Hati hati selepas melawat orang meninggal

*

Author Topic: Hati hati selepas melawat orang meninggal  (Read 13030 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Abi Naim

  • *
  • Posts: 275
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
18 July, 2009, 09:19:12 AM
  • Publish
  •  :)

    Oleh speedganu

     Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah... Beringat sblm kene... ingatlah orang tersayang.... please take note of this for our on good.... org tua-tua used to say.... bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

    Terbaca kisah Ura, teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

    Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk kerumah itu (rumah ibu).


    Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari(itu pun dengan izin dari Allah...katanya). Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

    Sampai ketahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pd hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

    Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

    Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah maha penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak. Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

    Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya.

    Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

    Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah spt yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

    Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.Terima kasih dan saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. "

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #1 18 July, 2009, 12:01:50 PM
  • Publish
  • orang mati membawa khadam/ dampingan jin syaitan/ jin islam, pastu u pi melawat adakal jin ikut balik

    orang mati kemalangan, selalunya memang ada jin dah ruh bergentayangan, yg di tanam jasad, ruh di bawa jin, jika ada ilmu kita boleh bikin suara menghantui di alamat tinggalnya.

    jika mahukan perlindungan dari gangguan puaka, hantu, jin syaitan, tanpa perlu membaca baca, hanya perlu ingat dan ingat laaa, :sedihnya:, marilah ya, i rasa pelik kenapa tak ada yg mahu, :sedihnya:

    peluru.mujahid

    • *
    • Posts: 50
      • View Profile
    Reply #2 18 July, 2009, 02:25:52 PM
  • Publish
  • badi mayat tu btulke ade kat dunia islam nh?
    ana nk tahu jugak

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #3 18 July, 2009, 04:49:44 PM
  • Publish
  • Qarin memang jin, tetapi idaklah ia hidup di alam jin, sebaliknya ia di alam Ghaib tingkat halus, maka jika mahu jumpa Qarin mu, mu kenalah ada ilmu, dapat masuk ke alam ghaib halus itu, bukan sekadar alam jin.

    saka baka tu, kena bagi makan, selalunya, jin yg mula mula di dampingi dulu, mahukan darah..... itu sebab di sembelih ayam, kaki dua, atau sembelih kambing atau lembu, kerana darah tu jin makan, daging manusia makan, tulang jin makan, satelah matinya orang pertama yang ambil dampingan jin itu, selalunya dia pesan, tolong jaga anak cucu aku, sebelum mati dia akan pas pada ank atau cucu, biasanya sebelum umor 7 tahun, anak atau cucu yang dapat saka baka tu selalunya, akan mengalami demam panas keterlaluan,
    tetapi, manusia kemudiannya yg mendapat dampinagn saka baka tu, tak tahu, apa yang patut mereka persembahkan , sementara ikut ilmu islam, persembahan tu boleh menjadi SYIRIK, maka eloklah cari orang yang tahu, buang dulu saka baka tu. Ilmu berkaitan ini ada beberapa peringkat, jika mahu tahu, kenalah jumpa Guru, yang tahu siapa Guru Mursyid.
    Qarin tu tak boleh ujudkan dirinya di hadapan kita, jika ada yang kita nampak itu adalah jin syaitan yang menyerupai diri kita. atau menyerupai ibubapa kita, malahan menyerupai guru guru kita yg dah meninggal, yg mana dalam ceramah ustaz al arqam, duk kata Rijalul Ghaib tu, itulah tipudaya iblis.

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #4 18 July, 2009, 04:53:24 PM
  • Publish
  • tak adanya Badi badi, tak adanya pantang larang, melainkan itulah permainan oleh jin syaitan, hendak menyesatkan manusia agar idak yakin kepada Allaah

    Pantang larang yang saya maksudkan tu, seperti, tak boleh lalu bawah sidaian, tak boleh sarung kain ikut kepala, tak boleh main hujan panas, dll sbgnya

    bila ada dampingan jin syaitan, maka sukalah  mereka, mengadakan, sekatan pada manusia, itulah cara, jin syaitan memperdaya manusia

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #5 10 April, 2010, 09:34:35 AM
  • Publish
  • tul dol...
    tak ada Nya pantang larangNya... Itu semua mainan Iblis,
    bisikan Nya sentiasa menrosakkan anda.. yang penting keyakinkan diri kepada Allah.
    qarin / iblis / nie tiada tubuh... anda lah tubuhNya...
    insan ada pada Adam kamil ada pada diri..
    ingat..Ingat Allah maka Ingat keseluruh ciptaanNya.
    ~~ Dalam Kegelapan Malam Ader Sinaran ~~

    haqisa

    • *
    • Posts: 22
      • View Profile
    Reply #6 10 April, 2010, 02:22:43 PM
  • Publish
  • baru2 ni sya gi ziarah anak murid meninggal sakit jantung. balik kesekolah perasaan sya tiba2 jadi takut.sya kata dlm ati ni ada yg mengikut balik. pas tu sya masuk kelas. Murid kelas sya tu rata2 malas belajar. tapi kali ni bila sya masuk mereka tak kisah langsung arahan sya. sya beri nota tak ramai yg salin.yg pelik budak2 yg menyalin duduk diam elok2 tiba2 dia bangun gi kat kawan tak lama tu bergado sampai terbalik meja.masa tu sya tengah dok marah pelajar yg malas menyalin nota malah ketawa terbahak2.perasanlah sya iblis ikut sya balik mengacau murid sya. sya mesej tok guru tanya adakah benar ada benda ikut sya balik.Tok guru pesan baca laqadja akum.bila naik kereta dan masuk rumah ludah tiga kali.esoknya sya lihat ditangan sya ada kesan lebam.
       ada kawan crita dgn sya apabila seseorang meninggal darahnya memercik kena seluruh lantai dinding sbb tu kita tak dibenarkan makan dlm uma ada kematian. tok guru lak kata jika mayat tak dikebumi cepat ia dimakan jin kerana ia da umpama bangkai.

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #7 10 April, 2010, 02:53:11 PM
  • Publish
  • Pernah 1 hari pergi melawat sepupu meninggal..
    Masa datang, mayat sedang dimandikan..
    Ada pulak anak sepupu tu, umur setahun setengah,  menangis je.. kejap merengek..
    Dengan mak dia merengek2, menangis..
    Masa mak di nak pi tengok kali terakhir muka mayat, saya dokong budak tu.. Senyap plak...
    Mak dia amik balik.. merengek balik... Adoii..

    Bila mayat dah gerak ke kuburan, tinggal la kami orang perempuan dirumah..
    budak tu masih menagis, merengek...
    Nenek dia cakap kat mak dia..
    Pi mandikan budak tu dengan air bilasan mayat tadi..
    Aii, saya yang tengok pelik pulak..
    budak tu menangis tak berenti jugak..
    Dalam hati saya.. ada yang tak kena dengan budak ni..
    Saya bacakan Al-Mathurat dekat budak tu tanpa pengetahuan mak dia..
    Last2 budak tu berhenti.. Alhamdulillah..

    Balik rumah..
    rasa berat sangat...
    Badan ni rasa berat..
    Teringat mak cakap..
    Lepas pergi melawat orang meninggal balik terus mandi..
    Patut la.. Balik tak mandi.. Pi bebual dengan akak plak..
    So, pegi mandi.. Tukar semua baju dan terus basuh..
    Alhamdulillah..
    Tak de berat2 lagi...

    beruang

    • *
    • Posts: 1351
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #8 10 April, 2010, 03:01:14 PM
  • Publish
  • :)

    Cerita tentang melawat mayat ni, ana memang jkuranglah. Mungkin 2-3 kali sahaja. Tetapi tidak pula mengalami sebarang kejadian aneh atau selepas melawat tu kena mandi atau apa2 pun. Jadi, ana bukan nak menyangkal dakwaan mereka yang pernah mengalami peristiwa pelik tetapi, yelah ana sendidri tidak pernah mengalaminya, maka ana tidak arif bab ini....

    Salamon King

    • *
    • Posts: 50
      • View Profile
    Reply #9 10 April, 2010, 08:58:26 PM
  • Publish
  • cerita macam ni sesuai la masuk dalam majalah mastika.....orang melayu tak habis2 dengan benda2 khurafat....kat indon lain pulak ceritanya....

    khaira_umairah

    • *
    • Posts: 551
      • View Profile
    Reply #10 10 April, 2010, 11:56:49 PM
  • Publish
  • Bismillah wa Syukrillah

    Bukankah antara mandi sunat itu termasuk dalam bab ini? Allahu a'lam.
    "Alang-alang hidup, hiduplah sebagai da'ie. Alang-alang mati, matilah sebagai syuhada".

    Riot_heroes

    • *
    • Posts: 595
    • IMMORTALITY
      • View Profile
    Reply #11 11 April, 2010, 02:04:05 AM
  • Publish
  • Paling respect sorang mamat kat sini. Nama gelarannya pun ada "mayat" di belakangnya. Kerjanya ialah "melapah" mayat yang kene autopsi. Tapi tak pernah kene badi or samting. Orangnya warak , baik . Pegang mayat cam biasa je.
    You'll Never Walk Alone

     Akaun Akhirat Anda No: CIMB 01180004462058 Halaqah Net Services

    anazahra

    • *
    • Posts: 924
      • View Profile
    Reply #12 11 April, 2010, 02:05:01 AM
  • Publish
  • beruntung lah si mamat ni

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #13 11 April, 2010, 09:41:40 PM
  • Publish
  • Paling respect sorang mamat kat sini. Nama gelarannya pun ada "mayat" di belakangnya. Kerjanya ialah "melapah" mayat yang kene autopsi. Tapi tak pernah kene badi or samting. Orangnya warak , baik . Pegang mayat cam biasa je.

    bila baca yang ni teringat pemilik blog keretamayat...:senyum:.. walau pun tak tahu dia kerja apa...
    Catatan Warna-Warni Kehidupan | Di Laman Halaqah ku Mencari IlmuNya
      http://www.cwwk.blogspot.com  |  http://ilmuhalaqah.blogspot.com

    Ixora_skru

    • *
    • Posts: 922
    • Kehidupan Pertama Penentu Kehidupan Kedua
      • View Profile
    Reply #14 11 April, 2010, 09:43:26 PM
  • Publish
  • orang mati kemalangan, selalunya memang ada jin dah ruh bergentayangan, yg di tanam jasad, ruh di bawa jin, jika ada ilmu kita boleh bikin suara menghantui di alamat tinggalnya.

    minta penjelasan yang ni...
    bukan ker lepas mati... ruh akan disoal siasat dengan malaikat...
    jadi bila pula jin membawa ruh ni?

    dol_bendol

    • *
    • Posts: 1663
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #15 12 April, 2010, 11:02:31 AM
  • Publish
  • orang mati kemalangan, selalunya memang ada jin dah ruh bergentayangan, yg di tanam jasad, ruh di bawa jin, jika ada ilmu kita boleh bikin suara menghantui di alamat tinggalnya.

    minta penjelasan yang ni...
    bukan ker lepas mati... ruh akan disoal siasat dengan malaikat...
    jadi bila pula jin membawa ruh ni?

    Mati dan selepas mati, banyak persangkaan, kerana tiada pengetahuan

    melainkan ada keterangan dalil

    tersiksa di kubur - alam barzakh - alam selepas mati
    maka sebagian siksa alam barzakh ialah, mereka yang ruhnya tak dapat ke langit atas sekali. ke tingkat 3

    kebanyakan yang semasa hidup hidup, mengambil jin sebagai sahabat, bila mati, akan masuk ke alam jin pula, menjadi 'khadam' jin pula

    perjanjian dengan jin, selalunya, jin minta satu nyawa satu tahun ( ramai manusia tak menyedari hal ini ) kerana hendakkan kuasa tertentu, yang mereka sangka jin boleh beri <<< Syirik

    balasan kepada syirik >> tak terampun

    jika benar hendak tahu, marilah, ambil ILMU, ada 6 level > nanti dah dapat ILMU << Tahu sendiri, lihat dengan mata kepala sendiri!

    peypa

    • *
    • Posts: 6
      • View Profile
    Reply #16 12 April, 2010, 11:23:07 AM
  • Publish
  • salam..betul kr dalam islam ada badi mayat??? Bukankah perkara itu khurafat... :)

    5zul

    • *
    • Posts: 3025
    • ~~ Tiada Kesusahan Melainkan Susah ~~
      • View Profile
    Reply #17 15 April, 2010, 01:09:47 PM
  • Publish
  • heee.... tul tu dol.
    ilmu sebalik ilmu adakala org kata pelik,.
    ada ker ruh ini akan di soal oleh malaikat..
    taklin di baca untuk siapa..bukan ker untuk si hidup.. si mati tetap mati,tak kan tahu mana nak cari jawapan tue...
    si hidup perlulah mencari apa yang di kata taklin tue..
    ruh yg tersangkut akan berdamping dengan Jin. Ruh  berupa Nur cahaya... pabila masuk ke jasad ia akan menyerupai jasad..bila mati ruh akan menyerupai siapa...pulak... itu lah ilmu sebalik ilmu... cari uncle DOL nie dia boleh menerangkan lagi ,

    asri_kl91

    • *
    • Posts: 118
      • View Profile
    Reply #18 20 April, 2010, 09:48:41 AM
  • Publish
  • rasanya bace kat mastika ada cite nie

    mohdazri

    • *
    • Posts: 1063
      • View Profile
    Reply #19 20 April, 2010, 10:34:49 AM
  • Publish
  • sy pun penah mengalami pengalaman sebegini,sumenye gara-gara teringat pasal qarin terus badan terasa mcm ada sesuatu yg nak masuk(qarin la kot)terus sy baca ayat kursi alhamdulillah hilang

    http://not allowed to post personal ad link

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    18 Replies
    2476 Views
    Last post 05 June, 2010, 07:50:24 PM
    by assiddiq
    26 Replies
    4177 Views
    Last post 04 August, 2010, 04:18:27 PM
    by mohamad zahrawi
    36 Replies
    12963 Views
    Last post 29 September, 2012, 08:27:25 AM
    by cheksue89