Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan

*

Author Topic: Rahsia Solat dari sudut Sains dan Kesihatan  (Read 11175 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14514
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
23 July, 2009, 12:53:02 AM
  • Publish

  • Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?


    HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:

    AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

    Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

    “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

    ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok

    Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

    “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

    Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

    “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

    Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

    Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

    Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

    KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim

    Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

    Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

    “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

    Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

    Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

    Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

    “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

    “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

    Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

    Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

    Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

    Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

    Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

    Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

    “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

    Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

    Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

    “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

    Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

    Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

    “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

    Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

    (Artikel ini dipetik daripada tulisan Ziauddin Sharuddin dalam laman web berita harian, untuk panduan dan rujukan umat Islam berhubung manfaat dan fadhilat solat )
    « Last Edit: 03 August, 2009, 05:50:54 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Sembilu Kasih

    • *
    • Posts: 415
      • View Profile
    Reply #1 24 July, 2009, 06:43:00 PM
  • Publish
  • Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu)

       1. Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
       2. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
       3. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
       4. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
       5. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur.
       6. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
       7. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim.
       8. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
       9. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
      10. Tahiyat akhir sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.
      11. Selawat nabi sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
      12. Salam memelihara kita di dalam kubur.
      13. Tertib fadilatnya pertemuan kita dengan Allah s.w.t.

    Senarai di atas dikatakan salah satu sebab mengapa orang Yahudi tidak sukakan angka 13 dan juga hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “Friday the 13th” jika ada di kalangan anda yang perasan!”
    « Last Edit: 03 August, 2009, 05:51:24 AM by Munaliza Ismail »

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #2 24 July, 2009, 07:15:58 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita di atas segala PenciptaanNya..

    Solat juga adalah perjalanan Ruhani menuju Allah..di atas kesedaran haqiqi " Ihsan " dan syaria'tnya merupakan suatu meditasi yang tertinggi di dalam Islam...
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    juwairiyah

    • *
    • Posts: 42
    • Hidup Atas Usaha Iman N Amal
      • View Profile
    Reply #3 25 July, 2009, 01:48:20 AM
  • Publish
  • salam..
    Ya Allah...hebat betul.
    perkara yang kita nampak simple tp hikmahnya Subhanallah...

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 25 July, 2009, 03:59:39 AM
  • Publish
  • minta pakar pakar seperti doktor wat kajian pada mereka yang kena angin ahmar, yang terdiri daripada orang islam, antaranya ada yg tersohor, mengajar, mendidik, menyampaikan ilmu, memimpin solat, jika benar leh merawat, kemudian kenapa ada yang kena stroke,

    pelik la juga,

    benarlah Allah kan, sebab musabab bukan menetap, sekali sekala di beri ujian, tanpa sebab musabab, hakikatnya, memang Dia Maha Kuasa

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #5 25 July, 2009, 08:57:38 AM
  • Publish
  • minta pakar pakar seperti doktor wat kajian pada mereka yang kena angin ahmar, yang terdiri daripada orang islam, antaranya ada yg tersohor, mengajar, mendidik, menyampaikan ilmu, memimpin solat, jika benar leh merawat, kemudian kenapa ada yang kena stroke,

    pelik la juga,

    benarlah Allah kan, sebab musabab bukan menetap, sekali sekala di beri ujian, tanpa sebab musabab, hakikatnya, memang Dia Maha Kuasa
    Iyolah.. Usha tu dah dalam tawakal. Jadi ke x berserah padaNya juga. DIA maha mengetahui.Mksud Islam tu penyerahan sepenuhnya PadaNya.. Solatku,ibadatku,hidupku dan matiku miliknya.. :)
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1661
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #6 25 July, 2009, 10:54:52 AM
  • Publish
  • hidupku dan matiku....... penyakit ku ..bolehkah di atasi dengan Ilmu,

    bab elak mati, boleh ke usaha panjangkan umur

    jika mahu berserah pun, silakan cari ilmu, sebab Quran 17:36, lakukan sesuatu, dengan pengetahuan, kaki tangan semuanya akan di tanya nanti .......

    jika mengetahui lah, beberapa peluang yang akan menjelma, bolehlah buat pilihan, agar terpilih yg terbaik, kan

    saguputeh

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #7 29 July, 2009, 11:37:48 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur kita di atas segala PenciptaanNya..

    Solat juga adalah perjalanan Ruhani menuju Allah..di atas kesedaran haqiqi " Ihsan " dan syaria'tnya merupakan suatu meditasi yang tertinggi di dalam Islam...


                Bagi yang megkaji Ilmu2 Allah dan tahu cara2 untuk mengamalkan nya  :syukur:
                Memang Ilmu yang semacam itu yang perlu kita mencarinya.
                Ilmu yang perlu di cari adalah Ilmu Mengenal diri. :ins:
       

    Shohib Mirbat

    • *
    • Posts: 363
    • MurkaNya adalah Rahman, CintaNya adalah Rahim
      • View Profile
    Reply #8 30 July, 2009, 06:29:30 AM
  • Publish
  • Solatlah sehingga kita seolah-olah benar-benar menghadap Allah secara bersemuka. Bagaimana ye nak capai begitu?

    Kenal Allah melalui Allah juga.
    "Hitori no kamisama shika hoka ni kami ha nai, Muhanmado ha kamisama no shito"

    saguputeh

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #9 31 July, 2009, 12:53:17 AM
  • Publish
  • Solatlah sehingga kita seolah-olah benar-benar menghadap Allah secara bersemuka. Bagaimana ye nak capai begitu?

    Kenal Allah melalui Allah juga.


               Wajjah tu wajjiah lillazifatharasama........

               Sembahyang lah kita ......beserta dengan NYA>>>>>
               

                    ALAS TU RABBI BI RABBI... :syukur:

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #10 02 August, 2009, 04:30:31 PM
  • Publish
  • Solatlah sehingga kita seolah-olah benar-benar menghadap Allah secara bersemuka. Bagaimana ye nak capai begitu?

    Kenal Allah melalui Allah juga.


               Wajjah tu wajjiah lillazifatharasama........

               Sembahyang lah kita ......beserta dengan NYA>>>>>
              

                    ALAS TU RABBI BI RABBI... :syukur:
    Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur di atas segala Nikmat KurniaanNya kpd kita...

    Kita berpeluang mengerti dan pelajari rahsia solat dari sudut Sains dan kesihatan, namun jarang kita mahu mengkaji rahsia dari segi Kerohaniannya...

    Sememangnya melalui Allah jua untuk mengenaliNya..apa pula pengorbanan kita demi menuju kpdNya..Penyerahan diri tanpa merasai kesedaran haqiqi aku yang fana menuju " AKU YANG BAQA' " ??...

    walaupun iblis dan syaitan laknatullah telah bersumpah akan memesongkan ummat manusia dari jalan lurus dan akan menyerang dari depan ( muka ), belakang, kanan dan kiri, lihat FirmanNya ( Al A'raaf : 16 - 17 ), namun mereka tidak mampu bukan setakat menghembus bisikan-bisikan halus lagi menyesatkan, bahkan untuk melintas pun, mereka tidak akan berjaya dengan maqam hamba-hamba yang muqhlisin,... ( Shaad 82 - 83 ) ..dan mengerti kita apa itu sebenarnya haqiqat Solat ??.. dan itulah sebenarnya kesedaran tinggi...

    Sifat, asma dan af'al secara relatif mampu di rasakan mahupun di fahami " maknanya " itupun di atas IzinNya dan RahmatNya....tetapi " DZAT " adalah realiti mutlak, dan untuk memahamiNya secara haqiqat kita harus mampu berserah diri, keyakinan tinggi, kesedaran haqiqi dan memfanakan diri, iaitu mengerti dan merasai bahawa keberadaan makhluk adalah " tiada ".... perhatikan dan renungkanlah sambil memohon doa agar di beri petunjukNya dan HidayahNya dalam FirmanNya ( Al A'raaf : 143 )...

    untuk selanjutnya bicara kerohanian seperti ini, sila lah rujuk dan dapatkan lagi rahsia-rahsia mengenali diri pada Guru, Murabbi, Murshid atau yang lebih berilmu dari saya yang tak berguru..Amin Ya Rabbal 'Alamin..

    saguputeh

    • *
    • Posts: 28
      • View Profile
    Reply #11 03 August, 2009, 12:26:50 AM
  • Publish

  •        Maaf intizhar...... memang betul diatas kata2 tuan itu.
                            Cari lah Guru2 yang bertauliah dengan pengajian Ilmu Tauhid.
                            belajar Ilmu Tauhid ...jalan mengenali Allah.

                            Kenal diri maka kenal lah Allah>>>>>kenal Allah binasa lah diri>>>? :ins:

    nilabiru

    • *
    • Posts: 334
      • View Profile
    Reply #12 11 September, 2009, 12:07:43 PM
  • Publish
  •  :)

    HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

    Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

    Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot


    Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

    Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

    “Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.



    Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

    Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

    Ng Siew Chok - Isyarat Otak


    Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

    “Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

    Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

    “Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

    Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

    Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

    Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

    Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh


    Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

    Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

    “Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

    Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

    Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

    Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

    “Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

    “Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

    Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

    Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

    Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

    Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

    Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

    Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

    “Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

    Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

    Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

    “Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

    Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

    Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

    “Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

    Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

    Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

    nilabiru

    • *
    • Posts: 334
      • View Profile
    Reply #13 11 September, 2009, 02:26:35 PM
  • Publish
  • Maafkan hamba Ummi krn reply topik yang sama..
    Sy tertarik dgn tajuk Terapi Solat dan tak perasan pulak yang Ummi dah buka topik ini walaupun tajuk berbeza tapi isi yang sama..saya sebenarnya terkejut walaupun Dr Fatimah Ibrahim kata jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut..hebat tu!!..bagi lelaki yg bermasalah cuba amalkan cara solat yg betul..InsyaAllah! Penyakit anda sembuh.

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #14 14 October, 2009, 10:05:59 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum semua, 

    Di sini saya ingin berkongsi satu artikel tentang rahsia solat. Baca dan amalkanlah semoga akan mendapat manfaatnya.

    Color Vibration Therapy (CVT) sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.



    Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

    Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

    Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

    Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

    Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

    Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti toga, taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... :?

    Sumber dari : http://nureenf.blogspot.com
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #15 15 October, 2009, 01:06:44 AM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur dengan segala penciptaanNya.

    Keindahan ciptaan Ilahi dlm menterjemahkan pratik perbuatan di dalam solat ( Asolatu fa'ilun ) melalui Baginda RasulAllah saw amat menakjubkan, tiada siapa dapat mempertikaikan kebenarannya, bermula dari mengambil wuduk sehingga memberi salam..

    Orang-orang yang melakukan solat dengan tenang, akan menghasilkan energi tambahan di dalam tubuhnya di atas IzinNya dan RahmatNya..

    Bagaimanapun beradalah dalam satu keadaan haqiqi,memohon Pertunjuk dan HidayahNya, jujur dan ikhlas dalam menuju Ketuhanan, sempurnakan etika keadaan sebenar dari setiap perbuatan solat itu, maka diamlah sehingga benar-benar terasa kita telah menyerahkan dan berserah secara mutlak, bukan lagi dengan kesimpulan intelektual, tetapi sebuah rasa yang perlu di masuki..

    Firman Allah swt " Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ". ( Thoha : 14 )..

    Ada riwayat serta Hadith menceritakan Baginda RasulAllah saw di kala sedang i'tidal, kekadang semasa bersujud begitu lama, sehinggakan para-para sahabat yang berjemaah menganggap yang Beliau telah lupa ataupun meninggal.

    Mudahan semua kita mendapat pertunjuk dan hidayahNya.. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Reply #16 24 October, 2009, 03:01:06 PM
  • Publish
  •  :),

    Sedikit perkongsian dari saya tentang kelebihan melakukan sujud ketika kita melakukan solat. Otak merupakan organ terpenting di dalam tubuh badan kita dan ia merupakan pusat untuk menerima dan menghantar maklumat.

    Tetapi otak adalah organ yang paling sedkit menerima darah kerana ia terletak di tempat yang paling atas. Kita semua tahu bahawa bekalan darah yang yang secukupnya diperlukan oleh setiap organ kita untuk menjalankan fungsinya dengan sempurna.

    Maka, ketika kita melakukan sujudlah otak tadi akan menerima bekalan darah. Setiap bilangan rakaat di dalam solat cukup untuk menampung keperluan darah yang diperlukan oleh otak kita.

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #17 01 November, 2009, 10:03:54 PM
  • Publish
  • Di atas IzinNya dan RahmatNya..Alhamdulillah syukur dgn segala Kurniaan serta PenciptaanNya..

    Adapun pengertian sujud adalah puncak ketinggian perjalanan ruhani kita menerobos serta menuju Ketuhanan..di saat itu, kita mengaku dgn tawaduk dgn menyaksikan kehinaan, kekerdilan, kelemahan dan ketiadaan apa-apa jua melainkan hanya menerima kuasa dan kudratnya Allah yang menghidupkan segala sesuatu, di dirikan, di rukukkan, di i'tidalkan, di sujudkan, di gerakkan dll, yang mana akan membuatkan diri ini hilang, diam dalam menyaksikan akan kesibukkan Allah ( Af'alNya ) bertapa Agungnya " Dzat Wajibal wujud " , keluarlah kalam yang haq itu " Subhanarabbiyal a'la wabihamdihi " Maha suci, Maha Tinggi lagi Maha Terpuji..

    Dengan berbekal atas kesedaran " Ihsan " dan sedaya rasa keikhlasan, kesyukuran  maka kita sewajibnya sentiasa akan bersujud dalam segenap keadaan dgn ertikata yg selalu sedar di dalam sedar akan dirinya " man arafa nafsahu faqad araf rabbahu "...

    Firman Allah swt " Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku ". ( Thoha : 14 )..

    Sehinggakan Baginda RasulAllah saw pernah bersabda, bahawa dalam setiap gerakan solat, di dalam sujud inilah saat yang paling dekat mahupun hampir dgn Allah secara emosional.. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

    Iffah Muhsin

    • *
    • Posts: 816
      • View Profile
    Reply #18 22 June, 2011, 10:18:07 PM
  • Publish
  • Iffah pernah menonton rancangan dalam TV, kajian doktor muslim mengatakan, bila rukuk, rukuklah dengan sebetul-betul rukuk iaitu 90 darjah tepat. Sebab di dalam kajian, rukuk yang tidak tepat tidak memberi kesan komposisi tubuh yang baik pada kita. terlalu membongkok pun tak berkesan, terlalu menegak pun tak memberi kesan positif pada tubuh.
    jadi, ada hikmahnya kenapa kita mesti rukuk dengan sempurna.
    Thabit bin Qurrah berkata: "Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan."

    hamimah

    • *
    • Posts: 632
      • View Profile
    Reply #19 22 June, 2011, 10:58:44 PM
  • Publish
  • subhanallah..... maha suci Allah... memang hebat.. Allahuakhbar
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    40 Replies
    12039 Views
    Last post 07 October, 2010, 08:25:43 AM
    by putra_aftus
    66 Replies
    26846 Views
    Last post 17 October, 2014, 10:56:10 AM
    by Saya Hamba
    3 Replies
    673 Views
    Last post 22 October, 2013, 08:33:19 AM
    by zietahassan