantero dunia( masyaallah ini worang Banyak kayalah), kehidupan sehariannya dipenuhi dengan mengabadikan diri kepada Allah SWT bersedekah adalAh amalan tetap beliau, dengan harta kekayaan yg melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah orang yg paling banyak mengeluarkan sedekah.

    Beliau terkenal dgn baiknya dan disukai oleh semua penduduk disana. Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing-masing,Yang merisaukan si hartawan ini ialah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yg banyak itu........kerana anak2 beliau lebih cintakan dunia..... Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yg benar.

    Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta PETUNJUK..........DAN........!apa yg harus dilakukan...... pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak2nya untuk memberitahu wasiatnya....

    "wahai anak2ku tujuan abuya mengumpulkan enta semua ini adalah untuk memberi tahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini," apalagi berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta bapaknya yang banyak,dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya......! Begitulah kelakuan anak2nya... yg membuatkan sihartawan itu sedih....

    Tetapi dengan satu syarat.....sekiranya ia mangkat nanti,ia mahu salah seorang dari anaknya menemankan nya selama tiga hari semasa ia telah dikebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yg akan mewarisi hartanya,dan ia juga yg layak utk membahagikan harta tersebut kepada adik-beradik yg lain....sekiranya tiada yg sanggup hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin.

    Maka terkejutlah anak2nya.......lalu mereka meminta untuk berbincang adik- beradik, abang yg sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yg miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didlm kubur,sebab abuyanya, takan tahu siapa yg menemankan nya nanti kerana sudah mangkat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya,kesemuanya bersetuju dgn cadangan tersebut, dan segera memberitahu yang mereka bersetuju dgn syarat tersebut,Abuya sungguh bangga dgn anaknya yg sulong......kerna pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya nanti.....syukur katanya dlm hati.

    Keesokan hari...........nya Maka kesemua anaknya pergilah keseluruh pelusok kg untuk mencari sesiapa yg sanggup menemankan abuyanya.. tetapi malang tiada siapa yg sanggup untuk tidur didlm kubor selama 3 hari dgn mayat,ini kerja gilo kata orang kg..setelah penat mencari' si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yg dipenuhi kambing biri-biri.....dan ternampak seorang lelaki yg gagah dgn segulung tali di lengannya.

    "Mungkin ini sipengembala kambing, baik aku cuba offer dgn dia..." fikirnya, Dia pun menemui sipengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya,lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang2 ia tak makan sampai 3 hari, kesiaan kata sisulong kepada nya, Lalu sisulong berkata mahukah kau menjadi kaya wahai sipengembala kambing, mestilah mahu jawapnya, dan menceritakan tujuanya dan dgn syarat .... Sipengembala kambing tersebut bersetuju.... kerana dgn 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar

    "Ini kerja senang katanya kalau satu bulan pun ana boleh" kata si pengembala kambing.

    Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah abuyanya....maka bersedih bercampur gembiralah (gembira yg lebih) semua anaknya.Dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yg tlh dipersetujui, utk tinggal didlm kubor selama 3 hari 3 malam. Maka dgn segulung tali yg sentiasa berada ditangannya dan ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkn dgn papan penutup liang lahat.

    Setelah Arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah Sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Abuya,

    Di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia
    berfikir siapakah orang yg meninggal ini,ini mesti orang yg beriman..

    Sedang asyik berfikir........ terdengar suara garau memberi salam, maka terperanjatlah sipengembala tersebut,dlm fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelahnya.jadi ia mendiamkan diri sahaja.....namun tiada jawapan, sekali lagi salam diberikan dgn suara yg bertambah garau,bertambah kecut perutlah kawan tu...tetap ia mendiamkan diri..... masih tiada jawapan,sipengembala tersebut terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya...... terdengar salam yg ketiga dgn suara yg amat menakutkan,dgn terketar2 ia mejawap salam tersebut......

    waalaikumssssssalam. siapa kamu wahai orang yg membawa tali,mengapa kau ada disini,lalu ia menceritakan perkara yg sebenarnya.... kemudian suara itu bertanya lagi,apa yg kau bawa itu, Tali,"jawapnya apa guna tali itu,suara itu bertanya lagi......utk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan,suara itu bertanya lagi...... dari mana engkau dapat tali ini...... bagaimana cara kau mendapatkan tali ini......dari sumber mana kau beli tali ini........suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut...

    sehinggalah sampai hari yg ketiga,Anak si arwah tadi pun menggali semula kubor tersebut dan mengeluarkan sipengembala tadi,dengan muka yg pucat lesi macam cicak tertelan ular ia menggigil ketakutan, membuatkan anak abuya menjadi bingung,maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yg ia mahu,mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala....katanya,

    Lalu pengembala kambing tersebut memberitahu bahawa aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda....mengapa tanya sisulong,lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalamkubor selama 3 hari itu....sedangkan tali yg aku bawak ini pun sampai 3 hari masih belum habis ditanya....

    Inikan pula harta yg banyak .... nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak tak taulah apa nak jadi.macam mana aku nak jawab........! berapa lama pulak aku nak jawap dgn harta yg begitu banyak....jadi kau simpanlah harta kau tu baik2 kau gunakan dgn sebaiknya,maka sipengembala terus beredar dari situ dgn seribu keinsafan..
    wallahua'lam.........
    [/box]
    « Last Edit: 06 May, 2009, 09:38:42 PM by Munaliza Ismail »
    ~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal,  Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk cintaNYA, Diratib demi redhaNYA..~

    umsha

    • *
    • Posts: 695
    • Be yourself & always remember ALLAH
      • View Profile
    Reply #27 16 August, 2007, 04:03:42 PM
  • Publish
  • Dua orang sahabat sedang berbual. Perbualan biasa tentang kehidupan masing-masing kemudian beransur-ansur ke isu yang terjadi dalam masyarakat sehari-hari. Masing-masing mengeluarkan fakta dan rasional untuk mematahkan hujah. Maklumlah kedua-duanya lulusan institusi pengajian tinggi dan agak banyak juga pengalaman hidup. Tiba-tiba ....

    "Eh! Hujah kau tak boleh pakai la. Besides, aku lagi pandai dari kau. Aku ada master dari universiti luar negara. Kau hanya setakat general degree je."

    "Is this how you want to win an argument? Hello ... masa kita belajar dulu pun, CGPA kau tak pernah lebih dari aku tau. Even you had to lie about your CG semata-mata nak buktikan kau lagi hebat dari orang lain. Konon dapat dean's list lagi."

    "But still I'm holding a master now. International Relations at that. You can never beat that."

    "Ya right. The only reason why you had what you have now is because you have the time and money and I don't. Qualification is nothing if you think the way you think now."

    Terus yang seorang itu terdiam. Hujahnya mati disitu. Namun, persahabatan tidak terbantut di situ, Alhamdulillah. :-)

    Adakah kelulusan di atas kertas penentu mutlak kepintaran seseorang individu?

    Adakah tanpa kelulusan berkenaan, seseorang itu tidak pandai dan tidak mampu berfikir secara intelek?

    Adakah seseorang yang berkelulusan tinggi itu lebih pintar dan matang dari seseorang yang tidak mempunyai kelulusan di atas kertas?

    Adakah seseorang yang berkelulusan institusi pengajian tinggi luar atau dalam negeri itu lebih mahir dan berkemampuan bekerja dengan baik dari yang tiada itu semua?

    Apakah erti sebuah kertas yang tertulis 'ijazah sarjana muda', 'ijazah sarjana' dan 'ijazah kedoktoran' itu?

    Adakah dengan mempunyai itu semua melayakkan seseorang itu memandang rendah akan kebolehan serta pendapat orang lain yang tidak mempunyainya, walaupun hujah orang itu lebih bernas dari hujah yang berkelulusan itu?

    Adakah disebabkan mentaliti sedemikian yang menyebabkan ramai graduan negara ini terutama graduan Melayu tidak mendapat tempat di pasaran kerja?

    Adakah ini hasil negara ini setelah 50 tahun negara merdeka?

    Graduan yang pendek akal dan tidak mampu berfikir secara kritikal?

    Graduan yang megah diri dengan kelulusan tapi tidak mampu memberi apa-apa untuk agama, bangsa dan negara?


    Aku berdoa anak-anak aku tidak begitu. Biarlah mereka bukan sekadar berilmu tapi turut berakal.


    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #28 05 September, 2007, 09:03:45 AM
  • Publish
  • [box title=KISAH 'KASIH SAYANG', 'KEJAYAAN' dan 'KEKAYAAN']Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

    Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang! Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

    "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama" mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkat sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

    Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah. "Wanita itu pun masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

    "Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya: "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

    Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk menjadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

    Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

    Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"
    [/box]
    Cerita ini dipetik dari laman web Sdra Mansor Adam
    « Last Edit: 25 May, 2009, 11:40:24 AM by Munaliza Ismail »
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    Reply #29 07 September, 2007, 02:21:04 AM
  • Publish
  • best..buat ana mengerti..

    wani mj

    • *
    • Posts: 63
      • View Profile
    Reply #30 16 September, 2007, 01:02:36 PM
  • Publish
  • [box title=Ayah yang tanggung semuanya]Suatu pagi seorang ayah terpaksa menebalkan mukanya pergi ke pejabat sekolah.Tujuannya hanya satu,untuk mendaftar cucunya yang akan memasuki persekolahan pada tahun hadapan. Setibanya di sekolah, dia menyatakan tujuannya. Kerani meminta sijil kelahiran cucunya untuk didaftarkan di sekolah itu. Si ayah terdiam.Matanya berkaca.Wajahnya ditundukkan seketika. Si kerani hairan melihat si ayah bersikap begitu. "Kenapa,pakcik lupa bawa surat beranak lagi ke".Tanya si kerani kerana lelaki itu pernah datang untuk mendaftar tetapi lupa membawa sijil lalhir. Katanya sijil lahir cucunya ada kat KL. Si ayah menggelengkan kepalanya." Bukan begitu, sebenarnya sijil lahir cucu saya tak ada. Cucu saya tu anak luar nikah",jawab si ayah dengan suara yang tersekat-sekat.Wajahnya masih ditundukkan. Si kerani tergamam dan guru besar yang kebetulan ada di situ juga terdiam. Masing-masing berpandangan sesama sendiri tidak tahu apa yang perlu dikatakan. Perasaan simpati dan kasihan terbit dalam hati semua yang ada di pejabat sekolah ketika itu tetapi prosedur mesti diikut jua.Kerani memandang guru besar.Guru Besar masih mendiamkan diri sambil berfikir sesuatu.Seketika kemudian dia berkata,"Beginilah kami akan cuba masukkan nama cucu pakcik dalam pendaftaran sekolah ni.kami akan hantar nama cucu pakcik ke PPD atas alasan pendaftaran lewat.Sambil tu pakcik tolong juga usahakan utk mendptkan sijil tu.Bknnya apa tanpa sijil lahir cucu pakcik akan alami masalah nanti."Si ayah menganggukkan kepalanya.Dia mengucapkan terima kasih kerana pihak sekolah sudi menerima pendaftaran cucunya.Dia amat berharap cucunya mendapat pendidikan yang baik dan tidak mengulangi kesilapan ibunya.Setelah itu, si ayah membuka sedikit cerita tentang anaknya yang telah terlanjur.Katanya dia tak sangka anak yang telah dididik secukupnya sanggup menconteng arang ke mukanya.Setelah cucunya dilahirkan, anaknya meminta ayah dan ibu menjaga anak tersebut. Sangkanya anaknya telah mendaftarkan kelahiran cucunya tapi rupa-rupanya tidak.Setelah sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada kerani dan guru besar, si ayah perlahan-lahan meninggalkan kawasan sekolah.Kerani menggelengkan kepalanya setelah si ayah keluar.Saya yang kebetulan turut berada di pejabat ketika itu memandang ke arah kerani sekolah lalu berkata," Kesiankan akak,anak yang buat salah tapi ayah juga yang tanggung segalanya. Anak tu tak fikir ke macam mana perasaan ayah."Masih terbayang di mata saya,wajah tua si ayah yang berkaca matanya bila menceritakan kisah cucunya. Walaupun perasaan malu ada tapi ditebalkan wajahnya demi untuk masa depan cucunya. Baginya,"Biarlah ayah yang tanggung semuanya".[/box]
    « Last Edit: 12 May, 2009, 11:18:44 PM by Munaliza Ismail »
    Dunia kita di muka bumi ini hanyalah persinggahan.Kita cuma berteduh,cukup sahaja bekalan dan tiba masanya,kita juga akan berangkat sperti yang lain.

    alhaudhie

    • *
    • Posts: 2084
      • View Profile
    Reply #31 08 October, 2007, 07:20:21 AM
  • Publish
  • [box title=Kisah Ghulam]
    Pengorbanan seorang budak demi Risalah, dan realiti kisah ini dengan kita

    Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Ia  memiliki seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’. Maka  diutuslah seorang pemuda yang kemudian ia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi sang rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Sang pemuda begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya. Begitu ia sampai kepada tukang sihir karena terlambat serta merta ia dipukulnya seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangimu?’ Dan bila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangimu (sehingga terlambat pulang)?’ Lalu, ia pun mengadukan halnya kepada sang rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat karena keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat karena (belajar dengan) tukang sihir’.

    Suatu kali, ia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak bisa menyeberang. Maka sang pemuda berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan ridhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah  binatang ini, sehingga manusia bisa menyeberang’. Lalu ia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian ia pergi. Maka ia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu sang rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku. Selanjutnya, pemuda itu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya. Alkisah, ada pejabat raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini! Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak bisa menyembuhkan seseorang. Yang bisa menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya Ia akan menyembuhkanmu. Ia lalu beriman dan berdo’a  kepada Allah dan sembuh. Kemudian ia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Sang raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku’. Raja berkata, ‘Saya?’  ‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya. Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Demikianlah, sehingga ia terus-menerus disiksa sampai ia menunjukkan kepada sang pemuda. Pemuda itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu bisa menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’. Sang pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla. Raja berkata, ‘Aku?’ ‘Tidak!’, kata pemuda. ‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’ Ia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’. Lalu ia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan. Sang raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada pejabat raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua. Kepada sang pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu bersama beberapa orang ia dikirim ke gu-nung ini dan itu. (Sebelumnya) sang raja berpetuah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat. Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu sang pemuda datang mencari sampai bisa bertemu raja kembali. Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’. Kembali ia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil. Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah ia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’. Sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja. Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’ Ia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’. Lalu sang pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan bisa membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan bisa membunuhku’. Raja penasaran, ‘Perintah apa?’ Sang pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan sang pemuda). Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia. Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takut-kan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman. Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun  bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’. Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.” (HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah. Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya. Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir).

    http://dakwah.info/?p=64
    [/box]
    « Last Edit: 11 May, 2009, 07:01:16 PM by Munaliza Ismail »
    ISLAM untuk semua

    - Pentadbiran
    - Pondok Tahfiz

    amz

    • *
    • Posts: 36
    • IsLaM iS mY LifE
      • View Profile
    Reply #32 10 November, 2007, 11:42:53 AM
  • Publish
  • alhamdulillah cite ini benar2 menyedarkan saya....
    "WaNiTa YaNg IdEaL iAlAh WaNiTa YaNg TidAk AkAn diUbaH OleH aRuS dUniA,
     BaHkaN DiA YanG MenGubaH DuniA deNgan iMan DaN AkhLakNya..."

    sofia

    • *
    • Posts: 396
      • View Profile
    Reply #33 14 December, 2007, 01:42:23 PM
  • Publish
  • [box title=SABARLAH MAK]kepada semua: ibu2 tunggal yg dikasihi.. sabarlah mak dlm menghadapi dugaan ini.. Allah ada untuk kamu semuaa..

    Aku adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak perempuan. Bekas suamiku tidak pernah menjenguk anakku sejak dia meninggalkan rumah. Itu amat meruntun perasaanku apabila anakku yang masih kecil itu seringkali bertanya ayahnya. Di awal perpisahan dulu, anakku sering sakit dan menangis dan aku terpaksa memujuknya dan menyuruhnya bersabar dgn mengatakan itu adalah dugaan Tuhan.

    Walaupun ketika waktu itu anakku mungkin tak mengerti, aku tetap menjelaskan situasi yang berlaku sedaya upayaku dengan harapan anakku akan faham suatu hari nanti. Ketika dia sakit, aku akan menyapu minyak angin di belakang badannya, mengusap rambutnya dan mendodoikan dia tidur sambil bercerita kisah-kisah teladan yang pernah diceritakan oleh nenekku sewaktu aku kecil. Aku juga cuba menyorokkan segala kesedihan dan ketakutanku dari pengetahuan anakku. Lama-kelamaan aku tengok anakku tidak lagi bertanya ayahnya lagi.

    Namun,di suatu hari aku pulang ke rumah dengan keadaan yg cukup tertekan. Aku berasa seperti sakit jiwa dan putus asa dalam hidup lantaran tekanan perasaan yang aku alami. Aku terus masuk ke dalam bilik dan menangis semahu-mahuku di atas katil. Mungkin aku tak perasan anakku telah mengintai segala gerak-geriku di celah pintu yg aku lupa untuk menguncinya.

    Tanpa sedarku, aku berasakan ada jari-jari kecil mengusap belakangku. Bau minyak angin dapat kuhidu. Alangkah terkejut dan terharunya aku pabila melihat anakku yg ketika itu baru berumur 5 tahun memegang botol minyak angin dan mengusap belakangku sepertimana aku pernah melakukan kepadanya dulu. Sambil mengusap-usap lembut badanku, anakku bertanya..”Kenapa mak menangis??” Aku tak terkata apa-apa kerana aku tak tahu apa yang perlu aku katakan waktu itu. Tetapi yang lebih menghibakan aku anakku berkata lembut, ” Sabarlah mak..ini kan ujian Tuhan.”
    Mendengar kata-kata dari bibir comel itu membuat aku terkedu dan terus memeluknya sambil menangis. Aku tak sangka anakkku yang kecil itu seolah-olah memahami apa yg aku lalui. Anakku itulah penawar hatiku….

    Sejak itu, aku berazam untuk tidak lagi berputus asa dalam hidup dan terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Aku berjanji dalam diri untuk membesarkan anakku dgn penuuh kasih sayang dan cuba menyediakan segala keperluannya sedaya-upayaku. Bagiku dialah semangatku bagi menepis segala cabaran yang aku lalui tanpa seorg lelaki di sisi.

    Kini aku bersyukur kerana anakku telah membesar menjadi anak yang comel, sihat dan pintar. Dia adalah anak yg baik dan jarang menimbulkan masalah untuk membesarkannya. Sekarang dia sudah berumur 10 tahun dan menunjukkan prestasi yg cukup membanggakan di sekolah. Sebagai ibu, sudah tentu aku berbangga dan berharap dia akan menjadi seorg insan yg berguna kpd agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

    [/box]
    « Last Edit: 06 May, 2009, 09:40:30 PM by Munaliza Ismail »
    Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu; tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.

    uswah teladan

    • *
    • Posts: 235
      • View Profile
    Reply #34 18 December, 2007, 04:24:00 PM
  • Publish
  •                                      

    [box title=Hajinya Di Depan Pintu]Salam aidiladha saya ucapkan buat semua warga halaqah. Sempena hari raya aidiladha ini, saya akan membawa suatu kisah ulama & orang soleh di zaman salafus soleh. Sama2lah kita menghayatinya.

    Abdullah bin Mubarak turut mengerjakan haji pada suatu musim haji. Dia telah tertidur di Masjidil Haram lalu bermimpi. Dalam mimpinya itu, telah turun dua malaikat. Mereka mengisahkan bahawa pada tahun itu seramai enam ratus ribu orang telah mengerjakan haji, tetapi tidak seorang pun diterima haji mereka.

    Namun ada seorang lelaki yang tidak mengerjakan haji tetapi disebabkan berkatnya, menyebabkan semua orang yang mengerjakan haji itu diterima hajinya. Lelaki itu bernama Muwaffaq, seorang tukang kasut yang tinggal di Damsyik.

    Setelah terjaga dari tidurnya, Abdullah lalu pergi ke Damsyik untuk mencari lelaki itu. Setelah bertemu dan memperkenalkan dirinya, Abdullah lalu bertanya apakah amalan yang telah dilakukannya sehingga dia mendapat darjat yang begitu tinggi.

    Muwaffaq pun menceritakan bahawa dia telah mengumpulkan wang hasil dari pekerjaannya. Jadi dia berhasrat untuk menunaikan haji. Suatu hari, isterinya yang sedang hanil telah terhidu bau masakan jirannya. Dia teramat ingin untuk merasai masakan tersebut.

    Muwaffaq pun pergi ke rumah jirannya dan memberi tahu keinginan isterinya itu. Jirannya dengan sedih memberitahu rahsia yang sebenarnya. Dia bersama anak-anaknya yang yatim sudah tiga hari tidak makan. Jadi dia pun keluar mencari rezeki. Akhirnya dia telah bertemu dengan bangkai himar. Dia lantas mengambil sebahagian dagingnya lalu membawa pulang ke rumah untuk dimasak.

    Jelas wanita itu lagi, makanan itu halal bagi mereka tetapi haram buat Muwaffaq. Muwaffaq berasa kasihan mendengar penjelasan jirannya itu. Dia terus pulang ke rumah dan mengambil wang yang dikumpulnya selama ini. Wang itu lalu diberikan kepada jirannya sebagai perbelanjaan buat anak-anaknya yang yatim.

    Sebab itulah dia tidak dapat menunaikan haji pada tahun itu. Disebabkan keikhlasan membantu jirannya, Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala haji kepadanya. Muwaffaq menyatakan lagi bahawa sebenarnya hajinya berada di depan pintu rumahnya.
    [/box]

    Sumber:

    Dari blog saya: http://www.tamanulama.blogspot.com

    « Last Edit: 06 May, 2009, 10:26:13 PM by Munaliza Ismail »

    noor syamilah

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #35 21 December, 2007, 01:15:59 PM
  • Publish
  • [box title=Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut]  Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

    Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

    Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

     
    [/box]
    « Last Edit: 06 May, 2009, 06:02:00 AM by Munaliza Ismail »
    Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

    shahril

    • *
    • Posts: 93
    • Hidup ats kmuliaan Islam,mati krn mmuliakn Islam
      • View Profile
    Reply #36 24 January, 2008, 01:17:29 PM
  • Publish
  • [box title=Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut]
    Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali
    r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah
    mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW
    kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan
    sehelai rambut).

    Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

    Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

    Allah SWT berfirman, " Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


    "Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.." (hadith)
     
    "Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

    "Dan Allah tuhan Kami
    Rasul ikutan kami
    Al-Quran Panduan kami
    Jihad jalan Kami
    Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"
    [/box]

    « Last Edit: 06 May, 2009, 11:45:21 PM by Munaliza Ismail »
    ''Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

    "Dan Allah tuhan Kami
    Rasul ikutan kami
    Al-Quran Panduan kami
    Jihad jalan Kami
    Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

    shahril

    • *
    • Posts: 93
    • Hidup ats kmuliaan Islam,mati krn mmuliakn Islam
      • View Profile
    Reply #37 25 January, 2008, 03:16:47 PM
  • Publish
  • kisah firaun tenggelam

    KISAH Firaun ditenggelamkan bersama bala tenteranya di Laut Merah,
    sebagai pembalasan terhadap mereka yang derhakakan Allah adalah antara
    peristiwa penting yang dicatatkan pada bulan Muharam.
    Bani Israel yang menderita kerana penindasan dan kekejaman Firaun,
    sedar Nabi Musa adalah utusan Allah kepada mereka untuk membebaskan
    daripada cengkaman Firaun. Mereka meminta pertolongan Nabi Musa membawa
    mereka  keluar dari Mesir.
    Pada hari ditetapkan, bertolaklah rombongan Bani Israel dan
    pengikut Nabi Musa meninggalkan Mesir menuju ke Baitulmaqdis. Perjalanan itu
    dilakukan dengan cepat kerana takut ditangkap Firaun dan tenteranya yang
    mengejar mereka. Selepas sehari suntuk berjalan melepasi padang pasir yang luas,
    akhirnya sampailah mereka pada waktu fajar di tepi Laut Merah.
    Perasaan cemas dan takut semakin mencengkam pengikut Nabi Musa dan
    Bani Israel, apabila melihat lautan luas di hadapan mereka, sedangkan
    di belakang, Firaun dan tenteranya terus mengejar untuk membawa
    mereka pulang ke Mesir. Tidak diragukan, sekiranya tertangkap, hukuman mati
    menunggu mereka. Melihatkan perkara itu, berkatalah seorang sahabat Nabi Musa yang bernama Yusha bin Nun: "Wahai Musa, ke mana kita harus pergi? Musuh berada
    di belakang sedang mengejar manakala laut berada di hadapan dan tidak
    dapat direntasi kerana tiada sampan. Apa yang kita harus lakukan untuk  menyelamatkan diri daripada dikejar Firaun dan kaumnya?" Nabi Musa menjawab: "Janganlah kamu khuatir dan cemas. Perjalanan ini diperintahkan Allah kepadaku dan Dialah yang akan memberi jalan keluar dan menyelamatkan kita daripada cengkaman musuh yang zalim itu." Pada saat genting ketika pengikut Nabi Musa ketakutan menantikan
    tindakan  Nabi Musa yang dilihat mereka masih dalam keadaan tenang, turunlah
    wahyu daripada Allah yang memerintahkan baginda memukul air laut dengan tongkat  baginda.Dengan izin Allah, terbelah lautan dan setiap belahan membentuk
    seperti gunung yang besar. Antara belahan ini, terbentang dasar laut yang sudah
    kering. Nabi Musa dan pengikutnya segera berjalan melalui dasar laut itu  untuk menuju ke tebing di sebelah timur. Apabila sampai di seberang, terlihatlah akan mereka Firaun dan bala tenteranya menyusuri jalan yang terbuka di tengah laut itu. Perasaan cemas dan takut kembali mengganggu Bani Israel sambil memandang ke arah Nabi Musa, seolah-olah bertanya apa yang hendak baginda lakukan seterusnya. Pada waktu itu Nabi Musa didatangi ilham daripada Allah agar tetap tenang menanti hingga Firaun dan bala tentera turun ke dasar laut. Ini kerana takdir Allah menetapkan bahawa mereka akan menjadi bala tentera yang tenggelam.Bagi Firaun pula, sewaktu melihat jalan yang terbuka, dia berkata: "Lihatlah bagaimana lautan membelah menjadi dua, memberi jalan
    kepada kita untuk mengejar orang yang melarikan diri. Mereka fikir mereka akan dapat  lepas daripada kejaran dan hukumanku. Mereka tidak mengetahui bahawa perintahku benar dan ditaati oleh laut, inikan pula manusia."Tidakkah ini membuktikan bahawa aku sememangnya berkuasa dan harus disembah? kata Firaun dengan angkuh. Dengan perasaan bangga dan sombong, Firaun dan tenteranya turun ke dasar laut mengejar Nabi Musa dan pengikutnya yang berada di tebing sebelah timur. Nabi Musa dan pengikut menanti hukuman Allah yang ditakdirkan terhadap hamba-Nya yang kafir itu.   Dengan keizinan Allah, apabila Firaun dan tenteranya berada di tengah laluan itu, air yang menggunung kembali menutupi jalur jalan berkenaan.Terbenamlah Firaun dan tenteranya hidup-hidup dalam perut Laut Merah



    "Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

    "Dan Allah tuhan Kami
    Rasul ikutan kami
    Al-Quran Panduan kami
    Jihad jalan Kami
    Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"


    shaiful_ahmad

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #38 05 February, 2008, 11:43:01 AM
  • Publish
  • [box title=3 pemuda dalam gua]

    Dari Nafi' diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Ada tiga orang dari umat sebelum kalian yang sedang mengadakan perjalanan. Tiba-tiba mereka ditimpa oleh hujan, maka mereka berteduh di dalam sebuah gua. (Tanpa disangka), gua tersebut menyekap mereka, (karena pintunya tertutup oleh sebuah batu besar). Maka ada sebagian dari mereka yang berkata kepada yang lain: "Demi Allah, tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kalian kecuali sifat jujur (keikhlasan), oleh karenanya, saya harap agar masing-masing kalian berdo'a (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala) dengan perantara (wasilah) suatu amal yang dia yakin dikerjakan dengan penuh kejujuran (keikhlasan).

    Seorang dari mereka berdo'a: "Ya Allah, Engkau tahu bahwa dulu aku punya seorang pekerja yang bekerja padaku dengan imbalan 3 gantang padi. Tapi, tiba-tiba dia pergi dan tidak mengambil upahnya. Kemudian aku ambil padi tersebut lalu aku tanam dan dari hasilnya aku belikan seekor sapi. Suatu saat, dia datang kepadaku untuk menagih upahnya. Aku katakan padanya, 'Pergilah ke sapi-sapi itu dan bawalah dia'. Dia balik berkata, 'Upahku yang ada padamu hanyalah 3 gantang padi'. Maka aku jawab, 'Ambillah sapi-sapi itu, sebab sapi-sapi itu hasil dari padi yang tiga gantang dulu'. Akhirnya dia ambil juga. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahwa apa yang aku perbuat itu hanya karena aku takut kepadaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)." Tiba-tiba batu besar (yang menutupi gua itu) bergeser.

    Seorang lagi berdo'a: "Ya Allah, Engkau tahu bahwa aku mempunyai bapak-ibu yang sudah tua. Setiap malam aku membawakan untuk keduanya susu dari kambingku. Suatu malam aku datang terlambat pada mereka. Aku datang kala mereka sudah tidur lelap. Saat itu, isteri dan anak-anakku berteriak kelaparan. Biasanya aku tidak memberi minum buat mereka sehingga kedua orang tuaku terlebih dahulu minum. Aku enggan membangunkan mereka, aku juga enggan meninggalkan mereka sementara mereka butuh minum susu tersebut. Maka, aku tunggu mereka (bangun) sampai fajar menyingsing. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahwa hal tersebut aku kerjakan hanya karena takut padaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini). Tiba-tiba batu besar itu bergeser lagi.

    Yang lain lagi juga berdo'a: "Ya Allah, Engkau tahu aku mempunyai saudari sepupu (puteri paman), dia adalah wanita yang paling aku cintai. Aku selalu menggoda dan membujuknya (berbuat dosa) tapi dia menolak. Hingga akhirnya aku memberinya (pinjaman) 100 dinar. (Jelasnya), dia memohon uang pinjaman dariku (karena dia sangat membutuhkan dan terpaksa), maka (aku jadikan hal itu sebagai hilah untuk mendapatkan kehormatannya). Maka aku datang kepadanya membawa uang tersebut lalu aku berikan kepadanya, akhirnya dia pun memberiku kesem-patan untuk menjamah dirinya. Ketika aku duduk di antara kedua kakinya, dia berkata, 'Bertakwalah engkau kepada Allah, janganlah engkau merusak cincin kecuali dengan haknya'. Maka dengan segera aku berdiri dan keluar meninggalkan uang 100 dinar itu (untuknya). Ya Allah, bila Engkau tahu bahwa apa yang aku kerjakan itu hanya karena aku takut kepadaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)". Tiba-tiba bergeserlah batu itu sekali lagi, dan Allah pun mengeluarkan mereka . (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

    [/box]
    « Last Edit: 05 May, 2009, 06:58:52 PM by Munaliza Ismail »
    kekadang hati mrintih derita,jiwa mnangis sedih,akal mgeluh letih..namun hakikat hidup xkan berubah,yang perlu d'ubah adlh diri yg mhadapinye...hatimmilih jln,akal mmulakan lngkh dan iman meluruskan arah...moga kasih ALLAH bersamamu..

    shaiful_ahmad

    • *
    • Posts: 45
      • View Profile
    Reply #39 05 February, 2008, 11:50:45 AM
  • Publish
  • salam....

    Abu Burdah bin Musa Al-Asy'ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: "Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sepotong roti."


    Dahulu kala di sebuah tempat ibadah ada seorang lelaki yang sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukannya itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkannya, kecuali pada hari-hari yang telah dia tentukan. Akan tetapi pada suatu hari, dia digoda oleh seorang wanita sehingga diapun tergoda dalam pujuk rayunya dan bergelumang di dalam dosa selama tujuh hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh pasangan suami-isteri.


    Setelah ia sedar, maka ia lalu bertaubat, sedangkan tempat ibadahnya itu ditinggalkannya, kemudian ia melangkahkan kakinya pergi mengembara sambil disertai dengan mengerjakan solat dan bersujud.


    Akhirnya dalam pengembaraannya itu ia sampai ke sebuah pondok yang di dalamnya sudah terdapat dua belas orang fakir miskin, sedangkan lelaki itu juga bermaksud untuk menumpang bermalam di sana, kerana sudah sangat letih dari sebuah perjalanan yang sangat jauh, sehingga akhirnya dia tertidur bersama dengan lelaki fakir miskin dalam pondok itu.


    Rupanya di samping kedai tersebut hidup seorang pendita yang ada setiap malamnya selalu mengirimkan beberapa buku roti kepada fakir miskin yang menginap di pondok itu dengan masing-masingnya mendapat sepotong roti. Pada waktu yang lain, datang pula orang lain yang membagi-bagikan roti kepada setiap fakir miskin yang berada di pondok tersebut, begitu juga dengan lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah itu juga mendapat bahagian, kerana disangka sebagai orang miskin.


    Rupanya salah seorang di antara orang miskin itu ada yang tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut, sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: "Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku."


    Orang yang membagikan roti itu menjawab: "Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti."


    Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, maka lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Sedangkan keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.


    Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sepotong roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sepotong roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.


    Kepada anaknya Abu Musa berkata: "Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sepotong roti itu!"


    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    4 Replies
    652 Views
    Last post 04 April, 2012, 05:07:46 PM
    by robhunhayati
    3 Replies
    807 Views
    Last post 21 May, 2013, 06:17:17 PM
    by afiQoh
    0 Replies
    604 Views
    Last post 12 January, 2013, 12:15:20 PM
    by abuzahid