Perempuan Kuat Merajuk, Tips Memujuk? - Page 1

*

Author Topic: Perempuan Kuat Merajuk, Tips Memujuk?  (Read 20865 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

05 July, 2009, 06:47:11 PM
  • Publish
  •  :)

    Perempuan Kuat Merajuk, Tips Memujuk?

    1. Cemburu
    Top of the list. Pasangan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.

    2. Yang diingini tidak kesampaian
    Anda tidak memberikan apa yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh, si dia berkenan pada gelang tangan di ruang pameran, tetapi anda memilih untuk membelikan cincin. Sudah tentu pasangan anda menarik muka masam.

    3. Ada yang lebih hebat dari dia
    Merajuk merupakan cara paling mujarab untuk menarik perhatian anda. Kerapkali si dia merajuk disebabkan oelh sesuatu yang membuatkannya marah atau tidak selesa. si dia memerlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang amat berbeza - merajuk

    Jadi, bagaimana caranya?

    Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.

    1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
    Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.

    2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
    Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

    3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
    Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.

    4. Dendangkan lagu untuk si dia.
    Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama - sama anda!

    Dijemput semua muslimin menghadiri Ijtimak Tabligh Malaysia yang akan diadakan pada 9 hingga 12 Julai ini di Masjid Kuarters KLIA Bandar ENSTEK dekat trek F1, Sepang http://wikimapia.org/962187/Klia-Quarters

    Reply #1 05 July, 2009, 08:21:26 PM
  • Publish
  • nice tips..
    Nur itu cahaya, yang menyinari.. dalam kegelapan..

    Reply #2 05 July, 2009, 11:21:59 PM
  • Publish
  • tips yang ke 3 dan yang ke 4 tu ana dah cuba...memang berkesan sungguh...tapi,tips yang 1 dan 2 tu,susah sikit ana nak lakukan....tolong ana bagaimana???

    Reply #3 21 July, 2009, 03:29:32 PM
  • Publish
  • Majuk sikit2 oke la..kalau keterlaluan tuh cari je yg lain.. Banyak hal lagi kena buat slain memujuk.. Uhuk2
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    Reply #4 21 July, 2009, 03:48:20 PM
  • Publish
  • eh kene pujuk la as siddiq.....tp if xsanggup nk wat cmne...:sedihnya:

    ^_^

    Reply #5 21 July, 2009, 03:49:53 PM
  • Publish
  • eh kene pujuk la as siddiq.....tp if xsanggup nk wat cmne...:sedihnya:

    ^_^
    Btul..mesti pujuk kan? Adat lumrah la ni semua.. tp kalu da slalu majuk.. Rimas jugak.. Ni bukan sebab dasar pengalaman sy cakap camni.. xpenah rasa pun.. tp kalo bleh nak elak la.. :senyum:

    Reply #6 21 July, 2009, 04:09:48 PM
  • Publish
  • erm tp de gak laki suka merajuk.....lg susah nk pujuk...:sedihnya:...
    sib baik sy xsuka merajuk so xreti pujuk,huahuahua.....

    Reply #7 21 July, 2009, 04:26:43 PM
  • Publish
  • erm tp de gak laki suka merajuk.....lg susah nk pujuk...:sedihnya:...
    sib baik sy xsuka merajuk so xreti pujuk,huahuahua.....
    Ade ke laki camtu? :senyum:.. Kalu yg tu kena la pujuk. Lalala..

    Reply #8 23 July, 2009, 12:00:10 AM
  • Publish
  • erm tp de gak laki suka merajuk.....lg susah nk pujuk...:sedihnya:...
    sib baik sy xsuka merajuk so xreti pujuk,huahuahua.....
    Ade ke laki camtu? :senyum:.. Kalu yg tu kena la pujuk. Lalala..

    :senyum:...betul,betul,betul(upin dan ipin)....:senyum:

    Reply #9 23 July, 2009, 01:01:05 AM
  • Publish
  • selalunya wat x tau ckup...nanti ble dia dah fkir ape yang dia buat tu salah ok la...xpayah nak susah-susahkan diri nak pujuk...orang ckap yang kuat merajuk ini bukan ape pun sebenarnya dia nak tarik perhatian orang je...:sedihnya:...

    Reply #10 23 July, 2009, 01:29:56 AM
  • Publish
  • selalunya wat x tau ckup...nanti ble dia dah fkir ape yang dia buat tu salah ok la...xpayah nak susah-susahkan diri nak pujuk...orang ckap yang kuat merajuk ini bukan ape pun sebenarnya dia nak tarik perhatian orang je...:sedihnya:...

    yela tu...

    Reply #11 23 July, 2009, 01:48:06 AM
  • Publish
  • ye la..sebab saye xsuke merajuk..
    rase mcm menyampah pun ade...

    Reply #12 23 July, 2009, 01:53:40 AM
  • Publish
  • ye la..sebab saye xsuke merajuk..
    rase mcm menyampah pun ade...

    yela tu...cemburu ada tak???:senyum:

    Reply #13 23 July, 2009, 01:57:23 AM
  • Publish
  • semua manusia ade sifat cemburu...
    tp pandai2lah kita untuk cemburu pada tempat yang betul...
    contohnya...
    cemburu bile tngok orng dpat wat amal lebih dari kita...
    itu memng patut kita cemburu kerna itu untuk kebaikan akhirat...

    Reply #14 29 July, 2009, 05:24:39 PM
  • Publish
  • sy tak pandai memujuk...sy selalu buat dek je, ada kala buat bodoh je...org pompuan adakala kena beri perhatian...krn tu yg mrk mau dr org yg mrk syg...

    Reply #15 06 January, 2010, 10:26:57 PM
  • Publish
  • patut ke buat tak tahu kalau orang kita sayang merajuk?
    tu tanda tak sayang betul2..
    tak kan mudah2 je nak cari yang lain sebab si dia suka merajuk..
    not loyal..xleh buat pasangan la macam tu..

    Reply #16 06 January, 2010, 11:07:15 PM
  • Publish

  • [/quote]
    Btul..mesti pujuk kan? Adat lumrah la ni semua.. tp kalu da slalu majuk.. Rimas jugak.. Ni bukan sebab dasar pengalaman sy cakap camni.. xpenah rasa pun.. tp kalo bleh nak elak la.. :senyum:
    [/quote]

    merajuk bukan hanya dengan pasangan, tetapi dengan ibu bapa, adik beradik, dan kawan-kawan..

    tapi yang paling susah nak pujuk adalah merajuk dengan pasangan berlainan jantina, sebab fitrah lain2..
    sebelum fed up nak pujuk tu, kene la usaha dulu untuk memahami,
    tapi bila selalu sangat dan dengan perkara remeh temeh je, memang perlu di ajar..

    kalau pasangan perempuan merajuk, sila berikan penjelasan supaya dia faham dan agar dapat elak berlaku lagi di masa hadapan..
    jangan biar je, masalah yang sama akan berulang2..

    kalau baca dalam men from mars, women from venus tu, dia kata lelaki suka masuk "gua", tak boleh ganggu dan masuk campur, tapi last sekali dia akan keluar sendiri..so, tak yah pujuk la kot? =)

    Reply #17 06 January, 2010, 11:18:04 PM
  • Publish
  • belikan rantai emas 30 karat.....berhenti le merajuk dia tu....

    Reply #18 06 January, 2010, 11:26:47 PM
  • Publish
  • belikan rantai emas 30 karat.....berhenti le merajuk dia tu....

    kaedah yang mudah dan mahal..tapi bekesan =)

    Reply #19 06 January, 2010, 11:28:39 PM
  • Publish
  • belikan rantai emas 30 karat.....berhenti le merajuk dia tu....
    Ini yang gilakan harta ke apa ni?
    Sampai 30 karat.

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    32 Replies
    4933 Views
    Last post 20 July, 2011, 09:30:46 PM
    by hamimah
    2 Replies
    3980 Views
    Last post 06 February, 2010, 11:41:51 AM
    by haszlyn
    0 Replies
    579 Views
    Last post 03 November, 2011, 03:57:26 PM
    by halawah