Beza Muslim, kafir di sisi Allah - Page 1

*

Author Topic: Beza Muslim, kafir di sisi Allah  (Read 5994 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

08 July, 2009, 05:56:23 AM
  • Publish
  • Beza Muslim, kafir di sisi Allah

    ALLAH mengasihi Muslim dan membenci kepada orang kafir. Setiap Muslim percaya kedudukannya lebih tinggi daripada orang kafir.

    Muslim akan mendapat keselamatan daripada Allah, sedangkan orang kafir tidak. Muslim akan masuk ke syurga, manakala orang kafir ke neraka.

    Ini memberikan suatu gambaran antara Muslim dan orang kafir tidak sama, bahkan ada perbezaan yang besar. Mengapa?

    Sepintas lalu, Muslim mahupun bukan Muslim, semuanya daripada satu keturunan - Nabi Adam a.s dan semuanya dikurniakan pancaindera yang sama seperti tangan, kaki, mata dan telinga.

    Mereka juga makan dari sumber yang sama, bahkan di negara kita, makanan terjamin halalnya.

    Menarik nafas daripada udara yang sama, bahkan menikmati kehidupan di tanah air dan hasil bumi yang sama.

    Allah yang menciptakan kita orang Islam adalah Pencipta orang bukan Islam juga, jadi kenapa ada perbezaan di antara kita orang Islam dan orang bukan Islam?

    Mengapa pula kita semua kelak akan masuk ke syurga, sedangkan mereka ke neraka?

    Tidak mungkin perbezaan itu hanya kerana berbezanya sepatah dua nama dengan seorang bernama Abdullah, manakala seorang lagi bernama John.

    Mustahil juga hanya disebabkan seorang Muslim tidak memakan babi, manakala orang kafir memakannya atau seorang Muslim berkhatan dan rakannya yang bukan Muslim tidak berkhatan?

    Apakah dengan perkara itu mengakibatkan kedudukan orang kafir di sisi Allah adalah rendah, dibenci dan dihumban ke neraka kemudian nanti sedangkan orang Islam ke syurga?

    Tentu sebab perbezaan di atas tidak cukup kuat. Ini kerana ada juga orang bukan Islam turut berkhatan, tidak makan babi, tidak minum minuman keras, tidak berjudi dan tidak menganiayai orang. Di mana perbezaan besar itu?

    Sebenarnya Muslim dan bukan Muslim atau kafir adalah dua subjek yang memberikan pengertian, watak dan cara berlainan. Di sinilah perbezaannya.

    Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kafir atau kufur ialah keingkaran terhadap Allah.

    Memanglah Muslim dan kafir sama-sama manusia dan hamba Allah, tetapi Muslim diberikan kedudukan mulia kerana mengakui Allah, sedangkan orang kafir tidak mengakui-Nya lalu kedudukannya rendah.

    Allah lebih menyayangi Muslim kerana mematuhi perintah-Nya, sedangkan orang kafir dibenci kerana tidak mengakui-Nya dan mengingkari perintah-Nya, bahkan langsung tidak kenal Allah.

    Oleh kerana itu, Allah menjanjikan syurga kepada orang Islam, manakala orang kafir dijanjikan neraka. Adil bukan!

    Dari perbincangan di atas, nyata juga kepada kita dua aspek yang membawa perbezaan di antara seorang Muslim dan seorang kafir iaitu aspek pengetahuan dan perbuatan.

    Pengetahuan yang dimaksudkan seorang Muslim itu tahu Tuhannya, tahu perintah Tuhannya dan cara untuk melaksanakannya serta mengetahui perbuatan disukai dan dibenci Tuhan.

    Apabila sudah tahu, dia harus bertindak menjadikan dirinya sebagai hamba Tuhan. Sebagai hamba kemahuan sendiri sekiranya bertentangan dengan kehendak Tuhan seharusnya diabaikan.

    Orang kafir, tiada pengetahuan ini. Malah, segelintir yang mengetahuinya buat-buat tidak tahu, sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut daripada mengakui Allah adalah Tuhan.

    Justeru, mereka dimasukkan dalam golongan membangkang dan ingkar, tidak mendapat limpahan rahmat daripada-Nya.

    Sekarang, seandainya ada orang menyatakan dirinya Muslim, tetapi sama jahil seperti seorang kafir mengenai Islam dan turut sama membangkang, dapatkah kita katakan kedudukannya lebih tinggi daripada orang kafir?

    Apa pula alasannya mengatakan dia berhak memperoleh rahmat Allah di dunia dan akhirat?

    Kita bangga kerana semakin ramai Muslim, sama ada Islam warisan atau pemelukan baru, tetapi apabila sudah ramai, bertengkar pula sesama sendiri. Kualiti pula belum boleh dikatakan cemerlang.

    Islam bukanlah bersifat kesukuan, kekeluargaan dan persaudaraan yang langsung diwariskan orang tua kepada anak dan daripada anak kepada cucu-cicit.

    Kedudukan sebagai Muslim tidak diperoleh kerana keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperoleh kedudukan tinggi walaupun bodoh dan jahat perangainya kerana dia memang lahir dalam keluarga berkedudukan tinggi.

    Sementara anak daripada orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah kerana memang dia lahir dalam keluarga yang hina.

    Nabi Ibrahim a.s misalnya dilahirkan di tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi baginda tidak menyembah sama, malah baginda menggunakan fikiranya untuk mengenali Allah dan mentaati perintah-Nya.

    Sebaliknya putera Nabi Nuh a.s lahir dalam keluarga seorang nabi, tetapi tidak mengerti mengenai Allah dan tidak mentaati-Nya.

    Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya.

    Apa pun perbezaan antara seorang dengan yang lain, baik pada kedudukannya, layanan dan akibatnya kemudian hari, dalam pandangan Allah hal itu berhubung erat dengan pengetahuan dan perbuatan.

    Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti Allah, tahu jalan yang benar ditunjukkan-Nya dan melaksanakan perintah-Nya.

    "Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..."
    (Al-Quran, surah al-Hujurat: Ayat 13)

    Ertinya, kedudukan sebenar bukanlah dinilai melalui keturunan dan suku kaum orang itu, tetapi keimanan dan ketakwaannya.

    Semakin banyak pengetahuan mengenai Allah, semakin taat kepada perintah-Nya, akan semakin tinggi pulalah kedudukan pada mata Allah.

    « Last Edit: 04 August, 2009, 05:55:52 PM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    Reply #1 04 August, 2009, 05:58:35 PM
  • Publish
  • lengkapkah hidup kita..?
    jika hanya bergelar sbg seorang islam...
    Walhal manusia mempunyai pelbagai martabat...
    muslim, mukmin, muttaqin, mukhlisin...

    andai diteliti lebih mendalam...
    menggali ayat-ayat Al-quran...
    tidaklah lengkap hidup manusia...
    jika hanya bergelar muslim...

    betapa Allah ingin...
    untuk berbicara dengan orang mukmin...
    bilamana Rasulullah SAW berjaya...
    menubuhkan negara islam Madinah...

    Ayat-ayat hukum mula diturunkan...
    namun, seruan Allah hanyalah...
    "wahai orang-orang yang beriman"...
    andai dilihat secara lebih dalam...
    Allah tidak berfirman dengan...
    "wahai orang-orang islam"...
    dan tiada satu pun ayat begitu...

    sedarkah kita..?
    cukuplah dengan permulaan ayat-ayat itu...
    bahawa kita belum lengkap...
    jika hanya sbg seorang islam...
    kerana Allah tahu bahawa...
    hanya orang mukmin yang akan mendengar ayat-ayatNya...

    betapa ayat Al-Quran...yang diwahyukan untuk hamba berfikir...
    besarnya beza antara muslim dan mukmin...
    apatah lagi martabat yang lebih tinggi...
    kerana Allah ingin hambaNya...lebih dekat kepadaNya...


    Reply #2 04 August, 2009, 09:55:17 PM
  • Publish
  • ISLAM DISISI ALLAH
    Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah maka ibu bapanya yang menjadikan dianya (anak mereka) yahudi atau nasrani atau majusi (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1293 dan Muslim no.2658

    Allah sudah menetapkan setiap anak yg baru lahir tidak kira berasal dari keluarga bukan islam.. Anak itu tetap islam di sisi ALLAH walaupun diluaran kita lihat bukan islam.. Suci di sisi ALLAH..Cuma yg membentuknya keagama yahudi atau nasrani atau majusi ialah ibu-bapanya..Jika kanak2 ini dibesarkan berlandaskan Alquran dan Sunnah,Maka itulah sebaik2nya.. ALLAH dah menetapkan undang2NYA.. Kita berada di bawah Bumi DIA.. Maka pakailah Undang2 DIA..Jangan kita cuba buat undang2 sendiri walhal ALLAH sudah menetapkannya..Moga2 kita semua dalam bimbingan dan rahmatNYA sentiasa..

    Sumber http://cahayarabbani.blogspot.com/search?updated-max=2009-06-06T11%3A52%3A00%2B08%3A00&max-results=30
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #3 04 August, 2009, 10:23:18 PM
  • Publish
  • manusia x ada beza.
    iman tak terletak jika pakai kopiah, lebai, purdah..
    tiada beza manusia..
    mati pun belum tentu dalam keadaan beriman..

    Reply #4 05 August, 2009, 12:08:24 AM
  • Publish
  • http://al-merapu.blogspot.com/2009/08/amati-lah-betul-betul-ya.html


    http://al-merapu.blogspot.com/2009/08/amati-lah-betul-betul-ya-kedua.html

    pandai pandailah menjaga diri, jangan sangka org lain buruk, diri sendiri jagalah, muga di terima di sisi Allah , matiku kembali padaMu dengan ikhlasku

    Reply #5 05 August, 2009, 12:16:36 AM
  • Publish
  • Dikatakan, ada seorang Majusi yang meminta kepada Ibrahim as agar diizinkan menginap di rumahnya. Ibrahim berkata kepadanya, “Kalau kamu masuk Islam, aku mahu menjadikanmu sebagai tamuku.”

    Orang Majusi itu menjawab, “Jika aku memeluk Islam, bagaimana mungkin engkau akan berbuat kebajikan kepadaku?”

    Allah SWT berfirman kepada Ibrahim, “Wahai Ibrahim, engkau hanya mahu memberinya makan jika dia mahu mengubah agamanya. Jika engkau menerimanya satu malam, bagaimana hal itu akan menyusahkanmu?”

    Mendengar itu, Ibrahim lalu mengejar orang Majusi itu dan mengundangnya menjadi tamunya. Ketika orang Majusi itu bertanya kepadanya mengapa dia berubah fikiran, Ibrahim pun menyatakan kepadanya apa yang didengarnya dari tuhannya. ORrang Majusi itu bertanya, “Beginikah caranya Dia memperlakukan aku? Berikanlah Islam kepadaku.” Lalu dia masuk Islam.


    Reply #6 05 August, 2009, 01:33:42 AM
  • Publish
  • Dikatakan bahawa Allah SWT berwahyu kepada Dawud as, "Katakanlah kepada pemuda Bani Israel, "Mengapa kamu menaruh perhatian kepada selain Aku di saat Aku rindu kepada kamu? Ini adalah kezaliman yang besar."

    Dikatakan juga bahawa Dia berwahyu kepada Dawud a.s, " Jika hanya mereka yang telah berpaling dari-Ku mengetahui betapa Aku telah menunggu mereka, melimpahkan kebaikan kepada mereka, dan merindukan agar mereka meninggalkan kemaksiatan terhadap-Ku, nesacaya sendi-sendi mereka seakan meleleh kerana cinta kepada-Ku.

    Wahai Dawud, inilah cara Aku bertindak terhadap mereka yang telah berpaling dari-Ku bayangkanlah bagaimana perlakuan-Ku terhadap mereka yang berpaling kepada-Ku.

    Dikatakan di dalam kitab Taurat tertulis, "Kami bangkitkan rindu dalam dirimu, namun engkau tidak rindu kepada Kami. Kami tanamkan rasa takut dalam dirimu, tapi engkau tidak takut kepada Kami. Kami menangisimu, tapi engkau tidak menangis."

    Malik bin Dinar menyatakan, "Aku membaca di dalam Taurat, 'Kami bangkitkan rindu dalam dirimu, tetapi engkau tidak rindu kepada Kami. Kami mainkan seruling untukmu, tetapi engkau tidak menari."

    Reply #7 05 August, 2009, 08:39:11 AM
  • Publish
  • untuk menjadi muslim, pertama tama, nabi menyeru mentauhidkan Allah, ramai tahu 13 tahun berusaha
    bila hijrah ke madinah, barulah ada pentadbiran Islam
    Muslim lah ansar dan muhajirin

    rukun Islam: pertama: menyaksikan oleh diri bahawa tiada ilah kecuali Allah, dan Muhammad rasulullah << Iman lah tu kan >> sebab itu beratlah solat tu, melainkan yg khusyuk .....beriman, yakin dan mahu bersyukur pada Allah kerana, hanya Dia....yg memberi nikmat

    sebab itu kita di malaysia lemah..... masih ramai bertuhankan Nafsu..........duit, wanita, harta, berhala,

    jika kita nak menegakkan hukum Allah d Malaysia, kita kenalah lebih usahakan, bawa manusia keluar dari kemiskinan melarat, dan berusaha sendiri,bukan berharap makan gaji dan bergantung hidup dgn hutang piutang

    kerana jalan undi undi tu, sangat sukar mencapai Islam yg tinggi, kerana dunia hanyalah permainan dan tipu daya >> demokrasi dan pilihanraya itu, paling besar punya tipudaya

    Reply #8 19 August, 2009, 08:11:40 AM
  • Publish

  • Konsep hidup Muslim

    Soalan

    SAYA belajar di kalangan komuniti berbilang kaum, dengan majoritinya adalah bukan Islam. Kadang-kadang kawan bukan Islam ini sering bertanya pendapat saya mengenai Islam.

    1. Antaranya mereka bertanya adakah orang bukan Islam di akhirat nanti akan berada di neraka, sedangkan mereka yang betul-betul beragama Islam akan ditempatkan di syurga? Orang bukan Islam sesetengahnya tidak pernah melakukan sesuatu kejahatan pun, tidak pernah menganiayai orang malah tutur kata dan sifat peribadinya amat baik jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang beriman hanya pada nama.

    2. Adakah Allah akan menjalankan hisab juga ke atas orang bukan Islam? Jika ya, bagaimanakah Allah menilai kebaikan mereka? Adakah segala kebaikan yang mereka lakukan itu tidak akan dinilai dan diambil kira?

    3. Bagaimana dengan Orang Asli yang tinggal di hutan, langsung tidak ada pembangunan dan hubungan dengan dunia luar, sebagai contoh, mereka tidak mendapat khabar mengenai Islam. Adakah mereka juga termasuk golongan yang masuk neraka?

    4. mereka mempersoalkan sifat Allah. Seperti yang kita tahu Allah bersifat pemurah dan penyayang. Tetapi mereka mempersoalkan sifat itu dengan mengatakan jika benar Allah menjadikan setiap manusia itu, kenapa tidak dijadikan semua orang di dunia ini memeluk Islam dan diberikan hidayah? Ini kerana di akhirat nanti tidak perlu Allah menyeksa mereka yang tidak memeluk Islam dengan mencampakkan mereka ke dalam api neraka.

    5. Mereka juga mempersoalkan keadilan Allah, kenapa hanya mengurniakan rahmat kepada orang Islam saja? Tidakkah Allah itu berlaku tidak adil kerana hanya memberi rahmat kepada segelintir orang sedangkan semua orang itu adalah ciptaan Allah?

    6. Kemudian, apakah hikmahnya Allah menjadikan manusia itu pelbagai bangsa, agama dan bahasa?

    Maafkan saya sekiranya persoalan saya ini agak keterlaluan, tetapi saya memerlukan satu jawapan kukuh untuk menegakkan Islam sebagai agama syumul supaya orang bukan Islam tidak memperlekehkan agama ini.

    FARHAN,
    Kelantan.

    Reply #9 19 August, 2009, 08:17:40 AM
  • Publish

  • Konsep hidup Muslim

    JAWAPAN

    PERSOALAN yang dikemukakan di atas membabitkan kefahaman mengenai konsep ketuhanan, alam, manusia dan kehidupan menurut pandangan Islam. Ia kadang-kadang dipanggil 'tasawwur Islam' atau 'Islamic worldview.'

    Apabila kita benar-benar memahami dan menghayatinya kita dapat menjawabnya dengan penuh yakin. Ini kerana apa yang dibawa Islam adalah kebenaran semata-mata.

    Dengan kata lain, kita sewajarnya menerangkan kefahaman yang benar mengenai konsep itu kepada golongan bukan Islam.

    Dalam Islam, Allah adalah Tuhan kepada segala makhluk termasuk orang Islam dan bukan Islam. Manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian.

    Secara umum, terdapat tiga unsur yang ada pada diri manusia, iaitu fizikal, akal dan roh.

    Tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk mengenal dan seterusnya menyembah Tuhan yang menciptanya.

    Alam termasuk dunia adalah ciptaan Allah. Antara tujuan diciptakan alam adalah untuk memperlihatkan tanda kebesaran Allah.

    Kehidupan pula dilihat sebagai anugerah Allah kepada makhluknya. Islam melihat kehidupan bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

    Dunia dilihat sebagai medan dalam menentukan sama ada manusia berjaya dalam ujian yang ditetapkan Allah. Kejayaan mereka dilihat apabila berjaya mengenal dan menyembah Tuhan pencipta alam.

    Mengenai balasan baik untuk orang Islam ia adalah benar. Ini kerana Islam itu sendiri bermaksud penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

    Dengan kata lain, orang Islam benar-benar mematuhi segala perintah Allah yang disampaikan para nabi terutama Nabi Muhammad s.a.w.

    Setiap orang menyakini adanya Tuhan yang satu, kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan hari akhirat.

    Balasan neraka diterima orang bukan Islam adalah benar. Begitu juga kepada orang Islam yang derhaka. Balasan sedemikian setimpal dengan segala kepercayaan dan perbuatan mereka.

    Seperti yang diterangkan di atas, semua manusia diberi Allah akal dalam mencari dan mengenal kebenaran. Mereka diberi kebebasan sepenuhnya berbanding dengan makhluk lain. Manusia itu disebut sebagai 'rational being' (makhluk yang berakal). Sekiranya orang bukan Islam melakukan kebaikan di dunia seperti tidak pernah menganiayai orang, malah tutur kata dan sifat peribadinya baik, jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang hanya pada nama, itulah dianjurkan Islam dan agama lain.

    Manusia pada asalnya adalah manusia moral (moral being). Bagaimanapun, Islam melihat ada dua perhubungan utama, iaitu hubungan sesama manusia dan dengan Allah Tuhan Pencipta alam dan manusia.

    Manusia akan dinilai berdasarkan kedua-dua hubungan itu. Manusia yang jahil dan sombong sehingga menafikan Tuhan pencipta alam dimurkai Pencipta-Nya.

    Berkenaan adanya manusia yang hidup terasing seperti Orang Asli, adalah menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

    Mereka juga seperti manusia lain dicipta Allah secara sempurna. Dengan usaha yang gigih, mereka akan dapat memahami cara hidup beragama yang sebenar.

    Agama Islam sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Dalam dunia global sekarang, Islam tidaklah asing kepada semua masyarakat manusia.

    Seterusnya mengenai pembahagian manusia kepada orang Islam dan bukan Islam atau lebih tepat lagi orang beriman dan tidak beriman, semuanya diasaskan kepada kebebasan manusia memilih cara hidup.

    Islam tidak memaksa manusia menganut ajaran Islam. Ajaran Islam diasaskan atas dasar penyerahan diri secara sukarela kepada Allah Tuhan Pencipta segala makhluk.

    Perkara ini jelas apabila al-Quran menegaskan, maksudnya: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu telah datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah."
     (al-Quran, al-Kahfi (18): 28)

    Mengenai rahmat Allah hanya kepada orang Islam, itu tidak sepenuhnya benar. Terdapat dua kategori rahmat, iaitu rahmat umum dan rahmat khusus.

    Rahmat umum dirasakan kepada seluruh alam dan makhluk kerana semuanya dijadikan Allah itu Tuhan sekalian alam dan segala makhluk.
    Cuba perhatikan keadaan sekeliling, diri sendiri, betapa nikmat dan rahmat yang manusia dapat.

    Udara, alam sekeliling, anggota tubuh dan sebagainya semua adalah rahmat dan rahmat Allah.

    Bagaimanapun, rahmat khusus hanya dapat kepada orang yang beriman terutama di akhirat nanti. Ini kerana mereka benar-benar beriman dan melaksanakan segala perintah Allah secara sukarela dan penuh ketaatan.

    Adalah adil sekiranya Allah memberi, mengekalkan dan menambah lagi rahmat dan nikmat di akhirat nanti. Antaranya nikmat syurga dan melihat Allah.

    Ini sesuai dengan nama dan sifat Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim sebagaimana dalam basmalah, iaitu "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi."

    Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam. Risalah Nabi Muhammad s.a.w kepada penduduk dunia seluruhnya sebagai rahmat dan nikmat yang besar. Ini jelas apabila Allah berfirman, maksudnya:

    "Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadikan rahmat bagi sekalian alam."

    (al-Quran, al-Anbiya'(21): 107)

    Dengan menerima ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad, manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Sesiapa yang kufur dan ingkar mendapat 'kecelakaan' di dunia dan akhirat.

    Pembahagian manusia berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, malah lahir pelbagai bangsa dan suku puak, semuanya ada hikmah tertentu.

    Ia terutama bagi umat manusia menjalin hubungan yang sihat antara satu sama lain, seperti kenal mengenali dan bantu membantu.

    Allah berfirman, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya."
    (al-Quran, al-Hujurat (49): 11)

    Sememangnya Allah berkuasa menjadikan mereka umat yang satu. Allah berfirman, maksudnya: "...Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu..."
    (al-Quran, al-Maidah (5): 48)

    Malah Islam melihat semua manusia berasal daripada keturunan yang satu iaitu Adam dan Hawa. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai."
    (al-Quran, al-Nisa'(4): 1)

    Sebelum lahir ke dunia, manusia mengakui Tuhan yang Esa seperti firman Allah, maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firman-Nya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi..."
    (al-Quran, al-A'raf (7):172)



    Jawapan disediakan oleh :
    Dr Abdul Salam Muhammad Shukri .
    Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

    Reply #10 22 August, 2009, 07:14:39 AM
  • Publish

  • Beriman bukan semata-mata menyatakan "percaya adanya Allah s.w.t.". Kerana kepercayaan semacam ini sama seperti orang-orang yang kafir. Mereka juga percaya adanya Tuhan tetapi mereka tidak mengenal Tuhannya tambahan pula untuk menyembahnya. Maka itu mereka sembah ikut akal dan logik semata- mata.

    Bagi orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang didatangi-Nya jauh berbeza penyembahannya dan mempunyai adab dan syarat- syaratnya yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. melalui petunjuk Rasulullah s.a.w.

    Sebab itu menyertakan percaya kepada Allah s.w.t. perlu kepada keyakinan dan tindakan. Ini adalah dasar konsep keimanan yang mesti dilakukan oleh orang-orang beriman.

    Reply #11 22 August, 2009, 07:32:33 AM
  • Publish
  • Kalau ditanya Hindu, Buddha,mahupun yang Kristian, memang mereka percaya ada kuasa mencorakkan takdir, maknanya mereka percaya adalanya Tuhan. Tapi tuhan yang disembah berbeza daripada apa yang dipercayai oleh muslim.
    Sewajarnya, sebagai muslim, kita harus ada ilmu, agar dapat membezakan konsep Allah yang disembah sebagai khaliq, dan bukan sebagai memenuhi tuntutan budaya.

    Reply #12 17 November, 2011, 11:10:00 AM
  • Publish
  • ................ tak boleh mati, melainkan ketika berserah dirimu kepada Allah

    ( wala tamuutun illa wantum muslimun)  bertaqwalah, inshallah

    Jangan keji kebodohan lain orang, sebab kamu diri sendiri tak dapat tentukan kedudukan kamu sewaktu menghadapi malaikat maut

    sekiranya beriman, bertaqwalah, semuga di peliharaNya

    inshallah

    siapakah yang lebih baik?

    ialah sesiapa yang paling banyak menolong lain orang/ lain makhluk

    ialah yang paling bertaqwa

    subhanallah

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    5 Replies
    1764 Views
    Last post 08 April, 2010, 10:29:34 PM
    by dol_bendol
    9 Replies
    1560 Views
    Last post 26 August, 2013, 09:04:51 PM
    by al_ahibbatu
    2 Replies
    94 Views
    Last post 15 November, 2014, 10:36:18 PM
    by Fakir Billah