Tanda-Tanda si dia Suami Orang.....

Author Topic: Tanda-Tanda si dia Suami Orang.....  (Read 4681 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Abi Naim

  • *
  • Posts: 275
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
07 July, 2009, 10:02:02 PM
  • Publish Di FB
  •  :)

    Sedikit tip untuk wanita mana tahu rupanya anda 'ter'bercinta dengan suami orang.

    1. Bila berbual dengan anda matanya tidak memandang wajah atau muka anda kerana takut pembohongannya dikesan.

    2. Ketika sedang berjalan-jalan dengan anda matanya liar memerhatikan sekeliling kerana dia khuatir terserempak dengan rakan-rakan isterinya atau saudara mara.

    3. Jarang mengajak anda makan di tempat terbuka untuk menjaga line dengan makan di tempat-tempat yang sulit dan tersembunyi.

    4. Sukar untuk menghubungi telefon bimbitnya kerana sering tidak dapat dihubungi kerana sebenarnya dia menggunakan 2 atau 3 talian (sim card) dan anda hanya mempunyai nombor talian yang dikhaskan untuk menggatal.

    5. Sama sekali tidak akan mengajak anda datang ke rumahnya untuk bertemu kedua orang tuanya.

    6. Dalam keretanya ada tanda-tanda kehadiran budak kecil seperti anak patung, selipar, puting ataupun tompok-tompok berbau susu di kusyen kereta.


    7. Bila bersembang tentang rahsia wanita, pengetahuannya luarbiasa kerana dia sendiri pernah tinggal serumah, sebilik dan sekatil dengan wanita.

    8. Tahap kemiangan dan kegatalannya melampau, mungkin kerana terlalu di kongkong oleh ieterinya. Bila memandang tubuh anda, matanya menakutkan (tafsir sampai ke dalam kata orang tua).

    9. Perutnya buncit atau boroi kerana makan dan minumnya dijaga oleh isteri mithali yang baik dan setia di rumah.

    10. Bila telefon bimbitnya berbunyi, dia akan pergi ke tempat yang agak jauh dari anda untuk menjawabnya atau jika di dalam kereta dia akan membiarkan telefon berbunyi tanpa menjawabnya selepas melihat nombor yang terpapar di screen kerana yang menelefonnya adalah isterinya.

    Dijemput semua muslimin menghadiri Ijtimak Tabligh Malaysia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai ini di Masjid Kuarters KLIA Bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang http://wikimapia.org/962187/Klia-Quarters

    zahirah_s

    • *
    • Posts: 53
      • View Profile
    Jawab #1 07 July, 2009, 10:31:12 PM
  • Publish Di FB
  • saya baru sahaja sekitar satu tahun beralih dari alam belajar ke alam pekerjaan...banyak benda yang saya belajar pasal `suami orang` walaupun saya belum bersuami. lumrah bagi sesebuah tempat kerja ada teruna, ada gadis, ada isteri ada suami... pengalaman sendiri, (bukan semua suami org macam ni) suami org kalau nak `mengusik` anak dara memang no one! kadang saya pun tak selesa dgn seorang rakan sekerja yg suka mengusik saya, ada ja modal dia guna nak menyakat saya. saya pernah melihat ister lelaki tersebut, masyaAllah sangat cantik, nampak sopan, ayu, punya isteri begitu masih `menggatal` di tempat kerja... waallahhualam
    may Allah bless us

    Ummi Munaliza

    • *
    • Posts: 14528
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Jawab #2 07 July, 2009, 10:46:04 PM
  • Publish Di FB


  • Tanda dia suami orang ,

    1. Ada kad akad nikah macam my kad. kalau my kad, gambar satu, tetapi kad nikah ada 2 keping gambar

    2. Ada surat nikah, berpengalaman dan boleh membantu menguruskan pernikahan orang lain

    3. Bila berbual, sangat bertapis...asyik sebut orang rumah...

    4. Menjaga pandangan, sebab isteri di rumah dah sedia menanti.

    5. Tak suka ke pasar seorang diri...atau bershopping seorang diri...

    6. Ringan tangan membantu orang buat kerja...



    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    otramen_mebius22

    • *
    • Posts: 598
    • SKYPE: azlan_sadan
      • View Profile
    Jawab #3 29 July, 2009, 05:30:14 PM
  • Publish Di FB


  • Tanda dia suami orang ,

    1. Ada kad akad nikah macam my kad. kalau my kad, gambar satu, tetapi kad nikah ada 2 keping gambar

    2. Ada surat nikah, berpengalaman dan boleh membantu menguruskan pernikahan orang lain

    3. Bila berbual, sangat bertapis...asyik sebut orang rumah...

    4. Menjaga pandangan, sebab isteri di rumah dah sedia menanti.

    5. Tak suka ke pasar seorang diri...atau bershopping seorang diri...

    6. Ringan tangan membantu orang buat kerja...





    wah...sy nak jd mcm ni....

    dba

    • *
    • Posts: 207
    • its hard but everything going to be fine
      • View Profile
    Jawab #4 28 December, 2009, 12:14:14 AM
  • Publish Di FB
  • Tapi ada juga suami orang yangtak macam ciri-ciri yang disebut...
    Kalau miang tu miang jugak!!

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #5 28 December, 2009, 02:00:50 AM
  • Publish Di FB
  • بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Maaf tulis, PAK ARAB hairan apa tujuan sebenar thread ini dibuka sedangkan sudah sedia ma'lum perbuatan 'bercinta' adalah nyata dilarang agama. Agaknya tak cukup ke banyak topik2 pengharaman ini.  Atau masih ada tak yang sedar pengharamannya.

    Bukan masalah di sini lelaki yang sudah berkahwin atau bujang, hukumnya tetap sama.  Jadi memanjangkan cerita2 cara mengenal lelaki untuk bercinta, nyata terlarang!


    Wassalam
    « Last Edit: 28 December, 2009, 02:02:53 AM by PAK ARAB »
    NAIKLAH BAHTERA PEWARIS NABI,
    PEGANGLAH TALINYA SEKUAT HATI,
    KAFILAH KESUCIAN TIDAK AKAN BERHENTI,
    DISANA FAJAR MENUNGGU MENTARI.....!

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #6 28 December, 2009, 02:04:30 AM
  • Publish Di FB
  • Yang Ummi bagi tu ciri2 suami orang yang soleh....
    Yang ABi Naim bagi tu ciri2 suami orang yang miang kut...

    okaja* okaja* okaja*

    Setuju..setuju sama kamu..
    :senyum:..
    Suami yang soleh sentiasa teringatkan anak isteri di rumah..

    khalila

    • *
    • Posts: 1032
      • View Profile
    Jawab #7 28 December, 2009, 02:47:46 AM
  • Publish Di FB
  • Itulah masalahnya..
    Bahkan ada yang sudah tahu bahawa "couple" itu haram..
    tapi mereka masih tidak kuat untuk menolaknya..
    Mungkin kerana majoriti ini amat mempengaruhi mereka..
    lihat sahaja di media massa mahupun media elektronik..
    CINTA..CINTA dan CINTA..
    Lagi pula keadaan keluarga yang pemikirannya agak terbuka..
    Memang menggalakkan "kenal" dulu..baru kahwin...
    Kalau setakat sebelah pihak saja yang faham,agak susah juga mahu ditegakkan walaupun ia kebenaran..

    ~~sekadar pandangan dari insan yang dhoif~~

    Allahu a'lam

    PAK ARAB

    • *
    • Posts: 288
      • View Profile
    Jawab #8 28 December, 2009, 03:12:29 AM
  • Publish Di FB

  • Jangan pelik dengan masalah "bercinta" kerana dah wujud dalam masyarakat kita yang mana mereka tak tahu pun yang berzina tu suatu dosa besar....bukan sekadar tak tahu sebagai suatu dosa besar...malah tak tahu pun yang zina tu suatu dosa....Jadi kalau kita nak saling menyalahkan, benda ni tak akan selesai...
    Sama2 la kita berjuang memberi ilmu kepada yang jahil tanpa rasa putus asa...tanpa rasa jemu...tanpa rasa geram....
    Mudah2an Allah memberkati usaha kita.



    بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
    السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


    Syukran kepada Kak Long Hati.....

    Bukan saling menyalahkan dan bukan jemu, bukan juga geram..... menyampaikan ilmu,  (maaflah Pak Arab nampak macam geram ke ....)   ceria*  sebenarnya Pak Arab terasa geli hati melihat yang menulis dan yang membalas ....! 

    Dan yang agak menjadikan Pak Arab  hairan....kita yang sudah tahu hukum pun berpanjang-panjangan dalam bercerita tanpa menjelaskan kedudukan sebenar sesuatu perkara.   Kita faham masing2 ada cara tertentu.   Tetapi semua cara dan kaedah perlu menuju kepada matlamat penyampaian.  Kalau sekadar melayan tanpa tujuan ini adalah perbuatan (laghwun) sia-sia yang ditegah. 

    Masa yang kita ada terlalu sedikit berbanding dengan kewajipan yang tertanggung atas kita.  Gunakanlah masa yang Allah beri sebaik-baiknya.  Jika kita dapati satu2 thread yang dibuka tidak sesuai apalagi bercanggah dengan hukum, semua yang berpengalaman di sini (macam Kak Long Hati) wajib mencari jalan bagaimana mengarahkan sesuatu topik itu supaya berubah kepada kebaikan.  Kita boleh berikan kiasan2 dan cerita2 atau kisah2 tapi pastikan ianya bersesuaian dan menuju matlamat membersihkan kesamaran. 

    Jangan terasa hati Kak Long Hati.....!  Sama2 nasihat menasihati....."Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerugian. Kecuali yang berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"     ceria*


    Wallahu A'lam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    20 Replies
    39915 Views
    Last post 17 June, 2012, 04:10:55 AM
    by azrinkun
    1 Replies
    6836 Views
    Last post 28 May, 2012, 01:06:40 AM
    by 123456
    6 Replies
    15643 Views
    Last post 18 May, 2014, 11:23:55 AM
    by al-baab