Batasan2 ibu campur tangan dalam hal-hal kehidupan anak-anaknya

Author Topic: Batasan2 ibu campur tangan dalam hal-hal kehidupan anak-anaknya  (Read 2368 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

anonymous

  • *
  • Posts: 123
    • View Profile
22 July, 2009, 11:43:16 PM
  • Publish Di FB
  • Salam semua,

    Saya ingin tahu apakah batasan2 seorang ibu dalam mencapuri tangan dalam hal-hal kehidupan anak2nya yang sudah dewasa dalam segi syarak Islam.

    Umpamanya, adakah si ibu itu berhak untuk mengambil barang2 kepunyaan anaknya (seperti wang, barang2 rumah, pakaian etc.)   atau membuat perkara2 yang tidak diredhai oleh anaknya (seperti membawa cucunya keluar tanpa pengetahuan anaknya etc.) tanpa meminta izin dari anaknya?

    Bagaimana pula dengan segi menjaga dan mendidik cucunya (iaitu si anak kepada anaknya) sedangkan anaknya mempunyai pendirian yang amat berbeza dengan ibunya dan lebih selesa mendidik anaknya dengan caranya yang peribadi (menurut syarak Islam)?

    Bolehkan/Haruskah si anak itu tegur ibunya yang dia tidak suka cara2 yang dicadangkan oleh ibunya? Jika ibunya kecil hati akibat ini, berdosakah anaknya?

    Jikalau ibunya degil dan masih juga membuat perkara2 yang tidak disukai oleh anaknya dalam mengatur cara hal-hal peribadi anaknya, apa hukumnya? Dan apa yang boleh dibuat oleh anaknya? Ada ibu-ibu yang berfikir cara2 mereka adalah lebih terbaik untuk anak-anaknya yang sudah dewasa. Tetapi memang lumrah kelemahan manusia, mesti ada yang salah.

    Jika soalan2 saya tersebut tidak sopan, maafkanlah saya.

    Terima kasih.

    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Jawab #1 02 September, 2009, 11:05:24 AM
  • Publish Di FB


  • Terdapat banyak hadis sahih yang menerangkan kedudukan ibubapa di dalam Islam dan tuntutan untuk berbuat baik kepada mereka. Berikut dikemukakan sebahagian daripada hadis-hadis tersebut diikuti dengan penjelasan tentang petunjuk hukum dan pengajaran daripadanya:

       1.      Keredhaan Allah Terletak Pada Keredhaan Ibubapa.
       2.      Derhaka Kepada Ibubapa Termasuk Dosa Besar.
       3.      Ibu Lebih Utama Berbanding Ayah.
       4.      Kepentingan Menggembirakan Ibubapa.
       5.      Wajib Meminta Izin Ibubapa Sekalipun Dalam Urusan Agama.
       6.      Kehinaan Anak Yang Tidak Berbuat Baik Kepada Ibubapa Yang Lanjut Umur.
       7.      Tidak Boleh Membenci Dan Memutuskan Hubungan Dengan Ibubapa.
       8.      Doa Ibubapa Pasti Dikabulkan.
       9.      Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapanya Memiliki Darjat Yang Istimewa.
      10.     Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.
      11.     Ibubapa Memiliki Hak Terhadap Sebahagian Harta Anak.
      12.     Ibubapa Memiliki Hak Dalam Pemilihan Pasangan Hidup Anak.

    Untuk penjelasan sila rujuk topik ini   

    Ibubapa Menurut al-Sunnah.

    Ibubapa Menurut al-Qur’an


    Nur_Ain

    • *
    • Posts: 228
      • View Profile
    Jawab #2 02 September, 2009, 11:16:52 AM
  • Publish Di FB
  • Salam semua,

    Saya ingin tahu apakah batasan2 seorang ibu dalam mencapuri tangan dalam hal-hal kehidupan anak2nya yang sudah dewasa dalam segi syarak Islam.

    Umpamanya, adakah si ibu itu berhak untuk mengambil barang2 kepunyaan anaknya (seperti wang, barang2 rumah, pakaian etc.)   atau membuat perkara2 yang tidak diredhai oleh anaknya (seperti membawa cucunya keluar tanpa pengetahuan anaknya etc.) tanpa meminta izin dari anaknya?

    Bagaimana pula dengan segi menjaga dan mendidik cucunya (iaitu si anak kepada anaknya) sedangkan anaknya mempunyai pendirian yang amat berbeza dengan ibunya dan lebih selesa mendidik anaknya dengan caranya yang peribadi (menurut syarak Islam)?

    Bolehkan/Haruskah si anak itu tegur ibunya yang dia tidak suka cara2 yang dicadangkan oleh ibunya? Jika ibunya kecil hati akibat ini, berdosakah anaknya?

    Jikalau ibunya degil dan masih juga membuat perkara2 yang tidak disukai oleh anaknya dalam mengatur cara hal-hal peribadi anaknya, apa hukumnya? Dan apa yang boleh dibuat oleh anaknya? Ada ibu-ibu yang berfikir cara2 mereka adalah lebih terbaik untuk anak-anaknya yang sudah dewasa. Tetapi memang lumrah kelemahan manusia, mesti ada yang salah.

    Jika soalan2 saya tersebut tidak sopan, maafkanlah saya.

    Terima kasih.

    Pada pandangan saya, jika anak ini tidak mahu atau tidak mengizinkan ibu bapanya mencampuri urusan rumah tangganya, jangan bawa ibu bapa tinggal bersama-sama. Jadi sudah pasti ibu bapa tidak tahu apa-apa yang berlaku dalam rumah tangga sendiri. Dan anak ini jangan sekali-kali bercerita apa-apa hal rumahtangga kepada ibu bapa.

    Begitu juga dengan anak sendiri, jangan hantar anak kepada ibu bapa jika anak tidak suka cara didikan ibu bapa kepada cucunya. (agaknya anak ni lupa macamana dia berjaya, hasil dari didikan ibu bapa dia terhadap dirinya, agaknya  anak ni lahir tergolek terus pandai!)

    Kalau ibu bapa tidak tinggal bersama, anak tidak cerita apa-apa, maka tak ada lah perkara yang nak disakiti dan menyakitkan. Tak ada lah apa -apa teguran untuk disampaikan.

    Kalau rasa, ibu bapa datang ke rumah anak tadi,s ekadar ziarah pun ibu bapa berkemungkinan akan mencampuri urusan rumah tangganya juga, jangan bagi ibu bapa datang ke rumah. Itu lagi baik.

    Sekian, nasihat anak tu, apa yang dibuat kepada ibu bapanya, akan Allah balas juga pada dirinya nanti...

    gerairizqi

    • *
    • Posts: 55
      • View Profile
    Jawab #3 02 September, 2009, 01:25:47 PM
  • Publish Di FB
  •  :)
    1.Perasaan sebegitu memang lumrah,mungkin maksud puan tadi ada kelemahan pada ibu bapanya/mertua yang menyebabkan rasa kurang senang dalam hati.
    2.Dalam rumahtangga ni kena sentiasa sabar.Adakala kita dapati keluarga suami/isteri yang kurang faham pasal agama.Tak menutup aurat,meremehkan solat dsb.
    3.Dalam keluarga saya sendiri,ibu jarang campur tangan dan ziarah anak2 masa tertentu ja.Ini kerana pada pendapat dia dia tak nak berlaku pergeseran antara menantu kalau terlalu kerap ziarah.Hasilnya,menantu2 amat menyayangi ibu dan sentiasa membantu apa yang terdaya.Takda pergeseran pun....! :syukur:
    4.Sentiasa mendo'akan ibu bapa dan sesiapa sahaja kalau terdapat kelemahan pada mereka.Memang kita nak tegur memang susah,takut kecil hati kan.Rasanya itulah yang terbaik.
    5.Buatlah baik sementara kita masih hidup di dunia ini...Juga pesanan ditujukan khas untuk diri sendiri,Ya Allah ampunilah hamba.......

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    1484 Views
    Last post 12 July, 2009, 07:01:29 AM
    by firad96
    1 Replies
    533 Views
    Last post 25 October, 2011, 09:48:28 AM
    by alif nun
    5 Replies
    702 Views
    Last post 30 July, 2013, 04:56:41 AM
    by al_ahibbatu