Kaedah dakwah yang memberi kesan pada Jiwa

*

Author Topic: Kaedah dakwah yang memberi kesan pada Jiwa  (Read 11003 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
15 July, 2009, 08:17:18 AM
  • Publish
  • Motivasi daripada hadis Nabi sesuai tuntutan semasa untuk berdakwah.

    PENYAMPAIAN cerita terutama yang berunsur pengajaran adalah satu daripada kaedah dakwah untuk menimbulkan rasa insaf seterusnya meningkatkan keimanan ke arah menyucikan akhlak supaya menjadi insan lebih baik.

    Buku Himpunan Kisah-kisah Motivasi Penyucian Rohani menghidangkan 53 kisah sahabat Rasulullah SAW dan peristiwa pernah berlaku sebagai panduan pembaca kerana di sebalik setiap kisah ada ilmu ingin disampaikan.

    Kisah yang diceritakan bersandarkan kepada hadis Rasulullah SAW dan di samping itu, penulis turut meletakkan pengajaran daripada kisah dengan tuntutan semasa dalam kehidupan masyarakat untuk melaksanakan ajaran agama.

    Contohnya, kisah seorang anak dan tukang sihir lebih dikaitkan amalan sentiasa berdoa kepada Allah apabila berhadapan dengan keraguan dan caranya ialah melakukan solat istikharah supaya dapat dicari penyelesaian.

    Begitu juga hadis menceritakan mengenai tiga sekawan yang dalam perjalanan jauh dan terpaksa bermalam di dalam gua. Ditakdirkan batu besar terjatuh dan menutup pintu gua tetapi kudrat yang ada tidak mencukupi untuk mengalihkan batu besar itu.

    Usaha dilakukan ketiga-tiga mereka ialah bermohon kepada Allah dengan menyandarkan amalan baik dilakukan untuk orang lain, maka dengan izin Allah, batu itu akhirnya menggolek dan pintu gua terbuka membolehkan tiga sahabat keluar.

    Selain kisah yang disandarkan kepada hadis, buku ini turut mengupas isu berkaitan hukum hakam dengan penjelasan kenapa sesuatu itu disuruh dan kenapa sesetengahnya ditegah demi kesejahteraan umat Islam mengharungi hidup.


    « Last Edit: 15 July, 2009, 08:19:25 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #1 16 July, 2009, 08:34:37 AM
  • Publish
  •    
    Wajib beramal dengan sunnah Nabi

    Keberadaan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam amat penting untuk dijadikan sandaran dan pegangan kepada umat Islam baik melalui ucapan, perbuatan atau pengakuan baginda SAW. Walaupun dari semasa ke semasa muncul konspirasi atau muamarah golongan tertentu yang cuba memusuhi Islam sering mempertikaikan peranan hadis sebagai sumber agama Islam lantaran mereka terjebak dengan kejumudan ilmu dan berleluasanya gejala taklid.

    Setiap usaha atau pemikiran untuk mengganggu-gugat keberadaan hadis dan keautoritiannya sebagai sumber kedua syariat Islam pada masa yang sama membuktikan wujudnya sikap pesimis musuh-musuh Islam terhadap kebenaran al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

    Meskipun telah jelas bahawa untaian sabda baginda merupakan wahyu daripada Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu, tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-Nya. (al-Najm: 2-4)

    Pada masa yang sama mengagungkan penggunaan metod-metod Barat yang dalam kajian keagamaan (al-Quran dan hadis) berbanding metod-metod yang diaplikasikan oleh para ulama Islam jelas membuktikan betapa negatif pemikiran dan penghayatan mereka dalam memahami Islam dan situasi ini amat membimbangkan umat Islam.

    Rasulullah SAW dalam sabda-Nya pernah mengatakan: "Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafah al-Rashidin al-Mahdiyyin, gigitlah ia sekuat hati dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah sesat". (Sahih Sunan Abi Dawud no: 4607)

    Pegangan yang paling tepat untuk dijadikan benteng oleh seorang muslim dalam melayari sebuah kehidupan pada akhir zaman yang penuh fitnah ialah sentiasa berpegang dan beramal dengan petunjuk Rasulullah SAW dan mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian.

    Hal ini kerana matlamat terakhir seorang mukmin adalah memperolehi hidayah Allah SWT yang dapat membawanya mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

    " Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasulullah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata."
    (al-Nur: 54)

    "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). "
    (al-Ahzab: 21)

    Perkara yang wajib dilakukan oleh setiap hamba di dalam menjalani agamanya ialah mengikuti apa yang dikatakan oleh Allah SWT. Juga apa yang dibawa dan dikatakan oleh baginda SAW serta ajaran para al-khulafah al-Rashidin dan pengikut mereka yang setia.

    Allah SWT telah mengutus Rasulullah SAW dengan membawa bukti-bukti dan petunjuk. Allah SWT mewajibkan kepada seluruh manusia untuk beriman kepada baginda SAW dan mencontohinya. Setiap muslim wajib melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan dan tidak sebahagian sahaja.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. "(al-Baqarah: 208)

    Seorang mukmin yang berpegang teguh dengan sunnah Nabi SAW berbekalkan ketakwaan dan ketinggian ilmu, nescaya dia akan mengecapi halawah iaitu kenikmatan manfaat dunia dan agama yang melimpah-ruah.

    Kemuliaan dan ketinggian seorang mukmin diukur melalui tingginya tingkat ketakwaan kepada Allah SWT dan penguasaan ilmu yang dimiliki. Semakin tinggi pemahaman seorang mukmin terhadap sunnah, maka semakin besar kemungkinannya untuk mempraktikkan sunnah tersebut menepati tuntutan agama Islam.

    Ibn Hibban rahimahullah berkata: "Sesungguhnya dalam perkara berpegang dengan sunnah seseorang akan mengecapi tingkat keselamatan yang sempurna, karamah yang besar, yang tidak akan padam pelitanya dan tidak akan terbantah hujahnya. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya akan terjaga dan sesiapa yang menyelisihinya pasti dia menyesal kerana sunnah merupakan benteng yang kukuh, tonggak yang kuat, yang jelas keutamaannya dan kuat ikatannya. "Sesiapa yang berpegang teguh dengannya pasti berjaya, namun yang mengingkarinya pasti binasa. Orang yang berpegang teguh dengan sunnah adalah orang-orang yang mengecapi kebahagiaan pada masa yang akan datang (di akhirat) dan sekali gus orang-orang yang diulit kegembiraan di dunia". (al-Ihsan Fi Taqrib Sahih Ibn Hibban 1/102).

    Justeru, menghidupkan kembali keautoritian dan keizzahan sunnah yang seakan-akan telah ditinggalkan oleh umat Islam masa kini amat mustahak. Dalam hubungan sosialisasi manusia pula, sunnah sewajarnya ia dipraktikkan dengan penuh kebijaksanaan dan tidak menyukarkan masyarakat dengan persoalan yang tidak mereka maklum dan fahami, tidak menganggap remeh persoalan sunnah dan tidak pula bertindak ekstrem untuk terus mempraktikkannya.

    Sebagai langkah permulaan memadai konsep al-wasatiyyah diterjemahkan dan diaplikasikan dalam pengamalan setiap perkara menurut skala keutamaan dan keperluan yang dikehendaki oleh agama Islam. Setiap cabang persoalan sewajarnya diperhatikan sesuai dengan kadarnya.

    Al-Imam Al-Hakim mengatakan: "Suatu kaum yang menempuh jalan orang-orang soleh serta mengikuti athar generasi yang telah lampau (salaf). Mereka menewaskan para ahli bidaah, orang-orang yang menyimpang dari jalan sunnah Rasulullah SAW.

    "Akal-akal mereka dipenuhi dengan kelazatan sunnah dan hati-hati mereka penuh dengan keredaan dalam apa jua situasi. Mempelajari sunnah adalah kesenangan mereka dan majlis-majlis ilmu adalah kesukaan mereka. Dan ahli sunnah tanpa kecuali, adalah saudara-saudara mereka. Dan orang-orang yang menyimpang dari jalan kebenaran serta ahli bidaah seluruhnya adalah musuh-musuh mereka". (Ma'rifat Ulum al-Hadith)

    Sunnah wajib kembali ditegakkan dan diagungkan di tengah-tengah kehidupan umat, hingga mereka akhirnya menjadikan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi kecintaan kepada siapapun.

    Hal ini kerana keimanan seseorang itu tidak akan sempurna, sehingga dia mencintai Rasulullah SAW melebihi kecintaan terhadap siapapun. Sabda Rasulullah SAW: Tidak beriman seseorang di antara kalian, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada bapa-bapanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya. (Muttafaq alaih)

    Sehubungan itu, menjadi kewajipan ke atas setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya untuk sentiasa berupaya meniti jalan kehidupan di atas manhaj dan jalan yang telah Rasulullah SAW persembahkan dan tinggalkan sebagai wasiat terakhir dan warisan abadi kepada umat Islam selaku umatnya.

    Umat Islam perlu berusaha dan membina jati diri cemerlang dalam gerak kerja untuk mengamal dan melestarikankan sunnah di samping mendukung dan memberi taat setia (wala') kepada mereka yang memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW.

    Al-Imam Al-Suyuti mengatakan, sesiapa yang tidak mengakui sunnah atau hadis sahih maka dia akan dikumpulkan pada hari akhirat kelak bersama orang-orang Yahudi dan Nasrani.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".



    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #2 16 July, 2009, 08:52:57 AM
  • Publish

  • Kesabaran suami melembutkan Sumayyah
    Susunan ZUARIDA MOHYIN

    MENGAPAKAH dakwah Rasulullah SAW mudah diterima? Jawapannya sudah tentu disebabkan oleh keperibadian, sahsiah serta penampilan Islamik yang menjadi qudwah atau role model kepada umat manusia.

    Hakikatnya, ramai yang terlepas pandang bahawa salah satu kaedah atau uslub dakwah yang paling berkesan ialah dengan contoh teladan atau dalam istilah dakwahnya, bil-hal.

    Yang pasti, inilah yang akan memberi nilai tambah kepada khalayak lain, sama ada bukan Islam mahupun segelintir kumpulan atau individu Islam yang sudah jauh dari Islam untuk melihat dan sedar kembali tentang kecantikan Islam itu.

    Seorang penulis bebas yang sebelum ini beragama Kristian, Sumayyah Meehan mengakui bahawa keperibadian mulia suami sepanjang tempoh perkahwinan mereka telah menjadi titik tolak kepada penghijrahan akidahnya.

    Sedangkan katanya lagi, ketika mendirikan rumah tangga kira-kira 12 tahun lalu, beliau langsung tidak berhasrat bertukar kepada agama anutan suaminya iaitu Islam. Apatah lagi, Islam pada saat itu, sering dilabel secara negatif dan jahat, terutamanya terhadap golongan hawa mereka.

    "Siapa sangka, suami saya sendiri adalah sebab yang membawa saya kepada agama Islam. Apa tidaknya, kalau sebelum ini saya melihat Islam dari sisi gelapnya sahaja.

    "Tetapi kebaikan, kasih sayang yang ditunjuk dan dilakukan suami mengubah segalanya. Saya bersyukur dianugerahkan jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan banyak membimbing.

    "Suami saya adalah seorang manusia yang amat memahami dan bersikap begitu toleransi. Jangankan untuk memaksa saya agar mengikut agamanya, jauh sekali mendera mental mahupun fizikal, waima mengetahui keengganan keras saya bergelar muslimah.

    "Malah hanya satu sahaja permintaannya sebaik kami bergelar suami isteri iaitu agar saya cuba untuk membaca kitab terjemahan al-Quran.

    "Itupun katanya, kalau tidak selalu, dia minta agar saya membukanya sekali-sekala dari semasa ke semasa. Ohh... itu mudah sahaja. Spontan saya bersetuju dengan permintaannya itu," cerita Sumayyah yang dipetik dari laman web islamonline.net.

    Kata ibu beranak tiga ini lagi, sebaik bernikah mereka berpindah ke kampung halaman suami di Kuwait, tambahan pula ekonomi di Amerika Syarikat (AS) sedang tidak menentu.

    Senario ini sudah pastinya tidak menjanjikan peluang kepada mereka untuk menikmati kehidupan yang selesa dan baik di negara berkuasa besar itu lagi.

    "Pada saat kaki menuruni tangga kapal terbang, mahu tidak mahu saya bagai dipaksa untuk berada dalam satu dunia baru yang penuh dengan Islam.

    "Daripada orangnya yang majoriti Muslim, adat kebudayaan malah merangkumi cara pemikiran dan tingkah laku mereka semuanya berpaksikan agama Islam.

    "Kalau hendak diikutkan hati, mahu sahaja saya lompat balik ke dalam perut kapal terbang dan balik semula ke AS. Saya benar-benar rasa keseorangan, seluruh perasaan dihantui dengan rasa ketakutan yang amat sangat.

    "Namun semua itu lenyap apabila suami sentiasa berada di sisi, tidak kira dalam apa juga situasi. Malah dalam soal pemakanan sekali pun, dia berusaha mencarikan makanan yang sesuai dengan selera saya kerana tahu masakan ibunya yang berempah itu agak pedas bagi orang baru seperti saya," terang Sumayyah.

    Kongsinya lagi, apabila beliau rindukan ahli keluarga dan kampung halaman, suaminya lah yang berjaga malam menemaninya serta menawarkan diri untuk membawanya pulang AS.

    Malah boleh dikatakan dalam apa juga situasi; sakit pening, gembira dan duka dialah insan yang akan memegang tangan Sumayyah untuk mengharungi semua keadaan itu.

    "Dialah sahabat baik, tempat mengadu dan bapa kepada anak-anak kami. Bahkan dia turut berjaga malam membancuh susu anak, menggantikan lampin pakai buang, bersabar dengan kerenah nakal anak-anak.

    "Bahkan sehingga kepada membantu membasuh pinggan mangkuk, bila melihat saya sudah tidak larat melakukannya.

    "Sayangnya, suami Islam yang bertanggungjawab sebegini mendapat gambaran buruk dari media-media Barat. Kebanyakan lelaki dan suami Muslim dilabel atau digambarkan sebagai seorang yang gila kuasa sehingga sanggup memaksa isteri-isteri mereka 'berpakaian Islamik," kata Sumayyah yang juga siswazah dari Kolej Waynesburg dalam bidang keadilan jenayah.

    Realitinya, ujar Sumayyah pemakaian sebegitu adalah menurut ajaran sebenar agama Islam seperti mana yang disuruh dalam al-Quran dan sunnah. Hakikatnya, ia bukannya soal isu paksaan ataupun perang amanat.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.

    Katakanlah kepada orang wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka..... (al-Nur: 30-31)

    "Secara peribadinya, saya datang ke Kuwait bebas dengan pakaian yang saya selesa memakainya iaitu, kemeja T dan seluar jean. Tidak ada siapa dalam keluarga suami malah suami saya juga tidak menegur apa-apa.

    "Pun begitu, suami saya tidak pernah berhenti menyuruh saya membaca terjemahan al-Quran. Caranya yang penuh hikmah tetapi kadang-kala terasa seperti membebel berbaloi juga.

    "Ini kerana saya akhirnya mula membaca al-Quran dan sejak itu saya semakin tidak puas dan sentiasa mencari ilmu agama.

    "Saya mula mencari dan menggali seberapa banyak sumber yang boleh didapati sehinggalah saya temui kebenaran yang selama ini dicari di dalam helaian al-Quran," jelas Sumayyah yang akhirnya mengambil keputusan memeluk Islam.

    Sumayyah mahu keputusan besar itu bukan sahaja menjadi transformasi dalaman tetapi turut membawa perubahan secara luaran. Lantas itu, beliau sanggup membeli hijab atau tudung kepala bersendirian.

    Malah, suaminya juga adalah guru yang banyak mengajarnya tentang ajaran Islam terutamanya tentang solat dan berpuasa.

    Apabila beliau melakukan kesalahan dia menegur dengan lembut dan tidak pernah memarahi Sumayyah, sebaliknya berusaha mencari alternatif lain agar dapat menyampaikan ilmunya supaya lebih mudah difahami isteri tercinta.

    "Kesabaran suami memang menakjubkan, manakala saya pula dalam keadaan bertentangan. Apa tidaknya, saya ghairah untuk mengetahui banyak lagi tentang Islam, padahal saya tahu bahawa ia tidak berlaku dalam masa singkat atau satu malam sahaja. Namun apa yang saya inginkan dipenuhi juga.

    "Akhirnya, berjaya juga saya menjadi seorang yang penyabar dan tidak cepat menggelabah apabila saya menggunakan pendekatan kehidupan seharian dalam usaha lebih memahami sesuatu perkara itu," kata Sumayyah.

    Malah menerusi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, beliau banyak mempelajari matlamat sebenar kehidupan seorang Muslim.

    Hakikatnya, setiap hari Sumayyah sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara baik agar menjadi bekalan di hari kemudian yang dijanjikan kekal abadi.

    Kini, Sumayyah yang bekerja di bahagian buku-buku Islamik kanak-kanak menetap bahagia di Kuwait bersama suami tercinta dan tiga orang anak mereka.

    Reply #3 27 September, 2009, 05:04:49 AM
  • Publish
  •    
    Wajib beramal dengan sunnah Nabi

    Keberadaan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam amat penting untuk dijadikan sandaran dan pegangan kepada umat Islam baik melalui ucapan, perbuatan atau pengakuan baginda SAW. Walaupun dari semasa ke semasa muncul konspirasi atau muamarah golongan tertentu yang cuba memusuhi Islam sering mempertikaikan peranan hadis sebagai sumber agama Islam lantaran mereka terjebak dengan kejumudan ilmu dan berleluasanya gejala taklid.

    Setiap usaha atau pemikiran untuk mengganggu-gugat keberadaan hadis dan keautoritiannya sebagai sumber kedua syariat Islam pada masa yang sama membuktikan wujudnya sikap pesimis musuh-musuh Islam terhadap kebenaran al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

    Meskipun telah jelas bahawa untaian sabda baginda merupakan wahyu daripada Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu, tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-Nya. (al-Najm: 2-4)

    Pada masa yang sama mengagungkan penggunaan metod-metod Barat yang dalam kajian keagamaan (al-Quran dan hadis) berbanding metod-metod yang diaplikasikan oleh para ulama Islam jelas membuktikan betapa negatif pemikiran dan penghayatan mereka dalam memahami Islam dan situasi ini amat membimbangkan umat Islam.

    Rasulullah SAW dalam sabda-Nya pernah mengatakan: "Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafah al-Rashidin al-Mahdiyyin, gigitlah ia sekuat hati dengan gigi geraham dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah sesat". (Sahih Sunan Abi Dawud no: 4607)

    Pegangan yang paling tepat untuk dijadikan benteng oleh seorang muslim dalam melayari sebuah kehidupan pada akhir zaman yang penuh fitnah ialah sentiasa berpegang dan beramal dengan petunjuk Rasulullah SAW dan mempraktikkannya di dalam kehidupan seharian.

    Hal ini kerana matlamat terakhir seorang mukmin adalah memperolehi hidayah Allah SWT yang dapat membawanya mengecapi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:

    " Dan jika kamu taat kepadanya nescaya kamu beroleh hidayah petunjuk; dan (sebenarnya) Rasulullah hanyalah bertanggungjawab menyampaikan perintah-perintah Allah dengan penjelasan yang terang nyata."
    (al-Nur: 54)

    "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah dengan sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang). "
    (al-Ahzab: 21)

    Perkara yang wajib dilakukan oleh setiap hamba di dalam menjalani agamanya ialah mengikuti apa yang dikatakan oleh Allah SWT. Juga apa yang dibawa dan dikatakan oleh baginda SAW serta ajaran para al-khulafah al-Rashidin dan pengikut mereka yang setia.

    Allah SWT telah mengutus Rasulullah SAW dengan membawa bukti-bukti dan petunjuk. Allah SWT mewajibkan kepada seluruh manusia untuk beriman kepada baginda SAW dan mencontohinya. Setiap muslim wajib melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan dan tidak sebahagian sahaja.

    Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. "(al-Baqarah: 208)

    Seorang mukmin yang berpegang teguh dengan sunnah Nabi SAW berbekalkan ketakwaan dan ketinggian ilmu, nescaya dia akan mengecapi halawah iaitu kenikmatan manfaat dunia dan agama yang melimpah-ruah.

    Kemuliaan dan ketinggian seorang mukmin diukur melalui tingginya tingkat ketakwaan kepada Allah SWT dan penguasaan ilmu yang dimiliki. Semakin tinggi pemahaman seorang mukmin terhadap sunnah, maka semakin besar kemungkinannya untuk mempraktikkan sunnah tersebut menepati tuntutan agama Islam.

    Ibn Hibban rahimahullah berkata: "Sesungguhnya dalam perkara berpegang dengan sunnah seseorang akan mengecapi tingkat keselamatan yang sempurna, karamah yang besar, yang tidak akan padam pelitanya dan tidak akan terbantah hujahnya. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya akan terjaga dan sesiapa yang menyelisihinya pasti dia menyesal kerana sunnah merupakan benteng yang kukuh, tonggak yang kuat, yang jelas keutamaannya dan kuat ikatannya. "Sesiapa yang berpegang teguh dengannya pasti berjaya, namun yang mengingkarinya pasti binasa. Orang yang berpegang teguh dengan sunnah adalah orang-orang yang mengecapi kebahagiaan pada masa yang akan datang (di akhirat) dan sekali gus orang-orang yang diulit kegembiraan di dunia". (al-Ihsan Fi Taqrib Sahih Ibn Hibban 1/102).

    Justeru, menghidupkan kembali keautoritian dan keizzahan sunnah yang seakan-akan telah ditinggalkan oleh umat Islam masa kini amat mustahak. Dalam hubungan sosialisasi manusia pula, sunnah sewajarnya ia dipraktikkan dengan penuh kebijaksanaan dan tidak menyukarkan masyarakat dengan persoalan yang tidak mereka maklum dan fahami, tidak menganggap remeh persoalan sunnah dan tidak pula bertindak ekstrem untuk terus mempraktikkannya.

    Sebagai langkah permulaan memadai konsep al-wasatiyyah diterjemahkan dan diaplikasikan dalam pengamalan setiap perkara menurut skala keutamaan dan keperluan yang dikehendaki oleh agama Islam. Setiap cabang persoalan sewajarnya diperhatikan sesuai dengan kadarnya.

    Al-Imam Al-Hakim mengatakan: "Suatu kaum yang menempuh jalan orang-orang soleh serta mengikuti athar generasi yang telah lampau (salaf). Mereka menewaskan para ahli bidaah, orang-orang yang menyimpang dari jalan sunnah Rasulullah SAW.

    "Akal-akal mereka dipenuhi dengan kelazatan sunnah dan hati-hati mereka penuh dengan keredaan dalam apa jua situasi. Mempelajari sunnah adalah kesenangan mereka dan majlis-majlis ilmu adalah kesukaan mereka. Dan ahli sunnah tanpa kecuali, adalah saudara-saudara mereka. Dan orang-orang yang menyimpang dari jalan kebenaran serta ahli bidaah seluruhnya adalah musuh-musuh mereka". (Ma'rifat Ulum al-Hadith)

    Sunnah wajib kembali ditegakkan dan diagungkan di tengah-tengah kehidupan umat, hingga mereka akhirnya menjadikan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi kecintaan kepada siapapun.

    Hal ini kerana keimanan seseorang itu tidak akan sempurna, sehingga dia mencintai Rasulullah SAW melebihi kecintaan terhadap siapapun. Sabda Rasulullah SAW: Tidak beriman seseorang di antara kalian, sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada bapa-bapanya, anak-anaknya dan manusia keseluruhannya. (Muttafaq alaih)

    Sehubungan itu, menjadi kewajipan ke atas setiap muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya untuk sentiasa berupaya meniti jalan kehidupan di atas manhaj dan jalan yang telah Rasulullah SAW persembahkan dan tinggalkan sebagai wasiat terakhir dan warisan abadi kepada umat Islam selaku umatnya.

    Umat Islam perlu berusaha dan membina jati diri cemerlang dalam gerak kerja untuk mengamal dan melestarikankan sunnah di samping mendukung dan memberi taat setia (wala') kepada mereka yang memperjuangkan sunnah Rasulullah SAW.

    Al-Imam Al-Suyuti mengatakan, sesiapa yang tidak mengakui sunnah atau hadis sahih maka dia akan dikumpulkan pada hari akhirat kelak bersama orang-orang Yahudi dan Nasrani.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Aku telah tinggalkan kepada kamu perkara yang sekiranya kamu tetap berpegang teguh kepadanya maka sudah pasti kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya (hadis)".



    Assalamualaikum.

    Ini terjadi kerana berlakunya pencemaran atau biasan persepsi terhadap hadis dan sunah itu sendiri. Saya rasa yang ini dulu kena diperbetulkan. Misalnya ada ramai orang Islam yang menganggap hadis dan sunah tu sama. Dan ada ramai juga yang berpendapat hadis sebagai institusi yang memperjelas atau memperlengkap al-quran. Walaupun biasan tersebut terlalu kecil (*seakan-akan bukanlah apa-apa) namun cuba bayangkan kalau arah sasaran terbias walau hanya 0.01 darjah; dengan jarak masa yang begitu jauh (dari zaman rasulullah hingga sekarang), bayangkan betapa jauhnya arah dengan sasaran itu.

    Nota: Seakan-akan bukanlah apa-apa bermaksud sesuatu yang dianggap tidak memberi kesan disebabkan teramat kecilnya.

    Wasslam.
     

    Reply #4 27 September, 2009, 05:15:41 AM
  • Publish
  • Assalamualikum.

    Faktor ini memang amat menyumbang kepada kemeruduman syiar dan reputasi Islam. Bayangkan saja; ketika saya berehat sambil berbual-bual di kantin pejabat di bulan puasa; kawan-kawan non-muslim malu-malu mahu makan (kerana takut saya merasa tersinggung); tiba-tiba datang beberapa orang muslim, dengan tak segan silu mengoder makanan sambil berkata konon malam tadi tak terbangun sahur. Begitu pula ada banyak kes yang si muslim ni selamba saja makan sambil berjalan di bulan puasa. Saya pernah bertanya seorang wanita setengah umur yang mengoder mee goreng di kedai Cina di bulan puasa. Saya tanya: "Kamu agama apa?". Dia kata: "Islam...". Mengapa beli di kedai Cina?". Dia jawab:"Susahlah...bulan puasa ni. Kedai Islam tutup." Kamu tak puasa ke?". "Tak...aku bekerja." Kerja apa?". "Keriting rambut". Bayangkan; muslim apa ni? 

    Wassalam.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #5 27 September, 2009, 05:28:38 AM
  • Publish
  • Ini terjadi kerana berlakunya pencemaran atau biasan persepsi terhadap hadis dan sunah itu sendiri. Saya rasa yang ini dulu kena diperbetulkan. Misalnya ada ramai orang Islam yang menganggap hadis dan sunah tu sama.
     

    Sunnah, secara ringkasnya adalah perbuatan, ucapan dan pengakuan (pengiktirafan) Nabi SAW. Bagi memastikan kesahihan sesuatu Sunnah, maka perlulah merujuk kepada hadith-hadith sahih yang telah diputuskan oleh ‘ulama hadith seperti yang terkandung di dalam kitab-kitab sahih/sunnan seperti yang telah dihimpun oleh imam-imam : Bukhari, Muslim, Abu-Dawud, An-Nasa’i, At-Tirmizi, Ibnu-Majah, Ahmad, Malik, Ad-Daarimi dan lain-lain.

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #6 27 September, 2009, 05:34:19 AM
  • Publish

  •    
    Wajib beramal dengan sunnah Nabi

    Keberadaan hadis sebagai sumber kedua syariat Islam amat penting untuk dijadikan sandaran dan pegangan kepada umat Islam baik melalui ucapan, perbuatan atau pengakuan baginda SAW. Walaupun dari semasa ke semasa muncul konspirasi atau muamarah golongan tertentu yang cuba memusuhi Islam sering mempertikaikan peranan hadis sebagai sumber agama Islam lantaran mereka terjebak dengan kejumudan ilmu dan berleluasanya gejala taklid.

    Setiap usaha atau pemikiran untuk mengganggu-gugat keberadaan hadis dan keautoritiannya sebagai sumber kedua syariat Islam pada masa yang sama membuktikan wujudnya sikap pesimis musuh-musuh Islam terhadap kebenaran al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

    Meskipun telah jelas bahawa untaian sabda baginda merupakan wahyu daripada Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud: Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu, tidaklah ia menyeleweng (dari jalan yang benar), dan ia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepada-Nya. (al-Najm: 2-4)


    Namun dalam masa yang sama kita perlu berhati dengan beberapa perkara berkaitan hadith ini.Ini kerana  masih ramai yang tidak mengambil berat tentang kesahihan sesuatu hadith dan menyangka apa sahaja yang disebut hadith pastinya sahih dan wajib diimani. Mereka tidak mengetahui bahawa ‘ulama hadith (Muhaddithin) dengan disiplin ilmu yang tertentu telah mengkategorikan hadith kepada beberapa bahagian. Kesilapan umat Islam adalah bila mana dia berpegang dengan hadith-hadith maudhu’ (palsu) atau kepada hadith dhaif dengan meninggalkan hadith-hadith yang sahih.

    Bukan sahaja golongan awam yang membuat kesalahan dalam memahami hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan label sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w. Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya. Jadi, golongan inilah antara punca tersebarnya hadith-hadith palsu di kalangan masyarakat.

    Setiap individu Muslim harus sedar kepada amaran Nabi SAW di dalam hadith yang mutawattir terhadap sesiapa sahaja yang berdusta di atas nama baginda, seperti sabda baginda yang bermaksud :

    “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

    Menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Muhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah: “Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.”

    Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya” (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s.98)

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #7 27 September, 2009, 01:46:19 PM
  • Publish
  • satu contoh, orang kata tiadalah ianya daripada hadis, daripada nabi, ianya hadis palsu iaitu, dalam perkataan: kenali dirimu rata rata, nanti kamu akan kenali tuhanmu


    ho ho ho. agaknya terlupa kot nak buka al quran, padahal 51:21 > pada dirimu ada kebenrannya, mengapa kamu tak mahu berfikir?

    pada 41:53 > pada ufuk terbentang luas, dan pada diri kamu, ( diri mereka) ada bukti kebenrannya,......oy oy oy, belum cukupkah yang Tuhan mu itu maha mengetahui?

    maaflah mana ada quran tulisan rumi, melayu ya, Quran tu bahasa arab............ semuga dapatlah memahami

    luqiem

    • *
    • Dunia Hanya Semantara Akhirat Kekal Selama-Lamanya
      • View Profile
    Reply #8 27 September, 2009, 06:02:44 PM
  • Publish
  • Dalam satu hadis Nabi SAW ada menyuruh para sahabat memperbaiki iman masing-masing... kemudian para sahabat bertanya begaimana hendak memperbaiki iman tersebut... Maka nabi berkata Perbanyakkanlah berkata/berzikir Lailahaillallah.... begaimana kita yakin bahaya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.... Kita masukkan kebesaran Allah dalam diri kita dan kita buangkan kebesaran makhluk dalam diri kita...

    Reply #9 19 October, 2009, 11:13:56 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Kaedah dakwah ni penting jugak. Apapun tanah yang hendak disuburi iman tu satu faktor jugak. Itulah...nabi sendiri tak mampu nak mendakwah 'Abu Jahal and the gangs'. Tapi itu sama sekali bukanlah alasan untuk tidak berdakwah.

    Nota: Ada orang yang cuba mengelak dari tanggungjawab berdakwah dengan berkata: "Kita bukan ustaz...! ATAU: "Kita bukan Nabi...! Betul-betul tak betul.

    Wassalam.

    pedang baru 9

    • *
    • SESAAT DAN SEDETIK TIDAK MELUPAKAN ALLAH
      • View Profile
    Reply #10 20 October, 2009, 02:58:10 AM
  • Publish
  • InsyaAllah...Marilah kita fikirkan SIAPA SEBENARNYA ABU JAHAL AND THE GANGS...yang tahu atau yang tak tahu..W alm..

    pedang baru 9

    • *
    • SESAAT DAN SEDETIK TIDAK MELUPAKAN ALLAH
      • View Profile
    Reply #11 20 October, 2009, 03:11:28 AM
  • Publish
  • InsyaALlah...Bawalah akal kepada peleburan jasad..buang semua benda-benda dan buangkan yg dekat.bawa diri kesemesta alam.akal yg tinggi.Fikirkan bagaimana kita berada di bintang-bintang..angankan...YAng lebih luas dan pasti kita sampai di sana..Ajar kelebihan2 dan ajar mereka apa yang mereka mahu di syurga..Ajar amalan2nya..walam..

    Reply #12 29 October, 2010, 10:35:13 AM
  • Publish
  •  :)Seronok membaca kisah Summayyah {orang kristian yang akhirnya memeluk islam},alangkah bertuahnya dia mempunyai suami yang sabar,bertolenrasi dalam meyampaikan dakwah islam sehingga akhirnya Sumayyah memeluk islam dengan rela hati malahan sangat menghargai dan menghormati Islam itu sendiri.Mungkin inilah cara yang terbaik untuk berdakwah di zaman dunia tanpa sempadan ini.Berlembut tetapi mesti kena tegas dalam hukum dan sunah,dosa dan pahala.Cara berdakwah sebegini memang menepati cara Rasulallah S.A.W berdakwh.Sesungguh ALLAH itu maha penyayang,maha pengasih,maha sabar,maha lembut dan Islam itu adalah agama yang cantik,suci,mudah dan memberi ketenangan. http://www.mystormwarrior.com/fazilahleman

    maliki

    • *
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #13 02 May, 2011, 02:05:27 PM
  • Publish
  • Kaedah dakwah yang memberi kesan pada Jiwa?
    secara ringkasnya ada 2 jenis(yang ana tahu):
    1)melalui percakapan
      pada zaman Rasullullah dan para sahabat dulu,ramai yang memeluk islam melalui percakapan mengagungkan Allah.Setiap hari para sahabat menyeru kaum musrikin untuk taat pada perintah tuhan yang 1,iaitu Allah swt.Percakapan dengan penuh lemah lembut dan kasih sayang menarik ramai orang untuk memeluk islam
    2)melalui akhlak
      ramai orang bukan islam yang terkesan dengan agama islam kerana akhak orang islam itu sendiri.sebagai contoh akhlak nabi Muhammad s.a.w.Banyak kisah yang kita baca tentang akhlak mulia Rasulluah yang berjaya menarik ramai orang kafir untuk mengenal islam..
    sekian..

    jadi kita boleh lah ambik iktibar untuk menarik orang buat kebaikan dan taat perintah Allah dengan mengamalkan method ini,cara dkwah Rasulluah s.a.w
    « Last Edit: 02 May, 2011, 02:07:49 PM by maliki »
    Nama diberi Ahmad Maliki.ukwah fillah senyum*
    Ape yang baik itu semuannya dari Allah taala,dan ape yang buruk itu datangnya dari kelemahan ana sendiri.Maaf.

    Reply #14 02 May, 2011, 02:41:46 PM
  • Publish
  • benar sekali, teknik dakwah yang berkesan adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Zaman sekarang manusia berdakwah ikutkan nafsu lebih banyak daripada mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan kita ambil satu-satu juzuk sahaja tetapi cuba niatkan untuk beramal keseluruhan sunnah nabi s.a.w.

    maliki

    • *
    • LAILLAHAILLAHAH-TIADA TUHAN SELAIN ALLAH
      • View Profile
    Reply #15 02 May, 2011, 02:56:54 PM
  • Publish
  • benar sekali, teknik dakwah yang berkesan adalah dengan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Zaman sekarang manusia berdakwah ikutkan nafsu lebih banyak daripada mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jangan kita ambil satu-satu juzuk sahaja tetapi cuba niatkan untuk beramal keseluruhan sunnah nabi s.a.w.
    benar sekali saudara azri,nak dapat kejayaanyang sebenar  hanyalah dengan patuh perintah Allah dan ikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w

    sonidoter89

    • *
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #16 15 September, 2011, 10:50:03 PM
  • Publish
  • -salam-

    Senyum


     Allah SWT pernah menegur Rasulullah SAW yang bermuka masam ketika ditemui oleh Ibnu Maktum R.A, dalam surah Abasa, ayat 1-3:

    "Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa)."


    Daripada ayat tersebut, dapat kita fahami senyum juga penting dalam metod dakwah dan manhaj tarbiyah.Allahua'lam..
    Jangan menilai saya berdasarkan penulisan atau post saya!!!!!(kalau saya post pasal christianity/pluralisme bukan saya nak ajak anda join agama/fahaman itu!!!!atau saya seorang christian!!!!!TETAPI saya sedang berkongsi apa yang saya belajar!!!!!
    INGAT!!!!DAKWAH IS NOT ABOUT I AM BETTER THAN YOU!!!

    sonidoter89

    • *
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #17 15 September, 2011, 11:12:36 PM
  • Publish

  •  Contoh-contoh daripada hadis di bawah yang boleh diambil untuk mengajarkan tentang sarana dan method dakwah untuk para da'i:

    Diriwayatkan daripada Imam Muslim dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:

    "Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam:jika bertemu maka berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan hamdalah maka jawablah (dengan mengucapkan 'yarhamukallah', dan jika meninggal dunia maka hantarkanlah (ke pemakaman)."

    *PERTAMA:Jika bertemu berilah salam

    -Akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian Anda telah menapaki tahap awal dalam berdakwah.

    *KEDUA:Jika tidak kelihatan maka cari tahulah

    -Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang telah dikenali itu tidak Anda lihat dalam waktu tertentu, maka harus mencari khabar tentang keadaannya atau menghubunginya, baik lewat  telepon mahupun surat.


    *KETIGA:Jika sakit maka jenguklah

    -Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira,sedih, atau sakit; dan setiap keadaan harus ditangani dengan sikap yang islami. Jika terdengar bahawa sahabat sakit, harus cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika membawa hadiah yang sesuai.

    sonidoter89

    • *
    • ipraytobeclosedtoyouandonthatdayi'llseeyousmile!
      • View Profile
    Reply #18 16 September, 2011, 06:55:30 AM
  • Publish
  • *KEEMPAT:Jika diundang maka penuhilah

    -Daripada 3 tahap sebelum ini, jika berjalan dengan lancar, hubungan semakin erat. Maka, sudah pasti jika ada majlis-majlis penting, seperti pernikahan, berjaya dalam kerjaya dan lain-lain, kita akan diundang dan harus kita memenuhi jemputan tersebut kerana itulah kesempatan yang ada untuk merapatkan lagi hubungan .


    *KELIMA:Jika dia bersin dan mengucapkan "Hamdalah" maka jawablah(dengan mengucapkan "Yarhamukallah").

    -Contohnya apabila dudduk bersebelahan dengan orang yang tidak dikenali ketika menziarahi orang sakit, atau dalam perjalanan ke sesuatu tempat, dia bersin, lalu kita memandangkan dengan wajah berseri dengan mengucapkan "Yarhamukallah", tentunya hal ini akan membuat dia merasakan sesuatu yang baru, atau menyedari kehadiran kita dan seterusnya kita dapat bercakap-cakap sambil berkenalan dengannya.


    *KEENAM:Jika dia meninggal, maka hantarkanlah ke tempat pengebumiannya


    -Di samping semasa menghantar jenazah, kita dapat munasabah diri kita yang kita akan kembali kepada Allah SWT jua suatu hari nanti, kita juga dapat menggunakan kesempatan ini untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya.


    -Dari Abu Hurairah R.A,Sabda Rasulullah SAW:

    "Barangsiapa menghadiri jenazah hingga menshalatkannya, maka baginya pahala satu qirath. Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath." Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar." (Muttafaqun 'Alaih)
    -

    syidaspongebob

    • *
    • maaf zahir batin
      • View Profile
    Reply #19 22 September, 2011, 05:14:29 PM
  • Publish
  •  
    Assalamualaikum wbt...
    Ya Robbi Solli a'la Muhammad, Ya Robbi solli alaihi wassalim..

    Seiring dengan kemodenan dunia cyber.. vlongging adalah salah satu medan baru yang agak BERKESAN
    untuk berdakwah.. Ramai para-para daie yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan mempunyai bakat
    ke arah ini.. Bahkan remaja seusia 21 tahun kian berani berdakwah dan menyampaikan mesej-mesej yang baik, hadith dan pesanan dari Allah...

    Antara contoh-contohnya adalah seperti.....


    AIMAN AZLAN...!! 21 tahun..

    Dress for Success, Muslim Style!


    ANWARHADI... 21 tahun..

    #12 27 Kali Ganda


    Baba...

    "That's not Hijab" - Ummah Films Season 2 Premiere


    ~semoga mereka dipermudahkan urusan dunia akhirat.. : )



    "Ukhwah fillah takkan musnah..lautan erat takkan mungkin patah..Bertemu, berpisah..hanya KENANGAN SEMATA..Redho Allah, Kita cari..Moga2 kita kan diRahmati..Dengan niat yang suci,bertemu kembali di negeri Abadi.. Salam kemaafan."

    divider3
    halaqahforum4