Hukum Terima Sumbangan dari Duit Haram

*

Author Topic: Hukum Terima Sumbangan dari Duit Haram  (Read 4262 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

Ummi Munaliza

  • *
  • Anniversary Ke 30
    • View Profile
07 July, 2009, 10:57:04 AM
  • Publish
  • Soalan:

    Hadi mansoura medic student telah bertanya: Boleh tak Orang Islam terima sumbangan hasil judi. Beliau telah memberikan link surat kabar yang menunjukkan sebuah rumah amal sedang menerima sumbangan dari syarikat sports toto. Ini berkait dengan menerima wang yang haram. Hukumnya adalah seperti berikut:

    Jawapan:

    Menerima wang atau harta yang diberikan oleh orang memerolehinya secara haram adalah haram. Ini kerana dua sebab:

    1. Membantu terhadap perbuatan memperolehi wang yang haram ini.
    2. Menghilangkan hak pemilik asal bagi wang ini.

    Pandangan para Ulama:

    Syekih Ibnu Taymiyah berkata dalam Majmu’ul Fatawa:

    “Sesiapa yang mengetahui seseorang itu mencuri atau mengkhianat harta orang lain atau merampas harta orang lain dan diberikan kepadanya hukumnya haram untuk seorang itu mengambilnya samada dengan cara pemberian, pertukaran, duit sewa bayaran hutang.”

    Dr Abbas Ahmad Muhammad al-Baz berkata(ringkasan):

    “Bermuamalat dengan pencuri, perompak, pemakan duit riba dengan harta yang haram itu membantunya dan menggalakkan perbuatan memakan harta dengan cara yang salah. Demikian juga memakan makanan atau memakai pakaian yang dirampas oleh orang lain dan dihadiahkan kepadanya atau dijual adalah berdosa kerana menerima dan mengakui perbuatan yang haram. Orang yang bermuamlat dengannya dan orang yang mengambil duit secara haram adalah sama sahaja.”

    Dalil pengharaman menerima wang yang diperolehi dari cara yang haram:

    1. Rasululullah saw enggan makan daging kambing yang dihidangkan kepadanya dan berkata:

    “أجد لحم شاة أخذت بغير إذن أهلها

    “Aku mendapati daging kambing ini diambil tanpa izin dari pemiliknya.” (Hr Abu Daud)

    2. Abu Mas’ud al-Ansari ra berkata:
    أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الكلب ومهر البغي وحلوان الكاهن

    “Nabi saw menegah dari harta hasil jualan anjing, hasil pelacuran dan hasil perbomohon (dgn cara yang dilarang).” (Hr Bukhari dan Muslim)

    3. Hadis yang diriwayatkan oleh sahih bukhari yang menceritakan bagaimana Abu Bakar cuba memuntahkan makanan hasil dari kerja haram yang dilakukan oleh hambanya ketika masih kafir.

    Kesimpulan: Perbuatan menerima sumbangan dari syarikat pertaruhan adalah haram. Makan hasil dari wang ini juga dilarang kerna Allah berfirman:
    يأيها الناس كلوا مما في الأرض حلالا طيبا

    “Wahai Manusia makanlah apa yang ada di bumi benda yang halal dan baik.” (2 : 168)

    « Last Edit: 07 July, 2009, 11:00:20 AM by Munaliza Ismail »
    Pengurusan, Pentadbiran Forum Halaqahnet.
    Penal Utama Baitul Muslim


    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #1 07 July, 2009, 11:13:30 AM
  • Publish
  • haram jika di gunakan diri sendiri sahaja,

    apabila di gunakan utk kemudahan umum, hasil daripada jalan haram boleh di gunakan,

    begitulah kaedah muamalat dalam negara malaysia

    namun jika ada kemampuan, berbuat dengan hasil halal, adalah lebih baik

    Allah idak menciptakan sesuatu dengan sia sia

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #2 07 July, 2009, 11:18:52 AM
  • Publish
  • Kawan sy ada terkena satu kes di mana masa dia parking kereta,ada sorang tidak dikenali masuk kereta dan menawarkan untuk menjual henset ketika itu.. Dia kuatir jika tidak membeli nyawa nya akan terancam kerana melihat perwatakan org tidak di kenali tu dan situasi ketika itu.. Lalu dia pun membli nya.. mcm mana ya dengan barangan dia beli tu? Lagi satu ada satu kes..sesorang yg tinggal di pulau atau kerja di pulau.. terjumpa barang2 pelancong asing yg tertinggal lalu mengambilnya.. mcm mana ya? Mohon penjelasan..~
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #3 07 July, 2009, 11:38:12 AM
  • Publish
  • ada kisah tasauf...... orang di tepi sungai termakan buah yg hanyut dalam sungai. kemudian dia tersedar, alahai siapa punya buah yang aku ambil tu........... dia menyelusurii sungai, lalu sampai pada sebuah rumah ada pokok buah buahan tu, lalu dia bagitau dia termakan buah yg hanyut ........

    pastu dia kerja dgn orang tu

    pastu dia di tawar menikahi anak orang tu, orang tu kata, anak dara aku buta, pekak, bisu, ko kena nikahi

    selanjutnya...............

    dosa kecil di rasa macam Bukit. mahu jadi Taqwa, elakkan yg syubhat.

    pertama tama, Jgn buat yg kita tak tahu..... jangan ambil yg kita tak pasti, semuanya tergantung niat kita

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #4 07 July, 2009, 11:43:14 AM
  • Publish
  • Ok.. soalan ke dua InsyaALLAH dah menemui jawapan.. mcm mana pula kalau yg pertama? Bimbang diancam nyawa jika tak membelinya? Harga barangan di beli pula lebih dari rm1000..

    hairilnua

    • *
    • Allahuakbar....!!
      • View Profile
    Reply #5 07 July, 2009, 02:01:43 PM
  • Publish
  • [bgcolor=#FFFF66]ummi,, walau pun ni soal halal haram,, tp ana nk tanye jgk lah,, komen pn blh gk r kan,, judi tu klu kte tgk kan,, kte mmg ambil harta

    org lain melalui permainan.. tp kte ambil atas kerelaannye bkn kerana paksaan... dia membeli tiket toto tu,, duit tu dikumpulkan,, dan

    dia wt cm dadu,, sape bertuah dia dpt,, bkn ke tu name cm cabutan bertuah? duit tu bkn atas dasar paksaan ke,,

    cm pelaburan,, ade untung,, ade rugi,, ade pelabur yg jadi muflis,, kuar kan duit jgk kan,, kira judi ke tu??

    yg dpt hadiahnya dikira nasib lah,, jd mcm cabutan bertuah ke,, mcm kat skolah2 tu yg diadakan cabutan bertuah,, kira haram r klu gtu,,

    jd ana cme nk tau,, bkn nk bidas,, tp ble tgk2 kat spot toto ni,, dia x paksa pun org,, judi ke tu??

    ana konfius benda ni dr dlu lagi,, cbe jwbkan sape2,, ummi terutamanya sbb ummi yg start topic....
    [/bgcolor]
    « Last Edit: 07 July, 2009, 02:19:26 PM by assiddiq »
    Aku insan yg agak selambe..
    X pndai jaga hati orang..
    Suke cari pasal..

    Jangan call @ sms :  0193587327(hehehhe)
    http://hairilnua.blogspot.com
    Ada Brani?

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #6 07 July, 2009, 02:23:43 PM
  • Publish
  • Sy dah rujuk soalan sy tadi ngan Ustaz Azhar.. Sedikit perkongsian~

    [box title=Beli Barang curi]
    Salam Ustaz yg dikasihi~
    Kawan sy ada terkena satu kes di mana masa dia parking kereta,ada sorang tidak dikenali masuk kereta dan menawarkan untuk menjual henset ketika itu.. Dia kuatir jika tidak membeli nyawa nya akan terancam kerana melihat perwatakan org tidak di kenali tu dan situasi ketika itu.. Lalu dia pun membli nya.. mcm mana ya dengan barangan dia beli tu? Lagi satu ada satu kes..sesorang yg tinggal di pulau atau kerja di pulau.. terjumpa barang2 pelancong asing yg tertinggal lalu mengambilnya,dan meyakini tuan empunya barangan itu sudah pulang ke negara asal..~mcm mana ya? Mohon penjelasan..~[/box]

    [box title=Jawapan:]
    Biasanya telepon tersebut adalah barang curi tetapi jika membeli dgn sebab takutkan terancam keselamatan maka tidak berdosa disisi syarak.
    Jika ditakdirkan datangnya menuntut semula maka wajiblah dikembalikan telepon tersebut.

    Masalah barangan pelancung, jika memang milik kafir harbi maka harus dibeli dan miliki barangan tersebut.
    Jika milik orang beriman maka haram dibeli.

    wallahua'lam[/box]

    Yg patut di fahami
    Kafir Zimmi : Org bukan islam yg duduk dalam negara islam dan taat pada pemerintah islam

    Kafir Harbi: Org bukan islam yg duduk dalam negara islam tetapi derhaka/melawan pemerintahan islam~

    Rujukan http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=15&t=1254&p=32965#p32965
    « Last Edit: 07 July, 2009, 02:25:56 PM by assiddiq »

    dol_bendol

    • *
    • http://al-merapu.blogspot.com
      • View Profile
    Reply #7 07 July, 2009, 02:35:12 PM
  • Publish
  • JUDI = Sedangkan judi dalam bahasa Arab dikenal dengan "Maysir atau Qimar" Judi (maysir) adalah setiap permainan yang didalamnya disyaratkan adanya sesuatu (berupa materi) yang diambil dari pihak yang kalah untuk pihak yang menang (lihat kitab At-Ta'rifat, Al-Jurjani).

     dikategorikan judi  harus  ada 3 unsur dipenuhi:
       Adanya taruhan duit/harta/benda yang berasal dari kedua pihak yang berjudi 
       Adanya suatu permainan yang digunakan untuk menentukan pemenang dan yang kalah 
       Pihak yang menang mengambil harta (sebagian/seluruhnya) yang menjadi taruhan, sedangkan pihak yang kalah kehilangan hartanya

    Jika 3 syarat diatas terpenuhi maka termasuk kategori judi dan Islam mengharamkannya.
    Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (al-maysir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan - Al-Maidah

    Ummi Munaliza

    • *
    • Anniversary Ke 30
      • View Profile
    Reply #8 07 July, 2009, 03:08:06 PM
  • Publish
  • Menjawap soalan Hairil Nua berkaitan judi...
    Samada judi itu dilakukan secara rela atau terpaksa, samada suka-suka atau sekadar berlipur lara...


    Keharaman judi telah jelas dalam kalam Allah, surah Al Maidah , ayat yang berikut:

    (89) Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan bertenung nasib, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

    (90) Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

    (91) Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.


    Bila hukum telah jelas, tidak adalagi yang boleh menghalalkan atau melonggarkan hukum ini...
    « Last Edit: 07 July, 2009, 03:09:43 PM by Munaliza Ismail »

    assiddiq

    • *
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #9 22 October, 2009, 01:17:23 PM
  • Publish
  • Soalan:
    Salam ustaz,

    1. Apa hukum org dapat hadiah cabutan bertuah?
    senarionya: cabutan bertuah utk mkn mlm contohnya. satu lagi cabutan bertuah ataupun menang drp peraduan kat TV ke, kat mana2 la...

    2. Peserta dlm rancangan Roda Impian. dia pusing, dia dapat habuan RM1000 contohnya, pahtu kene jawab soalan dulu baru confirm dapat duit tu...lebih kurang gitu la..

    tengkiu ustaz weii...


    Jawapan:


    Hadiah cabutan bertuah adalah halal dengan syarat peserta tidak membayar apa2 untuk masuk dan tidak ada peserta yg mengalami kerugian harta benda apabila tidak berjaya.

    http://forum.digitalmukmin.org/viewtopic.php?f=24&t=2267

    divider3
    halaqahforum4