BAHAN-BAHAN UNTUK BERDAKWAH

*

Author Topic: BAHAN-BAHAN UNTUK BERDAKWAH  (Read 7663 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

abu atiyah

  • *
  • Posts: 387
    • View Profile
06 June, 2007, 08:14:54 AM
  • Publish
  • ARTIKAL INI BOLEH DIBUAT PHOTOSTAT DAN BOLEH DISEBAR DI PASARAYA-PASARAYA DI TEMPAT ANTUM...INSYAALLAH MOGA DAPAT MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA REMAJA-REMAJA


    NOT ME NOT NOW


     I LOVE U...  I MISS U... AKU CINTA PADAMU...

    Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg sering dituturkan mereka yg sedang 'mabuk cinta'. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah kita semua jelas dan memahami akan makna disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk membabitkan diri dlm perkara ini.

     Cinta sebenarnya adalah 'MAHABBAH' yg bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn wang ringgit.


    Seperti lagu Aris Ariwatan 'Cinta Tak Kenal Siapa' dan nyanyian kumpulan Budak Kaca Mata 'Cinta Tak Perlu Dipaksa'.


    Berbalik kpd 'MAHABBAH' tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam tasawuf, 'MAHABBAH' beerti patuh kpd ALLAH dan membenci perbuatan yg menyalahi perintahNya. 

    Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-

    "... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54

    " Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31 

    Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta pada org lain'


    Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT. 

    Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd pandangan anda???

    Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta???

    Atau...

    adakah dgn ucapan romantis serta berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya cinta suci???


    Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan sdgkan pada masa yg sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan utk sama2 mendarat di pulau impian???

    Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!!  Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN... 

    Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yg meyakinkan insan yg dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh drp sikap yg penuh sopan santun itu, kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.


    INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh... Ia juga bukan spt cinta atr 'Romeo dan Juliet', mahupun cinta 'Laila dan Majnun'...

    Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali dgn Fatimah.

    Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban. 


    Wahai REMAJA...

    Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta, namun bukan bermakna blh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG... InsyaAllah... 

    Wallahu'Alam...



    Sila sebarkan kata2 ini pada sahabat2 yang lain... sesungguhnya ini adalah salah satu jln utk berdakwah dan menasihati diri kita serta sahabat2 kita yg lain... semoga anda semua dicucuri Rahmat dari ALLAH SWT... Wassalamualaikum wbt
    " Berpuluh tahun kita meninggalkan asal usul kita, demi mencari pengertian sebuah kehidupan. Namun tidak salah untuk kita kembali jatuh cinta pada dunia yang pernah membesarkan kita, dan di sinilah bermulanya kehidupan sebenar "

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #1 07 June, 2007, 10:29:16 AM
  • Publish
  • Untuk berdakwah mengunakan gambar kartun..antum boleh layari web site ini
      Komik | dakwah.info

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #2 07 June, 2007, 10:39:48 AM
  • Publish
  • ..nilah cara yg mudah ntuk brdakwah kpd kanak2...
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #3 29 June, 2007, 04:45:37 PM
  • Publish
  • Pengenalan kepada bible..
     


    Kitab Bible

    1) ‘Bible’ berasal daripada perkataan Greek ‘Biblos’ yang bermaksud Collection of Books (himpunan beberapa buah buku).

    2) Ini adalah kerana kitab Bible merupakan sebuah buku besar yang menghimpunkan beberapa buah buku kecil yang ditulis oleh penulis-penulis yang berbeza.

    3) Kitab Bible terbahagi kepada 2 bahagian; The Old Testament (Perjanjian Lama) yang mengandungi 39 buah buku kecil, dan The New Testament (Perjanjian Baru) yang mengandungi 27 buah buku. Maka jumlah kesemua buku-buku kecil di dalam kitab Bible adalah 66 buku menurut mazhab Protestant. Manakala bagi mazhab Roman Catholic pula, mereka menambah 7 buah buku lagi ke dalam kitab Bible mereka dan menjadikan jumlah keseluruhannya 73 buah buku.

    4) Kitab Bible mempunyai beberapa versi yang sangat berbeza antara satu sama lain. Antara versi yang terkenal adalah King James Version, Revised Standard Version dan kini, New International Version.

    5) Perbezaan versi kitab Bible adalah sangat berbeza dengan perbezaan versi terjemahan Al-Quran, kerana perbezaan versi terjemahan Al-Quran hanyalah melibatkan perbezaaan dalam pemilihan kata yang sesuai dan ianya bergantung kepada penterjemah itu sendiri. Manakala perbezaan versi di dalam kitab Bible pula melibatkan penambahan serta pengurangan ayat yang difikirkan sesuai oleh golongan cerdik pandai mereka.

    6) 5 kitab pertama di dalam Old Testament; iaitu Genesis, Exodus, Leviticus,Numbers & Deutronomy, dipercayai oleh penganut Kristian sebagai telah diwahyukan kepada Nabi Musa a.s. Namun ianya bukanlah kitab Taurat sepertimana yang diimani oleh umat Islam, kerana jika dikaji dari sudut bahasa, ia merupakan catatan sejarah yang sebenarnya ditulis oleh pihak ketiga, bukannya oleh Nabi Musa a.s. sendiri.

    7) Manakala 4 buku pertama di dalam New Testament pula; iaitu Matthew, Mark, Luke & John, dinamakan sebagai Gospels; iaitu kitab yang mencatat perjalanan hidup Nabi Isa a.s.

    8) Old Testament yang asal dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Hebrew (Ibrani), manakala New Testament pula dipercayai telah direkodkan menggunakan bahasa Greek. Kemudiannya ianya telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dari seluruh dunia, termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Indonesia dan bahasa Arab.

    9) Konsep kepercayaan golongan Kristian terhadap Kitab Bible adalah sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan konsep kepercayaan umat Islam terhadap Al-Quran.

    10) Mereka tidak berpegang kepada konsep ‘Verbal Revelation’ (wahyu secara harfiyyah atau perkataan demi perkataan) sepertimana yang umat Islam percaya terhadap Al-Quran.

    11) Bagi umat Islam, wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan Jibrail a.s. dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan berubah kandungannya, mahupun struktur ayatnya walaupun satu huruf sehinggalah hari Kiamat. Perbezaan akan wujud hanya di dalam versi terjemahan yang berbeza, kerana penterjemah yang berbeza semestinya mempunyai pemilihan kata yang berbeza.

    12) Namun bagi golongan Kristian, mereka mempercayai bahawa ‘Holy Spirit’ atau ‘Ruhul Qudus’ (dipercayai sebagai elemen ketiga dalam konsep trinity selain Tuhan Bapa & Jesus) telah memberi ilham kepada individu-individu tertentu untuk menulis wahyu yang hendak disampaikan berdasarkan kefahaman masing-masing.

    13) Kerana itulah para pengkaji Bible amat pelik melihat persamaan teks (perkataan demi perkataan) yang terdapat antara 2 Kings 19:1-37 dan juga Isaiah 37:1-37. Tidak mungkin 2 individu berbeza yang jarak masa antara satu sama lain menjangkau ratusan tahun (kerana 2 Kings merupakan salah satu buku daripada Old Testament, manakala Isaiah merupakan salah satu buku daripada New Testament) mempunyai pemilihan kata yang sama dalam mengarang sesuatu teks tertentu secara kebetulan.

    14) Dalam undang-undang penulisan dan karangan, ianya dinamakan sebagai ‘Plagiarism’ atau ciplak.

    15) Terdapat juga beberapa buah buku di dalam New Testament (seperti Hebrews) yang sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti lagi siapakah penulisnya.


     
     

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #4 09 July, 2007, 08:10:01 AM
  • Publish
  • ARTIKAL INI JUGA BOLEH DIGUNAKAN UTK PROGRAM DAKWAH MASYARAKAT ISLAM ..SILA PHOTOSTAT DAN SEBARKAN

    KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.


    Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!",jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

    Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
    Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
    Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untukmengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

    Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa
    dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

    "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
    menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya
    Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

    "Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

    "Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya  mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

    Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil  Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

    "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
    Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
    tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

    "Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda.
    Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

    "Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam.. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
    terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

    "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala  anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...

    RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

    TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

    UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA  DIRI!!

    JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #5 26 September, 2007, 03:22:54 PM
  • Publish
  •   PELIHARALAH  DIRI ANDA

    Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
       
    “Hai nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menutup badan mereka dengan jilbab (bertudung). Demikian itu adalah supaya mereka lebih mudah dikenali (sebagai orang yang beriman) agar mereka tidak diganggu lelaki yang jahat. sesugguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

    Sebuah Hadis yang diriwyatkan oleh Abu Daud dari Aisyah r.a bahawa Asma’ binti Abu Bakar pernah masuk ke rumah nabi dengan berpakaian nipis, kemudian Nabi memalingkan mukanya sambil bersabda:

    “Hai Asma’! sesungguhnya perempuan apabila sudah baligh tidak patut menampakkan badannya kecuali ini dan ini (Rasulullah menunjukkan tapak tangan dan mukanya).”

    Islam mengajar ummatnya memelihara kesucian bukan sahaja kesucian hati (iman) tetapi juga cara ummatnya berpakaian sebagai pencegahan kepada gejala yang lebih buruk seperti rogol, zina, hamil tanpa nikah dan membunuh.

    Wanita Islam yang sudah baligh diwajibkan memelihara aurat mereka sebagaimana. yang di jelaskan Al-Quran dan  Al Hadis..

    i.   Pakaian tersebut hendaklah longgar dan tidak sempit atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan atau susuk tubuh.
    ii.   Pakaian tersebut tidak nipis hingga menampakkan bayangan tubuh dari luar.
    iii.   Pakaian tersebut tidak menarik perhatian lelaki sama ada terbelah atau terdedah.
    iv.   Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian lelaki.
    v.   Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian wanita musyrik dan kafir.

    Sebagai pemimpin Islam sama ada ketua keluarga, ketua masyarakat apalagi ketua negara kita wajiblah membimbing wanita kita agar menjadi ahli syurga dan membiasakan remaja menutup aurat mereka sejak kecil kerana seksaan Allah janjikan kepada mereka yang mendedahkan aurat mereka adalah sangat berat.

    Ketika Israk dan Mikraj Rasulullah saw melihat kaum perempuan diazab dalam neraka dengan berbagai azab diantaranya perempuan yang digantung dengan rambutnya hingga mengelegak otak mereka. Rasulullah menerangkan:
    Adapun perempuan yang digantung dengan rambut mereka itu adalah kerana dahulu (di dunia) mereka tidak menutup rambut mereka dari pandangan lelaki bukan muhrim.

    Sabda Rasulullah lagi:
    Sesungguhnya termasuk ahli neraka, perempuan-perenpuan yang berpakaian tapi terlanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain membuat maksiat…mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”
     

    p/s Boleh diphotostat dan diedarkan

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #6 26 September, 2007, 03:27:01 PM
  • Publish
  •    ANDA BIJAK JAUHI ZINA

    Allah berfirman dalam surah Al-Israk ayat 32 yang bermaksud:

    “Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat.”

    Sememangnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan kotor sehinggakan Allah memerintahkan mereka yang berzina mesti dihukum dengan 100 kali sebatan sebagaimana Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat ke 2 yang bermaksud:

    “Perempuan-perempuan dan laki-laki yang berzina hendaklah keduanya didera (sebat) dengan masing-masing 100 deraan (sebatan).”


    Mungkin kerana hukuman yang diwajibkan oleh Allah ditentang serta sistem kawalan masyarakat dan pihak yang bertanggungjawab terlalu lembab ditambah lagi dengan ceteknya ilmu, dengkalnya iman menyebabkan kes zina makin merebak.

    Amat malang lagi sekiranya mereka yang terus dengan perbuatan hina ini mati sebelum bertaubat, kerena seksaan di akhirat lebih dahsyat dari 100 kali sebatan.

    Rasulullah saw ketika Israk Mi’raj diperlihatkan Allah satu kumpulan manusia yang terdiri dari lelaki dan perempuan yang sangat hebat penyeksaan dan azab yang ditimpakan kepada mereka. Mereka digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka sedang dari kemaluan mereka keluar nanah dan danur yang sangat busuk sehingga ahli-ahli neraka sendiri mengharap dan mengeluh meminta mereka agar dijauhkan dari penzina tersebut.

    Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
    “Takutlah kamu berbuat zina kerana bagi mereka yang berzina mereka diberikan 6 macam bala dan seksaan.

    Tiga bala sewaktu di dunia iaitu:
    •   Allah mengurangkan rezekinya
    •   Hilang keberkatan hidupnya
    •   Seksaan sewaktu nyawanya dicabut
    [/b]

    Menjauhi zina ialah dengan berpakaian menutup aurat, menghindarkan diri dari bahan lucah dan pergaulan bebas kerana sekiranya kita menghampiri zina syaitan akan mengoda kita untuk mencuba perbuatan yang terkutuk itu.

    Firman Allah kepada lelaki yang beriman:

    “Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan.” AnNur :30

    Firman Allah kepada wanita yang beriman:

    “Hendaklah mereka menahan pandangan dan memelihara kehormatannya dan janganlah mereka menampakan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Hendaklah mereka tutup ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasanya.....” An Nur : 31


    Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tabrany bermaksud:

    “Jauhilah kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan. Demi Allah tidak sunyi seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan masuklah syaitan diantara keduanya dan bersentuhan seorang lelaki akan babi yang berkubang dengan lumpur lebih baik baginya daripada bersentuhan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya.”


    Allah berfirman dalam surah An-Nur yang bermaksud:

    “Laki-laki yang berzina tidak mengahwini melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik, dan perempuan yang berzina tidak akan dikahwini kecuali dengan laki-laki yang berzina.”


    Daripada Abu Mas’ud al-Badri r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya antara ajaran para nabi  sebelum ini yang didapati oleh manusia ialah: Jika kamu tidak malu buatlah apa yang kamu suka.

    Oleh itu amalkanlah ajaran Islam sepenuhnya dan jauhi dari godaan syaitan, semuga  kita dan keluarga kita bahagia dan delamat di dunia dan di akhirat. 


    p/s Boleh dicetak dan diedarkan

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #7 26 September, 2007, 03:33:24 PM
  • Publish
  • PELIHARALAH IMAN KITA

    Sesungguhnya banyak perkara yang boleh membatalkan Iman atau Syahadah. Rosak iman maka sia-sialah amalan kita. Untuk menjaga iman, wajiblah kita mengetahui serta menghindari perkara yang boleh merosakkan akidah. Antaranya:

    Pertama. Mempersekutukan Allah (syirik). Meminta doa atau pertolongan dari orang yang telah mati atau bernazar dan menyembelih korban demi mereka adalah perbuatan syirik. Firman Allah yang bermaksud:
    “Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya. Tempat tinggal mereka (kelak) adalah neraka dan tiada penolong bagi mereka yang zalim.”

    Kedua. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan antara diri kita dengan Allah dengan meminta doa atau syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada benda tersebut. Para ulama (ijma) sepakat mengatakan sapa yang melakukannya adalah kafir.

    Ketiga. Tidak mengkafirkan orang musyrik (kafir) atau ragu dengan kekafiran mereka ataupun membenarkan fahaman mereka. Menganggap agama-agama lain sama seperti agama Islam. Firman Allah yang bermaksud:

    “Barang siapa yang menghendaki selain dari Islam sebagai agama (cara hidup) maka tidak akan diterima agama darinya dan akhirat kelak dia tergolong dalam golongan yang rugi.”

    Keempat. Tidak yakin bahawa tuntutan Nabi Muhammad saw dan hukum Islam (hudud) itu lebih sempurna. Mereka mengutamakan hukum ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah. Antara contohnya ialah:
    a.   Berkeyakinan bahawa perundangan yang diciptakan manusia itu lebih sesuai dan adil dari hukum Allah untuk dunia moden ini. Berkeyakinan bahawa syariat Islamlah yang membuatkan orang Islam itu mundur.
    b.   Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah seperti memotong tangan pencuri atau merotan penzina, merejam penzina (berkahwin) itu kejam dan tidak sesuai lagi.
    c.   Menghalalkan apa yang haram oleh Allah dan mengharamkan apa yang halal oleh Allah. Menghalalkan zina, arak, judi serta penggunaan perundangan lain selain syariat Allah. Ulama (ijma) bersepakat perbuatan itu kufar.

    Kelima. Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulullah saw walaupun diamalkan. Firman Allah yang bermaksud:
    “Demikian itu adalah kerana mereka membenci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan segala amalan (pahala) mereka.

    Keenam. Memperolok-olok terhadap sesuatu dari Allah dan ajaran Rasulullah saw atau terhadap pahala dan seksaan yang telah menjadi ketetapan agama. Firman Allah yang bermaksud:
    “Katakanlah (wahai Muhammad) terhadap Allahkah dan ayat-ayatNya serta rasulNya kamu memperolok-olok? Tiada erti kamu meminta maaf, kerana kamu kafir setelah beriman.”

    Ketujuh. Sihir, ilmu hitam atau ilmu guna-guna untuk kebencian dan kecintaan seseorang atau merosakkan hidua seseorang. Allah berfirman yang bermaksud:
    “Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (sihir) kepada seseorang pun sebelum mengatakan, sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir.”

    Kelapan. Membantu orang kafir yang memusuhi kaum muslimin atau memilih orang kafir sebagai pemimpin. Firman Allah yang bermaksud:
    “Barang siapa diantara kamu mengambil mereka (yahudi, nasrani atau kafir) menjadi pemimpin kamu makansesungguhnya dia tergolong dalam golongan mereka (kafir). Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim.”

    Kesembilan. Berpaling dari Islam keseluruhannya, tanpa mempelajari dan melaksanakannya. Firman Allah yang bermaksud:
    “Tiada yang lebih zalim daripada orang yang mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling darinya. Sesungguhnya kami akan menimpa balasan kepada orang yang berdosa.”

    p/s : Boleh dicetak dan diedarkan.

    abu atiyah

    • *
    • Posts: 387
      • View Profile
    Reply #8 18 December, 2007, 11:23:50 AM
  • Publish

  • Salam,

    Satu Kisah yang menarik untuk dakwah non muslim...


    "Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama keluarga.



    Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak timbul sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.


                Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.



                Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita." Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata.



                 " Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran. Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya," sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.



                   Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah soalan yang bakal menerjahnya hari itu.



                   " Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu...."


                   Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong. Lagipun kata-kata ayahnya mahukan " kebenaran" mengundang seribu makna yang tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah. Saya minta maaf. Tetapi saya telah menemui kebenaran...."


                   Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ? Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini ? "



                    Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.


                  " Ayah tahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.



                   " Dia Jesus Christ, ayah. "

                   Suasana hening seketika.


                   " Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya kepadanya ?" Si ayah memecah suasana.


                    " Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah."



                     Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru. Mungkin ayahnya telah menemui " kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah, kemudian ahli keluarga yang lain.

                    " Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi Nasrani ? " Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.



                    " Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru selamat manusia akhir zaman ...."


                     " Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat...."



                    Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak sembahyang. Tapi, kini.....



                     " Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.



                     " Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah......"



                     Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita."



                   Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, " Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."



                    " Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah menemui kebenaran..."


                     Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang panjang.



                     " Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam."



                    Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................"

    husnulkhatimah

    • *
    • Posts: 899
    • hitam putih kehidpan..sendiri yg menentukan....
      • View Profile
    Reply #9 08 July, 2008, 11:46:25 AM
  • Publish
  •    Title: Bagaimana Nikmat Di Shurga?

    Source: http://virtualfrien ds.net
    Directory: Agama Corner
    Author: Hamka (http://keretamayat. blogspot. com)
    Posted By: Ranma (Mr Ahmad, Farhan)
    Posted On: Thu, 26 Jun 2008 05:37:59 AM

    Description:
    (di tulis ketika hujan turun dengan lebatnya)

    Aku sekarang berada di opis,
    Hari ini hujan turun dengan lebatnya….aku mula berasa lapar, bila lapar, terus ingat bini..(sepatutnya ingat Allah..oh),

    Pada waktu-waktu begini, di saat hujan turun, .(dimensi membuka mata memekakkan kan telinga)…kalau bini aku ada di sisi, tentu bini aku akan hidangkan aku keropok goreng dan teh' tarik…

    Kemudian kami akan minum bersama-sama sambil mendengar bunyi rintik hujan menimpa bumbung …untuk mengisi masa yg syahdu itu, kami mula berduet menyanyi lagu popolar seperti:
    "sandarkan kepada kenangan', irish, "Senja nan merah" dan lain lain..(akulah suami idaman wanita kononnya..huh)

    Benarlah kata satu org alim, kadang-kadang (kadang-kadang? ) kehidupan selepas kahwin adalah seperti dalam shurga rasanya..walaupun aku tak pernah pergi ke sana, namun nak sangat pergi ke sana, tapi tak layak pulak ke sana, dan berharap dengan rahmat Allah dapat ke sana..jumpa di sana ye!!, tingkat lapan shurga firdaus..amin ya Rabulalamin. .

    Raihan kata:
    Wahai tuhan aku tidak layak ke shurgamu...
    Namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu…
    isk..isk..

    Apabila pintu shurga di buka kelak..akan terdapat satu golongan yg masuk ke dalam shurga berbondong-bondong tanpa dapat di tahan oleh penjaga shurga..malaikat penjaga shurga tidak dapat menghalang golongan ini memasuki shurga sebagaimana korang tak dapat menghalang kemasukkan burung-burung ke dalam rumah korang apabila korang buka jendela di waktu pagi…

    Maka malaikat ini membuat laporan kepada Allah, kerana takut Allah murka kepada mereka kerana tidak dapat menghalang kemasukkan golongan itu..lalu Allah berfirman…(lebih kurang maksud-ini hadith kudsi)
    "Biarlah golongan itu masuk ke shurga hari ini, Aku malu untuk menghisab mereka hari ini, kerana di dunia dahulu mereka adalah golongan yg memalukan dirinya sendiri kerana Ku"

    Nota untuk mua'laf: menghisab bermaksud soal-jawab daripada Allah kepada setiap manusia sebelum dibuat keputusan ke shurga atau Neraka.

    Jadi sesiapa yg malu nak pergi masjid ke, nak pakai tudung ke nak buat apa-apa yg baik ke...dan lain2..janganlah malu-malu kawan..kerana org yg memalukan diri dia kerana Allah, Allah akan malu nak hisab kelak..oh..kepada Allah aku memuji!!

    Nikmat yg mana lagi aku dustakan?

    Di beritakan kelak..apabila ahli shurga melewati pintu shurga, maka mereka akan terpegun selama bertahun-tahun kerana indahnya melihat pintu gerbang shurga..korang yang pertama kali pergi KL dan tengok KLCC 'live'..terpegun gak..adalah dalam 5 minit kot...tapi bila korang masuk shurga kelak...korang akan berhenti di setiap langkah bertahun-tahun kerana terpegun dengan kehebatan shurga!!!

    Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

    Ada pulak wanita2 yg kecik hati kerana dalam shurga ada sikit punya ramai bidadari2 yg lawa dan cantik...yg aku tahu..kalau salah mintak sangat betulkan kerana aku bukan ustaz/ulama'...apabila pertama kali korang(lelaki) jumpa dengan bidadari..korang datang keinginan untuk menyetubuhinya. .tapi bidadari tu cakap, nanti ada yg lebih cantik dari saya...maka korang pergi ke bidadari yg seterusnya.. bila korang berjumpa dengan next bidadari, korang dah lupa dengan bidadari before..but, next bidadari said: ada lagi yg lebih berhak dan cantik daripada saya..(lebih kurang maksud)

    Sehinggalah akhirnya korang berjumpa dengan ketua bidadari yg kecantikkannya adalah 70 kali lebih dari semua bidadari..iaitu isteri korang di dunia ini! dan isteri korang tu telah di solek selama 500 tahun...dan umur isteri korang waktu tu 16 tahun dan korang pulak sebaya dengan superman(30 tahun)

    Wah..wah..wah, ,meleleh air liur..!!!

    May said:
    "Bersamalah kita berdoa...
    Agar cinta engkau dan aku...
    bisa tembus ke pintu shurga..berkat rahmatNya..

    Korang tanya pulak:
    "Apakah amalan ahli shurga?"

    Aku yg jahil bab2 ugama sekadar menjawab setakat dengar dari mulut ke telinga kata:
    Dalam shurga kelak (amin...) korang dah tak payah solat, puasa, dan lain lain, tapi satu amalan jer yg korang wajib buat iaitu ziarah…sebab tu sebelum masuk shurga kita kena rajin ziarah jiran2 kita, bukan ziarah nak pinjam VCD, nak pinjam gergaji, nak pinjam cangkul..tapi ziarah semata2 kerana Allah, khalifah2 islam zaman2 dulu, akan pergi ziarah rumah-rumah org yg tak pergi masjid dan tanya :
    kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..

    Hari ni bila aku terlewat bangun subuh (oh..aku adalah manusia biasa yg banyak dosa)..takde pulak org dari masjid datang ziarah aku tanya:
    kenapa? Sakit ke? Susah ke? Dah jadi mayat ke?..kasihannya aku..isk..isk. .

    Tentu korang ingat tentang golongan yg berada di bawah arasy yg mana mereka adalah terdiri daripada orang yg berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah…
    Kalau korang pergi solat berjemaah, itu adalah salah satu dari bertemu dan berpisah semata2 kerana Allah dan yg paling baik, korang bertemu dengan org yg jauh dari Allah dan ajak mereka kepada Allah...bukan setakat ziarah hari raya nak makan kuih..setahun sekali!..huh! (kata kat aku sendiri!!!)

    Untuk program ziarah dalam shurga ni Ustaz A ada bagitahu aku pada 8 tahun yang lalu…:
    (siapa ustaz A? rujuk post "kiamat sudah dekat")

    Pada setiap Hari Sabtu-ahli shurga kena Pergi ziarah shurga ibu paba atau penjaga korang…korang tanya sempat ke nak ziarah dalam masa satu hari? Apa pulak tak sempat..paling minimapun satu hari dalam shurga dah 1000 tahun…bergantung pada amalan masing-masing. ..…

    Hari Ahad-Pergi ziarah shurga anak-anak korang.(kalu takde anak?..alahai, mak bapak koranglah akan datang ziarah korang, bukankah korang anak mereka..lainlah korang anak buluh betung(tak lawak)

    Hari Isnin-Pergi ziarah shurga tok guru, ustaz atau sape sajer yg pernah ajar korang ilmu ugama…(assalamualaik um ustaz!!),,err. .aku bukan ustaz..oh..

    Hari Selasa-Pergi ziarah shurga anak murid korang, atau siapa sajer yg korang pernah ajar ilmu ugama...(itulah pasal Nabi suruh sampaikan walaupun satu ayat)

    Hari rabu-Pergi ziarah nabi kita Muhammad s.aw.(bayangkan betapa luasnya shurga Nabi? shurga Abu bakar r.a pun patah sayap malaikat jibrail terbang tapi baru sekadar halamannya.. oh..hebatnya Allah-Nikmat mana lagi yang aku dustakan? )

    Hari Khamis-Nabi akan ziarah shurga setiap ummatnya..jadi pada hari ni duduk-duduklah dalam shurga menunggu kedatangan Nabi besar Muhammad saw yg kita kasihi.

    Hari Jummat: Inilah kemuncak nikmat dalam shurga iaitu ziarah Allah..dan dapat menatap wajah Allah..apabila melihat wajah Allah..maka akan lupa segala nikmat yg lain..malahan nikmat menatap wajah Allah adalah jauh lebih nikmat daripada bersetubuh dengan bidadari…kemudian, wanita-wanita yg menjaga aurat dengan sempurna..maka Allah sendiri akan ziarah mereka..oh.. !

    Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

    Korang Tanya pulak:
    "Bagaimana jika org yg kita nak ziarah itu berada di neraka?"

    Aku yg jahil lagi hina ini berkata, kalau salah tolong betulkan:
    Terdapat sesetengah riwayat mengatakan bahawa ahli shurga akan melawat ahli neraka di neraka itu sendiri..dan pada hari itu..api neraka menjadi sejuk…

    sehingga terdapat perbualan seperti:

    "eh kenapa ustaz kat sini?"

    "aku tak amal apa yg aku tahu(kata ustaz)"oh…

    Aku juga mohon berlindung kepada Allah daripada ilmu tanpa amal..sedang aku memarahi korang yg tak pergi solat berjemaah..aku sendiri meninggalkan solat tahajjud..!! !

    Seorang alim pernah menangis dengan berkata:
    sehingga ke hari ini, aku masih tidak pernah solat hingga bengkak kaki seperti Nabi Muhammad s.a.w ..oh…(kepada Allah tempat mengadu..)

    Berbalik bercerita tentang nikmat shurga..
    Pernah korang dengar ustaz cakap org yg telah berkahwin telah mendapat sedikit nikmat shurga? tentu korang terbayang nikmat shurga itu adalah bersetubuh, bersenggama, bercekerama, berasmarada dan macam-macam lagilah!! :senyum: he..betul jugak tu, tapi ada lagi nikmat yg biasanya org kahwin dapat yg mana, nikmat itu adalah sama dengan nikmat dalam shurga...

    biar aku cerita...

    untuk pengetahuan korang nikmat shurga ini terbahagi kepada tiga tahap..,
    pertama cuba korang bayangkan ketika korang duduk-duduk kat rumah dan korang pulak sudah berkahwin, satu hari hujan turun pada waktu petang dengan lebatnya..korang pun kelaparan..lalu order kat isteri tersayang keropok goreng dan air teh tarik…perghh, meleleh air liur beb!

    Bestnya ada isteri yg baik…lalu sebagai isteri yg solehah, apa yg korang order dah tentu dapat punya...jadi. .sekiranya apa yg korang order itu dapat..itu adalah nikmat untuk ahli shurga yg terbawah!!! Kerana setiap permintaan ahli shurga akan di tunaikan..tapi setiap permintaan itu perlu di lafazkan…,

    Begitulah di ibaratkan kehidupan dalam shurga yg terbawah, yg mana,korang kena order pada malaikat apa yg korang nak…macam Nabi sulaiman a.s yg kena order Jin dan binatang untuk melaksanakan satu-satu projek..

    Hari ni mana2 raja pun kena keluarkan perintah baru rakyat buat..itu pun bukannya siap serta merta..dalam shurga apa yg korang order akan dapat serta merta...bayangkan jika Nabi sulaiman order kat Jin untuk alihkan istana Balqis, boleh sampai sekelip mata..apatah lagi dalam shurga!!

    huh, hari ini mana ada kerajaan/raja yg mana bila dia order bukannya dapat serta merta, nak buat jambatan bengkokpun tak siap-siap!!
    Donald Trupm, Bill gates dan sape sejer yg jutawan,,kalau order bukannya siap serta merta dan bila dah siap kelak, ada pulak yg tak puas hati sana sini..itulah hakikat kehidupan dunia yg korang banggakan…bermakna Kerajaan yg sehebat Nabi sulaiman a.s/Zurkanain a.s/Firaun /Namrud/Qarun dan lain-lain sedikitpun tidak dapat ,menandingi kehebatan kerajaan seorang ahli shurga terbawah…malahan shurga yg paling kecilpun luasnya adalah sepuluh kali ganda dunia..!

    Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

    Perkara nikmat Kedua yg aku nak cerita tentang nikmat shurga yg korang dapat kat dunia ni lagi terutamanya kepada mereka yg dah kahwin..err. .masih dalam situasi yg sama..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan..korang baru niat nak makan keropok goreng dan teh tarik..tiba2 isteri korang dah terpancul depan korang dengan membawa keropok dan air teh' tarik,,

    Best betulllah isteri korang tu,,isteri korang begitu memahami korang, dia tahu apa kesukaan korang, dia tahu bagaimana nak puakan nafsu korang.....

    wah-wah-wah, ,bestnya kahwin!!
    Ha! Itulah nikmat pertengahan dalam shurga, yg mana korang just niat nak makan apa..Allah terus hantar makanan sama dengan apa yg korang fikirkan, tak payah cakap dengan mulut, just niat!!..hebatnya Allah!!!

    Hari ni tiada satu kerjaan pun yang mampu dapatkan sesuatu just dengan Niat..:senyum: ha!
    Pernah aku dengar cerita..dalam shurga pertengahan ini, ketika seorang ahli shurga melihat sepasang burung sedang terbang, maka timbullah niat di hati nak makan daging burung panggang…maka dengan serta merta burung itu datang padanya lalu bertukar menjadi daging burung panggang..
    "pling"
    Kemudian pasangannya lagi satu just hinggap pada satu pokok lalu memerhatikan pasangannya di makan oleh ahli shurga.
    Selesai makan, si ahli shurga ini mencampakan tulang2 terakhir, maka dengan serta merta tulang itu bertukar menjadi burung kembali dan kembali kepada pasangannya…lalu burung yg dimakan ini bertanya kepada pasangannya, :

    "Apakah parasaan sayang, bila melihat kanda di makan oleh ahli shurga..?

    pasangan burung itu menjawab..:

    "saya begitu lazat sekali melihat kekanda di makan oleh ahli shurga lebih daripada nikmatnya kita bersetubuh"(lebih kurang maksud)!!!.. oh..Dahsyat. .burung yg lihat ahli shurga makan pun dapat rasa nikmat yg lebih dari bersetubuh!! Apatah lagi pemakan danging burung itu sendiri?
    Cuba bayangkan dia punya nikmat..oh.. hebatnya Allah.

    Nikmat mana lagi yang aku dustakan?

    Ok. , aku puji isteri2 yg hebat..yg dapat memuaskan nafsu suaminya tanpa perlu di ajar…atau, sebaik sahaja suaminya niat nak makan makanan tu, belum sempat suaminya order kira macam ada deria ke enam ler ni kot..dah siapkan makanan tu.
    Betullah org kata, bahawa, kahwin ni hidup macam dalam shurga..:senyum: he…

    Dan nikmat yg terbesar dalam hidup adalah di nikmat di taati…
    Siapa yg nak jadi bos..kalau pekerjanya tak taat?
    Siapa yg nak jadi raja..kalau rakyatnya tak taat?
    Siapa yg nak jadi jurulatih bola..kalau pemainnya tak taat?
    Siapa yg nak jadi suami..kalau isterinya tak taat?
    Dan wanita solehah adalah nikmat terbesar dalam hidup di dunia!!!

    Wanita..hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah..yang akan membahagiakan. ..(sambung sendiri lagu ni)

    Tambahan:
    Setiap manusia nak kekal muda, sentisa sihat dan harta pulak nak semakin bertambah..tapi hakikatnya.. dalam dunia ini..lama2 pun korang duduk kat Malaysia, korang akan menjadi org tua yg sakit..walaupun anak korang semua doktor, menantu terdiri daripada pawang dan dukun, kedai farmasi kat depan rumah, belakang ada hospital..namun akhirnya korang tetap akan jadi mayat.

    Kat hospital, aku tengok ada ramai doktor pakar, ada banyak alat-alat canggih, ada nurse yg tunggu pesakit, tapi hari2 ada org yg jadi mayat kat hospital.... ada bilik mayat tu..

    Doktor pakar jawab..oh.. dia mati sebab dia sakit tua..huh, doktorpun akan jadi mayat...tapi dalam shurga adalah kehidupan yg kekal muda, sentisa sihat dan harta semakin bertambah..korang boleh terbang macam superman...pernah bila di ceritakan kepada budak2 bahawa dalam shurga boleh mintak apa sahaja, seorang budak bertanya: boleh tak nak mintak basikal?
    Oh..Nikmat mana lagi yg aku dustakan?
    Kesimpulannya. .walau camne bestpun korang bayangkan nikmat shurga tetap tak sama dgn nikmat shurga yg sebenarnya dan hakikatnya tidak pernah dapat di bayangkan oleh sesiapapun!! ! dan bila korang pergi melancong, tak kiralah pulau kapas ke, air terjun sekayu ke, korang lihat sikit punya cantik ciptaan Allah..tapi di sebalik kecantikkan itu Allah nak bagitahu bahawa di shurga jauh lebih cantik berkali-kali ganda, di nisbahkan kecantikkan itu seperti setitik air dengan laut yg luas!!!

    Nikmat mana lagi yg aku dustakan?

    Eh?!lupa pulak nak cerita nikmat satu lagi dalam shurga..Jeng- jeng-jeng. .ni aku nak ceritakan nikmat tertinggi yg ahli shurga dapat..korang bayangkan sama seperti tadi, ..hujan turun dengan lebatnya pada waktu petang dan korang rasa nak makan, tapi tak tahu nak makan apa..

    Tiba2 isteri korang bawa keropok goreng dan air teh tarik…alangkah surprisenya, ,sebab, korang tak mintak dan tak niatpun!!
    Namun, inilah sebenarnya apa yg korang nak!!!!

    Korang dah tak payah fikir nak order apa, apa sahaja yg isteri korang hidangkan, memang itulah yg korang mahu..!!!

    Wah wah wah..bertuahnya korang dapat bini lagu tu…begitulah yg berlaku di shurga yg tertinggi, yg mana ahli shurga itu tidak perlu lagi order atau niat nak apa-apa, belum sempat buat apa2 tiba-tiba dah datang apa yg kita mahu!!!
    Belum sempat rindu..org tu dah datang depan mata..tiba2 datang makanan yg memang kita nak makan!!!oh.. hebatnya Allah, tak mustahil langsung kerana Allah yg cipta kita dan dia Maha tahu apa kehendak kita…

    Korang pernah buat kawan korang atau awek/bini korang atau anak korang gembira bukan? Ya, korang buat surprise, dia tak mintak pun benda tu, tiba2 korang bagi, yg penting benda itu memang dia mahu!!..dia terkejut,.,dia tidak menjangka langsung..lalu mereka menangis terharu..
    Begitulah hebatnya layanan Allah dalam shurga yg tertinggi ini yg mana korang akan terkejut dan terharu dan menangis kegembiraan. .apabila Allah memberi sebelum sempat korang meminta...niat, malahan belum sempat berfikir..!! !

    Alangkah terharunya korang..hinggakan korang akan sujud pada Allah menangis dan berkata:

    Nikmat mana lagi yg aku dudstakan..?

    Lalu Allah berfirman..angkatla h kepalamu..di sini tiada ibadat lagi..berseronoklah ..(amalan yg kena buat, hanyalah ziarah menzirahi,,) Oh..

    Jadi kepada yg bujang dah berapa kali aku pesan, kahwin cepat-cepat. .boleh rasa sedikit nikmat shurga!!!:senyum: he..
    Namun ada jugak yg berkahwin tapi mendapat azab macam neraka..order air tapi di hidangkan buah 'zakum'…!!!oh. .!!

    Ps: seperti biasa, petang ni hujan turun…karang kat rumah, bila aku balik dari opis, teka apa isteri aku hidangkan kat aku :senyum: he…(jangan hidang roti mayat sudah..oh..)

    (jangan harap pada makluk...)


    peluru

    • *
    • Posts: 369
    • Mujahidin
      • View Profile
    Reply #10 07 August, 2009, 12:46:22 PM
  • Publish
  •  :)

     Korelasi Iman dan Ukhuwwah


    Kita sering membicarakan hal iman. Kita juga sering menasihatkan ikhwah wal akhawat kita supaya sentiasa memelihara iman. Sesuatu perkara itu hanya akan sering disebut-sebut jika ia adalah sesuatu yang sangat penting, sama ada bagi individu tertentu atau bagi masyarakat secara umum. Jadi kekerapan kita membicarakan masalah berkaitan iman tak lain adalah kerana kepentingan iman dalam kehidupan seorang Muslim.

    Apa itu iman?

    Kita selalu menyebut atau mendefinisikan iman itu sebagai pengakuan dengan hati, ikrar dengan lisan dan melakukan amal dengan anggota tubuh badan. Ertinya iman yang benar memerlukan kepada ketiga-tiga unsur tersebut. Andai kurang salah satu unsur, maka pincanglah iman. Orang yang tidak menterjemahkan iman melalui amal adalah fasiq, dan yang tidak pernah menancapkan iman dalam hati digolong munafiq.

    Malah dalam al-Quran turut memuatkan banyak ayat yang menunjukkan hal berkenaan. ketika ALLAH berbicara tentang iman, maka tak akan lepas dari turut menyebutkan tentang amal. Antaranya;

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar. (surah al-Hujurat; 49:15)

    Mengapa mereka tidak ragu-ragu dengan keimanan yang dipupuk dalam hati?

    Kerana iman itu difahami isi kandungannya dan ditancap kukuh sehingga melahirkan rasa kepuasan yang menafikan sebarang bentuk keraguan - lalu menatijahkan kepada amalan sehingga sanggup mengorbankan harta dan jiwa pada jalan ALLAH.

    Iman dan Ukhuwwah

    Dalam surah yang sama, ALLAH telah membicarakan berkenaan masalah ukhuwwah islamiah dan hubung kaitnya dengan keimanan kepada-NYA;

    Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua-dua saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat. (surah al-Hujurat; 49:10)

    Ayat ini disebut setelah ALLAH memerintahkan supaya kita mendamaikan di antara dua orang Mukmin yang sedang bertelagah - kerana semua orang yang digelar Mukmin adalah bersaudara.

    Perhatikanlah istilah yang ALLAH gunakan. SAUDARA. Malah lebih menarik lagi menurut Dr Quraisy Shihab, kalimah 'ikhwah' sebenarnya lebih tepat bermaksud saudara seketurunan. Dalam al-Quran kalimah 'ikhwah' disebutkan sebanyak tujuh kali dan semuanya menunjuk kepada hubungan kekeluargaan, kecuali ayat ini. Dari segi kaedah bahasa, kalimah jama' 'ikhwan' lebih tepat digunakan kerana kalimah itu menunjuk kepada hubungan persaudaraan selain kekeluargaan. Jadi mengapa ALLAH memilih kalimah 'ikhwah' untuk menggambarkan hubungan ukhuwwah atas dasar iman?

    Tidak lain hanyalah kerana ingin menunjukkan keakraban dan kedekatan hubungan antara seorang Mukmin dengan Mukmin yang lain. Ertinya walaupun tiada pertalian darah, namun hubungan sesama golongan beriman tiada beza dengan hubungan adik beradik yang dilahirkan dalam satu famili yang sama. Jika kita begitu ghairah mempertahankan adik kita dari dibuli umpamanya, demikianlah juga seharusnya kita memiliki rasa ghairah ketika melihat umat Islam di Jerman, Palestin, Perancis dan seantero benua lain ditindas dan diperlekehkan. Kerana itulah setelah ayat ini, ALLAH menyebutkan pula beberapa perkara yang perlu diberi perhatian agar kita jauhi kerana dapat meretakkan hubungan ukhuwwah sesama kita;

    Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok), dan janganlah kalian mencela dirimu sendiri dan janganlah kalian saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian menggunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kalian memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kalian merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. (surah al-Hujurat; 49:11-12)

    Dalam ayat yang lain ALLAH berfirman;

    dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (surah al-Anfal; 8:63)

    Ayat ini secara jelas menyebut bahawa ALLAH bertindak mempersatukan hati orang-orang beriman. Kerana itulah bagi mereka yang beriman, akan sangat terkesan dengan apa-apa yang berlaku kepada saudara seIslam mereka di belahan bumi lain, kendati mereka tidak pernah bersua muka. Ayat ini juga menjadi indikasi peri pentingnya ukhuwwah bagi orang beriman. Seseorang tidak mungkin akan mampu mempertahankan keimanannya andai dia hanya hidup keseorangan di tengah-tengah dunia yang penuh pancaroba.

    Marilah kita menghimbau sejenak sejarah para sahabat yang ditulis indah dengan tinta emas dan menjadi manfaat amat berharga buat generasi dahulu, kini dan akan datang. Ketika golongan Muhajirin berhijrah meninggalkan kampung halaman mereka menuju ke Yathrib, mereka disambut dengan penuh kehangatan oleh kaum Aus dan Khazraj. Lihatlah betapa hebat pengorbanan mereka sehingga ada yang sanggup menawarkan rumah, harta malah isteri! - kepada kaum Muhajirin yang baru dikenali.

    Dari mana datangnya tingkat ukhuwwah yang begitu tinggi ini? Tak lain adalah kerana ALLAH-lah yang telah menyatukan hati-hati mereka. Begitu indah ukhuwwah ini sehingga diabadikan kisahnya dalam al-Quran yang akan terus dikenang, dibaca dan diambil pengarajan sehingga hari mushaf diangkat ke langit;

    Dan orang-orang yang telah menempati Kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka menyintai orang yang berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (orang Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.

    Begitu agung dan mulianya kedudukan mereka di sisi ALLAH sehingga DIA mengajarkan kepada generasi seterusnya untuk sentiasa mendoakan mereka;

    Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". (surah al-Hasyr; 59:9-10)

    Itulah tingkat ukhuwwah tertinggi; tingkat itsar - sanggup dengan rela hati, redha dan hanya mengharap rahmat ALLAH, mengutamakan kepentingan saudaranya di atas kepentingan dirinya sendiri!

    Bagi kita yang hidup pada zaman serba moden yang penuh dengan pelbagai rancangan hiburan dan khayalan ini, aplikasi dari sikap itsar ini seolah-olah sebuah mimpi siang hari dan retorik yang hanya diperbesar-besarkan!

    Alangkah indahnya sebuah hadith yang dituturkan oleh baginda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam berkaitan hal ini, justeru lebih menambah kukuhnya bukti korelasi antara iman dan ukhuwwah. Hadith ini diriwayatkan oleh imam Muslim dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah telah bersabda;

    Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggaman kekuasaan-Nya, kalian tidak dapat masuk syurga sehingga kalian beriman dan kalian belum disebut beriman sehingga kalian saling menyintai. Sukakah kalian aku tunjukkan sesuatu yang apabila kalian lakukan, maka kalian dapat saling menyintai? Sebarkanlah ucapan salam antara kalian.

    Iman menjadi prasyarat untuk masuk ke dalam syurga, manakala ukhuwwah dan cinta kasih sesama kaum Mukminin adalah natijah yang mesti lahir dari jiwa yang beriman. Ertinya ukhuwwah juga turut menjadi tiket untuk ke syurga!

    Demikianlah betapa besarnya nilai ukhuwwah islamiyah. Ia bukanlah suatu hal yang boleh dipandang remeh, melainkan perlu diberi perhatian khusus oleh setiap yang beriman. Mudah-mudahan ALLAH membuka jalan kepada kita untuk menggapai nikmat manisnya berukhwah atas dasar aqidah.
    -hOLla-

    ...seorng hamba ALLAH...tnpa pinjaman dariNYA siapalah aku...
    [img width=610 height=70]http://i87.servimg.com/u/f87/12/77/43/73/selang10.jpg[/img]

    rich_km

    • *
    • Posts: 446
      • View Profile
    Reply #11 19 October, 2009, 11:01:00 PM
  • Publish
  • Assalamualaikum.

    Ungkapkan semua itu kepada non-muslim. Tengok apa reaksi mereka. Lepas itu; sila maklumkan di sini. Kami pun nak tahu apa kesannya. Kalau tiba-tiba mereka insaf atas kekufuran mereka lalu bergegas memeluk Islam; bolehlah kita pakai jadi bahan dakwah. Di Malaysia ni ramai yang boleh didakwah. India, Cina, Iban, Kadazan, Rungus, Murut, Lundayeh dsb.

    Sayapun dah tak sabar jugak ni lihat kesannya.

    Wassalam.
     

    wardah8990

    • *
    • Posts: 75
    • “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”
      • View Profile
    Reply #12 05 February, 2014, 01:36:55 PM
  • Publish

  • Salam,

    Satu Kisah yang menarik untuk dakwah non muslim...


    "Suatu hari seorang ayah telah memanggil anaknya yang baru pulang ke kampung untuk berhari raya. Selama ini sang ayah tidak percaya dengan khabar angin yang mengatakan anaknya telah murtad dengan memeluk agama Nasrani justeru setiap kali Hari Raya dia akan pulang ke kampung menyambutnya bersama keluarga.



    Cuma setiap kali waktu sembahyang, anak lelakinya itru akan menghilangkan diri yang disangka oleh si ayah pergi ke surau atau masjid di pekan berhampiran.Ketika solat Hari Raya juga begitu. Oleh kerana itu tidak timbul sebarang rasa syak pada diri si ayah akan perubahan aqidah anaknya itu.


                Sehinggalah apabila muncul dengan hebatnya kisah-kisah orang Melayu yang murtad, sementelahan pula sering diasak oleh khabar-khabar angin yang bertiup kencang umpama puting beliung, si ayah tergerak untuk bertanya sendiri dengan anaknya. Sang ayah percaya, anaknya akan bercakap benar kepadanya kerana itulah yang diajar selama ini.



                Sebaik sang anak melayarkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu, si ayah mula membuka tutur bicaranya, " Nak, ayah tahu selama ini tidak ada ahli keluarga kita yang pernah dilatih untuk berbohong, bercakap bohong atau tidak jujur sesama kita." Si anak mula gelisah melihat mata ayahnya yang berkaca merenung tepat ke arah matanya yang berselindung di sebalik lapisan kaca mata.



                 " Pada pagi ini secara jujur ayah ingin mengetahui kebenaran. Tidak ada lain melainkan kebenaran yang sejujur-jujurnya," sambung si ayah sambil tangannya pantas memutarkan biji tasbih. Menahan perasaan mungkin.



                   Si anak menundukkan kepalanya merenung lantai. Tidak berani menatang wajah seorang ayah yang sangat difahami akan perangai dan ketegasannya sejak dari lahir lagi. Benak fikirannya pantas meneka apakah soalan yang bakal menerjahnya hari itu.



                   " Benarkah seperti apa yang ayah dengar, bahawa kau telah meninggalkan agama Islam yang suci untuk mengikut agama Nasrani ? Ayah mahukan kebenaran. Jika ia kebenaran, ayah pun akan turut serta dengan kebenaran itu...."


                   Tersentak si anak mendengar bait-bait kata ayahnya. Serba salah untuk menjawab pertanyaan itu. Dia tidak pernah diajar berbohong. Lagipun kata-kata ayahnya mahukan " kebenaran" mengundang seribu makna yang tidak dapat ditafsirkan. Mungkin ini saatnya untuk dia menyerlahkan kebenaran. Kebenaran tentang dirinya, tentang anutannya. Dengan suara perlahan, agak gementar, terketar, dia menjawab." Ya Ayah. Saya minta maaf. Tetapi saya telah menemui kebenaran...."


                   Sang ayah hanya tersenyum. Tasbih di tangannya menjadi perlahan. Sang pemuda semakin bingung. Masakan seorang ayah yang sangat kuat pegangan agamanya tidak menjadi marah setelah mengetahui kebenaran ? Sambil tersenyum si ayah bertanya lagi," Nak. Ceritakan kenapa engkau jadi begini ? "



                    Dengan suara yang kembali normal, si anak bercerita tentang pengalamannya semasa berkhemah di hutan Belum satu ketika dahulu dan dia telah tersesat selama hampir satu minggu. Semasa tersesat, setiap kali selepas solat, dia telah berdoa agar ditunjukkan jalan keluar. Sehinggalah pada hari keenam dia hampir berasa putus asa.Tiba-tiba muncul satu cahaya dari langit, dan seorang lelaki berdiri di hadapannya. Sambil tangan kanannya memegang tongkat, tangan kirinya memimpin pemuda tersebut menuju jalan keluar. Dia selamat, dan lelaki berjubah itu lenyap.


                  " Ayah tahu siapa lelaki itu ? " tanya pemuda itu kepada ayahnya. Sang ayah menggelengkan kepala, perlahan.



                   " Dia Jesus Christ, ayah. "

                   Suasana hening seketika.


                   " Mana engkau tahu dia itu Jesus Christ ? Kau ada bertanya kepadanya ?" Si ayah memecah suasana.


                    " Tidak, kami tidak berbicara sepatah pun. Saya tahu dia itu Jesus Christ kerana rupanya serupa dengan gambar-gambar Jesus Christ yang pernah saya lihat. Lagipun tongkat yang dipegangnya berupa salib, ayah."



                     Si ayah tersenyum lebar. Si pemuda semakin keliru. Mungkin ayahnya telah menemui " kebenaran ".Inilah peluang dakwah untuk ayah, kemudian ahli keluarga yang lain.

                    " Lantas, kau telah temui kebenaran ? Dan kau menjadi Nasrani ? " Tanya si ayah dengan senyuman yang tidak pernah lekang.



                    " Ya, saya yakin akan kebenaran Jesus Christ...., juru selamat manusia akhir zaman ...."


                     " Anak, anak. Sebenarnya kau tersesat...."



                    Sang anak terkedu seketika. Kalau dia tersesat kenapa ayahnya tidak melenting seperti mana ketika dia tidak solat semasa darjah tiga dahulu. Habis balar-balar badannya disebat kerana dia tidak sembahyang. Tapi, kini.....



                     " Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.



                     " Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah......"



                     Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita."



                   Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, " Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."



                    " Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah menemui kebenaran..."


                     Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang panjang.



                     " Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam."



                    Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................"

    cerita yang mengelirukan
    Kehidupan dunia ini HINA,dan masa untuk hidup itu singkat..dan tidak ada org yang RAKUS kepada DUNIA melainkan orang yg BUTA HATINYA..

    ikwanRasullah

    • *
    • Posts: 76
    • PEACE LOVE HARMONY UNITE
      • View Profile
    Reply #13 06 February, 2014, 11:44:50 PM
  • Publish
  • 3 Pertanyaan--> 1 Jawaban



    Pemuda sombong:: Saya punya 3 buah pertanyaan...??

    1. Kalau memang TUHAN itu ada, tunjukkan wujud TUHAN kepada saya?

    2. Apakah yang dinamakan TAKDIR...??

    3. Kalau iBLIS diciptakan dari api, kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat setan, sebab mereka memiliki unsur yang sama? Apakah TUHAN tidak pernah berfikir sejauh itu?

    Tiba-tiba ustadz agama tersebut menampar pipi si pemuda dengan keras.

    (sambil menahan sakit) si Pemuda berkata ::

    Pemuda :: Kenapa...?? Anda marah kepada saya...??

    Ustadz :: Saya tidak marah...!!!Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah pertanyaan yang anda ajukan kepada saya...!![/i]

    Pemuda :: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti...??!!

    Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!

    Pemuda :: Tentu saja saya merasakan sakit...!!

    Ustadz :: Jadi Anda percaya bahwa sakit itu ada...?!!

    Pemuda :: Ya... Percaya...!!

    Ustadz :: Tunjukan pada saya wujud sakit itu...??!!

    Pemuda :: Saya tidak bisa...!!


    Ustadz :: Itulah jawaban pertanyaan pertama, kita semua merasakan keberadaan TUHAN tanpa mampu melihat wujudnya.

    Ustadz :: Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya..??!!

    Pemuda :: Tidak...!!

    Ustadz:: Apakah pernah terpikir oleh Anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini...??!!

    Pemuda :: Tidak...!!


    Ustadz :: Itulah yang dinamakan TAKDIR...!!

    Ustadz :: Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar anda...??!!

    Pemuda :: Kulit...!!

    Ustadz :: Terbuat dari apa pipi Anda...??!!

    Pemuda :: Kulit...!!

    Ustadz :: Bagaimana rasanya tamparan saya...??!!

    Pemuda :: Sakit...!!


    Ustadz :: Walaupun setan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika TUHAN berkehendak, maka neraka akan menjadi tempat menyakitkan bagi setan.

    MASIHKAH ANDA MERAGUKAN KEHADIRAN 'TUHAN' DALAM HARI-HARI ANDA ?

    ALLAH JALLA JALALUHU

    SEBERKANLAH kpd kenalan2 anda...

    . Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.(HR Al-bukhari)

    PEACE...

    Ana Tholibah

    • *
    • Posts: 1375
      • View Profile
    Reply #14 17 February, 2014, 07:15:15 PM
  • Publish

  • Salam,

    Satu Kisah yang menarik untuk dakwah non muslim...


                     " Nak, ayah juga bernah ketemu dan diselamatkan oleh Jesus Christ ketika ayah terumbang-ambing semasa di lautan dahulu.." sambung si ayah yang pernah menjadi nelayan ketika mudanya. Si ayah menghela nafasnya panjang. Si anak semakin teruja untuk mendengar.



                     " Ayah berada di lautan selama dua belas hari dan tidak putus-putus berdoa agar selamat. Pada hari terakhir ayah juga hampir putus asa dan hanya berserah kepada siapa sahaja yang bakal menyelamatkan ayah......"



                     Ayah berhenti seketika. Merenung jauh seakan mahu mengingati peristiwa lampau itu. Kemudian menyambung, " Tiba-tiba datang satu cahaya dari langit, muncul pula ikan lumba-lumba di keliling perahu ayah. Satu lembaga manusia memegang tongkat berbentuk salib berada betul-betul di hadapan ayah sambil tersenyum. Dia telah mengarahkan ikan lumba-lumba seakan menunda perahu ayah hingga ke pesisir pantai kampung kita."



                   Si anak semakin teruja mendengarnya. Si ayah menyambung lagi, " Apabila ayah sudah pasti akan selamat, ayah memberanikan diri memberikan salam kepada lelaki itu dan dia telah menjawab salam ayah. Ayah bertanya, siapakah gerangan dia itu. Dia tidak menjawab, cuma tersenyum sambil mengatakan, dia adalah juru selamat manusia yang akan membantu seorang pemimpin membunuh pemimpin kejahatan. Kemudian dia hilang."



                    " Kemudian ayah terlihat gambarnya di rumah jiran kita Michael Wong, sebiji seperti orang yang ayah temui atas perahu. Ayah bertanya kepada Michael Wong siapakah yang ada pada gambar itu, lalu dikataklan itulah Jesus Christ, penyelamat manusia. Ternyata ayah telah menemui kebenaran..."


                     Si anak tidak sabar-sabar bertanya kepada ayahnya, " kalau begitu kenapa ayah masih Islam ? " Si ayah tidak terus menjawab, sebaliknya ketawa kacil yang panjang.



                     " Kerana Jesus Christ itu Islam dan dia akan turun satu masa nanti untuk menyelamatkan manusia serta membantu seorang pemimpin iaitu Imam Mahdi membunuh Dajal pemimpin kejahatan. Bukankah hal itu telah banyak Nabi Muhammad beritahu dalam hadis-hadisnya. Kerana itu ayah tetap Islam justeru Jesus Christ telah menjawab salam ayah secara Islam."



                    Sang anak terpinga-pinga semakin keliru agaknya. Sang ayah tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu anaknya, " Engkau silap kerana tidak bertanya sendiri kepada Jesus Christ yang engkau temui dalam satu saat dan peluang yang tidak pernah orang lain dapati, sebaliknya engkau membuat andaian sendiri bahawa Jesus Christ itu adalah kebenaran Nasrani. Tidak ! Jesus Christ aadalah kebenaran tentang Islam....." sambil si ayah meninggalkan anaknya tersandar di kerusi......................"

    cerita yang mengelirukan

    -salam-

    Ya, bagi saya juga kisah nie memang mengelirukan...
    macam tak cukup sempurna untuk nak di gunakan sebagai dakwah non muslim...
    tak ada lagi kah penerangan lanjut yang lain?
    apa buktinya yang Jesus Christ tu sebenarnya Islam dan bla..bla..bla...
    maaf..saya memang firstime tahu nie.....kalau boleh nak lagi penerangan lanjut bagi orang faham..
    syukran.
    "The spirit of knowledge is action"..

    amru

    • *
    • Posts: 386
      • View Profile
    Reply #15 18 February, 2014, 03:58:44 PM
  • Publish
  • Jika Jesus christ itu ialah, Isa al masih, sudah tentulah beliau itu Islam
    Isa al masih itu Rasul Ulul azmi

    "Allah telah menerangkan kepada kamu di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh a.s. dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Nabi Muhammad s.a.w.) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. serta Nabi Isa a.s., iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima agama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu dan memberi hidayat petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat)." (Surah Asy-Syuraa: Ayat 13)

    itu yang berlaku perebutan
    antara Kristian dan Islam
    akibat dari keterlaluan paderi dan biskop kristian itu di agung agung serta di dewa dewakan

    serta kesesatan Trinity

    sedangkan mereka semua tahu, Allah is one, and only

    Allahu ahad, Allahu shomad
    Lam yalid walam yulad
    Walam yakunlahu kufuwan ahad


    mujahidah_a-sha

    • *
    • Posts: 54
      • View Profile
    Reply #16 19 February, 2014, 09:16:37 AM
  • Publish
  • suka sangat laman ni..  :syukur:

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    1 Replies
    2767 Views
    Last post 21 September, 2008, 04:40:16 AM
    by Sheikh.engku
    27 Replies
    10011 Views
    Last post 30 May, 2010, 11:23:41 PM
    by ningonly
    6 Replies
    2461 Views
    Last post 12 January, 2010, 12:57:20 PM
    by deadfish76