Dosa Kecil boleh Menjadi DOSA BESAR apabila.........!!!

Author Topic: Dosa Kecil boleh Menjadi DOSA BESAR apabila.........!!!  (Read 4969 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Kasihsayangku123

  • *
  • Posts: 138
    • View Profile
08 July, 2009, 05:50:21 AM
  • Publish Di FB

  • Tazkirah Remaja: Dosa kecil berterusan jadi dosa besar kelak
    Mohd Zawawi Yusoh


    PENULIS kerap ditanya mengenai dosa besar. Jadi, pada kali ini, penulis mengambil beberapa pandangan ulama berkenaan pertanyaan terbabit, semoga pengetahuan kita bertambah dan diri jauh daripada dosa.

    1. Dosa besar. Iaitu dosa dan perlakuan salah yang dijelaskan hukuman dan laknat serta akibat yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.

    Menurut az-Zanabi dalam bukunya al-Kabaair, ada dinyatakan sebanyak 70 dosa besar dan daripada 70 itu diringkaskan kepada jenisnya seperti berikut:

    # Empat jenis di hati iaitu syirik, terus menerus berbuat maksiat, putus asa dan berasa aman daripada seksa Allah.

    # Empat jenis pada lisan iaitu kesaksian palsu, menuduh berbuat zina pada wanita baik-baik, sumpah palsu dan mengamalkan sihir.

    # Tiga jenis di perut iaitu minum arak, memakan harta anak yatim dan memakan riba.

    # Dua jenis di kemaluan, iaitu zina dan homoseksual.

    # Dua macam di tangan iaitu membunuh dan mencuri.

    # Satu di kaki iaitu lari dalam peperangan.

    # Satu di seluruh badan iaitu derhaka terhadap orang tua.

    2. Dosa kecil iaitu dosa yang tidak tersebut di atas.

    3. Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.

    Allah juga berfirman, maksudnya: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui." (Surah Ali Imran: 135)

    Mengenai tindakan sesetengah di antara kita yang menganggap remeh dosa, Rasulullah bersabda maksudnya: "Sesungguhnya seorang mukmin dalam melihat dosanya, bagaikan seorang yang berada di puncak gunung, yang selalu khuatir tergelincir jatuh. Adapun orang fasik dalam melihat dosanya, bagaikan seseorang yang dihinggapi lalat di hidungnya, maka dia usir begitu saja." (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

    Orang yang bergembira dengan dosanya Allah berfirman maksudnya: "Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya." (Surah al-Baqarah: 206)

    Mereka yang berasa aman daripada azab Allah, Allah berfirman maksudnya: "Apakah tiada kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan perbicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan perbicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan derhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan pada diri mereka sendiri: "Mengapa Allah tiada menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?" Cukuplah bagi mereka neraka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah al-Mujadalah: 7)

    Perbuatan maksiat secara terang-terangan, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa di malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah telah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah telah menutupi dosa tersebut semalaman, tetapi di pagi hari dia buka tutup Allah terbabit." (Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

    Yang melakukan perbuatan dosa itu adalah seorang yang menjadi tauladan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memberi contoh di dalam Islam dengan contoh yang jelik, dia akan mendapat dosanya dan dosa orang yang mengikutinya selepas dia tanpa dikurangi dosa terbabit sedikitpun."


    Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20090703093015/Article/indexv_html

    elzuddin

    • *
    • Posts: 580
    • dunia ini bagai melepaskan ikan di air..??
      • View Profile
    Jawab #1 06 August, 2009, 09:12:50 AM
  • Publish Di FB
  • Ana setuju ngan kenyataan anta,jauhilah dosa2 ini....subhanallah...perbnykkanlah beristhifar..sesungguhnya Allah maha pemaaf lg maha pengasihani..


    jawdan

    • *
    • Posts: 318
      • View Profile
    Jawab #2 10 December, 2009, 10:38:03 PM
  • Publish Di FB
  • beristigfar lah kita....NABI S.A.W. beristigfar juga...NABI S.A.W. dijanji kan syurga namun tetap beristigfar...mengapa kita yang tiada jaminan hala tuju di akhirat tidak beristigfar??

    segala silap dan salah saya mohon di maafkan
    * nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..bukan kebendaan
    *Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan.....
    * Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan...

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #3 14 April, 2010, 08:54:29 AM
  • Publish Di FB


  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




    DOSA KECIL BOLEH MENJADI DOSA BESAR APABILA ...................!!!


    Berkata Imam Ghazali   رضي الله عه    didalam Ihya Ulumuddin ;

    Dosa kecil boleh menjadi dosa besar dengan beberapa sebab diantaranya :


    Pertama :    Melakukan dosa tersebut terus menerus.

    Sebab itu dikatakan bukanlah namanya dosa kecil jika lakukannya dengan terus menerus dan bukanlah dikira dosa besar lagi sesudah dipohon keampunan.


    Kedua : Memandang ringan terhadap dosa tersebut.

    Sebab setiap dosa yang dipandang besar dan berat oleh seorang hamba menjadi kecil di sisi Allah Ta’ala.  Menganggap suatu dosa itu sebagai satu perkara yang besar timbulnya dari hati yang kurang senang dan benci terhadap dosa itu.  Perasaan semacam ini akan menahan orang itu dari melakukan dosa yang sama pada kali keduanya, sebab dirasakan terlalu berat untuk ditanggung.

    Orang yang memandang enteng terhadap suatu dosa yang dialkukakannya itu, justru telah biasa dengan dosa itu , sehingga kesan dosa tersebut telah melekat dihatinya.

    Ada yang meriwayatkan orang Mu’min memandang dosanya seperti gunung di atas kepalanya yang pada bila2 masa saja akan menimpanya. Sedangkan orang munafiq pula memandang dosanya seperti seekor lalat yang menghinggap di batang hidungnya, lalu diusirnya.



    Ketiga :   Gembira dan senang ketika melakukan dosa tersebut.

    Setiap kali ia merasakan sedap dan lazat ketika melakukan dosa kecil, maka akan menjadi besarlah dosanya dan berat pula akibatnya, sehingga meninggalkan kesan yang hitam dalam hati pelakunya.



    Ke Empat : Memandang remeh apabila Allah Ta’ala menutupi dosanya.

    Ia menganggap penyantunan Allah dan penagguhanNya itu sesia belaka, padahal yang sebenarnya penangguhan itu tidak lain, melainkan kerana  Allah sangat Murka terhadapnya, lantaran itu dia membiarkannya bertambah dosa.

    Manakala orang yang melakukan dosa itu mengira bahawa Allah Ta’ala telah membiarkannnya kerana InayahNya, sebab didapati dirinya terlepas dari balasan Allah, padahal dia terus menerus meklakukan ma’siat.  Orang ini adalah terkeliru kerana bodoh disebabkan sifat ghurur yang telah menguasainya.



    Ke Lima :   Bermegah (dengan menyebut2)  melakukan dosa!


    Dia bermegah diri kerana melakukan sesuatu ma’siat, iaitu dengan menyebut-nyebutnya kepada orang lain, atau dia membuatnya terang-terangan dihadapan orang ramai tanpa segan silu lagi.  

    Inilah suatu jenayah yang berat atas diri sendiri sebab dosa yang telah di ututp oleh Allah ta’ala, lalu dibukakannya suapaya orang dapat menyaksikannya, sehingga yang demikian itu akan menarik minat orang lain yang mendengar, atau melihatnya untuk melakukan pula kejahatan yang sama.

    Andaikata orang yang mendengar turut melakukan dosa yang sama dan yang melihat pun ikut membuat kejahatan itu pula, maka akan bertambah la dua jenayah lagi terhadap jenayah yang pertama tadi.

    Kini dosanya telah menjadi tiga, yang mana keadaannya menjadi lebih buruk lagi.

    Andaikata tujuan menunjuk2 ma’siat yang dilakukannya itu ialah untuk menggalakkan orang lain supaya melakukan yang sama, maka menjadilah ia jenayah yang keempat.

    Dengan itu dosa yang memang telah buruk itu akan menjadi lebih buruk lagi.



    Ke Enam :  Orang Alim (pemimpin agama)  melakukan dosa terang2an


    Jika orang yang membuat dosa itu seorang alim yang mempunyai pengikut yang ramai dan perbuatannya itu akan diikuti pula oleh orang lain. Dengan sebab itu, maka dosa kecil yang ia lakukan itu menjadi besar pula[/b][/u].


    Sabda Rasulullah   صلى الله عليه وسلم

    “Sesiapa yang menganjurkan suatu perbuatan yang buruk (jahat), maka ia akan menaggung dosanya dan dosa orang2 yang mengikutinya, tiada terkurang walau sedikitpun dari dosa2 mereka itu.”


    Sebagaimana dosa si alim itu akan berganda2, jika orang lain mengikut jejak langkah dosa itu,    Begitu juga pahalanya akan berganda2 pula, jika orang lain mengikut amalan baik yang dianjurkan olehnya.  



    Ya Allah Ya Tuhan Kami !  Peliharalah kami dari terjerumus kedalam penderhakaan kepada Engkau!   Ampunilah sekalian dosa kami ; besar maupun kecil, zahir maupun batin!   Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Melindungi hamba2Mu!


    Wallahu A’lam



    « Last Edit: 14 April, 2010, 08:57:35 AM by PAK ARAB »
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    Nor_207

    • *
    • Posts: 908
    • Just be yourself
      • View Profile
    Jawab #4 14 April, 2010, 09:27:21 AM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum Pak Arab,

    Bagaimana ye kita ingin menghilangkan rasa bersalah dalam diri atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan?  Dosa-dosa yang lepas membuatkan seseorang itu rasa dirinya kotor dan kurang keyakinan kerana bimbang jika dosa itu tidak diampunkan.
    Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis

    mujahidahmuda

    • *
    • Posts: 239
      • View Profile
    Jawab #5 14 April, 2010, 09:44:55 AM
  • Publish Di FB
  • Selalulah solat sunat taubah...Ingatlah, selangkah kita dekat pada Allah, seribu langkah DIA dekat dengan kita.

    Allah itu Maha Pengampun..Apabila kita beribadah, dan kita rasa tenang..rasa redup di hati..itulah salah satu tanda bahawa dosa kita diampunkan.
    Sekadar Menterjemah Apa Yang Tersirat Di Minda

    ananul farhana

    • *
    • Posts: 60
      • View Profile
    Jawab #6 14 April, 2010, 09:50:41 AM
  • Publish Di FB
  • Selalulah solat sunat taubah...Ingatlah, selangkah kita dekat pada Allah, seribu langkah DIA dekat dengan kita.

    Allah itu Maha Pengampun..Apabila kita beribadah, dan kita rasa tenang..rasa redup di hati..itulah salah satu tanda bahawa dosa kita diampunkan.


    na'am..ana setuju...solat boleh eratkan hubungan kita dgn ALLAH..sbhanallah...
    hidup nie sentiasa rasa rindu untk melakukan kebaikan..^_^
    yaALLAH pelihara la hati2 kami...ameen
    Ya- Allah..Ya- Rahman.. Ya-Rahim..
    ampunilah dosa ku..

    Ya- Allah..Ya-Robi..
    Kasihilah dan redhailah daku...

    tasnim_zue

    • *
    • Posts: 250
    • senyum sokmo....^_^
      • View Profile
    Jawab #7 14 April, 2010, 10:19:14 AM
  • Publish Di FB
  • ASTAGHFIRULLAHALAZIM...
    dosa yang sering dilakukan akan tidak terasa dosa apabila hati telah hitam...
    ya Allah...
    bersihkan hati2 kami...
    berilah nur hidayah-Mu kepada kami...
    Tempuhilah setiap ujian yang datang dengan tenang.Kerana ia adalah tanda kasihnya ALLAH pada hamba-Nya.

    mujahidahmuda

    • *
    • Posts: 239
      • View Profile
    Jawab #8 14 April, 2010, 10:20:54 AM
  • Publish Di FB
  • Ya Allah..dosaku menggunung tingggi
    Tapi taubatku, takku tepati
    Tuhan, rahmatMU melangit luas
    Namun sedikit aku bersyukur.

    evori

    • *
    • Posts: 94
      • View Profile
    Jawab #9 14 April, 2010, 11:08:15 AM
  • Publish Di FB
  • Quote
    Ke Lima :   Bermegah (dengan menyebut2)  melakukan dosa!

    kadang2 terkeluar juga dri mulut ini..
    nauzubillah

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #10 14 April, 2010, 01:06:46 PM
  • Publish Di FB




  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



    DILEMA PELAJAR UNIVERISITI

    Ramai penuntut universiti bertanya, bagaimana keadaan kami menghadapi wanita2 di universiti?   Kami terdedah kepada memandang mereka didalam kelas dan bilik2 kuliah.  Macamana nak palingkan pandangan sedangkan mereka duduk depan kiri kanan. Sesekali  terpandang lama juga!!!

    Kami terpaksa bergabung didalam buat kerja2 assignment.  Macaman kami nak elakkan daripada berbuat dosa2 ini?  Bukankah ini termasuk mengekalkan dosa kecil?


    Jawapan :

    Memang di zaman ini hampir semua perbuatan dan pandangan kita terdedah kepada dosa. !!!

    Salah satu sebab utama adalah sistem jahiliyyah yang sedang diamalkan oleh keseluruhan pemerintahan negara.  Di universiti2 juga sistem ini menjadi sebab pelajar2 terdedah kepada ma'siat dan kemungkaran!


    Pak Arab selalu bagi nasihat kepada pelajar2:

    1. Jauhkan/elakkan sebanyak mungkin pertemuan dengan wanita. 
    2. Jauhkan sama sekali  menghadiri pertemuan/ gathering yang bercampur lelaki-wanita.
    3. Banyakkan istighfar dan solat taubat.. atas kelemahan diri tak dapat keluar dari sistem jahiliyah ini.
    4. Banyakkan zikir "La-ilaha Illa-Allah"    sebgai penebus dosa pandangan dan pergaulan yang tidak terduga.

    Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita dan tidak menyiksa kita di akhirat nanti di atas kelemahan kita ini!!!


    Wallahu A'lam






    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #11 14 April, 2010, 06:02:49 PM
  • Publish Di FB
  • Assalamualaikum Pak Arab,

    Bagaimana ye kita ingin menghilangkan rasa bersalah dalam diri atas dosa-dosa yang pernah kita lakukan?  Dosa-dosa yang lepas membuatkan seseorang itu rasa dirinya kotor dan kurang keyakinan kerana bimbang jika dosa itu tidak diampunkan.




    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركات




    Memang tidak dinafikan adakalanya hati seseorang di rundung perasaan yang bersalah yang bersangatan sehingga merasa dirinya terlalu kotor dan keji berhadapan dengan Allah. Dosa2 silamnya menguasai diri sehingga mencengkam perasaannya.  Terasalah dirinya tidak layak hidup di dunia apalagi mendapat kebaikan di akhirat !   

    Bagi seseorang yang didatangi perasaan ini, dia patut bersyukur kerana Allah Ta’ala masih memberikan peluang keinsafan dan peluang taubat padanya.  Jika tidak tentu Allah Ta’ala akan membiarkannya!


    Pertama :
    Ketahui lah bahawa setiap manusia melakukan kesalahan. Sebaik2 manusia adalah yang menyucikan dirinya dengan melakukan Taubat Nasuha.


    Sabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :


    “Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]



    Kedua:
    Tanamkan keyakinan bahawa Allah Ta’ala itu Maha Pengampun dosa2 hamba2Nya.  Walau bagaimana banyak dan besar pun dosa hamba itu, jika dia benar2 insaf dan taubat dengan Taubat Nasuha, nescaya Allah Ta’ala mengampuninya. Ini janji Rasulullah صلى الله عليه وسلم        :

    "Tuhan kita Yang Maha Suci dan Maha Tinggi akan turun  pada setiap malam ke langit dunia ini (yaitu) pada sepertiga malam yang terakhir, kemudian ia akan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkan (doa)nya dalam setiap malam. Barangsiapa yang meminta
    kepada-Ku maka Aku akan memberikan kepadanya. Dan, barangsiapa yang memohon ampunan kepada-Ku maka Aku akan mengampuninya'." (Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Tirmidzi).




    Allah Ta’ala memberikan janjinya didalam Hadis Qudsi :


    Firman Allah didalam Hadis Qudsi :
     “Wahai anak adam, sesungguhnya engkau telah berdo’a pada-Ku dan mengharap pada-Ku, Aku telah ampunkan dosa-dosamu dan Aku tak menghiraukan. Wahai anak adam, andaikan dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau meminta ampunan pada-Ku, Aku akan mengampunimu, dan Aku tidak menghiraukan. Wahai anak Adam, andaikan kamu datang pada-Ku dengan kesalahan sebesar Bumi, kemudian engkau tidak pernah mensekutukan pada-Ku dengan suatu apapun, Aku akan datang padamu dengan ampunan sebesar bumi pula.”




    Ketiga  :
    Jangan sesekali putus asa Rahmat Allah dan KeampunanNya kerana sifat orang beriman adalah dia tidak pernah putus asa dari Rahmat Allah.

    Jika datang keraguan dan bisikan seolah2 Allah Ta’ala tak menerima taubat kita, buanglah jauh2 kerana itu adalah bisikan Iblis supaya kita  berasa lemah dan tidak bertaubat.  Apabila seseorang tidak bertaubat maka terbuka luas lagilah  peluang bagi Iblis untuk menyesatkannya. 



    Keempat :
    Selepas melakukan taubat yang sungguh2 cuba periksa ada atau tidak tanda2 taubat diterima oleh Allah. 

    Tanda2 Allah Ta’ala menerima taubat :
    1.    Hatinya akan merasai ketenangan dan kelapangan yang tidak dirasai sebelumnya. Kerana seseorang yang bertaubat dengan taubat Nasuha, adalah seperti seorang yang tidak berdosa. Hatinya telah disucikan oleh Allah Ta’ala. Maka yang tinggal dalam hatinya adalah cahaya keimanannya.

    2. Hatinya cenderung dan kuat keinginannnya untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Ta’ala serta berbuat amalan kebajikan yang lain kepada manusia seperti bersedekah dll.

    3. Anggota tubuh zahir dan batinnya di abdikan untuk mengikut petunjuk Allah.

    4. Hatinya sangat membenci ma’siat serta perbuatan kufur kepada Allah Ta’ala.

    5. Hidupnya penuh kedamaian. Walaupun rezekinya sedikit tetapi memadai serta mencukupi bagi kehidupannya.



    Jika merasakan tidak puas hati teruskanlah taubat dengan merayu dan menangis dihadapan Allah!   Sungguh Allah Ta’ala Maha Mengasihani hamba2Nya!

    Semoga Allah Ta’ala menerima taubat kita dan masukkan kita kedalam hamba yang diredhaiNya!



    Wallahu A’lam


    misz_sha

    • *
    • Posts: 11
      • View Profile
    Jawab #12 28 June, 2012, 05:28:54 PM
  • Publish Di FB
  • Dulu saya banyak melakukan dosa... samada yg sedar atau yg tidak sedar, tp alhamdullilah syukur ke hadrat Allah, saya diberi hidayah dan pentunjuk daripda Allah ketika saya dlm keadaan sakit (Berpunca drpada Gangguan SAKA), saya bertaubat, tetapi adakalanya iman saya tidak kuat untuk menghindari godaan syaitan, maka sy akan melakukan kembali dosa tersebut dan membuatkan rasa bersalah dengan Allah membuak2.. setiap hari saya berdoa dengan Allah supaya dikekalkan iman saya dan kekalkan sy dlm keadaan berhijrah (ke arah kebaikan)...

    Saya membuat perubahan ke ats diri saya sikit demi sedikit, spt tidak lagi meninggalkan solat, Menutup aurat (Walaupun tidak sesempurna muslimah yg lain), mengaji and etc, tetapi ada certain2 dosa yg amat sukar untuk sy tinggalkan (wlupun kurang melakukan sbb menahan diri daripada melakukannya)... saya berdoa kepada Allah supaya saya tabah menghadapi dugaaan yg diberikan..

    kdg2 saya terpikir adakah Allah menerima taubat saya..sedangkan byk sgt dosa yang saya lakukan...

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    38 Replies
    5041 Views
    Last post 07 July, 2011, 04:33:36 PM
    by flowerpink
    15 Replies
    2517 Views
    Last post 19 November, 2010, 11:57:35 PM
    by dollmatt
    7 Replies
    1035 Views
    Last post 11 August, 2012, 04:16:15 PM
    by napy8gen