Berzikir Dan Berdoa Secara Perlahan

*

Author Topic: Berzikir Dan Berdoa Secara Perlahan  (Read 5791 times)

0 Halaqian and 1 Guest are viewing this topic.

ahmad_siddiqui

  • *
  • Posts: 525
  • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
    • View Profile
05 June, 2007, 07:03:01 PM
  • Publish


  • Berzikir Dan Berdoa Secara Perlahan

    Oleh: IBNU IDRIS

    SUDAH menjadi kebiasaan, imam dan makmum berwirid beramai-ramai dengan suara yang lantang dan kuat. Seolah-olah ia merupakan satu perkara yang wajib ataupun kesempurnaan solat.

    Jika tidak dilakukan demikian dianggap sebagai satu perkara aib, terutama bagi imam itu sendiri yang seolah-olah tidak tahu hendak berdoa.

    Oleh yang demikian masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang.


    Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.

    Kadang-kadang kita melihat imam dan makmum terus juga berwirid dengan suara lantang sehinggalah tamat. Inilah satu-satunya perbuatan yang sangat tercela dan perlu dihentikan.

    Nabi Muhammad dan para sahabatnya tidak membaca wirid itu secara beramai-ramai dengan suara keras dan terus-menerus pada setiap lepas solat, tidak pula membaca doa dengan suara yang keras dan diaminkan oleh makmum pada tiap-tiap selepas bersolat.

    Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?

    Ada baiknya semuanya ini dibuat sendirian. Allah lebih suka kalau hamba-Nya meminta doa sendiri terus kepada-Nya tanpa menerusi sesiapa pun.

    Asy-Syaikh Ali Mahfuz berkata: Di antara bidaah-bidaah yang makruh ialah menamatkan solat dengan cara mengangkat suara beramai-ramai di dalam masjid terus-menerus, sehingga orang awam beriktikad bahawa itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat dan dia adalah sunah yang mesti dilakukan, padahal ia sunat dilakukan sendiri dan secara senyap-senyap.

    Cara seperti ini adalah bidaah yang tidak dikenal pada zaman Rasulullah dan pada masa sahabat. Cara ini telah dijadikan satu syair yang dilakukan selepas solat jemaah.

    Makruh

    Kebanyakan para ulama telah menegaskan tentang makruhnya mengada-adakan syair dalam agama. Pada hal Allah sudah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 55 yang maksudnya:

    Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampau batas.

    Dan doa dengan cara begini (dengan suara lantang) bukanlah daripada perbuatan Rasulullah, bukan perkataannya dan bukan pula perakuannya. Hal ini telah dinukilkan daripada kitab al-Ibada.

    Ibunu Hajar al-Haitimi di dalam kitab al-Fatwanya berkata: “Berkata az-Zarkasyi: “Menurut sunah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali Talbiah.

    Dan al-Auzi berkata asy-Syafie mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan dengan suara keras itu ialah terhadap orang-orang yang mengajar.

    Disebutkan dalam kitab al-Abad: Dan disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan dikeraskan suara dengan bacaan zikir dan doa selepas salam. Imam mengajar orang-orang mukmin dan apabila mereka telah belajar maka hendaklah diperlahankan.

    Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

    “Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

    Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.

    Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.

    Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk.

    Al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian.” Masalah ini telah dinukil dari kitab Zadul-Ma’ad.

    Pendek kata, tidak ada ulama muktabar yang membolehkan kita terus menerus membaca zikir dan doa bersama-sama secara lantang selepas tiap-tiap solat jemaah kerana jelas bertentangan dengan sunah.

    Yang berlaku di depan mata kepala kita, semua masjid dan surau, imam-imam yang mengimamkan solat jemaah, akan membaca doa dan berzikir kuat-kuat sehingga dua kilometer kita dapat mendengar menerusi pembesar suara.

    Mereka ikut siapa sebenarnya?

    Petikan: Utusan Online
    "Aku hanyalah insan biasa yang menyatakan sesuatu hari ini, mungkin esok ku ubah kembali, dan mungkin lusa ku ubah lagi.." -Imam Abu Hanifah.

    aremalzz

    • *
    • Posts: 1
      • View Profile
    Reply #1 26 June, 2007, 12:08:04 AM
  • Publish

  • Reply #2 26 May, 2009, 09:40:16 AM
  • Publish
  • salam,
    sewaktu saya mengerjakan solat di pusat islam UUM, bukit kachi...saya tidak tahu siapa yang menjadi imamnya tetapi imam tersebut seusai solat jemaah langsung tiada wirid dan doa langsung tidak kedengaran...dlam hati tertanya-tanya mengapa imam ini lain dari yang lain...tetapi setelah membaca artikel di atas, terjawab sudah segala persoalan...
    terima kasih..

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #3 26 May, 2009, 11:46:06 AM
  • Publish
  • salam.

    wirid jahar selepas solat samada secara berjemaah atau fardi menjadi ikhtilaf di kalangan ulamak. jadi, tak perlulah kita terlalu eksterem membincangkan perkara ni. kebanyakan ulamak mazhab syafie seperti Ibnu Hazm membolehkannya. syeikh Nuruddin al-banjari memberi penjelasan mengikut mazhab syafie, tidak menimbulkan apa2 masalah.

    acit

    • *
    • Posts: 705
    • Ilahi anta maksudi wa redho ka matluubi
      • View Profile
    Reply #4 26 May, 2009, 12:12:02 PM
  • Publish
  • Zikir kuat zikir slow, dah banyak disebut-sebut.Yang kuat pun boleh yang slowpun boleh.
    Kita kenalah lihat dari beberapa aspek kenapa perlu berzikir perlahan,bila masa perlu berzikir kuat.
    Dua-duanya tak salah,ada sebab dan musababnya.
    Cuma yang dipertikaikan ialah berwirid yang menganggu jamaah lain lain,Imam yang memimpin solat
    itu perlulah melihatlah keadaan semasa.
    Tetapi apabila dikatakan berzikir kuat itu tidak boleh,maka ia satu perkara yang melibatkan akidah.
    Jika kita berada di tempat umum (surau/masjid) , kita perlu sesuaikan antara keperluan umum dan
    amalan sendiri.
    "Berpanjangan lah ubudiyah zahir dan batin serta berkekalan lah
    hadir hati serta Allah".Wallahu a'lam bishowab

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #5 26 May, 2009, 12:31:48 PM
  • Publish
  • Zikir kuat zikir slow, dah banyak disebut-sebut.Yang kuat pun boleh yang slowpun boleh.
    Kita kenalah lihat dari beberapa aspek kenapa perlu berzikir perlahan,bila masa perlu berzikir kuat.
    Dua-duanya tak salah,ada sebab dan musababnya.
    Cuma yang dipertikaikan ialah berwirid yang menganggu jamaah lain lain,Imam yang memimpin solat
    itu perlulah melihatlah keadaan semasa.
    Tetapi apabila dikatakan berzikir kuat itu tidak boleh,maka ia satu perkara yang melibatkan akidah.
    Jika kita berada di tempat umum (surau/masjid) , kita perlu sesuaikan antara keperluan umum dan
    amalan sendiri.


    inilah yang menjadi masalah dalam masyarakat kita khasnya, tidak memahami uslub dakwah. mungkin apa yang ingin kita perjuangkan tu ada baiknya, tapi terlebih dahulu mestilah melihat kepada suasana masyarakat tu sendiri.

    sebagai contoh, kita berdakwah di sebuah pulau yang semua penduduknya menjadikan khinzir sebagai makanan asasi mereka. tiba2 kita datang dan terus mengharamkan khinzir, saya boleh kata hanya 1% jer yang terima Islam.

    sebab tulah kita lihat semasa Islam datang di Tanah Melayu dahulu, hukum Islam didakwah secara step by step tidak terus secara total, semuanya kerana kebijaksanaan para mubaligh.

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #6 26 May, 2009, 12:40:17 PM
  • Publish
  • telah di delete
    « Last Edit: 27 May, 2009, 09:45:03 AM by hakim114 »
    tiade nyata hanye Allah, aku umat rasulullah

    ahmad_siddiqui

    • *
    • Posts: 525
    • "Aku menyembuhkan jiwaku kerana perbuatannya."
      • View Profile
    Reply #7 26 May, 2009, 12:43:04 PM
  • Publish
  • Zikir kuat zikir slow, dah banyak disebut-sebut.Yang kuat pun boleh yang slowpun boleh.
    Kita kenalah lihat dari beberapa aspek kenapa perlu berzikir perlahan,bila masa perlu berzikir kuat.
    Dua-duanya tak salah,ada sebab dan musababnya.
    Cuma yang dipertikaikan ialah berwirid yang menganggu jamaah lain lain,Imam yang memimpin solat
    itu perlulah melihatlah keadaan semasa.
    Tetapi apabila dikatakan berzikir kuat itu tidak boleh,maka ia satu perkara yang melibatkan akidah.
    Jika kita berada di tempat umum (surau/masjid) , kita perlu sesuaikan antara keperluan umum dan
    amalan sendiri.


    inilah yang menjadi masalah dalam masyarakat kita khasnya, tidak memahami uslub dakwah. mungkin apa yang ingin kita perjuangkan tu ada baiknya, tapi terlebih dahulu mestilah melihat kepada suasana masyarakat tu sendiri.

    sebagai contoh, kita berdakwah di sebuah pulau yang semua penduduknya menjadikan khinzir sebagai makanan asasi mereka. tiba2 kita datang dan terus mengharamkan khinzir, saya boleh kata hanya 1% jer yang terima Islam.

    sebab tulah kita lihat semasa Islam datang di Tanah Melayu dahulu, hukum Islam didakwah secara step by step tidak terus secara total, semuanya kerana kebijaksanaan para mubaligh.

    H@zmi_islamika

    • *
    • Posts: 4
      • View Profile
    Reply #8 26 May, 2009, 03:49:30 PM
  • Publish
  • pendapat ana,zikir secara slow bagus sebab tak mengganggu jemaah lain......zikir hanya untuk kita dn tak perlu menunjuk.........
    bachok

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #9 26 May, 2009, 08:49:41 PM
  • Publish
  • em fakta dalam nie ade pelik sikit ler...

    Quote
    Ada baiknya semuanya ini dibuat sendirian. Allah lebih suka kalau hamba-Nya meminta doa sendiri terus kepada-Nya tanpa menerusi sesiapa pun.

    kalo doa kite diterima kalo idak camane, pakai org alim la doakn sekurang2 diterima jugak...ade masenye kite kene bersendiri dah solat jemaah doa sekali harung ler senang...

    Quote
    Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 55 yang maksudnya:
    "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan cara merendahkan diri dan dengan suara perlahan, sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang melampau batas ".

    Dan doa dengan cara begini (dengan suara lantang) bukanlah daripada perbuatan Rasulullah, bukan perkataannya dan bukan pula perakuannya. Hal ini telah dinukilkan daripada kitab al-Ibada.

    Ibunu Hajar al-Haitimi di dalam kitab al-Fatwanya berkata: “Berkata az-Zarkasyi: “Menurut sunah ialah memperlahankan suara pada semua zikir kecuali Talbiah.

    Dan al-Auzi berkata asy-Syafie mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan dengan suara keras itu ialah terhadap orang-orang yang mengajar.

    Disebutkan dalam kitab al-Abad: Dan disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan dikeraskan suara dengan bacaan zikir dan doa selepas salam. Imam mengajar orang-orang mukmin dan apabila mereka telah belajar maka hendaklah diperlahankan.

    Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

    “Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

    Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.

    Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.

    Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk.


    yg nie smua betui tp mcm diguna pakai utk mengelirukn la pulak


    Quote
    Al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian.” Masalah ini telah dinukil dari kitab Zadul-Ma’ad..
    maafkan saya ini cam tak betul je...rasulullah penah la kadang2 lepas solat menghadap kiblat kadang2 kekanan dan kadang2 menghadap ke makmun...ade hadiths nye tau...den dgr ustaz yg bg tau semasa kuliah ke masjid...

    Quote


    Pendek kata, tidak ada ulama muktabar yang membolehkan kita terus menerus membaca zikir dan doa bersama-sama secara lantang selepas tiap-tiap solat jemaah kerana jelas bertentangan dengan sunah.

    Yang berlaku di depan mata kepala kita, semua masjid dan surau, imam-imam yang mengimamkan solat jemaah, akan membaca doa dan berzikir kuat-kuat sehingga dua kilometer kita dapat mendengar menerusi pembesar suara.

    Mereka ikut siapa sebenarnya?

    Petikan: Utusan Online


    dah tue kenapa para ulamak malaysia tak keluarkan fakta tentang nie smua kenapa x dak perbincangan meja bulat, menegah smua masjid jgn zikir kuat2 napa x dak...pelikkan

    dakyah2 nak memesongkan org ramai yg kurang ilmu agama...pakai hadith2 nak memesongkn pulak....

    tp kalo zikir pelan jawabnye bape org je la yg zikir sbb zaman nie org yg mengingati ALLAH bape kerat, time lepas solat jemaah la ingt ALLAH waktu yg terbaik...time lain dah sibuk dgn kerja...dan sebagainye

    kalo org dok buat kongset pakai speaker kuat2 sampai dgr 5kilometer x dak pulak yg nak kuar kn hadith yg tue tak boleh...ish pelik2

    yg den sokong time kalo kite kat masjid dah abis solat nampak org masbuk atau org tgh solat, zikir tue di slowkn volume jgn smpai terganggu solat jemaah tersebut itu je....

    apa2 pun korang pikir ler sendiri mane yg haq dan batil


    Di atas IzinNya dan RahmatNya...pandangan serta pendapat tak salah..ok la tu...tapi andainya di beri dan isi atau di hiasi dgn dalil-dalil dari Al Quran ataupun Hadith yang sahih sudah tentu baik lagi terbaik dari menggunakan otak kita ? dan siapa kita untuk mengatakan " kalo doa kita di terima kalo dak camane ?? " Ud'uni astajib lakum "....salah tulong perbetulkan..
    « Last Edit: 27 May, 2009, 12:21:58 AM by Munaliza Ismail »
    Alhamdulillah syukur kita dengan segala nikmat kurniaanNya..

    786

    • *
    • Posts: 284
      • View Profile
    Reply #10 26 May, 2009, 11:39:53 PM
  • Publish
  • Salam sheikh intizhar ... saya mulanya keliru dengan posting anda .. tapi nasib baik saya scroll up balik rupa2nya anda quote dari org lain .. harap pada masa akan datang dapat pastikan tentang quote tu dan kalau boleh tak payah la quote panjang-2 ...

    Quote
    dakyah2 nak memesongkan org ramai yg kurang ilmu agama...pakai hadith2 nak memesongkn pulak....

    tp kalo zikir pelan jawabnye bape org je la yg zikir sbb zaman nie org yg mengingati ALLAH bape kerat, time lepas solat jemaah la ingt ALLAH waktu yg terbaik...time lain dah sibuk dgn kerja...dan sebagainye

    kalo org dok buat kongset pakai speaker kuat2 sampai dgr 5kilometer x dak pulak yg nak kuar kn hadith yg tue tak boleh...ish pelik2

    yg den sokong time kalo kite kat masjid dah abis solat nampak org masbuk atau org tgh solat, zikir tue di slowkn volume jgn smpai terganggu solat jemaah tersebut itu je....

    apa2 pun korang pikir ler sendiri mane yg haq dan batil

    Astagfirullah ... dakyah apa pulah yang memesongkan ni ?? adakah tidak berzikir selepas solat itu dikatakan dakyah yang memesongkan ... sedangkan ada nas ... bagaimana pulak yang dikata hadith-2 yang telah dipesongkan ??

    kenapa nak persoal dan buat perkaitan orang yang zikir pelan dengan orang yang tak ingat Allah  .. mana kita tau orang tu tak berzikir ... pernahkah saudara berada di masjid yang tidak amalkan zikir kuat selepas solat ?? ....  pernahkah saudara solat di Masjid Alwi Kangar ?? selepas solat jemaah ramai je jemaah yang duduk selepas selesai salam sambil berzikir secara perlahan termasuk imam ... selepas 3-5 minit baru mereka bangun untuk sambung solat sunat atau keluar dari masjid ... jadi apa rasional anda nak kata org yg berzikir senyap ni tak ingat Allah ...

    barangkali anda nak kata kalau tak amalkan zikir dengan kuat lepas solat maka orang takkan berzikir lalu lupa pada Allah .. yang tu balik pada sikap dan kekurangan ilmu jemaah tu sendiri lah ... sama seperti bila mana anda persoalkan orang yang masbuk sebagai org yg datang lambat untuk bersolat ...  sama macam anda persoalkan kekhusyukan solat org masbuk yang terganggu dengan zikir kuat .... kalau jemaah Masjid Alwi boleh buat zikir senyap-2 lepas solat kenapa jemaah lain tidak boleh ??

    Subhanallah .. hati-2 saudara dalam mengutarakan pendapat dalam permasalahan seperti ini .. jangan ikutkan akal dan emosi .. tentang persoalan mana haq mana batil itu kita sandarkan pada nas dan pendapat ulama muktabar, bukan ikut akal dan emosi .. WaAllhua'lam ...
    « Last Edit: 27 May, 2009, 12:20:12 AM by 786 »

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #11 27 May, 2009, 09:43:36 AM
  • Publish
  •  :syukur:

     :msya: naam
    mungkin ana terikutkn nafsu utk menulis...apa2 artikel ana, ana mohon maaf ya tak mengikut quran dan hadiths akan diperbetulkn di masa akan dtg

    assiddiq

    • *
    • Posts: 4590
    • "Dengan Kehendak dan KuasaNya"
      • View Profile
    Reply #12 27 May, 2009, 10:35:01 AM
  • Publish
  • Apa yg diajar guru saya.. zikir ni bukan hanya selepas solat dan secara khusus tu je... bila kita buat suatu perkara yg halal dan mengikut apa DIA tetap kan.. itupun dah zikrullah.. Seperti sang isteri memasak untuk suami kerana itu kewajipan isteri terhadap suami yg ALLAH perintahkan..
    Buat kerana ALLAH.. Buat suatu perkara yg ALLAH benarkan dan ingatkanlah kepada ALLAH yg menjadikan....paling penting ada Ubudiyyah dalam hati Pengabdian kepada ALLAH.. Dengan IzinMu aku boleh buat semua ni.. Dengan KehendakMu aku boleh buat semua ni.. Kerana dengan ada ujub,riak dan takabur semua perkara menjadi sia2.. Wallahualam~
    « Last Edit: 27 May, 2009, 10:36:58 AM by assiddiq »
    "Al-haqqu bila nizom yaghlibuhul-baatil binnizom"
    Maksudnya: "Sesuatu kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik dan terancang."
    http://Http://cahayarabbani.blogspot.com
    http://Http://islamicmoviecollection.blogspot.com
    assiddiq@ymail.com

    intizhar

    • *
    • Posts: 621
      • View Profile
    Reply #13 27 May, 2009, 05:27:01 PM
  • Publish

  • Di atas IzinNya dan RahmatNya, Alhamdulillah sentiasa syukur kita sekelian kepada Allah yang Maha Esa..

    Rintitan dari FirmanNya pada akhir ayat Al Jaatsiyah: 3-6 ertinya " Itulah ayat-ayat Allah, Kami membacakannya kepadamu dengan sebenarnya, maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah ( kalam ) Allah dan ayat- ayatNya.".... Maha SuciMu Ya Allah...sungguh indah Al Quran itu.

    Mari Kita pejamkan mata , menghunjamkan lutut yang dua dengan bersujud demi bersyukur dengan rasa sebenar syukur serta memohon doa pada Ilahi agar semua nya mendapat PertunjukNya dan HidayahNya..sebab Pertunjuk dan Hidayah bukan milik kita, tetapi ia milik Allah Dzat yang tidak di kerana dengan satu Kerana..Amin.

    Dhia irdina

    • *
    • Posts: 90
      • View Profile
    Reply #14 27 May, 2009, 05:53:09 PM
  • Publish
  • biarlah allah sahaja yang tahu...
    dia yang berhak..
    kerana dia yang akan menilai semuanya..

    beruang

    • *
    • Posts: 1350
    • Bersatu sebagai satu Usrah dalam satu Halaqah...
      • View Profile
    Reply #15 28 May, 2009, 12:06:01 AM
  • Publish
  • x ada orang nak rod ke?? sworofdeen?? ana dah bau dah ni...

    hakim114

    • *
    • Posts: 248
      • View Profile
    Reply #16 24 June, 2009, 11:42:37 AM
  • Publish
  • Perihal Berzikir Dengan Keras/Kuat


    Surah Al ‘Araf ayat 205
     
    وَاذْكُرْ رَبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ الْجَهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
     
    Ertinya :          “Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”
     
    Penjelasan :     Sebab tersilap faham ayat tersebut, seseorang akan tertanya-tanya : Bolehkah kita berdzikir dan berdoa dengan memekik ataupun meninggikan suara sedangkan ayat tersebut melarang kita berbuat demikian?
     
    Oleh yang demikian untuk menjelaskan ayat yang tersebut di atas kenalah mengetahui dan memahami sebab turunnya dan kaitannya dengan ayat sebelumnya.
     
    Ayat sebelumnya adalah ayat 204 Surah al-‘Araf iaitu ayat
     
    وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
     
    Ertinya, “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.”
     
    Imam An-Naisabury  di dalam kitabnya [1] berkata :
     
    عن أبي هريرة في هذه الآية: {وَإِذَا قُرِىءَ ٱلْقُرْآنُ} قال:
    نزلت في رفع الأصوات وهم خلف رسول الله صلى الله عليه وسلم، في الصلاة.
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah  sebab turun ayat yang tersebut adalah katanya, “Turun ayat ini pada mengangkat suara sedang mereka (sahabat) di belakang Rasulullah (saw) di dalam sembahyang.”

    وقال قتادة: كانوا يتكلمون في صلاتهم في أول ما فُرِضت، كان الرجل يجيء فيقول لصاحبه: كم صليتم؟ فيقول كذا وكذا. فأنزل الله تعالى هذه الآية.
    Berkata Qatadah  pula “Adalah mereka (sahabat) pada ketika itu bercakap-cakap di dalam sembahyang mereka di awal-awal sembahyang itu difardhukan. Adalah pada ketika itu seorang lelaki datang maka ía berkata kepada sahabatnya “Sudah berapa kamu sembahyang, maka kata (sahabatnya) begini dan begitu, maka Allah Ta‘ala menurunkan ayat ini.

    وقال الزُّهْرِي: نزلت في فتى من الأنصار كان رسول الله عليه السلام كلما قرأ شيئاً قرأ هو، فنزلت هذه الآية
    Berkata pula al-Zuhri  , “Turunnya (ayat ini) pada seorang pemuda dari kaum al-Ansar. Pada ketika itu bilamana Rasulullah  membaca sesuatu dari al-Qur‘an maka pemuda itu turut membacanya maka turunlah ayat ini”.
     
    وقال ابن عباس: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قرأ في الصلاة المكتوبة، وقرأ أصحابه وراءه رافعين أصواتهم، فخلطوا عليه. فنزلت هذه الآية.
    Berkata pula lbnu al ‘Abbas  , “Bahawasanya Rasulullah  membaca di dalam sembahyang fardhu dan para sahabat membaca di belakang Rasulullah  dengan meninggikan suara maka bercampur baurlah suara-suara mereka, maka turunlah ayat ini.”

    وقال سعيد بن جبير ومجاهد وعطاء وعمرو بن دينار وجماعة: نزلت في الإنْصَات لإمام في الخطبة يوم الجمعة.
    Menurut Sa’id bin Jubair  , dan Mujahid  dan ‘Atha  dan ‘Amr bin Dinar  dan sekumpulan ulama, menyatakan turun ayat ini pada perintah diam bila imam berkhutbah pada hari Jumaat.
     
    Dengan penjelasan tersebut dapatlah kita fahami maksud ayat 205 rnemerintahkan agar, ingatlah Tuhan di dalam hati dalam keadaan rendah diri dan takut dan bukan dengan suara keras, asal maksud perintah tersebut adalah ketika di dalam sembahyang berjamaah agar tidak nengganggu jamaah yang lain lebih-lebih lagi kepada imam.
     
    Namun mengenai berzikir dengan suara yang keras para ulama menjelaskan, harus berzikir dengan suara yang kuat, keras dan harus memekik tetapi dalam keadaan pekikan yang hendaklah dikawal sehingga tidak memudharatkan diri.
     
    Di antara ulama yang mengharuskan jahr (menguatkan atau mengeraskan suara sekalipun di dalam masjid) adalah al-Imam Jalaluddin as-Sayuthi  . Beliau menyatakan di dalam kitab [2] beliau seperti berikut:
     
    Seseorang bertanya kepada beliau, “Sudah terbiasa para ulama sufi mengadakan majlis dzikir dan menguatkan suara di masjid-masjid dan mengangkat suara dengan tahlil, adakah itu makruh atau tidak?”
     
    Beliau (Imam Sayuthi  ) menjawab, “Sesungguhnya tidak makruh pada yang demikian. Terdapat hadis yang banyak menyatakan galakan/sunat menguatkan suara dengan dzikir. Terdapat juga hadis-hadis mengalakkan/mensunatkan memperlahankan berdzikir dan terdapat juga hadis-hadis yang mengalakkan/mensunatkan himpunan kedua-duanya sekali menguat dan memperlahankan berdzikir. Dan itu adalah berlain-lainan dengan berlain-lainannya hak dan keadaan dan orang-orang yang berkenaan.”
     
     
     
    [1] Al-Naisabury  , Asbab al-Nuzul ‘Alam al-Kutub, Beirut, hlm. 171-172
     
    [2] As-Sayuthi  , al-Hawi li al-Fatawa jilid pertama cetakan Dar al-Fikr hlm. 389-390

    alfaiz95

    • *
    • Posts: 37
    • salam
      • View Profile
    Reply #17 24 June, 2009, 02:57:51 PM
  • Publish
  •  :syukur:
    Mudah2han kita semua mendapat petunjuk drpada-Nya..
    moga2 menjadi insan yang berguna di hadapan Allah..insa'allah..
    salam..

    uranicade

    • *
    • Posts: 269
      • View Profile
    Reply #18 25 June, 2009, 12:05:51 AM
  • Publish
  • Quote
    SUDAH menjadi kebiasaan, imam dan makmum berwirid beramai-ramai dengan suara yang lantang dan kuat. Seolah-olah ia merupakan satu perkara yang wajib ataupun kesempurnaan solat.

    tak ada siapa pun mengatakan ianya perkara wajib ataupun kesempurnaan solat.sila beri bukti dan dalil yang mengatakan ianya perkara wajib ataupun supaya mendapat kesempurnaan solat.

    Quote
    Jika tidak dilakukan demikian dianggap sebagai satu perkara aib, terutama bagi imam itu sendiri yang seolah-olah tidak tahu hendak berdoa.

    ini pula tuduhan dari siapa dan sila berikan bukti dan dalil juga yang ada orang mengatakan sedemikian ataupun hanya prasangka buruk dari dalam diri sendiri yang suka mencari kesalahan orang.

    Quote
    Oleh yang demikian masjid dan surau sudah menjadi seperti majlis nasyid. Ada di antaranya menjadi bising sehingga mengganggu jemaah yang sedang sembahyang, sedang masbuk dan di antaranya baru hendak bersembahyang.

    betul ke mengganggu dan bising seperti majlis nasyid sehingga mengganggu orang nak solat.teringat kisah seorang sahabat Nabi yang ditarik panahnya dari kaki sewaktu sedang solat dan beliau tidak merasa kesakitan.yang kita ni berzikir terus komplen memacam kata mengganggu khusyuk dan sebagainya sedangkan makmum masbuk dan orang yang baru hendak solat tak komplen pun.kita pula lebih sudu dari kuah.kalau dah kata ikut sunnah sepatutnya memiliki tahap keimanan seperti mana sahabat Nabi tersebut tapi baru berzikir pun dah memacam perangai nak kata orang lain tak betul.bunyi zikir seperti dengungan kawanan lebah.

    Quote
    Seolah-olah mereka tidak menghirau orang masbuk yang sedang bersolat atau orang baru datang untuk bersolat.

    Kadang-kadang kita melihat imam dan makmum terus juga berwirid dengan suara lantang sehinggalah tamat. Inilah satu-satunya perbuatan yang sangat tercela dan perlu dihentikan.

    betul ke imam dan makmum berwirid dengan suara lantang ataupun masing-masing wirid reramai dan bunyi senada.sekali lagi inilah satu-satunya perbuatan yang sangat tercela dan perlu dihentikan iaitu serkap jarang dan berprasangka buruk terhadap orang lain.

    Quote
    Nabi Muhammad dan para sahabatnya tidak membaca wirid itu secara beramai-ramai dengan suara keras dan terus-menerus pada setiap lepas solat, tidak pula membaca doa dengan suara yang keras dan diaminkan oleh makmum pada tiap-tiap selepas bersolat.

    sekali lagi penipu dan berdusta atas nama Nabi kerana mengatakan Nabi Muhammad dan para sahabat tidak membaca wirid secara beramai-ramai.semoga kita sesama bertaubat dan muhasabah diri.kan ke lebih elok dan mulia mengatakan "aku tidak tahu" berbanding buat artikel yang menipu.dan kemudian sengaja menambah ayat beramai-ramai dengan suara keras tersebut untuk memadankan dengan kenyataan sebelum ini.jangan berdusta atas nama Nabi dan para sahabat.

    Imam Bukhari telah meriwayatkan suatu hadis yang bermaksud : "Abdullah Ibnu Abbas RA telah memberitakan sesungguhnya menyebutkan kalimah-kalimah zikir secara nyaring selepas selesainya para makmum daripada solat lima waktu telah berlaku semenjak zaman Nabi SAW lagi. Berkata Abdullah Ibnu Abbas lagi: "Aku hanya mengetahui para Sahabat RA telah selesai melaksanakan solat fardhu setelah aku mendengar mereka berzikir secara nyaring."

    Hadis ini juga disokong dengan satu lagi riwayat daripada Imam Bukhari yang berbunyi :"Daripada Abdullah Ibnu Abbas RA,katanya: "Sesungguhnya aku mengetahui selesainya Rasulullah SAW daripada solat fardhu dengan ucapan takbir (secara nyaring).

    Quote
    Nabi dan para sahabat hanya membaca wirid dengan suara kuat dan lantang sewaktu mengajar makmum. Kita sekarang, para makmum sudah menjangkau usia lebih daripada 60 tahun takkanlah, tak tahu membaca doa dan berwirid?

    tadi kata Nabi dan para sahabat tak wirid dengan suara kuat dan lantang,sekarang buat u-turn pula dengan kenyataan bercanggah.seronok sungguh berdusta atas nama Nabi yer.habis tu,zaman para sahabat dan Nabi tu tak ada ke golongan tua yang lebih daripada 60 tahun?orang yang umur berusia pun masih ada yang kurang arif bab haji padahal sudah diajar sewaktu sekolah menengah.takkan lah tak reti-reti lagi kan?tapi kenapa ada juga.sebab ada sesetengah yg tak tahu membaca dan berwirid la Imam menguatkan suara supaya makmum dapat ikut.tapi penipu kalau mengatakan Imam wirid dengan suara lantang macam nak menjerit.

    Quote
    Ada baiknya semuanya ini dibuat sendirian. Allah lebih suka kalau hamba-Nya meminta doa sendiri terus kepada-Nya tanpa menerusi sesiapa pun.

    yang ini terpulang kepada masing-masing.

    Quote
    Asy-Syaikh Ali Mahfuz berkata: Di antara bidaah-bidaah yang makruh ialah menamatkan solat dengan cara mengangkat suara beramai-ramai di dalam masjid terus-menerus, sehingga orang awam beriktikad bahawa itu adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat dan dia adalah sunah yang mesti dilakukan, padahal ia sunat dilakukan sendiri dan secara senyap-senyap.

    bidaah ke?kenapa ambil satu pendapat saja?Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani ketika mengulas kenyataan Abdullah Ibnu Abbas tadi telah berkata : "Hadis ini menjadi dalil harus berzikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu.berkata Imam al-Nawawi: "Imam al-Syafi'e dengan berdasarkan hadis ini telah memberikan pendapat bahawa para imam disunatkan menyebut kalimah-kalimah zikir secara nyaring selepas solat fardhu lima waktu dalam tempoh waktu tertentu saja dan bukannya dilakukan secara berterusan dan selamanya,setiap kali selesai solat lima waktu.

    Quote
    Cara seperti ini adalah bidaah yang tidak dikenal pada zaman Rasulullah dan pada masa sahabat. Cara ini telah dijadikan satu syair yang dilakukan selepas solat jemaah.

    sekali lagi berdusta atas nama Nabi.hebat sungguh seolah-olah hidup pada zaman Baginda dan tahu apa yang Baginda dan para sahabat buat.dan kemudian membuat tuduhan palsu dengan mengatakan telah dijadikan satu syair pula.sila berikan hadis dan dalil dari Baginda Nabi dan para sahabat yang mengatakan mereka tidak pernah buat sedemikian.dan berikan bukti juga yang cara itu telah dijadikan satu syair selepas solat jemaah.tulis kena ada bukti dan dalil.Al-Hafiz Ibn Rejab telah mengulas dengan panjang lebar mengenai permasalahan ini didalam kitabnya Fathu al-Baari.Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hambal dengan sedikit penambahan terhadap lafaz hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari iaitu maksudnya: "Sesungguhnya para Sahabat RA, apabila imam yakni Rasulullah SAW dan mereka selesai memberi salam daripada solat fardhu,mereka akan bertakbir sebanyak 3 kali."
    Quote
    Kebanyakan para ulama telah menegaskan tentang makruhnya mengada-adakan syair dalam agama

    buat tuduhan tanpa bukti dan kemudian pandai pula ambil kata-kata ulama dalam perkara yang tidak berkaitan dengan berzikir.

    Quote
    Dan al-Auzi berkata asy-Syafie mengagungkan hadis-hadis yang menyatakan dengan suara keras itu ialah terhadap orang-orang yang mengajar.

    Disebutkan dalam kitab al-Abad: Dan disunatkan berzikir dan berdoa secara perlahan dan dikeraskan suara dengan bacaan zikir dan doa selepas salam. Imam mengajar orang-orang mukmin dan apabila mereka telah belajar maka hendaklah diperlahankan.

    Ada hadis yang menyebutkan tentang mengeraskan suara dengan zikir iaitu hadis riwayat Ibnu Abbas:

    “Bahawasanya mengangkat suara dengan zikir sewaktu orang ramai selesai solat fardu adalah dilakukan pada zaman Rasulullah. Berkata Ibnu Abbas lagi: “Aku mengetahuinya setelah mereka selesai solat fardu itu apabila aku mendengarnya.” Hadis riwayat Bokhari.

    Hadis ini ditujukan kepada keperluan mengajar zikir yakni nabi dan para sahabat pernah mengeraskan suara membaca zikir buat sementara waktu sahaja, bukan terus-menerus secara tetap.

    Mereka lakukan demikian itu untuk maksud mengajar zikir kepada para hadirin.

    Demikian ditegaskan oleh asy-Syafie seperti yang dinukilkan oleh imam an-Nawawi di dalam kitab al-Majmuk.

    Imam al-Syafi'e berkata lagi selepas hadis di atas,"Mana-mana Imam yang berzikir dengan memuji-muji Allah bersama-sama sifat-sifat yang telah disebutkan dalam hadis  ini atau dengan sifat-sifat yang tidak disebutkan dalam hadis ini,selepas solat fardhu lima waktu,sama ada secara nyaring atau perlahan,maka semuanya itu adalah suatu amalan yang baik."dan kemudian baru beliau menyambung kata-katanya yang berzikir untuk tujuan belajar

    sudah la berdusta atas nama Nabi dan kemudian nak menipu pula atas nama Imam al-Syafi'e.ambil ayat yang hujung dan menyembunyikan ayat permulaan.

    Petikan kata-kata Imam al-Syafi'e inilah yang digunakan oleh mereka yang mendakwa,tidak boleh berzikir dengan nyaring selepas solat fardhu lima waktu.mereka langsung tidak cuba mendedahkan kata-kata Imam al-Syafi'e sebelumnya yang mengharuskan bagi Imam dan para makmum berzikir dengan nyaring.Cuma pada pendapat Imam al-Syafi'e, yang sebaiknya zikir-zikir tersebut dibaca dengan perlahan,kecuali dengan tujuan mengajar para makmum mengenai zikir-zikir yang sunat dibaca selepas solat fardhu.

    tidak ada satu pun pendapat daripada Imam al-Syafi'e atau daripada ulama-ulama lain yang bermazhab Syafi'e atau pendapat daripada mazhab-mazhab lainnya yang menghukumkan berzikir secara nyaring selepas solat fardhu adalah suatu amalan Bidaah yang menyesatkan.hanya golongan yang terpengaruh dengan fahaman khawarij moden sahaja yang sanggup menghukumkan sedemikian.

    Quote
    Al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam dari solat sambil menghadap kiblat atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan oleh nabi yang bertindak sebagai imam dan tidak ada pula sesuatu riwayat yang menyuruh kita mengerjakan demikian.” Masalah ini telah dinukil dari kitab Zadul-Ma’ad.

    sekali lagi menipu.kenapa ambil satu pendapat sahaja?orang yang melaksanakan juga mempunyai dalil dan pendapat tersendiri.kalau tak tahu kan ke lebih senang mengucapkan aku tidak tahu.hadis riwayat Imam Bukhari daripada Samurah bin Jundub RA yang berbunyi "Adalah Nabi SAW apabila selesai daripada solat, akan memalingkan mukanya ke arah kami."Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani di dalam kitabnya Fahtu al-Baari ketika mengulas hadis ini telahl berkata: Gaya bahasa hadis Samurah RA ini, dari segi zahirnya menunjukkan sesungguhnya Nabi SAW apabila selesai solat, sentiasa berpaling dengan menghadapkan mukanya ke arah makmum.Hadis ini telah dikuatkan oleh hadis riwayat Imam Muslim daripada Samurah juga katanya: Adalah Nabi SAW apabila selesai sahaja daripada solat Subuh,akan berpaling dengan menghadapkan mukanya ke arah para Sahabat RA sambil berkata: "Adakah sesiapa daripada kamu yang bermimpi semalam." Imam al-Nawawi ketika mengulas hadis ini berkata: "Hadis ini mengandungi dalil, disunatkan bagi imam solat fardhu, menghadapkan mukanya ke arah para makmum dan membelakangkan kiblah selepas selesai memberi salam daripada solat fardhu.Hadis ini juga menjadi dalil bahawa harus bagi seseorang itu duduk dengan membelakangi kiblah kerana mengajar ilmu pengetahuan kepada orang ramai dan yang seumpamanya.

    tulisan Imam Ibnu Qayyim yang merupakan pendapat peribadinya ini telah ditolak dengan hujah-hujah konkrit oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathu al-Baari melalui tulisannya yang bermaksud "Apa yang didakwa oleh Imam Ibnu Qayyim iaitu penafian secara umum, berdoa selepas solat fardhu lima waktu adalah ditolak.Ini kerana sesungguhnya telah wujud riwayat-riwayat yang sahih (yang menyatakan sebaliknya).Di antaranya ialah
    1. Riwayat daripada Mu'az bin Jabal yang menyatakan "sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda kepada Mu'az:"Wahai Muaz!Demi Allah! Sesungguhnya aku menyayangimu.Janganlah kamu meninggalkan doa berikut setiap kali selepas solat iaitu : Allah humma a'innie 'ala zikrika wa syukrika wa husni i'baa da tik"

    2. Hadis Zaib bin Arqam yang berbunyi :"Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah berdoa setiap kali selepas solat: Allahumma rabbana warabba kulli shai'

    Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-Nasa'ie
    Quote
    Pendek kata, tidak ada ulama muktabar yang membolehkan kita terus menerus membaca zikir dan doa bersama-sama secara lantang selepas tiap-tiap solat jemaah kerana jelas bertentangan dengan sunah.

    pendek kata jangan la menipu dengan nama ulama muktabar pula dan kemudian sewenangnya mengatakan bertentangan dengan sunnah.para Imam Mazhab pun tak pernah membidaahkan berzikir secara nyaring tersebut dan kemudian ada pula yang terlebih pandai mengatakan tidak sunnah.
    Quote
    Yang berlaku di depan mata kepala kita, semua masjid dan surau, imam-imam yang mengimamkan solat jemaah, akan membaca doa dan berzikir kuat-kuat sehingga dua kilometer kita dapat mendengar menerusi pembesar suara.

    sila bagi bukti dan di kawasan mana ianya terjadi ataupun sekadar prasangka buruk dan fitnah demi menyedapkan artikel dan kemudian minta orang terima bulat-bulat artikel tersebut.

    Quote
    Mereka ikut siapa sebenarnya?

    yang bertanya tu pula ikut siapa sebenarnya.khawarij moden ke yg sewenangnya membidaahkan amalan orang lain.apa yang digembar-gemburkan oleh puak tertentu jauh terpesong dan tidak benar.kalau pun mereka mendakwa bahawa mereka mempunyai dalil-dalil tertentu,maka kami juga dengan tegas ingin menyatakan bahawa kami juga memiliki dalil-dalil yang muktabar dan muktamad sebagaimana telah disebutkan.kami hanya melakukan sesuatu amalan berdasarkan kepada keyakinan kami yang disokong dengan dalil-dalil tertentu dan mereka juga boleh mengamalkan apa yang mereka yakin dengan pegangan mereka.bukannya sewenangnya membidaahkan orang lain.

    Quote
    wirid jahar selepas solat samada secara berjemaah atau fardi menjadi ikhtilaf di kalangan ulamak. jadi, tak perlulah kita terlalu eksterem membincangkan perkara ni. kebanyakan ulamak mazhab syafie seperti Ibnu Hazm membolehkannya. syeikh Nuruddin al-banjari memberi penjelasan mengikut mazhab syafie, tidak menimbulkan apa2 masalah.

    tahu pula yang ianya ikhtilaf.yang sampai mengatakan bidaah tu tidak ekstrem ke?kalau ada yang nak mempertahankan mengapa pula dipersoalkan supaya tidak perlu ekstrem?dah letak artikel yang mengatakan bidaah sesat dan kemudian pandai pula kata tak perlu ekstrem membincangkan bila ada yang pertahankan amalan yang dibuat kembali.dalam bahasa ringkasnya,hang tumbuk orang boleh,bila orang nak balas tumbuk balik pandai pula buat tuduhan kata ekstrem dan sebagainya.
    Quote
    inilah yang menjadi masalah dalam masyarakat kita khasnya, tidak memahami uslub dakwah. mungkin apa yang ingin kita perjuangkan tu ada baiknya, tapi terlebih dahulu mestilah melihat kepada suasana masyarakat tu sendiri.

    siapa yang tidak paham uslub dakwah?dah membidaahkan orang dan tiba-tiba tuduh kata tak paham uslub dakwah?macam ciri-ciri khawarij saja.....

    Quote
    sebagai contoh, kita berdakwah di sebuah pulau yang semua penduduknya menjadikan khinzir sebagai makanan asasi mereka. tiba2 kita datang dan terus mengharamkan khinzir, saya boleh kata hanya 1% jer yang terima Islam.

    ayat yang baik tetapi menyimpang dari maksud artikel yang membidaahkan amalan orang lain.tak payah nak tukar tajuk kepada dakwah pula
    Quote
    kenapa nak persoal dan buat perkaitan orang yang zikir pelan dengan orang yang tak ingat Allah  .. mana kita tau orang tu tak berzikir ... pernahkah saudara berada di masjid yang tidak amalkan zikir kuat selepas solat ?? ....  pernahkah saudara solat di Masjid Alwi Kangar ?? selepas solat jemaah ramai je jemaah yang duduk selepas selesai salam sambil berzikir secara perlahan termasuk imam ... selepas 3-5 minit baru mereka bangun untuk sambung solat sunat atau keluar dari masjid ... jadi apa rasional anda nak kata org yg berzikir senyap ni tak ingat Allah ...

    barangkali anda nak kata kalau tak amalkan zikir dengan kuat lepas solat maka orang takkan berzikir lalu lupa pada Allah .. yang tu balik pada sikap dan kekurangan ilmu jemaah tu sendiri lah ... sama seperti bila mana anda persoalkan orang yang masbuk sebagai org yg datang lambat untuk bersolat ...  sama macam anda persoalkan kekhusyukan solat org masbuk yang terganggu dengan zikir kuat .... kalau jemaah Masjid Alwi boleh buat zikir senyap-2 lepas solat kenapa jemaah lain tidak boleh ??

    ayat yang baik tapi kenapa tak tengok pula yang suka membidaahkan orang lain.dah pasal masjid kat tempat lain ada dalilnya tersendiri untuk zikir secara nyaring.yang sibuk nak bidaahkan orang yang tak ikut kenapa pula?

    Quote
    Subhanallah .. hati-2 saudara dalam mengutarakan pendapat dalam permasalahan seperti ini .. jangan ikutkan akal dan emosi .. tentang persoalan mana haq mana batil itu kita sandarkan pada nas dan pendapat ulama muktabar, bukan ikut akal dan emosi .. WaAllhua'lam ...

    jadi,ingatkan kat diri sendiri sama supaya tidak suka suki membidaahkan amalan orang lain dan mengatakan orang tersebut tidak ikut sunnah..

    wallahu'alam

    IbnuNafis

    • *
    • Posts: 1281
      • View Profile
    Reply #19 25 June, 2009, 12:26:13 AM
  • Publish
  • AlhamduliLlah, sudah dijelaskan mengenai zikir dan berdoa secara bersendirian mahupun secara kuat. Kedua-duanya adalah sunnah. Walaubagaimanapun jika tidak mahu zikir/doa berjemaah janganlah kata bid'ah. Bahaya menghukum sesat tanpa hak. Nanti kena balik pada batang hidung sendiri bila tuduhan tersebut tidak benar.

    Saya ambil sedikit jawapan yang diberikan oleh Dr Wahbah az Zuhaili mengenai doa secara berjemaah :

    Dr Wahbah az Zuhaili :

    Dalam masalah ini terdapat perselisihan antara ulama, Imam Syatibi dan muridnya Abu Yahya Ibn Ashim dan Ibn qasim al qabab dari Malikiyah rahimahuLlah, kerana tidak pernah diketahui bahawa RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam pernah berdoa secara berjamaah. Dan hal itu sentiasa demikian sepanjang umur beliau kemudian para khalifah ar Rasyidun setelah beliau kemudian salafussalih.

    Adapun yang dilakukan oleh kabanyakan ahli Sunnah di antaranya Ibn 'Irfah al Maliky dan jumhur fuqaha' mazhab berdasarkan apa yang disebutkan oleh Hakim di dalam Mustadraknya : Sahih isnad hadith yang menyatakan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :

    "Tidak berkumpul sekelompok orang lalu sebahagian mereka berdoa sementara yang lain mengaminkan kecuali ALlah subhanahu wa ta'ala akan mengabulkannya."


    Terdapat risalah yang baik dan dapat dipercaya dalam hal dalil berdoa secara berjemaah yang dikumpulkan oleh saudara saya sesama Muslim berkebangsaan Amerika. Ia telah memberikan kepada saya salinannya di mana di dalamnya terdapat banyak dalil di mana diaminkan oleh orang yang berdoa dan yang mendengar.

    Sumber ambilan : Prof Dr Wahbah Az Zuhaili, Fatwa-fatwa Semasa, al Fatawa al mu'asaroh, iBook Publication, 2005, Kuala Lumpur

    Memandangkan zikir secara kuat telah dijawab, sebelum menghukum selidikilah dahulu. Begitupun jika ada orang yang sedang bersolat, bolehlah perlahankan zikir tersebut supaya orang yang sedang solat lebih khusyuk dan tidak terganggu. Lepas dah habis tu, bolehlah nak zikir secara jahr pun atau nak bersendirian.

    WaLlahua'lam

    divider3
    halaqahforum4

     

    Related Topics

      Subject / Started by Replies Last post
    3 Replies
    4225 Views
    Last post 29 December, 2009, 08:01:48 AM
    by dol_bendol
    16 Replies
    5156 Views
    Last post 23 February, 2012, 12:51:09 PM
    by qalamsuci
    16 Replies
    7089 Views
    Last post 19 October, 2012, 12:18:24 AM
    by Izzah0404