Author Topik: Khasiat Kunyit  (Read 14390 times)

0 Halaqian and 1 Tetamu are viewing this topic.

Abi NaimTopic starter

  • *
  • Offline
  • Posts: 276
  • my
  • Kejayaan kita hanyalah dalam agama Islam
    • View Profile
    • http://www.clixsense.com/?2114602
Khasiat Kunyit
« on: 05 July, 2009, 07:30:19 PM »
:)

Herba tekanan darah tinggi adalah bahan alami yang boleh mengurangkan tekanan darah. Walaupun herba-herba ini tidak disyorkan kepada mereka yang mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi, herba boleh membantu ramai orang. Jika tekanan darah anda hanya sedikit tinggi, maka anda boleh mempertimbangkan manfaat dan kebaikan herba tekanan darah tinggi.

Antioxidant dalam herba dan makanan adalah alat penting mengawal jantung dan kesihatan. Ini ialah kerana antioksiden membantu menghalang oksigen daam badan daripada merosakkan (mengoksidakan) molekul kolesterol dalam saluran darah. Ini sangat penting kerana kolesterol yang telah dioksidakan boleh menyebabkan plag dan penyumbatan, menyebabkan lebih sukar darah mengalir ke jantung.

Salah satu kuasa penawar alami kunyit ialah kandungan tinggi antioksiden, antaranya ialah vitamin C dan E, dan juga karotenoid (carotenoids). Ia juga mengandungi antioksidan yang berkesan seperti curcumin dan kompaun curcuminoids. Oleh sebab curcumin ialah antioksiden yang mujarab, ia membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri, dinamakan atherosclerosis, antara penyebab utama serangan jantung.

Kunyit mengurangkan paras kolesterol darah dengan menstimulasikan pengeluaran ‘bile’. Ia juga menghalang pembentukan ketulan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Kunyit juga membantu jantung dengan cara menghalang platelete , iaitu sel-struktur kecil dalam darah, daripada melekat antara satu sama lain menyebabkan darah berketul (blood clots).

Cara pengambilan:
1. suplemen curcumin boleh dibeli di farmasi

2. gunakan kunyit dalam masakan harian

3. ambil kunyit sebesar ibu jari. Kupaskan kulitnya dan dicuci hingga bersih. kemudian diparutkan dan diperah hingga mengeluarkan airnya. Campurkan air perahan kunyit itu dengan 1 sudu madu dan suku sudu teh lada hitam. Minumlah ramuan ini dua kali sehari iaitu pagi dan petang. InsyaAllah ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi


p/s orang dulu2 minum air rebusan ibu kunyit bagi mengecutkan peranakan untuk wanita2 yang bersalin.

Dijemput semua muslimin menghadiri Ijtimak Tabligh Malaysia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai ini di Masjid Kuarters KLIA Bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang http://wikimapia.org/962187/Klia-Quarters

Share this topic on Facebook


nurqaseh

  • *
  • Offline
  • Posts: 286
  • http://nurqaseh2010.blogspot.com
    • View Profile
Re: Khasiat Kunyit
« Jawab #1 on: 27 December, 2009, 09:01:14 AM »
Kata orang dulu -dulu  kalau nak menguruskan badan dan badan langsing, kunyit di jadikan ulam...tapi tak tahulah keberkesanannya dan kesan sampingannya.

Share this topic on Facebook



 

Related Topics

  Subjek / Dimulakan Oleh Jawapan Kiriman Akhir
1 Jawapan
1654 Views
Kiriman Akhir 23 January, 2010, 02:35:18 AM
oleh lias_123
11 Jawapan
1593 Views
Kiriman Akhir 19 October, 2012, 09:23:19 PM
oleh اَنَا طَالِبَةٌ
1 Jawapan
121 Views
Kiriman Akhir 14 November, 2012, 12:45:36 PM
oleh اَنَا طَالِبَةٌ