Akhlak Mulia

Author Topic: Akhlak Mulia  (Read 10174 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Posts: 14507
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
21 July, 2009, 01:05:35 PM
  • Publish Di FB

  • Akhlak yang mulia
    Ibarat sekuntum bunga
    walau dimana sahaja
    pasti semua orang suka

    Anak yang berakhlak
    Punya cita-cita yang tinggi
    Serta berjiwa besar
    untuk terus berjaya

    Anak yang berakhlak
    Suka buat kebaikkan
    Pada ibu dan bapa
    Guru,rakan semua

    Anak yang berakhlak
    Hidup dipandang mulia
    Ingin perjuangkan Islam
    Syahid menjadi idaman
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #1 21 July, 2009, 03:36:16 PM
  • Publish Di FB
  • Rasulullah diutuskan oleh ALLAH untuk menyempurnakan akhlak manusia. Baginda  juga telah meninggalkan sahabat-sahabat sbagai contoh yg mesti diikuti..Moga2 kita dalam bimbinganNya sentiasa.. Alquran dan sunnah sebagai panduan untuk berjaya di akhirat kelak InsyaALLAH~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 02 September, 2009, 01:08:56 PM
  • Publish Di FB


  • Akhlak merupakan satu pancaran daripada kemurnian aqidah yang dianuti oleh seseorang insan. akhlak yang balk adalah gambaran daripada aqidah yang benar yang jauh daripada unsur-unsur penyelewengan Akhlak yang buruk pula merupakan racun yang membunuh manusia, yang merosakkan aka] fikiran, keaipan yang terbuka serta kehinaan yang jelas menjauhkan seseorang itu dari berhampiran dengan Allah, Tuhan semesta alam.

    Justeru itu kedua-dua sifat akhlak ini memerlukan kita mengenainya, bermujahadah untuk mendapatkan akhlak yang balk serta bermuhasabah pula untuk menghindarkan akhlak yang buruk.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14507
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #3 02 September, 2009, 01:54:40 PM
  • Publish Di FB

  • Model Akhlak Al-Quran

    Akhlak Rasuluilah s.a.w. adalah model akhlak-akhlak mulia yang dihurai dan dijelaskan dalam al-Quran. Keterangan jelas mengenai konsep akhlak mulia dalam al-Quran, bukan sahaja untuk difahami, tetapi untuk dilaksanakan. Contoh kepada penghayatan dan kaedah penghayatan itu ialah kehidupan Rasuluilah s.a.w

    Rasuluilah s.a.w. seorang mu'min yang terulung. Seorang yang telah diasuh dan dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dipelihara akhlaknya oleh Allah S.W.T. untuk dijadikan seorang rasul dan contoh insan kamil yang menjadi ikutan dan teladan sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

    'Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang sungguh agung'. (al-Qalam: 4)

    Juga firman-Nya yang bermaksud: 'Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasuluilah itu contoh ikutan yang baik'. (al-Ahzaab; 21)

    Rasuluilah s.a.w. dan para sahabat yang bedman dengannya, adalah para hamba Allah S.W.T. yang tekun mengerjakan ibadat dan tunduk khusyu' merendah diri kepada Allah S.W.T. takut dan mengharap kepada-Nya, bertawakal serta bersyukur kepada-Nya. Wajah mereka berbekas kesan daripada sujud. Pada waktu siang mereka menjadi pahlawan gagah membela agama Allah S.W.T. Sedangkan pada waktu malam air mata mereka berlinang kerana insaf dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Al-Quranmenggambarkan pengabdian mereka kepada Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:

    ' Nabi Muhammad s.a.w. ialah RasulAilah dan mereka yang bersama dengannya tegas terhadap orang kafir, dan sebaliknya bersikap kasih sayang dan belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Kamu melihat mereka ruku'dan sujud dengan mengharapkan limpah kumia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredhaan-Nya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang saleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud'. (al-Fath: 29)

    Rasulullah s.a.w. paling banyak beribadah dan paling bertaqwa, tanpa melupakan tanggungjawab terhadap kewajipan manusia yang lain. tsteri baginda Aishah hairan kerana baginda begitu tekun beribadah kepada Allah S.W.T. Pada suatu ketika 'Aishah bertanya, mengapa baginda begitu tekun dan kuat beribadah, pada hal Allah S.W.T. sedia mengampuni dosa baginda yang terdahulu dan terkemudian. Rasuluilah s.a.w. menjawab, yang bermaksud:

    'Tidakkah aku ingin dirinya menjadi hamba yang bersyukur.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Bersyukur adalah akhlak yang tinggi dan mulia dalam hubungan dengan Allah S.W.T. Bersyukur di atas ni'mat yang dikurniakan Allah S.W.T, kemuncak daripada tujuan beribadah. Membentuk diri menjadi hamba Allah yang bersyukur, mercu kejayaan dalam usaha membentuk insan kamil yang meredhai Allah dan diredhai Allah. Kesyukuran itu, menambahkan lagi kesayangan Allah dan sentiasa mendapat tambahan ni'mat-ni'mat Allah S.W.T. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

    'Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambahi ni'matku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amat lah keras'.

    (Ibrahim: 7)

    Rasulullah s.a.w. adalah contoh manusia yang bersyukur kepada Allah S.W.T. dan kesyukurannya itu dilafazkan menerusi amalan ibadahnyakepadaallah S.W.T. lni ditambahi pula dengan ingatan yang tidak putus-putus terhadap Allah dan menjadikan seluruh kehidupannya dalam suasana beribadah kepada Allah S.W.T. semata-mata.

    Beribadah dalam pengertian bersolat, berzikir, berpuasa dan amalan-amalan kerohanian yang lain dilakukan tanpa mengurangkan tanggungjawab dalam hubungan antara sesama manusia, seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T menekankan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia seperti yang dinyatakan-Nya dalam al-Ouran yang bermaksud:

    'Mereka ditimpakan kehinaan di mana- sahaja mereka berada kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia'.

    (Ali 'lmraan: 112)

    Justeru itu al-Quran menggariskan prinsip-prinsip bagi mewujudkan sistem yang mengatur hubungan dengan Allah S.W.T. menerusi ibadah dan taqwa serta sistem yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia. Sistem ini menjamin jalinan hubungan yang berasaskan akhlak yang dapat membebaskan manusia dari kehinaan dan dapat meningkatkan martabat mereka menuju kemuliaan dan kehormatan.

    Pada suatu ketika Rasululah s.a.w. mendengar perbualan beberapa orang sahabat mengenai ibadat mereka. Seorang berkata, ia bersembahyang sepanjang malam. Sahabat yang lain pula berkata ia berpuasa sepanjang hari sementara seorang lagi berkata ia tidak berkahwin untuk menumpukan kepada ibadat. Rasuluilah s.a.w. mendengar perbualan mereka lantas berkata, 'kamukah yang berkata demikian, demikian. Akulah orang'yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Akan tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa malah aku mengahwini wanita-wanita'.

    Tumpuan kepada ibadah khusus dalam menguatkan hubungan dengan Allah tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab dalam hubungan dengan manusia yang juga merupakan ibadah apabila dilakukan untuk keredhaan Allah serta melaksanakan perintah dan arahannya.

    Akhlak Terhadap Sesama Islam
    Al-Qurran dan al-Sunnah yang menterjemahkan ajaran al-Ouran ke dalam realiti kehidupan, menggariskan akhlak-akhlak mulia dalam hubungan antara sesama orang-orang beriman, secara terperinci.

    Hubungan antara sesama orang beriman itu diasaskan kepada persaudaraan. Persaudaraan yang sentiasa digerak dan dihidupkan, diperbaiki dan diperkukuhkan. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

    'Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikaniah diantara dua saudara kamu'.

    (al-Hujuraat.. 10)

    Persaudaraan itu diikat dengan kasih sayang dan cinta mencintai antara satu sama lain. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dari segi saling berkasih sayang dan berkasihan belas, adalah seperti jasad apabila satu anggota mengadu sakit, membawa seluruh jasad turut berjaga malam dan demam'. (RiwayatAhmad)

    Perasaan kasih-sayang terhadap sesama umat islam adalah komponen yang membentuk iman. Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mestilah mengandungi perasaan kasih kepada kedua-duanya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Tidak beriman seseorang kamu sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihinya daripada yang lain dari keduanya'. (RiwayatAhmad)

    Dalam hubungan ini, kasih kepada orang beriman telah dikaitkan dengan kesempurnaan iman. lni menunjukkan bagaimana pentingnya nilai kasih sayang itu dalam kehidupan dan pergaulan sesama orang-orang beriman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya.

    (Riwayat Ahmad, At-Tirmizi dan AI-Hakim)

    Nilai kasih sayang yang disemai dalam diri para mu'min sebagai menyambut arahan Allah dalam al-Quran dan ajaran Rasuluilah dalam sunnahnya. la bertujuan untuk membina dan membentuk akhlak murni di kalangan orang-orang beriman dalam pergaulan antara sesama mereka. Pertemuan dan perjumpaan antara sesama Islam hendaklah dalam keadaan wajah yang berseri-seri dan manis, yang dijelmakan dalam senyuman. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Melemparkan senyuman kepada wajah saudaramu adalah sedekah.'

    (Riwayat At-Tirmizi)

    lni diikuti dengan mengucap selamat serta memberi salam untuk memulakan hubungan dan pertemuan. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    '...Sebarkantah salam di kalangan kamu'.

    (Riwayat Muslim)

    Seterusnya, Rasulullah s.a.w. menggariskan peraturan-peraturan memberi salam secara terperinci yang boleh dirujukkan kepada kitab-kitab hadis.

    Bagi memupuk perasaan kasih sayang serta memperkukuhkan keimanan, Allah S.W.T dan Rasul-Nya melarang tindakan-tindakan sama ada dengan perbuatan dan perkataan yang boleh membawa kepada terputusnya hubungan persaudaraan dan silaturrahim di kalangan orang-orang beriman. Begitu juga perlakuan yang buruk yang menjatuhkan martabat dan ketinggian orang-orang beriman.

    Allah S.W.T. melarang penyebaran maklumat yang berkaitan dengan keburukan yang dilakukan daiam masyarakat. Walau bagaimanapun Islam memberi kebenaran melakukan pendedahan keburukan yang berkaitan dengan periakuan zalim apabila dibuat di mahkamah semata-mata untuk menegakkan keadilan. Begitu juga saksi dan orang yang teraniaya boleh mendedahkan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang untuk menegakkan keadilan. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

    'Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus terang melainkan mereka yang dizalimi'.

    (al-Nisaa'.. 148)

    Keburukan yang dilakukan oleh seseorang mu'min hendaklah disembunyikan. Jika keburukan itu berkaitan dengan pencabulan terhadap keadilan, ia hendaklah diadili di mahkamah dan dihukum jika thabit kesalahan. Walau bagaimanapun berita mengenai kesalahan dan hukuman yang dikenakan tidak boleh didedah dan disebarkan untuk dijadikan bahan perbualan orang ramai. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam Allah menutup keaibannya didunia dan diakhirat'.

    (Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud)

    Seterusnya orang-orang yang beriman dilarang berperangai suka menyebarkan berita tanpa dipastikan kebenarannya, suka mencela dan mengkritik, suka melaknat dan mengeluarkan kata-kata buruk dari mulutnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Memadai seseorang itu berdusta apabila ia berbicara tentang apa sahaja yang didengarnya'.

    (Riwayat Muslim)

    Mengenai budaya suka mengecam, mengerdik dan melaknat, Rasuluilah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Bukaniah seorang beriman itu seorang yang suka mengecam, suka melaknat, suka mengeluarkan kata buruk dan kesat'.

    (Riwayat Bukhari dan Ahmad)

    Orang-orang Islam dilarang menghina sesama orang-orang Islam. Sebaliknya mereka hendaklah saling hormat menghormati. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

    'Cukup seseorang itu menjadi jahat dengan ia menghina saudara muslimnya

    (RiwayatAt-Tirmizi)

    Kewajipan orang Islam terhadap saudara muslimnya yang melakukan kesilapan dan kesalahan ialah memberikan nasihat dan menghukum dengan hukum Allah S.W.T. setelah dibicarakan dan dithabitkan kesalahannya. Rasuluilah s.a.w. bersabda yang

    bermaksud:

    'Agama itu ialah nasihat'. Ada yang berkata 'untu ksiapa ya Rasulullah. Sabdanya 'untuk Allah dan untuk Rasul-Nya untuk pemimpin orang-orang Islam dan orang ramai di kalangan mereka'.

    (Riwayat Bukhari)

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4596
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Jawab #4 02 September, 2009, 03:13:06 PM
  • Publish Di FB
  • Allah berfirman dalam Hadits Qudsi:-
    "Ini adalah Agama yg telah Kuredhai untuk diriKu sendiri dan tidak dapat dimanifestasikan kecuali dalam perbuatan murah hati dan berakhlak yg baik. Kerana itu jadikanlah mulia dengan kedua sifat itu selama kalian  menganutnya."
    (HQR Sumawaih,Ibnu `Adi,`Uqaili,Kharaithi,Khatib,Ibnu `Asakir dan Rafi`i dari Anas R.A.)


    3. Ali 'Imran
    85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.

    "Aku diutus terutama untuk menyempurnakan Akhlaq"
    (Al-Hadis)

    "Yg paling banyak dimasukkan ke dalam syurga ialah orang yg takwa dan berakhlak baik."
    (Al-Hadis)

    "Dengan akhlaq yg baik seorang hamba ALLAH pasti akan mencapai darjat org yg puasa diikuti solat malam."
    (Al-Hadis)

    -Wallahualam

    *Rujukan Koleksi Hadis Qudsi




    umar_khalil

    • *
    • Posts: 130
      • View Profile
    Jawab #5 02 September, 2009, 03:32:04 PM
  • Publish Di FB
  • "Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan budipekerti yang mulia."(H.R.Ahmad)

    "Orang Mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(H.R.Ahmad)


    FlaiR

    • *
    • Posts: 157
    • Ingatlah Allah walau di mana ~
      • View Profile
    Jawab #6 12 October, 2009, 10:26:15 AM
  • Publish Di FB
  • Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk memperbaiki akhlakku.

    Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1664
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Jawab #7 12 October, 2009, 01:29:56 PM
  • Publish Di FB
  • orang yg paling baik di antara kamu, ialah orang yg paling banyak menolong lain orang

    Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk memperbaiki akhlakku. (Doa permintaan) di bukakannya, peluang peluang bagi diri, untuk mendapatkannya, mendapat Ilmunya, semuga mahulah, bertanya kepada orang yg mengetahui, hakikatnya berserah diri kepada Allah dalam segala usaha dan ikhtiar, dengan mencari Ilmu, agar mengetahui, apa apa yang d amalkan itu, bila udah berjaya memiliki Ilmu, pastilah ia menyuluh jalanmu, kerana tadinya, kamu berserah diri kepada Allaah. Inshallah

    sunah

    • *
    • Posts: 49
      • View Profile
    Jawab #8 12 October, 2009, 02:14:32 PM
  • Publish Di FB
  • Ya ALLAH, KAU perindahkanlah akhlaqku sebagaimana telah KAU perindahkan kejadianku...ameen..
    Hasbiyallahu La ilaha illa Huwa 'alaihi tawakkaltu wa Huwa Rabbul 'Arshil 'Azeem

    miftahul jannah

    • *
    • Posts: 132
    • jihad fisabilalLAH...
      • View Profile
    Jawab #9 12 October, 2009, 04:35:46 PM
  • Publish Di FB
  • semoga diberi kekuatan oleh-NYA untuk memperbaiki diri dan menbemtuk diri ini supaya memiliki akhlak yang mulia....

    artikel

    • *
    • Posts: 30
    • Yang Baik Itu Datang DAri Nya
      • View Profile
    Jawab #10 12 October, 2009, 05:01:44 PM
  • Publish Di FB
  • akhlak terpuji disanjung mulia,
    dididik pekerti insan mulia,
    anak yang soleh permata jiwa,
    sanjungan tinggi hidup sejahtera.
    ...Salam Tetamu Ku...

    gurutajwid

    • *
    • Posts: 167
      • View Profile
    Jawab #11 21 October, 2009, 12:30:07 PM
  • Publish Di FB
  • Akhlak yang mulia itu adalah buah yang rasanya manis yang keluar dari benih iman yang tinggi. Kalau baik akhlak seseorang itu, maka itulah gambaran kepada aklhlaknya.

    Aisyah ketika ditanya tentang bagaimanakah akhlak Rasulullah s.a.w, maka aisyah menjawab bahawa akhlak baginda adalah akhlak al-Quran. Ini menunjukkan bahawa apa sahaja peribadi baik dan mulia yang ada di dalam al-Quran telah rasulullah s.a.w zahirkan melalui peribadainya.
    RAHSIA MENGUASAI ILMU TAJWID!!!
    http://abdullahidris.com

    halawah

    • *
    • Posts: 2590
    • İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
      • View Profile
    Jawab #12 14 November, 2009, 10:28:48 PM
  • Publish Di FB
  • Semua orang yang MenCINTAI ALQUR'AN sependapat/sefaham dan Muawafaqah tiada sedikitpun yang berbeza dan berselisihan,maka inilah ciri-ciri Akhlaqulqur'anulKareem;
    "Yg paling banyak dimasukkan ke dalam syurga ialah orang yg takwa dan berakhlak baik."
    (Al-Hadis)

    "Dengan akhlaq yg baik seorang hamba ALLAH pasti akan mencapai darjat org yg puasa diikuti solat malam."
    (Al-Hadis)

    *Rujukan Koleksi Hadis Qudsi

    "kerana Akhlaq Rasulillah saw itu adalah Al-Qur'an"
    "Innaka la'alakhuluqil'Aziim"

    WabillahitTaufiq Walhidayah
    Wassalam.
    İlmu yang benar membuahkan amal İman yang Teguh
    hubungan dengan ukhuwahfıllah perpaduan Ummah seutuh

    hamimah

    • *
    • Posts: 632
      • View Profile
    Jawab #13 18 November, 2009, 06:27:40 PM
  • Publish Di FB
  • akhlak mulia memang penting...akhlak lah yg dipandang sume...bukan paras rupa...
    mari bersama menjadi qudwah hasanah
    YA ALLAH....ampunilah dosaku hari ini,semalam,dan hari2 yg akan dtg..
    kuatkanlah hati ini semoga thabat dlm perjuangan agamaMU..

    Asmanurhusna

    • *
    • Posts: 112
      • View Profile
    Jawab #14 21 November, 2009, 08:07:06 PM
  • Publish Di FB
  • Doa utk mengelak akhlak buruk.

    "Ya allah , aku berlindung dengan mu dari perpecahan dan munafiq dan keburukkan akhlak."

    Ruj : Doa doa pilihan dari al quran dan hadis

    ana aisyah88

    • *
    • Posts: 52
      • View Profile
    Jawab #15 26 December, 2009, 01:57:22 PM
  • Publish Di FB
  • salam wbt..
    nasyid nie sy rase de kaitan dgn akhlak kita..
    sama2 kita hayati n bfikir..

    Adab Dan Sopan
    Album :
    Munsyid : Rabbani
    http://liriknasyid.com


    Ingatlah Pesan Junjungan
    Amalkan Adab Dan Sopan
    Pada Ibu Guru dan Kawan
    Moga Hidup Tenang Dan Aman

    Buat Baik Berpada Pada
    Tabiat Buruk Dijauhkan
    Akhlak Baik Semua Suka
    Sampai Mati Dalam Ingatan

    Sabarlah Jika Dibenci
    Jangan Berdendam Di Hati
    Terhadapnya Kita Hormati
    Moga Hidup Saling Diberkati

    Janganlah Berdusta
    Dan Berkata Nista
    Bersabar Sahaja
    Jika Kita Dicerca

    Janganlah Menghina
    Menuduh Menfitnah
    Serahkan Kepada Allah
    Jika Kita Ditohmah

    wallahualam..
     senyum*
    "Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya"

    telaga_syurga

    • *
    • Posts: 34
      • View Profile
    Jawab #16 27 December, 2009, 08:20:05 AM
  • Publish Di FB
  • "kesempurnaan bg org mu'min itu dgn kebaikan akhlaknya.."
    mafhum hadis Rasul s.a.w

    moga akhlak kita seindah bunga..
    mekar mewangi bak harumnya mawar
    memikat setiap hati yg terlihat..

    Ayuh bersama kita membina akhlak mulia spt Rasulullah s.a.w.
    moga bisa bertemu dgn-Nya di-SANA nanti..

    dollmatt

    • *
    • Posts: 169
      • View Profile
    Jawab #17 06 March, 2010, 07:49:31 PM
  • Publish Di FB
  • boleh ke yop hang nak ikut akhlaq Rasulullah, kalau boleh bagus lah, hang boleh kah menahan lapar ketika yang lain memerlukan makanan, kalau boleh bagus lah, hang boleh kah manahan amarah hang pabila di baling batu kepada hang, kalau boleh bagus lah, hang bolehkah bangun malam, tengok anak isteri hang atau kawan-kawan hang digigit nyamuk, kalau boleh baguslah, hang boleh kah mengutamakan orang lain daripada diri hang, kalau boleh bagus lah. hang boleh kah jika hang ada 50 ringgit dalam poket hang, lalu ada yang meminta kepada hang, lalu hang beri  kepada nya semua sekali tanpa diketahui tangan kiri hang, kalau boleh bagus lah.

    fadzil b hussain

    • *
    • Posts: 144
      • View Profile
    Jawab #18 06 March, 2010, 11:21:25 PM
  • Publish Di FB
  • memilih itu kita gerakkan itu allah ..nak buat macam mana dia pilih yg tak baik...siapa yg pilih baik baiklah untuknya kalaus ebaliknya paham2 lah

    Farah Diana

    • *
    • Posts: 58
    • MMAS dalam ingatan...
      • View Profile
    Jawab #19 06 March, 2010, 11:36:15 PM
  • Publish Di FB
  • Akhlak Bunga Diri
    DIMANA BUMI DI PIJAK DI SITU ISLAM DIJUNJUNG

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    0 Replies
    1658 Views
    Last post 19 July, 2008, 04:16:58 PM
    by ria_firdaus
    2 Replies
    2268 Views
    Last post 27 March, 2009, 10:25:02 AM
    by khairunnisa
    0 Replies
    873 Views
    Last post 10 July, 2011, 11:18:57 PM
    by fadzil b hussain